Monday 27 November 2023

Carilah Ilmu Yang Membentuk Cara Kita Berfikir


Carilah Ilmu Yang Membentuk Cara Kita Berfikir
.
Sinopsis Seni Berfikir Yang Hilang
===
Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik? 

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

Kenapa Buku Ini Ditulis: 
===

Wednesday 22 November 2023

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci


 3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci
.
1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. 
.
2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
.

Mana Lebih Utama Diamalkan? Zikir Atau Istighfar?


Mana Lebih Utama Diamalkan? Zikir Atau Istighfar?
.
,
Mana lebih utama diamalkan?
.
Sheikh Ibnu al-Qayyim rh pernah bertanya kepada gurunya:
“Antara tasbih (zikir) dan istighfar, amalan manakah yang lebih afdhal dan lebih memberi manfaat kepada seorang hamba?”
.
Jawab Syeikh: 
“Lihat kepada keadaan seseorang itu:
1- Jika bajunya sudah bersih maka menggunakan bakhur (pewangi) itu lebih afdhal dan memberi manfaat.
.
2- Tetapi jika bajunya kotor, maka pastilah sabun dan air panas lebih sesuai digunakan untuk membersihkannya.”
.
Maknanya mesti jamakkan antara dua ibadat ini, tidak boleh diasingkan, mesti seiring dan jangan dianggap remeh. 
.