Thursday 4 February 2021

Kurangkan Kesedihan Dunia Dengan Ingat Kehidupan Akhirat


Kurangkan Kesedihan Dunia Dengan Ingat Kehidupan Akhirat

Untuk mengurangkan keterkesanan kita dengan kehidupan dunia, saat kita melihat keindahan dunia dan merasai kenikmatannya, ucapkanlah :

اللَّهُمَّ لاَ عَيْشَ إِلاَّ عَيْشُ الآخِرَةِ 

Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang sebenar) melainkan kehidupan akhirat.

Kata Faqīh Al-Zamān Al-Syeikh Muhammad bin Sōleh Al-‘Utsaimin - rahimahullāh- : Saat seseorang itu melihat sesuatu yang menakjubkan dari dunia ini, tenangkanlah dirinya dengan ucapan ini, kemudian hendaklah dia mengetahui : Kehidupan yang menakjubkan kamu ini, merupakan kehidupan yang akan berlalu pergi.

* Bahkan akhiratlah kehidupan yang lebih baik dan lebih kekal.

Kredit 

#UstazFahmiRusli

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Cegah Kemungkaran Lebih Berat Dari Suruh Buat Kebaikan


Cegah Kemungkaran Lebih Berat Dari Suruh Buat Kebaikan

MENCEGAH KEMUNGKARAN AMANAH YANG PERLU DITERUSKAN

Mencegah kemungkaran ini lebih berat berbanding menyuruh manusia kepada kebaikan. Ini kerana kita akan membantah akal, perasaan, dan perilaku manusia yang melakukan kesalahan. Usaha ini bahkan mengorbankan tenaga dan masa dengan begitu banyak. 

Memang ada kenalan yang saya kenal tak suka ke medan ini, serabut katanya. Kalau yang awam pula, dikatanya asyik bergaduh saja agamawan ini. 

Tetapi ingatlah, syubuhat sekecil apa pun jangan sesekali dipandang ringan. Cubalah kenangkan sosok manusia bernama Abdullah bin Saba‘. Bagaimana umat Islam pada zaman Sahabat lagi ada yang termakan hasutannya sehingga merebak ke kebanyakan wilayah dan mencetuskan persengketaan, peperangan, dan penyebab kewujudan agama baru Syiah. 

Apakah setelah kematiannya fitnah dan kemungkaran tersebut berhenti? Tidak! Ia adalah sebuah kerosakan yang tiada jalan untuk berpatah balik. 

Demikan itu, kita tidak boleh berhenti menyedarkan manusia agar kembali kepada kebenaran dan membantah ideologi perosak agama seperti fahaman Feminism, Liberal,Teori Konspirasi dan pemuja capal.  

Muhammad bin Bisyran Al-Jurjani berkata:

 قلت لأحمد بن حنبل: إنه ليشتد علي أن أقول: فلان ضعيف فلان كذاب؟ قال أحمد: إذا سكتَّ أنت وسكتُّ أنا فمتى يعرف الجاهل الصحيح من السقيم. [الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع: 2/202] 

“Aku pernah berkata kepada Ahmad bin Hanbal: “Sungguh aku sangat berasa berat untuk mengatakan “Si fulan seorang yang lemah si fulan seorang penipu“ Ahmad berkata: “Jika engkau hanya berdiam diri dan aku juga berdiam diri, maka sampai bila si  jahil akan mengetahui yang benar daripada yang salah“

Perkara mungkir mahu pun syubuhat sekecil apa pun perlu dirawat dan dicegah segera. Kalaupun fitnah tidak terkena pada batang hidung sendiri, tetapi jangan dilupakan anda mempunyai keluarga yang boleh terhasut fitnah begini pada masa hadapan. 

Sedihnya ada sebahagian golongan yang bukan sahaja tidak menyokong dakwah, malah ada yang mencemuh lagi apabila usaha mencegah mungkar dilakukan. Mereka ini hendak menyumbang jauh sekali, membaca buku pun malas! Golongan  ini juga patut dilontar ke kerak bumi yang paling dalam. 

Semoga Allah memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua.

Kredit 

#YasirRamlee

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kisah Helang Yang Fokus Dan Gagak Yang Menggangu


Kisah Helang Yang Fokus Dan Gagak Yang Menggangu

Ada benarnya ayat yg kawan saya kongsikan ini.

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. 

Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang reaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut. 

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju keatas langit. 

Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas. 

Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yg menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yg lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

Renung-renungkan...

#terbangtinggi

 #copypaste

Kredit 

#zamsaham

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Pengalaman Manfaatkan Database Guna WhatsApp Blast


Pengalaman Manfaatkan Database Guna WhatsApp Blast

Blast prospek melalui wassap sejak Jun 2018.

Database ada lebih 25k fon number. Kumpul dari fb ads. 

Drp 25k, yg beli pada kali pertama/kedua iklan fb ads lebih kurang 7k shj. Selebihnya perlu di convert dgn follow up.

Follow up untuk convert, sale dah lebih 6 angka sejak Jun 2018

Antara jenis2 blaster yang saya pernah guna:

Whatsapp pro (indon), rm200

Wasender (indon), rm200

Mailevo (malaysia), rm150

Whatsappro (malaysia), rm30

Auto wassap (malaysia), rm300 

Total kos untuk whatsapp blaster dalam 2 tahun ni adalah rm880. Kos rm880, sales lebih 6 angka..

Kira oklah..

bila kita blast ada etika dan akhlaknya..

Mesti softsell: Ayat masa blast kena lembut

1. Kenalkan diri siapa dan dari mana

2. Inform dari mana dapat no ni

3. Inform ada offer, kalau berminat boleh balas yes

Jangan terus bagi harga dan details menjela2

Jangan terus bagi sampai 10 gambar

Bila prospek balas yes, baru kita bagi details offer

Sebab prospek tak suka iklan.. hasilnya prospek akan klik button block.. Kita akan automatik dibanned..

Lepas kena banned nak dapat balik kena email whatsapp dan biasa 2-3 hari baru dapat kalau first warning..

Pengalaman saya utk dua tahun ni, dua kali di banned.

1st, sebab nak test ayat hardsell, bagi harga siap2, bagi details dan suruh beli terus

2nd, sebab blast non-stop selama 9jam, jadi wassap detect unusual activity

Kesimpulannya, blaster antara salah satu tools wajib untuk usahawan. Kos rendah, repeat sale tinggi dan profit tinggi. 

Boleh recycle untuk projek baru atau produk baru tapi perlu berhikmah..

Semoga bermanfaat

Kredit 

#MuhdIzaidiIshak

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Dalam Bisnes, Tinggalkan Yang Meragukan, Meskipun Buat Untung

 

Dalam Bisnes, Tinggalkan Yang Meragukan, Meskipun Buat Untung

Apabila ingin menceburi sesuatu perniagaan seperti saham, MLM, direct selling, unit trust, crowdfunding, insurans, forex, emas dan sebagainya maka pastikan ia patuh syariah atau halal dari segi produk, transaksi jualan, komisen, bonus, bisnes model dan sebagainya. Ini adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya." (Surah Al-Baqarah: 172)

Kesilapan besar jika menggunakan kaedah menceburi dahulu perniagaan dan memperoleh keuntungan. Kemudian barulah mengambil tahu tentang status kepatuhan syariah perniagaan itu. 

Jika tiada jawapan pasti tentang perniagaan itu maka adalah lebih baik meninggalkannya dan mencari perniagaan yang mematuhi syariah. Perkara ini lebih melegakan jiwa. 

Perhatikan sabda Rasulullah SAW seperti berikut:

دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ

"Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu." (Riwayat Tirmizi)

Wallahu A'lam.

Dr. Abdél Rahmanov 

19 Nov 2020

Kredit 

#AbdelRahmanov

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kerana Terlalu Akrab, Kita Jadi Terlalu Berharap..


Kerana terlalu akrab, kita jadi terlalu berharap.
.
Keakraban menawar perihnya sendiri. Semakin kita akrab dengan seseorang, semakin kita bergantung, dan semakin kita percaya terlengkapnya hidup kita atas sebab kehadirannya.
.
Justeru tidak semua perhubungan perlu dicipta keakraban. Kadang cukup sahaja sampai satu fasa; sampai kita sedia berpindah menjadi lebih dewasa.
.
Kredit 
#HafizulFaiz 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kenapa Perintah "Membaca" Yang Pertama pada Nabi? Bukan Solat, Puasa, Sedekah


Kenapa Perintah "Membaca" Yang Pertama pada Nabi? Bukan Solat, Puasa, Sedekah

Bacalah.

Perintah bacalah merupakan perintah pertama yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibril alahissalam.

Mengapakah dalam banyak-banyak perintah, Tuhan menyuruh Nabi yang ‘ummi’ (buta huruf) dan seluruh manusia membaca? 

Kenapa bukan solat?

Kenapa bukan berpuasa?

Kenapa bukan bersedekah?

Pertama, untuk berilmu. Kesesatan yang berlaku dahulu sehingga kini adalah kerana kurangnya membaca. Sesuatu perkara yang disampaikan kepada orang lain tanpa ilmu yang betul (melalui pembacaan) maka akhirnya akan membawa kepada kesesatan. Nak-nak lagi dalam bidang ilmu agama.

Kedua, untuk berfikir. Melalui pembacaan, kosa kata yang diketahui akan bertambah. Otak akan semakin ligat berfikir dan mencerna perkara yang didengar atau dibaca. Sudah pasti, segala yang terbuku dalam hati juga dapat dizahirkan dengan lebih baik apabila perbendaharaan kata luas.

Begitulah besarnya impak membaca (dan perkataan) dalam hidup manusia.

“Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain pada akal dan upaya fikir manusia. 

Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?” (Setia dengan Kebenaran, halaman 9)

Bacalah, supaya jadi hamba, bukan jadi Tuhan.

Kredit 

#JejakTarbiah 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

3 Cara Buat Pelanggan Beli Lagi Dengan Kita "Repeat Order"


3 Cara Buat Pelanggan Beli Lagi Dengan Kita "Repeat Order"

3 Cara Galakkan Pelanggan Beli Lagi

1) Selalu keep in touch dengan pelanggan
Buka ruang komunikasi dengan mereka. 
Apabila anda mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan pelanggan, anda akan dapat tahu maklum balas mereka mengenai produk. 
Ini juga akan memudahkan anda untuk mengenali pelanggan dengan lebih dekat.
.
2) Ingatkan pelanggan tentang kewujudan bisnes anda
Hantar email, sms, whatsapp, telegram. Kongsi tips, info terkini produk, promosi, ucapan perayaan atau hari-hari tertentu yang special.
Contoh, hantar ucapan Selamat Hari Lahir Cik Puan Anis, dapatkan kek percuma dari Laila Bakery sebelum 30 November ini.
.
3) Cipta pengalaman luar biasa dengan pelanggan
Tawarkan after sales service
Pastikan team anda sangat terlatih untuk berikan customer service yang bagus kepada pelanggan. 
Layanan yang diberikan kepada pelanggan after sales service akan mempengaruhi persepsi pelanggan terhadap jenama yang kita bawa.
.
4) Buat loyalty program
Program kesetiaan pelanggan bukan hanya tawaran potongan harga. Guna data dan sejarah pembelian pelanggan untuk beri tawaran yang tepat dan relevan kepada pelanggan.
Boleh juga guna cara lain seperti sistem kumpul points, kumpul 10 cop pembelian atau belanja RM200 ke atas dapat offer sesuatu.
Secara keseluruhan ia meningkat pengalaman pelanggan bersama bisnes kita.
.
.
#hasbulbrothers
#usahawanbangsapejuang

Kredit 
#hasbulbrothers 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Diterimakah Taubat Dosa Yang Berulang-Ulang?


Diterimakah Taubat Dosa Yang Berulang-Ulang?

DOSA YANG BERULANG-ULANG 

Imam Muslim r.h di dalam Sahihnya membawakan satu bab bertajuk : 

بابُ قَبولِ التوبة من الذنوب وإن تكررت الذنوب والتوبة 

“ Bab : Penerimaan Taubat Kerana Melakukan Dosa Walaupun Dosa Itu Dilakukan Berulang-Ulang dan Bertaubat juga Berulang-Ulang “ 

وعن أبي هريرة رضي الله عن النَّبِيِّ ﷺ فِيمَا يَحْكِي عَن ربِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالى قَالَ: أَذنَب عبْدٌ ذَنْبًا فقالَ: اللَّهُمَّ اغفِرْ لِي ذَنْبِي، فَقَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعالى: أَذْنَبَ عبدِي ذَنْبًا، فَعَلِم أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ، وَيَأْخُذُ بِالذَّنبِ، ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ ربِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، فَقَالَ تبارك وتعالى: أَذْنَبَ عبدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغفِرُ الذَّنبَ، وَيَأخُذُ بِالذَّنْبِ، ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَي رَبِّ اغفِرْ لِي ذَنبي، فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالى: أَذْنَبَ عَبدِي ذَنبًا، فعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ، وَيَأْخُذُ بِالذَّنبِ، قد غَفَرْتُ لِعَبْدِي فَلْيَفْعَلْ مَا شَاءَ. 

“ Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW ketika Baginda menceritakan satu hadith dari Tuhannya. 

Kata Allah SWT : Ada seorang hambaku melakukan dosa, kemudian dia mengucapkan : Ya Allah, ampunilah dosaku. 

Lalu Allah SWT menjawab : Hambaku itu telah melakukan dosa, dan dia sedar bahawa dia mempunyai Tuhan yang dapat mengampunkan dosa. Dia sedar bahawa dia punya Tuhan yang menghukum manusia dengan sebab dosanya. 

Kemudian orang itu kembali mengulangi dosanya. Dia berdoa lagi : Ya Allah, ampunilah dosaku. 

Lalu Allah SWT menjawab : Hambaku itu telah melakukan dosa lagi, dan dia sedar bahawa dia mempunyai Tuhan yang dapat mengampunkan dosa. Dia sedar bahawa dia punya Tuhan yang menghukum manusia dengan sebab dosanya itu. 

Kemudian orang itu sekali lagi kembali mengulangi dosanya. Lalu dia berdoa lagi : Ya Allah, ampunilah dosaku. 

Allah SWT menjawab lagi : Hambaku itu telah melakukan dosa lagi, dan dia sedar bahawa dia mempunyai Tuhan yang dapat mengampunkan dosa. Dia sedar bahawa dia punya Tuhan yang menghukum manusia dengan sebab dosanya itu. Buatlah apa yang engkau suka, Aku telah mengampunkan engkau. 

——————————————

Begitulah sifat Maha Pengampunnya Allah SWT kepada hamba-hambanya yang berdosa. Walaupun berulang-ulang kali melakukan dosa, selagimana dia menyedari akan dosanya, walau dia tetap tergelincir, Allah SWT masih juga mengampunkan. 

Berbeza dengan manusia, jika seseorang melakukan kesalahan padanya walaupun sekali, pasti akan dibenci dan dicemuhnya. Usahkan sepuluh kali buat salah, sekali kesalahan pun sudah diungkitnya sepanjang hidup. 

Tapi tidak Allah SWT, Maha Luas PengampunanNya. 

Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini, katanya : 

هذه المسألة تقدمت في أول كتاب التوبة , وهذه الأحاديث ظاهرة في الدلالة لها , وأنه لو تكرر الذنب مائة مرة أو ألف مرة أو أكثر , وتاب في كل مرة : قبلت توبته , وسقطت ذنوبه , ولو تاب عن الجميع توبة واحدة بعد جميعها : صحت توبته 

“ Masalah ini sudah pun berlalu pada awal kitab at-Taubah. Hadith-hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu mengulangi dosanya sebanyak 100 kali ataupun 1000 kali ataupun lebih lagi, kemudian dia tetap bertaubat setiap kali dia melakukan dosa, maka diterima taubatnya, digugurkan dosanya. Malah sekiranya dia bertaubat atas kesemua dosanya sekaligus, maka tetap juga diterima taubatnya “ 

Kepada mereka yang hati-hatinya sedang serabut memikirkan dosa, bertenanglah, bertaubatlah kerana Allah SWT mengampunkan segala dosa.

Kredit 

#AmirFathy 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Syurga Dimasuki Oleh Orang Berhati Burung


Syurga Dimasuki Oleh Orang Berhati Burung

 حديث أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال: يدخل الجنةَ أقوامٌ أفئدتهم مثل أفئدة الطير ( رواه مسلم) 

" Akan masuk ke dalam Syurga, orang-orang yang hatinya bagaikan hati burung “ 

Apa yang dimaksudkan dengan orang yang hatinya bagaikan hati burung ? 

1- Jika diperhatikan, antara haiwan yang paling penakut adalah burung. Pantang sahaja melihat kelibat manusia, ataupun dihugah oleh manusia, burung pasti akan lari dan terbang pergi. 

Manusia pula yang mempunyai sifat takut sebegitu, takut bila mendengar azab-azab Allah SWT, mereka langsung menjauh dan lari dari melakukan dosa yang mengundang kemarahan Allah SWT. 

Imam Nawawi di dalam Syarh-nya menyebutkan : 

“ Seperti ketakutan para salafus soleh, apabila disebut sahaja nama Allah SWT, terus pengsan kerana takut. Disebut sahaja tentang azab Allah SWT, rebah dan mati “ . Allahuakbar. 

2- Pendapat yang kedua pula mengatakan tawakkal sebagaimana tawakkalnya burung. Seekor burung berpagian keluar dari sarangnya berusaha mencari rezeki. 

Maka begitulah hati orang mukmin yang dijanjikan Syurga, mereka selalu berusaha mencari rezeki yang telah dihidangkan oleh Allah SWT di alam ini. Tidak mereka berputus asa, tidak pula mereka merasa malas untuk bekerja. 

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua dalam kehidupan ini dan jadikan kita termasuk dalam kalangan mereka yang berhati bagaikan hati burung. Ameeen. 

- Sahih Muslim, Bab : Berkekalannya Nikmat Ahli Syurga.

Kredit 

#AmirFathy

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Berani Menurut Buya Hamka


Berani Menurut Buya Hamka

Orang yang berani berniaga harus berani bertemu dengan rugi. Orang yang berani memanjat harus berani menghadapi kejatuhan. Kejatuhan adalah perkara biasa dalam hidup. Mana mungkin hidup itu dilayari dengan sinar kemewahan, keenakan dan kelembutan sahaja. Barangkali ada ,itupun takdir daripada Maha Kuasa. Namun, puratanya pasti bertemu dengan saat kesusahan dan kepayahan hidup.

Tetapi orang yang menunggu, akan bangunkah kita lagi sesudah jatuh. Adakah berani hanya muncul di saat kita jatuh?

Keberanian bukan sahaja ketika menyerang, malahan juga ketika kita bertahan. Meletakkan segala kudrat, keyakinan dan pertahanan di hadapan. Keberanian bukan sahaja pada ketika mendaki bahkan juga di saat kita turun. Andai gunung itu didaki dengan setinggi-tinggi keberanian namun manusia itu diisi perasaan takut tatkala mahu turun, maka matilah kamu di atas sana.

Tanda berani ialah bersikap tenang.

Walaupun bagaimana hebat, seteruk mana ujian, sedalam mana kamu perlu gali, sebanyak mana air mata yang kamu perlu curahkan. Jangan pernah kalian gugup. Layar keinsafan kita, itulah 'harga diri' yang menyebabkan kita berani.

Peribadi, Buya Hamka.

Kredit

#AdaApaDenganBuku

#NotaIlmuPilihan

#MalaysiaMembaca


Join Channel Telegram 👇

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme