Saturday 27 May 2017

Cara Menanam Rasa Seronok Berniaga

BAGAIMANA MENANAM RASA SERONOK BERNIAGA?:
.

Step #1:
Kenalpasti apa minat Tuan. Jika suka kamera,jual barang berkaitan kamera. Level ini lebih kepada MELATIH DIRI KENAL KONSEP KOMUNIKASI,HUBUNGAN,KREATIF. Bukan nak untung! Kumpul database pelanggan.
.
Step #2:
Bina branding dan tanam kepercayaan pelanggan dalam bisnes anda. Waktu ini nak beritahu kepada semua orang AKU ADA BERNIAGA .... KALAU NAK BELI,CALL AKU.
.
Step #3:
Perlahan-lahan S.O.P asas perniagaan dibentuk. Cara jawab soalan,handle rejection,rancang promosi seperti waktu hari gaji.
.
Step #4
Modal berniaga tadi kembangkan kepada perniagaan yang anda benar mahu buat. Juga kembali kepada step 1
.
Usah melekat jual produk kita suka. Kemungkinan melekat dengan bisnes ada.
.
JUAL APA PELANGGAN SUKA.
.

Tips Hadapi Dan Lulus Ujian Di Dunia

Mmg lah dunia ini tempat ujian...segala kesedihan, kecelakaan dan musibah itu semua ujian...gagal rumahtangga, bercerai, gagal exam, gagal naik pangkat, anak, isteri, kemalangan dan byk mcm lagi ...semua itu ujian. Senang mulut kita cakap "ujian drpd Allah"...yg jadi persoalannya adakah kita LULUS ujian itu..adakah bila kita di uji,.. lagi dekat kita dgn Allah...adakah kita hadapi ujian itu dgn tenang dan redha...
.
Atau kita cuma pandai sebut ujian...ujian. Hidup tak berubah juga...perangai mcm dulu juga, malah ada yg lebih teruk akhlak dan hubungan dgn Allah. Sebelum diuji rajin solat jemaah selepas diuji xnampak muka di surau masjid...malah ada yg xsolat, xbelajar. Sahabatku, xcukup sekadar sebut ujian...ujian dari Allah.
.
Beberapa tips utk kita lulus ujian.
.
1. Beriman dengan takdir Allah
2. Yakinlah pasti ada hikmah
3. Ingat, ujian kita tu xseberapa. Org lain lebih teruk
4. Semakin kuat iman kita, semakin kuat ujiannya
5. Di sebalik kesulitan akan ada kemudahan
6. Bersabar, Bersabar, Bersabar
7. Ucap Innalillahi wainna ilaihi raajiuun dan sentiasa doa
8. Muhasabah diri, byk2 ISTIGFAR

Permulaan Air Asia: Cerita Inspirasi Dari Kisah Benar

AIRASIA : IMPOSSIBLE IS NOTHING
AN INSPIRING TRUE STORY

SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA – Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes
SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
.
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.
.
Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.
.
Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.
.
KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
.
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).
.
Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.
.

Pusat Perlindungan Gadis Terlanjur Serta Hamil

Puan-puan,
.
Jika ada kes-kes gadis terlanjur serta hamil dan memerlukan perlindungan, mohon hubungi kami segera ya!
.
Kami telah menyediakan sebuah rumah perlindungan khusus untuk mereka yang telah didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor.
.
Bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Perlindungan & tempat tinggal
- Kelas agama dan pemantapan spiritual (oleh ustazah-ustazah yang disediakan oleh pihak MAIS)
- kelas kemahiran
-pemeriksaan kesihatan/kandungan di Hospital Kerajaan
-Proses kelahiran di Hospital Kerajaan
-Proses berpantang dan penyusuan
-proses makluman, kefahaman dan surat menyurat berkaitan undang-undang
-nasihat guaman sivil/syarie
-kaunseling dan penasihatan
-diet/makanan seimbang sepanjang tempoh kehamilan
-Pendidikan reproduktif
.
Much much love,
.
Rumah Perlindungan Bayt Al Rahmah

Kedai Buku Terpakai Seluruh Malaysia

MISI MEMBURU KEDAI BUKU LANGKA
(Kedai Buku Terpakai Seluruh Malaysia)


Perlis
1. Ocean Used Books
Kedah
1. Languange book corner, Langkawi
2. Kedai buku Fiha
3. Bistro pustaka (cawangan alor setar)
4. Zone Ranger (Gerai Bergerak/ FB Novel Majalah Terpakai@En Nizam)
5. Pasar karat kg berjaya, alor setar
Perak
1. Novel hut ipoh
2. Bistro pustaka (cawangan parit buntar, akan dtg)
3. Alam bacaria (manjung)
4. Pasar karat loken
5. Pasar karat kamunting
6. Empire bookstore kuala kangsar
7. Ijjalyza bookstore
8. Kedai buku shidah medan selera dbi ipoh

Sebab Dipandang Sinis Bila Disuruh SABAR

Pernahkah anda dimarahi atau diperli sinis bila anda menasihati seseorg supaya berSABAR atas ujian dan musibah yg melanda dirinya. Di saat kita menyuruhnya bersabar...dia kata "asyik-asyik suruh bersabar...sabar...sabar, habis tu keadaan tetap mcm tu juga, sampai bila mau bersabar" (dgn nada xpuas hati dan memberontak).
.

Sebenarnya inilah punca masalah seseorg. Dia xbersabar pun, ujian skit dah mcm2 keluar drpd mulutnya. Sdgkan perintah utk bersabar adalah dtg drpd Allah dan Rasul. Bukan dtg drpd mulut ustaz atau kaunselor atau kwn2 yg ikhlas menasihati kita. Kamu yg xsabar kamu nak salahkan org. Org mcm ni dlm hati sy patutlah dia xsenang dan xhepy, Allah uji skit pun xleh sabar.
Ingatlah janji Allah, janji Allah inilah yg membuatkan kita senang dan bahagia selalu. Sedikit pun xrugi bg org yg SABAR.
.
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
.
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az Zumar: 10). 
.
Imam Al Auza’i mengatakan, “Pahala bagi orang yang bersabar tidak boleh diukur dan ditimbang. Mereka benar-benar akan mendapatkan ketinggian derajat.”

Atasi Terlelap Seketika Ketika Memandu (OPS SIKAP)

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.
.
Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.
.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".
Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.
.
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."
.
Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
Jadi, apa yang harus dilakukan?