Friday 24 March 2023

Siang Menolakmu Kepada Malam, Malam Pula Menolakmu Kepada Siang Sehinggalah Engkau Bertemu Dengan Kematian


Siang Menolakmu Kepada Malam, Malam Pula Menolakmu Kepada Siang Sehinggalah Engkau Bertemu Dengan Kematian

Kita hamba perlu ada satu ibadah khusus yang tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali kita dan Tuhan.

Sebagai persediaan kalau-kalau diakhirat kelak, semua amalan kita tidak diterima kerana riak dan sombong ( Nauzubillah ). Dan kemungkinan ibadah khusus itulah yang akan menyelamatkan kita dari api neraka Allah.


Kredit 

#AmirFathy 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ajaran Sesat Sama Ada Klasik @ Moden Semuanya ANTI SUNNAH/HADIS


Ajaran Sesat Sama Ada Klasik @ Moden Semuanya ANTI SUNNAH/HADIS

Ajaran sesat


1. Isu yang evergreen sentiasa tenggelam  timbul dlm media


2. Berdasarkan kajian & sedikit pengalaman,  teras semua ajaran sesat adalah ANTI SUNNAH/HADIS tapi KONONNYA terima al-Quran


3. Ajaran sesat sama ada klasik @ moden semuanya ANTI SUNNAH/HADIS


4. Drpd Ayah pin, Kahar Ahmad, Kasim Ahmad, Qadiyani,  Ahmad laksamana, Taslim, Crypto, Lepat, Syiah, Ibu yati, Irsyad Manji, Islam liberal dll semuanya menolak SUNNAH/HADIS sebagai sumber hukum


5. Faktor utama mereka menolak SUNNAH/HADIS adalah supaya ruang diberikan seluas-luasnya kpd akal & nafsu utk mentakwil al-Quran & ajaran Islam sesuka hati mereka


6. Kalaupun kadangkala mereka tidak menafikan Rasulullah, tetapi fungsi SUNNAH/HADIS sebagai penjelas, penerang, pentafsir, pentakhsis yg umum, pengikat yg mutlaq dll dinafikan


7. Jika sumber hukum tertinggi selepas al-Quran iaitu SUNNAH/HADIS pun ditolak, apatah lagi sumber-sumber hukum lain & segala disiplinnya spt Ulum Quran, Ulum Hadith, Usul Fiqh dll, semuanya ditolak mentah-mentah tanpa ragu


8. Kerana itu golongan yang haq & benar itu disebutkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Iaitu mereka yg berpegang teguh dengan SUNNAH/HADIS Rasulullah SAW, para sahabat & mereka yg mengikut mereka drpd kalangan salaf & khalaf dgn disiplin ilmu hingga ke hari qiyamah. 


Wallahu a’lam.


Kredit

#UstazAizamMasud

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Bagaimana Nak Tambah Iman Kepada Allah?


Bagaimana nak tambah Iman kepada Allah?

Ini bab aqidah


Disampaikan dalam bentuk yang mudah...


Perkara begini patut ada dalam silibus pengajian anak-anak kita!


Kredit

#UstazEmranAhmad

#MfrstudioIbnmukhtar

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Perkahwinan, Kunci Kebahagiaan Ialah Iman Dan Taqwa Kepada Allah


Perkahwinan, Kunci Kebahagiaan Ialah Iman Dan Taqwa Kepada Allah

Perkahwinan


Poligami atau tidak, gagal atau berjaya perkahwinan ialah rezeki daripada Allah.


Penjahat dan pemakan rasuah yang paling keji pun silap-silap boleh kekal perkahwinan mereka.


Ustaz dan agamawan yang paling baik pula boleh bercerai berai...


Tetapi Allah Maha Adil, Dia sediakan panduan untuk kita mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, bukan kahwin sekadar untuk hidup bersama.


Bahagia bukan gembira.


Gembira tidak semestinya bahagia.


Gembira maksudnya seronok. 


Bahagia ialah ketenangan hati dan jiwa.


Kunci seronok dan gembira ialah duit dan kekayaan.


Ada duit dan kaya barulah seronok dan gembira.


Tetapi kunci kebahagiaan bukan duit dan kekayaan.


Kunci kebahagiaan ialah Iman dan taqwa kepada Allah.


Sebab itu rumahtangga Nabi salallahualaihiwassalam miskin, tidak kaya tetapi bahagia.


Realiti rumahtangga hari ini berkisar soal gembira atau tidak, seronok atau sedih, duit tidak cukup, nafkah tidak diberi, nafkah tidak cukup, duit itu dan duit ini.


Sejak daripada mula berkahwin, kena keluar duit biayai hantaran, mas kahwin, belanja itu ini sehinggalah selepas bercerai kena tanggung harta sepencarian, nafkah tertunggak, tuntutan belanja itu ini.


Kiranya perkahwinan adalah soal duit dan biaya.


Jangan bernikah jika tiada duit.


Ianya bukan lagi ibadah yang mahu didirikan secara kerjasama oleh seorang lelaki dan wanita yang beriman. 


Disaksikan oleh orang yang beriman.


Ianya bukan lagi akad orang beriman untuk menghalalkan hubungan agar tidak berzina, supaya masing-masing dapat memainkan peranan sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu bagi melahirkan generasi orang beriman.


Ianya adalah kini adalah akad syarikat perniagaan yang mementingkan untung dan rugi. Jika untung dan mengembirakan maka perkahwinan diteruskan dan jika rugi dan tidak gembira maka perkahwinan ditamatkan.


Orang tidak lagi berkata saya perlu ilmu dan Iman untuk membina rumahtangga tetapi saya perlu wang dan harta untuk berkahwin.


Ramai orang masuk ke dalam rumahtangga mencari seronok.


Namun mereka kerap keluar kerana tidak menemuinya atau apabila sudah kehilangannya.


Lahirlah generasi 'masuk, cari, selak sana sini, tidak jumpa, lalu keluar.'


Hilang sudah generasi, 'Masuk, tanam, siram, tunggu, tuai dan menjadi teladan buat yang kemudian.'


Kredit

#UstazEmranAhmad

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kadangkala Kita Tidak Perlu Nasihat Yang Rumit, Cukup Hanya Kerana Allah


Kadangkala Kita Tidak Perlu Nasihat Yang Rumit, Cukup Hanya Kerana Allah

Kerana Allah


Kadang-kadang kita tidak perlu nasihat yang rumit.


Cukup bertanya diri kita, apakah segala perbuatan yang kita sedang buat ini kerana Allah atau sebaliknya?


Jika bukan kerana Allah atau untuk Allah, berhenti dan kembalilah kepada Allah.


Diriwayatkan bahawa Imam Hasan Al-Basri rahimahullah (wafat 110 H) berkata;


رحم الله عبداً وقف عند همه، فإن كان لله مضى، وإن كان لغيره تأخر


"Semoga Allah merahmati seorang hamba yang apabila dia ingin melakukan sesuatu perkara dia berhenti sejenak berfikir, jika ianya kerana Allah maka diteruskan namun jika ianya kerana selain-Nya, maka ditangguhkan atau tidaklah diteruskan.."


[Mukhtasar Minhajul Qasidin, Ibn Qudamah Al Maqdisi]


Kredit

#UstazEmranAhmad

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati, Setiap Derita Pasti Akan Berhenti


Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati, Setiap Derita Pasti Akan Berhenti

Tidak sangka


Selalunya kita apabila mendengar berita buruk atau musibah yang menimpa orang lain sering kali kita tidak menyangka bahawa kita pun akan turut terkena hal yang sama.


Ketika Iraq diserang oleh Amerika, maka penduduk Syria pun tidak menyangka bahawa negara mereka juga akan turut binasa sebab perang kemudian hari.


Apabila Covid-19 menyerang Wuhan di China, kita juga tidak menyangka bahawa ianya akan mengenai Malaysia. Apabila kes Covid-19 telah meningkat di sabah. Kita juga tidak menyangka ianya akan turut meningkat di Semenanjung Malaysia.


Hari ini apa yang kita tidak sangka sudah pun terjadi. 


Apabila membaca berita tentang rakan-rakan yang dibuang kerja, kehilangan mata pencarian. Kitapun tidak pernah menyangka bahawa kita juga akan terlibat sama.


Tetapi apabila tiba giliran kita, maka dunia pun terasa gelap. Buntu dan kecewa serta tidak tahu apa yang harus dilakukan.


Sebab itu Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;


إِنَّمَا الصَّبرُ عند الصَّدمة الأُولَى


`Kesabaran itu adalah pada pukulan atau hentakan yang pertama.'


[HR Al-Bukhari]


Setiap yang terjadi pasti akan ada hikmahnya, carilah apa jua alasan dan sebab untuk kita dapat terus tabah, kuat dan tidak berputus asa.


Memang tidak mudah, abaikan manusia lain yang  menghina atau tidak membantu tetapi merayu dan memohonlah pada Tuhan yang menguji Kita.


Setiap yang hidup pasti akan mati

Setiap derita pasti akan berhenti


Kredit

#UstazEmranAhmad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Istidraj, Nikmat Dunia Atas Maksiat


Istidraj, Nikmat Dunia Atas Maksiat 

Istidraj


Istidraj ialah nikmat yang diberikan bagi melalaikan seseorang sehingga dia mati di atas kesesatan. 


Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir RA (wafat 58 H) secara marfu' daripada Nabi salallahualaihiwassalam bahawa;


إذا رأيتَ اللهَ يُعطِي العبدَ من الدنيا على معاصيه مايحب فإنما هو استدراجٌ


"Apabila kamu melihat Allah memberikan kesenangan dunia kepada seseorang hamba di atas maksiat yang dia lakukan maka sesungguhnya itu ialah istdiraj."


[HR Ahmad dan Al-Tabarani]


Kredit

#UstazEmranAhmad

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tips Catat Nota Ketika Idea Datang Mencurah-Curah


Tips Catat Nota Ketika Idea Datang Mencurah-Curah

“Alamak. Aku lupa lah apa idea aku tefikir haritu. Power dah idea tu. Rugi betul tak ingat.”

Masalah yang biasa sangat jadi. Kadang-kadang nak tulis di kertas atau buku tapi tengah ada kat luar, pen pun tak bawa, nak buat macam mana?


Meh saya share satu apps kegemaran yang saya guna tiap-tiap hari untuk tulis draf nota ringkas.


Antara apps yang paling banyak saya guna untuk capture idea dengan cepat. Google Keep Notes.


3 sebab saya guna apps ni sejak tahun 2015 sampai sekarang:


1. Cepat nak buka.


Kalau apps lain, kadang-kadang nak kena tekan apps tu, kemudian cari folder, baru dapat mula tulis. By the time kau nak tulis tu dah hilang idea atau semangat nak tulis apa.


Guna Google Keep mudah je. Bukak apps dan terus mula tulis. Kalau pandai setting, satu klik je pun dah boleh mula capture apa-apa yang kita nak tulis.


Senang kan?


2. Boleh buka di pelbagai device.


Saya ni jenis guna banyak device. Kadang tu nak buka guna phone je. Ada masa buka guna laptop atau tablet.


Best guna apps ni, boleh buka guna semua platform. Tak kiralah kita guna Android ke, Apple ke, komputer ke. Dua-dua pun boleh.


Guna di phone boleh tulis tanpa Internet connection. Bila dah ada Internet, dia akan sync supaya data kita selamat disimpan. Tak lah hilang data-data lama kita pernah tulis dulu.


3. Ada fungsi ‘labels’ untuk tag.


Yang ni beza banyak dengan apps nota yang lain. Mudah untuk kita refer semula by kategori tertentu yang kita dah tetapkan.


Boleh juga kita kategorikan dengan menggunakan hashtag.


Untuk kalian yang tengah cari apps apa sesuai untuk tulis draf idea atau just nak simpan nota simple, saya cadangkan install apps ni dah cuba sendiri.


#appsreview #google #keepnotes #ajwadshafie #productivitytips


Kredit 

#AjwadShafie 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme