Friday 23 June 2023

Jangan Berhenti Membaca Al-Quran


Jangan berhenti membaca al-Quran hanya kerana tidak pandai hukum-hakam tajwid. Teruskan membaca dan tingkatkan ilmu. Mudah-mudahan satu hari kita boleh mencapai darjat mahir dalam al-Quran.

Rasulullah bersabda:

الماهِرُ بالقرآن مع السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، والذي يقرأ القرآن ويَتَتَعْتَعُ فيه وهو عليه شاق، له أجران

"Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama para malaikat  yang mulia dan berbakti. Orang yang  membaca al-Quran dengan bacaan yang terputus-putus dan mengalami kesusahan, dia akan mendapat dua pahala." al-Bukhari dan Muslim.


Kredit 

#DrUmarMuhammadNoor 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

28 Nasihat Adab Kepada Ibu Bapa


 28 Nasihat Adab Kepada Ibu Bapa 

28 Nasihat Syeikh Muhammad Said Ruslan


 Ini adalah Nasihat untuk anak-anak, jika mereka istiqamah mengamalkannya,  mereka berada di daerah keselamatan di dunia dan di akhirat:

1. Taatlah ibu dan ayah pada semua perintahnya, selagi mereka tak menyuruh melakukan maksiat.

2. Berbicaralah dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

3. Bangun dan sambut mereka apabila mereka datang.

4. Jagalah maruah, kemuliaan, harta serta pandangan manusia terhadap mereka.

5. Muliakan serta Bersifat pemurah pada mereka, berikan apa yang mereka minta.

6. Berbincanglah dan mintalah pendapat mereka tentang urusan kehidupanmu.

7. Perbanyakkan doa dan memohon ampun bagi mereka.

8. Apabila ada tetamu datang, duduk dekat dengan pintu, dan perhatikan mata mereka, kemungkinan ada perkara yang mereka ingin perintahkan secara tersembunyi.

9. Lakukanlah perkara yang menggembirakan mereka tanpa perlu mereka menyuruh kamu dahulu. Kerana apabila disuruh,maka kuranglah nilai kegembiraan.

10. Jangan tinggikan suaramu dihadapan mereka, dan jangan potong ucapan mereka.

Mudahkan Urusan Dengan Membaca Al-Quran


Mudahkan Urusan Dengan Membaca Al-Quran

Dalam kehidupan dunia ini, sekiranya ada banyak perkara yang kita hajati, dan kita ingin dipermudahkan untuk mendapatkannya, maka hendaklah kita membaca Al-Quran Al-Karim.


Al-Syaikh Dhiyā Al-Maqdisi berkata : Al Syeikh ‘Imād Al-Maqdisi berpesan kepadaku :


أَكْثِر من قراءة الْقُرْآن، ولا تتركه فَإِنَّهُ يتيسر لَك الَّذِي تطلبه عَلَى قدر مَا تقرأ، 


Perbanyakkanlah membaca Al-Quran. Jangan sesekali kamu meninggalkan pembacaannya. Ini kerana, akan menjadi mudah apa yang kamu hajati bergantung kepada berapa banyak yang kamu baca daripada Al-Quran.


Lalu kata Al-Dhiyā’ Al-Maqdisi ;

Pemikiran Segelintir Pekerja

 

Pemikiran Segelintir Pekerja. #SabdaS #Farouk #NotaIlmuPilihan #MalaysiaMembaca

Penyakit Dengki


 Penyakit Dengki. #BuyaHamka #NotaIlmuPilihan #MalaysiaMembaca

Takut & Dukacita Penghalang Kemajuan Hidup


 Takut & Dukacita Penghalang Kemajuan Hidup. #BuyaHamka

Cemerlang dengan Konsisten (Istiqamah)


Cemerlang dengan Konsisten (Istiqamah). #DrDanial #TipsCemerlangDariAlQuran #NotaIlmuPilihan #MalaysiaMembaca

Kelebihan Menggunakan Servis Dari Google


Kelebihan Menggunakan Servis Dari Google

Google ada banyak aplikasi yang mungkin kita semua tak pernah jumpa pun.


Yelah, buat apa nak guna semua kalau perlu satu atau dua je kan?


Paling sedap sekali, Google Drive.


Guna Google Drive ni boleh kata rahmat besar lah buat pengguna Internet. Lagi awal guna, lagi bagus.


5 sebab saya guna Google Drive dan kenapa kalian kena mula guna juga:


1/ Mudah #simpan semua files dalam satu tempat.


Saya mula simpan files sejak 8 tahun lepas. Bayangkan semua nota semasa asasi hingga tahun akhir.


Senang nak refer semula sekiranya ada files yang perlu dicari semula setelah sekian lama.


2/ #Familiar dengan penggunaan Windows.

Membangun Rumah Di Syurga


Membangun Rumah Di Syurga

Setiap orang punya dua rumah, satu di  dunia dan satu lagi di akhirat. pastikan rumah kita di akhirat cantik dan selesa ditempati sebagaimana kita menjaga rumah kita di dunia.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik bertanya kepada Abu Hazim Salamah bin Dinar: “Mengapa kami takut mati?” 

Ulama tabiin ini menjawab: “Kerana kamu telah memakmurkan rumahmu di dunia namun meruntuhkan rumahmu di akhirat. Justeru, kamu takut berpindah dari kemewahan kepada reruntuhan."   (Siyar A'lam al-Nubala).


Kredit 

#DrUmarMuhammadNoor 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme