Thursday 28 January 2016

[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 02/01/16 hingga 13/01/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 02/01/16 hingga 13/01/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Ahmad Saifuddin, Ust Faizal, Maulana Asri, Maulana Hadi, Dr Abd Basit.

1. Ust Faizal - 160102 Kewajipan menyebar risalah tauhid
http://www.mediafire.com/listen/
xdwye5ge1wa2xaz
2. Ust Shamsuddin - 160104 Rahiqul Makhtum; Konspirasi utk membunuh Rasulullah
http://www.mediafire.com/listen/
y1m91tq7g0rwfki
3. Ust Shamsuddin - 160107 Faslul Khitob; Manaqib Saidina Ali
http://www.mediafire.com/listen/
5aasm3c54ksjfkj
4. Ust Shamsuddin - 160108 Pemurnian aqidah; Membasmi ajaran sesat
http://www.mediafire.com/listen/
ao62kg2l2ai0y6a
5. Ust Qamar - 160109 Umdatul Ahkam; Adab ketika hendak bermusafir
http://www.mediafire.com/listen/
2224h2w2p9lb2zx
6. Maulana Hadi - 160109 Tafsir surah Sad ayat 18-25
http://www.mediafire.com/listen/
ufbu95t1s1m551b
7. Maulana Hadi - 160109 Targhib wa Tarhib
http://www.mediafire.com/listen/
nk32f73e2c40e43
8. Maulana Hadi - 160110 Hayatus Sahabah; Kewafatan Nabi S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/
1hqmg5fs8thgx1j
9. Ust Qamar - 160110 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Ciri2 aqidah, beriman dgn rukun2 iman
http://www.mediafire.com/listen/dyficfhbs5d6fij
10. Ust Hanief - 160110 Usul Hadith; Bab kesenian sanad, Sanad 'aliy & nazil
http://www.mediafire.com/listen/
0zsblttcdoc6zd6
11. Ust Shamsuddin - 160111 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 7 Dialog Abu Sufyan dgn Heraklius
http://www.mediafire.com/listen/
f65udo69qj0qo0a
12. Ust Hanief - 160111 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' bab Riba
http://www.mediafire.com/listen/
b4z2e8nk15ciyp8
13. Ust Qamar - 160111 Bulughul Maram; hadith 600-604 bab jazanah
http://www.mediafire.com/listen/clllll0lltj4puj
14. Dr Abd Basit - 160112 Peringatan ttg ajaran sesat & kisah haiwan dgn Nabi S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/
mis4pkify42t9qq
15. Ust Qamar - 160112 Tafsir surah al-Mu'minun ayat 17-27
http://www.mediafire.com/listen/
faqnw3uj3ehq45w
16. Ust Ahmad Saifuddin - 160112 Sifat Solat Nabi; Bab kepentingan niat & hukum talaffuz niat
http://www.mediafire.com/listen/
jcql8icsz9b68q6
17. Maulana Asri - 160112 Sunan Abu Daud; Kitab Jihad Bab berdiri di atas kenderaan
http://www.mediafire.com/listen/
wc0sazbot5dr04d
18. Maulana Asri - 160113 Tafsir; Usul Tafsir
http://www.mediafire.com/listen/
w3t3d8kwx7ss90n
19. Ust Badrul - 160113 Tazkiyyatun Nafs; Hati bahagia dgn ilmu
http://www.mediafire.com/listen/6cirezvxuifzp1y
20. Ust Qamar - 160113 Sirah; Keadaan masyarakat jahiliyyah
http://www.mediafire.com/listen/
naqnee36zr3epe3
Sebarkan, semoga bermanfaat.

Kredit: Akh Wan Azahar, Sharwan, grup kuliah Maulana Hadi, Cikgu Mat Ludin


Sunday 24 January 2016

Belajarlah Memberi Sebelum Meminta

Semasa saya belajar di Jordan dulu antara tahun 1995-2000 banyak ujian yg saya lalui. Antaranya, ujian berpisah dgn keluarga, ujian tak faham bahasa arab, ujian tak cukup duit untuk belajar, ini tiga ujian utama. Namun dua ujian dari tiga itu dpt saya atasi, iaitu bahasa arab dan rindu kepada keluarga. Ialah bahasa ni rajin hafal vocab, kawan dgn arab, ulang teks bahasa arab 10x, dan beranikan diri bercakap arab dgn pensyarah di bilik2 kuliah, insha Allah, masalah bahasa boleh diatasi, dan saya dpt atasi dlm tempoh 1thn. Ujian rindu keluarga juga dpt saya atasi dgn mengutus surat dan talipon sesakali. Tapi ujian ketiga adalah ujian yg sangat menguji, ujian bila takde duit untuk makan, apatah lagi untuk bayar yuran, saya pernah merancang untuk balik Malaysia sebab dah takde duit untuk belajar. Yuran boleh saya tangguhkan pembayaranya, tapi 'lapar' gak makan sape boleh tangguh. Pernah saya makan biskut2 kering yg hancur, saki baki dlm tin, pernah makan roti yg dah berkulat, roti yg keras, pernah makan nasi gaul dgn air dan garam. Sesekali menitis air mata, sebab teringat kat mak, yg selalu sediakan makan. Memang susah saat-saat tu, tapi belum sampai kebulur lagi. Namun tidak pernh meminta kepada org... Sebab tak mahu ajar diri ini minta kepada makhluq...minta kepada Allah itulah ajaran guruku... Hati Tetap teguh dan yakin kepada Allah swt, tak putus2 doa, masih senyum, sabar...kerana keksihku Rasulullah saw pernah melalui kelaparan yg lebih dari apa yg ku lalui...biarlah kedukaanku diketahui oleh penciptaku terlebih dahulu...kerana Dia tahu apa yg terbaik buatku... Alhamdulillah, rezki dtg dari jalan2 yg tidak disangka2... Alhamdulillah rezki itu dptku kongsikan bersama teman-temanku yg memerlukan...dalam hatiku pernah berkata " Tuhan yg mengeluarkan aku dari kekufuran pasti tidak akan membiarkan aku mati kebuluran'.

BELAJARLAH MEMBERI SEBELUM MEMINTA..

- Ust Farid Ravi


Wednesday 20 January 2016

Dilarang Bercinta Sebelum Nikah? Dr Maza menjawab!

APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama ‘spouses and partners’.
Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.

Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agakabstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.

Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.


Anti-Cinta

Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.

Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.

Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.


Jatuh Cinta

Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)
“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)

Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.


Rayuan Cinta

Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:

“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.

Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?


Dua Kekasih

Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:

“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.

“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).


Haram

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!


Friday 15 January 2016

Jangan biarkan diri dijadikan bahan umpatan!

Jangan biarkan diri dijadikan bahan umpatan!

Kisah Ibrahim al-Nakha’ie Bersama Anak Muridnya.

Diriwayatkan bahawa Ibrahim al-Nakha’ie adalah seorang yang buta dan anak muridnya, Sulaiman bin Mehran al-A’masy pula seorang yang rabun. Satu hari keduanya berjalan bersama-sama menuju ke masjid. Kata Ibrahim: “Sulaiman, apa kata kamu ikut jalan yang lain manakala aku pula ikut jalan yang lain kerana aku takut nanti orang ramai melihat kita lalu berkata si buta dipimpin si rabun lalu mereka mengumpat kita dan mendapat dosa”. Kata Sulaiman: “Wahai guruku, apa salahnya kita akan mendapat ganjaran pahala dan mereka (yang mengumpat) berdosa”. Jawab Ibrahim: “Tidak, kita selamat dan mereka juga selamat itu lebih baik dari kita diberi ganjaran pahala sedangkan mereka mendapat dosa”. [Lihat al-Muntazom fi Tarikh al-Muluk wa al-Umam karya Ibn al-Jawzi, 7/22]

Lihatlah akhlak yang telah ditonjolkan oleh Ibrahim al-Nakha’ie yang mana beliau bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Boleh saja mereka berdua berjalan bersama untuk pergi ke masjid. Namun, apabila memikirkan mulut dan hati manusia lain yang tidak boleh kita kawal dari mengumpat dan mencaci maka mereka menggunakan jalan yang lain agar jauh dari manusia yang lain. Mungkin kita lebih suka untuk mendapat pahala hasil daripada umpatan orang lain sedangkan tanpa kita sedari perbuatan kita itu sendiri yang telah mengundang cacian dan umpatan. Ini tidak disukai oleh Ibrahim al-Nakha’ie dan baginya jika kedua-duanya terselamat adalah lebih baik.

# Bayan Linnas 45. 13/1/2016.

# Watak komik rekaan semata-mata

- Abu Anas Madani / Dr Abdul Basit
- Mfrstudio Ibnmukhtar


Masih tak jelas apa itu Wahabi?

Masih tak jelas apa itu Wahabi?

MENYINGKAP 61 FAKTA MENGENAI WAHHABI

Karya: Mohd Hairi Nonchi

Usaha menangkis pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh golongan yang membenci dakwah mahupun tokoh-tokoh Ahlus Sunnah adalah merupakan satu bentuk pembelaan kehormatan yang dituntut dalam agama, yang mana akan diberikan pembelaan Allah dari api neraka pada hari kiamat (maksud hadis sahih riwayat at-Tirmidzi).

Begitu juga pada isu Wahhabi yang sering menjadi mainan dan modal para pembenci gerakan dakwah yang menyeru kepada keaslian ajaran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga sanggup menggantikan kesucian ajaran ini dengan pelbagai amalan yang boleh menjerumuskan seseorang kepada perlakuan bid'ah dan syirik. Pengarang buku ini mengambil inisiatif dalam menjelaskan dan membongkar pelbagai keraguan yang ditimbulkan oleh para penyeru aqidah syirik dan bid'ah, terutama sekali yang disandarkan kepada ajaran dan mazhab Imam asy-Syafi'e rahimahullah secara dusta lagi batil yang mana ramai masyarakat awam di nusantara ini telah terpedaya akan penyelewengan yang dilakukan sejak sekian lama.

Dibentangkan dalam 61 tajuk secara kritis dan sarat dengan hujah dan dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah berdasarkan kefahaman Ahlus Sunnah wal Jama'ah, buku ini wajar dijadikan bekalan dan semangat bagi mereka yang tetap berpegang teguh dengan manhaj Salaf, juga sebagai nasihat dan panduan kepada orang awam yang mungkin dikelirukan dengan maklumat yang tidak tepat, dan wajar dijadikan peringatan dan amaran kepada para penentang dakwah sunnah yang tetap berkeras menegakkan kebatilan agar meninggalkan makar yang terkutuk ini.

RM60 (Dapatkan diskaun Sahabat Bushra)

Hubungi 011-3975 7993 untuk maklumat lanjut berkenaan buku/pembelian.


Thursday 14 January 2016

Hukum Sentuh Suami & Isteri Ketika Berwudhu, Apakah Batal Wudhu?

HUKUM SENTUH SUAMI & ISTERI KETIKA BERWUDHU' APAKAH WUDHU' BATAL?

Ramai yang masih RAGU tentang permasalah ini kerana kurang kefahaman dan pendedahan ilmu berkenaan dengannya. Maka sunnah mengeluarkan keraguan itu dengan memberi kefahaman ilmu yg jelas berdasarkan penghujahan dalil yg terkuat menurut perbahasan yg jumhur.

Di bahas secara ilmu , tidak ada dalil khusus dari hadis yg ada menyatakan batal wudhu jika bersentuh suami isteri, namun ia menjadi khilaf di kalangan para imam mazhab yang mengkaji permasalah fiqah ini lalu ia menjurus kepada 3 perkara iaitu,

1) Pendapat mana yang kata batal serta alasan hujjah

2) Pendapat mana yang kata tak batal serta alasan hujjah

3) Kesimpulan, pendapat mana yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR

Yang pertama, pendapat yg mengatakan batal adalah dari Mazhab Imam Asy Syafie, alasan hujjahnya adalah , Imam Asy Syafie mengambil dasar dalil dari ayat Quran iaitu pada ayat yg ke 43 di dalam surah An-Nisa’ ﺃَﻭْ ﻻَﻣَﺴْﺘُﻢ ﺍﻟﻨِّﺴَﺂﺀَ ".....atau kamu telah bersentuh dengan istri kamu".

Yang kedua, pekataan ﻻَﻣَﺴْﺘُﻢ menjadi perselisihan pendapat yg muktabar dan pendapat yg terkuat mengatakan bahawa maksud ayat itu BUKAN merujuk kepada sentuh tetapi ia adalah "JIMAK" . Pendapat ini di sokong oleh MAJORITY para pakar ahli tafsir telah menafsirkan ayat tersebut dengan maksud jima’ diantaranya adalah sahabat mulia, penafsir ulung yang dido’akan Nabi, Abdullah bin Abbas, demikian pula Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Ka’ab, Mujahid, Thawus, Hasan Al-Bashri, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Sya’bi, Qotadah, Muqatil bi Hayyan dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/550). Pendapat ini juga dikuatkan Syaikh ahli tafsir, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 5/102-103 dan Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid).

Di usuli lagi dengan sandaran2 hadis soheh iaitu:-
Hadis Pertama dari Aisyah meriwayatkan bahawa, Nabi s.a.w pernah mencium sebahagian istrinya kemudian keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. Saya (Urwah) berkata: Tidaklah dia kecuali anda kan? Lalu Aisyah tertawa. (Shahih. Riwayat Tirmidzi: 86, Abu Dawud: 178, Nasa’i: 170, Ibnu Majah: 502 dan dishahihkan Al-Albani dalam Al-Misykah: 323. Lihat pembelaan hadits ini secara luas dalam At-Tamhid 8/504 Ibnu Abdil Barr dan Syarh Tirmidzi 1/135-138 Syaikh Ahmad Syakir).

Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh istri tidaklah membatalkan wudhu sekalipun dengan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Syaikh Al-Allamah As-Sindi dalam Hasyiyah Sunan Nasa’i 1/104.

Hadis kedua juga dari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada suatu malam saya pernah kehilangan Rasulullah n dari tempat tidur maka saya mencarinya lalu tanganku mengenai pada kedua punggung kakinya yang tegak, beliau solat di masjid seraya berdoa: “Ya Allah saya berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu…”. (HR. Muslim: 486).

Hadits ini menunjukkan bahwa istri menyentuh suami tidaklah membatalkan wudhu. Adapun takwil Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim 4/152 bahwa kejadian tersebut boleh jadi kerana ada pembatas kainnya, maka menyelisihi zahir hadits. Namun pendapat yang lain menafikan kerana sudah tentu Nabi s.a.w solat bukan secara isbal. (Lihat At-Tamhid 8/501 Ibnu Abdil Barr dan Tafsir Al-Qurthubi 5/146).

MAKA KESIMPULANNYA , pendapat yang pertama melalui sandaran Imam Asy Syafie adalah lemah. Asal hukum wudhu seorang adalah suci dan tidak batal sehingga ada dalil yang mengeluarkan dari hukum asalnya, sedangkan hal itu tidak ada, padahal kita ketahui bersama bahawa menyentuh isteri adalah suatu hal yang amat sering terjadi. Seandainya itu membatalkan wudhu, tentu Nabi s.a.w akan menjelaskan kepada umatnya dan masyhur di kalangan sahabat, tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan sahabat yang berwudhu hanya karena sekedar menyentuh istrinya. Inilah yg dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa. yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR adalah TIDAK BATAL.

- Ust Rizal Johari

Biar letih di DUNIA asal selesa di AKHIRAT

BIAR LETIH DI DUNIA ASAL SELESA DI AKHIRAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Fatir [34:34-35]) pada 17 April 2015. Antara isunya adalah kegembiraan ahli syurga setelah bangkit di padang mahsyar.
Benar kata Rasulullah SAW:

ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﺳِﺠْﻦُ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﻭَﺟَﻨَّﺔُ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮِ

Ertinya: Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi si kafir (Sahih Muslim).”

Dalam penjara kebebasan banyak terhalang, begitulah perihalnya hidup orang beriman. Segala gerak mereka dikekang “sifat hamba” pada Tuhan Pencipta Alam. Lain halnya dengan orang tidak beriman, dunia ini syurga bagi mereka. Barang dihajat terus dilaksana tanpa fikir. Bagi mereka dosa pahala itu barang rapuh kerana tidak zahir di depan mata seperti harta atau takhta. Mata mereka “rabun akhirat” dan kerabunan ini kelak akan menjerumuskan mereka ke dalam lubang neraka.

Penjara dunia orang beriman pula akan bertukar menjadi syurga hakiki setelah mereka bangkit di akhirat kelak. Bangun sahaja dari kubur mereka membuka mata seraya mengucap syukur panjang:

ﻭَﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺃَﺫْﻫَﺐَ ﻋَﻨَّﺎ ﺍﻟْﺤَﺰَﻥَ ﺇِﻥَّ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻟَﻐَﻔُﻮﺭٌ ﺷَﻜُﻮﺭٌ ‏( 34 ‏) ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺃَﺣَﻠَّﻨَﺎ ﺩَﺍﺭَ ﺍﻟْﻤُﻘَﺎﻣَﺔِ ﻣِﻦْ ﻓَﻀْﻠِﻪِ ﻟَﺎ ﻳَﻤَﺴُّﻨَﺎ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻧَﺼَﺐٌ ﻭَﻟَﺎ ﻳَﻤَﺴُّﻨَﺎ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻟُﻐُﻮﺏٌ ‏( 35 )

Ertinya: Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, YANG TELAH MENGHAPUSKAN PERASAAN DUKACITA DARI KAMI; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. KAMI TIDAK AKAN MERASA PENAT LELAH DI SITU, DAN KAMI JUGA DI SITU TIDAK AKAN MERASA LETIH LESU" (Fatir [35:34-35]).

Firman Allah pada lafaz “TUHAN YANG TELAH MENEMPATKAN KAMI DI TEMPAT TINGGAL YANG KEKAL, DENGAN LIMPAH KURNIANYA SEMATA-MATA” adalah dalil bahawa kemasukan manusia ke syurga berdasarkan Rahmat Allah dan bukan kerana banyaknya amalan. Pun begitu, amalan sangat penting bagi mengundang RAHMAT ALLAH. Jangan pula sedap hati berharap rahmat Allah jika malas beramal.
Kelegaan dan syukur mereka setelah bangkit di padang mahsyar kelak sangat menakjubkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ﻟَﻴْﺲَ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻫْﻞِ ﻻ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺣْﺸَﺔٌ ﻓِﻲ ﻗُﺒُﻮﺭِﻫِﻢْ ، ﻭَﻻ ﻣَﻨْﺸَﺮِﻫِﻢْ ، ﻭَﻛَﺄَﻧِّﻲ ﺃَﻧْﻈُﺮُ ﺇِﻟَﻰ ﺃَﻫْﻞِ ﻻ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﻫُﻢْ ﻳَﻨْﻔُﻀُﻮﻥَ ﺍﻟﺘُّﺮَﺍﺏَ ﻋَﻦْ ﺭُﺀُﻭﺳِﻬِﻢْ ، ﻭَﻳَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ : ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺃَﺫْﻫَﺐَ ﻋَﻨَّﺎ ﺍﻟْﺤَﺰَﻥَ

Ertinya: Tiada kepada ahli Tawhid kehilangan atau kerinduan dalam kubur mereka, tidak juga pada saat kebangkitan mereka. Seakan-akan aku melihat kepada ahli Tawhid sedang mereka menyapu tanah yang melekat pada kepala mereka (sejurus selepas bangun dari kubur). Mereka juga mengucapkan syukur dengan berkata: "SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, YANG TELAH MENGHAPUSKAN PERASAAN DUKACITA DARI KAMI (Mu’jam al-Kabir Imam al-Tabrani & Sya’b al-Iman Imam al-Bayhaqi).

Hidup dalam syurga bukan sahaja tiada letih atau lesu, bahkan tiada lapar, tiada bogel dan tiada panas sebagaimana peringatan Allah kepada Adam dan Hawwa’ selepas penciptaan mereka berdua:

ﺇِﻥَّ ﻟَﻚَ ﺃَﻟَّﺎ ﺗَﺠُﻮﻉَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻌْﺮَﻯ ‏( 118 ‏) ﻭَﺃَﻧَّﻚَ ﻟَﺎ ﺗَﻈْﻤَﺄُ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻀْﺤَﻰ ‏( 119 )

Ertinya: "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau “TIDAK AKAN LAPAR” dalam Syurga itu dan “TIDAK AKAN BERTELANJANG.”
"Dan sesungguhnya engkau juga “TIDAK AKAN DAHAGA” dalam Syurga itu, dan “TIDAK AKAN MERASA PANAS MATAHARI" (Taha [20:118-119]).

Ayuhlah kita semua bersusah, berletih dan berpanas dalam penjara dunia kerana menurut arahan Allah. Sebaik menginjak kaki ke akhirat, kita bakal bebas sebebas-bebasnya bak burung lepas terbang di udara. Itulah tanda manusia cerdik, bersusah dahulu barang seketika di dunia untuk mendapat kesenangan abadi di akhirat.


Monday 11 January 2016

Bersyukurlah selalu

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah...


Bila tiba bulan Ramadan

Do you agree?  :)


kalam-kalam ulama mazhab Syafie yang membid'ahkan beberapa amalan Masyarakat Melayu Nusantara

Dalam diskusi bid'ah hasanah pada 9 Januari 2016, Dr. Rozaimi ada membawakan kalam-kalam ulama mazhab Syafie yang membid'ahkan beberapa amalan.

Akan tetapi terdapat sedikit persoalan apabila ada yang menyatakan bahawa bid'ah yang dimaksudkan oleh ulama-ulama mazhab Syafie itu adalah bid'ah hasanah.

Di sini kami sertakan teks-teks kata-kata ulama tersebut, dan kami serahkan kepada pembaca untuk menilai, adakah yang dimaksudkan oleh ulama-ulama tersebut adalah bid'ah hasanah atau bid'ah yang tercela.

1- Berdiri ketika maulid.

Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami Al-Makki (974H) menyebutkan dalam Al-Fatawa Al-Hadithiyyah:

ﻣﻄﻠﺐ ﻓﻲ ﺃﻥ ﺍﻟﻘﻴﺎﻡ ﺃﺛﻨﺎﺀ ﻣﻮﻟﺪﻩ ﺍﻟﺸﺮﻳﻒ ﺑﺪﻋﺔ ﻻ ﻳﻨﺒﻐﻲ ﻓﻌﻠﻬﺎ

Bab Berdirinya Ketika Maulid Adalah Bid'ah Yang Tidak Patut Dilakukan

ﻭﻧﻈﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﻌﻞ ﻛﺜﻴﺮ ﻋﻨﺪ ﻣﻮﻟﺪﻩ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﻭﺿﻊ ﺃﻣﻪ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﻘﻴﺎﻡ ﻭﻫﻮ ﺃﻳﻀﺎ ﺑﺪﻋﺔ ﻟﻢ ﻳﺮﺩ ﻓﻴﻪ ﺷﻴﺊ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻧﻤﺎ ﻳﻔﻌﻠﻮﻥ ﺫﻟﻚ ﺗﻌﻈﻴﻤﺎ ﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﺎﻟﻌﻮﺍﻡ ﻣﻌﺬﺭﻭﻥ ﻟﺬﻟﻚ ﺑﺨﻼﻑ ﺍﻟﺨﻮﺍﺹ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ

Dan sama seperti itu adalah perbuatan berdirinya ramai manusia ketika mengingati maulid baginda SAW dan peristiwa baginda dilahirkan bondanya dan ini juga bid’ah yang tidak diriwayatkan sesuatu pun mengenainya. Namun, disebabkan orang ramai melakukannya sebagai menghormati baginda SAW, maka orang awam dimaafkan tetapi tidak bagi orang-orang tertentu (iaitu orang-orang yang berilmu). Dan Allah SWT jualah yang lebih tahu apa yang benar.
[Al-Fatawa al-Hadithiyyah (t.t); Beirut: Dar al-Ma’rifah; h. 80]

2- Kenduri arwah.

Di dalam Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi menukilkan:

ﻗﺎﻝ ﺻﺎﺣﺐ ﺍﻟﺸﺎﻣﻞ ﻭﻏﻴﺮﻩ : ﻭﺃﻣﺎ ﺍﺻﻼﺡ ﺍﻫﻞ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﻃﻌﺎﻣﺎ ﻭﺟﻤﻊ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻠﻴﻪ ﻓﻠﻢ ﻳﻨﻘﻞ ﻓﻴﻪ ﺷﺊ ﻭﻫﻮ ﺑﺪﻋﺔ ﻏﻴﺮ ﻣﺴﺘﺤﺒﺔ ﻫﺬﺍ ﻛﻼﻡ ﺻﺎﺣﺐ ﺍﻟﺸﺎﻣﻞ ﻭﻳﺴﺘﺪﻝ ﻟﻬﺬﺍ ﺑﺤﺪﻳﺚ ﺟﺮﻳﺮ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻠﻪ

Penulis kitab al-Syamil dan selainnya berkata: Perbuatan menyediakan jamuan makan oleh keluarga si mati dan mengumpulkan manusia padanya, maka tidak terdapat apa-apa (dalil) padanya. Ia merupakan bid’ah yang tidak disukai. Ini merupakan perkataan penulis Al-Syamil. Beliau berhujah dengan hadis Jarir bin ‘Abdullah (yang telah kita sebutkan di atas).
[Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 5, m/s 320 (Al-Syamilah)]

Di dalam Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafie susunan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugho dan Shaikh Ali al-Syarbahi disebutkan dalam bab bid’ah jenazah:

ﺍﻧﺸﻐﺎﻝ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﺑﺼﻨﻊ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﺟﻤﻊ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻠﻴﻪ، ﻛﻤﺎ ﻫﻮ ﺍﻟﻤﻌﺘﺎﺩ ﻓﻲ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻌﺼﺮ، ﺑﺪﻋﺔ ﺗﻨﺎﻗﺾ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﻭﺗﺨﺎﻟﻔﻬﺎ ﻣﺨﺎﻟﻔﺔ ﺷﺪﻳﺪﺓ .

Sibuknya ahli keluarga si mati dengan menyediakan makanan dan mengumpulkan manusia padanya. Sebagaimana yang biasa berlaku di zaman kini. Ini merupakan bid’ah yang menyalahi sunnah yang sangat berat.

[Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 263 (Al-Syamilah)]
3- Solat Sunat Raghaib.

Al-Imam An-Nawawi berkata:
ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺍﻟﻤﻌﺮﻭﻓﺔ ﺑﺼﻼﺓ ﺍﻟﺮﻏﺎﺋﺐ ، ﻭﻫﻲ ﺛﻨﺘﺎ ﻋﺸﺮﺓ ﺭﻛﻌﺔ ﺗﺼﻠﻰ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻤﻐﺮﺏ ﻭﺍﻟﻌﺸﺎﺀ ﻟﻴﻠﺔ ﺃﻭﻝ ﺟﻤﻌﺔ ﻓﻲ ﺭﺟﺐ ، ﻭﺻﻼﺓ ﻟﻴﻠﺔ ﻧﺼﻒ ﺷﻌﺒﺎﻥ ﻣﺎﺋﺔ ﺭﻛﻌﺔ ﻭﻫﺎﺗﺎﻥ ﺍﻟﺼﻼﺗﺎﻥ ﺑﺪﻋﺘﺎﻥ ﻭﻣﻨﻜﺮﺍﻥ ﻗﺒﻴﺤﺘﺎﻥ

Solat yang dikenali sebagai solat Raghaib. Ia merupakan solat sebanyak 12 rakaat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Isya' pada malam Jumaat yang pertama di bulan Rejab. Begitu juga solat malam Nisfu Sya'ban sebanyak 100 rakat. Kedua-dua solat ini adalah bid'ah munkar yang buruk. [Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 4, m/s 56 (Al-Syamilah)]

Kami serahkan kembali kepada pembaca, adakah ulama-ulama di atas menyatakan amalan tersebut bid'ah hasanah atau bid'ah yang tercela.

Wallahua'lam.

- Dr Rozaimi Ramle


Berjalan, bersenam, ke masjid

Berjalan, bersenam , ke masjid.

Menjadi trend untuk berjalan bagi tujuan kesihatan. Banyak gadget dan software yang mashyur dikalangan anak muda yang kurus dan gempal untuk merekod jumlah langkah. Ramai yang meletakkan target 6 ribu, 10 ribu, 15 ribu dan bersungguh-sungguh mencapainya.

Alangkah baiknya kalau langkah-langkah yang dihabiskan untuk pusing-pusing kawasan perumahan, shopping complex ataupun diatas treadmill sebahagiannya digantikan dengan langkah kemasjid.
Sabda Rasulullah S.A.W:

ﻣَﻦْ ﺗَﻄَﻬَّﺮَ ﻓِﻲ ﺑَﻴْﺘِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻣَﺸَﻰ ﺇِﻟَﻰ ﺑَﻴْﺖٍ ﻣِﻦْ ﺑُﻴُﻮﺕِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻟِﻴَﻘْﻀِﻲَ ﻓَﺮِﻳﻀَﺔً ﻣِﻦْ ﻓَﺮَﺍﺋِﺾِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﺧَﻄْﻮَﺗَﺎﻩُ ﺇِﺣْﺪَﺍﻫُﻤَﺎ ﺗَﺤُﻂُّ ﺧَﻄِﻴﺌَﺔً ﻭَﺍﻟْﺄُﺧْﺮَﻯ ﺗَﺮْﻓَﻊُ ﺩَﺭَﺟَﺔً

Sesiapa yang bersuci dirumahnya kemudian berjalan ke salah satu dari rumah Allah untuk menunaikan salah satu solat yang difardhukan Allah, bagi setiap dua langkahnya : satu memadamkan kesalahan dan satu lagi meninggikan darajat (H.R MUsilim)

Ubay Bin Kaab menceritakan dari seorang lelaki dikalangan sahabat:

ﺍﻥَ ﺭَﺟُﻞٌ ﻟَﺎ ﺃَﻋْﻠَﻢُ ﺭَﺟُﻠًﺎ ﺃَﺑْﻌَﺪَ ﻣِﻦْ ﺍﻟْﻤَﺴْﺠِﺪِ ﻣِﻨْﻪُ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﻟَﺎ ﺗُﺨْﻄِﺌُﻪُ ﺻَﻠَﺎﺓٌ ﻗَﺎﻝَ ﻓَﻘِﻴﻞَ ﻟَﻪُ ﺃَﻭْ ﻗُﻠْﺖُ ﻟَﻪُ ﻟَﻮْ ﺍﺷْﺘَﺮَﻳْﺖَ ﺣِﻤَﺎﺭًﺍ ﺗَﺮْﻛَﺒُﻪُ ﻓِﻲ ﺍﻟﻈَّﻠْﻤَﺎﺀِ ﻭَﻓِﻲ ﺍﻟﺮَّﻣْﻀَﺎﺀِ ﻗَﺎﻝَ ﻣَﺎ ﻳَﺴُﺮُّﻧِﻲ ﺃَﻥَّ ﻣَﻨْﺰِﻟِﻲ ﺇِﻟَﻰ ﺟَﻨْﺐِ ﺍﻟْﻤَﺴْﺠِﺪِ ﺇِﻧِّﻲ ﺃُﺭِﻳﺪُ ﺃَﻥْ ﻳُﻜْﺘَﺐَ ﻟِﻲ ﻣَﻤْﺸَﺎﻱَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﻤَﺴْﺠِﺪِ ﻭَﺭُﺟُﻮﻋِﻲ ﺇِﺫَﺍ ﺭَﺟَﻌْﺖُ ﺇِﻟَﻰ ﺃَﻫْﻠِﻲ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺪْ ﺟَﻤَﻊَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻚَ ﺫَﻟِﻚَ ﻛُﻠَّﻪُ

Sesungguhnya seorang yang aku tidak pernah tahu adanya orang lain (tinggal) lebih jauh dari masjid berbanding dirinya , sedangkan dia tidak pernah terlepas solat (jamaah).

Aku berkata kepadanya: (bukankah baik) kalau engkau membeli keldai lalu engkau menunggangnya ketika kegelapan (malam) dan cuaca panas.

Lalu Dia berkata: Aku tidak suka andai rumahku terletak disebelah masjid. Aku mahu agar dituliskan bagiku perjalanan ke masjid dan pulang menuju keluarga.

Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Allah telah menghimpunkan semua itu kepada kamu(H.R Muslim)
Selamat mencuba.

- Ust Salman Ali


Sunday 10 January 2016

Doa untuk Anak yang baru lahir

DOA UNTUK ANAK YANG BARU LAHIR

Anas bin Malik pernah membawakan seorang bayi kepada Rasulullah SAW, lalu Beliau SAW mentahnik bayi itu dengan mengolesi langit-langit mulut bayi itu dengan kunyahan kurma ‘Ajwah, kurma Madinah yang lembut. Bayi laki-laki itu menggerak-gerakkan lidah dan bibirnya. “Orang Anshar memang suka kurma,” seloroh Rasulullah SAW.

Kemudian kata Nabi s.a.w kpd Anas, “Wahai Anas, bawalah bayi ini kepada ibumu dan katakan kepadanya:

ﺑَﺎﺭَﻙَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻚِ ﻓِﻴﻪِ ﻭَﺟَﻌَﻠَﻪُ ﺑَﺮًّﺍ ﺗَﻘِﻴًّﺎ

“Semoga Allah memberkahimu pada bayi ini dan semoga Allah menjadikannya sebagai anak yang berbakti dan bertakwa.”

(HR. Al-Bazzar 13/495 no. 7310 dengan sanad shahih. Al-Hafizh Nuruddin Al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid wa Mamba’ul Fawaid, 9/261 berkata: Diriwayatkan oleh Al-Bazzar, para perawinya adalah para perawi kitab ash-Shahih selain Ahmad bin Manshur ar-Ramadi, dan ia adalah perawi yang tsiqah).
Doa ini disunnahkan untuk dibacakan kpd bayi ketika menziarah pada orang yang dikurniakan kelahiran bayi.
JADI, untuk anak kita yg baru lahir, sebaiknya suami melakukan sunnah mentahnik anak(kunyah kurma dan ambil sedikit kurma yg berada di dlm mulut kita kemudian di alis sedikit kelangit2 dlm mulut bayi) lalu membacakam doa ini(utk anak lelaki)

ﺑَﺎﺭَﻙَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻚَ ﻓِﻴﻪِ ﻭَﺟَﻌَﻠَﻪُ ﺑَﺮًّﺍ ﺗَﻘِﻴًّﺎ

“Semoga Allah memberkahi pada bayi ini dan semoga Allah menjadikannya sebagai anak yang berbakti dan bertakwa.”

Dan jika bayi yang lahir adalah perempuan, maka doanya adalah

ﺑَﺎﺭَﻙَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻚَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻭَﺟَﻌَﻠَﻬَﺎ ﺑَﺮَّﺓًً ﺗَﻘِﻴَّﺔً

“Semoga Allah memberkahimu pada bayi ini dan semoga Allah menjadikannya sebagai anak yang berbakti dan bertakwa.”

# saveuntukdirisendiridansebarkan

- Ust Rizal Johari


Cara Allah makbulkan Doa hambanya

Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa yang dipohonnya boleh diperolehi.

Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri.

Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-

ﻋَﺠَﺒًﺎ ﻟِﺄَﻣْﺮِ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﺇِﻥَّ ﺃَﻣْﺮَﻩُ ﻛُﻠَّﻪُ ﺧَﻴْﺮٌ ﻭَﻟَﻴْﺲَ ﺫَﺍﻙَ ﻟِﺄَﺣَﺪٍ ﺇِﻟَّﺎ ﻟِﻠْﻤُﺆْﻣِﻦِ ﺇِﻥْ ﺃَﺻَﺎﺑَﺘْﻪُ ﺳَﺮَّﺍﺀُ ﺷَﻜَﺮَ ﻓَﻜَﺎﻥَ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻟَﻪُ ﻭَﺇِﻥْ ﺃَﺻَﺎﺑَﺘْﻪُ ﺿَﺮَّﺍﺀُ ﺻَﺒَﺮَ ﻓَﻜَﺎﻥَ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻟَﻪُ

Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)

- Dr Zaharuddin Abd Rahman


Yasin malam Jumaat & Mazhab Syafie

Yasin Jumaat, Mazhab Syafi'e & Hak Mensyariatkan Ibadah.

Jika sekadar membaca surah Yasin TANPA mengiktikadkan ia disyariatkan pada malam Jumaat, maka itu tidak mengapa. Orang yang membaca al-Quran, surah apa pun dan pada waktu apa pun, in shaa Allah dia mendapat pahala.

Apa yang menjadi permasalahan di sini ialah keyakinan sebahagian orang bahawa pengkhususan amalan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat itu adalah disyariatkan di dalam Islam. Padahal tidak ada satu hadis pun yang sahih mengenainya.

Demikian juga, tidak ada seorang pun dalam kalangan imam mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah, termasuk pengasas mazhab kita, Imam Asy-Syafi'e yang mengamal, mengajar dan menganjurkannya.

Ketahuilah, hak untuk mensyariatkan suatu amalan dalam Islam dan yang berhak memberikan pahala serta kelebihan amalan itu ialah Allah sahaja. Semua bentuk amal yang disyariatkan oleh Allah hanya dapat diketahui melalui al-Quran dan as-Sunnah NabiNya yang sahih.

Justeru, sesiapa yang menyatakan suatu amalan perlu dibuat dengan tatacara, hari dan dengan bilangan tertentu serta mendakwa ia memiliki kelebihan tertentu, hendaklah dia bentangkan bukti dari al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.

- Cikgu Hairi


Apabila Mimpi dan Ilham menjadi Hujah

APABILA MIMPI DAN ILHAM MENJADI HUJAH
Dalam Islam, kebenaran itu dibuktikan oleh dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Segala keputusan ijmak dan kesimpulan qias berjalan berteraskan dua sumber utama itu. Penghujahan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah dapat difahami dan dikongsi oleh pihak yang mendengar, samada yang bersetuju ataupun yang membantah kesimpulan yang dibuat. Namun jika hujah itu berteraskan mimpi ataupun ilham ataupun kasyaf, siapa yang boleh berkongsi perkara yang tidak dilihat oleh orang lain.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”. (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Jika diandaikan mimpi dan ilham itu benar-benar terjadi, siapakah pula yang dapat memastikan itu semua daripada Tuhan, bukan pula bisikan syaitan?! Jika mimpi dan ilham itu oleh para Nabi s.a.w tentu tidak dipertikaikan. Adapun berhujah dengan alasan mimpi orang biasa yang terdedah kepada cakap benar dan bohong, ataupun ditipu oleh syaitan, maka itu bukan bukti kebenaran sesuatu perkara.
Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili:
“Adapun ilham, ada kemungkinan ianya daripada Allah, kemungkinan juga ianya daripada syaitan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah: (terjemahannya): dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengik
utnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu. (Surah al-An`am: 121).”
Katanya lagi:
“Kemungkinan juga ianya adalah bisikan atau percakapan dalam dirinya. Ini seperti yang nyatakan oleh firman Allah : (terjemahannya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh dirinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Surah al-Qaf: 16).
Sambungnya lagi:
“Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, ilham tidak boleh menjadi hujah. Berkaitan dengan ini, maka pendapat sebahagian sufi bahawa ilham atau kasyaf adalah hujah yang wajib beramal dengannya di dalam hukum-hakam syarak adalah sesuatu yang batil”.( Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 2/924-925, Beirut: Dar al-Fikr)
Lemah
Tokoh ilmuwan terbilang, pakar Maqasid Syariah yang hebat iaitu al-Imam al-Syatibi (w. 790H) :
“Selemah-lemah hujah mereka ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki solih tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”. Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi S.A.W dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at. Ini adalah salah, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika dibolehkan, maka ianya diamalkan, jika tidak ianya ditinggalkan”. (Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198. Beirut: Dar al-Kitab)
Saya sangat suka dengan komentar Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam hal ini. Katanya:
“Di kalangan mereka ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan dia telah lama mati. Lalu dia berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”. Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak mengetahui dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Aku Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad”.
Aku (Ibn Taimiyyah) tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi S.A.W keluar daripada kubur baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menjadikan ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.
Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi S.A.W, lalu Ibn Taimiyyah menyebut:
“Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (w. 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (mereka yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi S.A.W (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah (selepas Nabi s.a.w wafat) telah bercanggah pendapat dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi S.A.W. dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda (isu tanah Fadak dengan Abu Bakar al-Siddiq), adakah beliau bertanya Nabi S.A.W dan baginda menjawabnya”.( Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399. Riyadh: Maktab al-`Abikan)
Lebih Mulia?
Malangnya ini yang dipercayai oleh sesetengah pihak, sehingga mereka percaya ada tokoh tertentu boleh berjumpa Nabi S.A.W bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Kita tahu bahawa selepas kewafatan baginda S.A.W. telah berlaku pertelingkahan di kalangan sahabah terutama dalam isu pembunuhan `Uthman bin `Affan r.a., sehingga membawa perang Jamal dan Siffin. Tiada siapa di kalangan sahabah yang mendakwa mereka akan merujuk perkara ini kepada Nabi S.A.W di kubur baginda, atau memanggil roh baginda. Bahkan mereka kebanyakannya amat keliru dengan keadaan ketika itu. Kata al-Nawawi (w. 676H):
“Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Haqq ialah berbaik sangka terhadap para sahabah. Tidak mencampuri pertelingkahan yang berlaku antara mereka. Ahl al-Sunnah mentakwilkan peperangan antara para sahabah dengan menganggap bahawa mereka adalah mujtahidin yang membuat takwilan bukan berniat untuk bermaksiat atau semata-mata kerana dunia. Bahkan setiap golongan sahabah telah beritiqad bahawa merekalah yang benar, sesiapa yang menentang mereka adalah melampau dan wajib diperangi agar kembali kepada perintah Allah..”. Tambahnya lagi: “Isu-isu ketika itu mengelirukan sehinggakan kebanyakan sahabah merasa bingung dengannya lalu mengambil keputusan meninggalkan kedua-dua golongan dan tidak berperang serta tidak berkeyakinan tentang siapa yang benar”.( Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 18/339. Beirut: Dar al-Khair)
Demikian juga apabila Abu Bakr dan `Umar berselisih pendapat mengenai mereka yang enggan membayar zakat di zaman pemerintahan Abi Bakr, tiada seorang dari kalangan mereka berdua yang menyatakan: “Mari kita bertanya RasululLah!!. Ada sesiapa yang lebih afdhal daripada Abu Bakr dan `Umar?!!!.

January 4 at 11:09am

drmaza.com


Bagaimana nak mengenali ajaran Nabi yang sebenar tanpa ubah suai dan tokok tambah manusia

Bagaimana nak mengenali ajaran Nabi yang sebenar tanpa ubah suai dan tokok tambah manusia?

Jawapan:
Silakan baca tulisan, hadiri majlis ilmu dan dengar ceramah mereka yang dituduh sebagai Wahhabi atau Salafi. Antara mereka ada yang pernah dikafirkan oleh Ustaz Zamihan Al-Ghari , mereka juga Bersatu menelanjangkan amalan golongan pelampau agama yang menyelisih sunnah.Mereka Tidak menetapkan sifat allah dengan hanya 20 sifat sahaja.
Dalam tulisan atau ceramah mereka amat sarat dengan fakta-fakta ilmiah yang bersumberkan petunjuk al-Quran, Sunnah yang sahih, atsar para sahabat dan penjelasan para ulamak besar Ahlus Sunnah yang hidup pada zaman Salafus Soleh.

Anda tidak akan menemui pada tulisan atau ucapan mereka cerita-cerita rekaan berupa mimpi-mimpi, mitos atau dongengan yang melampau,maki hamun serta lawak jenaka yang keterlaluan sebagaimana majlis kebanyakan para penentang mereka yang tanpa malu menjenamakan diri sebagai ASWAJA. Bermazhab syafie dan dalam mazhab y sama meraih mazhab lain dan tidak bertaklid pada satu mazhab.(yg mana membawa dalil lebih kuat yg itu diambil).
Jika ada asatizah2 yg mana admin tidak letak di sini ... sila nyatakan nama mereka di ruangan komen

- Ghuraba Media


Cara Istiqomah Selepas Bertaubat (Nasihat)

~ ON/OFF SETELAH BERTAUBAT

Wallah hu ta'la a'lam, sahabat yg saya hormati, yang pertama, bukan key point taubat itu adalah "banyak beramal". DAN, bukan disebabkan banyak beramal itu menyebabkan seseorang masuk Syurga, tetapi syarat masuk syurga itu adalah TAQWA iaitu PATUH kepada perintah Allah secara 100% dan tinggalkan perkara2 yg Allah SWT larang secara 100%. Amal soleh itu hanya membantu untuk cover/menutupi kesalahan2 kita serta upgred kedudukan darjat/level kita di Syurga. Ibarat seorang yg berperang, mana mungkin hanya boleh berperang dengan sebilah senapang automatik tanpa ada benteng pertahanan.

Bagi mereka yg telah bertaubat, itu bukan bermaksud asal saja taubat kita dah automatik selamat. No!, ketahuilah bahawa bagi orang2 yg bertaubat ,70% perasaannya akan terdedah untuk kembali asal. Orang yg bertaubat ini hatinya akan sentiasa berbolak balik, kadang2 ia dah bertaubat & beramal hingga keadaan lagi sejengkal nak ke Syurga tetapi tiba2 diakhirya dia ada melakukan kejahatannya semula lalu ia terhumban ke dalam kebinasaan, dan ada juga dia apabila ia terjerumus semula kepada dosa lalu diakhirnya dia kembali taubat dan bersungguh2, maka ia terselamat dari kebinasaan. Jadi, keadaan ON/OFF ini amat berisiko dan merbahaya jika ia tidak dikawal dengan bersungguh2.
MAKA apakah yang perlu dibuat bagi mereka yg bertaubat ini?

1) Bersungguh2 untuk hindari dari tempat2/
perkara2 yg akan menyebabkan kita terjebak kembali ke jurang yg lama

2) Cari kawan baru, dekati orang2 yg soleh , dekati masjid akan membantu utk mendekatkan kita dgn orang2 yg baik2 sebab orang yg baik2 ni kita tak kan dapat cari di konsert2, shopping2, club malam. Kawan yg/soleh akan sgt mempengaruhi kita. Kita kena sering usaha untuk dekati masjid, jika tempat kita tidak jumpa sahabat yg baik, maka carilah di masjid lain yg berdekatan.

3) Jauhi kawan2 lama yg mampu mempengaruhi kita kembali ke asal.

4) Jangan dekati perkara2 yg melalaikan walaupun yg sekecil2nya.

5) Kita kena sering ingat kepada kematian, dan uguti diri kita sekiranya Allah matikan kita di dalam keadaan maksiat, maka akan hancurlah segala2nya.

6) MESTI ADA PENGORBANAN. Tanpa ada pengorbanan & usaha, kita tidak akan jadi automatik baik kerana manusia itu diciptakan dengan keadaan hati yg sentiasa berbolak balik.

7) Jaga sungguh2 solat fadhu dan latih semampunya utk solat di awal waktu dan belajar untuk khusyuk kerana ia mampu mencegah dari melakukan fahsya' & mungkar

JADI UNTUK MEMELIHARA HATI KITA DARI BERBOLAK BALIK & TAK STABIL KITA KENA WAJIBKAN DIRI KITA UNTUK AMAL2 DOA2 PENGUAT HATI DAN ZIKIR PAGI & PETANG KERANA IA ADALAH BENTENG.
JADI DOA YG TIDAK BOLEH KITA TINGGALKAN ADALAH

1) Setiap kali selepas solat kita MESTI baca doa "Allahumma- inni-ala-Zikr-ika-wa Shuk-rika-wa-husni-ibad-atika.. (Ya Allah, jadikan Aku, sentiasa mengingatiMu, mensyukuri NikmatMu dan perelokkan Urusan Ibadatku.)

2) Baca ketika hati mula tak rasa stabil serta di setiap kali selepas solat sunat

a) "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi 'alad dinika wa 'ala tho'atika”. “Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama- Mu dan atas ketaatan"

b) "Allahumma ya musarrifal qulub, sorrif qulubana ala to’atik"
Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu

SAYA NASIHATKAN BAGI SESIAPA YG TELAH BERTAUBAT AGAR BANYAK MELAKUKAN SEDEKAH.

SEMOGA NASIHAT INI DAPAT MEMBANTU.
# ISTIQOMAH ZIKIR PAGI....

Sumber : Ustaz Rizal Johari


Ibn Taimiyah: Pejuang Ahli Sunnah yang dibenci Syiah

SYEIKH Al-Islam Ibn Taimiyah atau nama penuhnya Abu 'Abbas Ahmad bin 'Abd Al-Halim bin 'Abd Al-Salam bin Taimiyyah (661H-728H) bukanlah nama biasa di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah.
Beliau seorang tokoh pendidik umat, pejuang keadilan, pembela kebenaran dan pembanteras kebatilan. Berpegang tegas dengan prinsip Ahli Sunnah. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi kebenaran yang dipertahankan.
Sebab itu, sejarah hidupnya tidaklah sepanjang masa disambut dan dirai dengan kerusi empuk, dihampar permaidani indah, ditabur dengan harta yang mewah dan dipuji pemerintah. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang ditanggungnya di atas nama kebenaran. Difitnah, ditangkap, diseksa dan beberapa kali dipenjarakan. Namun, itu semua tidak langsung menggoyahkan semangat dan menggugat prinsip kebenaran yang diperjuangkan.
Pemerintah yang menangkap dan memenjarakan beliau mungkin menganggap hukuman tersebut dapat menyekat dakwahnya. Namun, perhatikanlah, penjara hanya mampu menahan jasadnya tetapi tidak mampu menyekat ilmu, nasihat, buah fikiran dan semangatnya untuk disebarkan kepada umat. Berapa banyak karya agung beliau dihasilkan dalam penjara dan ia kekal dimanfaatkan oleh umat sehingga hari ini.

Disayangi Ahli Sunnah

Ahli Sunnah wal Jamaah wajib bersyukur dan berbangga kerana dikurniakan seorang tokoh ilmuwan yang menguasai pelbagai bidang. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang akidah, falsafah, tafsir al-Quran, hadis, fiqah, siasah, tasawuf dan lain-lain lagi benar-benar membawa kebaikan kepada umat. Fatwa-fatwa dan pandangan beliau diguna pakai di dunia Islam hingga ke hari ini, termasuk juga di Malaysia. Bahkan turut menjadi penyelesaian kepada umat Islam minoriti di negara-negara bukan Islam.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi mengungkapkan: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah dalam kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi dalam kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku." (Al-Qaradawi, Kaif Nata'amul ma'a Al-Sunnah, ms: 170, Mesir: Dar Al-Wafa)

Pujian dan pengiktirafan ulama terhadap Ibn Taimiyah terlalu banyak. Jika ada sebarang tohmahan dan fitnah jahat yang dipalitkan kepada Ibn Taimiyah, lantas bangkit sarjana Islam yang akan membersihkan dan membelanya.

Seperti yang dilakukan oleh seorang ulama dari mazhab Al-Syafi'iah, Ibnu Nashiruddin Al-Dimasyqi (wafat 842 H) yang menulis sebuah risalah berjudul Al-Radd Al-Wafir 'ala man Za'ama anna man Samma Ibn Taimiyah Syeikh Al-Islam Kafir (Bantahan yang cukup terhadap orang yang mendakwa sesiapa yang menggelar Ibnu Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam maka telah kafir).
Dalam risalah ini, Ibnu Nashiruddin Al-Syafi'i menyebutkan pujian sekitar 85 ulama besar dari pelbagai mazhab: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Kemudian beliau berkata: "Sungguh kami tidak menyebutkan jumlah yang banyak dalam kalangan ulama yang menyatakan akan keimaman Ibnu Taimiyyah dan juga sikap zuhud dan warak beliau." (Ibn Nashiruddin, Al-Radd Al-Waafir, hal 74)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani turut memberi kata pengantar kepada risalah ini dan pujian beliau kepada Ibn Taimiyah. Katanya: "Dan tersohornya keimaman Al-Syaikh Taqiyyuddin (Ibnu Taimiyyah) lebih tersohor daripada  matahari. Dan gelaran beliau dengan Syeikh Al-Islam tetap terjaga di lisan yang suci sejak zaman beliau hingga sekarang dan akan terus lestari hingga hari esok sebagaimana sebelum ini. Tidak ada yang mengingkari hal ini kecuali orang jahil (dungu) atau orang yang menjauhi sikap adil."

Kritikan adil & ilmiah

Kita sayang kepada tokoh umat ini. Namun, sayang kita kepada beliau tidaklah membutakan mata untuk melihat bahawa beliau juga adalah seorang manusia. Tidak terjamin daripada tersilap. Justeru, kita dapati, ada sahaja kritikan ilmiah oleh ulama yang dilakukan terhadap pandangan beliau. Kritikan dengan hujah ilmiah sebegini bukanlah suatu yang janggal dalam disiplin ilmu Islam. Tetapi dengan syarat mestilah ia kritikan yang adil disertai dengan hujah yang ilmiah.
Walaupun begitu, kritikan sebegitu tidak sedikit pun menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai tokoh umat. Apatah lagi untuk memfitnah beliau sebagai pencetus kepada ideologi keganasan. Tuduhan sebegini berunsur jahat. Ia tidak akan keluar melainkan dari mulut orang yang tidak mengenali beliau atau pun dari lidah mereka yang membenci dan memusuhinya seperti Syiah, atau dari Syiah yang berbaju Sunnah.

Memerangi Syiah

Ketegasan Ibn Taimiyah dalam membela Ahli Sunnah daripada serangan musuh, sama ada dari dalaman Islam sendiri atau pun pihak luar tidak perlu dipertikaikan lagi. Antaranya ialah penyelewengan, pendustaan dan fitnah yang dibawa oleh golongan Syiah. Maka, tidak hairanlah Syiah akan menjadikan Ibn Taimiyah sebagai sasaran fitnah jahat mereka.
Hal ini seperti yang diulas oleh sarjana Islam terkenal di kurun ini, Maulana Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah, Kata beliau: "Sesungguhnya Al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syiah dalam banyak tempat dalam bukunya. Dia benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan Sunnah, akidah Ahli Sunnah, Al-Khulafa Al-Rasyidin dan sahabat yang mulia RA.
Di samping itu dia mengkhususkan menjawab Syiah dalam sebuah kitab khas, dinamakan Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Al-Syiah wa Al-Qadariyyah (Jalan Sunnah Nabi Dalam Menolak Pendapat Syiah dan Qadariyyah)." (Lihat: Abu Hasan 'Ali Al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, ms 213 Kuwait: Dar Al-Qalam (t.t)
Di dalam Al-Radd Al-Wafir karangan Ibn Nashiruddin, turut dinukilkan kata-kata dari Syeikh Sadruddin bin Al-Wakiil yang menggambarkan kesungguhan Ibn Taimiyah dalam memerangi Syiah. Kata beliau: "Dan yang paling menakjubkan bahawasanya Ibnu Taimiyyah adalah termasuk orang yang paling gigih menentang ahli bidaah, Syiah Rafidhah, Al-Hululiyah, dan Al-Ittihaadiyah (fahaman wihdatul wujud).
Tulisan beliau mengenai hal ini banyak dan terkenal, serta fatwa-fatwa beliau perihal mereka tidak terhingga. Maka sungguh akan menyenangkan jika mereka mendengar akan kafirnya Ibn Taimiyyah, dan sungguh mereka akan bergembira jika mereka melihat ada ahli ilmu yang mengkafirkan Ibnu Taimiyyah.



Maka wajib bagi orang yang memiliki ilmu dan memiliki akal untuk mengamati perkataan Ibnu Taimiyyah dari karya beliau yang tersohor. Atau dari Ahli Sunnah yang thiqah (dipercayai) dalam kalangan ahli periwayatan/penukilan sehingga dia benar-benar memperoleh perkara-perkara yang dia ingkari dari Ibnu Taimiyyah, lalu hendaknya dia memperingatkan umat dari kesalahan-kesalahan tersebut, dengan maksud untuk memberi nasihat, serta memuji Ibnu Taimiyyah dengan menyebutkan keutamaan beliau pada perkara yang Ibnu Taimiyyah berada di atas kebenaran, sebagaimana kebiasaan (yang dilakukan pada) ulama selain Ibnu Taimiyyah (kesalahan mereka diperingatkan dengan tetap memuji mereka)."
Kekuatan hujah Ibn Taimiyah dalam membongkar kesesatan Syiah membuatkan Syiah tidak senang duduk. Gagal untuk membalas semula hujah, maka tohmahan dan fitnah ke atas Ibn Taimiyah adalah jalan mudah yang diambil oleh Syiah dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
Lebih malang, apabila ada dalam kalangan mereka yang mentohmah Ibn Taimiyah ini berlagak seperti pembela Ahli Sunnah. Hakikatnya, mereka membawa pemikiran Syiah tetapi memakai baju Sunnah. Antara yang terkenal hari ini ialah Hassan Al-Saqqaf dari Jordan.
Seruan beliau kepada fahaman bermiripkan Syiah sangat jelas dan ia dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Ahli Sunnah. Tulisan beliau yang menyelewengkan kata-kata ulama silam berjaya dibongkarkan. Semua itu dilakukan untuk memburuk-burukkan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah.
Amat membimbangkan sekiranya ajaran Hassan Al-Saqqaf meresap masuk ke Malaysia dan dijadikan pula sumber hujah dalam agama dan menentukan sesuatu polisi negara. Usaha ini seakan-akan telah dilakukan. Antaranya dengan menterjemahkan buku beliau ke dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan oleh anak murid beliau sendiri, Zamihan Mat Zin. Diharapkan pihak kerajaan dan keselamatan bertegas dalam menyekat pengaruh jahat ini yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keharmonian negara kita.
Apa pun, Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah akan tetap kekal sebagai permata berharga bagi Ahli Sunnah wal Jamaah. Tidak ada yang membenci atau mentohmah beliau melainkan dia belum lagi mengenali sepenuhnya Ibn Taimiyah, atau dia adalah Syiah atau pun Syiah yang menyarung jubah Ahli Sunnah.

[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 27/12/15 hingga 02/01/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 27/12/15 hingga 02/01/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Shamsuddin, Ust Hakimi, Ust Muhammadi, Ust Hanief, Dr Abd Basit.


1. Dr Abd Basit - 151215 Fiqh Sunnah; Muqaddimah
http://www.mediafire.com/listen/0ncp392ra8t59bt


2. Dr Abd Basit - 151222 Fiqh Sunnah; Kitab Taharah Jenis2 air
http://www.mediafire.com/listen/38dvnhdeo1kqput

3. Dr Abd Basit - 151225 Mukhtasar Sahih Bukhari; Kitab Sumpah hadith 2142
http://www.mediafire.com/listen/33lw41c6y8xcxqj

4. Ust Hakimi - 151226 Kewajipan mendidik ahli keluarga pd mentaati Allah
http://www.mediafire.com/listen/6gasmxuew2f0mod

5. Dr Abd Basit - 151226 Bimbingan Mukmin; Terperdayanya golongan tasawwuf
http://www.mediafire.com/listen/70jk69kudz7o6m6

6. Dr Abd Basit - 151226 Bimbingan Mukmin; Terperdayanya org2 yg berharta
http://www.mediafire.com/listen/wjo8q17e8rl9wcm

7. Dr Abd Basit - 151226 Kesungguhan ulama' menuntut ilmu
http://www.mediafire.com/listen/utttubvor9bzmaf

8. Ust Muhammadi - 151227 Tafsir; Khulasoh tafsir surah asy-Syura
http://www.mediafire.com/listen/lcxpqbtv0g4fz86

9. Ust Hanief - 151227 Usul Hadith; Kaifiyat periwayatan hadith
http://www.mediafire.com/listen/jyppv4n67fcli61

10. Ust Muhammadi - 151228 Risalah al-Mustarsyidin; Allah mudahkan urusan org yg Akhirat adlh matlamatnya
http://www.mediafire.com/listen/tmn0vcx0sz4uakk

11. Dr Abd Basit - 151228 Fiqh Manhaji; Syarat2 menjadi saksi
http://www.mediafire.com/listen/mtaz29ga1e0jdff

12. Ust Qamar - 151230 Sirah kelahiran & keperibadian Nabi S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/axfrd74o7t78xl6

13. Ust Hakimi - 151230 Forum; Amal Sunnah sbg Jatidiri Ummah
http://www.mediafire.com/listen/1qa8tk5tc78xxqy

14. Ust Shamsuddin - 151230 Forum; Amal Sunnah sbg Jatidiri Ummah
http://www.mediafire.com/listen/vit48grqcbdq48x

15. Ust Hanief - 151228 Jami' al-Tirmidzi; Kitab Talaq Bab Li'an
http://www.mediafire.com/listen/so6s5apbvs9d2s2

16. Ust Shamsuddin - 151231 Ittiba' Nabi mengikut neraca al-Qur'an & hadith
http://www.mediafire.com/listen/26fo638hd46wjoy

17. Ust Hakimi - 160101 Tafsir surah al-Baqarah ayat 1-5
http://www.mediafire.com/listen/dpp34ziup5reoc1

18. Ust Qamar - 160101 Riyadhus Solihin; Bab Mujahadah hadith 16-17
http://www.mediafire.com/listen/gx26wdkqk4bx14f

19. Ust Shamsuddin - 160102 Fenomena hidup berjauhan dari Nabi bhgn 2 (M. Khairiyah)
http://www.mediafire.com/listen/44aib4nwz41xnhf

20. Ust Shamsuddin - 160102 Fenomena hidup berjauhan dari Nabi bhgn 2 (M. Pasir Lada)
http://www.mediafire.com/listen/8ir5dndsoervrls

Sebarkan, semoga bermanfaat.

[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 02/01/16 hingga 08/01/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 02/01/16 hingga 08/01/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Shamsuddin, Ust Hakimi, Ust Muhammadi, Ust Hanief, Ust Amin Ismail, Ust Ahmad Nasim, Ust Ahmad Saifuddin, Ust Faizal, Ust Solahuddin, Maulana Hadi.

1. Ust Ahmad Saifuddin - 151222 Sifat Solat Nabi; Bab Bila perlu bangun semasa iqamah
http://www.mediafire.com/listen/z72raij0wn4ic01


2. Ust Nasim - 151231 Tazkirah; Tuntutan keatas penuntut ilmu
http://www.mediafire.com/listen/y472um99ibmx0as

3. Maulana Hadi - 160103 Hayatus Sahabah; Kisah Ummu al-Fadhl
http://www.mediafire.com/listen/w1ann9zxc9aqvjw

4. Ust Hanief - 160103 Usul Hadith; Adab2 guru & pelajar hadith dlm periwayatan
http://www.mediafire.com/listen/l18wlxpbf96wh89

5. Ust Qamar - 160103 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Muqaddimah
http://www.mediafire.com/listen/1yavv4as1m7u6tr

6. Ust Hanief - 160104 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab Meninggalkan perkara syubahat
http://www.mediafire.com/listen/5q09sa26s9dxq16

7. Ust Qamar - 160104 Bulughul Maram; hadith 593-598 bab jazanah
http://www.mediafire.com/listen/xg9ibe1cjx8fpk8

8. Ust Shamsuddin - 160104 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 6 Sebab Nabi lebih pemurah di bulan Ramadhan
http://www.mediafire.com/listen/z1mhesz8p3lu1ev

9. Ust Amin - 160105 Solat Mukmin; Masalah berkaitan tayammum & haidh
http://www.mediafire.com/listen/ir1b3owcelmb4if

10. Ust Hakimi - 160105 Fathul Majid; Tafsir tauhid & syahadah
http://www.mediafire.com/listen/579cv3pw3s5766x

11. Ust Hanief - 160106 Fauzul Kabir; samb. Ilmu ahkam
http://www.mediafire.com/listen/385a453llb403aw

12. Ust Qamar - 160106 Fiqh Sunnah; Doa & zikir ketika memakai pakaian
http://www.mediafire.com/listen/j7i9du5v8huapd9

13. Ust Solahuddin - 160107 Sahih Bukhari; Kitab Solat hadith 661-664 bab keutamaan org yg solat berjemaah di masjid
http://www.mediafire.com/listen/86dw8alal0a9r0w

14. Ust Muhammadi - 160107 al-Adabul Mufrad; hadith 309-326
http://www.mediafire.com/listen/8tb64irq4ga873q

15. Maulana Hadi - 160107 Hayatus Sahabah; Cara percakapan Nabi S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/56fdrum7ywaj87j

16. Ust Hakimi - 160108 Tauhid Uluhiyyah
http://www.mediafire.com/listen/d16f6aby7uzraf4

17. Ust Hakimi - 160108 Tafsir surah Al-Baqarah ayat 6-20
http://www.mediafire.com/listen/628s20xc60kvg0b

18. Maulana Hadi - 160108 Tafsir surah al-Kahfi ayat 21-26 (Msjd Machang)
http://www.mediafire.com/listen/ekno0dredci9yv3

19. Ust Faizal - 160108 Risalah Tauhid; Amalan dlm ibadah menyerupai org musyrikin
http://www.mediafire.com/listen/djmb57nid1mte2h

20. Maulana Hadi - 160108 Tafsir surah ar-Ra'd ayat 36-39
http://www.mediafire.com/listen/jxc25a60xn9f2ol

21. Ust Solahuddin - 160108 Sahih Bukhari; Kitab Solat hadith 665-668 bab rukhsoh utk solat dirumah ketika hujan atau sakit
http://www.mediafire.com/listen/kk7caqif5zujzhj

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Penilaian Bid' ah Hasanah Adakah Satu Kesesatan - Dr Muhamad Rozaimi & Ustaz Engku Ahmad Fadzil

Sunday 3 January 2016

[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 17/12/15 hingga 26/12/15)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 17/12/15 hingga 26/12/15) oleh:


Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Shamsuddin, Ust Hakimi, Ust Abd Syakur, Ust Muhammadi, Ust Hafiz Zaini, Ust Zulkifli, Ust Wan Sharafi, Dr Abd Basit.


1. Dr Abd Basit - 151217 Bimbingan Mukmin; Terperdayanya glgn ahli ibadah
http://www.mediafire.com/listen/nmmr5wjwdm95948


2. Dr Abd Basit - 151217 Tunaikan solat sebaiknya seolah2 solatmu terakhir
http://www.mediafire.com/listen/9j7r7fri1e91rnp

3. Dr Abd Basit - 151218 Khutbah; Kewajipan umat utk mengikut ajaran Nabi
http://www.mediafire.com/listen/n2kiy5260h4qbh3

4. Dr Abd Basit - 151218 Syamail Muhammadiyah; Cara Nabi bergurau
http://www.mediafire.com/listen/nfs9wmgzsvc2yp5

5. Ust Qamar - 151221 Bulughul Maram; hadith 587-592 bab jazanah
http://www.mediafire.com/listen/c6htwuauq9ua55h

6. Ust Muhammadi - 151221 Risalah al-Mustarsyidin; Saling menasihati ikhlas krn Allah
http://www.mediafire.com/listen/n7nv59y4er0c6f3

7. Ust Shamsuddin - 151221 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 6 Contoh sifat pemurah Nabi
http://www.mediafire.com/listen/pnrb44bbsn7dk93

8. Ust Shamsuddin - 151221 Muhasabah dlm cinta kpd Nabi (M. Lundang)
http://www.mediafire.com/listen/9ylkiock2orb54f

9. Dr Abd Basit - 151222 Mastika hadis; Setiap amal kebaikan ialah sedekah
http://www.mediafire.com/listen/7tzwf67yfhfrnm5

10. Ust Qamar - 151222 Umdatul Ahkam; hadith 129-132 bab zikir slps solat & jamak qasar
http://www.mediafire.com/listen/s7d27lcjl0bz9ww

11. Ust Muhammadi - 151222 al-Adabul Mufrad; Menyambung silaturrahim
http://www.mediafire.com/listen/r88801au2rdy8io

12. Ust Wan Sharafi - 151222 Zaadul Maad; Sifat solat sunat Nabi S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/gn64373b4vc1zu1

13. Ust Hafiz - 151223 Misykaatul Masobih; Kitab Adab hadith 1-2
http://www.mediafire.com/listen/95xg7yn2rpvaauc

14. Ust Zulkifli - 151224 Sahih Bukhari; Kitab I'tishom, hadith 6739-6741
http://www.mediafire.com/listen/6t2fwrb960q6n76

15. Ust Shamsuddin, Ust Hakimi - 151224 Forum 'Cinta Nabi S.A.W.'
http://www.mediafire.com/listen/pfglvtr9cbydq92

16. Ust Abd Syakur - 151225 Misykaatul Masobih; Kitab Iman hadith 17-21
http://www.mediafire.com/listen/cx99w9x8t51la97

17. Ust Hakimi - 151225 Daurah Tafsir; Tafsir surah al-Fatihah ayat 5-7
http://www.mediafire.com/listen/pcg9eu8f0kcejyq

18. Ust Shamsuddin - 151226 Fenomena hidup berjauhan dari Nabi bhgn 2
http://www.mediafire.com/listen/9ok8el5u9bo9229

19. Ust Shamsuddin - 151226 Muhasabah dlm cinta kpd Nabi (M. Pasir Lada)
http://www.mediafire.com/listen/rnoeusf3l9iauj5

Sebarkan, semoga bermanfaat.