Saturday 9 January 2021

Panggilan Teragung, Jaga Waktu Solat!


Panggilan Teragung, Jaga Waktu Solat!

Saya perasan ini 20 tahun dulu, cabaran utama bekerja dengan syarikat non muslim bukan untuk hit sales target, tapi untuk hit supaya tak tertinggal solat.

Kalau kerja dalam ofis mungkin ok, saya kerja visit stokis, jadi asyik ke hulu kehilir je kerjanya, ASM (Area  Sales Manager) semua Cina dan polisi syarikat pula keluar out station mesti berdua.

Ingat lagi trip pertama saya dari Teluk Intan ke Ipoh, saya minta ASM turunkan saya dekat masjid tepi jalan, untuk solat zohor, dia berhenti, tapi masa masuk balik  kereta, moodnya dah nampak lain. Jarak tu tak sampai 2 marhalah, jadi tak boleh jamak qasar.

Saya belajar dari pengalaman pertama itu dan kemudian buat ini :

1. Bawa sejadah, bawa kompas, check tiap stokis mana arah kiblat, kenal pasti tempat solat.. selalunya saya dapat dekat stor, celah - celah kotak. 

2. Solat lepas habis kerja, jangan solat masa baru sampai, itu mungkin boleh buat orang beprasangka pada kita.  

3. Kalau perjalanan tu jauh check servis trip schedule, so kita tahu di stokis mana nak solat  jamak takdim dan di stokis mana kalau nak solat  jamak takhir.

4. Mereka pernah tanya...saya perlu solat 5 kali sehari ke...saya kata ya..."you bagi saya masa untuk solat , masa yang lain you punya" ..kata saya. 

5. Lepas itu dia nak habis kerja pukul 12 malam ke, nak lunch pukul 4 petang ke nak breakfast pukul 11 pagi ke...saya diam saja, tapi masa saya pula mahu pergi solat dia pula perlu diam.  

6. Akhirnya satu hari masa dalam kereta nak out station, bos tanya "you mahu sembahyang sekarang atau petang nanti " ( jamak takhir). Petang nanti... jawab saya ringkas, dalam hati kata ohhh faham dah dia...

7. Lepas tu saya jarang  sembahyang dekat tempat stokis lagi, mereka hantar saya ke kawasan masjid dan tunggu dalam kereta. 

8. Untuk hit sales target tak susah, untuk bekerja dengan bangsa asing pun tak susah, nak bagi mereka faham tentang amalan agama kita, itu ada susah sikit, sebab kita perlu sabar, kita perlu hormat budaya kerja mereka dulu, kemudian insyaallah mereka pula akan hormat kita .

9. Bagi yang bekerja dengan founder muslim, out station dengan rakan sekerja muslim dan stokis pun semua muslim, janganlah tinggal solat...apa nak jawab di sana nanti. 

10. Saya ingat mereka tak suka saya... rupanya terbalik, ASM Zon Sabah & Sarawak pula nak saya jaga sana, jadi saya kemudian ada dua orang ASM, sorang ASM untuk cover Perak, Penang, Kedah, dan dengan sorang lagi pegi cover Sabah dan Sarawak, berpeluh...

11 Tapi prinsipnya masih sama, masa solat saya punya, masa yang selebihnya company punya. Sesibuk mana pun kita carilah masa untuk solat, selagi peluang untuk solat itu masih dibukakan tuhan buat kita, kerana panggilan untuk mendirikan solat adalah panggilan yang teragung. 

                                                         Universiti Realiti 

                                                    Adli Azamin Shukri 

Foto : Solat adalah kompas kehidupan. Bawah : Mekah sebelum dan selepas Covid.

Kredit 

#AdliAzaminShukri 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Jadikan Buku Sebagai Teman Setiamu


Jadikan Buku Sebagai Teman Setiamu

Ibnu al-Jauzi pernah mewasiatkan kepada para ulama dan penuntut ilmu dengan berkata : Hendaklah bagimu dirumahmu tempat yang mana kamu boleh berkhalwat dengannya dan membaca baris-baris kitabmu serta menggerakkan kebersihan akalmu.

Alhamdulillah, sepanjang PKPB inilah antara bahan bacaan yang sempat dihabiskan. Ruang 'berkhalwat' bersama buku juga terasa lebih banyak berbanding hari biasa.

Bahkan, dari hari ke hari menghabiskan bahan bacaan terasa lebih banyak yang tidak tahu. Benar, inilah cara untuk membersihkan akal seperti mana kata Ibnu al-Jauzi, akal yang bersih itu diisi dengan ilmu.

Kemampuan membaca adalah suatu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Tiada pesan lain yang ingin saya sampaikan kepada teman-teman pembaca melainkan, yang pertama adalah jadikan buku sebagai teman setiamu dan yang kedua, ambillah buku dengan senang hati kemudian terus baca.

Kerana dengan membaca, anda seolah-olah sedang belayar menghayati alam sejarah yang luas, anda bertemu dengan banyak maklumat samada baik atau buruk, anda mendapat banyak pengalaman dari kisah-kisah yang dibaca malah mampu meluaskan kosa kata ketika menulis.

Teman-teman pembaca, boleh kongsikan gambar bahan bacaan anda sepanjang PKPB. Dengan harapan, orang lain akan terinspirasi untuk membaca juga. Demikian tugas kita selepas membaca, yakni memberi inspirasi, memanusiakan manusia dengan buku-buku.

#AdaApaDenganBuku

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

5 Persediaan Menghadapi Hari Kegawatan Ekonomi


5 persediaan menghadapi hari kegawatan ekonomi. 

1. Mentor. 

Kita mesti sudah ada mentor daripada sekarang. Mereka adalah sumber inspirasi dan sumber rujukan kita. Sudah semestinya, mereka adalah dalam kalangan yang sudah melalui kegawatan sebelum ini. 

2. Simpanan.

Bisnes jadi tidak menentu. Jadi, perlu sangat kita menyimpan bermula sekarang. Cairkan aset menjadi tunai. Simpan hanya aset yang menghasilkan aliran tunai positif. 

Jual sebahagian barang- barang yang kita tidak perlukan untuk dijadikan simpanan. Hidup minimalist sahaja. 

3. Turunkan kos. 

Jual semua liabiliti. Kereta mahal, rumah mahal, unsubscribe servis yang tidak diperlukan. Semua barangan mahal dan murah ada kos untuk maintain. Semakin mahal harganya, semakin tinggi maintainence nya. 

4. Bina habit baru.

Bina habit yang boleh menghasilkan duit dan turunkan kos hidup. Sebagai contoh, kita suka makan fast food, tukar kepada makan di rumah. Kita suka makan mahal, tukar kepada makan murah tapi kenyang. Kita suka beli baju mahal, kepada hanya beli baju murah sahaja. 

5. Tukar suasana. 

Kita sudah ada usaha untuk tukar suasana kita menjadi suasana yang positif. Kawan media sosial kita, kita ubah kepada rakan positif. Dalam dunia sebenar pun, kita banyak berkawan dengan rakan positif. Secar automatik, cara kita berfikir juga akan menjadi positif. 

Panduan ini dipetik daripada bacaan beberapa buah buku motivasi, bisnes dan kewangan. 

#ELTY®

Kredit 

#MazhairShahrozMuhasip 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Syukurilah.


Syukurilah.

.
#BuyaHamka

Asas Monitor FB Ads Bagi Bisnes Kecil Excell Atau Google Sheet.


Asas Monitor FB Ads Bagi Bisnes Kecil Excell Atau Google Sheet.


Asas paling utama monitor FB Ads bagi bisnes kecil adalah buat satu table menggunakan excell atau google sheet.

Table itu akan melaporkan untung kasar harian dan keseluruhan pada bulan tersebut.

1. Jumlah jualan harian.

2. Unit produk yang terjual.

3. Nilai kos produk yang terjual.

4. Kos pos harian.

6. Kos iklan FB yang dibelanjakan setiap hari.

5. Untung kasar selepas ditolak kos produk, kos pos dan kos FB Ads.

Kredit 

#MohdAlifHaiqal

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

5 Perkara Penting Kita Perlu Fokus Sekarang Ini.

 

5 Perkara Penting Kita Perlu Fokus Sekarang Ini.

Kita ini diancam kejatuhan ekonomi. Rantai ekonomi putus sana sini.

Melalui penjarakan fizikal dan pergerakan terbatas. Kita boleh diancam masalah sosial.

Kita sibukkan fikir perkara ini supaya kualiti hidup kita semakin meningkat.

1️⃣Bagaimanakah cara simpanan kita boleh bertambah walaupun RM50 seminggu.

2️⃣Bagaimanakah cara mendapatkan punca pendapatan yang boleh tahan lama. Walaupun diancam virus untuk 2 tahun lagi

3️⃣Bagaimanakah caranya memperbaiki hubungan keluarga. Ini seperti ambil tahu tentang ekonomi adik beradik dan ibu bapa.

4️⃣Bagaimanakah caranya kita menambah rakan yang berkualiti disekeliling kita. Disamping kita menjadi yang berkualiti untuk mereka.

5️⃣Bagaimanakah caranya kita meningkatkan potensi diri kita. Ini seperti baca buku, buka youtube tentang pembelajaran, hadir kursus online. Ya, ilmu rohani juga.

5 perkara. Fokus tentang ini.

Tinggalkan hiruk pikuk media sosial. Lupakan bunyi bising surat khabar online. 

Supaya penat kita lebih berbaloi.

Kredit 

#MohdAzizan

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Sisi Seorang Ulama'


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Sisi Seorang Ulama'

Menghafal Matan Alfiyah Ibn Malik ketika usia 10 tahun. 

Mempunyai sanad Kutub al-Sittah (6 Kitab Hadis Utama)

Belajar dan khatam Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir Jalalayn.

Kuat membaca. Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb dibaca sehingga habis. Lebih kurang 7 atau 8 jilid.  

Mengkaji TGNA dari sisi seorang ulama' boleh membuatkan kita tersentak.

Bagi tuan puan yang kurang biasa dengan kitab tafsir, bagi sesiapa yang belajar bahasa Arab, membaca kitab asal dalam Bahasa Arab Tafsir Fi Zilal al-Quran memang sangat sukar difahami. Syed Qutb itu guru sastera, menulis tafsir itu di dalam penjara. Dalam jiwa yang melankolik menulis baris-baris ayat huraian ayat Al-Quran. Bayangkanlah ayat-ayatnya. 

Apabila dilaporkan TGNA khatam membacanya, sesiapa sahaja tahu akan menganggap ia sesuatu yang gila. Memahaminya satu perkara, menghabiskannya pula satu perkara.

Kekuatan membaca TGNA mampu dihabiskan sewaktu dalam wad IJN dengan menghabiskan La Tahzan oleh Dr Abdullah 'Aidh al-Qarni.  

Sekadar berkongsi di lewat malam, merindui bicara hikmah seorang murabbi ummah.

Kredit 

#AhmadSaifuddinYusof

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Produktifkan Kerja Kumpulan Dari Rumah Dengan Aplikasi Trello, Slack, Zoom, Dropbox


Produktifkan Kerja Kumpulan Dari Rumah Dengan Aplikasi Trello, Slack, Zoom, Dropbox

Sejak dari awal tahun ni, saya dah setup team bisnes saya untuk berkerja secara remote dimana masing-masing work from home je. Bila masuk musim lockdown, team saya Alhamdulillah dah ready sebab dah memang berbulan buat kerja work from home. Sampai sekarang pun masih lagi work from home.

Macam mana saya pastikan produktivity level tinggi dan kerja boleh berjalan macam apa yang diharapkan?

Saya menggunakan tools online atau web based apps untuk pastikan saya boleh jalankan bisnes dengan baik dan mudah.

So, ini strategi saya..

* Gunakan Trello untuk track segala task

Kalau staff dekat ofis, boleh la bagi task dan monitor depan-depan. Tapi kalau dia kat rumah dia, macam mana kita nak monitor depan-depan kan? So kena guna task management tools. Saya dah pernah guna yang power macam Asana, kemudian FB workplace tapi last-last guna Trello balik. Sebab senang nak visualize mengikut card dan ada banyak automation, dan apps boleh sync. Yang ni boleh guna free je.

* Gunakan Slack untuk communication

Saya tau ramai orang guna Whatsapp group untuk communicate dengan team. Ada juga yang guna Telegram. Tapi bila dah pakai Slack, lagi senang. Ibarat kita ada whatsapp dan Telegram kita sendiri. Lepas tu ada banyak apps, reminder, yang boleh sync dan guna terus dengan dalam channel-channel slack tu. Saya sync kan Zoom meeting, Trello, google calendar, semua dalam tu senang nak manage. Dia boleh auto semua. Yang ni pun free je yang saya guna. 

* Meeting guna Zoom

Sebelum Zoom famous, honestly saya guna Skype untuk meeting dengan team. Tapi lepas Zoom ni nama dia naik mencanak masa Covid, saya pun try la. Rasanya server dia lagi baik dari Skype. Jadikan video kita tu tak ada lag (sangat) dan easy to use. Selain tu, dia boleh sync dengan Google calendar, dan jugak Slack. Yang ni free untuk 45 minit tapi saya bayar sebab meeting selalunya sejam or sejam lebih.

* Penulisan untuk team guna Dropbox Paper

Kalau kita buat penulisan macam artikel atau copywriting bersama team kita ke, macam nak update product features, benefits semua tu, saya biasa buat dengan team. Kadang-kadang saya betulkan diorang, kadang-kadang diorang betulkan saya. So saya buat content tu guna Dropbox paper. Team member kita boleh sambung-sambung apa yang kita tulis. Senang kerja kan? Jadi takdela tulis kat whatsapp, reply n kita sambung tulis. Tak tersusun. Ni pun free jugak.

* Storage guna Dropbox

Dulu-dulu masa kat ofis, saya akan beli hard disk banyak-banyak so staff guna la untuk simpan grafik ke, file ke, video ke. Tapi lepas ada yang hilang, ada yang buat harta sendiri, so saya beralih kepada Dropbox untuk simpan semua. Yang ni mahal sket la tapi berbaloi. Staf saya tak kira dimana mereka berada, masing-masing boleh access fail company. Senang cerita.

Saya kira ni adalah 5 tools yang basic must have untuk bisnes-bisnes yang kerjanya dari rumah sahaja. Tak perlu masuk ofis macam saya.

Staff saya jumpa bila perlu saja. Tapi interview staff baru, briefing awal-awal tu biasanya saya jumpa bagi yang dekat Klang Valley. Bagi yang duduk jauh tu, akan Zoom berkali-kali jugak awal-awal tu untuk pastikan mereka benar-benar faham.

Lagi satu, bila kita dah work from home ni, saya tak suka pakai time tracker. Dulu ada pakai tapi sekarang tak la sejak beralih kepada macro manage. Kita fokus pada result je. Proses tu lantakla. So tak pening kepala.

Harap dengan perkongsian ni, boleh membantu usahawan lain yang kerja/bisnes dari rumah atau yang nak setup team work from home.

Selamat berjaya!

Boleh kongsikan sekali apps apa yang anda gunakan tapi tak ada dalam list kat atas tu?

Kredit 

#AmmarZahar

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

HAMKA Yang Kurasakan Dirinya Penuh Dengan Rahsia Kehidupan


HAMKA Yang Kurasakan Dirinya Penuh Dengan Rahsia Kehidupan

Bila kita membaca HAMKA, kita tahu bahawa kita tidak sendirian. Kita akan merasakan seperti ada seorang ayah yang akan selalu datang berbisik kepada kita bahawa semua yang berlaku akan baik-baik sahaja.

Kalau kehidupan ini ialah sebuah lautan, kita tentu akan lemas di permukaannya kerana kita merasa takut bila memikirkan betapa dalamnya lautan ini. Tetapi seorang HAMKA tidak akan pernah menyuruh kita naik ke darat, sebaliknya mengajak kita untuk berenang ke dalamnya dan meneroka setiap keindahan yang terpapar.

Seperti itu jugalah kata Shahnon, "HAMKA yang kurasakan dirinya itu ialah sebuah lautan yang begitu luas dan di dalamnya penuh dengan rahsia kehidupan." 

Kata: Hafizul Faiz

Kredit 

#JejakTarbiah 

#HafizulFaiz 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

5 Cara Hidup Untuk Belajar Menukar Rutin Kepada Perkara Baru


5 cara hidup untuk belajar menukar rutin kepada perkara baru:

1. Kalau biasa bangun 6.00 pagi, cuba mula bangun 5.30 pagi.

2. Kalau biasa tak sarapan, cuba siapkan sarapan (sebab dah ada 30 minit lebih awal). 

3. Kalau biasa dengar radio ketawa-ketawa setiap pagi nak pergi kerja cuba dengar Ipod atau audio book atau kuliah atau ceramah agama.

4. Kalau dah biasa makan tengah hari banyak nasi, cuba tukar kepada banyak sayur. 

5. Kalau dah biasa beli air mineral, cuba bawa air sendiri.

*

Yang kita dapat ialah:

1. Bangun sebelum waktu subuh lebih rasa segar. Lebih rasa semangat dan tidak berkejar-kejar. Akan mula dapat ketenangan setiap pagi.

2. Sarapan awal pagi (6.30 pagi - 8.30 pagi) akan beri tenaga kepada badan. Nak mula kerja akan lebih semangat.

3. Sahih dapat ilmu baru, kita mula fikir yang kita ini banyak lagi boleh berbuat dan berubah menjadi lebih baik.

4. Makan banyak sayur akan beri tubuh lebih sihat dan bertenaga.

5. Bawa air sendiri akan mula buat kita berfikir RM1 sebotol dikira 20 hari kerja akan selamatkan RM20 sebulan. Nampak kecil namun bayangkan RM20 itu dibuat sedekah, hadiah atau simpanan. Jauh lebih bermanfaat. 

Kawan-kawan,

Kita yang kawal diri kita nak berubah atau statik sahaja di satu-satu tempat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Usaha berubah!

Kredit 

#KhairulHakiminMuhammad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

5 Masalah Bisnes Perlu Diselesaikan Segera Sebelum Jadi BARAH!


5 Masalah Bisnes Perlu Diselesaikan Segera Sebelum Jadi BARAH! 

Ada 5 isu ini dalam bisnes, jangan tunggu lama-lama, segera cari solusi. Usah hidup dalam sindrom penafian. Akui hakikat bisnes ada isu walaupun tak besar. Kerana luka kecil jika dibiarkan, ia akan jadi nanah. Nanah itu akan jadi barah membunuh bisnes.

Apakah 5 masalah tersebut?

#1 - PELANGGAN TAK BERTAMBAH! 

Kita menggelabah apabila wabak menyerang tapi sebenarnya banyak juga bisnes kekurangan pelanggan tiada apa-apa wabak sebelum ini. 

Contoh, berapa ramai buka bisnes tapi tak konsisten dan agresif buat pemasaran. Hanya duduk sambil lewa, tak bersungguh-sungguh harap pelanggan datang sendiri. Kau ingat bisnes semudah itu? Banyak cantik! 

.

#2 - NAK BISNES GROW TAPI MASIH BERDEGIL NAK BUAT SEORANG DIRI

Ini juga 1 isu besar. Tak salah nak berniaga seorang diri jika selesa di tahap sama. Tapi jika ada impian nak grow bisnes, maka berpasukan itu lebih baik. 

Isu utama adalah menghapuskan kepercayaan karut yang kita ternak. Contoh, tak nak ada staf nanti staf tikam belakang, tak nak ada staf nanti staf berhenti jadi pesaing. 

.

#3 - TAK FAHAM 'GAME' BISNES

Bisnes tak grow sebab kita tidak kuasai game bisnes kita. 

Contoh, produk nasi lemak. Jual nasi lemak dengan cara buka gerai tepi jalan lain. Jual nasi lemak dengan cara letak nasi lemak kita di kedai-kedai lain. Jual nasi lemak dengan membuka restoran nasi lemak lain. Jual nasi lemak dengan cara nak buka banyak outlet lain. 

Maka apa game bisnes yang kita nak fokus?

.

#4 - SALES BANYAK TAPI HUJUNG BULAN PROFIT TAK NAMPAK

Rasa macam duit banyak masuk, tapi hujung bulan profit tak nampak. 

Lebih teruk, hutang makin bertambah, simpanan semakin susut. 

Ini kes sebab jahil ilmu costing dan pengurusan cashflow. Terkinja-kinja kejar sales semata-mata. Ingat ya, nak grow bisnes, bukan hanya angka sales kita perlu fokus. 

.

#5 - TIDAK BINA RAVING FANS

Berapa ramai pelanggan setia kita? Ini ramai tak dapat jawab. 

Kita hanya ingat pelanggan sedia ada masa kita susah. Sebelum ini kita tak peduli, tak jaga database dan tak bina hubungan. 

Masa kos iklan naik untuk dapatkan pelanggan baru, masa itulah kita sedar betapa pentingnya jaga pelanggan sedia ada.

.

.

#hasbulbrothers

#usahawanbangsapejuang

Kredit 

#hasbulbrothers 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kenapa Sayyidul Istighfar Lafaz Istighfar Yang Paling Utama?


Kenapa Sayyidul Istighfar Lafaz Istighfar Yang Paling Utama?

Dzikir Pagi  (Sayyidul Istighfar)

Dibaca 1x

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ، وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ لَكَ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

HR. Al Bukhari no. 5522, 6306 dan 6323, at-Tirmidzi no. 3393, an-Nasa'i no. 5522 dan lain-lain.

Keutamaan:

Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa salam bersabda, “Sayyidul Istighfar adalah bacaan: (doa di atas).” Kemudian beliau menyebutkan keutamaannya, “Barangsiapa yang membaca doa ini dengan penuh keyakinan di petang hari, kemudian dia mati pada malam harinya (sebelum pagi) maka dia termasuk ahli surga. Dan barangsiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan di pagi hari, kemudian dia mati pada siang harinya (sebelum petang) maka dia termasuk ahli surga.”

Keterangan:

Dinamakan Sayyidul Istighfar, karena bacaan istighfar di atas adalah lafaz istighfar yang paling utama dibandingkan lafaz istighfar yg lain. Dalam lafaz istighfar ini, terdapat 8 aspek yang menjadikan istighfar ini memiliki keutamaan yang besar:

1. Dimulai dengan pujian kepada Allah.

2. Adanya pengakuan bahwa dirinya adalah hamba Allah, makhluk Allah yang berusaha menghambakan diri kepada Allah.

3. Mengimani adanya janji Allah, sehingga hamba bersungguh-sungguh untuk meraih janji Tuhannya.

4. Pengakuan akan kekurangan dirinya, dan sekaligus memohon perlindungan kepada Tuhannya dari keburukan dirinya.

5. Pengakuan terhadap banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada dirinya, serta selaku hamba sepatutnya menzahirkan rasa syukur.

6. Pengakuan terhadap banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan , yang ini merupakan bentuk taubatnya.

7. Diakhiri dengan permohonan ampunan yang setulusnya kepada Allah.

8. Dengan keyakinan, tidak ada zat yang mampu mengampuni dosa-dosa hamba kecuali Allah.

Kredit 

#UstazAminIsmail 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tips Hafal Quran: “No Music”!


TIPS HAFAL QURAN: “NO MUSIC”!

Ramai yang nak hafal al-Quran atau mahukan anak-anak mereka hafal al-Quran, tapi tak ambil berat soal ini.

Tahukah kita al-Quran itu merupakan kalam Allah? Sedangkan kebanyakan lagu-lagu dan muzik itu mengandungi bisikan syaitan yang menggalakkan maksiat, cinta yang tidak halal, ayat-ayat lucah, dan seumpamanya?

Sebab itu ramai ulama seperti ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, imam Ahmad dan lain-lain, menyebut “Muzik itu menumbuhkan sifat munafiq dalam hati”.

How kalam yang suci dan kalam yang tidak suci boleh berhimpun dalam 1 hati kan?? 

Memang just like oil and water la!

Percayalah…

💔 Hati yang cenderung untuk mendengar muzik tidak akan tertarik untuk mendengar al-Quran.

👅 Lisan yang suka mendendangkan nyanyian akan kurang mengalunkan ayat-ayat Tuhan.

🖤 Jantung yang berjetak-jetak tatkala terdengar muzik, akan keras ketika mendengar seruan al-Rahman.

🕺 Jasad yang terkinja-kinja dengan irama muzik, pasti liat dan kaku untuk membelek helaian al-Quran.

💡💡💡💡💡💡💡

Buat ibu-bapa yang ingin anak mereka mudah hafal al-Quran:

1.    Didik anak-anak supaya tidak mencintai “dunia hiburan” yang penuh godaan.

2.    Kreatifkan diri untuk hiburkan anak-anak dengan al-Quran.

3.    Kawal penggunaan gajet atau TV anak-anak jika melihat mereka leka dan lalai.

4.    Tukarkan dari mendengar radio di kenderaan kepada mendengar bacaan al-Quran.

5.    Jangan benarkan anak-anak dengar lagu, apatah lagi membuka radio atau muzik secara “open” di bilik atau di rumah.

Percayalah…

Anak-anak yang terpelihara dari muzik akan lebih menyerap al-Quran!

Dan percayalah...

Kalau hati-hati kita sendiri dah penuh atau suka dan cenderung pada muzik, memang akan susah nak amalkan tips-tips di atas 😉

-Dr. Kamilin Jamilin-

(Mudir Home Tahfiz Darul Siddir)

Kredit 

#DrKamilinJamilin 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

5 Tips Untuk Menanam Sikap Suka Membaca


5 Tips Untuk Menanam Sikap Suka Membaca 

Saya kongsikan di sini 5 tips untuk menanam sikap suka membaca :

1- Cuba kenal dengan ulat buku, penjual buku, penulis buku

Bila kita ada kawan-kawan yang minat buku, satu kelebihan untuk mendengar celoteh mereka berbicara tentang buku-buku yang dibaca, boleh pinjam buku-buku daripada mereka. Buat-buat dengar pun tidak mengapa, lama-lama kena tempiasnya juga. Kenal dengan penjual buku memudahkan akses kita untuk mendapatkan buku-buku secara online mahupun bersemuka. Musim wabak sekarang, peranan penjual buku ataupun dropship sangatlah ditagih. Boleh jadi, dengan mengenal siapa itu penulis buku akan membuatkan hati kita terdetik membeli buku-buku penulisan mereka.

2- Cuba pergi ke perpustakaan.

Seandainya kita ingin berjimat-cermat, maka rajin-rajinkanlah diri untuk datang ke perpustakaan, buat kad keahlian dan pinjam mana-mana buku di sini. Kelebihan lain, suasana di perpustakaan sangatlah sesuai untuk lebih fokus dalam pembacaan.

3- Cuba pergi ke kedai buku

Kita berpeluang untuk memilih buku secara sendiri. Membaca isi-isi kandungan, sinopsis sebelum membeli buku tersebut. Ada orang yang lebih suka membeli buku secara fizikal berbanding online, maka ini adalah pilihan terbaik. Melihat susunan buku, menyentuh semua buku, menghidu bau buku malah berjumpa dengan para pencinta buku yang lain. Sekalipun pada waktu itu, anda tidak punya wang tetapi sebagai kepuasan ia memadai dengan hanya pergi ke kedai buku. Kinokuniya, Jejak Tarbiah, Imanshoppe atau mana-mana MPH antara kedai buku yang dicadangkan.

4- Cuba untuk memilih buku yang laris di pasaran

Buku yang laris di pasaran selalunya mendapat ulasan yang baik dari segi kandungan dan bahasanya. Tidak salah untuk kita cuba membacanya. Seandainya kita suka maka itu adalah hal yang positif untuk kita terus membaca, sekiranya tidak suka maka boleh dikritik atau paling mudah, tinggalkan sahaja dan baca buku lain pula. Antara buku yang menarik adalah  karya-karya Pak Hamka, Sasterawan Negara (SN),  Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Tere Liye, Andrea Hirata, The Patriot, dan semua buku Jejak Tarbiah.

5- Cuba membaca dengan kadar yang perlahan.

Ada dua maksud di sini, buat pemula dan tidak tergesa-gesa. Bagi individu yang baru mula membaca, maka bacalah dengan kadar yang perlahan. Sekalipun begitu, bagi yang sudah terbiasa dengan rutin pembacaan, tetap ada masanya tidak perlu tergesa-gesa dengan kuantiti bacaan. Tujuannya agar lebih memahami kandungan buku yang dibaca, seterusnya menjadi pembaca yang lebih kritis. 

Bahkan, inputnya akan lebih difahami dengan cara mencatat, menulis isi-isi penting atau quotes yang menarik.

Semoga bermanfaat.

Kredit 

#AdaApaDenganBuku

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ulama Kesal Bazirkan Masa Selain Dari Makna Al-Quran, Kita?


Ulama Kesal Bazirkan Masa Selain Dari Makna Al-Quran, Kita?

Antara petikan dari kata-kata ulama yang cukup memberi kesan terhadap diri saya ialah ungkapan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya: 

“Aku sungguh kesal kerana telah membazirkan kebanyakan masaku pada selain dari makna al-Quran” [Dzayl Tabaqat al-Hanabilah].

Sedangkan kehidupan ilmuwan tersohor ini sentiasa dipenuhi ilmu, penulisan, nasihat, jihad dan amal.

Bagaimana pula dengan harian kita yang lebih sibuk dengan urusan atau perbahasan yang kurang memberi manfaat kepada kehidupan akhirat kita?

Sangat benar apa yang telah disebutkan oleh al-Imam al-Syafi’i: 

“Ilmu selain dari al-Quran sentiasa menyibukkan” [al-Diwan].

Ya, bila kita tidak penuhi masa kita dengan ilmu-ilmu al-Quran, kita akan disibukkan dengan pengetahuan atau urusan yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah, mahupun bermanfaat buat kita di hari akhirat kelak.

-Dr. Kamilin Jamilin

Kredit 

#DrKamilinJamilin 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Pahala Wanita Cantik Bersuara Merdu Yang Enggan Menjadi Model Dan Jadi Penyanyi


Pahala Wanita Cantik Bersuara Merdu Yang Enggan Menjadi Model Dan Jadi Penyanyi

Wanita cantik yang enggan menjadi model dan wanita bersuara merdu tetapi enggan menjadi penyanyi mendapat pahala yang istimewa berbanding wanita-wanita lain.

Mereka mengorbankan peluang berharga yang dimiliki demi kehormatan diri dan mendapat reda Ilahi. Kalau diikutkan kemampuan, boleh sahaja mereka menjadi seperti wanita-wanita lain yang mengekspoitasi segala anugerah yang diberi untuk kepentingan diri. Tetapi, mereka memilih bersabar dan bertahan, menolak godaan dunia untuk menjaga agama.

Lebih hebat daripada itu ialah wanita-wanita yang terlanjur menjadi artis dan berada di puncak kerjaya, tetapi sanggup melepaskan segala-galanya untuk berubah dan berhijrah. Hijrah mereka lebih jauh. Pengorbanan mereka lebih besar.

Dan kerana bertahan di atas hijrah itu terlalu berat bagi mereka - sehingga ramai artis yang berhijrah akhirnya ditarik semula oleh rakan-rakan ke dunia lama - maka begitu jugalah istiqamah mereka, lebih bernilai dan berharga.

Kredit

#MuhammadIzzatAlKutawi 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ujian Setiap Orang Berbeza, Semakin Besar Pengorbanan, Semakin Besar Ganjaran

Ujian Setiap Orang Berbeza, Semakin Besar Pengorbanan, Semakin Besar Ganjaran

Lelaki soleh di ceruk kampung yang damai, tidak sama dengan lelaki soleh di ibu kota metropolitan. Perempuan solehah dalam keluarga yang beragama tidak sama dengan perempuan solehah dalam keluarga yang penuh dengan masalah.

Hal ini demikian kerana orang yang baik di tempat yang baik, tidak semestinya mampu istiqamah dengan kebaikan di tempat yang mencabar. Berbeza dengan orang yang baik di tempat yang mencabar, mereka telah diuji, dan kesolehan mereka terbukti.

Semakin besar cabaran, semakin teruk persekitaran; semakin besar pengorbanan, semakin besar ganjaran. Dan sebab itulah dikatakan, "akan datang kepada manusia satu zaman, orang yang bersabar dengan agamanya seperti orang yang menggenggam bara api" yakni oleh kerana getirnya cabaran yang dihadapi oleh orang-orang pada zaman tersebut.

Kredit 

#MuhammadIzzatAlKutawi

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Bangkit


Kita dapat apa yang kita mahu. Ia bermula dengan mengenal pasti apakah yang kita mahu dalam hidup ini. 

Semasa saya duduk dalam fasa kejatuhan dahulu, seperti orang lain, saya juga banyak habiskan masa menangis di bucu katil. 

Banyak merenung kembali masa-masa silam semasa di ambang kejayaan.

Banyak menyesali keputusan-keputusan salah yang diambil hingga menyebabkan terduduk kerugian. 

Banyak melihat orang sekeliling yang berjaya,  kaya-raya dan bertanya diri sendiri apa rahsia mereka? Kenapa takdir kita tidak secantik takdir mereka? Alangkah seronoknya jika berada di tempat mereka. Tiada masalah. Tiada tekanan hidup. Setiap malam tidur lena.

Memanglah saya tahu, setiap kejayaan diperolehi dengan usaha dan kerja keras. Namun masih ada rasa tersisa, sedih kerana bekerja keras pun, tetap alami kegagalan juga.

Satu pagi, saya terfikir, buat apa mahu menyesali perkara silam. Sesal bagaimanapun, tetap tidak boleh kembalikan masa tersebut. 

Yang ada hanya masa hadapan. Menunggu untuk dicorakkan. 

Maka saya letakkan redha atas apa yang berlaku. Melihat semua kerosakkan dan berdamai dengan diri. 

Apa yang berlaku, telah berlaku. 

Ambil pengajaran, dan jadikan pengalaman.

Tutup pintu masa lalu. 

Dan mulakan hari baru. 

Usah lagi memikir, merenung, menangismeratap hiba, apatah lagi asyik berulang ulang bercerita mengenai kekesalan yang tidak sudah sudah. 

Kita kena dapatkan apa yang kita mahu.

Maka ambil pen, tulis di kertas, impian apakah yang mahu capai. Kenapa mahu mencapai impian tersebut. Letakkan ruang masa mahu mencapainya. 

Kemudian mula susun cara dan bagaimana mahu mencapai impian itu. Di setiap persoalan, segera rujuk mereka yang pernah melakukannya. 

Selepas jelas, ambil tanggungjawab untuk melakukannya. Jika tidak ia hanyalah satu angan-angan mat jenin sahaja. 

Fokus kepada apa yang mahu di capai. Setiap kali datang krik krik dalam diri meragui bakat dan kebolehan, segera tarik nafas panjang. Pusatkan semula fokus mahu berjaya, dan hembus nafas keluar perlahan-lahan. 

Kata pada diri sendiri, Allah sentiasa ada di sisi untuk bantu kita.Doa dilorongkan ilham untuk melakukannya. 

Sentiasa ingatkan diri sendiri. Setiap perbuatan ada kesannya. Duduk termenung sahaja, kesannya hanya membuang masa. Asyik meragui diri sendiri, kesannya kita tenggelam kelemasan menjadi mangsa dalam dalam  pusaran energy negatif yang dicipta sendiri. 

Setiap perbuatan ada kesannya. Mahu capai apa pagi ini? Nah, bangun dan buat. Laksanakan segera apa yang telah dirancang semalam. Kesannya kita akan bekerja, dan dapat hasilkan apa yang kita mahu. 

Mahu sihat, jaga makan dan buat gerakan badan. Mahu rasa cantik, senyum sentiasa. Mahu kaya, usaha dan bekerja. 

Buatlah, kerana dengan buat baru kita dapat hasilnya. 

Usah di renung renung pintu yang telah tertutup. Kerana di hadapan masih banyak pintu menanti untuk dibuka.

Kita dapat apa yang kita mahu. 

Kita hanya perlu bangun, usaha tanpa henti, buat tanpa nanti. 

🖋

Mahanom Mohammad

Kredit 

#MahanomMohammad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Istiqomah! Review! 2 Perkara Yang Saya Betul - Betul Amalkan


Istiqomah! Review! 2 Perkara Yang Saya Betul - Betul Amalkan

2 PERKARA YANG SAYA BETUL - BETUL AMALKAN

=====

1. ISTIQOMAH 

Ni saya pegang dari dulu lagi. 

Buat kerja kena Istiqomah. Kena konsisten. 

Cemana nak Istiqomah? 

Kena ada STRUCTURED DAY.

Jadual hidup kita untuk sehari, seminggu bahkan sebulan. 

Dan yang PALING PENTING. 

Ikut Jadual yang kita tetapkan. 

Kalau nak review kol 9. Pukul 9 WAJIB Start

Jangan 9.01. Jangan 9.10

Nak berjaya JAGA DISIPLIN!

2. REVIEW 

Ya ni pun WAJIB! 

Benda kita buat, bukan terus jadi. 

Tak akan ada benda sekali buat terus jadi. 

Kalau ada pun hanya kebetulan dan benda kebetulan susah nak duplicate. Susah nak maintain 

Review ni proses belajar.

Check mana betul mana salah. 

Yang salah, kita cari jalan, buat lagi 

Salah lagi, cari jalan lagi, buat lagi 

Salah lagi, cari jalan lagi, buat lagi

Sampai jumpa jalan yang betul 

Dah jumpa jalan yang betul. 

FORMULAKAN! 

Dari sini kita boleh dapat hasil yang KONSISTEN dan boleh DUPLICATE kepada org lain

Kredit 

#AzmanAziz

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Menggunakan Elemen Angka Dalam Headline


Menggunakan Elemen Angka Dalam Headline

Tak dinafikan bahawa elemen angka sangat mempengaruhi prestasi headline. 

Antara jenis angka yang kita boleh gunapakai ialah angka ringgit @ jualan, angka isi kandungan, angka tempoh masa & angka statistik. 

===

Contoh angka ringgit @ jualan.

===

(1) "Kalau tak membantu, mustahil kami ada 300 pelanggan yang repeat order." 

(2) "Selepas menggunakan blueprint terbaru, purata ejen kami menjana untung RM500-RM700 sebulan." 

===

Contoh angka isi kandungan.

===

(1) "Walaupun hanya 50 ml, serum kami boleh guna sehingga 2 bulan." 

(2) "Kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, kereta anda akan wangi selama 3-4 minggu dengan hanya 1 unit XYZ."

===

Contoh tempoh masa.

=== 

(1) "Ujian makmal menunjukkan rambut pengguna boleh tumbuh seawal 3-5 hari."

(2) "Dalam 3 hari, kami pastikan barang anda sampai terus di depan rumah."

===

Contoh angka statistik.

===

(1) "Mengikut Dr Oz, asam gelugur membakar lemak 5x lebih pantas." 

(2) "8/10 pelanggan kami setuju bahawa asam pedas Pak Tam buat mereka teringat masakan ibu di kampung."

Bahaya angka dalam copywriting. 

Ramai pengguna ditipu oleh angka yang diwujudkan oleh usahawan. 

Sebagai orang Islam, kita mesti lah mencari rezeki yang halal. Setiap claim kita mesti lah disahkan oleh pihak berwajib.

Adakah anda nak baca percuma 3 contoh copywriting lengkap yang saya tulis? Anda boleh tiruvasi dari situ.

Anda boleh klik link dalam komen pertama.

Kredit 

#AimanIsmail

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Skil ucapan & komunikasi Dr Zakir Naik


Skil ucapan & komunikasi Dr Zakir Naik

Saya banyak menghabiskan masa lapang waktu di universiti menonton video2 Dr Zakir di YouTube.

Hampir semua video beliau - daripada “Islam and Modern Science” sampailah ke “What is the Purpose of Life” - saya sudah khatam. 

Kita serba tahu beliau memang pandai berucap & berdebat. 

Di bawah adalah 3 perkara saya belajar daripada beliau dan saya praktik dalam pembentangan & ucapan saya sendiri:

.

1. Jangan guna rostrum

60% daripada komunikasi adalah komunikasi bukan lisan - seperti bahasa badan (body language). 

Penonton akan lebih faham dengan isi yang hendak disampaikan sekiranya tidak ada “penghalang” seperti rostrum. 

Tetapi - tuan/puan perlu ingat semua isi pembentangan tanpa bantuan teks.

.

2. Betul2 faham dan biasa dengan topik

Kalau kita lihat, Dr Zakir seaakan2 hafal segala isi yang nak disampaikan. Macam komputer. 

Beliau mahir sebab sudah mengulang dan ulang semula (praktis) konten tersebut berbulan dan bertahun lamanya. 

Saya pun cuba buat perkara yang sama:

(a) hanya akan beri ucapan awam untuk benda yang saya mahir sahaja (subject matter expert);

(b) praktis dan ulang berkali2 sebelum waktu pembentangan.

.

3. Ulang balik soalan 

Apabila saya dapat soalan daripada hadirin saya akan ulang semula dan rumuskan dengan ayat sendiri.

Mengulang balik soalan yang diajukan daripada hadirin dapat:

(a) sahkan kita sendiri faham soalan;

(b) ulang balik soalan tersebut kepada hadirin yang lain supaya mereka tak ketinggalan.

(c) yang lebih penting, beri masa untuk memikir jawapan bagi soalan yang susah. Kah kah.

Kredit

#NadhirAshafiq

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Cabaran Pengurusan Bakat, Bagus Pelaksana Namun Tidak Bagus Sebagai Pemimpin

Cabaran Pengurusan Bakat, Bagus Pelaksana Namun Tidak Bagus Sebagai Pemimpin


Pada 1998 Perancis menjadi Johan piala Dunia, dalam perlawanan akhir yang mendebarkan itu Perancis membenamkan Brazil 3 - 0. Perancis jadi tuan rumah pada tahun tersebut. 

20 tahun kemudian pada 2018 Perancis sekali lagi menjuarai piala dunia dengan mengalahkan Croatia 4 - 2. Perlawanan akhir itu berlangsung di stadium Luzhniki - Moscow. 

Pada 1998 Didier Deschamps adalah ketua pasukan Perancis dan pada 2018 beliau pula adalah ketua jurulatihnya.

1. Pembaziran paling besar dalam syarikat yang saya pernah lihat bukanlah pembaziran kewangan atau bahan mentah...tapi pembaziran bakat.

2. Dalam dua buah syarikat yang saya pergi ada 2 orang sales manager yang gagal, namun semasa menjadi sales executive, mereka bawa "sales" yang bagus pada syarikat.

3. Cabaran utama dalam menguruskan pekerja adalah cabaran pengurusan bakat, ada yang bagus sebagai pelaksana namun tidak bagus sebagai pemimpin, namun sebab mereka ada "result", mereka kemudian dinaikkan pangkat.

4. Syarikat harus mempunyai perancangan khas untuk orang seperti ini. Mereka tolong majukan syarikat semasa diawal penubuhan, mereka "performance" , mereka setia..cuma mereka ini kurang bakat dalam kepimpinan. 

5. Jika tidak di naik pangkat mereka terasa hati dan mungkin membawa pengalaman yang ditimba ke syarikat lain jika dapat tawaran lebih baik. 

6. Tidak semua pekerja ada kemampuan jadi seperti Didier Deschamps, mampu bawa negaranya menjuarai piala dunia semasa jadi pemain dan mampu juga bawa  negaranya juarai piala dunia semasa jadi jurulatih. 

                             Universiti Realiti

                          Adli Azamin Shukri

       Foto : Didier Deschamps di dua piala dunia.

Kredit 

#AdliAzaminShukri 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Dimana Bisnes Berjaya Bermula?


Dimana Bisnes Berjaya Bermula?

Walt Disney di mulakan pada 1923 dari sebuah Basement. Amazon di mulakan pada 1994 dari sebuah Basement. Apple dimulakan pada 1996 dari sebuah Basement. Google dimulakan pada 1998 dari sebuah Basement ...

3 perkara yang kita dapat belajar dari syarikat yang bermula dari sebuah Basement ... 

1. Tidak memohon sokongan. 

Mereka tidak berharap sokongan, mereka juga tidak memohon kebenaran, mereka lihat sesuatu...mereka bergerak pada visi itu, sama ada orang sokong atau tidak mereka tetap jalan - kerana mereka faham bahagian paling mudah adalah melontarkan sebuah idea dan bahagian paling susah adalah untuk mendapatkan "sokongan" terhadap idea tersebut....so "Just do it"!. 

2. Belajar tanpa bertanya. 

Mereka bertindak dan belajar. Pada masa itu tidak ada banyak tempat rujukan...tiada sumber untuk bertanya, jadi tindakan adalah pertanyaan mereka pada realiti. 

Dengan adanya Internet banyak benda dan info ada dalam media sosial hari ini, tak perlu terlalu ke sana sini untuk bertanya, entah orang tu ajar betul ..entah tidak....so guna otak yang tuhan bagi pada kita jangan berharap pada otak orang lain - cari dan fikir sendiri.

3. Jangan tiru tindakan orang, tapi cari sebab kenapa tindakan itu dia buat..

Dalam satu mesyuarat Mark Zuckerberg diberi cadangan bahawa untuk syarikatnya terus berkembang dia perlu mencontohi gaya pengurusan Steve Job...kerana pada masa itu jumlah pengguna fb telah mencecah 15 juta orang, untuk berkembang gaya pengurusan harus berubah. 

Mark menolak cadangan tersebut...dia tidak membuta tuli menuruti gaya pengurusan syarikat yang berjaya...tapi beliau mengambil maklum dahulu sebab tindakan itu di buat oleh syarikat tersebut. 

Jangan tiru semua gerak kerja orang yang berjaya tapi cari sebab kenapa gerak kerja itu yang di pilih oleh orang yang berjaya tersebut. Untuk kejayaan yang hampir sama anda mungkin perlukan gerak kerja yang berlainan. 

                                  Universiti Realiti

                               Adli Azamin Shukri

  Foto :  Dari Basement ke persada dunia ( 1923 - 1998 )

Kredit 

#AdliAzaminShukri 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Usahawan Mesti Bermula Dengan Suasana Yang Tidak Dijangka


Usahawan Mesti Bermula Dengan Suasana Yang Tidak Dijangka

Seorang agent Mossad yang melarikan diri pernah mencerita kan bagaimana beliau dilatih.

Dalam semua latihan ketenteraan yang beliau jalani, latihan yang paling beliau kagumi adalah  latihan menembak. 

Selama berminggu - minggu mereka berlatih skipping, tiada langsung pegang senjata... skipping dan skipping ...itu saja.

Kemudian baru latihan menembak bermula, ternyata mereka dapat menembak dengan baik selepas latihan lasak skipping itu. 

1. Cabaran pemikiran seorang usahawan baru ialah apa yang perlu di buat dulu...buat sales atau buat marketing atau bina team...mana satu, mana satu nak buat dulu. 

2. Semasa di Oxford University Press sales kami bagus, tapi masa itu budak sales juga yang buat collection... jadi budak sales kena buat sales dan collection ...so collection jadi tak berapa cantik...

3. Oxford ambil seorang budak baru duduk dekat akaun untuk follow up collection ...dan kami lepas itu cuma buat sales saja.. collection jadi sangat cantik. 

4. Disebuah syarikat lain...syarikat baru buka, kami ada masalah dengan sales, sales tak capai target.. kami cepat - cepat tambah jumlah stokis dan promote kaw - kaw. 

5. Sales tetiba melonjak....kami kemudian terpaksa buat sales separuh hari je....lepas lunch mesti balik office...tolong budak stor packing order yang banyak itu. 

6. Kata jurulatih Mossad .. bila di medan tempur mereka akan menembak objek yang bergerak bukan objek statik seperti dalam latihan yang selalu mereka buat. 

7. Skipping  adalah latihan untuk menjadikan sendi tangan fleksibel, pergelangan tangan yang mudah lentur akan mampu bantu menembak objek yang sedang bergerak dengan lebih tepat. 

8. Busines seperti tentera di medan perang....lazimnya tentera terpaksa menembak musuh yang sedang bergerak dan ada kalanya mereka juga pada ketika itu sedang bergerak sama. Sendi tangan, bidikan, larian harus dilakukan serentak dan dimasa yang sama tembakan yang dilepaskan pula harus tepat. 

9. Untuk perniaga baru, busines adalah seperti tentera di medan perang, anda perlu buat semua...sales, marketing, bina team, collection.. secara serentak.

10. Di realiti busines berkali - kali saya perhati benda yang sama. Ia bukan susunan bersiri... bermula dengan buat sales, diikuti dengan buat marketing, kemudian  bina team. Tidak, ...usahawan harus melakukan semua perkara itu serentak dan itu sukar sekali....tak semua orang mampu jadi usahawan seperti tak semua orang juga mampu jadi tentera. 

                                                               Universiti Realiti

                                                          Adli Azamin Shukri

Foto : Keusahawanan adalah tentang kebolehan untuk terus hidup dalam suasana tidak terjangka di medan tempur.

Kredit 

#AdliAzaminShukri

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Memaafkan itu urusan kita.

Memaafkan itu urusan kita. 

.

#TereLiye

Wanita Itu Kini Menjadi Isterimu


Wanita Itu Kini Menjadi Isterimu

Wanita yang kini menjadi istrimu, adalah gadis kecil yang dulu sangat dicintai oleh ayahnya. Sesekali lihat dengan hati ketika istrimu sedang mengabdikan dirinya kepadamu.

Ibunya melahirkannya dengan bertaruh nyawa. Ayahnya menafkahi dan mengurusnya hingga besar bahkan hingga lulus berpendidikan.

⁣Ketika ia dewasa, sang anak dengan ikhlas diserahkan kepadamu untuk kau jadikan istri. Bukan melayani orang yang pernah membesarkannya..tapi justru mengabdikan dirinya diseparuh sisa hidupnya kepadamu.

Lihat istrimu, dia bukan wanita yang lahir langsung besar dan dewasa. Dia lahir dan besar oleh perjuangan. Ada darah, keringat dan air mata.⁣

⁣Lalu pantaskah engkau memakinya ketika ia melakukan kesalahan kecil?⁣

Kredit 

#Rosyid

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Bila Mula Belajar Islam: "Apa Ni? Sikit-Sikit Bid'ah, Sikit-Sikit Haram


Bila mula belajar Islam:

"Apa ni? Sikit-sikit bid'ah, sikit-sikit haram, inilah Wahabi/Pak Wahab, semua tak boleh. Padahal elok je benda ni ramai orang buat kat Masjid/surau."

Bila dah luas pembacaan:

"Ooh, rupanya yang memfatwakan perbuatan atau amalan sekian-sekian sebagai bid'ah atau haram itu ulama-ulama zaman dahulu, bahkan sebahagian para sahabat dan tabi'in juga menghukumnya sebagai bid'ah/haram, bukan golongan Wahabi yang mulakan. 

Walaupun kita tak ikut fatwa atau pendapat sebahagian para sahabat dan tabi'in tersebut dalam isu ini, namun tidak molek kita mengejek fatwa mereka sebagai "Pak Wahab".

Hormatilah pandangan dan fatwa mereka yang pernah berjihad dan berjuang di medan perang bersama-sama Rasulullah S.A.W. "

Dan itulah sebab utamanya aku tak pernah atau jarang bertengkar tentang soal fiqh. Sebab mungkin ada fatwa-fatwa dari para ulama silam, ulama salaf, para tabi'in atau para sahabat yang kita terlepas pandang dalam sesuatu isu itu.

Muhasabah diri.

Jangan sampai kita terejek fatwa para sahabat atau tabi'in apabila kita cuba mengejek atau mempersendakan suatu amalan atau larangan.

Wallahualam.

Kredit

#SuhanWenShu

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tidak semua patut dimasukkan dalam hati.


Tidak semua patut dimasukkan dalam hati. 

.

#TereLiye

Cerita Guru Saya


 CERITA GURU SAYA

Sehingga dia mempunyai aset berjumlah hampir 3 juta pun, dia tetap maintain kehidupannya biasa-biasa sahaja. 

saya tanya " Tuan, tidak terfikir kah mahu jadi seperti 'orang kaya', pakai kereta mewah, rumah pun besar?"

Jawapan: Saya mahu kaya bukan sebab mahukan kemewahan, saya mahukan kehidupan.

Tuan perhatikan sekeliling tuan, berapa ramai yang hidupnya mewah, hidupnya Kosong. hidupnya terkongkong. 

Tuan perhatikan pula orang yang hidup 'biasa-biasa', hidupnya terlalu sarat warna warni kehidupan. Datang masjid, senang. buat baik senang. Saya mahukan kehidupan seperti ini. Saya bahagia dan tenang. 

Saya: Tuan, bukankah orang kaya itu juga ada pilihan untuk bermewah-mewah?

Jawapan: Benar anak muda. itu kelebihan orang kaya. mahu seperti miskin boleh. Mahu mewah pun boleh. Pilihan mereka lebih bebas. tuan suka kan kebebasan bukan? sedang burung tidak berakal juga mahukan kebebasan, inikan manusia yang punya akal.

Saya: Saya dapat sesuatu tuan. Terima kasih.

#ELTY®

Kredit 

#MazhairShahrozMuhasip 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Macam Mana Nak Tahajud?


 #MACAM_MANA_NAK_TAHJUD

1. Jangan tidur terlalu lewat. Biasakan tidur anggaran 11.30pm dan maxima 12.30am. Tidur lewat adalah PEMUSNAH IMPIAN UNTUK BANGUN TAHJUD.

2. Jam berapa nak bertahjud? Waktu terbaik tahjud adalah pada 1/3 malam yang akhir anggaran lagi 1 jam sebelum masuk waktu subuh. Jika subuh jam 5.50am maka bangunlah sekitar 4.45am untuk bersihkan diri, gosok gigi bersih2 dan basuh muka.

3. Cara buat solat tahjud adalah dilakukan secara 2 rakaat, 2 rakaat dan terus dibuat hingga mendekati subuh. Jangan buat tahjud hanya 2 rakaat shj  lepas tu terus stop dan baring. Tetapi, buatlah secara berterusan secara 2 rakaat salam sehingga anggaran 10 minit lagi nak azan subuh maka kita buat 1 rakaat witir. Selang2 antara 2 rakaat tahjud tu kita boleh banyakkan istighfar, berzikir, panjangkan doa.

4. Usahakan untuk menangis ketika tahjud. Kenanglah dosa2 kita, kenanglah salah kita pada mak ayah/suami dan pada orang lain. Kenang dosa2 yg lama dan berazamlah setiap hari utk lakukan yg terbaik.

5. Panjangkan doa setiap selesai 2 rakaat solat kerana ketika 1/3 malam yang akhir itu adalah merupakan waktu yang mustajab, justeru berdoa selepas solat ketika itu juga adalah mustajab.

6. Doa yang baik utk kita minta adalah, mohon keampunan utk diri kita serta mak ayah kita. Minta Allah berikan kita istiqomah, mohon diberikan kesabaran dan ketabahan atas setiap ujian. Doakan kpd orang2 yg kita rasa bermasalah agar diberikan hidayah buat mereka. Doa kebahagian utk kita sekeluarga dan dipermudahkan urusan seharian. 

7. Untuk solat witir tu, kalau kita dah buat selepas isyak atau sebelum tidur maka ketika tahjud tidak perlu buat lagi witir. Hanya sekali shj witir pada satu malam iaitu samada selepas isyak atau ketika tahjud. Disunnahkan membaca doa qunut ketika witir namun tidak perlu dirutinkan qunut setiap hari. Buatlah secara berselang2.

SEMOGA KITA ISTIQOMAH UNTUK BANGUN TAHJUD. PAHALA TAHJUD SANGAT BESARM JANGAN KITA SIA2KAN AMALAN HEBAT INI.

~MRJ

Kredit

#MuhamadRizalJohari

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Drive-Thru Kini Adalah Antara Kunci Utama Pertumbuhan Mcd


Drive-Thru Kini Adalah Antara Kunci Utama Pertumbuhan Mcd


Di Eropah,  40% dari jualan McD datang dari drive-thru.

Di US pula ia sumbang lebih 60% jualan McD.

Drive-thru kini  adalah antara kunci utama pertumbuhan McD (kerana ia mudahkan pelanggan).

Dan McD sudah rangka strategi untuk percepatkan lagi proses pelanggan beli guna drive-thru.

Logiknya, lagi cepat proses beli guna drive-thru, lagi ramai pelanggan yang akan gunakannya dan lagi tinggi jualan yang McD dapat.

[ Forbes ]

* Fokus lebih pada channel jualan yang lebih banyak bawa masuk jualan.

Kredit

#MazlanMohamad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Mudahkan urusan orang.


Mudahkan urusan orang. 

#TereLiye

Menunggu itu sakit.


Menunggu itu sakit.

Sudah tiba masanya untuk kita membuat keputusan yang besar dalam hidup kita, iaitu tidak lagi terus menunggu.

Berat, sukar, tetapi untuk diri sendiri, ia perlu dilakukan.

Kita perlu selamatkan hari ini dan esok, selamatkan masa depan kita.

Jangan terpenjara oleh pengharapan yang tiada kuasa kita mengawalnya. Perasaan orang lain, pilihan orang lain, keputusan orang lain, kita tiada kuasa ke atasnya.

Hapuskan mereka dari ingatan. Merdekakanlah diri.

Kredit 

#HafizulFaiz 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Amalan Untuk Mendapat Panduan Wahyu


AMALAN UNTUK MENDAPAT PANDUAN WAHYU 

Saya ingin kongsi satu amalan yang membolehkan seseorang itu mendapat panduan langsung dari wahyu, tidak kira siapa pun anda, dimana dan dizaman apa pun anda berada.

Amalan ini juga adalah peninggalan orang-orang soleh dan sudah tentu amalan wali-wali Allah. 

Amalannya adalah; buka Al-Quran dan baca. 

Maaf, jika anti klimaks. 

Kalau anda mengharapkan amalan selain ini maka tanya diri anda kenapa?

Jangan terlalu harapkan komunikasi dengan Allah lebih dari ini, hormati keistimewaan Nabi s.a.w sebagai Nabi terakhir dan penerima wahyu terakhir. 

Bila rasa dapat Ilham pun jangan terlalu yakin dan kata "Ini dari Allah." sebaliknya kata "Mungkin", kerana Saiduna Umar r.a  yang digelar Muhaddath (orang yang diilhami) oleh Nabi s.a.w sendiri pun tidak pernah menyatakan dengan yakin bahawa keputusan-keputusannya adalah panduan langsung daripada Allah s.w.t.

Kredit

#UstazNoorDeros 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Beza Lidah Orang Bijak Dengan Orang Jahil


Beza Lidah Orang Bijak Dengan Orang Jahil

Al-Imam al-Hasan al-Basri menukilkan bahawa para tabi'in selalu menuturkan:

"Orang yang bijaksana lidahnya terletak di sebalik hatinya,  apabila dia mahu berbicara maka dia merujuk hatinya. Jika ucapannya itu membawa kebaikan kepadanya, dia mengucapkannya dan jika ucapannya itu membawa keburukan kepadanya, dia menahan diri (daripada mengucapkannya). Manakala, orang jahil pula hatinya berada pada hujung lidahnya, dia tidak akan merujuk hatinya. Apa sahaja yang terlintas pada lidahnya, dia ucapkan".

[al-Samt Wa Adab al-Lisan oleh al-Imam Ibn Abi al-Dunya, hal. 220. Dinilai sahih sanadnya oleh al-Shaikh Abu Ishaq al-Huwaini]

Kredit 

#MuhammadZulfadhli

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Jangan putus asa, jangan kecewa.


Jangan putus asa, jangan kecewa.

.

Tere Liye

Hidup mesti ada senda gurau.

 

Hidup mesti ada senda gurau.

.

Buya Hamka

Yang disukai Allah.


Yang disukai Allah.
.

Buya Hamka

Syukur dan sabar seperti sayap.


 Syukur dan sabar seperti sayap.

Buya Hamka

Hidup terbina antara pahit dan manis.

 

Hidup terbina antara pahit dan manis.

Buya Hamka

Akhlak yang baik.


Akhlak yang baik.

Buya Hamka

Apabila Ajal Telah Sampai


 Apabila ajal telah sampai,

Jasmani ini akan kembali kepada tanah.

Rupa yg dipakai selama hidup punah hilang kembali bumi, 

yang tinggal hanyalah kenangan,

Dan akan datang lagi peribadi baru dgn rupa baru.

Semua wajah itu diatur Allah dgn sebaik-baiknya dan semua peribadi itu akan kembali kepada Tuhan bila datang waktunya.

Kredit

#BuyaHamka

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tabung Kereta Pertama : Formula 20:5:15

 

#TabungKeretaPertama

KERETA PERTAMA MULA KERJA

Pandangan saya jika anda mula kerja sebaiknya pakai motosikal saja. Jika sangat memerlukan kereta, pandangan saya.

1. Beli kereta kecil sahaja

2. Jika dapat kereta terpakai lebih hebat

3. Usia kereta lebih 5 tahun kurang 10 tahun.

4. Carilah kereta 'lokal'

5. Harga kereta bawahRM15k - RM20k, lebih murah lebih sejahtera.

6. Lupakan mitos kereta terpakai meletup waktu pergi kerja. 

7. Jurujual kereta akan takutkan kita kereta terpakai bahaya, sebenarnya nak jual keretanya.

8. Servis jaga, cari bengkel yang boleh percaya.

9. Beli tunai paling bergaya, jika tak dapat hutang pun tak mengapa. 

10. Jika kenderaan lokal baru nilai susut sekitar RM6k-10k setahun.

11. Kereta import RM15k-RM20k setahun susut nilai.

12. Jarak perjalanan normal setahun 20 000km itu normal.

13. Banyak benda jimat beli kereta terpakai sebenarnya.

14. Lupakan dulu kereta idaman sebelum beli kediaman.

15. Kereta itu liabiliti dan bukan aset sebenarnya.

16. Belilah kereta terpakai, anda jimat 50% dari harga asal.

17. Jangan tambah hello kitty atau apa apa aksesori.

18. Biar kekal warna asli

19. Zaman bergaya dengan kereta baru telah berlalu.

20. Zaman sekarang orang beli rumah dulu.

Guna formula 20:5:15

20% deposit

5 Tahun pembiayaan

15% Potongan gaji

Azizul Azli Ahmad 

#HimpunDuitBeliRumahDulu

#LelakiLebihSexyBilaAdaRumahSendiri

#Kongsikan agar adik kita ada pilihan untuk beli kereta nanti.

#Nota jika gaji kita bawah RM3000, kereta baru yang kita beli akan telan DSR gaji kita. Belian rumah pertama akan sedekit sukar. 

#Jika gaji bawah RM3000, ushakan beli rumah kecil dulu. Lepas tu kita nak beli X50 pun tak mengapa 😆

Kredit 

#AzizulAzliAhmad

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Berikan-ku Peringatan.


 Kita memberi peringatan bukan sebab kita terbaik dan sempurna berbanding orang lain. Peringatan yang diberi adalah atas perintah daripada Allah SWT.

Allah SWT berkata:

وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

[Surah Adz-Dzariyat: 55]

Kita memperingatkan orang lain sekarang, nanti orang lain pula memperingatkan kita. Saling bantu-membantu. Bukan sebab kita lebih baik...

Kredit 

#SuhiliNain 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tidak solat.


 Buya Hamka

Solat latih diri.


 Buya Hamka

Melupakan jasa.


 Melupakan Jasa.

Buya Hamka

"Body Shaming" Adalah Jenayah!


 Perhatian kepada mana mana mangsa “Body Shaming”, anda boleh mengambil tindakan undang undang dengan melaporkan kepada SKMM atau aduan di balai polis 

Menurut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Tindakan body shaming bukan sahaja memalukan mangsa malah mampu memberi implikasi jangka masa panjang 

⚠️ Kemurungan

⚠️ Eating disorder

⚠️ Hilang keyakinan

⚠️ Risiko bunuh diri

Kredit

#PublicHealthMalaysia 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme