Sunday 27 March 2016

Taubat Nasuha Penghapus Dosa Syirik

DOSA SYIRIK HANYA TERHAPUS DENGAN TAUBAT NASUHA.

Firman Allah:
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannya, dan mengampuni dosa-dosa selain itu untuk sesiapa yang Dia Kehendaki. (An-Nisa’ : 48)

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)
Katakanlah wahai hambaku yang telah melampau batas ke atas diri mereka sendiri. Janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua dosa. (Az-Zumar : 53).

1- Ayat an-Nisa 48 berkaitan orang yang mati tidak bertaubat sama ada daripada dosa syirik dan selain syirik

2- Jika seseorang tidak bertaubat daripada syirik lalu mati, maka dosa syirik itu kekal dan tempatnya neraka.

3-      Jika tidak bertaubat daripada dosa selain syirik, ia bergantung kepada rahmat dan kehendak Allah. Jika Allah mahu, Allah akan mengampunkan dengan rahmatNya, jika tidak, dia tetap akan dihukum.

3- Ayat az-Zumar 53 berkaitan orang yang bertaubat termasuk taubat daripada dosa syirik. Semua taubat daripada apa pun jenis dosa akan diterima oleh Allah.

Wallahua'lam.

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |


Adakah Isteri Wajib berkhidmat kepada Mentua

KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?

Assalamualaikum.

Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri.

Benarkah hal ini.

Jawapan:

Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:

1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.

2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.

3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.

4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.

5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.

*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh 'Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu'ud, dan Shaikh 'Abdullah bin Ghudayan, Shaikh 'Abdul Razzaq 'Afifi

Wallahua'lam.

Sumber:
http://islamqa.info/ar/120282

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |


Peringatan Keras Suami/Isteri Yg Sebar Aib Pasangannya

Peringatan keras untuk suami/isteri yang suka menyebarkan aib pasangannya.

Yang paling mengetahui tindak tanduk seorang adalah pasangannya. al-Quran umpamakan suami dan isteri sebagai (libas): pakaian yang menutupi.

Itu beerti antara pengkhiatan yang paling besar adalah pengkhianatan suami dan isteri terhadap pasangannya. kata pepatah Arab " سمن كلبك يأكلك" Kamu suap anjing kamu sampai gemuk akhirnya dia makan kamu.

Betapa ruginya orang yang memberikan nafqah kepada isterinya lalu dibalas dengan cerita buruk yang sentiasa dijaja tentang suaminya.
Kalau anda rasa suami anda amat buruk dan keji, pergi ke mahkamah dan minta khulu'. Apalah faedahnya bersiang2 dengan melondehkan suaminya sedangkan dimalam hari tidur sekatil.

Sabda Rasulullah:
أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Aku diperlihatkan akan neraka maka kebanyakan ahlinya adalah perempuan yang kufur.

Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: Adakah mereka kufur kepada Allah.

Baginda berkata: Mereka kufur kepada suami, kufur kepada ihsan. Kalau kamu berbuat baik kepada seorang dari mereka sepanjang masa kemudian dia melihat daripadamu sesuatu (yang buruk) lalu dia berkata " aku tidak pernah melihat daripada kamu walaupun 1 kebaikan".
(H.R al-Bukhari)

Demikian juga tidak wajar seseorang yang sentiasa bersedia melayan kehendak pasangannya lalu dibalas dengan pembongkaran aib.
Kalau isteri anda terlalu jijik, ceraikan sahaja. itu jauh lebih baik dari menyimpannya lalu dijaja keburukannya.

Suami yang menzalimi isteri pada hakikatnya sedang menzalimi diri sendiri kerana setiap itu mengundang azab Allah di akhirat.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah:

وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِتَعْتَدُوا وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ...(231)

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka peganglah mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka untuk melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri.

(TAMBAHAN: Adapun perempuan yang berkongsi segala suka duka dengan rangkaian temain baiknya termasuklah sekali-sekala meluahkan pengalaman sedih rumah tangga, itu tidak mengapa berdasarkan kisah 11 perempuan dalam hadith umm zar'ah yang tidak diinkari Nabi... Sebaliknya kalau selalu menceritakaan keburukan rumahtangganya semata-mata dan mendiamkan kebaikan suami, itulah gambaran Rasullullah tentang kebanyakan ahli neraka))

- Ust Salman Ali


Jangan Membanding-bandingkan Isterimu

Jangan Suka Membanding-Bandingkan.

Istrimu adalah rizkimu..
Istrimu adalah pilihanmu...
Istrimu adalah takdirmu..

Maka jangan memandang kepada selain milikmu.

Dan jangan membanding-bandingkannya dengan wanita yang bukan milikmu.

Begitu pula sebaliknya untuk para istri, tidak layak baginya untuk membandingkan suaminya dengan lelaki lain.

Sebagian suami tatkala membandingkan istrinya dengan wanita yang dalam pandangannya lebih sempurna daripada istrinya, ia berdalih bahwa hal itu dilakukannya demi memotivasi istrinya. namun terkadang tujuan dibalik itu adalah untuk melampiaskan emosi dan memojokkan istrinya.

Cobalah berdiam sejenak untuk merenungkan akibat dan dampak buruk yang ditimbulkan dari perbuatannya ini, apakah tujuan untuk memotivasi istrinya akan tercapai? Atau malah membuat luka hati istrinya, merusak perasaannya, mengotori kesuciannya, menghancurkan harapannya.

Wanita manakah yang sudi dibanding-bandingkan?

Kau bukan wanita, tapi pada dasarnya dirimu juga tidak suka bila dibanding-bandingkan dengan lelaki lainnya, walaupun luka akibat perbandingan itu tidak separah luka di hati seorang wanita yang diciptakan lebih perasa daripada lelaki. Kebanyakan manusia tatkala melakukan perbandingan, dia tidak objektif, dia hanya melihat kepada satu atau dua sisi dari orang yang dijadikan tandingan, dan ini adalah perbandingan yang tidak adil.

Bisa jadi istri kita memiliki banyak kelebihan dari sisi yang berbeda, dan kebanyakan orang hanya melihat kulitnya saja, sedangkan suami mengenal istrinya kulit dan isinya. Sebagaimana istilah yang terkenal rumput tetangga selalu lebih hijau dari rumput sendiri.

Yang kau perlukan bila melihat sesuatu yang kau sukai dari dirinya, berikanlah nasihat dan bimbingan untuknya, dan sebelum itu katakan padanya bahwa kau pun ingin menjadi lebih baik untuknya, sebutkanlah kelebihan-kelebihannya, sanjunglah ia dengan kata-kata yang menyejukan jiwa, lalu hantarkan keinginanmu darinya tanpa membandingkannya dengan wanita lain, maka dengan itu kau telah memotivasinya untuk lebih baik tanpa menyayat hatinya.

- Ust Syafiq Riza Basamalah


Saturday 26 March 2016

Kekayaan yang membinasakan

Ujian Kekayaan: Perkara yang Dibimbangi oleh Nabi.

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

فَوَ اللهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ، وَلَكِنَّي أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا، وَتُهْلِكَهُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ.

"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku bimbang ke atas kamu akan tetapi aku bimbang jika (kekayaan) dunia dibentangkan ke atas kamu sebagaimana yang pernah dihamparkan ke atas orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu berlumba-lumba memperolehi kekayaan itu seperti yang dilakukan oleh mereka, dan akhirnya kekayaan itu membinasakan kamu sebagaimana telah membinasakan mereka.” [Shahih Al-Bukhari, no. 3158, 4015, 6425 dan Shahih Shahih Muslim, no. 2961]

- Ust Hairi Nonchi


Kejayaan Wanita bukanlah Isteri Solehah tetapi WANITA SOLEHAH

Kejayaan wanita bukanlah isteri solehah tetapi WANITA SOLEHAH.

Tidak semestinya menjadi isteri atau pernah menjadi isteri (janda dan balu) untuk menuju kejayaan. Wanita tidak berkahwin juga boleh menjadi wanita yang berjaya di sisi Allah.

Lihatlah ibu Nabi Isa as. Ibu Nabi Isa as adalah antara 4 wanita terbaik dan berjaya di seluruh alam semesta.

p/s : Wanita terbaik seluruh alam semesta (dunia dan akhirat) berdasarkan ujian masing-masing;

1. Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun.
2. Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa as yang melahirkan TANPA SUAMI.
3. Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasul Allah.
4. Fatimah binti Muhammad صلى الله عليه و سلم. Anak Rasul Allah.

Antara pengajaran simple;
1. Jika anda rasa suami anda zalim, garang atau susah nak suruh solat, sesungguhnya Asiyah binti Muzahim bersabar dengan suaminya Firaun yang mengaku sebagai tuhan.

2. Jika anda rasa kecewa kerana suami tidak berada di sisi anda saat bersalin atau ketika mengandung atau lunch bersama, sesungguhnya Maryam binti Imran bersabar mengandung TANPA SUAMI.

3. Jika anda rasa suami anda asyik tiada duit dan kerja tidak 'glamour', maka sesungguhnya Khadijah binti Khuwailid bersabar dan bersama dengan suaminya susah dan senang; bahkan membantu suaminya.

Ini bukanlah membanding-bandingkan, tetapi ujian Allah terhadap mereka sangat besar.

- Saif Al-Nur


Bangga buat Maksiat

KENAPA BERBANGGA DENGAN MAKSIAT?

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan amal (maksiat) di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6069]

Pengajaran:

- Hadis ini menunjukkan sifat keji seorang manusia yang melakukan maksiat secara terbuka, dan lebih teruk lagi orang yang dengan sengaja menceritakan maksiat yang pada asalnya tiada seorang pun tahu.

-Ulama yang mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa maksud ‘tidak dimaafkan’ dalam hadis ini ialah:

Manusia yang dengan sengaja menzahirkan maksiatnya, Allah tidak akan menutup keaibannya.
Manusia yang dengan sengaja menzahirkan maksiatnya, maka tidak dilarang daripada orang ramai mengumpat tentang dirinya.
Manusia yang dengan sengaja menzahirkan maksiatnya, maka dia tidak akan terlepas daripada hukuman hudud atau takzir oleh pemerintah.
Manusia yang dengan sengaja menzahirkan maksiatnya, maka dia akan termasuk orang yang mengajak manusia lain melakukan maksiat. Dia akan berdosa di atas setiap dosa orang yang termotivasi melakukan maksiat di atas perlakuannya itu.
- ‘Tidak dimaafkan’ dalam hadis ini bukan bermaksud tidak akan diampuni dosa. Ini kerana selagi mana seseorang bertaubat, Allah pasti akan mengampuni dosanya.

Firman Allah mengenai orang yang bertaubat:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ ]الشورى:25[

Dial ah yang menerima taubat hamba-hambaNya, dan memaafkan kesalahan-kesalahan mereka, dan Dia mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Syura : 25]

Bahkan jika seseorang itu tidak bertaubat, tetapi dia masih mentauhidkan Allah, dosa-dosanya masih bergantung kepada kehendak Allah, sama ada mahu diampuni atau dihukumi.

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا ]النساء:48[

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik kepadanya. Allah mengampuni apa-apa yang selain daripada itu untuk mereka yang Dia kehendaki. Sesiapa yang mensyirikkan Allah, sungguh dia telah melakukan dosa yang besar. [An-Nisa’ : 48]

Antara perkara yang sudah menjadi normal di zaman kini, ialah mengupload gambar-gambar tidak menutup aurat di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram. Begitu juga dengan menceritakan maksiat-maksiat yang dilakukan tanpa segan silu. Akhirnya, disebabkan tiada sifat malu, sebahagian orang yang geram melihat fenomena ini, telah menyebarkan gambar-gambar tersebut sebagai ‘pengajaran’ kepada si pelaku.

Tulisan ini bukanlah untuk membela tindakan penyebaran gambar-gambar tersebut, bahkan, dalam melakukan dakwah, seboleh mungkin kita perlu menjauhi daripada mengaibkan manusia. Akan tetapi, tidakkah kita sedar, apabila gambar-gambar atau status-status maksiat kita tersebar, hakikatnya itu satu hukuman daripada Allah, yang telah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri janjikan. Ini kerana kita sendiri tanpa malu menzahirkan maksiat kita, maka, Nah! Sekarang rasakan perasaan malu bertimpa-timpa atas sifat tidak tahu malu tersebut.

Sumber: http://alkahfi.com.my/bangga-buat-maksiat/


Kejayaan Wanita bukanlah Isteri Solehah tetapi WANITA SOLEHAH

Kejayaan wanita bukanlah isteri solehah tetapi WANITA SOLEHAH.

Tidak semestinya menjadi isteri atau pernah menjadi isteri (janda dan balu) untuk menuju kejayaan. Wanita tidak berkahwin juga boleh menjadi wanita yang berjaya di sisi Allah.

Lihatlah ibu Nabi Isa as. Ibu Nabi Isa as adalah antara 4 wanita terbaik dan berjaya di seluruh alam semesta.

p/s : Wanita terbaik seluruh alam semesta (dunia dan akhirat) berdasarkan ujian masing-masing;

1. Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun.
2. Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa as yang melahirkan TANPA SUAMI.
3. Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasul Allah.
4. Fatimah binti Muhammad صلى الله عليه و سلم. Anak Rasul Allah.

Antara pengajaran simple;
1. Jika anda rasa suami anda zalim, garang atau susah nak suruh solat, sesungguhnya Asiyah binti Muzahim bersabar dengan suaminya Firaun yang mengaku sebagai tuhan.

2. Jika anda rasa kecewa kerana suami tidak berada di sisi anda saat bersalin atau ketika mengandung atau lunch bersama, sesungguhnya Maryam binti Imran bersabar mengandung TANPA SUAMI.

3. Jika anda rasa suami anda asyik tiada duit dan kerja tidak 'glamour', maka sesungguhnya Khadijah binti Khuwailid bersabar dan bersama dengan suaminya susah dan senang; bahkan membantu suaminya.

Ini bukanlah membanding-bandingkan, tetapi ujian Allah terhadap mereka sangat besar.

- Saif Al-Nur


Diterimakah Taubat Orang yang mengulangi Dosanya

BERTAUBAT DAN MENGULANGI DOSA

Ramai insan bertaubat, tetapi mengulangi dosa yang dia bertaubat daripadanya. Hingga akhirnya insan berasa lelah untuk bertaubat, kerana merasakan taubatnya itu sia-sia.

Boleh jadi hadis di bawah akan menjawab persoalan yang sering menghantui diri kita.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berdosa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6976]

Al-Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata:

وَأَنَّهُ لَوْ تَكَرَّرَ الذَّنْبُ مِائَةَ مَرَّةٍ أَوْ أَلْفَ مَرَّةٍ أَوْ أَكْثَرَ ، وَتَابَ فِي كُلِّ مَرَّةٍ ، قُبِلَتْ تَوْبَتُهُ ، وَسَقَطَتْ ذُنُوبُهُ ، .

Seandainya seseorang mengulangi dosanya sebanyak seratus kali, atau seribu kali atau lebih daripada itu, lalu dia bertaubat untuk setiap kali dosa itu dilakukan, maka taubatnya diterima, diampuni dosa-dosanya.

وَلَوْ تَابَ عَنِ الْجَمِيعِ تَوْبَةً وَاحِدَةً بَعْدَ جَمِيعِهَا صَحَّتْ تَوْبَتُهُ

Seandainya dia bertaubat daripada semua dosanya dengan satu taubat. Maka sahlah taubatnya.

قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ لِلَّذِي تَكَرَّرَ ذَنْبُهُ : ( اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ ) مَعْنَاهُ : مَا دُمْتَ تُذْنِبُ ثُمَّ تَتُوبُ غَفَرْتُ لَكَ

Firman Allah kepada orang yang mengulangi dosa: (Lakukanlah apa yang engkau kehendaki, sesungguhnya aku telah mengampuni engkau) bermaksud: Selagi mana engkau berdosa dan bertaubat, aku akan mengampuni engkau.

Tetapi timbul persoalan, bukankah Al-Imam An-Nawawi sendiri menyenaraikan dalam Riadussolihin dalam bab taubat, 3 syarat untuk taubat diterima iaitu:

Pertama: Meninggalkan maksiat itu

Kedua: Menyesal kerana melakukan maksiat itu

Ketiga: Berazam untuk tidak mengulanginya.

Perlu kita bezakan manusia yang berazam meninggalkan maksiat, tetapi selepas bertaubat, dia terjerumus ke dalam maksiat, dengan manusia kedua yang ketika melafazkan taubat, sudah terniat dihatinya selepas ini aku akan ulangi maksiat ini.

Manusia yang pertama Insya-Allah, taubatnya diterima, sedangkan manusia yang kedua hakikatnya belum lagi bertaubat kerana bertaubat itu mesti disertai azam meninggalkan maksiat dan tidak mahu mengulanginya.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari menukilkan kalam Al-Imam Al-Qurthubi berkaitan hal ini:

يَدُلُّ هَذَا الْحَدِيثُ عَلَى عَظِيمِ فَائِدَةِ الِاسْتِغْفَارِ وَعَلَى عَظِيمِ فَضْلِ اللَّهِ وَسَعَةِ رَحْمَتِهِ وَحِلْمِهِ وَكَرَمِهِ ؛ لَكِنَّ هَذَا الِاسْتِغْفَارُ هُوَ الَّذِي ثَبَتَ مَعْنَاهُ فِي الْقَلْبِ مُقَارِنًا لِلِّسَانِ لِيَنْحَلَّ بِهِ عَقْدُ الْإِصْرَارِ وَيَحْصُلَ مَعَهُ النَّدَمُ فَهُوَ تَرْجَمَةٌ لِلتَّوْبَةِ

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar yang mana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat.

Kata beliau lagi:

وَمَعْنَاهُ الَّذِي يَتَكَرَّرُ مِنْهُ الذَّنْبُ وَالتَّوْبَةُ فَكُلَّمَا وَقَعَ فِي الذَّنْبِ عَادَ إِلَى التَّوْبَةِ لَا مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ بِلِسَانِهِ وَقَلْبُهُ مُصِرٌّ عَلَى تِلْكَ الْمَعْصِيَةِ

Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat. Setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lisannya memohon keampunan Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.

Masih belum terlambat. Bertaubatlah! Allah tahu usaha taubat kita! Allah tahu isi hati kita! Allah tahu tangisan hati kita yang sedih kerana mengulangi dosa yang sudah diusahakan untuk ditinggalkan. Jangan berputus asa dari rahmat Allah!

--> 'Like' tulisan dan klik 'share' jika anda rasakan ia bermanfaat kepada kita semua.

--> Mohd Masri Mohd Ramli adalah page yang akan digunakan untuk berkongsi ilmu sekadar yang penulis tahu insya-Allah. Sila 'like' dan sebarkan page ini jika anda rasa ia bermanfaat.


Syarat untuk melagukan Al-Quran

Syarat utk melagukan Al-Quran

1-Tidak dilagukan dgn keluar dari kaedah dan aturan tajwid.
2-Huruf yg dibaca tetap harus jelas sesuai yg diperintahkan.
3-Tidak blh serupa dgn lagu2 yg biasa dinyanyikan olh penyanyi.

Perintah utk mengelokkan suara ketika membaca AlQuran

Dari Abu Lubababh Basyir bin ‘Abd Mundzir r.a sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ

“Barangsiapa yg tidak memperindah suaranya ketika membaca Al Qur’an, maka ia bkn dari golongan kami.” (HR. Abu Daud) Dan sabda nabi s.a.w;

زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ

“Baguskanlah suara bacaan Al Qur’an kalian.” (HR. Abu Daud).

- Abdul Bari


Al-Quran dan Penghayatan

AL-QURAN

Oleh: IRJAI

1. Kita selalu membaca surat khabar, meskipun berita yang ditulis didalamnya hampir separuhnya tidak berkaitan dengan kita secara langsung. Bahkan, bukan semuanya dilaporkan secara benar. Tetapi kita tetap membacanya setiap pagi dan petang.

2. Dukacitanya, al-Quran yang diturunkan oleh Allah azza wa jalla, Tuhan Yang Maha Berkuasa Maha Bijaksana, yang setiap aksaranya terkait secara langsung kepada kita, yang senantiasa benar seluruhnya, ditinggalkan tidak dibaca pula.

3. Jika dibaca sekalipun, ianya tanpa penghayatan dan kefahaman. Sebagai bangsa bukan Arab, kita perlu membaca terjemahan dan tafsirannya juga agar nilai dan makna yang terkandung dalam ayat dapat difahami.

4. Al-Quran diturunkan untuk dilaksanakan segala perintah dan ditinggalkan segala larangan, untuk ditegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan. Inilah apa yang umat terdahulu lakukan. Mereka menghidupkan hakikat al-Quran dalam kehidupan.

5. Al-Quran bukanlah lirik lagu yang ditulis atas sekeping kertas yang kemudiannya dialunkan dengan irama Bollywood. Al-Quran juga bukanlah bertujuan dibacakan diperkuburan atau ditiup didalam 'air penawar ustaz' agar dapat dijual dengan harga yang tidak munasabah.

6. Saya cadangkan sewaktu anda hendak membaca al-Quran, sebagai orang Melayu, berpakaianlah cara Melayu. Bukan apa, takut ada pihak yang terlajak 'Melayu' kecam anda. Takut dikatakan, "Sudahlah baca al-Quran bahasa Arab, pakai pula jubah!"

7. Sudahkah anda membaca dan cuba memahami makna ayat-ayat al-Quran hari ini? Jika belum, jangan ditanya mengapa hari ini umat Islam gagal untuk mengulangi sejarah keagungannya sekali lagi.


Tuesday 15 March 2016

Menjawab Fitnah & Siapa Sebenarnya Ustaz Nasaie Hanaffie

Fitnah sedang beredar di FB dan Whatsapp. Kami wajib pertahan guru dengan tuduhan tidak berasas ini:

1) beliau bukan sahaja dapat ijazah, malah menjadi pelajar terbaik batch tersebut (sanad riwayah dan dirayah)

2) masih berada di Madrasah selepas habis daurah hadis utk mulazamah kitab dgn masyaikh di sana

3) beliau terus melompat ke kelas Daurah Hadith yg mana sepatutnya perlu masuk kelas bawah sekurang2 6-7 tahun

4) macam mana masyaikh sana boleh faham kuliah ust dlm b.melayu ye

5) "takkan ana nak ambik gambar ijazah ana juga", katanya

Alhamdulillah guru kami cemerlang dlm pengajian moden dan tradisional.

- Abdul Qayyum Hadi


[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 07/02/16 hingga 13/02/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 07/02/16 hingga 13/02/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Ahmad Saifuddin, Ust Hanief, Ust Muhammadi, Ust Faizal, Dr Rozaimi Ramlee, Dr Ahmad Jailani, Maulana Hadi, Maulana Asri.

1.  Dr Rozaimi - 160207 Ahlus Sunnah wal Jamaah dari perspektif al-Qur'an & Hadith
http://www.mediafire.com/download/aisyvwniyu7sp82/Dr_Rozaimi_-_160207_Ahlus_Sunnah_wal_Jamaah_dari_perspektif_al-Qur%27an_%26_Hadith.MP3

2.  Ust Hanief - 160207 Usul Hadith; Mengenali at-Tabi'in
http://www.mediafire.com/download/4a8upp0375jgdhn/Ust_Hanief_-_160207_Usul_Hadith%3B_Mengenali_at-Tabi%27in.MP3

3.  Maulana Hadi - 160208 Hujjatullah al-Balighah; Ihsan dlm zikir
http://www.mediafire.com/download/2qp2wddrea2teyr/Maulana_Hadi_-_160208_Hujjatullah_al-Balighah%3B_Ihsan_dlm_zikir.mp3

4.  Dr Rozaimi - 160208 Daurah Hadith 40 bhgn 1
http://www.mediafire.com/download/028xfk0zsl2z1ac/Dr_Rozaimi_-_160208_Daurah_Hadith_40_bhgn_1.MP3

5.  Dr Rozaimi - 160208 Daurah Hadith 40 bhgn 2
http://www.mediafire.com/download/auiwkm3enwklpmn/Dr_Rozaimi_-_160208_Daurah_Hadith_40_bhgn_2.MP3

6.  Dr Rozaimi - 160208 Daurah Hadith 40 bhgn 3
http://www.mediafire.com/download/bfxqdv1k1kqj01s/Dr_Rozaimi_-_160208_Daurah_Hadith_40_bhgn_3.MP3

7.  Dr Rozaimi - 160208 Fitnah Akhir Zaman
http://www.mediafire.com/download/v0yk51u5frqdrdy/Dr_Rozaimi_-_160208_Fitnah_Akhir_Zaman.MP3

8.  Dr Rozaimi - 160209 Meluruskan salah faham thdp Ahli Hadis
http://www.mediafire.com/download/snoys1tdbw5tyzl/Dr_Rozaimi_-_160209_Meluruskan_salah_faham_thdp_Ahli_Hadis.mp3

9.  Ust Badrul - 160209 Tafsir surah asy-Syams ayat 1-8
http://www.mediafire.com/download/etw6aavjltw6gqv/Ust_Badrul_-_160209_Tafsir_surah_asy-Syams_ayat_1-8.MP3

10.  Ust Ahmad Saifuddin - 160209 Sifat Solat Nabi; Bab ciri2 kedudukan kaki ketika qiam
https://www.mediafire.com/?vf959x9azjya0w1

11.  Ust Qamar - 160209 Tafsir surah al-Mu'minun ayat 62-77
http://www.mediafire.com/download/75h3bltyizkln7l/Ust_Qamar_-_160209_Tafsir_surah_al-Mu%27minun_ayat_62-77.mp3

12.  Ust Hanief - 160210 Fauzul Kabir; Syariat menjaga dari kerosakan
http://www.mediafire.com/download/wgukc3a59d85shm/Ust_Hanief_-_160210_Fauzul_Kabir%3B_Syariat_menjaga_dari_kerosakan.mp3

13.  Maulana Asri - 160210 Tafsir; Usul Tafsir ke-6
http://www.mediafire.com/download/7v2fc8vl1mkx3va/Maulana_Asri_-_160210_Tafsir%3B_Usul_Tafsir_ke-6.mp3

14.  Ust Badrul - 160210 Tazkiyyatun Nafs; Banyak berdoa kpd Allah
http://www.mediafire.com/download/pktw9pmtkiz7mpo/Ust_Badrul_-_160210_Tazkiyyatun_Nafs%3B_Banyak_berdoa_kpd_Allah.MP3

15.  Ust Muhammadi - 160211 al-Adabul Mufrad; Menghormati org tua hadith 361-378
http://www.mediafire.com/download/ukc01pwuwpfpsbh/Ust_Muhammadi_-_160211_al-Adabul_Mufrad%3B_Menghormati_org_tua_hadith_361-378.mp3

16.  Ust Shamsuddin - 160211 Misykaatul Masobih; Kitab Iman hadith 52
http://www.mediafire.com/download/80f861a4793godz/Ust_Shamsuddin_-_160211_Misykaatul_Masobih%3B_Kitab_Iman_hadith_52.mp3

17.  Ust Badrul - 160211 Tafsir surah al-Baqarah ayat 83
http://www.mediafire.com/download/8m89v72s2c2z9vs/Ust_Badrul_-_160211_Tafsir_surah_al-Baqarah_ayat_83.MP3

18.  Dr Ahmad Jailani - 160212 Jenayah tembak-menembak yg semakin menjadi-jadi
http://www.mediafire.com/download/k5928tvw59if7oi/Dr_Ahmad_Jailani_-_160212_Jenayah_tembak-menembak_yg_semakin_menjadi-jadi.MP3

19.  Ust Faizal - 160212 Risalah Tauhid; Syirik fil ibadah
http://www.mediafire.com/download/6wky9emk7v7iyda/Ust_Faizal_-_160212_Risalah_Tauhid%3B_Syirik_fil_ibadah.mp3

20.  Maulana Hadi - 160212 Tafsir surah al-Fatihah ayat 5 & az-Zumar ayat 1-5
http://www.mediafire.com/download/gwhgc8tkt84w53h/Maulana_Hadi_-_160212_Tafsir_surah_al-Fatihah_ayat_5_%26_az-Zumar_ayat_1-5.MP3

21.  Ust Badrul - 160212 Kompas Umat; Deraan psikologi ahli Neraka
http://www.mediafire.com/download/3j873zh72zx9dzr/Ust_Badrul_-_160212_Kompas_Umat%3B_Deraan_psikologi_ahli_Neraka.MP3

22.  Dr Ahmad Jailani - 160213 Keliru dlm mencintai Nabi S.A.W.
http://www.mediafire.com/download/kpxce1evm25ippg/Dr_Ahmad_Jailani_-_160213_Keliru_dlm_mencintai_Nabi_S.A.W..MP3

23.  Maulana Hadi - 160213 Hujjatullah al-Balighah; Syariat & Ihsan
http://www.mediafire.com/download/ka5nvk7u4va585o/Maulana_Hadi_-_160213_Hujjatullah_al-Balighah%3B_Syariat_%26_Ihsan.mp3

24.  Maulana Hadi - 160213 Tafsir surah Lukman ayat 1-11
http://www.mediafire.com/download/5y8yallfm3h2w23/Maulana_Hadi_-_160213_Tafsir_surah_Lukman_ayat_1-11.MP3

25.  Dr Ahmad Jailani - 160213 Cerca-mencerca di klgn ulama'
http://www.mediafire.com/download/57f5fj2uvcozcol/Dr_Ahmad_Jailani_-_160213_Cerca-mencerca_di_klgn_ulama%27.MP3
    
Sebarkan, semoga bermanfaat.


[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 14/02/16 hingga 20/02/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 14/02/16 hingga 20/02/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Hakimi, Ust Muhammadi, Ust Faizal, Maulana Hadi, Maulana Asri.

1.  Ust Hanief - 160214 Usul Hadith; al-Mutasyaabih di klgn perawi
http://www.mediafire.com/download/2radccamykzrxjr

2.  Ust Badrul - 160214 Tafsir surah al-Kahfi ayat 75-78
http://www.mediafire.com/download/c9jbg1bqc249mse

3.  Ust Qamar - 160214 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Langkah pencegahan zina
http://www.mediafire.com/download/20tvabxokmsrxu0

4.  Maulana Hadi - 160215 Risalah Tauhid; samb. Masalah kesamaran ttg Ilah
http://www.mediafire.com/download/hbl4sl7vfbjrhf8

5.  Ust Qamar - 160215 Bulughul Maram; hadith 622-623 bab zakat
http://www.mediafire.com/download/toqsu20n57b10nb

6.  Ust Muhammadi - 160215 Risalah al-Mustarsyidin; Jujurlah dlm mencari kebenaran
http://www.mediafire.com/download/ml1ishhik964xv7

7.  Ust Hanief - 160215 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab Larangan jual beli gharar
http://www.mediafire.com/download/wb3r1q33oy1zjxi

8.  Ust Qamar - 160216 Tafsir surah al-Mu'minun ayat 78-98
http://www.mediafire.com/download/75jr2r9uf66meqg

9.  Ust Faizal - 160216 Risalah Tauhid; Muqaddimah
http://www.mediafire.com/download/37ce84ixkuczcgt

10.  Maulana Asri - 160216 Sunan Abu Daud; Kitab Jihad Bab bendera & panji
http://www.mediafire.com/download/o5bnkcdxwof7o0a

11.  Ust Qamar - 160217 Rahiqul Makhtum; Keputeraan Rasulullah S.A.W.
http://www.mediafire.com/download/saxeoz0tq26qp8x

12.  Ust Badrul - 160217 Tazkiyyatun Nafs; Khatimah kitab Tazkiyyatun nufus
http://www.mediafire.com/download/2w4p3qw1ylq3ycw

13.  Ust Hanief - 160217 Fauzul Kabir; Prinsip Islam dlm siyasah madaniyah
http://www.mediafire.com/download/oui51iw75fmj4zh

14.  Maulana Asri - 160217 Tafsir; Usul Tafsir ke-7
http://www.mediafire.com/download/fe0hha45yhf0jbh

15.  Ust Badrul - 160218 Tafsir surah al-Baqarah ayat 83
http://www.mediafire.com/download/vnht1petxd59hjn

16.  Ust Shamsuddin - 160218 Faslul Khitob; Peristiwa2 yg berlaku pd masa pemerintahan Khalifah Ali
http://www.mediafire.com/download/xs8d76pykj1usbk

17.  Ust Muhammadi - 160218 al-Adabul Mufrad; Kasih kpd keluarga hadith 379-388
http://www.mediafire.com/download/ic00u6z2cgxac80

18.  Ust Badrul - 160219 Kompas Umat; Bahaya ikut-ikutan
http://www.mediafire.com/download/bs13kje16b77j5i

19.  Ust Badrul - 160219 Targhib wa Tarhib; Penjelasan ttg zakat perhiasan
http://www.mediafire.com/download/1bll33qbwa2tbug

20.  Ust Hakimi - 160219 Tafsir surah Al-Baqarah ayat 40-46
http://www.mediafire.com/download/p2rvrd57w5nhxe5

21.  Ust Shamsuddin - 160220 Daurah Syamail Muhammadiyyah; hadith 24-44
http://www.mediafire.com/download/o6qae67017zdip3

22.  Maulana Hadi - 160220 Hujjatullah al-Balighah; 4 Usul ilmu akhlak
http://www.mediafire.com/download/wn6rdix5z65u2p6

23.  Maulana Hadi - 160220 Tafsir surah Lukman ayat 12-19
http://www.mediafire.com/download/xphlftqh1jxkey3

24.  Ust Shamsuddin - 160220 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 7 Biodata Abu Sufyan
http://www.mediafire.com/download/c01db9aolj1ckct

25.  Ust Shamsuddin - 160220 Risalah Tauhid; Syiriknya seruan doa kpd org mati
http://www.mediafire.com/download/aocr9tyd85vpra0
    
Sebarkan, semoga bermanfaat.


Tuesday 8 March 2016

"Kau dah berpuluh tahun buat maksiat, memang ke neraka laa"

"Kau dah berpuluh tahun buat maksiat, memang ke neraka laa"

"Perangai macam setan, tak payah nak berubah jadi baik"

Hayati kata-kata Allah dalam gambar tersebut

- Ust Ad-Dien


Risiko Menggunakan Lesen "Enterprise"

Apabila kita berniaga dengan menggunakan lesen-niaga 'enterprise', risikonya banyak.

Yang paling penting adalah, seluruh kekuatan bisnes kita melekat di badan kita. Apa-apa sahaja yang berlaku ke atas diri kita, kesannya adalah ke atas lesen 'enterprise' itu.

Akibatnya adalah:

+ Apabila kita meninggal, lesen 'enterprise' itu pun mati. Tidak dapat diwariskan.

+ Jika lesen 'enterprise' itu mempunyai sijil-sijil seperti sijil halal, sijil KKM, PBT dll, permit Kastam, Polis dll, ataupun mempunyai tender dan kontrak kerja, semuanya ikut 'mati'. Tidak dapat diwariskan.

+ Bank akan bekukan akaun yang dibuka atas nama 'enterprise' itu. Sebagaimana bank juga akan bekukan akaun bank yang atas nama peribadi kita.

-Puan Ainon Mohd


Wednesday 2 March 2016

Jangan sakiti aku... (kucing)


Fatwa tangani Bid'ah dalam masalah Ikhtilaf/Khilaf perkara furu'

Saya telah ditanya tentang fatwa ini. Pendirian saya tidak pernah berubah. Setiap undang2 dan peraturan pihak berkuasa hendaklah dihormati dan dipatuhi. Tetapi?, ya ada tetapinya. Sebagai seorang yang berpengalaman & terlatih di kedua2 mahkamah sivil & syariah, saya dapati warta / fatwa tersebut mempunyai kecacatan yang ketara. Jika ada pihak yang membawa isu ini ke mahkamah, saya berpendapat pihak yang terlibat mengeluarkan warta / fatwa ini akan berada dalam kesulitan.

Cuba perhatikan perenggan "Pandangan Jumhur Ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam...." Kemudian bandingkan dengan senarai 18 perkara yang menjadi isu.

Apa yang bermain dalam kepala anda?

Ya, benar. Daripada 18 perkara itu, berapakah amalan tersebut yang benar2 adalah berdasarkan pendapat jumhur?

Saya berpendapat pihak yang terlibat tidak mendapat nasihat kepakaran yang paling tepat dari segi perundangan & fiqh.

WAllahu a'lam.

- Dr Jailani


Tuesday 1 March 2016

Bacaan Sunnah Bila Mula & Tutup Majlis

~ SUNNAH MENGAJARKAN TATACARA UNTUK PERJUMPAAN SAMADA PERJUMPAAN MAJLIS2 ILMU@KELAS @ MESYUARAT.

Apakah cara yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w?

1) Membuka majlis dengan membaca Khutbah Hajah
2) Menutup dengan doa dan Tasbih Kifarah

Apakah cara yang kita kebiasaan buat yg mana ia tidak dicontohkan dari sunnah?

1) Membuka majlis dengan Umul Kitab Al-Fatihah
2) Menutup dengan surah Al Asr

Jadi tune lah semula yang menjadi kebiasaan itu kepada sunnah.

- Ust Rizal Johari


Tips Keluar Shopping Bersama Isteri

Tips Keluar Shopping Bersama Isteri.

Apabila isteri tanya, “Cantik tak bang?"

Jangan cakap, 'Tak cantik', 'Hodoh', 'Buruk' dan seumpamanya.

Kata-kata itu boleh mengguris hati isteri. Ada kemungkinan langsung dia letak dan berkata, “Lain kalilah kita datang."

Jangan pula respon, “Ikut awaklah yang mana berkenan."

Isteri mahu komen suami yang mahu dilihat cantik di mata suami. Dia mahu pendapat suaminya.

Jawab begini,

“Warna itu mungkin kurang sesuai. Nanti susah nak matching dengan tudung."

"Kain itu nampak nipis, kurang elok."

"Kalau awak pakai, nanti nampak seperti Mak Teh di kampung. Warna orang-orang tua." (nada bergurau).

"Warna ini sesuai untuk saya. Bukan untuk awak." (nada bergurau)

Nabi Muhammad kata wanita itu ibarat botol kaca. Hati-hati, nanti mudah pecah.

- Ust Saifuddin Yusof


Jangan Hina & Perlekeh Orang Lain

Guru kami menceritakan kpd kami.

1 Saya dulu,mase tgh belajar.Saya cube sungguh2 utk mengambil wuduk dgn 1 mud(500 ml air shj) .Kerana ingin ikot sunnah.Dan Saya pernh memandang sinis kpd org yg berwuduk dgn air yg amat byk.Selepas itu saya diuji dgn penyakit was2.

2 Saya pernh memandang sinis seorg yg tdk berjemaah subuh di masjid.Selepas itu,saya diuji dgn tidak mampu solat subuh di masjid selama setahun.Walaupon saya  sudah tidor seawal yg mungkin utk bangun solat berjemaah di masjid.

Kata Syeikh.

Seseorg yg menghina Dan memperlekeh org lain,Dia akan diuji dgn ape yg diperlekehkan itu.

- Solah Abd Aziz