Tuesday 19 December 2023

Orang Berakal Tidak Mahu Berkawan Dengan Orang Rendah Budi


Orang Berakal Tidak Mahu Berkawan Dengan Orang Rendah Budi

Orang yang berakal tidak mahu berkawan dengan orang yang rendah budi. Sebab orang yang rendah budi samalah dengan ular, badannya lunak tetapi membelit, lidahnya halus tetapi bercabang dua, kepalanya tidak runcing tetapi penuh boleh, dia masuk ke dalam rumah diam-diam, kerana hendak menggigit kita.


• Buya Hamka

Bila Kita Buat Baik, Jangan Pandang Rendah Orang Lain

 


Bila Kita Buat Baik, Jangan Pandang Rendah Orang Lain

Setelah melakukan kebaikan, kita terkadang memandang rendah orang yang tidak melakukannya. Kita merasa lebih tinggi hanya kerana perbuatan baik tersebut. Hati-hati. Perasaan sebegini dapat menghapuskan pahala.

Mutarrif berkata: "Tertidur hingga ke pagi dalam keadaan menyesal, lebih aku sukai berbanding melakukan qiyam sepanjang malam, lalu ujub pada pagi harinya."

Friday 15 December 2023

Peringatan Daripada Allah Mengenai Kesenangan Dunia

 


Peringatan daripada Allah mengenai kesenangan dunia.


ٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا لَعِبࣱ وَلَهۡوࣱ وَزِینَةࣱ وَتَفَاخُرُۢ بَیۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرࣱ فِی ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِۖ كَمَثَلِ غَیۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُۥ ثُمَّ یَهِیجُ فَتَرَىٰهُ مُصۡفَرࣰّا ثُمَّ یَكُونُ حُطَـٰمࣰاۖ وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ عَذَابࣱ شَدِیدࣱ وَمَغۡفِرَةࣱ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَ ٰ⁠نࣱۚ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ


Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


[Surah Al-Hadid: 20]

Thursday 14 December 2023

Nasihat Teruskan Belajar Waktu Malam Jika Tidak Mengantuk


Nasihat Teruskan Belajar Waktu Malam Jika Tidak Mengantuk
 .
Nasihat Maulana Muhammad Asri Yusoff ( MMAY ) hafizahullah : 
.
“ Selain dari kehendak Allah SWT, yang menjadikan kita seorang yang hebat dan boleh memberi manfaat kepada orang lain adalah disiplin kita sendiri “ 
.
“ Bagaimana kita menguruskan masa seharian kita. Jangan fikir disiplin orang lain, masing-masing orang ada disiplin mereka yang tersendiri. “ 
.
“ Kalau orang lain waktu malam adalah waktu tidur, disiplin kita pula waktu malam adalah waktu belajar “ 
.