Tuesday 30 August 2016

Bolehkah sebar hadis yang kita tak tahu status

BOLEHKAH SEBAR HADIS YANG TIDAK DIKETAHUI SAHIH ATAU TIDAK?

Apa hukumnya klu kita sebarkan hadith ini dgn kepercayaan yg kuat???

Dan apa hukumnya klu kita sebarkan sesuatu hadith yg kita sendiri tak pasti samada sahih atau tidak???... Berdosakan kita ustaz???

Jawapan:

Assalamualaikum.

Berdosa jika sebar sesuatu yang tidak diketahui sahih atau tidak.

Imam Muslim dalam Muqadimah Sahih Muslim membawakan beberapa hadis yang mengajar kita untuk berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ﻻَ ﺗَﻜْﺬِﺑُﻮﺍ ﻋَﻠَﻰَّ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻣَﻦْ ﻳَﻜْﺬِﺏْ ﻋَﻠَﻰَّ ﻳَﻠِﺞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭَ
Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]

ﻣَﻦْ ﻛَﺬَﺏَ ﻋَﻠَﻰَّ ﻣُﺘَﻌَﻤِّﺪًﺍ ﻓَﻠْﻴَﺘَﺒَﻮَّﺃْ ﻣَﻘْﻌَﺪَﻩُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ
Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]

ﻛَﻔَﻰ ﺑِﺎﻟْﻤَﺮْﺀِ ﻛَﺬِﺑًﺎ ﺃَﻥْ ﻳُﺤَﺪِّﺙَ ﺑِﻜُﻞِّ ﻣَﺎ ﺳَﻤِﻊَ
Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]

Terdapat banyak lagi riwayat yang disebutkan oleh Imam Muslim dalam Muqadimah Sahihnya. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja.
-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

pada 27hb Ogos jam 9.56


Aurat : Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita

Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita

1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik.

Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram.

Bukan menjadikan dia lebih cantik!
Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat.

Definisi ﻋﻮﺭﺓ (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]

Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;

ﻭَﻟَﺎ ﻳُﺒْﺪِﻳﻦَ ﺯِﻳﻨَﺘَﻬُﻦَّ ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﺎ ﻇَﻬَﺮَ ﻣِﻨْﻬَﺎ
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31)

Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka.

Itulah yang dilakukan oleh Nabi salallahualaihiwassalam.

2. Tidak menutup aurat ialah berdosa dan bertabarruj juga ialah berdosa.
Orang perempuan yang tidak memakai tudung ialah berdosa, orang perempuan yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa.

Orang perempuan yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun 'bertutup' ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.

Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.

ﺍﻟﺘﺒﺮُّﺝ : ﺃﻥ ﻳُﺒْﺮِﺯﻥ ﻣﺤﺎﺳﻨﻬﻦ
Dalam Islam wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik).

Contoh:

Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda.

3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Kena pandai bezakan dengan belajar hukum hakam dan syariat.

Orang perempuan disebut sebagai penghuni neraka teramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu.

ﻭَﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﺃَﻫْﻠِﻬَﺎ ﺍﻟﻨِّﺴَﺎﺀَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashion, trend, pujian orang, terkenal, mewah, glamour, suka shopping dan pelbagai lagi.

P/S : Orang lelaki juga akan masuk neraka dan diazab jika mengabaikan para wanita di bawah jagaan mereka. Tidak kisah, siapa ramai atau sedikit dalam neraka, asalkan bukan kita yang masuk ke dalam neraka!
Sekian

Jazakumullahukhairan kasiro.

- Ust Emran Ahmad


Monday 29 August 2016

Teguran Suci Buat Mufti Pahang

Teguran Suci Buat Mufti Pahang :

1. Apabila Daesh guna kalam Ibn Taymiyyah lakukan keganasan, bukan bermakna buku Ibn Taimiyyah menggalakkan keganasan. Ini kerana mereka guna dalil Quran dan Hadith juga. Takkan Allah suruh kita jadi ganas?
Maksudnya mereka menyelewengkan makna. Betul mereka salah guna perkataan ulamak, bahkan wahyu.

2. Apakah kena menetapkan aliran Asyairah dan Maturidyah untuk anutan semua orang? Berlapang dadalah terhadap ulamak. Saya risau kalau dipaksa begitu akan menyebabkan umat Islam berpecah belah.

Kita bersatu di atas Quran dan Sunnah, menyelisihi wahyu yang menyebabkan pecah belah dan bukannya mazhab. Anti hadith saja kata mazhab menyebabkan pecah belah.

3. Peranan mufti patutnya mengajak manusia berpegang akan Quran dan Sunnah, bukan ajar dan ajak masyarakat paranoid terhadap wahyu.

4. Saya harap dagu tuan mufti licin bukan kerana pisau cukur, tapi masalah hormon. Imam Syafie rhm melarang cukur janggut. Haram katanya.

p/s : Mungkin JAKIM boleh semak latar belakang mufti, apa kelayakan mereka. Apa yang ditulis dalam buku- buku mereka.
Takkan nak semak buku Ibn Taimiyyah saja? Bukunya jadi rujukan Ulamak muktabar seluruh dunia, bahkan Ibn Katsir rhm (penulis tafsir muktabar dunia) pun ambil kalam Ibn Taimiyyah.

Tak adil la. Semak dua-dua.

- Saif Al-Nur Saif


Sunday 28 August 2016

Seorang Ayah yang berprinsip

SEORANG YANG BERNAMA AYAH

Oleh: IRJAI

1. Semalam, 27 Ogos 2016 menjadi saksi akan genapnya umur ayah 64 tahun. Ayah selalu kata,

"Nabi shalallahu'alaihi wa sallam wafat (sekitar) pada umur 63 tahun... Kalau sudah menjangkau 64 tahun, ini kira bonus.."

2. Ayah seorang yang tegas dalam mendidik anak-anaknya, tetapi tidak pernah pula kami adik-beradik dipukulnya jika melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Cukup dengan hanya melihat kepada perubahan wajahnya dan tiba-tiba mendiamkan diri dalam jangka waktu tertentu sebagai 'pukulan' kepada kami. Bahkan kami tidak pula berani untuk bertindak bertentangan dengan prinsip ayah.

3. Antara semua adik-beradik, saya antara yang boleh dikatakan paling rapat dengan ayah. Keadaan ini mungkin kerana kami berkongsi minat yang sama atau mungkin juga kerana kami sering berbahas mengenai sesuatu isu. Sehingga ramai yang berkata, "Ini anak ayah ni.."

4. Mengenai kehidupan, ayah pernah berkata, "Waktu musim panas, ramai yang mengeluh 'panas... panas...' dan bila musim hujan, ramai juga yang mengeluh tak boleh nak buat apa disebabkan hujan... Kita hanya menumpang hidup diatas dunia ini untuk sementara. Hanya menumpang, bukannya 'tuan rumah'. Allah boleh bagi apa saja dan ambil apa saja kerana Dia 'tuan rumah' sedangkan kita hanya menumpang. Belajarlah untuk redha dengan Allah.."

5. Ayah seorang yang sangat sederhana. Meskipun tidak berharta, ayah tidak pernah meminta-minta. Ayah akan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan dan seringkali terlihat kepuasan di wajahnya tatkala apa yang dihajati diperolehinya. Pesan ayah,

"Jalanilah hidup ini dengan bermaruah dan berprinsip. Jangan sesekali mengharapkan apa yang ada ditangan orang lain sehingga kita terpaksa menghinakan diri menjadi hamba mereka, dan mengiakan apa sahaja yang dilakukan dan diperkatakan oleh mereka sekalipun salah."

- Ir Jai


Di sebalik LOGO Capal ada Akidah yang menyeleweng

Saya percaya ramai yang MASIH TAK TAHU pasal LOGO CAPAL pada kopiah yang banyak kita jumpe di jual di pasar2 malam, kedai jubah, car boot sales dan sebagainya. Masyarakat perlu ambil tahu pasal perkara ini. Ramai ibu bapa beli tapi tak tahu tentang maksud logo itu.

ASAL USUL CERITA:-

Lakaran bentuk capal seperti bermata dua itu dikatakan dilakar oleh pemimpin agama Barelvi/Brelwi di India. Diajarkan kepada pengikutnya supaya memuliakan lakaran itu dengan janji pelbagai khasiat dan mendakwa bahawa memuliakan lakaran capal adalah tanda benarnya iman seseorang.

Agama Brelwi banyak terlibat dengan kepercayaan dan amalan berdasarkan hadith-hadith palsu yg direka, malah mereka banyak mencipta hadith-hadith palsu, memuja kubur-kubur dengan memohon hajat kepada roh-roh, serta membina bangunan di atas kubur, yang jelas bertentangan dengan pesanan nabi saw.

Namun tidak ada seorang pun dikalangan ulama' hadith@ para salaf yang ada menjumpai hadis/ dalil berkenaan dengan fadhilat lakaran melakar capal nabi saw apatah lagi hendak bertawassul dengan bentuk lakaran itu. Ia amat bertentangan dengan ajaran yg dibawakan oleh Nabi s.a.w

Antara doktrin yang ditanam kepada pengikut mereka ialah : 'Sesungguhnya wali-wali Allah adalah pintu rahmat Allah, dan memohon rahmat mestilah melalui pintu-pintunya. Maka kubur wali mesti dikunjungi untuk memohon rahmat.' Ini salah satu ajaran pelik yang di ada-adakan dalam agama. Mereka juga mencipta perayaan di atas kubur dan mendakwanya sebagai 'sunnah' dan 'syiar Islam.' Malah mereka bernazar di kubur dengan membawa pelbagai jenis makanan, serta tawaf di kubur dengan alasan mengambil berkat.

Banyak pengaruh syiah yang ada dalam amalan dan kepercayaan Barelvi. Selain bertawassul dengan lakaran capal, pemimpin Barelvi juga juga mengatakan boleh menggantung lakaran kubur Husain di rumah mereka untuk mengambil berkat.

Para ulama' ahl sunnah wal jamaah memperingatkan tentang bahaya akidah Brelwi.

Umat Islam pula, ada yang terpedaya kerana Barelvis / Brelwi mendakwa 'mereka adalah ahl sunnah waljamaah yang bermazhab Hanafi.' Mereka juga mendakwa bahawa mereka sangat cinta kepada nabi.

Apakah kita hendak menggunapakai lakaran yang datang daripada golongan yang memalsukan hadith nabi saw dan memalsukan ajaran nabi saw?

Apatah lagi, sudah jelas lagi bersuluh bahawa bertawassul dengan objek tertentu bukanlah ajaran dari Nabi kita, Muhammad saw.

JADI, JANGAN BELIKAN LAKARAN2 CAPAL YG TERDAPAT PADA APA SAHAJA SAMADA KOPIAH, BAJU, KEY CHAIN & SEBAGAINYA INI KEPADA ANAK2 ATAU UNTUK DIRI KITA SENDIRI KERANA IA MEMBAHAYAKAN AKIDAH KITA.

- ﻣﺤﻤﺪ ﺭﻳﺰﺍﻝ ﺟﻮﻫﺮﻱ


Kata-kata Syeikh Tantawi

*KATA-KATA SYEIKH TANTAWI*

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik utk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yg hakiki" *AllahuAkbar!!!

August 24 at 8:08am

- Ustaz Zahazan Mohamed


Saturday 20 August 2016

Perkara yang perlu dilakukan jika berlaku kemalangan

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kemalangan?

1) Perkara pertama yang mesti anda lakukan adalah kawal diri anda. Bertenang dan jangan cemas. Redakan perasaan marah, takut atau cemas dalam diri anda dahulu. Pastikan orang yang anda langgar atau melanggar anda tidak agresif. Jika semuanya dalam keadaan terkawal, baru keluar dari kereta.

2) Periksa kenderaan anda dan pastikan tiada orang yang tercedera.

a) Jika ada yang cedera teruk, hubungi ambulans di talian 999 untuk bantuan. Dinasihatkan anda ke hospital kerajaan dahulu kerana mereka ada semua peralatan jika berlaku kes-kes kritikal.

b) Jika tiada kecederaan, alihkan kereta anda untuk keselesaan orang lain dan untuk elakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

3) Ambil nama penuh, no kad pengenalan, nombor telefon, nombor kenderaan, jenis kenderaan, warna kenderaan, ambil gambar kemalangan yang berkaitan, syarikat insurans dan (jenis kerosakan-jika sempat) pihak-pihak yang terlibat. Jika ada saksi awam, jangan lupa minta nombor telefon, nama penuh, alamat dan kad pengenalan mereka. Ini akan memudahkan anda ketika proses perbicaraan.

4) Jangan bergaduh di jalan raya. Sebaik-baiknya, terus ke balai polis dan buat laporan polis dengan segera. Kemudian, bawa salinan report polis tersebut ke syarikat insurans anda. Anda perlu mengisi borang yang disediakan di sana.

5) Jika kenderaan perlu ditunda, pastikan kenderaan anda ditunda ke bengkel tunda yang sah. Pastikan anda membawa salinan kad pengenalan, cover note, geran kereta, lesen memandu dan laporan polis. Biasanya, jika kita memperbaharui insurans, mereka akan berikan sticker yang mempunyai nombor “hotline” yang perlu dihubungi ketika kemalangan.

6) Jangan terus turunkan tandatangan anda jika ada ejen yang mengaku mereka daripada pejabat peguam dan akan bantu anda dengan sebaik mungkin. Sebaik-baiknya, siasat dahulu mereka dari firma mana dan siapa peguam mereka. Minta berjumpa dengan peguam dahulu dan tanya apa yang anda tidak pasti sebelum menandatangani borang untuk bertindak.

- Fadil Mohd Yusof


Friday 19 August 2016

Status Hadis Potong Kuku Ikut Sunnah

POTONG KUKU.

Assalamualaikum ustaz, benarkah gambar di atas tu cara Nabi saw potong kuku ?
Ada ke hadis sahih tentang potong kuku? Sy keliru, sebab bnyak sangat post2 tentang cara nabi cara nabi potong kuku dan berlainan pula cara2 tu.

Dr Rozaimi menjawab:

Waalaikumussalam.

Tidak ada hadis sahih dalam menentukan kaifiat memotong kuku yang disebut dalam hadis sahih ialah memotong kuku ada termasuk dalam perkara fitrah.

Wallahua'lam

- Dr Rozaimi Ramle


Adat Melayu vs Hukum Islam

*Antara Adat Melayu Yang Bertentangan dengan hukum Islam Tetapi Masih Diteruskan Amalannya Hingga Kini*

1. Mendengar berita kematian:

Melayu :*Alfatihah*

Islam : *Innalillahi wa inna ilaihi rojiun*

2. Usung jenazah

Melayu :
*Baca al fatihah sambil usung jenazah Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request Contoh meninggal dunia di Sarawak tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan*

Islam :
*Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia*

3. Tanam jenazah

Melayu :
*Jerus air dengan jug yang diikat kain putih*
*Tabur abur bunga*
*Tabur batu*

Islam :
*Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah*

4. Kubur jenazah

Melayu :
– *Kubur dihias bagai pengantin*
– *Kubur ada bangunan*
– *Kubur ada nama tarikh hidup dan mati*
– *Ada pakej upah baca Al Quran*
– *Batu nisan 2*
– *Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta*
– *Perlu beri wang kepada orang solat jenazah*
– *Perlu beri wang kepada penggali kubur*
– *Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah*

Islam :
– *Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan*
– *Kubur tiada bangunan*
– *Kubur tiada sebarang kapur nama tarikh hidup dan mati*
– *Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan*
– *Batu nisan 1*
– *Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan*
– *Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah FARDHU KIFAYAH bagi umat islam*

5. Kenduri arwah

Melayu :
*Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu doa tertentu surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat*

*Dilakukan selama 7 hari 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur*
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
*Tiada kenduri buat jenazah Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada*

*Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu *( jenazah lelaki)

*Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha *( Jenazah wanita)

*Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan*

6. Talqin

Melayu :
*Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu*

Islam :
*Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian*

*Berlapang dada renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..*

*Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-*

*Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya maka perkara tersebut tertolak*

*(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no1718)uskan Hingga Kini*

- Mohd Haizan


Nikmati masa kecil anak-anakmu

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan
mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

- Ichsu Tanamy