Sunday 26 January 2020

Jangan lupa buat sunnah ni sebelum tidur!

Jangan lupa buat sunnah ni sebelum tidur!

Nak tanya, dah baca surah al Mulk?

Kalau tidur sekadar tidur, haiwan dihutan juga tidur!

Dari sahabat Abu Hurairah ra , Bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda;

مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ، لَا يَسْتَيْقِظُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا

“Barangsiapa tidur malam dalam keadaan suci, maka satu malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Tidaklah ia bangun pada satu malam, kecuali malaikat tersebut akan mendoakan:

‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana ia tidur dalam keadaan suci.'”_

[ HR. Ibnul Mubarak di kitab Az-Zuhd no.1244 (1/441), Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman no.2526 (4/283),  dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah  dalam kitab “Ash-Sahihhah” no.2539

Kalau Allah tidak bantu, wudhuk sebelum tidur pun kita tidak akan mampu! Hanya kepada Allah Ta’ala kita meminta pertolongan agar boleh beramal ibadah sesuai dengan cara yang diredhai-Nya.

Jangan lupa buat sunnah sunnah sebelum tidur!

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.

Kredit #UstazAhmadHasyimi

Apa Tanda CINTA Itu?

Apakah Tanda Cinta Itu?
=====

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata:

𝑺𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖, 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒖 𝒅𝒊𝒂 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒊𝒏𝒚𝒂, 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒎𝒂𝒉𝒖𝒑𝒖𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒃𝒖𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒊𝒅𝒂𝒉. 𝑶𝒍𝒆𝒉 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒊𝒕𝒖, 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒆𝒓𝒊𝒏𝒕𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒎𝒃𝒂-𝒉𝒂𝒎𝒃𝒂𝑵𝒚𝒂 𝒂𝒈𝒂𝒓 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒊𝑵𝒚𝒂, 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒂𝒅𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂𝒑𝒖𝒏.

(Raudhatul Muhibbin)

Kredit #SuhiliNain

10 PERKARA ORANG SUKSES TAK LAYAN

10 PERKARA ORANG SUKSES TAK LAYAN

1.Kata kata negatif dari orang sekitar

2.Kerehatan yang panjang sebelum berjaya

3.Kegagalan dalam melakukan tindakan

4.Perbualan tanpa matlamat dan arah tuju yang jelas

5.Kemalasan diri sendiri

6.Fikiran negatif kearah mensabotaj diri sendiri.

7.Perkara yang mengganggu fokus sepanjang perjalanan

8.Pembaziran dan penangguhan masa kepada perkara tidak produktif

9.Bahan bacaan dan media yang tiada memberi faedah

10. Bisikan syaitan yang mengganggu supaya tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.

Kredit #NizamMohamed

AGAMA Jauhkan dari DOSA, tapi ramai buat DOSA guna AGAMA?

AGAMA Jauhkan dari DOSA, tapi ramai buat DOSA guna AGAMA?

Raden Kartini pernah berpesan :

“ Agama memang menjauhkan kita dari dosa, tapi berapa banyak dosa yang dilakukan atas nama agama “

Ustaz ustazah perlu cakna perkara ini. Jangan sewenangnya berkonotasi “ atas nama agama “ untuk menyokong setiap perkataan dan tindakan kalian.

Begitu juga untuk menguatkan hujah yang jelas “ menegakkan benang yang basah “. Ingat ! Sekiranya ia terbukti salah, semua itu akan dipersoalkan di depan Allah SWT.

Namun sekiranya benar, moga Allah SWT menaikkan darjat kalian, memberikan kepada kalian Firdaus al-A’la atas juhud kalian membela dan mempertahankan agama Allah SWT ini.

Wallahua’lam.

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

Kredit #AmirFathy

Saturday 25 January 2020

Percayalah! TIDAK RUGI menjadi orang baik

Percayalah, TIDAK RUGI menjadi orang baik. Kalaupun ia tidak berbalas wang & penghargaan di dunia, ia berbalas ketenangan jiwa dan pahala di akhirat.

Bagi mereka yang berpangkat, kaya berkedudukan tetapi MASIH MAMPU jadi baik, Masha Allah, kedudukan mereka diangkat sejak di dunia lagi.

JANGAN PERCAYA dakyah Syaitan jin dan manusia yang mendakwa jadi baik merugikan, terlepas macam-macam sedang orang lain mendapatnya. Yang terlepas itu hanyalah peluang ke neraka sebenarnya.

DrZaharuddin Abd Rahman

Kredit: #Uzar