Thursday 24 November 2016

Punca Amalan Kebaikan Ditolak

Punca Amalan Kebaikan Ditolak

Diriwayatkan bahawa Imam Bilal bin Saad rahimahullah (meninggal pada 120 Hijrah) pernah menyebut;

ﺛﻼﺙ ﻻ ﻳﻘﺒﻞ ﻣﻌﻬﻦ ﻋﻤﻞ , ﺍﻟﺸﺮﻙ ﻭﺍﻟﻜﻔﺮ ﻭﺍﻟﺮﺃﻱ ، ﻗﻴﻞ ﻭﻣﺎ ﺍﻟﺮﺃﻱ . ﻗﺎﻝ : ﻳﺘﺮﻙ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺳﻨﺔ ﺭﺳﻮﻟﻪ ﻭﻳﻌﻤﻞ ﺑﺮﺃﻳﻪ

“Tiga hal yang menyebabkan amalan tidak akan diterima apabila disertai bersamanya, iaitu; syirik, kufur, dan al-ra’yu.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan al-ra’yu.”

Beliau menjawab ; 'Ia adalah perbuatan meninggalkan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya dan beramal dengan pendapatnya sendiri.
'
[Hilyah Al-Awliya', Abu Nuaym]

# Beliau ialah salah seorang tabien besar yang belajar daripada Abu Darda RA, Ibn Umar RA, Jabir RA dan Muawiyah RA.

October 26 at 10:41am

- Ust Emran Ahmad


Jangan ugut! Tips berguna Jinakkan Anak yang Degil

"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
.
.
"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
.
"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
.
.
"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
.
"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."
.
"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"
.
"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
.
.
"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
.
.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
.
.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
.
.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
.
.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
.
.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.

Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

#SHARE

- Muhammad Zukermi Bin Edi-

- Meremajakan Wanita


Wednesday 23 November 2016

Klinik Rawatan Darul Syifa' sesuai untuk Pesakit Wanita di Tumpat Kelantan

Difahamkan Mak Su Na ni mengamalkan rawatan Darul Syifa' menurut syariat Islam.

Beliau membaca zikir-zikir sunnah dengan suara yang jelas,tidak ada amalan yang meragukan dan tiada jumlah bayaran khusus ditetapkan.

Amat sesuai untuk pesakit wanita berjumpa beliau untuk dapatkan rawatan.

Lokasi: Belakang Pejabat Penggawa Pengkalan Kubor,Tumpat.

- Abu Ihsan Ilahi


Teguran buat Ibu Bapa yang ingin Hantar Anak ke Pusat Tahfiz

Sedikit teguran buat Ibu Bapa yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke Maahad Tahfiz pada sesi persekolahan akan datang.

Hadam & share !

1. Jika anak tidak berminat utk menjadi penghafaz al-Quran, usahlah dia dipaksa utk melakukannya. Beri peluang untuk anak memilih bidang pengajian yg disukai dan serasi dgn kebolehan dan kecenderungannya.

2. Jika anak berminat utk menghafaz al-Quran, pastikan pusat tahfiz yg dipilih turut menawarkan pengajian bahasa Arab, tafsir dan hadis kerana hafazan al-Quran tanpa penguasaan bahasa dan ilmu yg berkaitan dengannya, hafazan menjadi hambar.

3. Pastikan pusat tahfiz yg dipilih menyediakan peluang utk menyambung pengajian dlm bidang pengajian Islam ke peringkat yg lebih tinggi sehingga anak itu berupaya lahir sebagai ulama pewaris nabi. Bukan sekadar hafaz al-Quran dan boleh jadi imam solat saja.

4. Syurga Allah yang seluas langit dan bumi boleh dimasuki oleh sesiapa saja dgn rahmat pemilik syurga itu walaupun seseorang bukan penghafaz al-Quran.

5. Ada ibubapa berkata, biarlah anak saya hafaz al-Quran, Tuhan menjamin rezekinya. Saya katakan, Tuhan bukan sekadar menjamin rezeki penghafaz al-Quran bahkan Tuhan menjamin rezeki sesiapa saja termasuk orang gila dan orang kafir.

- Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, Perlis.

Gambar: Hari Ini, Ustaz Zol menerima Tauliah Mengajar Agama Islam daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Tahniah ustaz !

- Hikam Abu Bakar


Wednesday 16 November 2016

Penyelesaian isu nama " Damia"

Sebenarnya isu nama Damia tu tak ada masalah pun sebab perkataan tu telah dimelayukan ejaannya. Kalau nak strict maka semua nama bermasalah sebab bahasa Melayu tak tally dengan bahasa Arab, dari segi sebutan dan ejaan. Banyak huruf arab tak ada dalam huruf melayu.

Malah perkataan Allah pun tak tepat ejaannya sebab kalau dibaca secara harfiah melayu akan jadi AL..LAH. Tak ada cara yang tepat untuk eja ﺍﻟﻠﻪ dalam bahasa kita.

Semua nama pun ada masalah yang sama, bukan Damia sahaja. 'Aa-isyah, Hawwaa', Saaroh, Hauro', Khairo, Dhiyaa', 'Abdur Rohmaan. Ni pun masih tak tepat, tak tahu huruf h mewakili ﺡ atau ﻩ .

Ejaan asal Damia adalah ﺩﺍﻣﻴﺎﺀ
Maksudnya ialah kebaikan dan barakah.
Yang mana ejaan paling dekat bunyinya adalah DAAMIYAA'.

Kalau tulis daamiyaa' pun masih tak tepat sebab a' kadang2 jadi ﻉ kadang2 jadi ﺀ.

Tapi oleh sebab kebetulan sebutan damia ada bunyi yg sama dalam bahasa arab yakni ﺩﻣﻲ yang bermaksud luka berdarah. Tapi tak ape, niat kita damia tu adalah ﺩﺍﻣﻴﺎﺀ yang dimelayukan.

Ataupun bagitahu je damia ialah sebutan melayu yang tak ada makna. Nama orang bukan wajib bahasa arab. Dan tak wajib ada makna.

Dulu pernah ada isu tak boleh tulis nama Mohd, yang kononnya jika dibaca Moh..d. bermaksud anjing. Siapa suruh baca moh..d, bacalah muhammad.

Jadi, kena ingat tulisan arab tak akan boleh ditulis dengan tepat dalam bahasa Melayu maka terimalah seadanya, tak perlu tukar nama.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ

- Mohd Yazid Ismail


Internet : Istilah Umum dan Bagaimana ia Berfungsi

Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.


IP – Internet Protocol

IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).

Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.

Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.
Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.

Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.

Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.


DNS

DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak Amanz, maka saya akan mencari Amanz di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.

Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.

Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).

DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.

DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.
Packet

Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.


Ping Time

Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.

Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.

Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.
….
Diharapkan istilah-istilah yang dikongsikan ini memberikan idea bagaimana ia berfungsi di arena internet dan teknologi pada hari ini.

Artikel dikongsi oleh Pradeesh, khas untuk pembaca Amanz. Beliau boleh dihubungi
melalui Twitter di @Prasys ataupun anda turut boleh mengikuti perkongsian peribadi beliau di laman blog Prasys.info

- Amanz.my


Friday 4 November 2016

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khutbah Jumaat

Mengangkat tangan didalam bacaan doa sewaktu khutbah jumaat tidak disyariatkan kepada khatib kerana perkara ini TIDAK sesekali dicontohkan oleh Rasullullah sallallahualaihiwasallam sewaktu bBaginda saw berdoa didalam khutbah jumaat dan khutbah EID (Khutbah hari raya).

Maka Para sahabat2 juga tidak mengangkat tangan mereka ketika itu(Sewaktu Nabi berdoa ketika khutbah) SEBALIKNYA yang disyariatkan adalah diam mendengarkan khatib berkhutbah dan mengaminkan doa nya dalam hati, dengan tanpa mengeraskan suara.

Diriwayatkan didalam sebuah hadis:

ﻋَﻦْ ﺣُﺼَﻴْﻦٍ ﻋَﻦْ ﻋُﻤَﺎﺭَﺓَ ﺑْﻦِ ﺭُﺅَﻳْﺒَﺔَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺃَﻯ ﺑِﺸْﺮَ ﺑْﻦَ ﻣَﺮْﻭَﺍﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤِﻨْﺒَﺮِ ﺭَﺍﻓِﻌًﺎ ﻳَﺪَﻳْﻪِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻗَﺒَّﺢَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻫَﺎﺗَﻴْﻦِ ﺍﻟْﻴَﺪَﻳْﻦِ ﻟَﻘَﺪْ ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ﻣَﺎ ﻳَﺰِﻳﺪُ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻥْ ﻳَﻘُﻮﻝَ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﻫَﻜَﺬَﺍ . ﻭَﺃَﺷَﺎﺭَ ﺑِﺈِﺻْﺒَﻌِﻪِ ﺍﻟْﻤُﺴَﺒِّﺤَﺔِ .
Dari Hushain (bin ’Abdirrahman) dari ‘Umaarah bin Ruaibah ia berkata bahawasannya ia melihat Bisyr bin Marwan di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya ketika berdoa (pada hari Jumaat). Maka ‘Umaarah pun berkata : “Semoga ALLAH memburukkan kedua tangan ini. Sungguh aku telah melihat Rasulullah shallallaahualaihiwasallam ketika berada di atas mimbar (Baginda)tidak menambahkan sesuatu lebih dari hal seperti ini”. Maka ia mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”

-HR Muslim no. 874

Adapun Dalil Baginda sallallahualaihiwasallam mengangkat tangan nya dan diikuti oleh para sahabat2 KETIKA apabila datang seorang Badwi meminta kepada Nabi saw agar mendoakan supaya diturunkan hujan,maka itu BUKANLAH dalil MUTLAK untuk MEMADAMKAN amalan yang LEBIH jelas dimana Nabi saw dan para sahabat baginda TIDAK pernah mengangkat tangan nya didalam doa2 sewaktu berkhutbah selainnya disepanjang hayat baginda.

Sahabat Anas bin Malik Radhiallahuanhu berkata:

ﻛﺎﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻻ ﻳﺮﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﻓﻲ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺩﻋﺎﺋﻪ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺍﻻﺳﺘﺴﻘﺎﺀ ، ﻭﺇﻧﻪ ﻳﺮﻓﻊ ﺣﺘﻰ ﻳﺮﻯ ﺑﻴﺎﺽ ﺇﺑﻄﻴﻪ
“Biasanya Nabi ShallallahualaihiWasallam tidak mengangkat kedua tangannya ketika berdoa, kecuali ketika istisqa. Beliau mengangkat kedua tangannya hingga terlihat ketiaknya yang putih”
-HR Bukhari no.1031dan Muslim no.895
Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata: “maksudnya, dalam PERKARA YANG BIASA apabila berkhutbah Nabi tidak pernah mengangkat kedua tangannya kecuali (jika dalam khutbah tersebut) baginda berdoa memohon hujan (istisqa)” (Syarhul Mumthi’, 5/215). Ini Menunjukkan bahawa mengangkat tangan HANYA dilakukan ketika istisqa sahaja.

Maka jelas, hal inilah yang menjadikan bahawa TIDAK mengangkat tangan sewaktu doa PADA khutbah jumaat yang biasa adalah LEBIH bertepatan dengan sunnah sepertimana pandangan imam an Nawawi rahimahullah yang menjelaskan kandungan hadis di atas: "Di dalamnya terdapat sunnah agar TIDAK mengangkat tangan sewaktu khutbah, ini adalah pendapat Malik, para sahabat kami dan selain mereka." (Syarh Muslim: 6/162)
dan Beliau berkata dalam al Iqna' dan Syarahnya, "Imam dimakruhkan mengangkat kedua tangannya sewaktu berdoa dalam khutbah.

Telah berkata Al-Majd tentang mengangkat tangan ketika khutbah, "Itu bid'ah, sesuai dengan pendapat ulama Malikiyah, Syafi'iyah, dan selain mereka." (Kasyaful Qana' 'an Matni al-Iqna', 2/37)
Fatwa Syaikh Ibnu Bazz

TIDAK disyariatkan mengangkat tangan didalam khutbah Jumaat mahupun didalam khutbah eid (khutbah hari raya) bagi imam MAHUPUN makmum. Apa yang disyariatkan adalah diam mendengarkan khatib (berkhutbah dan berdoa) dan mengaminkan didalam hati tanpa mengeraskan suara. ini adalah kerana Nabi shallallahualaihiwasallam tidak pernah mengangkat kedua tangannya semasa berkhutbah jumaat (termasuk berdoa didalam khutbah itu) dan sewaktu khutbah eid (khutbah hari raya). DAN Perkara ini berdasarkan tindakkan para sahabat yang melihat penguasa yang mengangkat tangan nya semasa berkhutbah dan sahabat mengingkari hal itu lalu berkata "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengangkat kedua tangannya (Sepertimana hadis riwayat muslim)"

TIDAK disyariatkan mengangkat tangan didalam doa ini dikhususkan HANYA sewaktu khutbah (Jumaat dan khutbah hari raya) kerana menghormati dan mencontohkan Nabi Muhammad saw yang tidak melakukannya ketika khutbah sepanjang hayat nya.

ADAPUN berdoa diwaktu yang lain TIDAK dilarang dari mengangkat tangan kerana mengangkat tangan sewaktu berdoa (pada doa2 SELAIN khutbah jumaat) juga ada disyariatkan.
Rasullullah saw bersabda:

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺣَﻴِﻲٌّ ﻛَﺮِﻳﻢٌ ﻳَﺴْﺘَﺤْﻴِﻲ ﺇِﺫَﺍ ﺭَﻓَﻊَ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﻳَﺪَﻳْﻪِ ﺃَﻥْ ﻳَﺮُﺩَّﻫُﻤَﺎ ﺻِﻔْﺮًﺍ ﺧَﺎﺋِﺒَﺘَﻴْﻦِ
“Sesungguhnya ALLAH itu sangat pemalu dan Maha Pemurah. Ia malu jika seorang lelaki mengangkat kedua tangannya untuk berdoa kepada-Nya, lalu DIA mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa”

-HR Abu Daud 1488, At Tirmidzi 3556, (Di shahihkan oleh Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ 2070) 

Akhir sekali dijelaskan TIDAK mengangkat tangan sewaktu berdoa ini HANYA LAH sewaktu didalam khutbah jumaat dan eid(khutbah raya). ADAPUN didalam doa2 selain itu DIGALAKKAN mengangkat tangan SEKIRANYA tidak ada sebarang kesulitan untuk mengangkat nya.

Moga bermanfaat.
Wallahualam..

- Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu


Wednesday 2 November 2016

Kesilapan Samakan Kafir dan Ahli Maksiat dengan Ahli Bid'ah

Agak terkilan dgn sikap sesetengah masyarakat pd hari ini yg semakin tak faham keutamaan menangani kumpulan2 sesat @ bid’ah. Adalah satu kesilapan apabila mereka menyamaratakan golongan kafir dan pelaku maksiat (spt penzina, peminum arak dll) dgn ahli bid’ah. Fahamilah kalam para ulama di bawah:

Imam al-Syaukani berkata, “Dan kadang-kadang kebinasaan mengikut hawa nafsu golongan bid’ah lebih bahaya ke atas agama ini (Islam) berbanding mengikut hawa nafsu agama lain. Ini kerana gol. bid’ah mereka bersandar kepada Islam, menzahirkan kpd manusia bahawa mereka memenangkan agama dan mengikutinya dgn baik. Padahal mereka adalah sebaliknya & bertentangan dgn apa yg sebenarnya, mereka berterusan membawa org yg cenderung kpd hawa nafsu mereka daripada satu bid’ah ke satu bid’ah, mendorongnya dari satu penyelewengan ke satu penyelewengan, sehingga mengeluarkannya drpd agama, sedangkan dia menyangka bhw dia berada dalam kebenaran dan jalan yg dilaluinya adalah jalan yg lurus..” (Fath al-Qadir: 1/154)

Berkata Abu Ali al-Mufadhdhal al-Bajli, aku telah menemui Imam Ahmad bin Hanbal, lalu telah datang kepadanya pesuruh khalifah bertanya tentang hukum meminta bantuan dengan gol. bid’ah. Imam Ahmad menjawab: Tidak boleh meminta pertolongan mereka. Lalu ditanya: Boleh minta pertolongan Yahudi dan Nasrani, tapi tidak boleh meminta pertolongan mereka (ahli bid’ah)? Jawab Imam Ahmad: Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak menyeru kpd agama mereka, sedangkan gol. bid’ah menyeru (kpd ajaran mereka)..” (al-Adab al-Syar’iyyah: 1/275)

Imam al-Lalika’i menukilkan bhw Abi al-Jauza’ berkata, “Sungguh kera dan khinzir berjiran denganku lebih aku sukai daripada aku berjiran dengan salah seorang daripada mereka – ahli bid’ah” (Syarh Usul al-I’tiqad: 1/131)

Imam Sufyan al-Thauri berkata, “Bid’ah lebih disukai oleh iblis berbanding maksiat kerana maksiat akan dipohon taubat daripadanya sedangkan bid’ah tidak dipohon taubat daripadanya (kerana pelakunya menyangkakan ia benar)”. (Musnad Ibn al-Ja’d: 272)

Ketahuilah! Kita menolak Yahudi, Nasrani, Hindu, Buddha kerana kekafiran mereka jelas. Kita juga menolak zina, arak, judi dll kerana maksiat itu jelas. Tapi berapa ramai masyarakat yg tertipu dgn “bid’ah” krn pelakunya yg mungkin berkopiah, berjubah, berjenama agama dll? Ketahuilah, membiarkan mereka bermakna kita mengiyakan kesesatan mereka. Sedarlah, kita tidak perlu mengaku “Ahli Sunnah” kalau kita sendiri tidak menentang lawannya iaitu “Ahli BID’AH”…

pada 31hb Mac 2013 jam 12.16 ptg · Kuala Lumpur

- Ustaz Aizam Mas'ud


Tuesday 1 November 2016

Fadhilat Pakai Kopiah logo CAPAL Nabi S.A.W

FADHILAT KOPIAH BERLOGO CAPAL NABI S.A.W

* kopiah al habib ************* : kopiah bergambar bentuk sandal rasulullah saw

-"membawa gambar bentuk sandal rasulullah saw atau meletakkannya diatas kopiah memiliki beberapa faidah diantaranya:terkabulkannya semua hajat,mempermudah berziarah ke makam rasulullah saw dan bermimpi bertemu rasulullah saw,menyembuhkan sakit,menghilan
gkan kesusahan,dan faidah faidah lainnya,itu semua jika didasari dgn keyakinan yg teguh dan rasa cinta yg kuat kpd baginda rasulullah saw"(as syekh yusuf an nabhani dalam sa'adah ad darain)

- jika allah swt memerintahkan nabi musa untuk melepaskan sandalnya ketika ia menginjakkan kakinya di wadi muqoddas:"lepas kedua sandalmu wahai musa,kau berada di lembah yg suci"(Qs thoha 12),tapi tdk dgn bagida rasul saw,sandal beliau tetap menjadi saksi ketika beliau menghadap allah swt di sidrotul muntaha

- betapa mulianya sebuah sandal yg bergantung pada rasulullah saw, bagaimana dgn hati yg selalu bergantung dan mengingat rasulullah saw ?
- sholluu alaa habiibikum muhammad ...

* tarim, hadhramaut, yaman
Sohih ke ni? Ade dlm hadis?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

1- Tidak wujudnya hadis berkaitan hal ini.
2- Ini adalah kepercayaan karut yang boleh membawa kepada syirik. Apa bezanya dengan tangkal?

ﻋَﻦْ ﻋَﺒَّﺎﺩِ ﺑْﻦِ ﺗَﻤِﻴﻢٍ ﺃَﻥَّ ﺃَﺑَﺎ ﺑَﺸِﻴﺮٍ ﺍﻟْﺄَﻧْﺼَﺎﺭِﻱَّ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ، ﺃَﺧْﺒَﺮَﻩُ ﺃَﻧَّﻪُ ﻛَﺎﻥَ ﻣَﻊَ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓِﻲ ﺑَﻌْﺾِ ﺃَﺳْﻔَﺎﺭِﻩِ ، ﻗَﺎﻝَ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ : ﺣَﺴِﺒْﺖُ ﺃَﻧَّﻪُ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻭَﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻓِﻲ ﻣَﺒِﻴﺘِﻬِﻢْ ، ﻓَﺄَﺭْﺳَﻞَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺭَﺳُﻮﻟًﺎ " ﺃَﻥْ ﻟَﺎ ﻳَﺒْﻘَﻴَﻦَّ ﻓِﻲ ﺭَﻗَﺒَﺔِ ﺑَﻌِﻴﺮٍ ﻗِﻠَﺎﺩَﺓٌ ﻣِﻦْ ﻭَﺗَﺮٍ ﺃَﻭْ ﻗِﻠَﺎﺩَﺓٌ ﺇِﻟَّﺎ ﻗُﻄِﻌَﺖْ " .
Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis) berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menghantar utusan untuk memastikan tiada sebarang kalung di leher unta melainkan ia mesti dipotong. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]

ﻋَﻦْ ﻋِﻴﺴَﻰ ﺃَﺧِﻴﻪِ ، ﻗَﺎﻝَ : ﺩَﺧَﻠْﺖُ ﻋَﻠَﻰ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﻋُﻜَﻴْﻢٍ ﺃَﺑِﻲ ﻣَﻌْﺒَﺪِ ﺍﻟْﺠُﻬَﻨِﻲِّ ﺃَﻋُﻮﺩُﻩُ ﻭَﺑِﻪِ ﺣُﻤْﺮَﺓٌ ، ﻓَﻘُﻠْﻨَﺎ : ﺃَﻟَﺎ ﺗُﻌَﻠِّﻖُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ، ﻗَﺎﻝَ : ﺍﻟْﻤَﻮْﺕُ ﺃَﻗْﺮَﺏُ ﻣِﻦْ ﺫَﻟِﻚَ ، ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : " ﻣَﻦْ ﺗَﻌَﻠَّﻖَ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭُﻛِﻞَ ﺇِﻟَﻴْﻪِ "
Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui ‘Abdullah bin ‘Ukaim Abu Ma’bad al-Juhaniy untuk menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau menggantungkan sesuatu? ‘Abdullah bin ‘Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan kepadanya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin ‘Ukaim, hadis no: 18401. Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam]

ﻋَﻦْ ﺯَﻳْﻨَﺐَ ، ﺍﻣْﺮَﺃَﺓِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻗَﺎﻝَ : ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳَﻘُﻮﻝُ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮُّﻗَﻰ ، ﻭَﺍﻟﺘَّﻤَﺎﺋِﻢَ ، ﻭَﺍﻟﺘِّﻮَﻟَﺔَ ﺷِﺮْﻙٌ
Zainab radiallahu ‘anha, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tamaim (sejenis tangkal), dan tiwalah (sejenis tangkal) adalah syirik.

[Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883].
-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith