Saturday 26 December 2015

Jika mahu mula berniaga…

KEMUNCULAN peniaga, usahawan dan golongan korporat Melayu dalam dunia perniagaan pada hari ini mengesahkan bahawa semakin sehari, perniagaan kian sebati kembali dalam jiwa mereka.

Tanggapan bahawa orang Melayu tidak pandai berniaga semakin terhakis. Lagipun, terdapat pandangan bahawa berniaga itu sudah lama ada dalam jiwa orang Melayu kerana Melaka misalnya adalah pusat perdagangan di zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

Kerana itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu mula dijauhkan dari dunia perniagaan kerana pendekatan pecah dan perintah British yang mengkhususkan sesuatu kaum dengan sesebuah bidang. Orang India di tempatkan di estet-estet getah, orang China di lombong bijih dan orang Melayu pula sebagai petani dan nelayan.

Tanpa kita sedari, semua ini telah berubah. Walaupun Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat 30 peratus ekuiti ekonomi dikuasai oleh orang Melayu itu tidak mencapai sasarannya pada tahun 1990, lama kelamaan dasar itu sendiri telah dilupakan. Bagaimana pun, kegiatan mereka di dalam dunia bisnes kian berkembang. Semakin ramai orang Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Betapa pun, masih terdapat beberapa tanggapan negatif yang masih menjadi kepercayaan buat mereka yang baharu berniaga walaupun ia sudah ketinggalan zaman. Di antara tanggapan yang masih dipegang oleh sebilangan mereka ini ialah, kalau tak tipu, itu bukan berniaga namanya.
Sebut harga yang murah, tetapi kemudiannya dinaikkan dengan mengenakan kos-kos lain, menjual barangan yang berkualiti rendah, mengurangkan kuantiti barangan yang dibekal, bayar lewat, cek tendang atau terus tak bayar langsung adalah di antara perkara yang dikatakan ‘wajib dilakukan’ dalam dunia perniagaan.

Bila mereka tertipu, maka mulalah mereka menipu orang lain pula kerana percaya bahawa kalau tak tipu, bukan berniaga namanya.

Padahal, keseluruhan perniagaan yang cemerlang itu tidak langsung mengamalkan cara tipu daya sebegitu. Sebaliknya, banyak perniagaan yang berjaya menjadikan sikap amanah sebagai amalan perniagaan. Memang ada perniagaan yang mendapat laba besar melalui jalan tipu helah. Namun, perniagaan yang tidak menipu itu lebih stabil dan berdaya maju akhirnya.

Terdapat juga mereka yang mula berniaga, begitu bimbang apabila ada orang lain yang menjual barangan yang sama di sebelah tempat jualannya. Dia beranggapan bahawa perniagaannya akan merosot kerana saingan.

Padahal, pada hari ini terdapat begitu banyak pusat membeli belah yang menempatkan sesuatu perniagaan yang sama di sesebuah zon. Ia sebenarnya menjadi besi berani yang amat kuat menarik pelanggan.

Ada juga mereka yang mengamalkan cara ilmu hitam untuk memajukan perniagaan. Mereka fikir, cara mandrem itulah jalan pintas untuk melaris perniagaan. Padahal, pelaris yang baik itu bukan dengan cara menggunakan jin, tetapi melalui cara promosi, pemasaran dan juga pengiklanan. Banyak sekali perniagaan yang berpendapatan harian ratusan ribu ringgit tidak langsung mengamalkan jin sebagai pelaris.

Ada juga yang amat percaya bahawa untuk mendapat kejayaan, dia mestilah menjadikan mana-mana orang politik atau pentadbir kerajaan sebagai tempat dia berpaut. Orang politik dan pentadbir ini digunakan sebagai orang yang memberi sokongan kepada apa yang dipohon, khususnya tender.

Namun, mereka akhirnya keletihan kerana terpaksa berbuat baik bukan sahaja kepada ketua sesebuah jabatan, tetapi terpaksa berbaik dengan seluruh struktur sesebuah organisasi itu. Semakin besar projek, semakin banyak dan semakin ramailah mulut yang dia hendak suap.

Dia tidak menyedari bahawa ramai lagi orang lain yang menggunakan cara yang serupa untuk mendapatkan kontrak yang sama. Silap gaya, apa yang sudah di tangan akan berpindah ke tangan pesaing. Seolah-olah nasi yang hendak disuap ke mulutnya itu teralih ke mulut orang lain.

Cara begitu memang tidak selamat kerana seseorang itu perlu sentiasa berkejar, seolah-olah berlari tanpa henti dalam hidupnya. Ia juga tidak selamat kerana sentiasa bergelumang dengan pelbagai dosa termasuk usaha memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak.

Hidup bergaya sebelum berjaya juga adalah salah satu kepercayaan mereka yang mula berniaga. Mereka lihat orang bisnes yang berjaya itu berkereta besar, melancong, membeli-belah dan hidup mewah. Mereka tidak tahu, semua itu digapai oleh orang berjaya itu setelah mencurah titik peluh membina perniagaan.

Apabila mereka meniru gaya, mereka akhirnya papa. Sepatutnya mereka menyelidiki apakah daya, bukannya gaya oleh orang yang berjaya itu apabila mula membuka bisnes.

Tidak perlu berpakaian lengkap bertali leher dan berkot ke sana ke mari untuk menunjukkan kejayaan. Contohilah apa yang menjadi cerita dari mulut ke mulut, kisah apek Cina yang berjaya dalam berniaga. Apabila ke bank, dia berpakaian baju-T, berseluar katuk, kelihatan toya, tetapi poketnya berkepuk dengan wang kertas.

Alhamdulilah, tidak lama dahulu, saya pernah temui seorang lelaki Melayu di sebuah bank. Dia berkopiah, berjanggut panjang dan berseluar senteng. Dan bila dia melangkah ke kaunter, dia menyeluk poket jubahnya dan mengeluarkan berikat-ikat wang kertas. Agaknya, itulah gaya orang berjaya dalam berniaga.

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

- Norden Mohamed


Jihad bin Mut’ib al-Malikiy Kanak-Kanak Istimewa!

Baru-baru ini tersebar meluas di media-media sosial tentang video saudara Jihad bin Mut’ib al-Malikiy, seorang kanak-kanak (saya kira lingkungan umurnya kini sekitar 12 tahun) dari Madinah al-Munawwarah yang diuji hafalan hadisnya. Video tersebut memaparkan kejituan luar biasa hafalan saudara Jihad yang mampu menghafal hadis-hadis secara begitu teliti mengikut lafaznya, turutannya, nombornya, sahabat perawinya, babnya dan lain-lain. Beliau aktif menyertai beberapa pertandingan hadis di Arab Saudi serta pernah memenangi anugerah diraja al-Amir Nayif bin ‘Abdul ‘Aziz Al Su’ud berkaitan hadis beberapa tahun lepas (1432h).

Jihad bukan sekadar menghafal hadis sahaja yang ketika itu (video pertandingan tersebut) telah menghafal lebih 1000 hadis, bahkan beliau juga menghafal al-Quran ketika umurnya mencecah 7 tahun dengan begitu jitu sekali hingga mengingati akan nombor ayatnya, halamannya, surahnya, juznya, hizbnya, barisan ayatnya, lokasi ayat-ayat yang kelihatan serupa dan lain-lain.

Maka, barangkali ramai insan yang berasa kagum akan kebolehan beliau ini akan tertanya-tanya rahsia memorinya yang luar biasa. Adakah beliau seorang genius yang melalui proses pembelajaran lain dari kanak-kanak biasa?

Ya, kita akui anugerah Allah yang luar biasa buatnya disamping mengujinya dengan menarik “nikmat” penglihatan beliau. Namun anugerah tersebut bukan alasan untuk beliau berkelakuan sambil lewa atau mengambil mudah perihal menuntut ilmu. Ia bukan datang begitu sahaja tanpa USAHA YANG TEKUN dan MINAT YANG MEMBUAK.

Saudara Jihad pernah menjelaskan beberapa kaedahnya menghafal yang memperlihatkan beliau juga seperti insan biasa yang perlu melalui norma-norma penghafal al-Quran dan al-Hadith kebanyakan. Dalam satu wawancara di siaran televisyen beliau mengatakan bahawa beliau juga perlu mendengar dan mengulangi suatu ayat yang baru dihafal itu berkali-kali serta mengulanginya dari hari ke hari bagi memperkukuhkan hafalannya sehingga beliau pernah menyatakan bahawa beliau mengulangi hafalannya 3-5 juzuk sehari. Namun yang paling utama ialah kemahuan yang sangat tinggi untuk menghafalnya. Bayangkan minat dan keinginan yang mulia itu datang seawal usianya 4 tahun kerana ketika itu beliau sering mendengar bacaan al-Quran dari radio, televisyen dan bacaan guru beliau. Kemudian lebih dari dua pertiga Quran beliau hafal dari didikan kedua ibu bapanya sendiri dengan menghafal setengah muka sahaja kebiasaannya setiap hari. Barangkali pencapaian Jihad juga hasil dari doa dan usaha kedua ibubapanya. Ibunya dikatakan sentiasa mendengar bacaan al-Quran ketika mengandung dan berterusan memperdengarkan Jihad dengan alunan al-Quran sejak lahir hingga beliau hafal keseluruhan al-Quran. Yang lebih mengagumkan ialah dengan ketiadaan dua penglihatan, Jihad KONSISTEN menghafal Quran dan hadis sehingga mampu menguasai hafalannya dengan begitu mengagumkan.

Benar, BUTA MATA ITU LEBIH BAIK DARI BUTA HATI. Betapa ramai yang celik penglihatan, namun hatinya pejam. Saudara Jihad jika ingin mencipta satu alasan sahaja yang menghalangnya dari menjadi seseorang yang berilmu, nescaya alasannya itu sudah cukup kukuh. Namun kita yang mampu melihat pelbagai warna dunia, membaca serta mengkaji pelbagai penulisan pula mencipta 1001 alasan yang menghalang kita menjadi penuntut ilmu yang bijaksana. Lihat kecerdasan saudara Jihad ketika ditanya: “Adakah kamu pernah meminta dikembalikan penglihatanmu?” Jawab beliau: “Tidak, aku tidak pernah meminta sedemikian, kerana ada suatu hadis (riwayat al-Bukhariy) mengatakan bahawa barangsiapa yang diuji kedua penglihatannya lalu dia bersabar, nescaya Allah akan menggantikannya dengan syurga, dan itu yang aku harapkan”.

Subhanallah! Adakah anak-anak didikan kita seusianya mampu berfikir sedemikian rupa? Mengidamkan ganjaran Allah dari keseronokan permainan dunia? Adakah kita sebagai ibu bapa melekakan anak-anak dengan hiburan permainan atau menghiburkan mereka dengan al-Quran dan al-Sunnah?

Selain itu saya melihat kejituan hafalan Jihad yang luar biasa tersebut merupakan sedikit gambaran yang masih wujud kini berkenaan kejituan para ilmuwan terdahulu yang mampu mengingati ribuan hadis beserta ratusan ribu jalan-jalan riwayat dan permasalahannya yang sangat rumit!

Akhir kata, semoga mereka yang mendakwa mencintai Nabi SAW tidak sekadar berseronok-seronok dengan "perayaan" yang zahirnya kelihatan bagaikan mencintai Nabi SAW, malah mencontohi kecintaan adik Jihad terhadap baginda SAW dengan menyibukkan diri bergelumang dengan hadis-hadis Nabi SAW yang didakwa sebagai junjungan dan cinta hati kita itu!

- Kamilin Jamilin - Seni Hadith


Cerita Kucing Nabi S.A.W bernama Mu'izzah

SOALAN:

Adakah benar Rasulullah SAW mempunyai seekor kucing kesayangan yang dinamakan sebagai: Mu’izzah ( ﻣﻌﺰّﺓ)?

Saya pernah dengar atau baca kisah bahawa pernah Nabi SAW bangun dari tidur, lalu baginda SAW mendapati ada seekor kucing tidur di atas bajunya, lalu baginda tidak begerak demi tidak mengganggu kucing tersebut tidur sehingga dia bangun, atau baginda SAW memotong bahagian baju yang kucing tidur diatasnya supaya baginda SAW boleh bangun dalam keadaan tidak mengganggu tidur kucing tersebut?

JAWAPAN:

Nama kucing Rasulullah SAW dan kisah tersebut sangat popular dan tersebar luas di kalangan masyarakat malah di luar negara. Namun kedua-duanya tiada sanadnya serta tidak ditemui sumber rekodnya dari karya-karya hadis yang muktabar. Maka riwayat kisah tersebut tidak sahih, tiada asalnya dan tidak boleh disandarkan kepada Nabi SAW.

Saya hanya menemui kisah seakannya pada biografi Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Aliy al-Rifa’iy yang wafat pada tahun 578h dalam Siyar A’lam al-Nubala’ dan Tarikh al-Islam oleh al-Dzahabiy yang menukilkan kisah seekor kucing yang dikatakan pernah tidur di atas bahagian baju syeikh Ahmad al-Rifa’iy tersebut, kemudian kedengaran iqamah solat, maka syeikh al-Rifa'iy memotong bahagian baju tersebut untuk ke masjid tanpa mengganggu kucing yang sedang tidur. Ketika beliau pulang dari solat, beliau mendapati kucing tersebut telah bangun, lalu beliau menjahit dan menyambungkan semula bahagian yang telah dipotong tadi.
Wallahu a'lam.


Kamilin Jamilin - Seni Hadith

December 22 at 10:18am


Ibnu Taimiyyah Sosok Murabbi Rabbani..

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:

“Allah Ta’ala pasti tahu bahawa aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih bahagia hidupnya daripada beliau, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Padahal keadaan kehidupan beliau sangat susah, jauh dari kemewahan dan kesenangan duniawi, bahkan sangat memprihatinkan. Ditambah lagi dengan seksaan dan penderitaan yang beliau alami di jalan Allah Ta’ala, iaitu berupa seksaan dalam penjara, ancaman dan penindasan dari musuh-musuh beliau. Namun bersamaan dengan itu semua, aku dapati bahawa beliau adalah termasuk orang yang paling bahagia hidupnya, paling lapang dadanya, paling tegar hatinya dan paling tenang jiwanya. Terpancar pada wajah beliau sinar kenikmatan hidup yang beliau rasakan"

"Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan kesempitan hidup, kami segera mendatangi beliau untuk meminta nasihat, maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasihat beliau, serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang”.

(Sahih Al Wabilush Shoyyib, 91-96, Dar Ibnul Jauziy)
Benarlah Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟْﻐِﻨَﻰ ﻋَﻦْ ﻛَﺜْﺮَﺓِ ﺍﻟْﻌَﺮَﺽِ ، ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟْﻐِﻨَﻰ ﻏِﻨَﻰ ﺍﻟﻨَّﻔْﺲِ

“Yang namanya kaya (ghina’) bukanlah dengan banyaknya harta (atau banyaknya kemewahan dunia). Namun yang namanya ghina’ adalah hati yang selalu merasa cukup.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat.

- 1aqidah.net


Friday 25 December 2015

Nasihat Khalif Samsudin (CEO Bella Ammara ) Untuk Belia Bergaji RM3000 Ke Bawah Di Malaysia

Penulisan saya ini khas untuk anda yang masih muda, makan gaji dan insyaAllah ingin menjadi usahawan muda dan membuat RM1juta pertama sebelum umur 30 tahun.

Siapakah saya?

Saya, Muhammad Khalif bin Samsudin/ Carl Samsudin - CEO Bella Ammara Holdings dan beberapa buah syarikat-syarikat lain. Alhamdulillah jumaat ini 25hb Dec 2015 merupakan pembukaan rasmi butik Bella Ammara ke-6 di ‘hometown’ saya, Kuantan Pahang. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar jika sentiasa meletakkan Allah no1.

Sambil memandang susuk tubuh bangunan Gio Mall (dahulunya Kamdar) di Kuantan ini, terkenang kisah 3 tahun lepas. Gaji RM2200 kerja di bank jual emas dengan target jualan 3 kilo sebulan. Bekerja hari Isnin sampai Jumaat, 8 pagi - 6 petang redah kesesakkan jalan raya macam anda semua. Elakkan komplen, fokus untuk merubah diri.

Dari 9 pasang telekung sebulan pada bulan Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini dan berkongsi rezeki bersama 50 orang staff yang lain.
Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Ini saya, cara saya dan nasihat saya agar penulisan ini dapat memberi suatu manfaat kepada anda semua.

"Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya”.



PETUA SAYA UNTUK BELIA BERGAJI RM3000 KE BAWAH DI MALAYSIA

Katakan anda berpendapatan makan gaji anda sebanyak RM3000 sebulan sekarang. Bahagikan pendapatan anda kepada 8 bahagian (harus dicatatkan dan dijadualkan).

BELANJA UNTUK MAKANAN/ SARA HIDUP - RM600
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL - RM300
BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA - RM250
BELANJA UNTUK NETWORKING - RM400
BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU - RM300
BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA - RM200
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN - RM700
BELANJE UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT - RM250
BELANJA UNTUK SARA HIDUP/ SARA HIDUP

Anda harus makan untuk teruskan hidup. Pastikan anda bersederhana dalam belanja untuk makanan (sara hidup). Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin sudah cukup jika anda pandai berjimat. Peruntukkan sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku. Kalau boleh masak sendiri lagi banyak berjimat dan lebih bagus. Masa saya bekerja dahulu, breakfast saya makan roti di rumah, tenghari saya makan kuih-kuih RM3 + RM1.5 air di warung berhampiran masjid, dan malam saya masak nasi sendiri dan lauk ringkas seperti sambal sardin dan ulam. Makan untuk hidup, belum masanya lagi kita nak enjoy makan. Teringat saya bagaimana Rasullullah s.a.w memilih tempat makan, kerusi dipastikan tidak bersandar, untuk mengelakkan makan sehingga kenyang terdampar. Makan yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, malah mengurangkan produktiviti.


BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia termasuk makanan. Carilah tempat tinggal yang agak rendah bayaran sewanya. Jangan beli rumah lagi seawal usia muda, carilah rumah atau bilik sewa dalam lingkungan harga RM300. Semasa umur muda ini, rumah hanyalah tempat tidur dan rehat sahaja. Banyakkan masa di luar untuk mencari ilmu. Biarlah kita menyewa bilik sekarang janji dapat bina istana akan datang, dari beli rumah teres sekarang dan kena bayar selama 30 tahun (itupun kalau masih mampu bayar). Kalau boleh elakkan membeli rumah di awal usia muda ini. Jangan terpengaruh dengan orang sekeliling. Yang mempengaruhi anda itu adakah mereka sudah kaya dan berjaya? Adakah rumah-rumah itu habis dibayar atau rumah itu masih milik bank? Bagi saya, pemilikan rumah di usia muda hanya ilusi, ilusi yang menunjukkan kita sudah berjaya, tetapi hakikatnya tidak. Tanya diri anda sendiri. Banyakkan berfikir.

BELANJA UNTUK IBU/BAPA/KELUARGA

Peruntukan sebanyak RM250 adalah kepada keluarga. Allah menjanjikan rezeki yang amat murah jika kita kerap bersedekah dan lebih afdal lagi kepada kaum keluarga. Tidak akan miskin hamba Allah itu sekiranya ianya kerap bersedekah. Lagi banyak duitnya di sedekahkan terutama kepada ahli keluarga, lebih banyak pintu-pintu rezekinya akan dibuka.
Letakkan target, bulan ini mungkin RM250, bulan depan mungkin RM300 bulan seterusnya mungkin RM350. Jangan sesekali mengabaikan ibu & bapa, kerana tanpa restu mereka anda pasti tidak akan berjaya.

BELANJA UNTUK NETWORKING

Belanja untuk bina rangkaian kawan (networking). Tiada manusia yang berjaya di dunia ini tidak membuat networking. Elakkan gejala-gejala melepak yang tidak berfaeda. Peruntukkan sebanyak RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda yang mempunyai access kepada internet. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh peruntukkan dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Ini salah satu ‘investment’ yang amat bernilai. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:

1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan laburkan peruntukkan tersebut kepada orang yang tidak bernilai/berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri

2. Lebih kaya & berjaya dari daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu anda cari. Dan manusia yang kaya adalah manusia yang selalu belanja orang makan. Labur dahulu, lihat hasilnya di kemudian hari

3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kedekut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi satu tarikan kuat untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

BELANJA UNTUK MENUNTUT ILMU

Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:

1.Beli buku pengetahuan di kedai buku atau secara talian (e-book). Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu asingkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku

2.Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

BELANJA UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA


Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke luar negara. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah (Ini saya pernah lakukan untuk ke Bali pada tahun 2012). Berjimat ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan! Jikalau anda perhatikan saya, saya pasti akan keluar negara untuk melihat peluang-peluang yang ada di sana. Dari situlah terbinanya saya hari ini.

BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN


Tujuan utama kereta adalah untuk pengangkutan untuk anda bergerak dari point A ke point B. Sekiranya terdapat pengangkutan awam yang mudah di kawasan anda, gunakanlah sepenuhnya. Kalau boleh di waktu belia ini, carilah kereta 2nd hand seperti Perodua Kenari yang bayaran bulan-bulan hanya RM300 sahaja. Cukuplah RM700 sebulan. Biarlah kita pakai Perodua Kenari sekarang janji dapat pakai Ferrari akan datang, dari pakai Honda Civic sekarang dan selamanya. Dan secara jujurnya, saya masih menggunakan Perodua Kenari saya sehingga ke hari ini, cukuplah dari rumah sampai ke tempat-tempat kerja. Sekiranya anda bujang, dan tidak perlu travel jauh, mungkin motor sudah cukup. Sangat jimat! Ingat balik tujuan pengangkutan hanyalah untuk bergerak ke point A ke point B.

BELANJA UNTUK SIMPANAN/INVESTMENT

Baki selanjutnya sebanyak RM250 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan atau dilaburkan untuk modal memulakan perniagaan anda. Banyak perniagaan yang boleh dimulakan dengan RM250 sahaja. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Dropship & agent kepada produk orang lain mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya. Berniaga tidak perlukan modal yang banyak, jujurnya Bella Ammara bermula dengan wang tunai RM1000 cash sahaja.

Saya nasihatkan pada semua belia untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan habiskan duit dengan membeli pakaian, kereta, rumah dan kasut mewah. Simpan dan laburkanlah terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin. Jika anda tidak berduit, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti yang boleh mendatangkan ilmu dan duit tambahan. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Retire young, retire rich.

Sebenarnya terlalu benyak untuk saya kongsikanya di sini.

Ilmu tidak boleh dilandaskan dengan wang ringgit dan tidak ternilai harga nya.

Dan, khas untuk program The Founder 2.0 pada 10th Januari 2016 ini, saya akan buka sesi soal jawab secara percuma yang mana insyaAllah akan mampu dapat membawa anda ke tahap yang lebih tinggi dalam hidup anda. Bukan itu sahaja, malahan Saiful Nang, rakan seperjuangan saya dalam dunia perniagaan juga akan berkongsi pendapat dalam menjawab pertanyaan anda semua di sana nanti. Sangat rugi jika anda lepaskan peluang untuk hadiri seminar The Founder 2.0 ini nanti. Register now

# TheFounderTalk2 —> www.bellaammara.com

Sumber rujukan;

Few Billionaires & Li Ka-Shing
Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.

December 23 at 12:38pm

Wahai Rasulullah: Nukilan Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga, tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

Nukilan

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Gambar : Sewaktu saya menziarahi masjid, rumah dan pemakaman baginda Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam.


Ubati Jahil dengan Membaca

Ubat bagi kejahilan adalah membaca. Itu antara hikmahnya perintah pertama Allah adalah untuk membaca.

Antara ajaran Islam yang ditinggalkan orang melayu lalu diambil pengaruh hindu adalah bab bacaan. Dalam agama hindu, kitab2 suci agama hanya dibaca oleh kelompok tertentu.

Demikianlah sebahagian guru agama menghalang murid mereka membaca kitab-kitab utama hadith yang menghimpunkan perkataan Nabi S.A.W kerana takut tersesat, menghalang membaca tafsir al-Quran kerana takut tidak faham, bahkan mereka menghalang juga murid membaca kitab-kitab fiqh utama madzhab syafie seperti al-Umm, al-Hawi al-Kabir, al-Majmu' dll kerana belum sampai tahap. Yang tinggal buat murid adalah kitab 2 ringgit yang dijual di pasar malam yang dipenuhi hadith2 hadith palsu dan amalan khurafat.....

Hanya ditempat kita anda akan jumpa sebahagian manusia yang takut untuk membaca Hadith lebih dari takut untuk berbuat maksiat.

- Ust Salman Ali


Ibn Taimiyah: Pejuang Ahli Sunnah Sunnah yang Dibenci Syiah dan Ahbash (Syiah Berbaju Sunni)

SYEIKH Al-Islam Ibn Taimiyah atau nama penuhnya Abu 'Abbas Ahmad bin 'Abd Al-Halim bin 'Abd Al-Salam bin Taimiyyah (661H-728H) bukanlah nama biasa di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah.

Beliau seorang tokoh pendidik umat, pejuang keadilan, pembela kebenaran dan pembanteras kebatilan. Berpegang tegas dengan prinsip Ahli Sunnah. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi kebenaran yang dipertahankan.

Sebab itu, sejarah hidupnya tidaklah sepanjang masa disambut dan dirai dengan kerusi empuk, dihampar permaidani indah, ditabur dengan harta yang mewah dan dipuji pemerintah. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang ditanggungnya di atas nama kebenaran. Difitnah, ditangkap, diseksa dan beberapa kali dipenjarakan. Namun, itu semua tidak langsung menggoyahkan semangat dan menggugat prinsip kebenaran yang diperjuangkan.

Pemerintah yang menangkap dan memenjarakan beliau mungkin menganggap hukuman tersebut dapat menyekat dakwahnya. Namun, perhatikanlah, penjara hanya mampu menahan jasadnya tetapi tidak mampu menyekat ilmu, nasihat, buah fikiran dan semangatnya untuk disebarkan kepada umat. Berapa banyak karya agung beliau dihasilkan dalam penjara dan ia kekal dimanfaatkan oleh umat sehingga hari ini.


Disayangi Ahli Sunnah

Ahli Sunnah wal Jamaah wajib bersyukur dan berbangga kerana dikurniakan seorang tokoh ilmuwan yang menguasai pelbagai bidang. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang akidah, falsafah, tafsir al-Quran, hadis, fiqah, siasah, tasawuf dan lain-lain lagi benar-benar membawa kebaikan kepada umat. Fatwa-fatwa dan pandangan beliau diguna pakai di dunia Islam hingga ke hari ini, termasuk juga di Malaysia. Bahkan turut menjadi penyelesaian kepada umat Islam minoriti di negara-negara bukan Islam.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi mengungkapkan: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah dalam kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi dalam kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku." (Al-Qaradawi, Kaif Nata'amul ma'a Al-Sunnah, ms: 170, Mesir: Dar Al-Wafa)

Pujian dan pengiktirafan ulama terhadap Ibn Taimiyah terlalu banyak. Jika ada sebarang tohmahan dan fitnah jahat yang dipalitkan kepada Ibn Taimiyah, lantas bangkit sarjana Islam yang akan membersihkan dan membelanya.

Seperti yang dilakukan oleh seorang ulama dari mazhab Al-Syafi'iah, Ibnu Nashiruddin Al-Dimasyqi (wafat 842 H) yang menulis sebuah risalah berjudul Al-Radd Al-Wafir 'ala man Za'ama anna man Samma Ibn Taimiyah Syeikh Al-Islam Kafir (Bantahan yang cukup terhadap orang yang mendakwa sesiapa yang menggelar Ibnu Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam maka telah kafir).

Dalam risalah ini, Ibnu Nashiruddin Al-Syafi'i menyebutkan pujian sekitar 85 ulama besar dari pelbagai mazhab: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Kemudian beliau berkata: "Sungguh kami tidak menyebutkan jumlah yang banyak dalam kalangan ulama yang menyatakan akan keimaman Ibnu Taimiyyah dan juga sikap zuhud dan warak beliau." (Ibn Nashiruddin, Al-Radd Al-Waafir, hal 74)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani turut memberi kata pengantar kepada risalah ini dan pujian beliau kepada Ibn Taimiyah. Katanya: "Dan tersohornya keimaman Al-Syaikh Taqiyyuddin (Ibnu Taimiyyah) lebih tersohor daripada matahari. Dan gelaran beliau dengan Syeikh Al-Islam tetap terjaga di lisan yang suci sejak zaman beliau hingga sekarang dan akan terus lestari hingga hari esok sebagaimana sebelum ini. Tidak ada yang mengingkari hal ini kecuali orang jahil (dungu) atau orang yang menjauhi sikap adil."


Kritikan adil & ilmiah

Kita sayang kepada tokoh umat ini. Namun, sayang kita kepada beliau tidaklah membutakan mata untuk melihat bahawa beliau juga adalah seorang manusia. Tidak terjamin daripada tersilap. Justeru, kita dapati, ada sahaja kritikan ilmiah oleh ulama yang dilakukan terhadap pandangan beliau. Kritikan dengan hujah ilmiah sebegini bukanlah suatu yang janggal dalam disiplin ilmu Islam. Tetapi dengan syarat mestilah ia kritikan yang adil disertai dengan hujah yang ilmiah.

Walaupun begitu, kritikan sebegitu tidak sedikit pun menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai tokoh umat. Apatah lagi untuk memfitnah beliau sebagai pencetus kepada ideologi keganasan. Tuduhan sebegini berunsur jahat. Ia tidak akan keluar melainkan dari mulut orang yang tidak mengenali beliau atau pun dari lidah mereka yang membenci dan memusuhinya seperti Syiah, atau dari Syiah yang berbaju Sunnah.


Memerangi Syiah

Ketegasan Ibn Taimiyah dalam membela Ahli Sunnah daripada serangan musuh, sama ada dari dalaman Islam sendiri atau pun pihak luar tidak perlu dipertikaikan lagi. Antaranya ialah penyelewengan, pendustaan dan fitnah yang dibawa oleh golongan Syiah. Maka, tidak hairanlah Syiah akan menjadikan Ibn Taimiyah sebagai sasaran fitnah jahat mereka.

Hal ini seperti yang diulas oleh sarjana Islam terkenal di kurun ini, Maulana Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah, Kata beliau: "Sesungguhnya Al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syiah dalam banyak tempat dalam bukunya. Dia benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan Sunnah, akidah Ahli Sunnah, Al-Khulafa Al-Rasyidin dan sahabat yang mulia RA.

Di samping itu dia mengkhususkan menjawab Syiah dalam sebuah kitab khas, dinamakan Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Al-Syiah wa Al-Qadariyyah (Jalan Sunnah Nabi Dalam Menolak Pendapat Syiah dan Qadariyyah)." (Lihat: Abu Hasan 'Ali Al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, ms 213 Kuwait: Dar Al-Qalam (t.t)

Di dalam Al-Radd Al-Wafir karangan Ibn Nashiruddin, turut dinukilkan kata-kata dari Syeikh Sadruddin bin Al-Wakiil yang menggambarkan kesungguhan Ibn Taimiyah dalam memerangi Syiah. Kata beliau: "Dan yang paling menakjubkan bahawasanya Ibnu Taimiyyah adalah termasuk orang yang paling gigih menentang ahli bidaah, Syiah Rafidhah, Al-Hululiyah, dan Al-Ittihaadiyah (fahaman wihdatul wujud).

Tulisan beliau mengenai hal ini banyak dan terkenal, serta fatwa-fatwa beliau perihal mereka tidak terhingga. Maka sungguh akan menyenangkan jika mereka mendengar akan kafirnya Ibn Taimiyyah, dan sungguh mereka akan bergembira jika mereka melihat ada ahli ilmu yang mengkafirkan Ibnu Taimiyyah.

Maka wajib bagi orang yang memiliki ilmu dan memiliki akal untuk mengamati perkataan Ibnu Taimiyyah dari karya beliau yang tersohor. Atau dari Ahli Sunnah yang thiqah (dipercayai) dalam kalangan ahli periwayatan/penukilan sehingga dia benar-benar memperoleh perkara-perkara yang dia ingkari dari Ibnu Taimiyyah, lalu hendaknya dia memperingatkan umat dari kesalahan-kesalahan tersebut, dengan maksud untuk memberi nasihat, serta memuji Ibnu Taimiyyah dengan menyebutkan keutamaan beliau pada perkara yang Ibnu Taimiyyah berada di atas kebenaran, sebagaimana kebiasaan (yang dilakukan pada) ulama selain Ibnu Taimiyyah (kesalahan mereka diperingatkan dengan tetap memuji mereka)."

Kekuatan hujah Ibn Taimiyah dalam membongkar kesesatan Syiah membuatkan Syiah tidak senang duduk. Gagal untuk membalas semula hujah, maka tohmahan dan fitnah ke atas Ibn Taimiyah adalah jalan mudah yang diambil oleh Syiah dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Lebih malang, apabila ada dalam kalangan mereka yang mentohmah Ibn Taimiyah ini berlagak seperti pembela Ahli Sunnah. Hakikatnya, mereka membawa pemikiran Syiah tetapi memakai baju Sunnah. Antara yang terkenal hari ini ialah Hassan Al-Saqqaf dari Jordan.

Seruan beliau kepada fahaman bermiripkan Syiah sangat jelas dan ia dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Ahli Sunnah. Tulisan beliau yang menyelewengkan kata-kata ulama silam berjaya dibongkarkan. Semua itu dilakukan untuk memburuk-burukkan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah.

Amat membimbangkan sekiranya ajaran Hassan Al-Saqqaf meresap masuk ke Malaysia dan dijadikan pula sumber hujah dalam agama dan menentukan sesuatu polisi negara. Usaha ini seakan-akan telah dilakukan. Antaranya dengan menterjemahkan buku beliau ke dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan oleh anak murid beliau sendiri, Zamihan Mat Zin. Diharapkan pihak kerajaan dan keselamatan bertegas dalam menyekat pengaruh jahat ini yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keharmonian negara kita.

Apa pun, Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah akan tetap kekal sebagai permata berharga bagi Ahli Sunnah wal Jamaah. Tidak ada yang membenci atau mentohmah beliau melainkan dia belum lagi mengenali sepenuhnya Ibn Taimiyah, atau dia adalah Syiah atau pun Syiah yang menyarung jubah Ahli Sunnah.

- Abdul Razak Muthalib

Penulis ialah Master Trainer di Akademi Magnet Sukses.

Graduan Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa


Terpesona melihat kekayaan orang

BARU -baru ini, saya bawa isteri dan anak-anak hadir sebuah majlis di rumah sepasang suami isteri.

Rumah mereka besar agam, deretan kereta mewah ‘berdedam’ (berdedam adalah istilah masyarakat di Utara Semenanjung bermaksud banyak dan bersusun). Apa yang dipertontonkan bukan sekadar kekayaan tetapi kemewahan.

Kejiranan tempat tinggal mereka juga bukan sembarangan, terkenal sebagai kawasan residensi eksklusif untuk golongan kaya lagi ternama di pinggir ibu kota.

Melihat semua itu, bertanyalah oleh saya dalam hati: “Mengapa aku tidak kaya seperti mereka, sedangkan aku pun kerja kuat juga...!”

Ya, saya akui, itu bukanlah pemikiran yang baik. Saya boleh jatuh berdosa kerana mempersoalkan takdir tuhan ke atas diri saya. Tetapi jujurnya, iman saya memang tidak cukup kuat untuk menghalang diri daripada terfikir hal yang seperti itu melihat kemewahan mereka ada dan begitu menggoda.

Pasangan itu pula dari segi usia jauh lebih muda berbanding saya, malah yang isteri itu pun saya tahu latar belakangnya. Dia orang biasa – macam saya juga - bukanlah berasal daripada keluarga kaya-raya dan pendidikannya pun tidaklah setinggi mana.

Suaminya pula, walaupun baru pertama kali jumpa, saya dapat jangka, dia bukanlah orangnya yang mempunyai kebolehan luar biasa, walaupun dari segi sembang, bunyinya memang luar biasa. Tetapi melihat gaya hidup mereka yang boleh dikira luar biasa, saya berasa seperti tidak puas hati kepada diri sendiri.

Mengapa saya tidak kaya seperti mereka? Kekayaan nampaknya begitu sombong untuk mendekati saya walaupun sudah lama saya bekerja keras untuk maju dalam hidup!

Apabila terfikir mengenai kekayaan dan kesenangan, kadang kala saya berasa diri saya bersalah kerana gagal untuk membawa isteri dan anak-anak keluar daripada lingkaran kehidupan yang biasa-biasa ini kepada hidup yang senang lagi mewah seperti keluarga kenalan saya itu.

Masakan tidak, pembantu rumah mereka tiga empat orang sedangkan si isteri tidak bekerja. Isteri saya pula, keluar rumah awal pagi, pulang sudah senja dan dalam keletihan setiap hari terpaksa pula menguruskan hal ehwal rumah tangga sendiri – dan seorang diri - tanpa orang gaji.

Ya, saya memang tidak berupaya untuk mengelak daripada menyalahkan diri sendiri kerana sememangnya sejak lama, itulah antara impian saya, mahu memberikan isteri kelegaan hidup melalui perkahwinannya dengan saya, bukan memberikan dia beban. Tetapi apakan daya, saya tiada upaya kerana tidak kaya?

Bagaimanapun, memangnya Tuhan yang maha mengasihani masih mahu menginsafkan saya, tidak mahu saya terus tersesat dalam pusaran ‘hubbudunya’.
Beberapa minggu lalu, terpampang di media, dua wajah yang saya memangnya kenal. Mereka itulah kenalan yang saya kunjungi tidak lama dahulu.

Rupa-rupanya mereka yang saya sangka kaya-raya dengan hasil berniaga, kini jadi buruan orang merata-rata. Ikut cerita yang dilaporkan media, si suami itu putar alam kerjanya. Beberapa orang termasuk individu terkenal, tampil di media mengaku jadi mangsa penipuannya.

Apabila terpecah cerita itu, dia dikatakan lari ke luar negara.

Melihat itu, saya kira ini pengajaran yang sempurna Tuhan berikan kepada saya. Biarlah tidak kaya, asalkan hidup jangan huru-hara.

Saya menyoal diri, apa lagi yang saya hendak sebenarnya jika masih tidak berpuas hati dengan nikmat yang dilalui sekarang ini?

Walaupun tidak kaya wang dan harta, hidup saya bahagia, malah boleh dikira sempurna. Saya ada isteri yang menyedapkan mata dan tidak menggusarkan jiwa. Setianya tidak terkata, cintanya hanya untuk saya sahaja!

Kesetiaan isteri amat penting bagi mana-mana lelaki. Hidup kita bahagia dengan isteri yang setia, walaupun tidak kaya.
Anak-anak pula, Alhamdulillah... sihat walafiat kesemuanya, tiada sakit yang membuat saya terpaksa menyengkang mata. Mereka juga mendengar kata, patuh adab dan beragama. Belajar pun, syukurlah, bagus-bagus adanya!

Harta dan wang ringgit, walaupun tidak banyak, tetapi cukup untuk hidup, makan pakai seadanya. Barang kemas isteri, walaupun sekadar beli di Pekan Simpang Empat Kangkong, tidak pernah pula dia merungut atau mencuka wajahnya!
Jadi, apa lagi yang saya hendak sebenarnya?

Tuhan sudah beri segala yang saya perlukan, ada masa untuk agama, jarak masjid dengan rumah pun sepelaung sahaja.

Hanya mata hati saya yang buta, dibutakan oleh pandangan nafsu dunia. Saya mungkin boleh kaya, tetapi kalau hidup huru-hara, apa gunanya?

Kebahagiaan menuju jalan pulang, itu lebih utama. Saya insaf!

- Muhamad Mat Yakim


Dajjal bukan bermata satu

BILA sebut sahaja al-Masih Dajjal, ada yang terus tergelak kerana menganggap ia adalah cerita dongeng, mitos seperti cerita Ultraman dan Superman.

Ada yang percaya pada kemunculannya tetapi berkata, “memanglah dia akan muncul satu hari nanti, tetapi hari ini aku kena cari makan. Kalau dia muncul esok hari pun, aku tetap kena cari makan juga! Buat apa fikir sangat tentangnya. Lebih utama fikir tentang cari makan!”

Kedua-dua golongan di atas tidak peduli langsung tentang sifat-sifat al-Masih Dajjal. Ketidakpedulian ini sangat bertentangan dengan amaran Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW pernah mengumpulkan jemaah Muslim dan memberi nasihat dan amaran tentang Dajjal. Semasa berkhutbah, suara Baginda SAW begitu mencemaskan kalangan sahabat sehingga mereka rasa seolah-olah Dajjal sedang bersembunyi dan mengintip di sebuah pokok luar masjid. Bila-bila sahaja dia akan serang.

Musuh menjadi lebih kuat dan bahaya bila rakyat tidak rasa penting untuk mengenalinya. Nama musuh tidak lagi disebut-sebut sehingga tiada yang cemas lagi tentangnya.

Musuh juga akan menjadi lebih kuat lagi bila ada yang memutarbelitkan fakta tentangnya. Tersebar kisah dan pelbagai gambar tentang bayi yang lahir dengan mempunyai satu mata sahaja di tengah-tengah mukanya.

Ada gambar pula yang melukis tiga mata di mana satu daripada mata ada di dahi, tengah-tengah antara dua mata.

Semua gambar ini sebenarnya mengelirukan kita lagi tentang sifat al-Masih Dajjal. Kalaulah dia muncul depan kita sekalipun, kita tidak akan mengenalinya kerana kita andaikan dia bermata satu!

Sebenarnya al-Masih Dajjal bermata dua seperti manusia normal. Tetapi satu mata sahaja yang boleh nampak. Satu lagi mata adalah buta. Maksudnya dia adalah 'buta satu mata', bukan mempunyai 'satu mata' sahaja!

Ada juga yang menganggap al-Masih Dajjal itu bukan seorang manusia. Dajjal adalah satu gerakan manusia jahat seperti illuminati. Takkanlah seorang individu boleh menguasai dunia?

Ada pula yang beranggapan bahawa Dajjal adalah sebuah ideologi yang hanya melihat dunia dengan mata sebelah, iaitu dengan satu mata yang bersifat keduniaan sahaja. Ideologi sekularisme ini sudah butakan mata yang melihat balasan akhirat.

Ada yang menganggap Dajjal adalah televisyen atau tab kerana semua ini bermata satu! Hanya mempunyai satu skrin!

Ada pula yang menganggap Dajjal adalah makhluk asing, badan raksasa. Satu kaki kirinya memijak benua timur dan kaki kanannya memijak benua barat.

Semua di atas adalah tidak benar. Dajjal bukan ideologi, atau televisyen atau tab atau raksasa. Al-Masih Dajjal sebenarnya adalah manusia biasa yang diberi kuasa luar biasa bila sampai masanya. Menurut Hadis Sahih Muslim, Dajjal menyerupai Ibnu Qahtan di mana beliau adalah insan biasa yang hidup di zaman jahiliah
Sebenarnya, Dajjal adalah seorang individu yang mempunyai IQ putar belit yang tinggi sehingga dunia disihirnya. Tidak mustahil seorang insan menakluki dunia bila dia cukup bijak mengawal minda manusia.

Adakah Dajjal sudah wujud? Tamim Ad-Dari, sahabat Nabi Muhammad SAW sudah pun bersemuka dengannya di sebuah pulau. Tamim berkata bahawa Dajjal adalah seorang pemuda berbadan tegap tetapi dalam keadaan terikat. Nabi Muhammad SAW sudah mengiyakan kenyataan Tamim tentang Dajjal.

Seorang kawan saya masih rasa ragu dan berhujah, “Tidak mungkin kerana kalau Tamim benar-benar jumpa Dajjal, tak mungkin Dajjal sebagai manusia biasa masih hidup lagi sekarang setelah lebih seribu empat ratus tahun! Dia mesti anak Lucifer, anak Raja Jin!”

Masalah umat kita ialah kita inginkan mitos sensasi. Susah terima kalau diberitahu bahawa Dajjal hanyalah manusia biasa. Nabi Isa AS pun hidup beribu tahun kerana baginda akan kembali ke dunia juga untuk berlawan Dajjal.

Kuasa Tuhan boleh buat apa saja. Mengapa susah nak terima Dajjal sebagai insan biasa tetapi diberi kuasa-kuasa luar biasa?

Tak perlulah cari makhluk UFO yang bermata satu atau tiga. Makhluk yang paling bahaya bukan makhluk asing atau raksasa atau iblis tetapi manusia biasa yang gila kuasa dunia!

*Abdul Naser Tun Rahman, Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (MACMA)


Akhlak dan Peribadi Rasulullah SAW

Rasulullah insan yang sangat baik akhlak dan peribadinya hingga musuhnya pun sedar akan semua itu. Mereka tak nafikan peribadi mulianya.

2. Nabi Muhammad seorang yang lunak tutur katanya. Ucapannya jelas dan mudah difahami. Tak pernah membentak dan merendahkan orang lain.

3. Nabi Muhammad selalu berwajah manis dan tersenyum hingga orang sekeliling senang hati saat bersamanya. Beliau seorang yang tenang.

4. Rasulullah tak pernah merungut makanan yang dihidangkan buatnya. Jika suka, beliau makan berselera. Jika tak suka, beliau menolak baik.

5. Rasulullah seorang tokoh yang penyabar. Saat dihina, disakiti dan dianiaya, beliau tak membalas meskipun mampu. Baginya sabar lebih baik.

6. Nabi Muhammad seorang pemaaf yang tiada tolok bandingan. Beliau masih memaafkan mereka yang ingin membunuhnya saat mereka ingin berubah.

7. Nabi Muhammad bila bercakap, ucapannya tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Ucapannya tepat dan bermakna (jawami' al-kalam)

8. Nabi Muhammad tegas tapi bukan seorang pemarah. Beliau tak menengking orang ketika marah mahupun bila melihat kesalahan orang lain.

9. Nabi Muhammad seorang lelaki yang pemalu hingga terkadang lebih malu daripada seorang anak gadis. Katanya, malu itu sebahagian iman.

10. Nabi Muhammad sangat memuliakan orang tua. Saat bercakap dengan mereka, beliau amat beradab dan rendah diri walaupun dia lebih mulia.

- addien90


Thursday 24 December 2015

Rahsia Doa Mustajab (Bila terjaga Malam, terus ingat ALLAH)

Rahsia Doa Mustajab

Antara rahsia kemustajaban doa ialah apabila seseorang itu apabila terjaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan segala kebesaranNYA dengan melafazkan wirid yang diajar oleh Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya;
ﻣﻦ ﺗَﻌَﺎﺭَّ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﻴﻞِ ﻓﻘﺎﻝ : ﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭﺣﺪَﻩُ ﻻ ﺷﺮﻳﻚَ ﻟﻪُ ، ﻟﻪُ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭﻟﻪُ ﺍﻟﺤﻤﺪُ ، ﻭﻫﻮَ ﻋﻠﻰ ﻛﻞِّ ﺷﻲٍﺀ ﻗﺪﻳﺮٌ ، ﺍﻟﺤﻤﺪُ ﻟﻠﻪِ ، ﻭﺳﺒﺤﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻭﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭﺍﻟﻠﻪُ ﺃﻛﺒﺮُ ، ﻭﻻ ﺣﻮﻝَ ﻭﻻ ﻗﻮﺓَ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﻠﻪِ ، ﺛﻢ ﻗﺎﻝ : ﺍﻟﻠﻬﻢَّ ﺍﻏﻔﺮْ ﻟﻲ ، ﺃﻭ ﺩﻋﺎ ، ﺍﺳﺘُﺠِﻴﺐَ ﻟﻪُ ، ﻓﺈﻥ ﺗﻮﺿَّﺄَ ﻭﺻﻠَّﻰ ﻗُﺒِﻠَﺖْ ﺻﻼﺗُﻪُ .

Maksudnya: "Sesiapa yang terjaga pada waktu malam, lalu menyebut :
ﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭﺣﺪَﻩُ ﻻ ﺷﺮﻳﻚَ ﻟﻪُ . ، ﻟﻪ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭﻟﻪُ ﺍﻟﺤﻤﺪُ ، ﻭﻫﻮَ ﻋﻠﻰ ﻛﻞِّ ﺷﻲٍﺀ ﻗﺪﻳﺮٌ ، ﺍﻟﺤﻤﺪُ ﻟﻠﻪِ ، ﻭﺳﺒﺤﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻭﻻ ﺇﻟﻪَ ﺇﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪُ ، ﻭﺍﻟﻠﻪُ ﺃﻛﺒﺮُ ، ﻭﻻ ﺣﻮﻝَ ﻭﻻ ﻗﻮﺓَ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﻠﻪِ ،

Kemudian menyebut: Ya Allah ampunilah daku, ataupun dia berdoa dimustajabkan doanya, ataupun dia berwuduk dan solat, diterima solatnya."

Hadis ini memberitahu kita antara rahsia doa mustajab. Ini kerana seseorang hamba Allah apabila terkejut jaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan menyebut perkataan-perkataan yang dinyatakan itu, yang mempunyai makna tauhid, memuja dan memuji Allah serta mensucikanNYA, pasti dia akan dikasihi Allah. Apa tidaknya, ketika akal masih baru sedar, namun jiwa dan minda terus tertumpu menyebut perkataan-perkataan yang mulia di sisi Allah dengan menghayati maknanya. Maka doanya akan dimustajabkan oleh Allah yang menyukai hamba-hambaNYA yang menyebut perkataan-perkataan itu dengan tujuan memuja dan memuji kebesaranNYA.

drmaza.com


Wednesday 23 December 2015

Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 15/12/15 hingga 20/12/15)

oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Shamsuddin, Ust Hakimi, Ust Hanief, Ust Muhammadi, Ust Zulkifli, Bro Lim Joi Soon, Dr Abd Basit, Syeikh Hasan Haidar al-Wa’ili.

1. Ust Qamar - 151215 Tafsir surah al-Hajj ayat 68-78
http://www.mediafire.com/listen/v0w02qw6pfqh7t7

2. Ust Muhammadi - 151215 al-Adabul Mufrad; Adab dgn ibubapa
http://www.mediafire.com/listen/wgm651ia1294xa1

3. Ust Hakimi - 151215 Fathul Majid; Maksud wasilah
http://www.mediafire.com/listen/vzfv285gfyfvi20

4. Ust Qamar - 151215 Umdatul Ahkam; hadith 127-128 bab zikir slps solat
http://www.mediafire.com/listen/2wlz9x8a4f3xb12

5. Dr Abd Basit - 151215 Cinta Rasul, Ihya' as-Sunnah dlm kehidupan
http://www.mediafire.com/listen/lvsdlhnjvohio4d

6. Dr Abd Basit - 151215 Bahaya golongan liberal mempermainkan agama
http://www.mediafire.com/listen/cr0a5s17w5awocq

7. Dr Abd Basit - 151216 Keajaiban solat Subuh & Tips menjaganya
http://www.mediafire.com/listen/98w9osoaow3jmod

8. Dr Abd Basit - 151216 Godaan syaitan melalui mata
http://www.mediafire.com/listen/ey74dldjtlo3fa2

9. Ust Hanief - 151216 Fauzul Kabir; Ilmu ahkam
http://www.mediafire.com/listen/a443412b6z28388

10. Syeikh Hasan Haidar - 151216 Kesatuan Ummah & Perancangan musuh mghancurkan Islam
http://www.mediafire.com/listen/9qzygzrx6mcoq9r

11. Bro Lim Joi Soon - 151216 Bagaimana saya memeluk Islam
http://www.mediafire.com/listen/3g13is96a698ug1

12. Ust Qamar - 151216 Fiqh Sunnah; Doa & zikir setelah bangun tidur
http://www.mediafire.com/listen/3v864bi50ahck2q

13. Ust Muhammadi - 151217 al-Adabul Mufrad; Bab Bergurau dgn anak kecil hadith 269-283
http://www.mediafire.com/listen/x0kzyy0spfwkv00

14. Ust Shamsuddin - 151217 Faslul Khitob; Siapakah Wahsyi pembunuh Saidina Hamzah
http://www.mediafire.com/listen/0njoadoezb4b5kx

15. Ust Zulkifli - 151218 Sahih Bukhari; Kitab I'tishom, hadith 6733-6738
http://www.mediafire.com/listen/2yqbpfyiqc3p7l2

16. Ust Shamsuddin - 151218 Fenomena hidup berjauhan dari sunnah Nabi
http://www.mediafire.com/listen/161j74mlvmswuaz

17. Ust Qamar - 151218 Riyadhus Solihin; Bab Mujahadah hadith 10
http://www.mediafire.com/listen/5z7bar2ao772r2c

18. Ust Shamsuddin - 151218 Faktor2 penyebab hidup berjauhan dari sunnah Nabi
http://www.mediafire.com/listen/zd3048o1jaj44np

19. Ust Shamsuddin - 151219 Fenomena hidup berjauhan dari sunnah Nabi bhgn 2
http://www.mediafire.com/listen/3ekttazxwb7b4jc

20. Ust Shamsuddin - 151219 Daurah Syamail Muhammadiyyah; hadith 1-8
http://www.mediafire.com/listen/f96ktr1e9qgjzd9

21. Ust Muhammadi - 151219 Syarah al-Hikam; Hikmah ke-6
http://www.mediafire.com/listen/12m2961pget50sj

22. Ust Qamar - 151220 Tashil Aqidah; Perkara yg diharuskan utk Muslim kpd org kafir
http://www.mediafire.com/listen/u1bx58yidgzl5al

23. Ust Hanief - 151220 Usul Hadith; Penulisan, catatan & pembukuan hadith
http://www.mediafire.com/listen/zwr32wz8xjki7ww

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Tuesday 15 December 2015

Maulana Asri : Keistimewaan Dialek Kelantan...

Orang yang paling dicintai oleh Allah

Mahukah kita bersama-sama berusaha menjadi orang yang paling dicintai oleh Allah SWT ?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda;

ﺃﺣﺐ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻧﻔﻌﻬﻢ ﻟﻠﻨﺎﺱ
'Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.'

[Riwayat Al-Tabarani dan Ibn Abi Dunya, hadith ini dihasankan oleh Syeikh Al-Albani namun yang lebih kuat ianya dhaif]

Dalam riwayat yang lain dari Usamah bin Syarik RA, bahawa Nabi salallahualaihiwasallam bersabda ;

ﺃﺣﺐ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧُﻠُﻘﺎً
'Hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah ialah yang paling baik akhlaknya di kalangan manusia.'

[Riwayat al-Tabarani dengan sanad yang sahih]

# Orang yang dicintai oleh Allah SWT itu ialah mereka yang hidupnya bermanfaat, baik akhlaknya kepada manusia, mesra dan sering membantu mereka yang dalam kesusahan.

Bagaimanalah pun agaknya keadaan orang yang hidupnya asyik menyusahkan orang lain? Membebankan rakyat? Mengeluarkan ucapan yang menyakitkan hati dan perangainya pula tidaklah indah?

Allah sahaja tempat kita mengadu!

- Ustaz Emran Ahmad


Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Satu Analisis ke atas Peranan Gerakan Wahhabiyyah

Sekiranya mereka membaca semula sejarah awal Wahabi di Arab Saudi, mereka akan tahu siapa pengganas sebenar.
Mereka akan malu membaca fakta sejarah bagaimana mereka membunuh pengikut-pengikut Wahabi atas dasar mereka telah murtad! Mereka juga telah melarang mereka daripada menunaikan haji, merampas harta mereka, dan memperhambakan perempuan-perempuan Wahabi. Berapa ramai ulama-ulama Wahabi dibunuh dengan kejam.

Hari ini, mereka lupa sejarah itu dan mengatakan mereka golongan yang dizalimi. Mungkin sejarah hitam itu pun telah dipadam untuk menampakkan bahawa mereka adalah golongan tertindas.
Mohon baca sejarah melalui buku Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Satu Analisis ke atas Peranan Gerakan Wahhabiyyah oleh Ibnu Ahmadain al-Barlisi untuk fakta yang lebih terperinci.

- Ibnu Anas Al-Kutawi


Siapa Maulana Asri dan Dapatkan Koleksi Lengkap Video & MP3 Maulana Asri Yusoff (Tawaran Istimewa)

Siapakah Maulana Muhammad 'Asri bin Yusoff?

Nama: Muhammad 'Asri bin Yusoff

Lahir: 12 Julai1958 di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan

Pelajaran: Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3, kemudian ke India untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband, kemudian di Madrasah al-Diniah al-Bakriah atau lebih di kenali sebagai Pondok Pasir Tumboh Kelantan, kemudian di India pula menuntut di Nadwatul Ulama Lakhnau, kemudian ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.

Merupakan: pengasas Darul Kautsar (Pusat Tahfiz al-Quran Bahasa Arab dan Ilmu-ilmu Islam Kelantan). Pengarang buku-buku Syiah Rafidhah, Ibnu Ishaq, Kamus Tematik al-Kautsar dll. Pembentangan kertas kerja: telah membentangkan banyak kertas kerja terutamanya tentang Syiah di seluruh Malaysia dan juga di luar negara.

Pekerjaan: mengajar dan menulis.

TAWARAN ISTIMEWA - TAWARAN ISTIMEWA

DAPATKAN KOLEKSI PALING LENGKAP VIDEO & MP3 MAULANA ASRI YUSOFF

Dapatkan koleksi Video & MP3 Syarahan Hadis dan kuliah umum oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff

Akan disalin PERCUMA untuk anda

WhatsApp Ust Badrul Hesan di talian 017-9295071 untuk urusan penyalinan jika anda berada di sekitar Kota Bharu Kelantan.

Untuk koleksi semua kuliah, saiz hard disk yang diperlukan ialah 1 Tera byte.

Sebagai alternatif, terutama yang berada di luar Kota Bharu, kami boleh menguruskan pembelian harddisk, menyalin dan poslaju kepada anda.

Harga semasa (Dis 15) harddisk saiz 1 Terrabyte ialah sekitar RM250.00-RM300.00. Untuk harga sebenar harddisk, sila wassup ke no 017-9295071. Kami akan menyalin secara percuma kepada anda dan poskan kepada anda (untuk kos pos laju dan urusan logistik, sila tambah RM10.00)

Bayaran (harga harddisk + RM10.00 kos pos dan urusan) boleh di bank in CIMB - 7616443956 - Ab Aziz Bin Daud. Selepas bank-in, whatsApp kan slip bayaran kepada no telepon: 017-9295071

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI, SIMPAN SATU UNTUK KOLEKSI PERIBADI ANDA DAN HADIAHKAN SATU UNTUK SAUDARA MARA ATAU KENALAN ANDA.


Kisah pada hari Kiamat tentang orang Kaya Nikmat dan seorang yg derita Hidupnya

Apalah yang ada pada dunia ini. Apa yang kita tidak perolehi di dunia belum tentu satu kerugian. Apa yang kita perolehi belum tentu nikmatnya berkekalan.

Sabda Nabi s.a.w :
“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim)

drmaza.com


Sembahlah Allah yg Satu dan jgn dekati Syirik yg dijenamakan dgn Tawassul

Dulu2, yang sering saya lihat orang yg berdoa depan gambar arwah tok nenek adalah non Muslim. Jauh di sudut hati, saya berasa kasihan kepada mereka. Sebab, sebahagiannya adalah kenalan saya yang hebat dalam business dan berjaya dalam career. Saya sering berdoa agar Allah mengurniakan petunjuk kepada mereka.

Kini, penyakit ini merebak kepada saudara2 seagama dgn saya. Mereka berjubah & berserban berdoa di hadapan gambar arwah tok sheikh mereka sambil menyanyikan lirik2 tertentu. Mereka berselindung di sebalik istilah selawat, qasidah & tawassul.

Wahai saudaraku, aku kasihan kepadamu.
Itu bukan tawassul. Tawassul ialah berdoa kepada Allah dgn menyebut keberkatan yg ada pada Rasulullah SAW. Berdoa dan memohon pertolongan arwah tok sheikh mempunyai risiko syirik kpd Allah.

Syirik non Muslim mudah dikenali. Tetapi jika syirik dilakukan oleh sheikh berjubah & berserban, tersangat bahaya kerana sukar dikenali.

Saya tidak menuduh mereka syirik, tetapi sangat khuatir jika mereka terjebak ke dalam perangkap syirik.

Ya Allah, berilah petunjukmu agar kami semua selamat drp syirik.

- Ustaz Jailani


Antara buku yg boleh dijadikan rujukan untuk mengenali dgn lebih dekat lagi 3 orang tokoh yg selalu di"wahabi"kan

" Kalau Ibn Taimiyyah bukan Syaikhul Islam, maka siapa lagi ? " - Muhammad bin al-Sofi Utsman al-Hariri al-Ansari al-Hanafi (Qadhi al-Qudha di Mesir & Syam)

" Al-Albani di zaman ini adalah seorang pembawa panji sunnah. Mencela beliau sama seperti mencela sunnah " - Syeikh Humud bin Abdullah al-Tuwaijiri

" Muhammad bin Abdul Wahhab adalah pemimpin kebangkitan dan pembaikan agama yang dinantikan, yang menzahir timbangan aqidah yang bersih " - Syeikh Wahbah al-Zuhaili

--------------------------------------------

Antara buku yang boleh dijadikan rujukan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi 3 orang tokoh di atas adalah :

1- Ibn Taimiyyah, Perjuangan & Pemikirannya Memurnikan Islam (DBP)

2- Akidah Tauhid Ibn Taymiyyah (Penerbit USIM)

3- Muhammad Ibn Abd al-Wahhab (DBP)

4- Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Muhaddith Abad ke-20 (DBP)

- Muhammad Arif Ayub Ishak


Monday 14 December 2015

Dr. Maza: Bukan Ilmuan Maksum

Ada beberapa perkara yang Dr. Maza jelas tersilap sehingga saya sendiri menyelisihi beliau dalam perkara tersebut. Namun apapun kesilapan beliau, ia tetap dibangunkan di atas fakta dan hujah ilmiah.
Kesilapan beliau ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Mungkin faktor ketidaksengajaan beliau, keliru dalam menerapkan hukum pada situasi realiti, terpaksa atas sebab untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar serta pelbagai faktor lain yang berada di luar pengetahuan kita.

Namun suatu yang menarik adalah perkataan beliau:

"Perbuatan mufti bukan hujah. Tetapi perkataan Allah dan perkataan Rasul."

Inilah prinsip beliau, persis prinsipnya para imam salaf kita yang mulia. Tidak pernah sama sekali mereka memaksa umat Islam untuk mengikut setiap inci perkataan dan perbuatan mereka. Sebaliknya mereka sepakat mengajak umat kepada Allah dan RasulNya.

Mereka semua hanyalah insan, yang ada ketika tersilap langkah dalam mengemukakan pandangan. Usahlah setitis kesalahan mereka yang dicari, sementara kebenaran yang seluas lautan mereka tuangkan kepada ummah tidak dipandang sama sekali.


Saudi dan Wahabi, tak berbayang jika...

Alhamdulillah Mekah bersih dari khurafat dan Allah lindungi haramain dari pengaruh kesesatan sufi/syiah begitu besar jasa Syeikh Muhammad Abdul Wahhab kepada Al Haramain dan Islam... Dan beliaulah juga yg menyatukan kesemua mazhab bersolat dgn satu imam. Sebelum ni 4 mazhab ada 4 imam. - Ghuraba Media


Maulid, ajaran dan budaya siapa? Syiah, Nasara atau Islam?

24/12/2015 Maulid Nabi Muhammad
25/12/2015 Maulid Nabi Isa

Maulid, ajaran dan budaya siapa? Syiah, Nasara atau Islam?

Ibnul-Majisyun mengatakan :

ﺳﻤﻌﺖ ﻣﺎﻟﻜﺎ ﻳﻘﻮﻝ : " ﻣﻦ ﺍﺑﺘﺪﻉ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺑﺪﻋﺔ ﻳﺮﺍﻫﺎ ﺣﺴﻨﺔ ، ﻓﻘﺪ ﺯﻋﻢ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ﺧﺎﻥ ﺍﻟﺮﺳﺎﻟﺔ ، ﻷﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﻘﻮﻝ }: ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺃﻛﻤﻠﺖ ﻟﻜﻢ ﺩﻳﻨﻜﻢ { ، ﻓﻤﺎ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻳﻮﻣﺌﺬ ﺩﻳﻨﺎ ﻓﻼ ﻳﻜﻮﻥ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺩﻳﻨﺎ "

”Aku mendengar Imam Malik berkata : ”Barangsiapa yang membuat bid’ah dalam Islam yang ia memandangnya baik, maka sungguh ia telah menuduh Muhammad shallallaahu ’alaihi wasallam mengkhianati risalah. Hal itu dikarenakan Allah telah berfirman : ”Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu”. Maka apa saja yang pada hari itu (yaitu hari dimana Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam beserta para shahabatnya masih hidup) bukan merupakan bagian dari agama, maka begitu pula pada hari ini bukan menjadi bagian dari agama” [Al-I’tisham oleh Asy-Syathibi, 1/49].

- Abu Al Zahra


Sunday 13 December 2015

Jangan jadi Penipu Besar Sambut Maulid - Tuan Guru Haji Hadi

"Apa yang Wajib, sebagai pengikut Nabi, kita berpegang Kepada Ajarannya, beramal dengan Sunnahnya sehingga Kiamat" - TGHH


Siapa Golongan Ahbash dan Ciri-Ciri Sufi Ahbash Di Malaysia

Al-Ahbash Pentakfir Umat

Synopsis :
Golongan Al-Ahbash mungkin namanya agak asing bagi masyarakat di Malaysia. Ini kerana golongan ini juga turut berselindung di bawah nama Ahlus Sunnah wal Jamaah meskipun mereka pada hakikatnya telah jatuh meninggalkan fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah. Golongan ekstrim ini gemar menyesatkan dan mengkafirkan para ulama dan ilmuwan Islam yang tidak sefahaman dengan mereka. Mereka gemar melabel dan menggelar wahabi. Fitnah-fitnah yang mereka bawa adalah sangat berbahaya kepada umat Islam. Jika anda dengar ada orang yang suka mewahabikan orang lain, berhati-hatilah kerana dia mungkin pengikut fahaman Al-Ahbash.

Melalui kompilasi artikel di dalam buku ini, kenali ciri-ciri golongan Al-Ahbash ini dan semoga kita tidak termakan dengan tipu daya dan fitnah yang dibawa oleh golongan ini.
Ciri Ciri Sufi Ahbash Di Malaysia
1. Menjadikan kubur wali atau nabi sebagai tempat tawaf
2. Mendakwa Nabi Khidir masih hidup dan mereka mendakwa mengambil ilmu hakikat darinya
3. Menggunakan borang upah tahlil
4. Menyeru untuk meminta pertolongan pada roh wali, habib dan nabi
5. Suka marhaban, berzanji, qasidah
6. Memusuhi Salafi tetapi berbaik dengan Syiah
7. Berlebih lebihan dalam mengambil berkat tabarruk
8. Menjadikan simbol capal sebagai pujaan dengan fadhilat rekaan
9. Mereka bait syair dan meletak nama sebagai selawat
10. Mencerca orang tidak menambah SAIYYIDINA pada selawat.
11. Menggunakan keturunan nabi sebagai hujjah untuk meraih sokongan
12. Menggunakan agama untuk membuat keuntungan kismis jampi, air dibacakan 30 juzuk, air anai-anai yang memakan 22 juzuk,
13. Hujjah mimpi untuk mengharuskan amalan baru
14. Mendakwa roh nabi hadir semasa berqasidah dan maulid
15. Merayakan maulid dan haul dengan upacara tertentu
16. Melabel orang yang menentang bid’ah sebagai wahabi
17. Mengelar orang melakukan amalan yang berbeza dengan mereka Wahhabi
18. Mendakwa ada bid’ah hasanah dalam ibadah
19. Mendakwa sahabat nabi melakukan bid’ah hasanah
20. Sering menempel label bid’ah hasah pada amalan yang diada-adakan dalam ibadah.
21. Melabel orang yang menetang Syiah sebagai wahhabi
22. Berfahaman wahdatul wujud
23. Percaya pada akidah NurMuhammad
24. Mencerca tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma’ dan sifat menyerupai trinity
25. Mencerca golongan yang tidak mentakwil ayat mutasyabihat sebagai mujassimah, tajsim
26. Sering menabur fitnah pada ulamak salafi seperti Azzahabi, AlBani, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim
27. Taksub kepada tok guru, habib, syeikh , wali
28. Mengatakan orang lemah iman guna hadis lemah
29. Mengqiaskan ibadah dengan makanan. Murtabak
30. Mengqiaskan dengan teh susu untuk mengiyakan Maujud Bila makan
31. Suka melakukan amalan yang tidak sabit dengan hadis. Puasa Nisfu Saaban, baca Yasin 3 kali mlm nisfu saaban,
32. Menggunakan hujah “Benda baik apa salahnya” bila dimintakan dalil tentang sesuatu amalan yang diada-adakan.

- Ghuraba Media


Menurut Artikel drmaza.com pula

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.
Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.
Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.
- Abdullah al-Harari
Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran ‘Ahbash’ . Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.
Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:
“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).
Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut:
“Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.
Timbalan Presiden The European Council for Fatwa and Research (ECFR), al-Syeikh Faisal Maulawi menyebut:
“al-Ahbash atau (Jam’iyyah al-Masyari’ al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fekah yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syeikh mereka. Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah”.
Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah pula membuat kenyataan berikut: “Maka untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.”
Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.
Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir. Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif” Banyak lagi fatwa para ulama mengenai kemelampauan puak Ahbash ini.
Antara perkara yang menakutkan yang digunakan oleh puak Ahbash ini, selain dari maki-hamun, cerca, fitnah dan serangan peribadi, mereka juga menggunakan pendekatan menghalalkan darah orang yang mereka musuhi.
Sebab itu di Lebanon, sebelum ini mereka begitu bermaharaja lela sehinggalah mereka dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Rafiq Hariri. Ini apabila ‘Ulil Amri’ yang dirasakan sudah tidak dapat berkerjasama dengan mereka. Sebelum itu mereka juga mengkafirkan bekas Mufti Lebanon Hasan Khalid dan membunuhnya. Mereka menulis di dinding-dinding di Lebanon: “Katakan tidak kepada Hassan Khalid yang kafir”.
Menjadi tabiat Puak Ahbash ini suka memfitnah mengada-adakan cerita bohong dan mempersendakan gambar dan mengubah fakta. Di Malaysia, kelompok Ahbash ini ada mempunyai blog-blog mereka yang tersendiri. Pembaca boleh layari untuk melihat gelagat mereka. Mereka memenuhinya dengan maki hamun, menokok tambah gambar-gambar orang yang mereka tidak suka dan membuat berbagai pembohongan fakta yang lain.
Juga antara pendekatan yang digunakan Ahbash ialah mendampingi pihak yang berkuasa untuk menentang dan memfitnah tokoh-tokoh yang mereka tidak suka. The Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA) menyebut bagaimana pengasas mereka Abdullah Harari berpakat menghasut pihak berkuasa Habshah sehingga menyebabkan pengetua Pusat Tahfiz al-Quran di sana di penjarakan selama 23 tahun. (http://www.amjaonline.com/ar) Pendekatan menggunakan pihak berkuasa dan mendampingi pemerintah dengan menyebarkan racun fitnah, cerca, mengkafir merupakan jalan yang dipilih oleh Ahbash di negara-negara yang mereka cuba bertapak.
Ahbash masuk ke negara kita melalui mereka yang belajar di Lebanon dan terpengaruh dengan aliran ini. Ahbash juga telah membelanjakan wang dengan menjemput tokoh-tokoh agama Malaysia ke tempat mereka serta dibekalkan buku-buku mereka. Maka sindrom ahbash ini mula merebak dengan aktif dalam masyarakat ini apabila kelompok ‘ahbash’ mendapat tempat dalam sesetengah pihak berkuasa agama dan ruang kuliah dan ceramah di masjid dan surau.
Apabila melihat kegusaran sesetengah pihak dengan gerakan pembaharuan minda agama di negara kita, kelompok ini cuba mendapatkan tempat dengan cara menjadi ‘wira’ untuk membantu sesetengah pihak yang merasa terancam.
Mereka menyalurkan bahan dan pemikiran mereka yang dikenali sebagai pemikiran mengkafirkan tokoh-tokoh ulama dan mana-mana pihak yang dianggap berbeza dengan mereka. Maka kebelakangan ini dalam media massa, seminar, masjid, surau dan selainnya kedengaran isu mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab, isu wahhabi, isu Ahlus Sunnah, isu tidak terikat mazhab al-Syafi’i dan berbagai lagi.
Bukan isu-isu ini tidak wujud sebelum ini, tetapi Ahbash berjaya menyemarakkan api permusuhan dan kebencian dengan lebih dahsyat. Isu-isu ini diulas bagaikan perang jihad mesti dilakukan untuk menghapuskan sesiapa yang berbeza. Racun awal Ahbash mula menyerap. Maki hamun kedengaran di masjid dan surau.
Malangnya mereka ini mendapat ‘lesen’ bercakap. Menfitnah, menyesat dan mengkafirkan mula dijadikan senjata. Ia amat menakutkan. Ini akan menghalang kemajuan pemikiran, lebih buruk lagi ia boleh mengundang perbalahan sengit sesama muslim.
- Watan
Sebab itu Akhbar al-Watan ketika melaporkan kematian pengasas Ahbash itu menyebut:
“Kelmarin (2/9/2008) Abdullah al-Harari, Pengasas dan Mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash telah meninggal dunia di Lebanon ketika umurnya 98 tahun…Al-Harari (Abdullah al-Harari) dilahirkan di Harara pada tahun 1910M, seterusnya berpindah-randah di beberapa negara Arab sebelum menetap di Lebanon pada tahun 1950M, beliau sering mengkafirkan para ulama umat Islam.” (Akhbar al-Watan: Rabu 3 Ramadhan 1429, bersamaan 3 September 2008, bil. 2896 tahun kelapan).
Cuma yang agak menarik, dalam laman web YADIM pada hari kematian al-Harari menamakannya “Pejuang Ahli Sunnah wal Jamaah yang sejati”. Ini amat membimbangkan saya. Saya rasa pembaca juga demikian. Saya takut racun itu benar-benar telah memasuki masyarakat kita.

W/A


“Orang kata Wahabi ialah mereka yang menolak perayaan hari kelahiran Nabi (maulid).”

Penjelasan:
Jika demikian takrifan Wahabi, maka Imam Asy-Syafi’e (204H) dan para ulamak Syafi’iyyah selain beliau ialah Wahabi. Ini kerana, mereka bukan sahaja tidak pernah meraikan perayaan maulid bahkan menghukumnya sebagai perbuatan yang bid’ah di sisi ajaran agama.
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani Asy-Syafi’e rahimahullah (852H) berkata sebagaimana nukil Al-Hafiz As-Suyuthi rahimahullah di dalam kitabnya Al-Hawi Fil Fatawa jilid 1, ms. 196:
ﺃﺻﻞ ﻋﻤﻞ ﺍﻟﻤﻮﻟﺪ ﺑﺪﻋﺔ، ﻟﻢ ﺗﻨﻘﻞ ﻋﻦ ﺃﺣﺪ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻠﻒ ﺍﻟﺼﺎﻟﺢ ﻣﻦ ﺍﻟﻘﺮﻭﻥ ﺍﻟﺜﻼﺛﺔ .
Maksudnya:
“Hukum asal perayaan maulid itu adalah bid’ah dan hal itu tidak pernah dicontohkan oleh para ulamak Salafus Shalih yang hidup pada tiga abad yang pertama.”
Sementara itu, salah seorang pembesar mazhab Syafi’e iaitu Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami Asy-Syafi’e rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Haditsiyyah:
ﻭﻣﺎ ﻳﻔﻌﻠﻪ ﻛﺜﻴﺮ ﻋﻨﺪ ﺫﻛﺮ ﻣﻮﻟﺪﻩ ﻭﻭﺿﻊ ﺃﻣﻪ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﻘﻴﺎﻡ ﺑﺪﻋﺔ ﻟﻢ ﻳﺮﺩ ﻓﻴﻬﺎ ﺷﻲﺀ .
Maksudnya:
“Adapun apa yang dirayakan oleh kebanyakan orang ketika hari kelahiran Nabi dan saat ibunda baginda melahirkannya, maka hal itu adalah perbuatan bid’ah dan tidak ada satu pun dalil yang mendasari perbuatan tersebut sama sekali.”
Selanjutnya perhatikan pula ungkapan salah seorang ulamak Syafi’iyyah mengenai hukum perayaan maulid iaitu Syeikh Ja’far at-Tazmanti asy-Syafi’e rahimahullah (682H), katanya:
ﻫﺬﺍ ﻟﻔﻌﻞ ﻟﻢ ﻳﻘﻊ ﻓﻲ ﺍﻟﺼّﺪﺭ ﺍﻷﻭَّﻝِ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻠﻒِ ﺍﻟﺼﺎﻟﺢ ﻣﻊ ﺗﻌﻈﻴﻤﻬﻢ ﻭﺣﺒِّﻬﻢ ﻟﻪ – ﺃﻱ : ﻟﻠﻨّﺒِﻲِّ – ﺇِﻋْﻈِﻴْﻤًﺎ ﻭَﻣَﺤَﺒَّﺔً ﻟَﺎ ﻳَﺒْﻠُﻎُ ﺟﻤﻌﻨﺎ ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ ﻣﻨﻬﻢ .
Maksudnya:
“Perbuatan (perayaan maulid) ini tidak pernah dicontohkan pada masa (kurun) pertama dari masa para ulama Salafus Shalih, padahal mereka adalah orang yang paling besar pengagungan dan rasa cintanya kepada baginda (Rasulullah) dan tidak ada seorang pun dari kita yang mampu untuk menandingi bagaimana besarnya pengagungan dan rasa cinta mereka (para sahabat) kepada baginda.” - Lihat Subul al-Huda wa al-Rasyad Fi Sirati Khair al-‘Ibad 1/441-441.
SETERUSNYA, HUJAH LAZIM PERAYAAN MAULID NABI & JAWAPAN
[Soalan #1]:
“Abu Lahab yang kafir pun diringankan azabnya oleh Allah lantaran kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu bagaimana pula jika umat Islam yang menyambutnya? Sudah tentulah Allah akan mengurniakan ganjaran yang lebih besar bagi sesiapa yang menyambut perayaan Maulid Nabi.”
Jawapan:
Abu Lahab bukanlah dalil dalam agama sehingga yang demikian perbuatannya dijadikan dalil bagi mensyariatkan apa yang tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sekadar bergembira dengan kelahiran Nabi sahaja tidaklah memadai. Akan tetapi hendaklah kegembiraan itu dizahirkan dengan cara mengikuti ajaran yang dibawanya, mengamalkan serta menyampaikannya kepada orang lain. Selain itu hendaklah berusaha mempertahankan ketulenan ajarannya daripada ditokok tambah dan diubah suai oleh golongan yang gemar kepada syirik dan bid’ah.
Kembali kepada Abu Lahab, bukankah setelah itu dia menolak ajaran Islam yang cuba disampaikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepadanya? Berdasarkan ini, apakah cukup sekadar menzahirkan kegembiraan menyambut kelahiran baginda, tetapi pada waktu yang sama enggan mengikuti syariat yang dibawa bersamanya?
Tepuklah dada, tanyalah iman.
[Soalan #2]
“Kalau begitu, adakah salah untuk kami menzahirkan rasa gembira terhadap kelahiran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam? Apakah kamu tidak menyukai kelahiran insan yang termulia ini?”
Jawapan:
Tiada seorang jua dalam kalangan umat Islam yang tidak bergembira dengan kelahiran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melainkan hanyalah orang-orang kafir dan fasiq. Bergembira itu tidaklah salah, silakan.
Namun apa yang menjadi persoalan di sini adalah, mengapakah kegembiraan itu dizahirkan dengan cara yang bercanggah dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar jangan keterlaluan dalam memuji dan menyanjungi baginda? Apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam redha apabila umatnya melakukan hal yang bercanggah dengan ajarannya?
Persoalan kedua, mengapakah kegembiraan sahaja yang kalian zahirkan tetapi tidak menzahirkan rasa kesedihan atas pemergian baginda? Bukankah di dalam bulan yang sama juga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat meninggalkan kita umatnya? Mengapakah kalian tidak bersedih di atas musibah yang amat besar ini? Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ﺇِﺫَﺍ ﺃَﺻﺎﺏَ ﺃَﺣَﺪَﻛُﻢْ ﻣُﺼِﻴْﺒَﺔً ﻓَﻠْﻴَﺬْﻛُﺮْ ﻣُﺼِﻴْﺒَﺘَﻪُ ﺑِﻲْ، ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﺍﻟﻤَﺼَﺎﺋِﺐِ .
Apabila salah seorang dari kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah kehilangan diriku kerana itu merupakan musibah yang besar. [Hadis riwayat ath-Thabrani. Lihat Shahih al-Jami’, no. 347]
Amatlah benar ucapan Syaikh Muhammad Abdus Salam Khidir asy-Syuqairi rahimahullah (1352H):
ﻓﻲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺸﻬﺮ ﻭﻟﺪ، ﻭﻓﻴﻪ ﺗﻮﻓﻲ، ﻓﻠﻤﺎ ﺫﺍ ﻳﻔﺮﺣﻮﻡ ﺑﻤﻴﻼﺩﻩ ﻭﻻ ﻳﺤﺰﻧﻮﻥ ﻟﻮﻓﺎﺗﻪ؟
Pada bulan ini baginda dilahirkan dan baginda juga wafat pada bulan yang sama. Maka mengapa mereka bergembira memperingati kelahiran baginda namun mereka tidak bersedih untuk memperingati kewafatan baginda? [as-Sunan wa al-Mubtada’at, ms. 128]
[Soalan #3]
“Bukankah Ibnu Taimiyyah sebagai tokoh rujukan utama kaum Wahhabi sendiri membolehkan sambutan perayaan Maulid Nabi?”
Jawapan:
Apa yang benar adalah beliau menyatakan bahawa perayaan Maulidur Rasul itu adalah perkara yang bid’ah di sisi agama. Beliau berkata setelah menyenaraikan beberapa amalan yang tidak memiliki asasnya daripada ajaran Islam, termasuklah perayaan Maulid Nabi:
ﻓﺈﻧﻬﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﺒﺪﻉ ﺍﻟﺘِﻲ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﺤﺒﻬﺎ ﺍﻟﺴﻠﻒ ﻭﻟﻢ ﻳﻔﻌﻠﻮﻫﺎ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺃﻋﻠﻢ .
Maka sesungguhnya semua itu termasuk dari perbuatan bid’ah yang tidak disukai oleh para ulamak Salaf, dan mereka juga tidak pernah melaksanakannya. Wallahu Subhanahu wa Ta’ala a’lam. [Majmu’ al-Fatawa, 25/298]
Dalam kitab yang sama, beliau menegaskan bahawa perayaan Maulid Nabi yang diada-adakan oleh umat Islam hari ini merupakan perombakan terhadap agama Allah. Katanya:
ﻭﻫﺬﺍ ﺗﻐﻴﻴﺮ ﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺗﺒﺪﻳْﻞ ﻟﻪ . ﻭﻫﻜﺬﺍ ﺍﻟﻘﻮﻝ ﻓﻲ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﻤﻮﻟﺪ ﻭﻏﻴﺮﻫﺎ .
Dan hal ini merupakan perombakan terhadap ajaran agama Allah dan demikian juga kita katakan terhadap (sambutan) malam Maulid dan selainnya (dari amalan-amalan yang tidak ada dasarnya di sisi sunnah yang sahih).
Menerusi kitabnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa:
ﻓﺈﻥ ﻫﺬﺍ ﻟﻢ ﻳﻔﻌﻠﻪ ﺍﻟﺴﻠﻒ ﻣﻊ ﻗﻴﺎﻡ ﺍﻟﻤﻘﺘﻀﻲ ﻟﻪ ﻭﻋﺪﻡ ﺍﻟﻤﺎﻧﻊ ﻓﻴﻪ، ﻭﻟﻮ ﻛﺎﻥ ﺧﻴﺮ ﻣﺤﻀﺎ ﺃﻭ ﺭﺍﺟﺤﺎ، ﻟﻜﺎﻥ ﺍﻟﺴﻠﻒ ﺃﺣﻖ ﺑﻪ ﻣﻨﺎ، ﻓﺈﻧﻬﻢ ﻛﺎﻧﻮﺍ ﺃﺷﺪ ﻣﺤﺒﺔ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﻨﺎ، ﻭﻫﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺨﻴﺮ ﺃﺣﺮﺹ .
Maka sesungguhnya hal ini (perayaan Maulid Nabi) tidak pernah dilakukan oleh para Salaf, padahal ada faktor pendorong untuk mereka merayakannya dan tidak ada penghalangnya. Dan kalaulah (perayaan Maulid Nabi) baik nescaya para ulamak Salaf lebih berhak merayakannya daripada kita kerana mereka amat mencintai Rasulullah daripada kita. Mereka lebih rakus mengerjakan kebaikan. [Iqtidha’ as-Shirath al-Mustaqim 2/123]
[Soalan #4]
“Bukankah terdapat dalam kalangan para ulamak Ahlus Sunnah wal Jama’ah sendiri yang membolehkan sambutan perayaan Maulid Nabi?”
Jawapan:
Benar bahawa terdapat beberapa ilmuan yang membolehkan perayaan Maulid Nabi. Namun:
1) Setiap daripada mereka tidak membawakan satu pun dalil yang sahih baik daripada al-Qur’an, as-Sunnah mahupun atsar para sahabat yang menganjurkan amalan tersebut. Oleh yang demikian, besar kemungkinan fatwa mereka yang membolehkan perayaan Maulid Nabi hanyalah merupakan pendapat peribadi mereka sahaja. Justeru, pendapat mereka ini terbuka kepada pilihan; sama ada ia diterima atau pun ditolak. Berkata Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi’e dan Imam Ahmad rahimahullah, para Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah:
ﻟَﺎﻳَﺤِﻞُّ ﻟِﺄَﺣَﺪٍ ﺃَﻥْ ﻳُﻔْﺘﻲ ﺑِﻜَﻠَﺎﻣِﻨَﺎ ﺃَﻭْ ﻳَﺄْﺧُﺬُ ﺑِﻘَﻮْﻟِﻨَﺎ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﺮِﻑُ ﻣِﻦْ ﺃَﻳْﻦَ ﺃَﺧَﺬْﻧَﺎ .
Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan kata-kata kami atau berpegang dengan kata-kata kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil kata-kata tersebut. [al-Jami’ al-Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih karya Ibnu ‘Abdil Barr, 1/91]
Imam Malik rahimahullah berkata:
ﻛُﻞُّ ﺃَﺣَﺪٍ ﻳُﺆْﺧَﺬُ ﻣِﻦْ ﻗَﻮْﻟِﻪِ ﻭَﻳُﺘْﺮَﻙُ، ﺇِﻟَّﺎ ﺻَﺎﺣِﺐُ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟْﻘَﺒْﺮِ .
Setiap manusia boleh diikuti perkataannya dan juga boleh ditinggalkan kecuali penghuni kuburan ini (iaitu Rasulullah). [Siyar A’lam al-Nubala oleh adz-Dzahabi 8/93]
2) Selain itu, pandangan mereka yang membolehkan sambutan perayaan Maulidur Rasul hendaklah dilihat dari sisi ia merupakan perayaan sosial, bukannya perayaan dalam agama yang wajib dibangunkan di atas nas-nas syarak. Amatlah mustahil untuk kita beranggapan para ulamak tersebut sengaja menyelisihi hadis Rasulullah yang menetapkan perayaan agama dalam Islam hanyalah tiga sahaja, iaitu ‘Eid al-Fithri , ‘Eid al-‘Adha dan hari Jumaat. Dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu berkata:
ﻗَﺪِﻡَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻭَﻟِﺄَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻤَﺪِﻳْﻨَﺔِ ﻳَﻮْﻣَﺎﻥِ ﻳَﻠْﻌَﺒُﻮْﻥَ ﻓِﻴْﻬِﻤَﺎ ﻓِﻲْ ﺍﻟْﺠَﺎﻫِﻠِﻴَّﺔِ، ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﻗَﺪِﻣْﺖُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ ﻳَﻮْﻣَﺎﻥِ ﺗَﻠْﻌَﺒُﻮْﻥَ ﻓِﻴْﻬِﻤَﺎ ﻓِﻲْ ﺍﻟْﺠَﺎﻫِﻠِﻴَّﺔِ، ﻭَﻗَﺪْ ﺃَﺑْﺪَﻟَﻜُﻢُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻬِﻤَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨْﻬُﻤَﺎ : ﻳَﻮْﻡُ ﺍﻟﻨَّﺤْﺮ ﻭَﻳَﻮْﻡُ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ .
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam datang ke Kota Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang gembira pada waktu jahiliah, lalu baginda bersabda: “Saya datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari raya untuk bergembira pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik (iaitu) ‘Eid al-‘Adha dan ‘Eid al-Fithri. [Hadis riwayat an-Nasa’i dalam Sunan an-Nasa’i, no. 959 dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1134]
Imam Ibnu Hibban, Imam Ahmad dan selainnya meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi bersabda:
ﻟَﺎﺗَﺼُﻮْﻣُﻮْﺍ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻳَﻮْﻡُ ﻋِﻴْﺪٍ ﺇِﻟَّﺎ ﺃَﻥْ ﺗَﺼِﻠُﻮْﻩُ ﺑِﺄَﻳَّﺎﻡٍ .
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat kerana ia merupakan hari raya, kecuali kamu menyambungnya dengan hari-hari berikutnya.
Bukti lain yang menunjukkan bahawa Jumaat adalah hari perayaan bagi kaum Muslimin adalah hadis berikut, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika berlakunya pertembungan hari Jumaat dengan ‘Eid al-Fithri atau ‘Eid al-‘Adha:
ﺍﺟْﺘَﻤَﻊَ ﻋِﻴْﺪَﺍﻥِ ﻓِﻲْ ﻳَﻮْﻣِﻜُﻢْ ﻫَﺬَﺍ، ﻓَﻤَﻦْ ﺷَﺎﺀَ ﺃَﺟْﺰَﺃَﻩُ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﻭَ ﺇِﻧَّﺎ ﻣُﺠَﻤِّﻌُﻮْﻥَ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ .
Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini. Maka sesiapa yang mahu, ia boleh tidak mengerjakan solat Jumaat. Sesungguhnya kami Insya Allah akan mengerjakannya. [Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, no. 1083]
Berdasarkan paparan hadis di atas, maka jelaskan tidak ada perayaan agama dalam Islam melainkan tiga perayaan yang disebutkan di atas. Oleh itu, tidak boleh bagi sesiapa pun selepas kewafatan Rasulullah dan setelah terputusnya wahyu Allah untuk mensyariatkan apa-apa perayaan baru yang diatasnamakan ajaran Islam melainkan hendaklah dia membawakan dalilnya. Mari kita imbas kembali peringatan Imam Malik terdahulu:
ﻣَﻦِ ﺍﺑْﺘَﺪَﻉَ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺈِﺳْﻠِﺎﻡِ ﺑِﺪْﻋِﺔً ﻳَﺮَﺍﻫَﺎ ﺣَﺴَﻨَﺔً، ﻓَﻘَﺪْ ﺯَﻋَﻢَ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺧَﺎﻥَ ﺍﻟﺮِّﺳَﺎﻟَﺔَ، ﻟِﺄَﻥَّ ﺍﻟﻠﻪَ ﻳَﻘُﻮْﻝُ : ‏( ﺍﻟْﻴَﻮْﻡَ ﺃَﻛْﻤَﻠْﺖُ ﻟَﻜُﻢْ ﺩِﻳْﻨَﻜُﻢْ ‏) ﻓَﻤَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻜُﻦْ ﻳَﻮْﻣَﺌِﺬٍ ﺩِﻳْﻨًﺎ، ﻓَﻠَﺎ ﻳَﻜُﻮْﻥُ ﺍﻟْﻴَﻮْﻡَ ﺩِﻳْﻨًﺎ .
Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam yang dia menganggapnya sebagai hasanah (baik), maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Muhammad telah berkhianat di dalam (menyampaikan) risalah (Islam yang diamanahkan kepadanya). Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Maka apa-apa yang tidak menjadi (bahagian dari) agama pada hari itu, nescaya tidak akan menjadi (bahagian dari) agama pada hari ini. [al-I’tisham karya Imam asy-Syathibi 1/49]
Tidak syak lagi bahawa Maulid Nabi yang dianggap sebagai perayaan agama oleh sebahagian umat Islam hari ini bukanlah perayaan yang disyariatkan oleh agama yang dibawa oleh junjungan kita tercinta, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan demikian, ia juga bukanlah perayaan agama untuk selamanya.
[Soalan #5]
“Meskipun tidak ada dalil yang mensyariatkan perayaan Maulid Nabi, namun bukankah ia suatu yang baik untuk disambut oleh umat Islam? Tambahan lagi terdapat sebuah atsar daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu bahawa beliau berkata: Apa yang dilihat baik oleh umat Islam maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah?.”
Jawapan:
Sama ada baik atau buruk sesuatu amalan yang disandarkan ke atas ajaran Islam, hendaklah ia didasarkan oleh wahyu daripada al-Qur’an dan as-Sunnah Nabi yang sahih, bukannya akal dan hawa nafsu manusia semata. Berhati-hatilah dalam menetapkan suatu hukum dalam agama kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi amaran kepada mereka yang suka berbicara mengenai agama Islam tanpa sebarang dalil daripada wahyu-Nya:
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “ini halal dan ini haram” untuk mengadakan suatu yang dusta terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia) dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [Surah an-Nahl, ayat 116-117]
Firman-Nya lagi:
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. [Surah al-Mukminun, ayat 71]
Kalaulah perayaan Maulid Nabi ini baik, pastilah Nabi, para sahabat dan para imam mazhab terlebih dahulu melaksanakannya.
Adapun perkataan Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh
u, ia adalah riwayat yang sahih (disahihkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 4465) tetapi diletakkan pada tempat yang salah. Penulis mengatakan demikian kerana:
1) Jika ditinjau dari sisi sebab atau peristiwa yang melatari atsar tersebut, beliau berbicara mengenai isu perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah, bukannya berkaitan anjuran untuk mencipta model ibadah dan perayaan baharu dalam agama.
2) Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu yang empunya perkataan itu sendiri tidak menyambut perayaan Maulid Nabi dan tidak juga menganggapnya sebagai suatu yang baik di sisi ajaran Islam. Wallahu a’lam.
[Soalan #6]
“Tetapi bukankah ramai umat Islam yang menyambut perayaan Maulid Nabi?.”
Jawapan:
Islam tidak pernah menetapkan ramainya pelaku sesuatu amalan sebagai bukti ia berada di atas landasan yang benar. Di sisi ajaran Islam, benar atau salah sesuatu amalan hendaklah diukur berdasarkan dalil, bukannya kuantiti. Adapun dalil yang dimaksudkan adalah hujah yang bersumberkan daripada al-Qur’an dan as-Sunnah Nabi yang sahih, sejalan dengan kefahaman dan amalan generasi Salafus Soleh, khususnya para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’in.

- Ghuraba Media