Saturday 7 November 2020

Kita Akan Disoal Allah Atas Pilihan Kita Di Dunia!

 

Pilihan
.
Kehidupan ini adalah berkisar tentang pilihan, kita akan disoal oleh Allah atas pilihan kita dan bukannya tentang nasib atau takdir kita.   
.
Kita tidak akan disoal kenapa miskin? 
.
Tetapi akan disoal kenapa tidak bersabar?  
.
Kita tidak akan disoal kenapa kaya? 
.
Tetapi akan disoal kenapa tidak bersyukur?
.
Kita tidak akan disoal kenapa pandai?
.
Tetapi akan disoal tentang apa yang kita buat dengan kepandaian tersebut?
.
Kita tidak akan disoal tentang siapakah jodoh kita? 
.
Tetapi akan disoal tentang bagaimanakah usaha kita mendapatkannya atau apa yang kita buat dengannya?
.
Kita hanya akan bertanggungjawab atas apa yang kita pilih!
Allah berfirman;
.
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى. وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى. فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى
.
“Adapun orang yang memberi (infaq di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan (beriman) adanya balasan pahala yang terbaik (syurga) maka kelak kami akan menyiapkan jalan yang mudah baginya.” (Al-Lail: 5-7)
.
Kredit 
#UstazEmranAhmad 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
.
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Nokia vs Android, Yahoo vs Google, Dua Kisah Pelajaran Ambil Risiko dan Menolak Perubahan!


 Dua kisah bermula:

 1. Nokia menolak Android
 2. Yahoo menolak Google
.
 ✅Pelajaran:
 1. Ambil risiko.
 2. Menolak perubahan.
 3. Sekiranya anda enggan berubah dengan masa, anda mungkin akan binasa.
 Dua kisah lagi:
 1. Facebook mengambil alih whatsapp dan instagram.
 2. Grab mengambil alih Uber
.
 ✅Pelajaran:
 1. Menjadi sangat kuat sehingga pesaing anda menjadi sekutu anda.
 2. Mencapai kedudukan teratas dan kemudian menghilangkan persaingan.
 3. Terus berinovasi.
 Dua lagi kisah:
 1. kolonel Sanders mengasaskan KFC pada usia 65 tahun.
 2. Jack Ma, yang tidak dapat pekerjaan di KFC, mendirikan Alibaba.
.
 ✅Pelajaran:
 1. Umur hanyalah angka
 2. Hanya mereka yang terus berusaha berjaya
 Akhir sekali:
 1. Lamborghini ditubuhkan kerana membalas dendam pemilik traktor yang dihina oleh Enzo Ferrari, pengasas Ferrari
.
 ✅Pelajaran:
 1. Jangan sesekali memandang rendah sesiapa pun !!
 2. Kejayaan adalah balas dendam yang terbaik.
 ✔️Hanya terus berusaha.
 ✔️ Luangkan masa anda dengan bijak.
 ✔️Jangan takut gagal.
.
Kredit 
#MuhamadLuqmanAbdulGhani
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
.
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Bagaimana Baca Buku Bukan Fiksyen Sebagai Pemula?

 

Bagaimana ingin memulakan membaca bahan bacaan BUKAN FIKSYEN sebagai pemula ? 
.
Apabila anda memikirkan bukan fiksyen, apa pendapat anda? Adakah fikiran anda akan membayangkan sebuah buku 500 halaman yang mungkin ditulis oleh profesor dan pasti ianya membosankan?  Mungkin anda  mempunyai beberapa tanggapan yang tidak menyeronokkan tentang BUKAN FIKSYEN. Post saya sebelum ini ada menyebutkan kebaikkan BUKAN FIKSYEN 
.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=2831079460458130&id=100006683108413&set=a.2557609834471762
.
Genre ini sebenarnya sangat menarik. Ia tidak menakutkan atau merasa suspen dengan pelbagai plot seperti fiksyen. Apa yang anda perlukan hanyalah meletakkan permulaan basic yang baik dan tahu bagaimana untuk memulakan.
.
Jadi, sy akan berikan beberapa panduan yang mungkin relevan dan boleh diguna pakai oleh pembaca yang ingin menjinakkan diri dengan bahan bacaan BUKAN FIKSYEN.
.
💛BUAT NOTA sambil membaca. 
.
Jika kita membaca sahaja, fokus kita makin lama makin 
membosankan malah apa yang dibaca akan hilang begitu shj.  Jadi, bila anda membaca sambil buat nota anda akan rasa seronok kerana ada aktiviti lain selain membaca dan fokus iaitu menulis. Sediakan sticky note yg kecil simple itu pun sudah memadai.
.
💛PILIH BUKU yang ingin dikaji dengan bijak.
.
Sekiranya anda mempunyai topik tertentu yang anda minati, pilih buku mengenai perkara itu. Sekiranya anda menyukai sejarah, baca bahagian sejarah dan pastikan pecahan sejarah yang bagaimana anda gemari dengan betul.  Adakah anda ingin belajar mengenai sejarah sosial, sejarah penempatan, sains sejarah dll . Walau apa pun, kemungkinan besar ada buku bukan fiksyen yang sesuai untuk anda baca.
.
💛Mulakan dengan buku yang ringan.
.
Jangan mulakan dengan buku tebal seperti 500 halaman ke atas jika anda baru sahaja ingin membaca bukan fiksyen. Jika anda terbiasa membaca fiksyen dengan halaman setebal itu, maka anda akan terkejut apabila mengetahui anda memerlukan masa lebih lama berbanding dengan yang biasa anda baca.  Ini kerana terdapat lebih banyak maklumat untuk diproses.
Saya cadangkan dengan memulakan buku yang 300 halaman dulu atau bahkan mungkin 250. Ini akan membantu memastikan anda tidak akan bosan dan berhenti separuh jalan. 
.
💛Cari Persamaan Antara Genre
.
Sekiranya anda biasa membaca buku sejarah fiksyen seperti Bukit Kepong, cuba juga cari yang bukan fiksyen pula mengenai sejarah Bukit Kepong berdasarkan fakta. Hal ini kerana teknik penceritaan yg disampaikan oleh kedua² buah genre tersebut berbeza. Kebiasaannya saya akan guna cara ini untuk mendapatkan lebih byk maklumat. Bermula dengan fiksyen kemudian bukan fiksyen tetapi cerita tersebut mempunyai kaitan.
.
💛Ketahui Bilakah Untuk DNF.
Hidup ini terlalu singkat untuk membuang masa pada buku yang tidak anda sukai.  Sekiranya anda mendapati diri anda tertidur semasa membaca atau susah fokus, letakkannya dan pilih yang lain. Bukan ke membaca itu semestinya aktiviti menyeronokkan ?
.
Kredit 
#SueOshin
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
.
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tindakan Kita Banyak Dipengaruhi Cara Kita Berfikir


Tindakan kita banyak dipengaruhi cara kita berfikir.

Untuk membentuk cara fikir, ia bergantung kepada 2 perkara : 
1. Ilmu.
Ilmu datang daripada guru. Boleh juga datang daripada sumber lain seperti bahan bacaan, tontonan video, pemerhatian kita terhadap sekeliling dan lain-lain.
Ilmu yang baik akan membentuk pemikiran yang baik. Seterusnya membentuk tindakan yang baik.
.
.
2. Pergaulan yang baik-baik. 
Pergaulan yang baik berlandaskan prinsip-prinsip murni lebih penting daripada kaya semata-mata. 
Kaya, belum tentu baik. Ada yang kaya melalui jalan yang tidak benar contohnya melalui jalan rasuah, menonjolkan wanita separuh bogel untuk bahan iklan, ayat-ayat 'hype' yang melampaui batas dan produk-produk yang sengaja diletak bahan terlarang. 
Maka, pilih pergaulan dan contoh-contoh yang baik untuk kita ikuti. 
InshaAllah, ia akan membentuk pemikiran seterusnya membuahkan tindakan yang berlandaskan prinsip-prinsip yang baik. 
Sales banyak, tapi diperoleh dengan cara tidak baik. Maka jauhilah. 
Sales sikit, tapi ia diperoleh dengan cara yang baik. Maka contohilah. 
Sudah tentu lebih baik apabila sales banyak itu diperoleh dengan cara yang baik. Maka dekati dan contohilah orang-orang ini! 
.
.
#hasbulbrothers 
#usahawanbangsapejuang
Kredit 
#hasbulbrothers
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Lupakan Keburukannya dan Ingatlah Kebaikannya!

 

KEBURUKAN LEBIH DI INGATI DARI KEBAIKAN
.
Imam asy Sya'bi  رحمه الله berkata :
" Seandainya benarku itu ada 99 kali dan aku mempunyai satu kesalahan, nescaya mereka akan mengambil yang satu dan meninggalkan yang 99 "
(Hiliyatul Auliya 4/320)
.
Kredit 
#IbnAmin
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
.
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Berzikirlah Sebelum Menulis


Jika mampu berzikir, berzikirlah sebelum menulis. Jika tidak, berfikirlah sebelum menulis. Jika itu pun tidak mampu, jangan menulis apa-apa. Cukup dengan diam. Diam itu sesungguhnya perhiasan orang berilmu, perisai orang yang bodoh.

-Pahrol Mohamad Juoi

Kredit
#AdaApaDenganBuku
#UstazPahrolMohamadJuoi
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca

Join Channel Telegram  
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme


Katakan Tidak Kepada Ahbash!

 #SayNoToAhbash