Friday 7 April 2023

"Betulkan Salah Faham Masyarakat Dalam Beragama, Disinilah Lubuk Kita Mencari Pahala"


"Betulkan Salah Faham Masyarakat Dalam Beragama, Disinilah Lubuk Kita Mencari Pahala"

TITIPAN MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF HAFIZAHULLAH ( MMAY ) 


“ Kita kena sedar, kita sekarang nak baiki masyarakat. Dan nak baiki masyarakat ni bukan seperti nak baiki kereta. Lebih rumit lagi kerana ia berkait dengan agama. “


“Fahaman beragama yang sempit makin banyak, nak baiki fahaman-fahaman yang tak betul ni bukan senang. Ada yang sampai berperang. Bertumpah darah.”


“Tak payah pergi jauh, tengok bab orang perempuan sahaja. Berapa ramai perempuan yang dinafikan pendidikan atas alasan agama. Kononnya orang perempuan tak boleh belajar tinggi. Bergaduh sampai ada yang mati “


“Begitu juga fahaman orang perempuan tak boleh memandu kereta, kononnya suatu kesalahan beragama. “


“Padahal berapa ramai orang perempuan menaiki unta di zaman Rasulullah SAW, berapa ramai pula yang menaiki kuda. “


“Tambah berat lagi, bukan orang lain yang bawa fahaman begini, tapi orang agama sendiri mengajak masyarakat menjadi sempit dan mundur. “


“Jadi inilah tugas kita ahli agama. Memperbetulkan salah faham masyarakat dalam beragama. “


“Ya, memang bukan mudah, tapi disinilah nilai perjuangan kita. Disinilah lubuk kita mencari pahala. “


Kredit 

#AmirFathy

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tips Dari Nabi Bagaimana Cara Ketua Memberi Arahan


Tips Dari Nabi Bagaimana Cara Ketua Memberi Arahan 

Hadis dan Bagaimana Ketua Memberi Arahan 


Kita semua sebagai ketua kecuali orang yang masih belum mumayyiz. Jika ada dalam kalangan tuan puan yang belum mumayyiz, jangan baca nota ini.


Sebagai majikan, ketua jabatan, guru, ibu bapa dan sebagainya. Kita memang memberi arahan setiap hari kepada orang bawah kita.


Majikan kepada staf, guru kepada pelajar, ibu bapa kepada anak dan seterusnya. Bagaimanakah cara kita memberi arahan kepada orang bawahan kita?


Lazimnya, ada ajaran atau rasional kita sendiri yang menganggap arahan mestilah dalam keadaan lembut dan santun. Barulah orang bawahan rasa senang hati dan rasa tidak tertekan.


Maka kita akan letak perkataan yang dikatakan 'pelembut arahan' seperti 'tolong', 'mohon', 'please' dan seumpamanya.


Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhi wa Sallam sentiasa memberi arahan. Bagaimana Nabi memberi arahan?

Anak-anak Yang Membesar Dengan Buku Mencerdikkan Mereka Tanpa Mengira Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa


Anak-anak Yang Membesar Dengan Buku Mencerdikkan Mereka Tanpa Mengira Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa

Pandangan umum selalu menyebut, anak-anak yang cerdik lahir daripada ibu bapa yang berpendidikan.


Tapi ada kajian lain selama 20 tahun daripada 27 buah negara mendapati, anak-anak yang membesar dengan buku turut mencerdikkan mereka tanpa mengira latar belakang pendidikan ibu bapa.


Anak-anak yang membesar dengan 500 buah buku di rumah berbanding tiada buku jelas memberikan impak yang berbeza.


Ini yang didapati oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Mariah Evans dari University of Nevada melalui kajian 27 buah negara itu.


Kehadiran buku dalam hidup kanak-kanak macam dididik oleh ibu bapa yang ada pendidikan selama 15 tahun. Berbanding yang tiada buku seperti dididik oleh ibu bapa yang mempunyai pendidikan selama 3 tahun.


Memiliki buku di rumah adalah dua kali lebih penting berbanding mempunyai bapa yang berpendidikan. 


Mereka juga mendapati, anak-anak yang membesar dengan buku, 3 tahun ke hadapan lebih pantas dalam didikan.


Di China, kanak-kanak yang mempunyai 500 buku di rumah mereka, mempunyai kepantasan didikan 6 tahun ke hadapan. Evans kata, 3 tahun ke hadapan pun dah cukup signifikan.


500 buku mungkin banyak sangat, 20 buku pun menurut Evans sudah cukup untuk bagi impak.

Bantu Orang Alim Dalam Perjuangan



Bantu Orang Alim Dalam Perjuangan

Moga Allah SWT memberi kefahaman kepada masyarakat untuk turut membantu orang alim dalam perjuangan. 


Terkadang masyarakat terlepas pandang, sepandai manapun orang alim, jika mereka tidak cukup senjata, maka akan tersungkur juga. 


Sepertimana tukang kayu yang handal, tapi tidak punya gergaji, paku dan tukul untuk menyiapkan sebuah rumah, maka sia-sia sahaja kemahiran mereka. 


——


Jika kita lihat, tidak sedikit dalam sejarah, kesusahan orang-orang alim menyebabkan banyak tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 


Pernah diceritakan, satu kampung menganut agama Syiah kerana orang alim ( Sunni ) tidak punya kecukupan untuk melawan Syiah. Tiada kitab dan kewangan yang cukup untuk menjawab balas golongan Syiah. 


Disinilah peranan masyarakat, mereka sepatutnya membantu orang alim membeli ‘ senjata ‘. Kerana dengan senjata itulah, dapat memelihara agama malah menjaga masyarakat itu sendiri. 


Senjata yang saya maksudkan adalah membantu membina pusat pengajian juga kecukupan untuk orang alim. 


InsyaAllah dengan sifat kedermawanan dan kesungguhan orang alim, akan menyelamatkan umat dan agama ini dari musuh-musuh agama. 


Sudah terlanjur menulis ni, saya sertakan sekali peluang kepada teman-teman untuk membantu pusat pengajian Darul Kautsar yang diasaskan oleh Tuan Musyrif Maulana Muhammad Asri Yusoff hafizahullah. 


Sekarang ini pihak PPADK sedang membina asrama 2 tingkat untuk keselesaan para pelajarnya. Semoga Allah SWT memberi kebaikan kepada para penderma dengan kebaikan yang berpanjangan. Ameen. 


http://wasap.my/+60199122152/infaqAsrama


Akaun sumbangan adalah sebagaimana berikut:


MAYBANK

553104565893

PEMBANGUNAN PPADK KUCHELONG.


Kredit 

#AmirFathy 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Sediakan Fikiran Yang Matang, Jiwa Yang Besar Dan Usaha Tanpa Putus Untuk Melayari Lautan Ilmu Bersama


Sediakan Fikiran Yang Matang, Jiwa Yang Besar Dan Usaha Tanpa Putus Untuk Melayari Lautan Ilmu Bersama

Sewaktu di Darul Kautsar, bilamana Maulana Muhammad Asri Yusoff ( MMAY ) hafizahullah bertanyakan soalan berkaitan ilmu alat, beliau pasti akan berpesan : 


“ Pelajar bidang hadith ni, kalau tok guru sediakan satu baldi ilmu untuk dicurahkan, anak buah perlu sediakan sebaldi juga untuk ditadah. Baru ilmu yang diberi tidak melimpah keluar. 


“ Tapi kalau tok guru curah ilmu sebaldi, anak murid hanya menadah dengan cawan kecil, pasti banyak yang akan terbuang. Yang dapat hanya sikit sahaja. “ 


“ Sebab itulah pada ana, nak memahami cara fikir tok guru, anak buah pun kena selaju tok guru. “ 


“ Kalau tok guru bawa selaju kapal terbang, anak buah pun kena bawa laju macam tok guru. Biar sama laju, baru dapat ikut dengan baik. “ 


“ Tapi kalau tok guru bawa laju macam kapal terbang, anak murid 60km/sejam pun tak dapat, macam mana nak ikut ? “ 


“ Sediakan fikiran yang matang, jiwa yang besar dan usaha tanpa putus untuk melayari lautan ilmu bersama. Allah SWT akan memberi gaya suatu hari nanti. “ 


—————


Setiap kali MMAY berpesan begini, rasa seperti dipanah petir. Tak tertahan menanggung malu. Hanya Allah sahaja yang tahu. 


Hari ini, setelah tamat Dauratul Hadith sekian lama, pesanan inilah yang membuatkan saya membaca dan menyelidik dahulu sebelum mengajarkan apa-apa kepada para pelajar saya. Bimbang saya dan pelajar tergelincir sama. 


Pesan beliau ini benar-benar membekas di dalam hati. Moga Allah memberkati MMAY dengan keberkatan yang berpanjangan. حفظه الله


Kredit 

#AmirFathy 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Islam Adalah Agama Ilmu Dan Bukan Hanya Agama Sentimen Atau Semangat!


Islam Adalah Agama Ilmu Dan Bukan Hanya Agama Sentimen Atau Semangat!

BUANG DUNIA...CARI AKHIRAT SAHAJA?


Pernah anak saudara (Budak Sains) masuk Matrikulasi Sains lepas SPM. Semasa di sana dia mengikuti satu usrah dakwah. Lepas balik cuti dia jadi pening dan mahu meninggalkan dunia kerana abang2 usrah dakwahnya mengatakan YANG PENTING CUMA ILMU AGAMA. Ilmu dunia seperti SAINS, MATEMATIK tak penting. Saya andaikan beberapa perkara untuk berbaik sangka:


1) Abang usrahnya cakap benda benar, cuma cara penyampaiannya kurang tepat sehingga anak saudara saya silap faham. Atau anak saudara saya salah faham maksud abang2 usrahnya.


2) Abang usrahnya begitu bersemangat dengan penghayatan Islam tapi kurang bimbingan yang benar daripada ilmuwan Islam. Lalu dibakulkan semua ilmu selain ilmu agama sebagai sekular dan perlu dipinggirkan.


Apa jawapan saya pada anak saudara? Ini beberapa contohnya;

Pemuda Yang Mencari Erti Sebenar Kehidupan : Buku The Alchemist


Pemuda Yang Mencari Erti Sebenar Kehidupan : Buku The Alchemist 

Tidak ingat bila kali pertama membaca karya Paulo Coelho, tapi yang pastinya saya tidak memulakan bacaan karyanya dengan The Alchemist. 


Ternyata The Alchemist memberikan satu pengalaman yang cukup berbeza buat saya selaku pembaca yang jarang sekali membaca fiksyen bahasa Inggeris. 


Dan, saya berani mengatakan karya ini memberi tamparan yang hebat kepada saya dalam usaha mencari makna diri. 


Teringat pesan saudara Kiridaren Jayakumar apabila beliau mencadangkan buku ini untuk dibaca, 


“Baca The Alchemist akan membuatkan anda jatuh cinta untuk terus mencari dan membaca karya-karya Paulo Coelho.”


Saya mengaku. Saya tak sabar “bertemu” dengan karya Paulo Coelho yang lain. 


Baiklah, 


Karya ini menceritakan tentang perjalanan seorang pemuda yang sedang mencari erti sebenar kehidupan. 


Sepanjang perjalanannya, dia merasai pelbagai pengalaman seperti menjadi pengembala kambing, pembantu kedai kristal, pengembara dan sebagainya. 


Pengalaman yang dilaluinya ini tidaklah sekadar berjalan kosong saja, tetapi penuh dengan penaakulan mengenal diri dan alam. 


Santiago yang diceritakan oleh Paulo Coelho digambarkan sebagai seorang pemuda yang berfikir dan berani menempuh cabaran. 

Golongan Baik Dan Golongan Buruk


𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐑𝐔𝐊


𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚


Berkaitan amalan baik dan buruk, terdapat dua golongan manusia. Golongan pertama, mereka yang memenuhi kehidupan dengan perkara-perkara yang soleh. Mereka juga suka kepada kesolehan. Zahir pada cara hidup mereka ciri-ciri orang baik dan menyukai kebaikan. Zahir pada ucapan dan tindakan mereka kebaikan dan mencintai kebaikan. Golongan ini kita menilai sebagai golongan yang baik dan soleh. Ini tidaklah bererti tiada perkara negatif dan dosa dalam hidup mereka. Semua anak Adam itu pendosa. Namun, secara perbandingan yang zahir, kesolehan mendominasi hidup mereka dan mengatasi kejahatan. 


Golongan ini, jika kita ketahui atau berpengalaman dengan kesalahan dan sifat negatif mereka, maka anggap itu kekurangan yang ada pada setiap insan. Diri kita juga sama, bahkan mungkin lebih buruk. Maka, ruang untuk bersangka baik dan memaafkan kesilapan mereka itu hendaklah begitu luas dan mudah. Ini kerana kita tahu, dosa bukanlah kecenderungan mereka. Janganlah kita besar-besarkan kesilapan yang jarang berlaku itu seakan mereka itu golongan yang jahat.


𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚


Golongan kedua pula merupakan golongan yang telah menghiasi kehidupan mereka dengan keburukan dan kezaliman. Perkara-perkara negatif itu membanjiri kehidupan mereka dan mengatasi nilai-nilai baik seorang insan. Golongan ini merupakan golongan fussaq atau orang yang jahat. Ini tidak menafikan untuk kadang-kala terjadi perkara positif yang bukan hasrat asal mereka. Golongan ini kita perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap mereka. Ruang kemaafan atas kesalahan jika diberikan, hendaklah juga dinilai dengan hukuman pengajaran agar tidak berulang. Janganlah kita biarkan orangramai tertipu dengan kebaikan yang janggal itu sehingga ada yang menjadi mangsa kezaliman yang sering menguasai mereka.


Pun begitu, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa rahmat ALLAH itu sentiasa luas. Pintu taubat dan kembali kepada keampunanNYA sentiasa terbuka untuk semua. Boleh jadi orang yang buruk semalam baik pada hari ini. Boleh jadi juga sebaliknya. Namun, ketika berurusan sesama manusia di dunia ini, faktor dominasi baik dan buruk dan realiti yang disaksikan hendaklah diambil kira sebagai langkah berjaga-jaga.


Kredit 

#drmaza

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme