Wednesday 30 January 2019

PENAWAR KEDUKAAN & KELAPANGAN URUSAN HIDUP

PENAWAR KEDUKAAN & KELAPANGAN URUSAN HIDUP

🔅 Rasulullah SAW ketika dikejar musuh di gua pernah sebut:
لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا‌ۖ
“Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita” [al-Tawbah: 40].
Lalu Allah menenangkan hati baginda.

🔅 Nabi Yusuf AS ketika di penjara pernah sebut:
مَا كَانَ لَنَآ أَن نُّشۡرِكَ بِٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ
“Tidaklah kami akan mempersekutukan Allah dengan suatu apapun” [Yusuf: 38].
Lalu Allah menjadikannya penguasa.

🔅 Nabi Yunus AS ketika ditelan di perut ikan pernah sebut:
لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ
“Tiada tuhan melainkan engkau, Maha Suci engkau” [al-Anbiya’: 87].
Lalu Allah membebaskannya.

🔅 Nabi Musa AS ketika dikejar dan dikepung Firaun pernah sebut:
إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَہۡدِينِ
“Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pertolongan-Nya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku” [al-Syu’ara’: 62].
Lalu Allah menyelamatkannya.

❇️ Perasankah kita, kunci segala kelapangan ini ialah TAWAKAL dan TAUHID??
Teguhkan keduanya, pasti doa kita dimakbulkan Allah, dan kesukaran kita dipermudahkan-Nya.

-Dr. Kamilin Jamilin-


Semua Doa Dimakbulkan?

Semua doa dimakbulkan

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA (wafat 74 H)  yang menyebutkan bahawa Nabi ﷺ bersabda ;

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ” قَالُوا: إِذًا نُكْثِرُ، قَالَ: ” اللهُ أَكْثَرُ “

'Apabila seorang muslim memohon sebuah doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim, maka Allah akan memberikan salah satu daripada 3 perkara;

Mungkin Allah akan segerakan pengabulan doanya (di dunia), atau Allah simpan doa itu untuknya di akhirat, atau Allah lindungi dia daripada keburukan yang semisal dengan apa yang dia minta.”

Para sahabat mengatakan, ‘Jika demikian, kami akan memperbanyakkan doa.’ Nabi ﷺ pun menjawab, “Allah adalah lebih lagi banyak dalam mengabulkan doa.”

[HR. Ahmad]

- Ustaz Emran Ahmad


Thursday 3 January 2019

Matlamat 2019 Pergi Ke Tanah Suci?

Azam 2019 Pergi Ke Tanah Suci

Menunaikan haji atau umrah adalah satu pilihan dan panggilan Allah menjadi tetamu Nya.

Bukan kerana seseorang itu ada duit, bukan kerana sihat, bukan kerana berilmu, bukan kerana ada nama atau jawatan tetapi kerana panggilan telah sampai.

Apakah hanya menanti sahaja panggilan itu sehingga diseru sendiri?

Tidak, jawapannya adalah dengan berDOA.

Dah berdoa tetapi masih belum ada peluang. Kenapa?

Tambah doa dengan lebih kerap dan betulkan mind set bahawa Allah akan mudahkan segalanya untuk ke sana walaupun hakikatnya kita tahu bahawa kita banyak kekurangan diri dan harta.

Dalam doa mesti ada rintihan dan hasrat rasa rindu yang tinggi.

Betapa ramai manusia kaya dan sihat masih menangguh ke tanah suci bahkan ada yang tidak ada perasaan pun mengerjakan haji dan umrah.

Allah panggil orang yang benar-benar rindu menjadi tetamu Nya tidak kira betapa miskin pun dia didunia.

Allah maha Kaya. Jangan ada sedikit pun keraguan dengan kuasa Allah mengatur perjalanan rezeki seseorang untuk ke tanah suci.

Ramai yang mengadu masih tidak berkesempatan ke sana sebab tak cukup duit. Bukan salah alasan tu tapi kurang tepat, kerana bila berjaya kumpul duit sekalipun ada yang berubah niat dan plan buat kerja lain yang lebih penting al hasil masih menangguh perancangan.

Betulkan mind set, tambahkan doa, tambahkan rindu, tambahkan tekad, percaya dan yakin in shaa Allah pasti dimudahkan jalan ke sana nanti.

Azam dan Rindu Kita Semua pada Baitullah al Haram pasti didengari Allah. Allah mustajabkan nanti. Masanya pasti tiba dengan kerinduan yang masih basah dalam doa-doa kita. Amin.

- Danial Madani


5 Pesanan Untuk Usahawan Melangkah ke 2019

5 pesanan untuk usahawan melangkah ke 2019.

Saya mahu ingatkan diri saya dan berkongsi kepada semua.

1. Betulkan mindset berniaga. Jangan kejar duit tapi jika kita ada apa yang duit suka, duit akan berlari-lari masuk dalam poket kita.

2. Usah mengikut bisnes orang lain membuta tuli. Contohi sikap mereka lebih memberi manfaat. Kita bina ekosistem bisnes yang saling menyokong. Kolaborasilah.

3. Keluarga adalah sebab utama kita berniaga. Berniaga itu boleh, jangan sampai abaikan keluarga. Niat di hati walau sedikit masa dengan mereka, pastikan ia berkualiti. Restu dan redha mereka adalah doa terkuat rezeki masuk.

4. Ubah strategi bisnes jika 2018 kita gagal. Ubah sikap yang buat bisnes kita jatuh. Ekonomi, kuasa beli itu luar kawalan. Kita hanya boleh kawal minda dan sikap kita saja.

5. Belajar dan terus belajar. Orang pendapatan 1 juta sebulanpun masih belajar. Banyakkan membaca, berbual dengan orang yang betul, bina geng niaga positif dan ketahui apa yang paling penting dan perlu untuk kita bangkit pada 2019.

365 hari jangkamasa yang ada. Tahu rancangan setiap hari agar kita tidak membuang dan rugi 1 hari yang mungkin bernilai.

Usah banyak MENUNGGU. Masa terus berjalan.

Selamat datang usahawan semua ke tahun 2019 yang lebih baik dan menguntungkan! 😊

-Mohd Noor Azam Tuan