Tuesday 30 June 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck : Jangan Menagis Ketika Membaca Novel Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ulasan kali ini adalah berkaitan dengan sebuah novel yang agak popular daripada seorang ulamak yang berpengaruh di rantau ini iaitu HAMKA atau nama penuhnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1938 dan yang berada di tangan sekarang adalah cetakan ke 32.

Sebuah novel yang penuh indah dengan bahasa. sungguh halus bahasa melayu sebenarnya…penuh susila dan budi bicaranya tertib. jika berkesempatan, nanti tontonlah filemnya pula…pasti menusuk kalbumu.



Bak kata Ustaz Zahiruddin Zabidi, pada awalnya buku ini ingatkan adalah sebuah buku sejarah. Tapi telahan tersebut nyata sangat-sangat tidak betul. Tema asal sebenarnya buku ini adalah kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati yang mengharungi pelbagai halangan antaranya adalah taksub dengan adab. 

Sinopsis
Cerita ini menceritakan berkenaan Zainuddin yang berlatar belakangkan ibu Bugis-Mengkasar dan bapanya, Minangkabau. Selepas meninggal sahaja kedua ibu bapanya, Zainuddin dibesarkan oleh penjaganya yang dipanggi Mamak.

Cara Berzikir Menggunakan Ruas Jari


Lihat Penjelasan Dr Abdul Basit tentang cara berzikir guna jari di bawah ;)

Ulasan cerita ROH kembali pada Bulan Ramadhan.

ROH TIDAK BOLEH PULANG KE DUNIA
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Menjelang bulan Ramadhan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka.”

Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial menjelang tibanya bulan Ramadhan. Memang segala macam perisian media social seperti “WHAT’S APP, TELEGRAM, FACEBOOK” dan sebagainya sangat berguna untuk memanjangkan ilmu. Ilmu masuk mencurah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Pun begitu, fitnahnya pun tak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan. Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadith dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.



Antara tazkirah media sosial yang sangat popular menjelang Ramadhan adalah “tazkirah ajaib berkaitan kepulangan Roh Manusia pada bulan Ramadhan. Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej “KEPULANGAN ROH PADA BULAN RAMADHAN” tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut. Mungkin ia berpunca dari salah faham terhadap makna perkataan “ROH” dalam ayat ke 4 surah al-Qadar:

Zikir Selepas Solat Fardhu Sahih (Sunnah Nabi)


ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU MENURUT SUNNAH.

Amalan Mazhab Asy-Syafie [Lihat Kitab Mughni Al-Muhtaj 1/393]

Dipetik dari buku: Zikir Waktu Pagi & Petang serta ZIKIR SELEPAS SOLAT.

 Oleh: Abu Anas Madani 

Kerana Latihan 'Biceps' Di Gym, Lelaki Ini Tersedar Impaknya Kepada Solat

Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Mag Malaya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Sem0ga ia turut membawa kebaikan kepada anda.

Aku baru sedar satu perkara.
Minggu lepas aku pergi gym, fokus nak main tangan ( biceps & triceps ). Tengah sedap aku layan lagu sambil angkat-angkat dumbell, ade sorang trainer nih diri depan aku sambil perhatikan ape yang aku buat.


Salah, dia cakap aku buat salah. Dia cakap kadar kelajuan aku angkat dumbelltuh terlalu cepat. Dan aku pon mula pelik, sebab aku tengok tangan aku ngantangan dia takdelah banyak beza, jadah ape kau nak nasihat aku.

Thursday 25 June 2015

Beberapa Persoalan Tentang Ruh

Saya masih di Malaysia. Pulang sabtu ini insyaAllah. Dalam keadaan mengejar waktu, saya mengambil kesempatan untuk menyemak beberapa rujukan dalam perpustakaan peribadi saya di rumah. Sekali lagi saya merujuk beberapa pandangan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana beberapa isu yang dibahaskan semasa di Oxford membabitkan pandangan beliau. Sering saja nama besar itu menarik perhatian saya dalam kajian.

Sebenarnya, sejak dahulu saya memang berminat dengan tokoh tajdid ini. Sebagai anak murid tokoh reformis yang agung Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), al-Imam Ibn Qayyim telah meneruskan usaha pembaharuan dan sumbangan ilmu selepas kewafatan gurunya itu. Saya sendiri –dengan segala kedaifan yang ada - telah mengasaskan pusat pengajian umum yang saya nama Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di Bukit Mertajam, S. Perai. Alhamdulillah, sekarang bertambah subur dan terus menyumbang dan dikenali sebagai IQ.

Dewan Ibn Qayyim yang penulis asaskan di Bukit Mertajam, S. Perai.

SMADAV : Antivirus Lokal Indonesia

Smadav 2015 Rev. 10.1 dirilis !!

Smadav 2015 Rev. 10.1 : Penambahan database 315 virus dan 3992 varian virus baru, Penambahan fitur keamanan saat browsing Internet, Pembersihan virus Facebook-Share, Autoit, dll.
Smadav 2015 Rev. 10.0 : Perubahan tampilan dan bahasa Smadav 2015, Penambahan database 212 virus baru, Penyempurnaan metode pengebalan USB flashdisk dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.9 : Perbaikan update otomatis Smadav Pro "Installation Not Found", Penambahan database 332 virus baru, Penambahan deteksi virus shortcut pada USB, Penyempurnaan metode blacklist Smadav Pro tidak orisinil dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.8 : Penambahan database 651 virus baru, Penambahan teknik pendeteksian virus shortcut Trasher/Dorkbot dan VBS pada USB, Perbaikan bug program dan kesalahan deteksi, dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.7 : Penambahan database 161 virus baru, Penambahan teknik pendeteksian program berbahaya pada USB, Penyempurnaan proses update Smadav Pro, dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.6 : Penambahan database 223 virus baru, Perubahan tampilan utama Smadav 2014, Penyempurnaan proses instalasi Smadav, Penambahan teknik pendeteksian virus pada USB, dsb.
Smadav 2013 Rev. 9.2 : Penambahan database 229 virus baru, Support untuk Windows 8 (Smadav dapat digunakan di Windows XP/Vista/7/8), Perubahan tampilan, dsb.

4 fungsi utama Smadav :


Monday 22 June 2015

Status hadis berkaitan doa makan yang masyhur

Seperti yang dimaklumi bahawa masyarakat melayu membaca doa sebelum makan dengan lafaz berikut:


اللّهُمّ بارِك لنا فِيما رزقتنا ، وقِنا عذاب النّار

Maksudnya: Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhilah kami dari azab neraka.


Maka di kesempatan ini saya ingin menyatakan pandangan status riwayat doa makan yang masyhur ini.

Adakah itu pendakwah sebenar?

Islam Agama Ilmiah 

Tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang telah mencium haruman sunnah akan membela dan mempertahankannya. Apatah lagi jika yang dihina itu adalah Nabi yang menjadi rujukan sunnah maka sudah tentu kita akan melenting kepada sesiapa sahaja yang menghinanya. Namun perlu diingat, Islam ini agama yang bersifat ilmiah bukan emosi. Di dalam al-Qur'an terlalu banyak ayat yang menyuruh manusia berfikir dan menaakul. Bahkan Islam menggalakkan penganutnya berdialog dan berjidal untuk sampai kepada kebenaran. Islam menegur orang kafir Jahiliyyah yang tidak mahu menggunakan akal mereka untuk memilih agama. Firman Allah yang bermaksud: "Apabila dikatakan kepada mereka (orang kafir) marilah (ikuti) apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: "Bahkan (biarkanlah) kami mengikuti apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan", walaupun nenek moyang mereka itu tidaklah berakal dan tidak juga mendapat petunjuk". (al-Baqarah: 107)



Sunday 21 June 2015

Ingin Membeli Powerbank? Apakah Antara Ciri-Ciri Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli?

Jikalau anda merupakan pengguna aktif peranti mudah-alih seperti kami, mungkin kebiasaan bateri telefon pintar anda akan bertahan sekitar sekitar 9 jam sahaja. Perkara ini sering menganggu, terutamanya apabila kita bekerja di luar. Sebagai alternatif untuk anda telefon pintar anda terpadam sebegitu sahaja, dan untuk kekalkan bateri telefon anda, salah satu peranti yang boleh membantu adalah powerbank.
Xiaomi PowerBank
Powerbank boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah-alih, dan pelbagai pengeluar menawarkannya di pasaran. Kebanyakkannya boleh dikatakan hadir dari China, disamping beberapa pengeluar peranti seperti Nokia, Sony, Xiaomi dan lain-lain turut menawarkan powerbank jenama mereka tersendiri.
Dengan pelbagai penawaran ini, semestinya ia mungkin membuatkan anda sedikit sukar dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian powerbank anda. Jadi, apakah antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian sebelum membelinya?

Ingin Membeli Telefon Pintar Terpakai? Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Dengan kadar pengeluaran telefon pintar dengan pantas daripada para pengeluar, salah satu perkara yang turut bertambah adalah kadar pengguna yang menjual telefon pintar terpakai mereka kepada rakan-rakan dan pengguna lain.
Seperti semua sedia maklum, laman-laman seperti Mudah, Lelong, eBay dan sebagainya menjadi salah satu laman utama untuk pengguna menjual peranti mereka. Memandangkan anda ingin membeli telefon pintar terpakai, maka mungkin anda boleh mengajak penjual telefon tersebut untuk berjumpa di lokasi awam, dan menyemak beberapa perkara pada peranti yang anda ingin beli itu.

1. Keadaan Fizikal

Perkara paling awal yang mungkin anda perlu beri perhatian ketika membeli telefon pintar terpakai adalah keadaan fizikalnya. Pastikan anda menyemak bahagian tepi kerangka untuk sebarang kecacatan, dan tidak ketinggalan adalah calar pada skrin dan juga kerangka belakang. Sekiranya ia mempunyai beberapa ruangan penutup (seperti pada Galaxy S5, Xperia Z1 dan sebagainya), pastikan ia masih lagi dalam keadaan baik dan tidak hampir terputus.

2. Semak Kerosakkan Disebabkan Air

Sekiranya keadaan fizikal peranti dalam keadaan yang baik, maka perkara seterusnya untuk anda perlu ambil-tahu adalah sama ada peranti anda pernah mengalami kerosakkan disebabkan air ataupun sebaliknya.
Untuk menyemak perkara ini, terdapat beberapa ruangan yang boleh diperhatikan. Sekiranya anda menggunakan peranti dengan rekaan kerangka tidak boleh ditanggalkan, anda boleh menyemak pada bahagian mikro-USB dan juga ruangan kad-SIM. Selalunya terdapat sebuah pelekat berwarna putih. Sekiranya peranti tersebut pernah mengalami kerosakkan disebabkan air, maka ia mungkin berubah ke warna lain – seperti merah misalnya.
Semak Kerosakkan Disebabkan Air
Untuk peranti dengan kerangka yang boleh ditanggalkan, anda turut boleh menyemak ruangan bateri, dimana kebiasaannya sebuah pelekat berwarna putih turut terdapat pada bahagian tersebut.

Recuva : Mendapatkan Kembali Fail Yang Terpadam Tanpa Sengaja Pada Kad-SD Atau Storan USB

Salah satu perkara yang menjadi igauan ramai yang menggunakan storan berasaskan USB ataupun kad-SD adalah apabila peranti tersebut menghadapi masalah ketika digunakan, dan secara tiba-tiba meminta pengguna untuk format ia sebelum dapat terus menggunakannya.
Dengan membuat perkara berkenaan, kebanyakkan fail yang tersimpan akan terpadam – sekaligus membuatkan ramai yang hilang akan hasil kerja mereka, terutamanya dokumen dan juga gambar yang dirakamkan.
Untuk mengatasi perkara tersebut, dan membolehkan pengguna mendapatkan kembali fail yang tersimpan didalam sesuatu kad-SD atau sebarang storan, terdapat beberapa perisian yang membantu. Salah satu yang popular adalah Recuva.
Recuva dibangunkan oleh Piriform, yang mana turut membangunkan salah satu perisian popular untuk Windows – iaitu CCleaner.

Untuk mula mendapatkan kembali fail dalam sesuatu storan selepas di format, anda hanya perlu menghubungkan ia ke komputer, dan seterusnya memulakan perisian Recuva pada komputer berkenaan.

ADWCleaner : Membuang Toolbar Yang Menggangu Pada Komputer Dengan Mudah

Kadang-kala, sering kali ketika memasang sesuatu perisian, ia turut hadir dengan toolbar yang dipasang secara automatik. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai dan sering menganggu pengalaman pelayaran web anda.
Setiap toolbar yang terpasang ini boleh dibuang melalui Control Panel, tetapi mungkin bagi pengguna baru, mereka tidak menyukai akan kaedah ini.
Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian yang membantu adalah ADWCleaner. ADWCleaner merupakan salah satu perisian percuma untuk Windows yang membolehkan pengguna untuk membuang toolbaradware, dan pelbagai perisian yang tidak diingini dengan mudah.
AdwCleaner
ADWCleaner ini tidak dipasang pada komputer, dan beroperasi lebih kurang menyerupai portable-apps, dimana ia boleh dijalankan selepas ia dimuat-turun tanpa melalui proses pemasangan.
Sebaik sahaja menjalankannya, pengguna boleh memulakan proses pengimbasan, dan seterusnya membuang pelbagai toolbar dan perisian yang tidak diingini dengan klik pada “Clean”.
Apa pun, sebelum membuat proses “Clean”, sila pastikan apakah perisian yang akan terkesan dengan klik pada setiap tab dan melihat apakah yang akan dibuang.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ADWCleaner hari ini dan memastikan komputer anda terus bebas daripada perisian yang tidak diingini ini.

Bagaimana Merakam Desktop Menggunakan VLC Media Player?

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk pengguna merakamkan desktop – terutamanya untuk anda merakamkan tutorial dan sebagainya. Kebanyakkannya hadir dengan penawaran tersendiri, dan terdapat juga beberapa perisian yang berbayar. Tetapi, sekiranya anda inginkan sesuatu perisian yang percuma dan sedia terdapat pada kebanyakkan komputer hari ini, ia adalah VLC Media Player.
VLC Media Player merupakan salah satu pemain media sumber terbuka dan sedia menyokong pelbagai jenis format video untuk dimainkan. Ia juga turut hadir dengan pelbagai fungsi tersembunyi yang tidak diketahui ramai, dan salah satunya adalah kebolehan untuk merakamkan skrin desktop dalam bentuk video.
Untuk mula merakamkan video menggunakan VLC, anda terlebih dahulu perlu membuka perisian tersebut pada komputer anda, dan klik pada menu “Media“, seterusnya pilih “Open Capture Device“.
VLC Capture Media
Seterusnya, pada menu pilihandrop-down di bahagian Capture Media, pilih pilihan untuk “Desktop“.

SARDU : USB Multiboot, Satu Flash Disk Untuk Banyak Fungsi

Memformat komputer adalah salah satu perkara yang sering kita dengar apabila PC bermasalah. Kadang-kala perkara yang remeh dan dapat diatasi dengan senang, namun ramai yang masih memilih untuk memformat komputer. Salah satu cara mudah untuk memulihkan komputer yang bermasalah adalah dengan menggunakan aplikasi Sardu (Shardana Antivirus Rescue Disk Utility).
Secara ringkasnya, Sardu membolehkan para pengguna membangunkan peranti multiboot mereka tersendiri samada menggunakan peranti USB, cakera CD, DVD ataupun sebagainya. Ketika membinanya, Sardu memberikan pilihan berkaitan aplikasi apa yang ingin disertakan, termasuk antivirus dan ratusan aplikasi lain.
Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk membaik-pulih dan mengembalikan sistem operasi Windows dengan pantas, terus melalui skrin boot dengan menggunakan Sardu ini. Pada masa yang sama, Sardu turut menyediakan aplikasi untuk para pengguna mendapatkan kembali dokumen atau gambar yang hilang, serta menguji perkakasan mereka seperti cakera keras, RAM, grafik dan sebagainya.
Sardu ditawarkan secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun hari ini, dan menyertakannya kepada aplikasi wajib yang dipunyai oleh anda, andai kata komputer atau sistem operasi anda mempunyai sebarang masalah.

Sumber

Shiela USB Shield Melindungi PC Anda Daripada Ancaman Malware Daripada Pemacu USB Lain

Menjadi igauan ramai pengguna komputer adalah apabila menghubungkan sebarang pemacu USB daripada pengguna lain dan risau akan ia dijangkiti sebarang malware dan sebagainya. Terdapat beberapa perisian yang menawarkan perlindungan daripada ancaraman malware yang hadir dariapda pemacu USB, dan salah satu yang percuma adalah Shiela USB Shield.
Shiela USB Shield ditawarkan dalam bentuk perisian yang bersaiz kecil, tetapi memerlukan ia dipasang pada komputer. Sebaik sahaja ia selesai dipasang, perisian tersebut akan berjalan padaTaskbar komputer anda, dan boleh ditetapkan supaya turut dijalankan ketika komputer dimulakan.

Shiela USB Shield
Perisian ini juga mengelakkan daripada fail autorun.inf berjalan dan pada masa yang sama mengelak sebarang fail berbentuk malware dijalankan. Fail yang terjejas disebabkan oleh virus juga boleh dikembalikan ke bentuk yang asal, selain turut hadir dengan kebolehan untuk memaparkan sebarang fail dan folder yang tersembunyi.

Perbanyakkan Bacaan Al Quran Ustaz Hasyimie Che Pa



Keutamaan Mengkhatamkan Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan banyak berkahnya. Setiap muslim pasti sering mendengar bahwa bulan Ramadhan adalah bulannya Al-Quran. Karena memang sangat banyak sekali dalil yang menunjukkan hal ini. Allah Ta’ala berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)” QS. (Al Baqarah : 185)
Sedangkan keutamaan membaca Al-Quran sangat banyak dijelaskan, salah satunya adalah Sabda Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam,
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan “alif lam mim” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf” ( HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)

Saturday 20 June 2015

Siapa Bilang Bidah Itu Sesat!!....(full)

Islam adalah agama wahyu dan bukan agama ciptaan manusia. Perbuatan menokok tambah (bid‘ah) dalam agama boleh menghilangkan ketule-nannya, sehingga menyebabkan orang ramai tidak akan dapat membezakan antara ajaran asal yang bersumber daripada Allah dengan yang ditokok tambah oleh manusia.


Hadits 1 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
Hadits 2  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Muslim no. 1718)

(Funny) Looking for the fastest Taraweeh? - Mufti Menk



Use Ramadan as a time to connect with Quran. Do not choose the Masjid with the fastest Taraweeh just to get over with it.

Carilah kawan yang Soleh



Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Syaikh al-Uthaymeen - Hukum Insurans Kesihatan



Syaikh al-Uthaymeen rahimahullah menyampaikan fatwa beliau mengenai insurans kesihatan konvensional dan insurans kesihatan takaful.

Sila ke lelaman kami untuk membaca transkrip penuh video ini.
http://www.islamiq.sg/2012/03/shaykh-...

Too Lazy To Pray Salah? Watch This! | Mufti Menk


A short reminder to those who don't pray salah 5 times a day.

Prof Kamil Pengembaraan Menuju Abadi - 1% Pendakwah Di Akhir Zaman

Thursday 18 June 2015

Benarkah Nabi saw dilahirkan sudah berkhitan?

Dalam tempoh orang sibuk merayakan hari kelahiran Nabi saw, elok rasanya ana cerita sedikit pandangan ulama terhadap isu khitan Nabi saw. Secara umumnya ulama mempunyai 3 pendapat berhubung isu ini dan ana akan tarjihkan pendapat yang paling kuat. Perlu diingatkan di sini apabila kita menolak sesuatu pandangan ulama bukan bermakna kita tidak zuhud tetapi kita hanya mahu mengamalkan yang terbaik. Ana ringkaskan pandangan tersebut seperti berikut:


1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi saw dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan sudah terputus tali pusatnya. Dalil yang menjadi sandaran mereka ialah:

- ".عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: "من كرامتي اني ولدت مختونا ولم ير احد سوأتي

Maksudnya: Antara kemuliaanku ialah aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan tiada siapa pun melihat kemaluanku.

- Komentar terhadap hadis: Hadis ini terlalu lemah (daif jiddan) kerana terdapat perawi hadis yg bernama Sufyan bin Muhammad al-Massisi. Berikut komentar jaguh-jaguh hadis terhadap kedudukan beliau dalam periwayatan hadis:

Status Hadis Meninggalkan Doa Kepada Ibubapa Menyempitkan Rezeki



Saya ditanya tentang status hadis di dalam gambar ini. Lafaz yang saya jumpa ialah seperti berikut:

إذا ترك العبد الدعاء للوالدين فإنه ينقطع عن الولد الرزق في الدنيا

Maksudnya: Apabila seorang hamba meninggalkan doa untuk kedua ibubapanyamaka ia memutuskan rezekinya di dunia.

Hadis ini adalah riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari jalur Anas. Ia adalah hadis MATRUK (terlalu daif) kerana perawinya yang bernama al-Juwaibari yang dikesan selalu menipu dalam urusan hidupnya.

(Lihat: Ibn al-Jauzi, al-Maudhuat, jld. 3, hlm. 86, al-Suyuti, al-Laali al-Masnu'ah, jld. 2, hlm. 250, al-Zahabi, Talkhis al-Maudhu'at, hlm. 279)

*walaubagaimanapun doa ke atas ibubapa semangnya dituntut.

Sumber : Here

Hadis Palsu Tarawih Mengikut Malam





Cuba perhatikan fadhilat malam ke 8 dan 9. Ini petanda jelas bahawa hadis ini palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah ketika menghuraikan kepalsuan hadis solat Dhuha dengan kaifiat tertentu pahala 70 ORANG NABI:

وكأن هذا الكذاب الخبيث لم يعلم أن غير النبي لو صلى عمر نوح عليه السلام لم يعط ثواب نبي واحد

Maksudnya: Seolah-olah si pendusta yang jijik ini tidak tahu bahawa individu selain dari Nabi jika solat selama umur Nabi Nuh alaih al-salam tidak sekali-kali akan diberi pahala seorang Nabi pun. (Rujuk: al-Manar al-Munif, hlm. 50, no. hadis: 51)

Saya katakan: jika dalam hidup kita bertarawih 50 kali adakah kita dapat pahala seperti 50 pahala Nabi Ibrahim? Demi Allah hadis ini satu penghinaan kepada Khalilullah Ibrahim alaih al-Salam. 

Sumber : Here

Status Hadis-Hadis Kelebihan Ayat Kursi

Saya ditanya tantang hadis-hadis kelebihan ayat Kursi seperti di bawah ini:


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.




Berikut komentar saya: