Wednesday 21 October 2015

Kisah Pengalaman Ustaz Aizam Mas'ud Pergi ke Iran (Negara Syiah)

Setelah sekian lama, baru berkesempatan menulis alkisah ini…


Saya membayangkan bahawa saya tidak mungkin akan sampai ke Iran. Masakan tidak, saya dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar tidak ke sana. Amat dibimbangi jika nama saya telah disenaraihitamkan oleh kerajaan Iran memandangkan kelantangan menolak kehadiran Syiah di Malaysia. 

 
 
Bagi saya, tiada apa yang ditakutkan, saya bukannya mencampuri urusan dalaman Iran, sebaliknya isu Syiah adalah urusan dalaman @ domestik negara kita. Tidak sepatutnya negara luar seperti Iran, Iraq atau mana-mana pihak lain campur tangan.  

Cara Merukyah Diri Sendiri (Perkongsian Ini Manfaat Bagi Yg Terkena Sihir)

Perkongsian adalah dari pengalaman saya dan cara saya merukyah diri sendiri setiap kali setelah saya merukah orang yg terkena sihir.




 Saya akan melakukan rukyah untuk diri sendiri ini pada selepas solat subuh dan elakan dari makan apa2 makanan dan minuman untuk mengelakkan kita muntah apa yg telah kita makan/minuman, jadi bila perut kosong mudah untuk kita akan merasai tekanan muntah tanpa ada keluar makanan.
Step pertama sy akan duduk seperti duduk diantara 2 sujud (ini bukan kaifiyat) sekadar mudah untuk membaca dan memuntahkan dan saya sediakan bekas kosong untuk tadah bila muntah.

a) Saya akan mulai dengan membaca Bismillah, Bismillah, Bismillah ( 3 kali sahaja)

b) Kemudian saya akan membaca

Koleksi Penjelasan Ringkas Hal Ehwal Hadis Oleh Dr. Rozaimi Ramle

Koleksi Penjelasan Ringkas Hal Ehwal Hadis Oleh Dr. Rozaimi Ramle


1. BEZA FAKTA SEJARAH & RIWAYAT SIRAH
on YouTube - https://youtu.be/aAXOmKD_ERg

2. TIGA SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DHA'IF
on YouTube - https://youtu.be/vdeAr7glXp8

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 04/10/15 hingga 11/10/15)

Ust Badrul Hisham, Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Hakimi, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Zawawi, Ust Ridzwan, Maulana Hadi.
 
1. Ust Hanief - 151004 Usul Hadith; Hadith Matruk
http://www.mediafire.com/listen/mb01r4qror8s4la

2. Ust Hanief - 151004 Penjelasan Bidaah
http://www.mediafire.com/listen/v6ddllqbm3y5w9d

Monday 19 October 2015

Sampai bila kita ingin mengharapkan orang lain, sampai mati? l Dr Rozaimi

AAM ; Berakhirnya Dunia Ini, no.78: "Mengambil Upah untuk membaca al-Quran"


Hadis: Benarlah apa yang pernah diberikan ingatan oleh Nabi s.a.w :
فإنه سيجيء أقوام يقرءون القرآن يسألون به الناس
(Bahawa sesungguhnya akan datang puak-puak yang membaca al-Quran lalu meminta bayarannya dari manusia) -Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll.

Saturday 17 October 2015

Dr. Rozaimi Ramle - Salafiyyah & Ashaa'irah, Persamaannya Melebihi Perselisihan, Sebuah Nasihat


Ringkasan Huraian Video:

1. Adakah salah menyebut sifat Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah sendiri, Nabi dan para sahabat?
2. Salafiyyah, Ashaa'irah dan Maturidiyah mempunyai perbezaan tapi ia terhad dan sebenarnya lebih banyak persamaan dari perselisihan
3. Ketiganya adalah dari aliran-aliran dari kelompok yang sama - ahli sunnah wal jamaah
4. Beliau menjelaskan supaya ambil lah ilmu dari ketiganya, ahli hadis pun mengambil riwayat dari rawi yang dituduh tashayyu'
5. Amalan mentahdzir seakan-akan kita mahukan pendakwah itu 'perfect' dalam semua aspek
6. Terdapat juga nukilan dari salaf yang nampak menyokong aliran Ashaa'irah sebagaimana nukilan yang menyokong aliran Salafiyyah
7. Maka beliau katakan ketiga aliran ini adalah ijtihad dalam metodologi untuk memahami makna Aqidah Salaf
8. Beliau berguru dengan para 'alim dari ketiga kelompok ini, beliau nasihatkan supaya ambillah manfaat
9. Beliau menyeru supaya berhenti dari perbalahan yang berpanjangan

Pemilik Sumber Asal: https://www.youtube.com/user/MyKhayr

Mengapa Mesti Mengikuti Manhaj Salaf Dalam Beragama?

Terdapat beberapa sebab yang perlu umat Islam menjadikan manhaj generasi al-Salaf al-Shalih sebagai manhaj yang perlu diikuti di dalam memahami dan mempraktikkan ajaran agama Islam. Antara sebab yang utama adalah seperti berikut:


PERTAMA

Perbezaan kefahaman dan tafsiran terhadap sumber hukum Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah yang wujud di kalangan pelbagai aliran dalam Islam hari ini menuntut agar umat Islam perlu mencari satu rujukan yang ‘standard’ yang bertindak sebagai garis pemisah antara tafsiran yang benar dengan tafsiran yang salah terhadap kedua-dua sumber wahyu itu.

Rakaman Kuliah2 Ilmu TERKINI Sekitar Kota Bharu Sepanjang Minggu (Antara 22/09/15 Hingga 04/10/15)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 22/09/15 hingga 04/10/15) oleh:

Ust Badrul Hisham, Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Muhammadi, Maulana Fakhrurrazi.





1. Ust Badrul - 150922 Tafsir surah al-Insyiqaq ayat 16-25
http://www.mediafire.com/listen/mo62vnuxmzs1gap

2. Ust Qamar - 150922 Umdatul Ahkam; hadith bab korban
http://www.mediafire.com/listen/v8zp02bapvibryr

Bersabarlah Wahai Para Ghuroba (Terasing)

Bersabarlah wahai para ghuroba [terasing], genggamlah sunnah dengan sekuat²nya. Walau banyak cacian, makian, hinaan, fitnah yg dilontarkan kepada kita, bersabarlah.. tetap sampaikan yang haq, bukankah perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya begitu banyak menerima tantangan?




Ingatlah bagaimana pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Islam yg murni, yang jauh daripada kebathilan. kuatkan barisan sunnah kalian, jangan mudah menyerah. disaat kita berfikir untuk menyerah, tengoklah dibelakang.. sudah berapa jauhkah ita melangkah, sudah berapa banyakkah rintangan yg kita lalui. semudah itu sahajakah kita mengangkat tangan?

Bid'ah : Antara Yang Dibolehkan Dan Dilarang

1- Bid'ah yang diharamkan.

Perkara baharu yang diada-adakan dalam tatacara beribadah sama ada dalam bentuk pengurangan atau pun tokok tambah terhadap ibadah yang sedia diajarkan oleh Nabi. Termasuk dalam larangan ini juga ialah segala bentuk tatacara ibadah yang lansung tiada dasarnya daripada sunnah Nabi yang sahih, baik yang fardu mahupun yang sunat. Sabda Nabi:


مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

"Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu yang berkaitan urusan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. [Shahih al-Bukhari, no. 2697]
Juga dalam hadis yang lain:

Masa Untuk Berdoa. Apakah Tips Agar Doa Mustajab?

Jabir Radiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
Pada hari Jumaat terdapat dua belas masa, padanya terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan doa itu. Berusahalah mencari waktu tersebut pada hujung waktu Asar. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Jumu'ah, hadis no: 1400. Shaikh Muqbil menyatakan ia hadis hasan. Lihat as-Sahih al-Musnad: 251]


Apakah tips agar doa kita mustajab?




1- Meninggalkan perkara yang haram

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua.

Kempen Semak Hadis Sebelum Sebar

Ali: Ni kempen apa ni?

Abu: Kempen semak hadis sebelum sebar. Kita kena jaga jangan tersebar hadis palsu.


Ali: Habis tu kau nak lawan hadis nabi saw yang sebut
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً،
sampaikan daripada ku walau 1 ayat.
Asyik nak semak je, bila nak sebar?

Plan Strategik Syiah Malaysia 6 Tahun Lepas

Berikut adalah rancangan Syiah yang dibincangkan di peringkat tertinggi untuk proses men'syiah'kan Malaysia. Perbincangan ini dihadiri oleh ramai tokoh penting Syiah Malaysia-Indonesia dan seorang pakar strategik dari negara Iran sekitar 6 tahun lepas. Di satu tempat di ibu negara.
Pendedahan ini oleh seorang hamba Allah yang telah bertaubat dari Syiah. Harap Allah selamatnya yang dalam ketakutan dari ancaman Syiah. Tolong doakan.

Berikut adalah langkah langkah utama strategi dakwah Syiah di Malaysia;

1. Mempengaruhi golongan berpengaruh; ahli politik, tokoh, media, penulis, agamawan, ahli peniagaan dll.
Tindakan : Hal ini dilakukan di semua peringkat. Beberapa tokoh diberikan keistimewaan dan melawat Iran.

Zikir Pagi & Petang Menurut Sunnah

Sunnah yg Nabi s.a.w tak pernah tinggalkan setiap hari yg mana kita tidak pernah di khabarkan dan tidak pernah di ajar semasa sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke university di Malaysia dan tidak pernah di anjur oleh orang tua2 adalah ZIKIR PAGI & PETANG. Yang kita tak belajar di sekolah tapi di ajar dan di anjurkan oleh orang tua2 NAMUN ia tidak ada tsabit dari sunnah yang soheh iaitu amalan marhaban, maulid, tahlilan dan zikir munajat. Jesteru itu, kita beralih arahlah dan berhijrahlah dari kejahilan kepada kebenaran yg mutlak sempena tahun baru hijrah 1437H pada kali ini. Tinggalkan perkara yg tidak jelas dari Agama berusaha untuk beramal dengan nas2/dalil2 yang soheh.

Kalau habis ringkas & habis mudah zikir pagi ptg yg paling basic yg perlu kita ucap dari langung tak buat adalah Subhanallah & Astighfirullah, maka bacalah 100 kali setiap satu atau boleh dibaca tanpa hitungan.

Thursday 15 October 2015

Kelas Pengajian Bahasa Arab Sesi 2016/2017 Di Darul Hadith An-Nabawiy

HEBAHAN 📢 📢 📢

Kelas pengajian Bahasa Arab sesi 2016/2017 di Darul Hadith an-Nabawiy cawangan Kubang Kerian di buka SEKARANG.

Pengajian memakan masa selama 2 tahun bermula pada 3 Januari 2016, merangkumi cabang-cabang ilmu sorof, balaghah, mantiq, tafsir al-Quran, akhlak, nahu, dan fekah.


Kelas akan dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar berpengalaman.

Wednesday 14 October 2015

Zikir Selepas Witir, Sunnah Yang Dilupakan

Kepada Imam & Makmum!!
Selesai solat witir bacalah zikir ini,
Hidupkan Sunnah yang dilupakan oleh sebahagian besar para imam terawih!!
Baca penjelasannya di:
ZIKIR SELEPAS WITIR, SUNNAH YANG DILUPAKAN


سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Subhanal Malikil Quddus (3x)

'Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُوتِرُ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } وَ { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ }

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat witir dengan membaca surah al-A'la, al-Kafirun dan al-Ikhlas.

وَإِذَا سَلَّمَ قَالَ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . ثَلاَثَ مَرَّاتٍ يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ .

Rakaman audio Daurah Mustolah Hadis kitab Taisir Mustolahul Hadith

Oleh: Ust Abu Hammad Wan Kamaruzzaman & Ust Fadhilul Hakimi 


Di Darul Hadith anNabawi Kubang Kerian pada 20hb – 22hb September 2015.

1. Ust Qamar - 150920 Daurah Mustolahul Hadith; sesi 1
http://www.mediafire.com/listen/4v1c88rto49cpd3

Sumbangan Kewangan Untuk Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL KAUTSAR (PPADK)

Untuk kemasukan pelajar bagi sesi 2016, boleh hubungi Ustaz Muhammad 

( 09-7641340 / 018-9096472 ).

Untuk sumbangan kepada Tabung Pembangunan PPADK Kuchelong, boleh gunakan akaun yang tertera dalam poster.



Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik saudara/saudari sekalian.



Implikasi Dari Individu Yang Mengatakan Forex Trading Sebagai Harus

1. Dia anggap matawang sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapat untung. Ini adalah pandangan kapitlist barat yang tamak harta serta tidak mengira halal haram.


2. Dia anggap matawang boleh disewakan. Hasilnya, tindakan itu akan sekaligus bakal MENGHALALKAN riba di bank konvensional kerana akan dianggap semua bank konvensional diharuskan menyewakan wang kepada pelanggan dengan mengenakan kadar faedah tertentu dan di akhir tempoh perlu dipulang semula barang sewaan iaitu wang pokok pinjaman. Itulah implikasi apabila menganggap matawang sebagai komoditi. Sedang ulama Islam silam dan kontemporari semua menolak anggapan matawang sebagai komoditi.

Santapan Rohani Dari SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri

Santapan rohani dari SS Datuk Dr Zulkifli al-Bakri semalam memberikan kelegaan pada jiwa yang mendengarnya. Mutiara kata yang keluar dari lisannya sangat memberi kesan.


Saya melihat beliau adalah contoh ilmuan yang alim dan soleh serta mampu mempamerkan qudwah yang baik bagi sesiapa sahaja yang melihat dan mendengar ucapannya.

Beliau menceritakan bagaimana pelbagai jenis manusia yang beliau perlu layan dipejabat mufti dan yang terbaru beliau menerima kunjungan Ustaz Nouman Ali Khan dan sangat kagum dengan beliau. Katanya Ustaz Nouman Ali Khan minat bahasa arab kerana al-Quran dan belajar sehingga 2 ke 3 pagi untuk menekuni bahasa arab.

Hidupkan Amalan Sunnah Yang Mudah Tetapi Semakin Dilupakan Ummah

Terdapat empat tempat yang thabit bahawa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam membaca Al-Mu'awwizat 
(Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nas).


1) Selepas setiap kali selesai Solat Fardhu
Sumber : Hadith Sahih riwayat Imam Abu Daud

2) Zikir waktu pagi - dibaca sebanyak 3x
Sumber : Hadith Sahih riwayat Imam at-Tirmizi dan Imam Abu Daud

Isu Terkini Sebab Rusia Ke Syria - Ustaz Asri Khalid

MESTI DENGAR! MESTI TONTON!

Mesti didengar dan ditonton oleh semua. Terutama para ustadz dan pendakwah supaya jelas situasi semasa di Syria. Jangan terpedaya dengan berita. Apa yang disampaikan oleh al-fadhil ustadz Asri Khalid ini saya sokong. Semoga ALLAH pelihara beliau dan berikan kekuatan kepada beliau untuk terus mengajak manusia kepada kebaikan dan kebenaran, amin...

Hidup Di Dunia Ini Ramai Yang Terlena, Akhirat Nanti Baru Terjaga

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....



 

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
 

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

Tuesday 6 October 2015

Kembalikan Sunnah Mesti Dengan Ilmu Bukan Dengan Hiburan

Apa Hukum Meriwayatkan Hadis Tanpa Tahu Statusnya ?



Perhatikan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di bawah ini: Dari Hafsh bin Ashim r.a, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta kalau dia menceritakan semua yang dia dengar (tanpa mengkaji benar atau tidak).

  (Hadis riwayat Muslim, no.5 dan Abu Daud, no.205)

Bolehkah pergi tahlil untuk menjaga hati? l Maulana Asri

Tok gi buleh pahala, Kalu gi menghidupkan Bid'ah ~

Friday 2 October 2015

Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan?

Soalan: Dato’ Dr MAZA, telah timbul bantahan sesetengah pihak terhadap bacaan kuat selain azan yang dilaungkan di masjid. Ia dikatakan mengganggu mereka yang berdekatan. Isu ini membawa kemarahan sesetengah umat Islam atas nama mempertahankan masjid. Apakah pandangan Dr MAZA tentang hal ini? – Nasir, Penang.


Jawapan: Saya sememangnya ingin mengulas sedikit tentang isu bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai ini. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

Thursday 1 October 2015

Nasehat Yang Sangat Menggugah Jiwa, Buat Kamu Yang Masih Hidup Agar Ingat Mati


Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah : Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, karena kaum muslimin akan mengurus jasadmu.

Mereka akan melucuti pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, kuburan.
 
Akan ada banyak orang yang mengantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaan nya untuk ikut menguburkanmu.

Barang barangmu akan dikemas; kunci kuncimu, kitab, koper, sepatu dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermnfaat untukmu.

Yusuf al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.
Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.
Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.

Bicara Tentang Haji dan Umrah

Saya tahu, ramai yang telah menjadikan sumber pendapatan mereka hasil dari pengurusan umat Islam yang menuju ke tanah suci Mekah, juga Madinah. Tidak salah. Ia satu urusan peniagaan yang halal jika diuruskan dengan betul. Namun, ada beberapa perkara yang perlu untuk saling mengingati.

Ilmu

Antaranya; dalam keghairahan mempromosi syarikat masing-masing, kadang-kadang tidak diberikan perhatian kepada kefahaman dan pegangan jamaah umrah atau haji mereka. Ramai yang kali pertama pergi umrah, kadang-kala masih tidak faham dalam banyak perkara. Para penceramah umrah atau haji, perlulah membekalkan mereka dengan maklumat yang sahih. Elakkan unsur khurafat, perkara-perkara yang diada-adakan tanpa teladan dari sunnah Nabi s.a.w, ataupun amalan tanpa berasaskan dalil.

Mengapa Wahabi Sangat Dimusuhi..


Istilah 'Wahabi' sudah tidak asing lagi di telinga kita. Hampir semua umat Islam di merata pelusuk dunia pernah dengar nama ini,Rata-rata masyarakat Islam sedunia telah dimomokkan, dipermainkan, dan ditipu dengan istilah Wahabi. Sesiapa yang mengajak kepada Al-Quran dan Sunnah mengikut pemahaman para Sahabat Nabi SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik dan khurafat, mengajak kepada beramal mengikuti petunjuk Sunnah serta meninggalkan amalan bidaah yang telah mendarah daging dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas dari digelar wahabi. hanya berapa ramaikah yang benar-benar faham atau tahu kenapa nama Wahabi ini telah di momok-momokkan oleh segolongan :-

1) Golongan Sufi (Aswaja)

Ini kerana hanya Ahli Sunnah yang digelar Wahabi sahaja mengajak mereka kembali pada tauhid yang benar. Apabila dakwah pada sunnah ini bertentangan dengan perkataan guru-guru mereka yang dianggap oleh mereka sebagai mursyid, habib atau wali Allah maka kepercayaan (ketaksuban) terhadap guru mereka tercabar.

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 17/09/15 hingga 22/09/15)

Ust Badrul Hisham, Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Fadhilul Hakimi, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Khairul Anwar, Maulana Shaari Mustapha.


1. Ust Shamsuddin - 150917 Faslul Khitob; Samb. tokoh2 di zaman pemerintahan Saidina Uthman
http://www.mediafire.com/listen/3fn2cvzbndl1oc1

2. Ust Badrul - 150917 Tafsir surah al-Baqarah ayat 34
http://www.mediafire.com/listen/il41mey12dz7p46

3. Maulana Shaari - 150917 Menghidupkan sunnah2 ketika ibadah korban
http://www.mediafire.com/listen/9s9b37pk1obddxd

Menjawab Balik Status Saiful Nang - Aib Tanah Haram

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"
Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?

Kisah Penegak Sunnah Dan Kenapa Saya Dipanggil Ustaz Budak Besar?

Sedikit coretan...
Ada yang bertanya pada saya, "kenapa ust ni org panggil US BUDAK BESAR?" Jarang saya cerita kenapa
.


Sebenarnya panggilan tu di beri mungkin sebab saya besar dan juga Alhamdulillah Allah bagi kemampuan pada saya berceramah dalam usia 16 tahun.