Friday 30 November 2018

Apa Kelebihan Datang Awal Ke Masjid Waktu Solat Jumaat?

*KELEBIHAN DATANG AWAL KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ،
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta,

وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ،
sesiapa yang pergi pada jam yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu betina,

وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ،
dan sesiapa pergi pada jam yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,

وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ،
dan sesiapa yang pergi pada jam yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,

وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ،
dan sesiapa yang pergi pada jam kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur.

فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ “
  Dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka para Malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah).
[Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Jum'ah, hadis no: 881]

#alkahficenter


Thursday 29 November 2018

Semakin Nak Jadi Baik, Semakin Digoda Syaitan?

Semakin kita nak jadi baik, kita akan semakin digoda oleh Syaitan kerana Syaitan akan bekerja keras utk merosakkan orang yang baik. Maka kerana itu apabila kita dah cuba lakukan yang terbaik ada saja perkara yang menjerat kita kepada  hal yang tidak baik lalu membuatkan kita rasa putus asa, hilang fokus serta frust.

Untuk atasi masalah ini kita perlu rapat dengan kawan2 yg baik yang saling menasihati serta membimbing kita. Jika kita tidak ada kawan2 sedemikian maka janganlah kita pula mendekati orang2 yang bermasalah.

Kawal sungguh2 telinga kita, lidah kita serta mata kita kita kerana 3 pancaindera inilah yang menjadi pintu kepada para syaitan utk merosakkan benteng pada hati kita.

Meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim ibarat kita memandu yang kita perlu sentiasa waspada awasi stearing kenderaan kita dari terbabas. Jika offset dari trek laluan maka cepat2lah luruskan semula.

- Muhamad Rizal


Kenapa Pentingnya Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu?

Pentingnya Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لاَ يَتَعَلَّمُهُ إِلاَّ لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏"‏ ‏.‏ يَعْنِي رِيحَهَا ‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesiapa yang mempelajari ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mendapatkan keredhaan Allah. Akan tetapi tidaklah dia mempelajarinya kecuali untuk mendapat habuan dunia. Maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Ilmi, no: 3664]

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ "‏ لاَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ وَلاَ لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ وَلاَ تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَالنَّارُ النَّارُ ‏"‏ ‏.‏
Daripada Jabir bin ‘Abdillah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Janganlah menuntut ilmu untuk menunjuk-nunjuk di hadapan ulama, jangan jua untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, dan jangan jua untuk menarik perhatian manusia. Sesiapa yang melakukan hal itu, maka nerakalah tempatnya. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Muqaddimah, no: 263]

#alkahficenter
#MMMR     -Masri Mohd Ramli


JOM Follow Sifu Closing di FB

I still have my magic word for closing..hehe

Lama tak buat,still tak berkarat..

Mana belajar? FB banyak sifu sharing
Ikut je..

Mindset kena betul.
Rata rata yang share ilmu pasal closing
Akan nasihat betulkan mindset
Mindset salah closing ke laut.

Lagi satu
Selalu bersangkat baik.

Nak belajar closing
Refer orang orang ni

Dharma Syamim Fikri
Afiq Jeman
Maisarah Awang
En Khairul

Sungguh saya tak pernah join mana mana class closing berbayar.

Semua ilmu mereka yang saya tag  saya dapat melalui Live video mereka..

So pergi follow dan see first mereka ni
Rugi kalau tak ikut..

- Wan Zul Hairi


Saturday 24 November 2018

Wudhuk Dengan Baik Rahsia Khusyuk Dalam Solat?

[Pesan guru]

Guruku al-Syeikh Abdul Qadir Karkich at-Tetouani pernah berpesan :

"Di antara rahsia khusyuk di dalam solat adalah engkau berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk, melebihkan sedikit had basuhan  anggota wudhuk agar bercahaya di hari qiamat kelak, berwudhuk dengan teliti dan cermat menggunakan air tanpa tergopoh gapah dan ala kadar"

Tak caya, cuba berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk seolah-olah itulah wudhuk kau yang terakhir, dengan izin Allah engkau dapat rasai kemanisan khusyuk...

P/S : antara cadangan adalah berwudhuk dengan air hanya segayung sahaja, di samping menjimatkan air, menepati sunnah bahkan ia melatih kita teliti dalam berwudhuk kerana air yang mencurah-curah keluar melahirkan sifat tergesa-gesa bahkan membazir, air yang bertakung memberikan kelapangan dan kesederhanaan...

Ustaz Daud At-Tetouani


Yakinlah Allah Sebaik² Perancang

قدر الله وما شاء فعل
Allah telah menentukan (takdir kita), dan apa yang Dia kehendaki nescaya Dia akan buat.

Memang meletihkan dan mungkin menyedihkan apabila sesuatu yg kita rancang tidak menjadi. Apatah lagi musibah yg menimpa menjejaskan sedikit kehidupan kita.

Tetapi ketahuilah wahai diri, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia juga sebaik-baik pelindung. Lalu cukup lah Allah sebagai pelindung dan penolong.
حسبي الله نعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
حسبي الله نعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
حسبي الله نعم الوكيل وهو رب العرش العظيم - Abd Rasyid Idris


Yakinlah Allah Sebaik² Perancang

قدر الله وما شاء فعل
Allah telah menentukan (takdir kita), dan apa yang Dia kehendaki nescaya Dia akan buat.

Memang meletihkan dan mungkin menyedihkan apabila sesuatu yg kita rancang tidak menjadi. Apatah lagi musibah yg menimpa menjejaskan sedikit kehidupan kita.

Tetapi ketahuilah wahai diri, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia juga sebaik-baik pelindung. Lalu cukup lah Allah sebagai pelindung dan penolong.
حسبي الله نعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
حسبي الله نعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
حسبي الله نعم الوكيل وهو رب العرش العظيم - Abd Rasyid Idris


Buku Bahaya Syiah Kepada Akidah,Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

'Share' di 'Wall' Anda!

Buku yang bertajuk "Bahaya Syiah Kepada Akidah,Syariah, Akhlak Ummah dan Negara" disediakan oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff dan disunting kemudiannya oleh Ustaz Ahmad Naseem a.k.a Abu Naaielah

Download : http://www.geocities.ws/ahasan12/BahayaSyiah.doc

- Maulana Asri


3 Magnet Penarik Rezeki Berdasarkan Dalil Dari Al-Quran

3 MAGNET PENARIK REZEKI BERDASARKAN DALIL-DALIL YANG SAH.
.
.
Pernah jumpa guru-guru bisnes yang ajar macam-macam tips menarik rezeki yang tidak diketahui asal usulnya dalam agama?

Saya ingin kongsikan hari ini 3 cara menarik rezeki yang telah dinyatakan didalam Al Quran.

1. SOLAT.

Dalil:

“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan shalat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami-lah yang Memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa.” (Thaha: 132)

2. ISTIGHFAR.

Dalil:

“Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu” (Nuh: 10-12)

3. SEDEKAH.

Dalil:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Baqarah: 261)
.
.

#syakiryangtuntas
Semoga tidak diuji Allah dan diperdaya syaitan dengan istidraj.


Friday 23 November 2018

Jauhi Sikap Al Kibru (Sombong) Apa Kata Nabi?

Jauhi Sikap Al-Kibru!

Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
((لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ)) قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ: ((إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ)) رواه مسلم.

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya (ada) sifat sombong (walaupun) sebesar biji sawi.”
Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?”
Nabi s.a.w menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan".
Maksud sombong (Al-Kibru) adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Hadis ini berupa larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka, serta menolak kebenaran” [Syarah Sahih Muslim]

Kata AAM:
Berhati-hatilah kita dengan sifat yang tercela ini, bila orang bagi nasihat, dengarlah dan perhatikan apa maksud yang hendak disampaikan. Bukan melenting tak tentu fasal, sehingga setiap nasihat dianggap perli atau suatu yang pelik bahkan kawan sudah dikira lawan...

Sikap sebegini menambahkan ketaksuban kepada pandangan sendiri atau kepada idola yang dipuja dan dipuji, orang lain usah dipeduli.

#AAM, 21/11/2018.


Kenapa Belajar Tapi Tak Dapat Amalkan?

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin seorang Hakim ditanya : Mengapakah kami mendengar pengajian tetapi tidak dapat mengamalkannya?

Jawabnya : kerana lima macam :
1. Allah telah memberi nikmat kepada kamu tetapi kamu tidak bersyukur.

2.  Kamu telah berbuat dosa dn tidak istighfar (memohon ampun).

3. Kamu tidak suka mengerjakan apa yang sudah kamu ketahui.

4. Kamu bersahabat dengan orang yang baik tetapi tidak mengikut amal perbuatan mereka.

5. Kamu selalu menguburkan orang mati tetapi tidak mengambil ikhtibar dari mereka.

#BeraniUBAH
#RoadtoJannah

- Zul Fikarullah


Jangan "Skip" ketika Menulis, Kenapa?

Jangan “skip” ketika menulis !!
.

Ketika menulis sesebuah buku terutamanya buku ilmiah yang bersifat menyelesaikan masalah bukan sekadar memenuhi rak di kedai buku, biasanya kita akan berhadapan dengan bahagian atau perkara-perkara yang sukar. Sukar dihadam dan sukar diterangkan.
.
Kesukaran ini disebabkan banyak faktor. Antaranya penulis masih lagi anggur putik yang cuba dipetik,  sumber yang ada tidak menerangkan, sumber yang ada terhad, keterangan di dalam sumber yang ada “merapu” atau dengan bahasa kasarnya tidak ada sumber untuk “dicuri” dengan berkesan.
.
Dalam keadaan ini jika penulis masih lagi seorang yang mempunyai deria rasa walaupun tak tahu memasak dia pasti tahu yang itu adalah ruang kosong yang perlu diisi atau masalah yang harus dirungkai.
.
“Memang ingin selesaikan tapi masalahnya otak sudah kering dipulas tetapi masih tidak dapat selesaikannya juga.” “Habis tu apa engkau nak buat?”  
.
“Lompat ke bahagian lain yang lebih mudah dan membiarkan perkara itu tidak diselesaikan atau gugurkan sahaja bahagian tersebut dari buku.” Kalau ini yang dilakukan maka kamu hanya “penyemak” [ Ikut suka “e” nak baca macam mana ] yang dambakan buku diterbit mengusung nama kamu ke sana ke mari tapi tidak ada apa-apa yang dibuat melainkan membahaskan perkara-perkara yang sebenarnya bukan satu masalah pun atau telah dibahaskan barangkali dengan lebih baik oleh puluhan buku lain.
.
Apa yang patut dibuat adalah terus hidup dengan masalah tersebut tak kira berapa lama tempohnya sehinggalah kita menemui jawapannya. Sentiasa berfikir, berfikir dan berfikir. Apabila dapat jawapan, hidup pula dengan jawapan tersebut buat satu tempoh sehingga benar-benar matang kemudian barulah tulis.
.
Jangan “skip” !! Jangan “delete” !! Biarkan ia menjadi kajian kita walaupun mengambil masa yang lama. Jangan gopoh membuat kesimpulan. Jangan hanya gemar membahaskan persoalan-persoalan mudah kerana biasanya persoalan-persoalan mudah itu bukanlah satu masalah pun. Kalau sukar bagi penulis maka ia sudah tentu sukar bagi ramai orang. Jadi wakafkanlah diri untuk kesenangan orang lain. Cari jawapan dan bentangkan. -Ashafirzol Ab Hamid


Apa Yang Dapat Saya Dari Individu Sukses

Saat berbicara bersama orang hebat pasti akan peroleh ilmu yang bermanfaat andai kita sentiasa memasang telinga dan berfikir. Antara ilmu yang saya dapat dari orang hebat adalah berkenaan individu Sukses :

1. Individu yang sukses memiliki kemampuan untuk mengendalikan emosi mereka.
.
2. Individu yang sukses memiliki mindset yang sentiasa berkembang.
.
3. Individu sukses bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
.
4. Individu sukses memandang dunia dari sudut positif.
.
5. Individu yang sukses memiliki kemampuan untuk mempertahankan hubungan jangka panjang.
.
6. Orang sukses memiliki mindset berkembang.
.
7. Orang-orang sukses bertanggung jawab atas takdir mereka sendiri.
.
8. Individu yang sukses dapat menilai diri dengan benar. Secara jujur mengakui kesilapan dan bersedia untuk berubah.
.
9. Individu yang sukses fokus pada masa depan. Bukan asyik terkenang dan bernostalgia dengan masa silam.
.
10. Individu yang sukses memiliki sikap kerjasama yang tinggi.

#BeraniUBAH
#MotivasiSukses

- Zul Fikarullah


Movie Tunjuk Muslim Sebagai Pengganas?

MOVIE TUNJUK MUSLIM SBG PENGGANAS.

1. Sebenarnya tidak sukar untuk memahami kenapa ramai orang Islam begitu sensitive terhadap movie yg memaparkan muslim sebagai pengganas walaupun sebenarnya memang ada segelintir yg terjebak.

2. Bayangkan sewaktu zaman Tun M menuduh DSAI terlibat dgn kesalahan liwat. Ada sebahagian masjid yg khutbahnya menggunakan tajuk Liwat dan segala dosa, hukuman dan azab terhadap pesalah liwat. Berasap penyokong DSAI ketika itu menahan perasaan mereka, walaupun khatib hanya mengulas ayat Quran, hadis dan pendapat ulama. Walaupun nama DSAI langsung tidak disebut di dalam khutbah itu, tetapi itu sudah cukup untuk menaikkan kemarahan mereka.

3. Bayangkan ketika zaman Tun M disumpah seranah sebagai Maha Firaun. Ada sebahagian masjid yg khutbahnya berkisar tentang kekejaman Firaun dan kediktatorannya. Penyokong Tun M berasa bahawa khatib sedang menyindir pemimpin kesayangan mereka.

4. Bayangkan ketika Tun M berkrisis dgn raja-raja Melayu. RTM ketika itu menyiarkan filem melayu berkaitan kezaliman raja zaman dahulu. Apa niat RTM kita tidak mengetahuinya secara pasti. Tetapi yg pastinya adalah ia dilihat sebagai satu sindiran kepada raja-raja Melayu.

5. Semata-mata memaparkan segelintir orang Islam menjadi pengganas, asalnya, bukan isu besar jika kena pada tempat dan masanya. Tetapi jika ia disiarkan ketika Islam dan umat Islam sedang diserang segenap penjuru, ketika bilangan kanak2, wanita dan orang tua beragama Islam yg terbunuh akibat keganasan musuh Islam jauh lebih ramai daripada orang Islam yg menjadi pengganas. Maka ia secara langsung atau tidak langsung adalah satu perbuatan provocative terhadap perasaan umat Islam.

6. Tidak pernahkah kita bertanya kenapa banyak adegan filem yg memaparkan Islam sebagai ganas berbanding sebagai mangsa keganasan? Adakah ini hanya kebetulan atau sememangnya jarum halus?

- Ahmad Jailani Abdul Ghani


Jangan "Skip" ketika Menulis, Kenapa?

Jangan “skip” ketika menulis !!
.

Ketika menulis sesebuah buku terutamanya buku ilmiah yang bersifat menyelesaikan masalah bukan sekadar memenuhi rak di kedai buku, biasanya kita akan berhadapan dengan bahagian atau perkara-perkara yang sukar. Sukar dihadam dan sukar diterangkan.
.
Kesukaran ini disebabkan banyak faktor. Antaranya penulis masih lagi anggur putik yang cuba dipetik,  sumber yang ada tidak menerangkan, sumber yang ada terhad, keterangan di dalam sumber yang ada “merapu” atau dengan bahasa kasarnya tidak ada sumber untuk “dicuri” dengan berkesan.
.
Dalam keadaan ini jika penulis masih lagi seorang yang mempunyai deria rasa walaupun tak tahu memasak dia pasti tahu yang itu adalah ruang kosong yang perlu diisi atau masalah yang harus dirungkai.
.
“Memang ingin selesaikan tapi masalahnya otak sudah kering dipulas tetapi masih tidak dapat selesaikannya juga.” “Habis tu apa engkau nak buat?”  
.
“Lompat ke bahagian lain yang lebih mudah dan membiarkan perkara itu tidak diselesaikan atau gugurkan sahaja bahagian tersebut dari buku.” Kalau ini yang dilakukan maka kamu hanya “penyemak” [ Ikut suka “e” nak baca macam mana ] yang dambakan buku diterbit mengusung nama kamu ke sana ke mari tapi tidak ada apa-apa yang dibuat melainkan membahaskan perkara-perkara yang sebenarnya bukan satu masalah pun atau telah dibahaskan barangkali dengan lebih baik oleh puluhan buku lain.
.
Apa yang patut dibuat adalah terus hidup dengan masalah tersebut tak kira berapa lama tempohnya sehinggalah kita menemui jawapannya. Sentiasa berfikir, berfikir dan berfikir. Apabila dapat jawapan, hidup pula dengan jawapan tersebut buat satu tempoh sehingga benar-benar matang kemudian barulah tulis.
.
Jangan “skip” !! Jangan “delete” !! Biarkan ia menjadi kajian kita walaupun mengambil masa yang lama. Jangan gopoh membuat kesimpulan. Jangan hanya gemar membahaskan persoalan-persoalan mudah kerana biasanya persoalan-persoalan mudah itu bukanlah satu masalah pun. Kalau sukar bagi penulis maka ia sudah tentu sukar bagi ramai orang. Jadi wakafkanlah diri untuk kesenangan orang lain. Cari jawapan dan bentangkan. -Ashafirzol Ab Hamid


Datang Awal ke Masjid Untuk Solat Jumaat

DATANG AWAL KE MASJID-MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT.

Kita digalakkan datang awal ke masjid-masjid kerana ada ganjaran yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang mendatangi masjid di awal waktu. Dalam hadith shahih:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ، فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu betina, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur. Dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka para Malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah). [Sahih Al-Bukhari, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Hari Jumaat, hadis no: 838]

JOM KITA SOLAT JUMAAT.

Wallahua'lam

Page Jalan-jalan Cari Ilmu


Kenapa Belajar Tapi Tak Dapat Amalkan?

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin seorang Hakim ditanya : Mengapakah kami mendengar pengajian tetapi tidak dapat mengamalkannya?

Jawabnya : kerana lima macam :
1. Allah telah memberi nikmat kepada kamu tetapi kamu tidak bersyukur.

2.  Kamu telah berbuat dosa dn tidak istighfar (memohon ampun).

3. Kamu tidak suka mengerjakan apa yang sudah kamu ketahui.

4. Kamu bersahabat dengan orang yang baik tetapi tidak mengikut amal perbuatan mereka.

5. Kamu selalu menguburkan orang mati tetapi tidak mengambil ikhtibar dari mereka.

#BeraniUBAH
#RoadtoJannah

- Zul Fikarullah


Saturday 17 November 2018

Sesibuk Mana, Jangan Tinggal Baca Al-Quran Walau Satu Ayat

Sesibuk apapun, jangan tinggal membaca al-Quran walau cuma satu ayat. Siapa tahu itulah satu-satunya ibadah kita yang Allah terima pada hari itu.
Amīrul Mu’minīn ‘Uthmān bin ‘Affān berkata:
لَوْ أنَّ قُلُوْبَنَا طَهُرَتْ مَا شَبِعْنَا مِنْ كَلامِ رَبِّنَا ، وَإِنِّي لَأَكْرَهُ أَنْ يَأْتِيَ عَلَيَّ يَوْمٌ لَا أَنْظُرُ فيِ المـُصْحَفِ .
“Sekiranya hati kita bersih, maka ia tidak akan pernah kenyang daripada kalam tuhan kita. Aku tidak menyukai apabila berlalu satu hari dan aku tidak melihat mushaf padanya.”
(al-Bayhaqi dalam al-I'tiqad)

- Dr Umar Muhammad Noor


Jangan Hanya Jadi Orang Baik, Jadilah Penyeru Kebaikan

ORANG BAIK BANYAK TEMAN, PENYERU KEBAIKAN BANYAK MUSUH

Untaian Hikmah nan Indah

ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟

Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?

الصالح خيره لنفسه والمصلح خيره لنفسه ولغيره.

Orang Baik, melakukan kebaikan untuk dirinya.
Sedangkan Penyeru Kebaikan (Musleh) mengerjakan kebaikan utk dirinya dan orang lain..

الصالح  تحبُه الناس. والمصلح تعاديه الناس .

Orang Baik, dicintai manusia..
Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia..

لماذا !!!؟
Kenapa begitu...?!?!

الحبيب المصطفى(صلى الله عليه وسلم) قبل البعثة أحبه قومه  لأنه صالح .

Rasulullah SAW sebelum diutus, baginda dicintai oleh kaumnya kerana baginda adalah orang baik..

ولكن لما بعثه الله تعالى صار مصلحًا فعادوه وقالوا ساحر كذاب مجنون.

Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarkannya; Tukang sihir, Pendusta, Gila..

ما السبب ؟
لأن المصلح يصطدم بصخرة
أهواء من يريد أن يصلح من فسادهم .

Apa sebabnya..?
Kerana Penyeru Kebaikan 'menyikat' batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerosakan..

ولذا أوصى لقمان ابنه بالصبر حين حثه على الإصلاح لأنه سيقابل بالعداوة.

Itulah sebabnya kenapa Luqman al hakim menasihati anaknya agar BERSABAR ketika melakukan kebaikan, kerana dia pasti akan menghadapi permusuhan..

( يا بني أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانهَ عن المنكر واصبر على ما أصابك )

Hai anakku tegakkan solat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu..

قال أهل الفضل والعلم : مصلحٌ واحدٌ أحب إلى الله من آلاف الصالحين ،

Berkata ahli ilmu:
Seorang penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik...

لأن المصلح يحمي الله به أمة ،والصالح يكتفي بحماية نفسه .

Kerana melalui penyeru Kebaikan itulah Allah jaga umat ini..
Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri...

فقد قال الله عزَّ و جلَّ في محكم التنزيل :

Allah SWT berfirman :

( وَمَا كَانَ رَبُّكَ  لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُون َ).

_"Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan satu negeri dengan zalim padahal penduduknya adalah penyeru kebaikan.."_

ولم يقل صالحون ...

Allah tidak berfirman;
"...Orang Baik (soleh)"

كونوا مصلحين ولا تكتفوا بأن تكونوا صالحين.

Maka jadilah *PENYERU KEBAIKAN*, jangan merasa puas hanya sebagai *ORANG BAIK* saja...

Kiriman whatsapp

- Fakriya Hanim


Jangan Hukum: Kedudukan Seseorang di Akhirat, Bergantung Pada Penutup Hidupnya

Terdapat hadis sahih menyebut pembaca dan penghafal al-Quran mendapat kedudukan yg tinggi di dlm syurga dan pelaku maksiat akan diazab oleh Allah, sbg cth baginda lihat pelaku zina lelaki dan perempuan dibakar diatas api dlm keadaan terlanjang.

Namun terdapat juga hadis lain yg baginda menyebut antara org pertama jd bahan bakar api neraka adalah pembaca dan guru al-Quran krn niat bukan mencari keredhaan dan wajah Allah, dan juga hadis yg menyebutkan tentang wanita pelacur namun Allah masukkan dlm syurga atas kebaikan yg dia lakukan.

Sangat banyak faedah yg kita peroleh dari hadis-hadis diatas. Antaranya adalah jgn kita berasa selesa dan aman dari azab Allah walau kita merasa kita diatas kebenaran, hendaklah kita terus merasa kurang dlm ibadah, perbaiki niat stp hari dan bandingkan kedudukan ibadah kita dgn baginda dan para sahabat lalu kita akan nampak penuh kekurangan, dan bg pelaku maksiat jgn sekali-laki putus asas dari rahmat Allah dan teruslah bertaubat dan kembali kpd Allah stp kali kita terlanjur bermaksiat kpd Allah

Sungguh kedudukan seseorang itu diakhirat nanti, bergantung kpd penutup dan keadaan akhir hidupnya nanti. Smg Allah matikan kita atas husnul khotimah. Amin.

- Abu Sofiyyah al Bahari


Friday 16 November 2018

Amazon Akan Bankrup Suatu Hari Nanti?

Jeff Bezos menjangkakan Amazon akan bankrup suatu hari nanti.

.
Kebanyakan syarikat gergasi mempunyai jangka hayat lebih kurang 30 tahun sahaja. Jarang syarikat yang mampu bertahan lebih 100 tahun.

.
Jeff Bezos memberitahu matlamat beliau adalah untuk melengahkan kejatuhan Amazon.

.
Satu-satunya cara untuk melengahkan Amazon daripada jatuh adalah dengan fokus kepada kehendak pelanggan.

.
Kehendak pelanggan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Nokia dulu pernah menjadi pemacu industri telefon bimbit di dunia dan kini Nokia telah gagal apabila pengguna berubah kepada telefon pintar.

.
Jangan terlampau selesa dengan apa yang kita ada.  Bersedia untuk berubah mengikut peredaran semasa.

- Wan


Kehidupan Kita Berbeza Wahai Sahabat

Kehidupan Kita Berbeza Wahai Sahabat

1. Kita semua berbeza dalam menjalani kehidupan. Kita selalu judge kehidupan seseorang itu berdasarkan sudut pandang kita. Tanpa kita mengetahui kehidupan yang dilalui oleh orang tersebut. Duduklah di tempatnya dahulu merasai peritnya derita sebelum kita hendak menilainya.

2. Kita tidak duduk dan merasai apa yang dihadapi oleh orang itu, kita tidak tahu apa yang tersemat dalam hati dia, apa yang dilaluinya pada tiap-tiap hari dalam kamus kehidupannya.

3. Dalam قصص من حياة الصحابة , ada gabenor yang bernama Said Ibn Amir  yang dilantik oleh Saidina Umar. Kemudian Umar mendapat report dari orang ramai tentang masalah gabenor ini. Orang lapor pada umar kesalahannya.

Masalah yang pertama:

- Dia ini selalu lambat datang kerja (lewat keluar rumah)

Masalah kedua:

- Dia ini susah bergaul dengan orang di waktu malam.

Masalah ketiga:

- Dia suka pengsan (lemah)

Masalah Keempat:

- Ada hari tertentu dia ponteng tidak datang berkhidmat bekerja (menjalankan kerja)

4. Setelah Umar dengar aduan ini, Umar tidak terus marah Said. Tetapi dia bertanya terlebih dahulu minta penjelasan. Ini sikap yang perlu kita contohi. Tanya pada tuan empunya badan terlebih dahulu berbanding terus serang berdasarkan cerita dan laporan orang lain.

5.  Kemudian Umar minta penjelasan, kenapa dia susah nak bergaul berjumpa orang di waktu malam. Jawab said:

Sesungguhnya, Demi Allah, aku tidak suka untuk beritahu ini pada orang ramai asalnya.

"Ya Amir al- Mukminin, sesungguhnya seluruh siangku aku habiskan untuk berkhidmat kepada manusia, apalah salahnya aku menghabiskan malam untuk berkhidmat kepada Allah pula.”

6. Kemudian Umar bertanya lagi, kenapa selalu keluar rumah lewat (datang kerja lewat):

Sa’id terdiam sebentar, kemudian berkata:

Demi Allah, sebenarnya aku tidak ingin menjawab hal itu

"Begini, aku tidak ada pembantu rumah, jadi setiap pagi aku akan menguli tepung untuk membuat roti untuk makanan keluargaku,selesai itu aku berwuduk dan baru keluar rumah menemui penduduk"

7. Kemudian umar bertanya lagi, kenapa ada hari tak keluar rumah (tidak bekerja):

"Benar Ya Amir al-Mukminin, Dan aku tidak mempunyai baju kecuali yang aku pakai ini, dan aku mencucinya sekali dalam sebulan. Dan pada hari aku basuh baju ini, aku menunggunya hingga baju itu kering, kemudian aku keluar menemui mereka pada petang hari. (dia hanya ada satu baju saja)

8. Demikianlah kehidupan, hakikatnya kita hidup dalam keadaan yang mana berbeza antara satu sama lain. Kita tidak akan dapat merasai derita, duka atau musibah yang dihadapi oleh seseorang, selagi mana ia tidak menimpa kita. Oleh sebab itu, berfikir lah sejenak, sebelum kita judge kehidupan orang lain tanpa kita merasai kesusahan yang dihadapinya. Kehidupan kita berbeza wahai sahabat.

- Ustaz Amir Farhan


Bilakah Masa Yang Betul² Kita Boleh Berehat?

Jangan penat,beribadat,jangan penat ke majlis ilmu,jangan pernah penat menjadi hamba Allah,kerana kaki kita masih berpijak di dunia ini...bersabarlah sehingga saatnya tiba,mudah-mudahan kita bersama-sama melangkah masuk ke dalam syurga...

- Abu Talhah


Rahsia Doa Secara Perlahan

RAHSIA DOA SECARA PERLAHAN...

Doa itu ibadat...doa itu senjata org mukmin...doa itu tanda kita rapat dengan Allah....doa itu ubat kesedihan dan kedukaan...mcm2 lagi kelebihan org berdoa...dan salah satu syarat atau adab berdoa kita mesti perlahankan suara, tunduk, tawadhuk dan penuh kerahsiaan antara kita dan Allah...kenapa kita perlu buat mcm tu dgn Allah? Rahsia ini di jelaskan oleh Ibn Qayyim rahimahullah;

1. Bukti kita ini benar2 yakin atau keimanan kita tinggi bahawa Allah itu maha mendengar dan kita cuma nak sampaikan permintaan kita itu hanya kpdNya...bukan utk sesiapa

2. Satu bukti kita ni insan yg beradat dengan tuannya, tak perlu nak cakap kuat2 tambah lg guna pembesar suara...

3. Perasaan kita akan lebih tunduk dan khusyuk dgn suara yg perlahan...kalau kuat lebih nak menunjuk2...lebih nak tarik perhatian manusia lain bukannya perhatian Allah.

4. Lebih ikhlas di depan Allah.

5. Akan lebih mengHADIRKAN HATI ketika berdoa

6. Perasaan sgt dekat dgn Allah kalau kita berdoa perlahan dan rendah suara.

7. Lebih relax, tenang, xletih kerana xperlu tenaga utk berdoa dgn suara yg rendah.

Kalau xpercaya cuba anda ubah, imam2 di masjid/surau ubah drpd berdoa kuat melaung dan melolong kpd rendahkan suara dan perlahan...kita akan lihat kesan dlm diri kita.. Wallahua'lam

Posting pd. 11 nov 2015

- Diey Hasan


Wednesday 14 November 2018

Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat Allah

[Validectory Speech-IIUM 34th Convocation]- 1st Session

Kepada semua graduan di luar sana. Tidak kira apa kelulusan anda. Yang penting jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.

Tatkala semua manusia yang bersama dengan kita mungkin menghampakan kita. Allah yang Maha Esa akan mengampunkan kesemua dosa-dosa kita apabila kita ikhlas bertaubat kepada-NYA

Saya dedikasikan ucapan ini kepada semua agar bermanfaat. 

p/s- Pohon maaf atas 'grammatical errors' yang ada dalam ucapan. Harap diabaikan.

- Yusof Mohamad


Pahala Mengajar Ilmu

Pahala mengajar ilmu

Diriwayatkan bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda:

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ

“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka dia mendapatkan pahala orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi dari pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun”.

[HR Ibn Majah]

- Ustaz Emran Ahmad


Monday 12 November 2018

Jack Ma dapat Inspirasi dari Jualan Black Friday di US

Tahun 2009, Jack Ma dapat inspirasi dari jualan Black Friday di US dan perkenalkan jualan Singles Day 11.11 di laman web Alibaba. Ia catat jumlah jualan US$7.5 juta.
.
2010, Jack Ma wujudkan laman web tmall dot com untuk sokong Taobao Mall. Jualan naik lebih 15 kali ganda kepada US$135 juta.
.
2011, jualan cecah US$750 juta.
.
2012, Jack Ma bersihkan laman webnya dari jual produk tiruan dan US keluarkan laman webnya dari senarai hitam. Jualan naik 30 kali ganda menjadi US$2.7  billion.
.
2013, jumlah jualan US$5 billion.
.
2014, pembelian guna tunai dalam talian diperkenalkan. Jualan US$8.2 billion.
.
2015, Jack Ma guna artis untuk promosi, antaranya Daniel Craig (James Bond) dan band tempatan TFBoys. Catat jualan US$13.1 billion.
.
2016, Scarlett Johansson, David Beckham, Kobe Bryant dan band One Republic  pula jadi duta. Jualan naik kepada US$17.4 billion.
.
2017, Jack Ma laksana konsep ' shopathon'. 600 ribu kedai di China dihubungkan secara dalam talian. US$24.2 billion jualan berjaya dicatat.
.
2018, Jack Ma fokus pada strategi global untuk naikkan jualan. Jualan turut datang dari Lazada yang telah dibelinya. US$1.44 billion jualan dicatat pada minit-minit terawal ia dilancarkan.
.
Jumlah jualan keseluruhan 2018 adalah US$30 billion.
.
- Bloomberg/CNN

* Jangan harap hasil yang berlainan jika masih guna cara yang sama.

- Mazlan Mohamad


Aqidah Benar Terzahir Pada Akhlak Mulia

Aqidah yg benar terzahir pd akhlak yg mulia. Demikianlah Nabi s.a.w menjadi qudwah buat kita. Jika anda temui seseorang yg bahasanya kesat, raut wajahnya sombong, ucapannya penuh caci maki kpd yg tidak sependapat, mohonlah semoga Allah TIDAK menjadikan hati-hati anda cenderung kepadanya...

Sabda Rasulullah s.a.w: “Roh-roh itu spt tentera yg berkelompok-kelompok, mana yg sesuai (sifatnya, akhlaknya, tujuannya) maka roh-roh itu menjadi 'jinak', mana yg tidak sesuai (sifatnya, akhlaknya dan tujuannya), maka ia akan saling menjauh.” (HR al-Bukhari & Muslim)

*Akhlak anda adalah sama dgn akhlak orang yg anda cenderung kepadanya.

- Ustaz Aizam Mas'ud


Doa Sunnah Tertimpa Musibah

DOA TERTIMPA MUSIBAH:

Bersabda rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

« Tidaklah seorang hamba ditimpa sebuah musibah kemudian dia mengucapkan:

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اَللّٰهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيْبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْهَا

"Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami hanya kepada-Nya akan kembali, ya Allah! Berikanlah aku ganjaran (pahala) dalam musibahku dan berikan gantinya untukku yang lebih baik darinya."

Melainkan Allah akan mengganjarnya dalam musibahnya itu, dan akan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya. »

📕 HR. Muslim

- Zack Ruslan


Salafi Bermasan Muka?

Salafi Bermasam Muka?

Bab ayat sifat : sama pendirian
Bab sunnah: sama pendirian
Bab syirik : sama pendirian
Bab bid'ah : sama pendirian
Bad khurafat : sama pendirian
Bab siyasah pemerintahan : berbeza

Punya banyak persamaan,berbeza pada satu bahagian terus masam muka. Terus rosak ukhwah.

#muhasabahdiri

- Abu Talhah


9 Bahaya Hutang Menurut Ajaran Islam

9 BAHAYA HUTANG MENURUT AJARAN ISLAM

Para penghutang yang SENGAJA mengelak hutangnya sekecil manapun ia, padahal dia mampu melunasinya, maka dia akan menanggung dosa dan ancaman berikut:

1) Ketika di dunia, hidupnya tidak pernah merasa tenteram dan bahagia kerana jiwanya sentiasa resah dan gelisah. Di mana sahaja dia berada, dia merasakan seakan-akan ada saja yang mengejarnya.

2) Para penghutang terdedah kepada sifat orang-orang munafiq kerana sering berdusta dan memungkiri janji. (Sahih al-Bukhari, no: 832)

3) Apabila mati kelak, roh orang yang berhutang akan tergantung di antara langit dengan bumi sehinggalah hutangnya dilunasi. (Sunan Ibnu Majah, no: 2143)

4) Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w enggan menyolatkan jenazah orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutangnya. (Sunan Abu Daud, no: 3343)

5) Dosa hutang termasuk salah satu dosa yang menghalangi seseorang daripada memasuki syurga sekalipun dia mati sebagai seorang yang syahid. (Sahih Muslim, no: 1885 dan 1886)

6) Pada hari kiamat kelak, para penghutang akan menjadi manusia yang muflis kerana segala pahala amal kebaikannya akan diserahkan kepada orang yang memberinya hutang. (Sahih Muslim, no: 2581)

7) Para penghutang akan menghadap Allah dengan membawa status sebagai seorang pencuri. (Sunan Ibnu Majah, no: 2410)

8) Para penghutang juga dikategorikan sebagai orang-orang yang zalim. (Sahih al-Bukhari, no: 2287)

9) Para penghutang terdedah kepada doa orang yang dizaliminya kerana doa orang yang dizalimi akan dipenuhi oleh Allah. Maka dibimbangi orang yang dizaliminya mendoakan keburukan ke atas dirinya. (Sahih al-Bukhari, no: 1496)

- Hairi Nonchi


Hakikat Nasihat Dan Dinasihati

NASIHAT.

Orang yang ingin memberi nasihat, bukanlah syarat kamu mesti lebih mulia daripada orang yang ingin dinasihati barulah kamu ingin menasihati. Syaitan akan memberikan rasa was-was supaya kamu tidak memberikan nasihat.

Orang yang dinasihati pula, bukanlah syarat kamu mesti menerima nasihat daripada orang yang lebih mulia atau lebih tua daripada kamu. Syaitan akan membisikkan kepada kamu supaya kamu memandang remeh orang yang memberikan nasihat kepada kamu yang mana dia lebih muda atau tidak berpangkat besar lebih daripada kamu.

قال الله تعالى: وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

الله أعلم

- Khadijah Denk


S.O.P: Ilmu Penting Ramai Orang Bisnes Jarang Ambil Tahu

Salah satu ilmu bisnes yang jarang orang bisnes hendak ambil tahu adalah cara membuat S.O.P.
.
Sebabnya, ilmu S.O.P ini tidak seksi.
.
Dibandingkan dengan ilmu copywriting, FB Ads atau teknik marketing dan meroket, S.O.P memang tidak seksi sebab kita tidak nampak ia bawa masuk duit.
.
Tapi realitinya, ilmu tidak seksi inilah yang syarikat-syarikat besar guna untuk kembangkan lagi bisnes mereka.
.
McD tidak akan mampu buka hingga 36 ribu cawangan jika mereka tiada S.O.P. AirAsia tidak akan berani luaskan rangkaian hingga ke Hawaii jika tidak kerana S.O.P yang mereka ada. Begitu juga Apple, kedainya ada di seluruh dunia kerana adanya S.O.P.
.
Contoh yang lebih kecil, food truck Putu Bamboo dapat beroperasi dengan efektif di lebih 40 lokasi berlainan hanya bila adanya S.O.P.
.
Dengan S.O.P, bisnes mereka dapat dikembangkan dan bawa duit masuk lebih banyak.
.
- Mazlan Mohamad


5 Keseronokan Berniaga

5 keseronokan berniaga:

1. Kita mengawal aktiviti kita tanpa arahan majikan.

2. Kita tentukan pendapatan dengan selarikan usaha berniaga.

3. Dapat bertemu ramai orang dan banyak ragam yang membuka mata kita tentang 'dunia sebenar'

4. Terasa diri semakin dekat dengan Tuhan apabila kita bergantung harap rezeki milikNya.

5. Nilai kredibiliti diri akan naik dan dapat melakukan sesuatu yang tak pernah kita sangka.

- Azam Tuan


Mak Tak Bagi Kahwin

"Cerita dia macam ni. Saya nak kahwin tapi mak saya tak bagi kahwin. So nak tanya perlu ke saya dapat keberkatan mak tu untuk kahwin ni?"

Jika ibu menolak calon isteri maka pasti ada sebabnya kerana orang tua lebih banyak makan garam. Restu ibu juga penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga.

Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai guru di Sabah dan lambat kahwin kerana ibunya mahukan dia berkahwin dengan orang kelantan dan bekerja sebagai cikgu. Dia pula bekerja di kawasan pendalaman Sabah.

Dia ada berjumpa gadis yang dia berkenan tetapi semuanya ditolak oleh ibunya kerana bukan orang Kelantan atau tidak bekerja sebagai guru. Agak sukar dia mahu mencari calon isteri sebagaimana hasrat ibunya.

Akhirnya selepas bertahun-tahun dia berjumpa dengan calon isterinya. Kebetulan ada seorang guru wanita dari Kelantan baru dihantar bertugas berdekatan kawasannya di Sabah. Kawan saya jatuh hati dengannya.

Dia merisik khabar dan mendapati guru wanita itu masih belum berpunya. Maka kawan saya berkahwin dengan guru wanita tersebut. Kini mereka hidup bahagia dengan anak-anak yang comel di Sabah.

Kadang-kadang ada hasrat orang tua kita yang agak berat untuk kita terima dan laksanakan tetapi percayalah ada seribu hikmah di sebaliknya.

Dr. Abdél Rahmanov
12 November 2018


5 Golongan Manusia Membaca

5 golongan manusia

1. Tidak suka membaca

2. Membaca tetapi tidak faham

3. Golongan membaca dan faham tetapi faham sahaja, tiada kekuatan untuk mengamalkannya dengan istiqamah.

4. Golongan yang membaca dan faham serta beramal tetapi tiada keikhlasan. Mereka berasaa ujub dengan kehebatan mereka. Manusia menggelar mereka cendekiawan. Merek merasakan kehebatan mereka itu adalah hasil mereka.

5. Golongan yang membaca dan beramal dengan ilmunya demi mencari redha Allah.

#BeraniUBAH
#RoadtoJannah

- Zul Fikarullah