Monday 31 October 2016

Senarai Facebook yang saya follow dan baca posting mereka

Senarai FB yang saya follow dan baca posting mereka :

Puan Ainon Mohd - Tentang bisnes, psikologi, konten dan perkembangan bisnes tanah air.

Dato' Roslan Ab Hamid - Public Speaking, Storytelling, kisah bapa dan anak-anak beliau serta hal ehwal bisnes.

ProfAbdullah Hassan - Seorang cendekiawan dan pejuang Bahasa dan Budaya Melayu. Terselit kisah kehidupan dan kematian.

Zamri Mohamad - Jurulatih Penulisan khususnya non fiksyen. Penulis 25 buah buku.

Azzah Abdul Rahman - Jurulatih Penulisan Fiksyen, novelis dan backpakers tegar. Sudah tentu peminat K-Drama. Banyak info tentang penulisan, bahasa persuasif, budaya Melayu dan sebagainya. Cari hashtag di FB beliau.

Khairul Hakimin Muhammad - Storyteller hebat, follower lebih 80k (selepas post ini bertambah lagi), tulisan beliau merata dalam web media seperti The Vocket dan lain-lain.

Nasaie Hanaffie - Seorang sarjana hadith yang banyak pengalaman belajar dan musafir di luar negara. Masih muda dan bujang.

Kamilin Jamilin - Seorang pakar hadith. Sekarang di peringkat akhir untuk PhD beliau. Tuan boleh follow, faham sahajalah FB ustaz ini bersepah orang tag di wall beliau. Sudah lama tiada post, masih dalam 'gua' agaknya. PhD ini bukan senang. Beliau aktif menulis di page beliau Kamilin Jamilin - Seni Hadith.

Syed Shahridzan - Seorang sarjana fiqh dan selebriti TV Al Hijrah. Tulisan beliau merungkai permasalahan fiqah semasa dalam mazhab Syafie.

Fathi Al-Sakandary - Seorang yang hebat dalam bidang hadith bersama ijazah doktor perubatan. Sekarang bertugas di salah sebuah hospital tempatan. Ini sudah berkahwin.

Anwaruddin Wahab - Seorang sarjana bidang hadith dan biblioholis tegar. Posting beliau banyak berkisar dalam bidang hadith, kebanyakannya dalam Bahasa Arab. Beliau bertugas di BERNAMA.

Aqif Azizan - Jurulatih bisnes yang genius. Website beliau writetowealth.net itu membuatkan otak kita menyala-nyala membacanya.

Izwan Robotys - Ini orang genius yang sukar diteka apa kepakarannya. Beliau seorang programmer yang genius dan penulis buku-buku bisnes. Sekarang beliau fokus di notabisnes.net

Wan Yusof Wan Jeffery - Tuan Yusof ini saya baharu kenal setahun dua ini. Posting beliau saya ikut rapat-rapat. Banyak maklumat baru tentang SEO dan website. Ia boleh buat saya gila membacanya.

Shahrul Bear Gpc - Ini otai bisnes yang banyak pengalaman dalam sepak terajang dunia bisnes. FB beliau jarang sekali posting tentang bisnes, lebih banyak tentang kehidupan. Untuk bisnes, kena ajak ngeteh dulu baru puas.

Dr Wan Mazwati - Beliau guru saya dan pakar rujuk saya. FB beliau banyak tentang kegiatan kebajikan yang beliau dan tim laksanakan. Baru-baru ini di benua Afrika, lupa pula saya.

Iskandar Syah Ismail - Ini orang sangat baik. Beliau Dr Clown yang menghiburkan kanak-kanak di hospital. Panggilan untuk beliau adalah Dr Bubbles. Follow beliau rapat-rapat. Bagi hati tisu, kena sediakan tisu bila baca tulisan beliau.

Zahiruddin Zabidi - Ini sahabat subahat saya. Seorang penulis yang prolifik. Hebat dalam pembacaan dan meluas. Rakan bual yang membuatkan kita tidak tengok jam apabila bercakap. Saya tanya berapa buah buku beliau tulis, beliau cakap lupa. Teruk betul. Hahaha!

Ali Imran Basikal Oren - Seorang wartawan BERNAMA. Perspektif wartawan ini sangat berbeza. Tekan sahaja follow. Bukan susah pun.

Wan Ahmad Fayhsal - Tulisan beliau banyak berkisar tentang isu-isu besar negara dan kajian serta analisis yang jelas. Orang stres tidak boleh follow FB beliau. Mahu happy-happy kena follow FB orang lain.

Syaizul Amal - Beliau menjalankan bisnes dalam pelbagai industri. Beliau terkenal dengan Blink Books. Posting beliau banyak tentang bisnes, Aryan dan Broker Akhirat.

Selebihnya masih ramai, saya tidak dapat friend dengan mereka dan kebanyakan dapat follow sahaja. Senarai ini pun buat cukup senak kepala membacanya.

Nota :
Ada dua orang saya tidak dapat tag. Lihat komen.

pada 30hb September jam 11.08 pagi

- Ahmad Saifuddin Yusof