Friday 24 February 2017

Adab Sebelum Tidur (Sunnah Nabi)

ADAB-ADAB SEBELUM TIDUR.

(1) Tidurlah dalam keadaan BERWUDHU.

Hal ini berdasarkan hadith Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” (HR. Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

Status hadith ini SHAHIH.

(2) Tidur berbaring pada SISI KANAN.

Hal ini berdasarkan hadith di atas. Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas)” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322).

(3) MENIUP TAPAK TANGAN setelah membaca 3 qul. Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata:

كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari No. 5017).

Status hadith ini SHAHIH

Motivasi Anak Muda Dalam Bisnes (12 Strategi Bisnes Barnes)


Surat terbuka dari Dato' Roslan Ab Hamid....


SURAT KEPADA PUAN GURU AINON MOHD.

Saya membaca catatan demi catatan dari ramai anak muda kepada Puan Guru yang meminta Mentoring dari Puan Guru. Saya mendoakan dengan khusyuk pada suboh hening ini, ramai anak muda akan berjaya semasa berada di makmal tersohor Ainon Mohd. Business School.

Berikut adalah catatan ringkas dari saya untuk dititipkan pesan pedoman kepada anak anak muda itu:

Edwin C Barnes, seorang anak muda tidak berduit dari Midwest. Miskinnya dia sehingga tidak mampu membeli tiket keretapi penumpang mahu ke West Orange, New Jersey. Dia mahu ke sana bertemu Pereka tersohor Thomas Alva Edison.

Pada suatu pagi 1905, dia menaiki keretapi barang. Yang dia ada hanya modal tekad diri. Dia mahu menjadi rakan kongsi Thomas A Edison. Rakan kongsi tanpa modal duit. Tanpa modal skill. (Yang dia ada hanya MTD - Modal Tekad Diri).

Apabila tiba di Makmal terkenal milik Edison, Barnes yang datang tanpa pakaian sopan bergaya ala orang kaya memperkenalkan dirinya sebagai bakal partner Edison. Hampir semua kakitangan Edison ketawa terbahak-bahak. Thomas Alva Edison tidak ketawa.

Dia menyuluh ke dalam diri anak muda itu dengan pandangan "tembus mata hati" betapa anak muda itu telah bersedia dengan tekad besi waja mahu membawa syarikat kumpulannya ke tahap yang luar biasa. Apa yang anak muda itu perlukan adalah BSB - "bateri sokongan bimbingan" untuk memacu dia kearah kejayaan.

Edison menawarkan Barnes kerja sebagai penyapu sampah di pejabatnya. Barnes menerima dengan senang hati. Barnes tahu masa untuk beliau akan tiba. Beliau telah dibukakan pintu untuk berada dipersada kejayaan - mengenal siapa jua yang melangkah ke makmal terkenal Edison.

Kata kunci dalam bisnes: NETWORKING

Tuesday 21 February 2017

Kisah Pengorbanan Seorang Ayah



Teringat masa saya darjah 4.. Saya pernah mintak ngan ayah sy nak ikut pergi kelaut.. Ayh sy kan nelayan.. Ayah sy tak bagi.. Saya degil.. Ikut jugak.. Ayah naik basikal.. Sy ikut kat belakang.. Ayah sy geram ayah sy turun basikal perambat dengan pelepah kelapa,, hahaha masa tu sy nangis teriak.. Sebab nak sgat ikut.. Sebenarnya ayh bukan x bagi ikut tapi kat laut ni macam2 leh berlaku.. Ayah syg anak dia.. Xnak anak rasa sikit pun kesusahan ayah cari duit... 

Satu hari ni.. Masa tingkatan 2 tak silap.. Saya kenen lagi ngan ayah.. "Ayah.. Nak ikut kelaut leh?" Ayah kata "ermm.. Besok lepas sahur kita pergi.." Allahu.. Bukan main excited masa tu... Bestnye dapat naik bot ayah.. Bulan pose masa tu.. Sy pun ikut la ayah naik basikal..pergi jeti..tempat ayah parking bot.. Wahh.. Walaupun bot ayah sendiri tapi tak pernah pergi kelaut.. Gerak je kelaut memang best.. Sampai tengah2 laut.. Ayah pun buang jala kat dalam laut.. Orang panggil pukat hanyut... Ye kot.. Hehe lupa dah.. Pasti bot di matikan.. Hanyut je rasa.. Aduiii dah mula loya.. Saya muntah.. Dekat 4 kali.. Dah sampai keluar hijau.. Mabuk... Aduhh.. Ayah kata "sekarang rasa?" Ayah geleng kepala kat saya... Aduihh dalam hati saya kata "macam ni ke cari duit kat laut??" Terus nangis kenangkan susah nya ayah selama ni rupanya... 

Bila bot start.. Tiba2 berenti.. Macam ada yg terlekat.. Aduhh.. Rupanya pukat terlekat kat kipas bot.. Sy kata "ayah macamna kalau mcm ni? " saya tengok ayah saya bukak baju.. Tinggal seluar je.. Ayah berdiri tepi bot.. Ehhh ayah nak buat apa yah??? Ayah saya terus terjun menyelam.. YaAllah.. Lama pulak tu.. Sy panggil.. Ayah.. Ayah..! Mna niiii... Ayah! Saya mula nangis.. Sebab lama sngat.. YaAllahh.. Ayah...! 

Tiba2 ayah saya muncul belakang.. Bunyi air.. Ayah...! Ayah tanya.. Nape nangis? Syaa kata "yelaa.. Lamaa sangat ayah menyelam tadi..." Dalam hati kata "ingat ayah dah lemas.." Ayah kata.. "Ayah adik hebat nyelam..." Saya terus ketawa haha... Ayah kata dah jom balik.. Adik asyik muntah jee... Hahaha

Masa balik sy duduk bahagian depan sambil menangis.. YaAllah.. Macam ni rupanya kerja ayah aku.. Susahnya.. Kadang2 dia korbankan nyawa dia untuk cari sesuap nasi utk sara 6 orang anaknya.. YaAlllah berkatilah ayah saya.. Sebab tu sy suka tengok muka ayah saya sebab sentiasa tenang dan comel.. Ayh.. Walaupun ayah x pandai membaca.. Tak berpelajaran macam ayah2 orang lain.. Ayah adalah hero buat kami semua... 

Masa abg saya yg no 4 (engineer) nak masuk ukm.. Dapat je tawaran.. Ayah tau nak guna duit banyak.. Ayah senyap2 ayah jual bot kesyangannya dan bagi duit tu utk sambung belajar abg sy ni degree di ukm.. YaAllah.. Besarnya pengorbanan seorang ayah.. Kalau sy minum ngeteh ngan abg sy ni cerita balik pasal ni.. Mesti kami bergenang air mata.. MasyaAllah hari ni apa sahaja ayah kami nak.. Kami akan penuhi.. Abg sy ni selalu bawak ayah saya brjalan ke australia.. Baru ni saya tanya ayah saya "ayah.. Nak tak pergi england jalan2 ngan adik?" Ayah jawab buat saya nangis.. "Nak laa adik.. Masa time ayah sihat nilah nak bawak ayah jalan2.. Ayah sakit nanti dah tak boleh dah.." Saya terus book tiket ke england selama 10 hari bersma saya juga ayah mertua saya..

Kawan2 pernah tanya saya "banyak duit ko lil sampai boleh bawak ayah ke england?" Saya jawab.."ayah aku dah habiskan ratusan ribu untuk anak2 dia sejak lahir sampai anak dia berjaya" 

YaAllah.. Kau ambil awal nyawa ibu saya.. YaAllah kau panjangkanlah nyawa ayah saya.. Agar kami masih ada peluang untuk berkhidmat pada nya dengan baik.. Walaupun kami dah bagi apa yg ayah kami nak.. Tapi masih banyak benda yg kami belum buat utk gembirakan hati mereka.. YaAllah ampuni kami.. Rezekikan kami untuk berkhidmat dan berlaku baik pada mak ayah kami.. YaAllah janganlah kau sekali kali kau lupakan pengorbanan mereka dalam ingatan kami.. Amiiin

Nota kaki : ayah memang banyak diam dalam keluarga.. Dalam diam dia begitu besar pengorbanan dia dalam keluarga tanpa anak2 hari ini sedari

share ya.. 

Pembimbing Remaja, 
Ustaz Khailil Razak 
Aka Ustaz Tido 
Jemputan program/ceramah/kem dan kem motivasi 1to1 anak bermasalah boleh hubungi 0177671637 

#pembimbingremaja

- Tumpang Lalu

Sunday 12 February 2017

Sunnah Berdoa Sebelum Memberi Salam (Selepas Tahiyyat Akhir)


SETIAP KALI SEBELUM MEMBERI SALAM DI DALAM SOLATMU, BERDOALAH DENGAN DOA YANG DIAJAR OLEH RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.

Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata :

Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda :

"Apabila salah seorang di antara kalian selesai bertasyahhud (membaca Tahiyyat Akhir), maka mohonlah perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dengan membaca :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
 
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ 

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ 

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

(Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada :

1. Siksa neraka jahannam, 
2. Siksa kubur, 
3. Fitnah kehidupan dan kematian,
4. Kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal).

Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim rahimahumallah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghafaz doa yang sahih ini.

2) Istiqamahlah membacanya setiap kali selesai membaca Tasyahhud dan sebelum memberi salam di dalam solat fardhu dan sunat.

3) Ajarkan dan kongsikan amalan ini kepada isteri/suami, anak-anak, adik beradik dan rakan-rakan.

BACA, HAFAZ, AMAL DAN SEBARKAN.

Semoga semakin ramai di kalangan masyarakat kita yang beramal dengan amalan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam yang sahih ini.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk berpegang teguh dengan amalan yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam kepada kami".

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Semenyih, Selangor.
Ahad, 15 Jamadil Awwal 1438H - 12 Februari 2016.

- Salehuddin Bin Abu Samah

Saturday 11 February 2017

Mengapa Sukar Kembangkan Bisnes?

Mengapa sukar kembangkan bisnes?
1. Semua perkara mahu lakukan sendiri
+ Apabila semua perkara mahu dilakukan sendiri, tak banyak key aktiviti untuk menambah duit masuk dapat dilakukan. Ini menyebabkan sesebuah bisnes hanya dapat menjana keuntungan statik iaitu hanya 20k setiap tahun.
2. Tak percaya pada staff
+ Staff adalah asset syarikat. Mereka yang akan menjalankan bisnes kita walaupun tanpa kita berada di pejabat. Dengan adanya SOP barulah bisnes tak melekat di badan. Jika suatu hari kita kemalangan, bisnes kita tetap dapat dijalankan oleh staff kita.
3. Mindset asalkan cukup makan
+ Ada mindset usahawan yang berbisnes hanya bertujuan untuk cukup sekadar dapat menampung keperluan harian mereka. Bagi usahawan begini, mereka beranggapan tak perlu untuk kembangkan bisnes.
4. Tak punya networking
+ Ramai usahawan tidak suka berkawan-kawan. Bagi mereka dari keluar berkawan dengan orang bisnes lain, lebih baik mereka pergi dapatkan pelanggan. Jadi kerja mereka hari-hari hanyalah menjual.. menjual dan menjual. Bagi mereka tiada jualan, tiada duit masuk. Sebenarnya 60% Sales datang dari networking dan 40% datang dari Effort.
5. Tak pandai bekerjasama
+ Salah satu skill yang perlu ada untuk kembangkan syarikat adalah skill bekerjasama. Skill ini penting dalam membuka channel-channel baru. Skill bekerjasama yang bagus dapat memuaskan hati kedua-dua pihak lalu wujudnya hubungan bisnes yang menjana pendapatan syarikat.
- Anas Izuan

Wednesday 8 February 2017

Bila diajak mengamalkan Sunnah yg sahih, lalu diejek sebagai "Wahabi"

Bila diajak mengamalkan Sunnah yg sahih, lalu diejek sebagai "Wahabi"
 . 
Akhirnya mereka terperangkap dengan ajaran sendiri... 
Patutlah, ada kenyataan: "Golongan cerdik telah dipengaruhi oleh "Wahabi".... Yang x cerdik, ntah kemana...

- Kapten Asri Khalid

Tips Percuma Gandakan Jualan Dua Kali Ganda Dengan Pantas

Ini merupakan  satu latihan yang hebat, untuk menggandakan jualan kita 2 kali ganda dalam masa yang pantas.

1) Senaraikan pelanggan yang pernah berurusan dengan kita.

2) Telifon  setiap mereka dan cakap

"Saya hubungi tuan cuma nak ucap terima kasih kerana tuan sudi membeli produk/servis kami,"

Tanyakan bagaimana pengunaan produk kita dalam membantu memudahkan kehidupan pelanggan kita .

Tanyakan juga, "ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?".

Pelanggan mungkin tidak akan ada apa apa permintaan ,tapi jika ada, cepat -cepat kita selesaikan.

Kemudian tanyakan soalan hebat ini,

"Tuan boleh sahaja membeli produk/servis dari peniaga lain, tetapi  tuan tetap memilih kami, boleh Tuan beritahu mengapa Tuan memilih untuk membeli dari kami".?

Diam beberapa saat, dan jangan ganggu(interupt) semasa pelanggan kita menjawab.

Jawapan pelanggan inilah yang kita akan gunakan kepada prospek baru.

Boleh juga kita minta pelanggan  perkenalkan kita kepada rakan rakanya.

.

Like, share dan amalkan

- Noor Mohammad Akhbar