Monday 29 February 2016

3 Jenis Golongan Tasawwuf

Menurut Maulana Abul Ala' al-Maududi: Golongan tasawuf ada 3 macam

1. Tasawuf yang tidak bersih, yang ajarannya berpunca dari agama lain, maka yang jenis ini wajib diperangi dan ditentang

2. Tasawuf yang bercampur baur antara yang bersih dan tidak bersih, jenis ini hendaklah dimurnikan oleh guru2 tasawuf

3. Tasawuf yang memang bersih dan betul2 berdasarkan ajaran al Quran dan Sunnah, jenis inilah yang sepatutnya diikuti

- Maulana Muhammad Asri Yusuf, Kuliah Usul Dirayat Hadis, Rumah Fikir 28 Feb 2016

- mohd khaidir bin ishak


Hati2 dgn Tarekat Syaitan yang menipu Orang Jahil

Hati2 sahabat semua. Ada pihak yg menggunakan nama sufi, tarikat dan seumpamanya serta mengambil kesempatan daripada kecenderungan orang ramai yg ingin membersihkan diri dari dosa namun kerana kejahilan mereka tidak sedar telah dipergunakan oleh tok sheikh mereka. Mereka diperbodohkan dalam ketaksuban mengkuduskan tok sheikh mereka yang sebenarnya syaitan berbentuk manusia.

- Dr Jailani


Penipuan pada resit bank : Peniaga Online Mohon Alert

Peniaga online mohon alert.

Transfer fail = 05,
Transfer success = 00.

Jari tutup perkataan TIDAK untuk memperdaya anda

kredit : Nik Nur Adilin


Rak Almari kaca mata pelbagai "power" untuk dipinjamkan : Masjid Negeri Arau

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة. ومن يسر على معسر، يسر الله عليه في الدنيا والآخرة. ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه)).

Daripada Abi Hurairah radhiallahu'anhu, katanya:

Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan dunia daripada mana-mana orang mukmin, Allah akan melepaskan untuknya satu kesusahan di akhirat. Sesiapa yang mempermudahkan orang yang kesusahan, Allah akan mempermudahkan untuknya di dunia dan diakhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seseorang muslim, Allah akan menutup (aib) nya di dunia dan diakhirat. Allah membantu seseorang hamba selama mana hamba tersebut membantu saudaranya".

[Shahih: Telah dikeluarkan oleh: Ahmad 2/252, Muslim 8/71 (2699), Abu Daud (4946), Ibn Majjah (225), al-Tirmizi (1425), al-Nasaie dalam al-Kubra (7244), al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq (415), dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (1572)]

- Dr Rozaimi Ramle


Taubat penawar gelisah paling segera

Taubat adalah penawar gelisah yang paling segera. Apabila gelisah menimpa bertaubatlah.

Rasakan semua kegelisahan itu berpunca daripada dosa-dosa.

Justeru, bukan gelisah itu masalahnya, tetapi dosa-dosa mu!

#pmj


Hakikat Iman yang Hakiki

Iman yg hakiki perlu dibuktikan dgn pengorbanan, iaitu korbankan sesuatu yg paling kita cintai demi meraih redha Allah,

antara yg paling kita cintai termasuk juge 'waktu muda'..

Justeru itu, korbankanlah waktu muda kita utk kepentingan agama dikala pemuda pemudi lain habiskan waktu mudanya utk berfoya²...

- Fariedah Ibrahim


Larangan Solat dgn Pakaian dilipat & Rambut diikat

TAK BOLEH SOLAT DENGAN PAKAIAN DILIPAT, RAMBUT DIIKAT BAGI LELAKI, MENYELA RAMBUT?

Hal ini telah disebut dalam beberapa buah hadis antaranya:-

أُمِرَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا يَكُفَّ ثَوْبَهُ وَلَا شَعَرَهُ
Ertinya: Nabi sallallahu’alaihi wasallam diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota dan tidak melipat bajunya, begitu juga (mengikat) rambutnya. ( Riwayat Al-Bukhari)

At-Tayyibi dan Al-Munawi menghuraikan erti (يَكُفَّ) dengan menggabungkan, melipat pakaian ketika rukuk dan sujud. Mereka juga berkata larangan itu membawa erti makruh dan tidak sampai kepada haram. Imam An-Nawawi menjelaskan

اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى النَّهْيِ عَنْ الصَّلَاةِ وَثَوْبُهُ مُشَمَّرٌ أَوْ كُمُّهُ أَوْ نَحْوُهُ أَوْ رَأْسُهُ مَعْقُوصٌ أَوْ مَرْدُودٌ شَعْرُهُ تَحْتَ عِمَامَتِهِ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ ، فَكُلُّ هَذَا مَنْهِيٌّ عَنْهُ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ كَرَاهَةُ تَنْزِيهٍ
Ertinya: Ulama bersepakat berkenaan larangan sewaktu solat dengan lengan pakaiannya bergulung dan berlipat atau yang sepertinya, juga rambut kepalanya terikat atau diruapkan rambutnya yang dibawah serbannya atau sepertinya, semua ini dilarang dengan sepakat para ulama dan itu adalah makruh yang tanzih (tidaklah begitu berat).

Imam Zakariyya Al-Ansari menyatakan hikmah larangan ini adalah bagi memastikan seluruh item tadi iaitu rambut atau pakaian akan mengikut sujud, ia turut menjadi bukti solat individu terbabit. Selain itu, larangan ini juga kerana perbuatan terbabit adalah dari sifat orang takabbur yang biasanya tidak mahu baju dan rambutnya kotor terkena tanah, debu atau pasir sewaktu sujud atau rukuk.

Walaupun hari ini kemungkinan seseorang melakukan hal itu BUKAN kerana sifat membesar diri dan takabbur, namun mungkin kerana panas, peluh atau mencapai keselesaan, adalah terlebih baik untuk masih dielakkan berikutan terdapat nas yang jelas menegahnya jika tidak menghilangkan khusyu'. Tambahan pula, rasional dalam bab ibadah adalah sesuatu yang sukar dijustifikasi tanpa nas yang jelas, apa yang lebih penting adalah ketaatan dan kesungguhan untuk mengamalkan ibadah yang disaran oleh Nabi yang diulas secara tepat oleh para ulama. wallahu'alam

Imam Az-Zarkasyi & al-Hafiz al-Iraqi sebut hadis ini dituju khusus kepada rambut lelaki manakala wanita boleh mengikat rambutnya yang panjang walau semasa solat.

TERMASUK dalam erti larangan (iaitu makruh menurut majoriti ulama) itu adalah :-

1. Menyingsing lengan baju
2. Menyingsing hujung seluar (bagi mereka yang berpegang pada haram isbal, mereka sepatutnya pakai yang pendek dari awal dan bukan menyingsingnya). Adapun menurut kajian saya, isbal tidak jadi haram kerana panjangnya seluar dan jubah lelaki tetapi pada kesombongan pemakai yang memakai pankaian sedemikian di zaman tertentu adalah tanda kekayaan. Jadi jika sekarang ia sudah jadi adat & tidak membawa kesombongan, maka isbal adalah harus.
3. Lelaki mengikat rambut panjang seperti tocang dan sepertinya sewaktu solat.

[Sebahagiannya adalah petikan dari buku Formula Solat Sempurna (Edisi Kemaskini) karangan Dr Zaharuddin Abd Rahman terbitan Telaga Biru Sdn Bhd  ]


Tidak hormat Ulama bila Kritik Tulisan Imam Al-Ghazali

HUKUM MENGKRITIK TULISAN AL-IMAM AL-GHAZALI?

Soalan: Dr Asri, saya ingin bertanya soalan tentang kedudukan mereka yang tidak menghormati Imam al-Ghazali dan kitab beliau Ihya ‘Ulum al-Din. Ini seperti mereka yang menyatakan dalam Ihya Ulum al-Din  ada hadis yang tidak sahih atau pandangan yang tidak tepat. Patutkah perkataan mereka ini. Tidakkah ini tidak menghormati ulama Islam? Harap Dr Asri dapat berikan pandangan dan siarkan kepada orang awam. Haji Ibrahim, Ipoh.

JAWAPAN DR MAZA:
Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Tuan, dalam nas-nas al-Quran dan Sunnah, juga suri teladan yang ditunjukkan oleh golongan salafussaleh, kita semua disuruh menghormati para ulama dan golongan yang soleh dalam kalangan umat ini. Mereka yang kita kasihi itu ialah insan-insan yang berjasa dalam mempertahankan Islam dan menyebarkan dakwahnya. Kita percaya al-Imam al-Ghazali termasuk dalam kalangan mereka. Namun, ini tidaklah bererti kita dihalang untuk memberikan atau menerima pakai pendapat yang berbeza dengan ulama-ulama tertentu. Untuk menjelaskan lagi soalan tuan haji, saya sebutkan perkara-perkara;

1. Al-Imam al-Ghazali r.h (450H-505H) ialah salah seorang dari sarjana besar dalam sejarah perkembangan ilmu. Sumbangannya dalam bidang fekah dan usulnya amat besar. Beberapa sentuhan pemikiran maqasid syari’yyah beliau juga, amat mengkagumkan. Namun, beliau lebih tertonjol dalam bidang tasauf. Karya beliau beliau Ihya ‘Ulum al-Din telah berjaya melonjakkan kedudukan beliau. Kita sebagai umat yang datang kemudian, kita berterima kasih atas sumbangan besar beliau dan mendoakan agar Allah memberikan pahala atas segala usaha beliau. Kita berhutang budi dengan beliau.

2. Namun, al-Imam al-Ghazali r.h sama seperti para ulama yang lain, mereka bukan nabi yang maksum dari kesilapan. Demikian bukunya Ihya ‘Ulum al-Din bukanlah al-Quran yang tidak mungkin dikritik. Maka, berbeza dengan beliau, atau tidak bersetuju dengan beberapa pendapat beliau dalam karyanya itu bukanlah haram. Ini selagi pendapat itu berdasarkan ijtihad yang terdedah kepada berbagai tafsiran.
Kata sarjana hadis dan sejarawan Islam yang agung al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H): “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”( Siyar Alam al-Nubala 19/339, Beirut : Muassasah al-Risalah).

3. Antara perkara yang dibincangkan mengenai Ihya ‘Ulum al-Din ialah kedudukan atau nilaian hadis-hadis nya. Banyak hadis-hadis yang lemah dan palsu terdapat dalamnya. Ini telah mengundang banyak kritikan sarjana hadis.
Tokoh tafsir dan hadis yang terkenal iaitu al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) berkata: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan jantung hati. Namun padanya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu”. ( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

4. Hal ini juga pernah disebut sebelum itu oleh al-Imam al-Hafiz al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Hakikat ini diakui sendiri oleh al-Imam Taj al-Din al-Subki  (meninggal 771H) iaitu tokoh mazhab al-Syafi’i terkenal yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadis-hadisnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadis”.
Bahkan al-Subki mengira sebanyak 943 hadis yang tidak didapati sanad asalnya. (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut :Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

5. Namun, alhamdulillah, al-Hafiz al-‘Iraqi (meninggal 806H) yang merupakah sarjana hadis yang besar telah menilai dan mengkritik hadis-hadis dalam Ihya ‘Ulum al-Din untuk manfaat ramai. Beliau telah menyemak hadis-hadis Ihya` dengan menyebut sumber hadis-hadis yang disebut dalamnya serta kedudukan hadis-hadis tersebut. Banyak hadis-hadis Ihya` telah dihukum tidak ada asal-usul dalam kitab-kitab hadis. Takhrij (menilai sumber dan kedudukan) al-Hafiz al-`Iraqi telah dicetak bersama dengan dengan kitab Ihya`. Maka hendak kita berhati-hati ketika memetik hadis-hadis daripada kitab tersebut, dengan cara merujuk kepada takhrij oleh al-Imam al-‘Iraqi tersebut.

Kata seorang muhaqqiq yang terkenal di zaman ini al-Syeikh Syu`ib al-Arnaud: “Al-Hafiz Abu Fadl `Abd al-Rahim al-`Iraqi (meninggal 806H) telah menyemak hadis-hadis Ihya `Ulum al-Din kesemuanya dalam semua kitab yang dinamakan Al-Mughni `an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar. Ianya dicetak bersama dengan Ihya. Beliau telah menunjukkan setiap hadis kepada sumbernya serta menyatakan kedudukannya. Kebanyakan hadis-hadis tersebut beliau menghukumnya sebagai dhaif (lemah) atau palsu, atau ianya tidak ada asal dari ucapan Rasulullah s.a.w. Maka hendaklah para penulis, khatib, guru dan penceramah berhati-hati dalam memetik dan berhujah dengan hadis-hadis ihya` selagi mereka tidak jelas tentang kesahihannya menerusi semakan al-Hafiz al-`Iraqi. Sesungguh seorang ulama hadis Syam, Badr al-Din al-Hasani telah berkata: “Tidak harus mensandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah s.a.w. kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadis) yang dikenali. Sesiapa yang berkata: “Rasulullah telah bersabda” sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis “Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Syu`ib al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar `Alam al-Nubala`, 19/340).

Demikian seorang tokoh hadis Mesir yang terkenal al-Syeikh Abu Syahbah juga menyebut: “Aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca Ihya` agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang disebutkan kecuali setelah melihat takhrij (penilaian al-Hafiz) al-`Iraqi. Jika tidak dia akan terjatuh dalam dosa berdusta sedangkan dia tidak sedar”.(Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum wa Mustalah al-Hadith, m.s 254, Kaherah: Dar al-Fikr)

6. Maka dengan itu, jika terdapat perkataan mana-mana pihak yang menyatakan dalam Ihya ‘Ulum al-Din adanya hadis-hadis yang lemah dan palsu, bukanlah perkara yang diada-adakan. Ia telah disebut oleh para ulama hadis sebelum ini. Namun, ini tidak bererti kita menafikan isi kandungannya yang berfaedah dan baik. Juga ada hadis-hadis yang sahih dalamnya.

7. Antara lain yang dikritik adalah beberapa pandangan kerohanian yang terdapat dalam al-Ihya. Masalah ini menjadi perbincangan dalam kalangan sarjana. Ada beberapa pandangan dalamnya dianggap kurang sesuai atau melebihi tahap yang sepatutnya. Sehingga al-Imam al-Zahabi menyebut: “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339).

Dr Yusuf al-Qaradawi juga mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali rh dengan katanya: "Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat –sekalipun secara tidak langsung- bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, Sunnah dan Sirah. Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan ruh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Ta'ala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezekiNya, yang berkerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya".( Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

8. Apapun, di samping beberapa kelemahan yang dikritik, tulisan al-Imam al-Ghazali itu tetap mempunyai keunggulannya yang tersendiri dalam mendidik jiwa dan menghaluskan perasaan. Beliau telah menyumbang, dan ulama lain juga menyumbang. Kita mengambil manfaat dari semua dan menghargai semua. Kita beradab dengan mereka, namun itu tidak menghalang untuk kita bersetuju dengan pengkritik mereka, atau berbeza pendapat dengan mereka. Dengan syarat ia berasas ilmu, bukan emosi. Maka demikian pendirian kita terhadap karya al-Ghazali r.h. Kita menghargainya dalam masa yang sama kita juga menilai kritikan sarjana lain terhadap karyanya dengan cermat dan santun.

(sila baca MENJAWAB PERSOALAN, MENJELASKAN KEKELIRUAN)


Thursday 25 February 2016

[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 29/01/16 hingga 05/02/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 29/01/16 hingga 05/02/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Muhammadi, Ust Hakimi, Ust Faizal, Maulana Hadi.

1.  Maulana Hadi - 160129 Tafsir surah al-Fatihah ayat 1-4
http://www.mediafire.com/listen/mkmuolizw7ihj3q

2.  Ust Badrul - 160129 Kompas Umat; Hodohnya penampilan ahli Neraka
http://www.mediafire.com/listen/6db5w3vlm6m1mq8

3.  Ust Hakimi - 160129 Tafsir surah al-Baqarah ayat 30-39
http://www.mediafire.com/listen/ds6bdnqufbuyanc

4.  Ust Muhammadi - 160129 al-Adabul Mufrad; Menghormati org tua hadith 353-360
http://www.mediafire.com/listen/zz58q1f9dhyzgw9

5.  Maulana Hadi - 160130 Tafsir surah Sad ayat 45-64
http://www.mediafire.com/listen/lrdip4nma9rplrw

6.  Ust Hakimi - 160130 al-Azkar; Zikir ketika singgah di suatu tempat sms musafir
http://www.mediafire.com/listen/p9n3ub3zjtqdgi8

7.  Ust Badrul - 160130 Umdatul Ahkam; hadith 122-123 bab tasyahud
http://www.mediafire.com/listen/1sa9db1f9ka9sbv

8.  Ust Qamar - 160131 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Pembinaan keluarga dlm Islam
http://www.mediafire.com/listen/10s8ahm5rdyyhtr

9.  Ust Hanief - 160131 Usul Hadith; Perawi utama yg meriwayatkan dari sahabat
http://www.mediafire.com/listen/96riirv1g51yc3r

10.  Ust Shamsuddin - 160201 Rahiqul Makhtum; Pembunuhan Kaab bin al-Ashraf
http://www.mediafire.com/listen/q26p0unkn3p980r

11.  Ust Shamsuddin - 160201 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 7 Kritikan Maulana Habiburrahman thdp dirayah hadith
http://www.mediafire.com/listen/ofigphwg3egm3d6

12.  Ust Qamar - 160201 Bulughul Maram; hadith 610-620 bab jazanah
http://www.mediafire.com/listen/m9fsrogm4vb5q95

13.  Ust Badrul - 160202 Tafsir surah al-Balad ayat 8-20
http://www.mediafire.com/listen/84es66goyadwp3v

14.  Ust Badrul - 160203 Tazkiyyatun Nafs; Erti zuhud yg sebenar
http://www.mediafire.com/listen/olln4m57x0kghds

15.  Ust Qamar - 160203 Fiqh Sunnah; Zikir ketika mendengar suara ayam, keldai & anjing
http://www.mediafire.com/listen/j63afrz4dzexnre

16.  Ust Badrul - 160204 Tafsir surah al-Baqarah ayat 80-82
http://www.mediafire.com/listen/6xwwe91bt7o8zix

17.  Ust Badrul - 160205 Kompas Umat; Hidangan khusus ahli Neraka
http://www.mediafire.com/listen/piaybd3sjzwy6zq

18.  Ust Badrul - 160205 Targhib wa Tarhib; samb. Ancaman menolak membayar zakat
http://www.mediafire.com/listen/lo4zjfhj3cd79c4

19.  Maulana Hadi - 160205 Tafsir surah Ibrahim ayat 13-18
http://www.mediafire.com/listen/62tqx3l3c109k6m

20.  Maulana Hadi - 160205 Tafsir surah al-Kahfi ayat 32-42
http://www.mediafire.com/listen/vifopv8fshrghvq

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Kredit; Cikgu Wan Azahar, Cikgu Mat Ludin, akh Sharwan, grup tafsir Kg Huda


Wednesday 24 February 2016

Rahmat Disebalik Kesedihan & Kesusahan

Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan..melihat semua ini dengan hati...

Siapa tahu?
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..

Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga makayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya.

Siapa tahu?
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..

Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..

Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..

Siapa sangka?
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..

Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..

Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja.

Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.

Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..

Paling mulia?
Tidak dikenali didunia, tidak dipandang didunia, orang biasa sahaja tapi dikenali disisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..

Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti-

-Ustaz Ebit Lew


Sunday 21 February 2016

Tak Pandai Jaga Duit

Tak Pandai Jaga Duit

Abu Ali al-Daqqaq bercerita: Seorang laki-laki saleh mewarisi harta sebanyak 10 ribu dirham. Ia lalu berkata: "Ya Allah, aku sangat memerlukan wang ini, namun aku tidak pandai menjaganya. Justeru aku titipkan wang ini kepada-Mu untuk Engkau kembalikan kepadaku apabila aku memerlukannya."

Beliau lalu mensedekahkan semua wang tersebut.

Berkata Abu Ali: "Sejak saat itu, orang tersebut tidak pernah fakir sepanjang hidupnya. Setiap kali memerlukan sesuatu, Allah memberinya dengan segera." (al-Asna, Imam al-Qurtubi)

Siapa yang menjaga Allah, Allah akan menjaganya.

-Umar Muhammad Noor


Tragedi LPT2 yang dikaitkan dgn "makhluk halus"

Tragedi LPT2 yang dikaitkan dgn "makhluk halus"

Ajarkan masyarakat perkara berikut:

1. Jin dan syaitan adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Kubur lama @ roh orang mati tiada kena mengena dengan gangguan jin dan syaitan seperti yang wujud dalam kepercayaan khurafat dan tahyul

2. Manfaat dan mudarat adalah hak mutlak Allah SWT. Masyarakat Arab dahulukala meyakini hantu berada di padang-padang pasir. Ia syaitan yang menampakkan diri untuk menakut-nakutkan manusia sehingga menyesatkan dan mencelakakan. Lalu Nabi SAW membatalkan anggapan atau kepercayaan tersebut. Sabda Baginda SAW, “Tidak ada hantu” (laa ghuula), iaitu tidak dapat menyesatkan (mencelakakan) seseorang (kecuali dengan izin-Nya). (Syarh al-Nawawi dalam Sahih Muslim: 14/214)

3. Jangan takut kpd jin dan syaitan. Mujahid berkata, “Syaitan itu lebih takut daripada salah seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi”. (Aakam al-Marjan: 137)

4. Bekalkan diri dengan pelindung sekurang-kurangnya al-mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas) yang mampu untuk memelihara diri daripada gangguan jin dan syaitan insya-Allah.

*Lihat artikel Fenomena Takut Hantu, dalam Benteng Iman (Telaga Biru)

- Ust Aizam Mas'ud


Wahabi terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah, Khutbah Jumaat yang berdosa

Khutbah Jumaat yang berdosa

1. Pada hari ini 19/2/2016, khatib di sebuah masjid di Taiping telah membacakan khutbah Jumaat yang menghentam Wahabi dan menyebutkan bahawa ajaran tersebut sebagai terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berdosa mengikutinya serta akan masuk neraka.

2. Khatib juga memerli Mufti Perlis, DR. MAZA di dalam khutbah Jumaat dan bersikap ekstrim di dalam menghukum Wahabi sebagai terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut khatib hanya ajaran Asyairah dan Maturidiyyah sahaja Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3. Saya tidak pasti apakah itu teks khutbah rasmi di negeri Perak atau sekadar teks khutbah persendirian namun ianya mengandungi banyak kesalahan fakta, tohmahan dan tuduhan yang melampau.

Al-jawab ;

1. Saya bukan Wahabi.

Tetapi diriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa baginda salallahualaihiwassalam bersabda;

من رد عن عِرض أخيه، رد الله عن وجهه النار يوم القيامة
Barangsiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya maka Allah akan memelihara wajahnya daripada api neraka di hari kiamat.

[Riwayat Al-Tirmidhi]

Jadi wajib saya memperbetulkan apa yang salah.

2. Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukan hanya milik Asya'irah atau Maturidiyyah tetapi milik semua orang yang mengikuti al-Quran dan al-sunnah dan mengikuti jalan para sahabat dan tabien serta kaum salaf. 

-> Imam Abu Hasan al-Asya'ari lahir pada tahun 260 Hijrah dan wafat pada tahun 324 hijrah demikian Imam Abu Mansor Al-Maturidi yang wafat pada 333 hijrah.

Sedangkan ahli sunnah wal jamaah telah wujud lama sebelum mereka ini.

/ Imam Abu Hanifah (Nu'man bin Tsabit) ialah ahli sunnah, beliau lahir pada tahun 80 hijrah dan wafat pada tahun 150 hijrah.

/ Imam Malik bin Anas ialah ahli sunnah, beliau lahir pada tahun 93 hijrah dan wafat 179 Hijrah.

/ Imam al-Syafie lahir pada 150 hijrah dan wafat pada 204 hijrah.

/ Imam Ahmad bin Hanbal juga ahli sunnah, lahir pada 164 hijrah dan wafat 241 hijrah.

Kesemua Imam-imam yang empat di atas, bukan hanya Imam dalam feqah, mereka juga adalah Imam dalam aqidah. Imam Ahmad pernah mempertahankan aqidah ahli sunnah daripada golongan Muktazilah.

Imam al-Syafie mempunyai pegangan aqidah, Imam Malik juga begitu dan hal yang sama berlaku kepada Imam Abu Hanifah yang dapat dilihat dalam kitab Fiqh Al-Akbar.

3. Ajaran Wahabi yang disandarkan kepada Syeikh Muhammad Abd Wahab yang lahir pada tahun 1111 Hijrah dan wafat pada 1206 hijrah bukanlah fahaman sesat yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebaliknya mereka ialah pengikut kepada Imam Ibn Taimiyyah yang lahir pada 661 hijrah dan wafat pada tanggal 728 Hijrah. Dan Imam Ibn Taimiyyah pula adalah pengikut kepada mazhab Hambali atau aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah.

4. Perbezaan Wahabi dan Asya'irah hanya sekitar soal sifat-sifat Allah, cara beramal dengan Al-Quran dan al-sunnah, sekitar isu tawasul, isu takwil dan permasalahan yang tidak besar berbanding perbezaan ahli sunnah Wal Jamaah dengan Syiah, Khawarij, Muktazilah dan juga fahaman Qadariyyah atau lain-lain.

Perbezaan ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan, tidak taasub dan berlapang dada serta sikap saling menghormati dan kesungguhan mencari kebenaran atau keinginan untuk mencari pendapat yang lebih rojih.

5. Sikap suka menyesatkan dan menuduh orang yang berbeza dengan kita secara melulu tanpa mahu berdebat, berbincang atau berunding kemudian menggunakan saluran khutbah dan mimbar untuk mencela dan menghentam orang lain adalah satu kesalahan besar dan perbuatan yang berdosa serta tidak bertanggungjawab.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa baginda Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

لاَ تَبَاغَضُوا ، وَلاَ تَحَاسَدُوا ، وَلاَ تَدَابَرُوا ، وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَانًا
Janganlah kamu saling membenci, saling mendengki dan saling membelakangi. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara

[Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan Al-Tirmidzi serta Abu Daud]

-Ust Emran Ahmad


Salaf dan Salafi adalah dua nama berbeza

Sekali lagi, salaf dan Salafi adalah dua nama berbeza.

Memang zaman salaf sudah berakhir, tetapi Salafi masih ada dan akan terus ada.

Orang yang jahil biasanya tidak faham hakikat ini kerana mereka tidak dapat membezakan antara Imam Malik dan seorang Maliki.

Katanya, tidak ada orang Maliki zaman sekarang, tidak juga ada mazhab Maliki kerana Imam Malik sudah meninggal pada 179 H lagi.

Orang-orang yang cerdik - tidak semestinya daripada golongan Salafi - faham hakikat ini dan tidak menjadikan salaf-Salafi sebagai isu yang perlu dibangkitkan.


[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 18/01/16 hingga 28/01/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 18/01/16 hingga 28/01/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Hakimi, Ust Muhammadi, Ust Ahmad Saifuddin, Ust Amin, Maulana Asri, Maulana Hadi.

1.  Ust Muhammadi - 160118 Risalah al-Mustarsyidin; Manhaj ulul albab
http://www.mediafire.com/listen/uiedh2acmijgo4y

2.  Ust Hanief - 160118 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab Jual beli tertangguh
http://www.mediafire.com/listen/gc2e3crnoag7gq6

3.  Ust Ahmad Saifuddin - 160120 Sifat Solat Nabi; Bab Tatacara solat di dlm air atau di tanah
http://www.mediafire.com/listen/jlnubs4agg550cc

4.  Ust Hanief - 160120 Fauzul Kabir; samb. Ilmu ahkam
http://www.mediafire.com/listen/d7cxg4myhqx9wcq

5.  Ust Shamsuddin - 160122 Misykaatul Masobih; Kitab Iman hadith 50-52
http://www.mediafire.com/listen/k4dckzbb5lwo2p7

6.  Ust Badrul - 160122 Kompas Umat; Hodohnya ahli Neraka
http://www.mediafire.com/listen/nuy1x63sg7g2v7a

7.  Ust Badrul - 160122 Targhib wa Tarhib; samb. Anjuran membayar zakat
http://www.mediafire.com/listen/7xox1w023ycoill

8.  Ust Badrul - 160123 Umdatul Ahkam; hadith 121 bab tasyahud
http://www.mediafire.com/listen/ddj59w9m64qf085

9.  Ust Hanief - 160124 Usul Hadith; Riwayat al-Aaba' 'an al-Abna'
http://www.mediafire.com/listen/14ctr06k66l6zeu

10.  Ust Muhammadi - 160124 Tafsir surah al-Zukhruf ayat 1-10
http://www.mediafire.com/listen/bmjzx8juj1blhow

11.  Maulana Hadi - 160125 Hujjatullah al-Balighah; Bab solat istikharah & solat hajat
http://www.mediafire.com/listen/864lf38wbt3bsh4

12.  Ust Hanief - 160125 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab Sukatan & timbangan
http://www.mediafire.com/listen/b4bg5gu2v24ka3u

13.  Ust Muhammadi - 160125 Risalah al-Mustarsyidin; Menjaga perintah Allah
http://www.mediafire.com/listen/e6tvynoeq5jxgco

14.  Ust Shamsuddin - 160125 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 7 Abu Sufyan memeluk Islam slps Fath Makkah
http://www.mediafire.com/listen/kwldnl5kplibo9m

15.  Ust Shamsuddin - 160125 Riyadhus Solihin; Bab kelebihan mengucapkan salam & menyebarkannya
http://www.mediafire.com/listen/z8stnxt8zu8obap

16.  Ust Amin - 160126 Solat Mukmin; Haidh, nifas & istihadhah
http://www.mediafire.com/listen/lnmq99qsztcrynd

17.  Maulana Asri -160126 Sunan Abu Daud; Kitab Jihad Bab Lumba lari
http://www.mediafire.com/listen/ycu1xv7z1f3rxfr

18.  Ust Hakimi - 160126 Fathul Majid; Maksud syirik dlm ketaatan
http://www.mediafire.com/listen/75005w6qqb3232t

19.  Ust Qamar - 160127 Sirah; Nasab keluarga Rasulullah S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/cplzppujc45g405

20.  Ust Hanief - 160127 Fauzul Kabir; Syariat adalah maslahah
http://www.mediafire.com/listen/khcca4hmo038m1p

21.  Ust Badrul - 160127 Tazkiyyatun Nafs; Membuang pelbagai kotoran hati
http://www.mediafire.com/listen/bo1sc4follqca3v

22.  Ust Badrul - 160128 Tafsir surah al-Baqarah ayat 75-79
http://www.mediafire.com/listen/11su331f33to441

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Kredit; Cikgu Wan Azahar, Cikgu Mat Ludin, akh Sharwan, grup tafsir Kg Huda


Kisah Lelaki yang membunuh 99 manusia

Lelaki yang membunuh 99 manusia.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ
Daripada Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

  " كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا
Pada zaman sebelum kamu terdapat seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang.

فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ
Beliau bertanya tentang manusia yang paling berilmu di dunia ini, lalu beliau diberitahu tentang seorang rahib.

فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنَ تَوْبَةٍ
Lelaki itu pergi kepada rahib tersebut lalu menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah masih wujud taubat untuknya?

فَقَالَ لاَ . فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً
Rahib itu menjawab: Tidak. Lalu lelaki itu membunuh rahib tersebut dan menggenapkan mangsanya menjadi 100 orang.

ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ
Kemudia beliau bertanya lagi tentang manusia yang paling berilmu di dunia ini, lalu beliau diberitahu tentang seorang yang alim.

فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ
Beliau menyatakan kepada alim tadi bahawa dia telah membunuh 100 orang. Adakah masih wujud taubat untuknya?

فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا
Lelaki alim itu menjawab: Ya. Apa yang dapat menghalang antara engkau dan taubat? Pergilah ke tempat tertentu.

فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدِ اللَّهَ مَعَهُمْ وَلاَ تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ .
Sesungguhnya penduduk di sana menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama mereka. Jangan kau pulang ke tempat engkau. Sesungguhnya ia tempat yang tidak elok.

فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ
Lelaki itu pun bertolak sehingga separuh perjalanan, lalu dia meninggal dunia. Malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar tentang lelaki ini.

فَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلاً بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ . وَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ .
Malaikat rahmat berkata: Lelaki ini telah datang dalam keadaan benar-benar bertaubat kepada Allah di dalam hatinya. Malaikat azab pula berkata: Sesungguhnya dia tidak pernah langsung melakukan kebaikan.

فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا بَيْنَ الأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ .
Lalu datang kepada mereka satu malaikat dalam bentuk manusia untuk memutuskan hal tersebut. Dia berkata: Ukurlah antara dua tempat ini. Mana satu yang dia lebih dekat kepadanya, maka dia adalah milik tempat tersebut.

فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ "
Lalu mereka mengukur jarak dan mendapati dia lebih dekat ke tempat yang ingin dituju. Lalu malaikat rahmat mengambil lelaki itu.
[Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no: 2766]

Faedah hadis:
1- Wajibnya bertaubat daripada segala dosa.
2- Allah menerima taubat walau sebesar manapun dosa tersebut.
3- Hendaklah mencari persekitaran yang bagus agar memudahkan bertaubat. Ini kerana persekitaran yang mempunyai masyarakat yang rosak akan memberatkan seseorang untuk bertaubat.
4- Orang yang berilmu akan memberi manfaat kepada orang lain, berbanding orang yang tidak berilmu yang akan menyebabkan kerosakan.

Wallahua'lam.

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my | www.telegram.me/AlkahfiServices |


Bencana Besar Akibat Dosa

Dosa itu merupakan satu bencana. Bencana yang lebih besar ialah akibat daripada dosa itu.

Al-Imam Muhammad bin Abu Bakar menyatakan:

وَهُوَ مِنْ أَخْوَفِهَا عَلَى الْعَبْدِ
Ia (merupakan kesan daripada maksiat) yang paling ditakuti manusia.

أَنَّهَا تُضْعِفُ الْقَلْبَ عَنْ إِرَادَتِهِ ،
Iaitu (maksiat) akan melemahkah hati daripada berkehendak (melakukan kebaikan).
فَتُقَوِّي إِرَادَةَ الْمَعْصِيَةِ ،
Ia menguatkan kehendak kepada maksiat.

وَتُضْعِفُ إِرَادَةَ التَّوْبَةِ شَيْئًا فَشَيْئًا ،
Ia melemahkah kehendak untuk bertaubat sedikit demi sedikit.

إِلَى أَنْ تَنْسَلِخَ مِنْ قَلْبِهِ إِرَادَةُ التَّوْبَةِ بِالْكُلِّيَّةِ
sehinggalah ia mencabut daripada hatinya semua keinginan untuk bertaubat.

[Al-Jawab Al-Kafi Li Man Saala 'Anid Dawa' al-Syafi]

- Ust Mohd Masri Mohd Ramli


[MP3] Rakaman Audio kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 18/01/16 hingga 28/01/16)

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 18/01/16 hingga 28/01/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Hakimi, Ust Muhammadi, Ust Ahmad Saifuddin, Ust Amin, Maulana Asri, Maulana Hadi.

1.  Ust Muhammadi - 160118 Risalah al-Mustarsyidin; Manhaj ulul albab
http://www.mediafire.com/listen/uiedh2acmijgo4y

2.  Ust Hanief - 160118 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab Jual beli tertangguh
http://www.mediafire.com/listen/gc2e3crnoag7gq6

3.  Ust Ahmad Saifuddin - 160120 Sifat Solat Nabi; Bab Tatacara solat di dlm air atau di tanah
http://www.mediafire.com/listen/jlnubs4agg550cc

4.  Ust Hanief - 160120 Fauzul Kabir; samb. Ilmu ahkam
http://www.mediafire.com/listen/d7cxg4myhqx9wcq

5.  Ust Shamsuddin - 160122 Misykaatul Masobih; Kitab Iman hadith 50-52
http://www.mediafire.com/listen/k4dckzbb5lwo2p7

6.  Ust Badrul - 160122 Kompas Umat; Hodohnya ahli Neraka
http://www.mediafire.com/listen/nuy1x63sg7g2v7a

7.  Ust Badrul - 160122 Targhib wa Tarhib; samb. Anjuran membayar zakat
http://www.mediafire.com/listen/7xox1w023ycoill

8.  Ust Badrul - 160123 Umdatul Ahkam; hadith 121 bab tasyahud
http://www.mediafire.com/listen/ddj59w9m64qf085

9.  Ust Hanief - 160124 Usul Hadith; Riwayat al-Aaba' 'an al-Abna'
http://www.mediafire.com/listen/14ctr06k66l6zeu

10.  Ust Muhammadi - 160124 Tafsir surah al-Zukhruf ayat 1-10
http://www.mediafire.com/listen/bmjzx8juj1blhow

11.  Maulana Hadi - 160125 Hujjatullah al-Balighah; Bab solat istikharah & solat hajat
http://www.mediafire.com/listen/864lf38wbt3bsh4

12.  Ust Hanief - 160125 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab Sukatan & timbangan
http://www.mediafire.com/listen/b4bg5gu2v24ka3u

13.  Ust Muhammadi - 160125 Risalah al-Mustarsyidin; Menjaga perintah Allah
http://www.mediafire.com/listen/e6tvynoeq5jxgco

14.  Ust Shamsuddin - 160125 Sahih Bukhari; Kitab Wahyu, hadith 7 Abu Sufyan memeluk Islam slps Fath Makkah
http://www.mediafire.com/listen/kwldnl5kplibo9m

15.  Ust Shamsuddin - 160125 Riyadhus Solihin; Bab kelebihan mengucapkan salam & menyebarkannya
http://www.mediafire.com/listen/z8stnxt8zu8obap

16.  Ust Amin - 160126 Solat Mukmin; Haidh, nifas & istihadhah
http://www.mediafire.com/listen/lnmq99qsztcrynd

17.  Maulana Asri -160126 Sunan Abu Daud; Kitab Jihad Bab Lumba lari
http://www.mediafire.com/listen/ycu1xv7z1f3rxfr

18.  Ust Hakimi - 160126 Fathul Majid; Maksud syirik dlm ketaatan
http://www.mediafire.com/listen/75005w6qqb3232t

19.  Ust Qamar - 160127 Sirah; Nasab keluarga Rasulullah S.A.W.
http://www.mediafire.com/listen/cplzppujc45g405

20.  Ust Hanief - 160127 Fauzul Kabir; Syariat adalah maslahah
http://www.mediafire.com/listen/khcca4hmo038m1p

21.  Ust Badrul - 160127 Tazkiyyatun Nafs; Membuang pelbagai kotoran hati
http://www.mediafire.com/listen/bo1sc4follqca3v

22.  Ust Badrul - 160128 Tafsir surah al-Baqarah ayat 75-79
http://www.mediafire.com/listen/11su331f33to441

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Kredit; Cikgu Wan Azahar, Cikgu Mat Ludin, akh Sharwan, grup tafsir Kg Huda


Friday 19 February 2016

Doa ketika keluar meninggalkan keluarga dan harta

Antara doa ketika keluar meninggalkan keluarga dan harta. Agar kita tinggalkan mereka sementara waktu dan selamat mereka dalam penjagaan Allah swt.

-Dr Zaharuddin Abd Rahman


Belajarlah & dengar Nasihat daripada Imam Syafi’e

Imam Al-Syafie rh berkata :

و من لم يذق مر التعلم ساعــة ... تـجرع ذل الجهـل طـول حياتـه
Ertinya : Sesiapa yang tidak mengharungi/rasai kepahitan pembelajaran....maka akan terpaksa menelan kehinaan akibat kebodohan sepanjang hayatnya.

Belajarlah...dan adillah dalam pembelajaran dan ambillah yang baik-baik dari pelbagai guru. Gunakanlah akal yang dikurnia Allah swt sebaik mungkin.

- Muhasabah Diri-


Apa itu Judi Moden?

APA ITU JUDI MODEN ? BACALAH ..

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat lalu untung atau tidak dapat lalu rugi.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari gabungan yuran terkumpul peserta, maka ia adalah HARAM kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran"  (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
PRESIDEN MURSHID


Beza antara Jahil Basit (jahil biasa) dan Jahil Murakkab (jahil berganda-ganda)

Ilmu lawannya ialah jahil. Ilmu bermaksud mengetahui tentang sesuatu. Manakala Jahil bermaksud tidak mengetahui tentang sesuatu dan pada masa yang sama orang itu berkeupayaan untuk mengetahui melalui belajar atau mencari ilmu. Jahil adalah sifat khas untuk manusia. Dengan itu, kita tidak sandarkan Jahil kepada binatang, pokok, dinding dan sebagainya. Semua benda ini memang sepatutnya tidak mengetahui dan tiada keupayaan untuk belajar.

Jahil terbahagi kepada dua jenis iaitu Jahil Basit (jahil biasa) dan Jahil Murakkab (jahil berganda-ganda). Jahil Basit juga boleh difahami sebagai jahil selapis sahaja manakala Jahil Murakkab ialah jahil berlapis-lapis. Jahil Basit ialah orang itu jahil tentang sesuatu dan sedar dia adalah jahil. Dengan sebab itu, orang yang Jahil Basit akan pergi mencari ilmu dan belajar untuk menambah pengetahuan agar tidak menjadi jahil.

Manakala Jahil Murakkab ialah orang itu jahil tentang sesuatu dan tidak sedar dia adalah jahil. Orang Jahil Murakkab ini terus berada dalam dunia kegelapan  dan dia tidak sedar bahawa dia berada dalam kegelapan. Malahan dia senantiasa berasa dirinya alim (mengetahui) daripada orang lain.

Dengan itu, jika kita berasa kurang ilmu atau jahil. Maka ia adalah nikmat Allah taala dan kita akan berusaha menampung kekurangan ini. Malahan apabila kita belajar maka setiap kali itu akan kita sedar bahawa banyak lagi ilmu yang kita kurang dan perlu ditambah.

Adapun Jahil Murakkab adalah suatu musibah dan bencana yang kita perlu hindari. Mendekatkan diri dengan ulama, menghadiri majlis ilmu, membaca buku pengetahuan dan berbincang tentang ilmu boleh menghindarkan diri daripada sifat jahil yang berlapis-lapis ini.

-Abdel Rahmanov


Thursday 18 February 2016

Cantik sebenar, Nasihat TGNA

Nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Metod pengajian Tauhid 3 dilabel sebagai punca teroris

Antara isu yang disentuh oleh Dato Dr Maza dan Dr Rozaimi semalam ialah isu Tauhid 3, Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Was Sifat.

Metod pengajian ini telah pun bertahun- tahun diajarakan sama ada di peringkat sekolah melalui KBSM mahupun di peringkat Universiti.

Jika diperingkat global isu teroris macam langit dan bumi la jika dikaitkan puncanya Tauhid 3

Dr Rozaimi menyebut antara ulamak nusantara aliran tradisional bukan wahabi ialah Syeikh Abdil Qadir al Mandili.

Dan dikedah seperti yang saya kongsikan videonya sebelum ini pondok Pak Teh Mat (dato), katanya selain sifat 20 mereka mengajar Tauhid 3.

Tauhid 3 juga terdapat dalam Mustika Hadis Terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Lihat gambar-gambar dibawah ini buku Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas.

Antara yang menimbulkan pemikiran ekstrim ini seperti zamihan dan sorang lagi yang berdebat dengan Dr Rozaimi sebelum ini.

- Ust Khairil Anwar

Sebenarnya pengajian tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan al-asma' wa as-sifat tak patut dijadikan isu.  Ini semua lantaran hasad.  Mungkin ustadz ramai² kena tegur pihak yang mengaitkan pembelajaran kaedah ni dengan keganasan.  Termasuklah ustadz kesayangan ramai iaitu ustadz Azhar Idrus.  Saya sempat duduk dalam majlis kuliah beliau yang menyampaikan tauhid rububiyyah dan uluhiyyah.  Asma wa sifat tak sempat sebab bersambung ke kuliah akan datang.  Beliau menggunakan kitab Anak Kunci Syurga.  Dalam tu ada diajar kaedah pembelajaran tauhid cara begini.  Ia memang kaedah yang umum dan masyhur seluruh dunia Islam.  Yang bermusuh dengan kaedah ini mungkin ada penyakit dalaman.  Allahu A`lam.

- Shahmuzir Nordzahir

Atau ada agenda?


Kenapa kita memerlukan Ilmu?

- Al-Kahfi


7 Persediaan Memilih MENTOR BISNES

7 persediaan memilih MENTOR BISNES untuk berkuli supaya anda tidak kecewa di kemudian hari.
.
Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar beberapa orang yang telah melalui fasa kekecewaan kerana bermentor dan berkuli. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan panduan buat mereka yang mahu berkuli dengan mentor bisnes anda.
.
1. Matlamat yang jelas.
.
Pastikan kita telah mengenalpasti tujuan utama mahu berkuli. Berapa lama kita akan berkuli. Apa yang kita mahukan semasa berkuli. Ini sangat penting supaya apa yang kita buat tidak sia-sia kerana kita melaburkan masa untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.
.
2. Persediaan Mental dan Fizikal
.
Persediaan dalaman supaya kita lebih kuat dan cekal dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. Dah nama pun berkuli, mesti banyak perkara baru yang kita akan lalui. Selagi mana proses cabaran dan dugaan itu dapat mendatangkan manfaat dan selari dengan matlamat yang kita mahu capai, ianya masih dikategorikan sebagai ok dan mencapai matlamat!
.
3. Kumpul maklumat/data
.
Banyakkan bertanya, catit nota berharga yang berguna untuk kita. Pastikan kita faham apa yang kita catat dan kumpulkan. Maklumat dan data adalah perkara penting semasa berkuli. Ini akan membantu kita untuk memudahkan proses mencapai matlamat yang kita mahukan.
.
4. Jaga hubungan
.
Sekiranya kita mahu menjaga hubungan baik dengan Mentor dan tidak mahu ada masalah dengan Mentor. Sebaiknya elakkan untuk ber-partner dengan mereka. Lebih sesuai belajar dengan bayaran. Dalam bisnes macam-macam hal boleh berlaku. Khuatir sekiranya ada perpecahan, hubungan baik yang telah lama terjalin antara guru dan murid akan runtuh.
.
5. Kenali diri
.
Tanya dalam-dalam pada diri. Kita ni seorang 'leader' atau 'follower'? Sekiranya kita rasa kita boleh ikut arahan dan suruhan orang lain. Inshaallah kita boleh 'survive' semasa fasa berkuli. Sebab nak belajar, banyak cabaran dan dugaan. Mentee perlu patuh dengan Mentor. Sekiranya kita seorang 'leader' dan sentiasa mahu ke depan, dikhuatiri akan menghadapai masalah dari segi muafakat antara satu sama lain.
.
6. Survey
.
Buat kajian terlebih dahulu sebelum berkuli dengan mentor. Cuba tanya mereka yang pernah berkuli dengan mentor tersebut. Dapatkan maklumat dari mentee-mentee mereka. Ini dapat membantu sebelum kita buat keputusan. Kumpulkan maklumat-maklumat ini dan kita boleh nilaikan sendiri.
.
7. Berlapang dada
.
Ini adalah fasa akhir. Mungkin semasa berkuli dangan Mentor kita akan melalui banyak pengalaman. Suka dan duka. Sekiranya kita tidak mampu bertahan lama. Beritahu dengan baik, berbincang. Jangan tinggalkan jejak yang buruk. Anggap ianya adalah perjalanan hidup dan ilmu yang akan mematangkan kita pada masa hadapan.
.
"Tidak dijadikan sesuatu yang terjadi tanpa sebab. Mesti ada sesuatu yang baru kita boleh pelajari"
.
#Reben

- Cik Mal


Jangan Sesekali Anggap Doa Tidak Diperkenankan

Hikmah Doa; Jangan Sesekali Anggap Doa Tidak Diperkenankan,

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا " قَالُوا: إِذًا نُكْثِرُ، قَالَ: " اللهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa yang tidak mengandungi dosa, dan tidak pula memutuskan hubungan silaturrahim (kekerabatan), melainkan Allah akan memberinya salah satu di antara tiga perkara (iaitu):

“Doanya akan segera dikabulkan, atau akan disimpan baginya di akhirat, atau dirinya akan dijauhkan dari keburukan yang senilai dengan permohonan yang dipintanya.”

Para sahabat pun berkata, “Kalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa.” Rasulullah pun menambah:

“(Sesungguhnya) Allah lebih banyak (dalam memperkenan dan menerima doa kalian).” (Musnad Ahmad, no. 11133)

Channel, telegram.me/ilmusunnah

- Abu Numair


Friday 12 February 2016

Takut dengan Budaya Debat

Sebiji telur burung telah tercicir dari ibu burung. Telur itu telah dijumpai oleh seekor ayam.

Ayam itu telah mengeram telur burung tersebut sehingga menetas. Maka, anak burung itu membesar bersama dengan ibu ayam.

Semakin membesar, anak burung itu merasakan dirinya berbeza dari ayam, berdasarkan kepada warna, bentuk rupa dan bentuknya, walaupun ada beberapa kesamaan.

Apabila dia melihat burung terbang, dia berkata kepada ibu ayam yang membesarkannya bahawa dia berhasrat mahu terbang seperti burung, tp ibu ayam itu menyatakan, jangan berangan2 nak menandingi burung.

Kesan dari dogma yang ditanam oleh ibu ayam, menyebabkan kemampuan anak burung untuk terbang termandom sehingga dia mati, walhal dari sudut asal kejadiannya adalah berkemampuan untuk terbang.

Maka begitu juga orang yang takut dengan budaya debat dengan alasan tahap orang awam tak faham, orang awam tak ada kemampuan dll.

- Ust Wanji


Ilmu Kewangan Syarikat

ILMU KEWANGAN SYARIKAT

Banyak peniaga kecil-kecilan tidak ambil kisah berkenaan gaji mereka sendiri apabila meletakkan harga jualan. Mereka hanya kira kos bahan-bahan mentah sahaja.

Towkay-towkay tidak mengambil gaji, sebaliknya mereka main ambil sahaja wang syarikat. Bila-bila masa di perlukan duit, dia ambil sahaja duit bisnes. Duit yang diambil itu tidak direkodkan.
.
Gaji adalah gaji. Gaji wajib dibayar dan dimasukkan dalam kiraan kewangan syarikat.

Apakah risikonya kita main ambil sahaja duit syarikat?
.
Inilah risiko tidak membayar gaji sendiri:

+ Gaji adalah kos. Apabila kita tidak membayar gaji sendiri, kita tidak tahu dengan tepat berapa sebenarnya kos yang ditanggung dalam bisnes kita.

+ Akibat kita tidak tahu kos yang tepat, jadi, kita pun tidak tahu berapa sebenarnya keuntungan bersih dari hasil jualan.

+ Kita tidak mampu hendak mengambil pekerja bagi mengembangkan bisnes. Kalau diambil pekerja, harga barang kena dinaikkan. Kita tidak sanggup menaikkan harga barang.

+ Tanpa mengambil pekerja, kita tidak dapat hendak membesarkan bisnes.

+ Bisnes kita jadi melekat pada batang tubuh kita. Jika kita demam, bisnes kita pun demam. Selama kita demam, duit tak masuk.

- Puan Ainon


Tersentap dengan ucapan para salafussoleh

Tersentap dengan beberapa ucapan para salafussoleh dan ulama' terdahulu tentang betapa pentingnya hal ini.

Antara yang disebutnya ialah banyaknya kerosakan dan maksiat pada hari ini kerana diamya orang yang mengetahui kebenaran daripada mengatakan kebenaran.

Kata Abu Abdurrahman Al-'Umari sebagaimana yang disebutkan dalam Hilyah Al-Auliya':

Sesiapa yang tidak mencegah kemungkaran yang dilihatnya kerana takutkan makhluk, maka Allah akan mencabut rasa takutnya terhadap Allah. Maka bagaimana doanya akan dimakbulkan bila dia meminta kepada Allah tanpa ada rasa takut kepadanya?

Di dalam hadith disebutkan orang yang melihat kemungkaran dan tidak mengubahnya sedangkan dia mampu, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka semua (yang baik mahupun yang jahat.)

Lemahnya diri ini, bukannya senang nak menegur dan mengatakan kebenaran bila melihat kemungkaran depan mata.. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita. Sungguh ucapan ini menyentap hati saya..

ﻓﺈﻥ ﺍﻟﺴﺎﻛﺖ ﻋﻦ ﺍﻟﺤﻖ ﺷﻴﻄﺎﻥ ﺃﺧﺮﺱ

Sesungguhnya diam daripada kebenaran itu ialah syaitan yang bisu!

Sentap

Oleh ustaz Ad-dien Abdul kader

9feb2015

- Redzuan Siraj


Amalan Sunnah Menerima Kelahiran Baru

- Dr Rozaimi Ramle


Amalan Sunnah untuk Pengantin

Amalan-amalan Sunnah Untuk Pengantin

1⃣ Elok berkahwin pada bulan Syawal berdasarkan hadith Riwayat Muslim, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majjah.

2⃣ Digalakkan kepada pengantin perempuan untuk berhias diri untuk suami, termasuklah mencukur bulu kemaluan berdasarkan hadith Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain.

3⃣ Pengantin lelaki memberikan salam kepada isteri sewaktu masuk menemui isteri berdasarkan hadith Ummu Salamah dikeluarkan oleh Ibn Hayyan dalam Akhlaq al-Nabiy dengan sanad yang hasan.

4⃣ Pengantin lelaki menyediakan minuman untuk isteri berdasarkan hadith Riwayat Ahmad dengan sanad yang Hasan.

5⃣ Pengantin lelaki bersama pengantin perempuan Solat sunat 2 rakaat sebelum melakukan persetubuhan berdasarkan riwayat mauquf daripada Ibn Mas'ud diriwayatkan oleh 'Abd al-Razzaq dengan sanad yang Sahih.

6⃣ Pengantin lelaki berdoa dengan doa:

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﺷﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ .
"Ya Allah! Aku meminta kebaikannya kepadaMu dan kebaikan yang Engkau ciptakan dia padanya dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukanya dan keburukan sesuatu yang Engkau ciptakan dia padanya."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasai dengan sanad yang hasan.

7⃣ Bersugi bagi menghilangkan bau mulut sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Huwaini berdasarkan hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, Ibn Majjah, dan Ahmad.

- Dr Rozaimi Ramle


Hargailah pengorbanan seorang isteri

Hargailah pengorbanan seorang isteri yang dahulunya, sebelum anda mengambil dia dari tangan keluarganya, mungkin dia sangat manja dengan keluarganya. Dia disayangi, dimanjai dan dijaga sebaiknya oleh ibu bapanya.

Namun, setelah anda mengahwininya, lalu membawa dia kerumah anda, dia terpaksa berjaga awal pagi menyiapkan sarapan anda dan tidur lewat malam menyiapkan perkakas sekolah anak-anak anda keesokannya.

Hargailah pengorbanan seorang isteri dan kenanglah kembali saat pertama kali anda menerima amanah dari walinya, dengan nama Allah, sebagai seorang suami.

- Ir Jai


Tuesday 9 February 2016

Luahan Hati Bekas TPM : Muhyiddin Yassin

Dalam beberapa waktu ini, saya mengambil sedikit masa untuk menyelami persoalan-persoalan yang sering berlegar di fikiran saya berkenaan hal-hal yang berlaku di negara kita pada waktu ini. Ikhlas saya katakan, sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik dan berpengalaman terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan berada dalam situasi yang serumit hari ini.
Ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti ada orang yang bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Ternampak di wajah mereka satu perasaan yang sukar digambarkan. Kecewa, putus harap, bimbang, berang semuanya ada. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka sudah naik mual dengan apa yang berlaku. Mereka sudah tidak percaya lagi kepada orang yang diamanahkan untuk memimpin kerana ramai yang mengkhianati amanah.

Ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup, beban cukai GST, kejatuhan nilai matawang, kehilangan pekerjaan, ada pemimpin yang disahkan menerima kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi, dan wang ini digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Lebih menyedihkan, antara sumber wang ini adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.

Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup.

Apa sudah jadi dengan negara kita? Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah. Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa.

Malah terdapat pihak yang secara terang-terangan mempertahankan dan melindungi salah-laku orang-orang tertentu walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka juga tahu apa yang berlaku.

Di manakah nilai kejujuran, kebenaran dan keadilan yang kita semua sanjung? Adakah nilai-nilai ini sudah tiada ertinya lagi? Adakah yang bertakhta cuma sikap rakus dan tamak haloba untuk merebut kesenangan dunia semata-mata? Atau, adakah seluruh jiwa telah diselimuti oleh perasaan takut dan bimbang untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan?

Saya perhatikan masalah besar yang sedang melanda negara kita ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan. Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.
Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari. Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu. Keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah. Awan gelap akan terus meliputi negara kita untuk beberapa ketika.

Walupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah orang-orang yang saya temui, termasuk sahabat handai dan mereka yang tidak saya kenali, jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan. Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal.

Ini permulaan kepada satu perjuangan. Perjuangan untuk memulihkan Malaysia. Perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik. Kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita.

Jika bersendirian kita tidak akan punya kekuatan. Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.

Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.

Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
5 Februari 2016


Monday 8 February 2016

Jangan Sampai nak Menang di Dunia, Kita menempah Neraka di Akhirat

Dr Rozaimi Ramle


20 Alasan Kenapa Mesti Berhenti Merokok

20 Alasan Kenapa Anda Harus Berhenti Merokok:

1. Anda akan merasa lebih sehat.

2. Anda akan memiliki lebih banyak energi dan fokus yang lebih baik.

3. Anda memiliki indera perasa bau dan rasa yang lebih baik.

4. Anda akan memiliki gigi lebih putih dan nafas yang segar.

5. Anda akan memiliki indera penciuman yang lebih baik.

6. Batuk-batuk anda akan berkurang dan anda akan bernapas lebih mudah.

7. Anda akan lebih sehat selama sisa hidup anda.

8. Anda akan menurunkan risiko anda terkena kanker, serangan jantung, stroke, kematian dini, katarak, dan kerutan.

9. Anak-anak Anda akan menjadi lebih sehat.

10. Anda akan membuat orang lain bangga padamu.

11. Pasangan Anda, teman-teman, keluarga, anak-anak, cucu, dan rekan kerja akan senang melihat anda berhenti merokok.

12. Anda akan bangga pada diri anda sendiri.

13. Pakaian Anda tidak akan bau karena asap rokok.

14. Anda akan merasa lebih memegang kendali dalam hidup anda sendiri.

15. Anda akan menjadi panutan yang lebih baik bagi anak-anak anda.

16. Anda tidak perlu khawatir lagi akan masa depan kesehatan anda sendiri.

17. Anda tidak akan bertanya pada diri sendiri: “Kapan saya akan berhenti merokok?”

18. Anda akan memiliki lebih banyak uang untuk dibelanjakan.

19. Anda akan lebih senang ketika jalan-jalan karena tidak harus merokok di tempat umum yang dilarang untuk merokok.

20. Anda akan mampu berolahraga lebih banyak.

- Raehanul Bahraen


Punca Umat Islam Berpecah-Belah & Cara Atasinya

[PUNCA UMAT ISLAM BERPECAH BELAH]

Masyhur dikatakan bahawa antara faktor utama yang membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia adalah disebabkan oleh fahaman Wahhabi yang kian menular dewasa ini. Sering kali ada pihak yang membicarakan mengenai fahaman ini, lazimnya ia akan dikaitkan dengan isu perpecahan di kalangan umat Islam.
Senario ini telah menimbulkan beberapa persoalan kepada kita semua, apakah punca utama yang menyebabkan fahaman ini sering sahaja dilabelkan sebagai “pemecah belah” umat Islam?

Adakah prinsip atau ajaran yang dibawa dan cuba diterapkan oleh fahaman Wahhabi ke dalam masyarakat Islam di Malaysia selama ini bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh al-Qur’an, al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan ajaran Imam al-Syafie rahimahullah?

Peringatan Rasulullah mengenai suasana perpecahan yang melanda umat Islam.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ﺃَﻻَ ﺇِﻥَّ ﻣَﻦْ ﻗَﺒْﻠَﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏِ ﺍِﻓْﺘَﺮَﻗُﻮْﺍ ﻋَﻠَﻰ ﺛِﻨْﺘَﻴْﻦِ ﻭَﺳَﺒْﻌِﻴْﻦَ ﻣِﻠَّﺔً، ﻭَﺇِﻥَّ ﻫَﺬِﻩِ ﺍﻟْﻤِﻠَّﺔَ ﺳَﺘَﻔْﺘَﺮِﻕُ ﻋَﻠَﻰ ﺛَﻼَﺙٍ ﻭَﺳَﺒْﻌِﻴْﻦَ : ﺛﻨْﺘَﺎﻥِ ﻭَﺳَﺒْﻌُﻮْﻥَ ﻓِﻲْ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻭَﻭَﺍﺣِﺪَﺓٌ ﻓِﻲْ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻭَﻫِﻲَ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻋَﺔُ .
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga iaitu al-Jamaah. [1]

Sejak awal-awal lagi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepada umatnya bahawa selepas kewafatan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam umat Islam akan berpecah kepada beberapa kumpulan. Ternyata apa yang diungkapkan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi hadis di atas benar-benar berlaku ketika ini di mana umat Islam telah pun berpecah belah kepada pelbagai aliran, jamaah, parti, kumpulan atau golongan sebagaimana yang dapat kita saksikan bersama.

[Mengapakah umat Islam saling berpecah belah?]

Terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada tercetusnya perselisihan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun, di antara sekian banyak faktor tersebut, terdapat dua faktor utama yang dilihat sebagai punca terbesar yang menyemarakkan api perpecahan dalam kalangan umat Islam. Dua faktor yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

[PERTAMA] : Mengubah suai ajaran agama (bid’ah).

Tidak syak lagi bahawa punca utama dan pertama yang mencetuskan perselisihan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam adalah disebabkan oleh faktor bid'ah di dalam agama. Bid'ah secara umumnya merujuk kepada tindakan mengubahsuai ajaran agama sama ada dengan cara menokok tambah sesuatu yang “baru” ke dalam urusan agama mahupun dengan cara yang sebaliknya, iaitu mengurangkan apa-apa yang telah disyariatkan oleh ajaran agama. Ini berlaku sama ada dalam bentuk amalan (ibadah khususiyyah) mahupun dalam bentuk keyakinan (iktikad).

Hal ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri menerusi salah sebuah hadisnya:

ﻓﺈﻧﻪ ﻣﻦ ﻳﻌﺶ ﻣﻨﻜﻢ ﺑﻌﺪﻱ ﻓﺴﻴﺮﻯ ﺍﺧﺘﻼﻓﺎ ﻛﺜﻴﺮﺍ ﻓﻌﻠﻴﻜﻢ ﺑﺴﻨﺘﻲ ﻭﺳﻨﺔ ﺍﻟﺨﻠﻔﺎﺀ ﺍﻟﺮﺍﺷﺪﻳﻦ ﺗﻤﺴﻜﻮﺍ ﺑﻬﺎ ﻭﻋﻀﻮﺍ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﺑﺎﻟﻨﻮﺍﺟﺬ ﻭﺇﻳﺎﻛﻢ ﻭﻣﺤﺪﺛﺎﺕ ﺍﻷﻣﻮﺭ ﻓﺈﻥ ﻛﻞ ﻣﺤﺪﺛﺔ ﺑﺪﻋﺔ ﻭﻛﻞ ﺑﺪﻋﺔ ﺿﻼﻟﺔ.
Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepas (kewafatan) aku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin Mahdiyin selepasku, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham (kamu) dan jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama ini) kerana ia adalah bid'ah sedangkan setiap bid'ah itu (adalah) sesat. [2]

Khutbah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini dilihat mengandungi mukjizat ilmiah yang besar kerana ia menggambarkan suasana perselisihan yang akan berlaku kepada umat Islam disebabkan oleh amalan bid'ah yang mereka lakukan selepas kewafatan baginda shalallahu ‘alaihi wasallam. Justeru, baginda shalallahu ‘alaihi wasallam dengan tegas mengingatkan kepada sesiapa yang hidup pada zaman perselisihan itu supaya menghadapinya dengan cara berpegang teguh kepada sunnah dan juga sunnah para khalifah yang menggantinya.

Selain daripada menggambarkan suasana perselisihan, khutbah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itu juga mengisyaratkan kepada bahaya pemikiran dan amalan bid'ah sebagai faktor yang menyebabkan berlakunya perselisihan tersebut.

Kenyataan di atas juga disokong oleh sebuah hadis di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan bahawa di antara punca berlakunya porak peranda dalam kalangan umat Islam adalah disebabkan oleh perbuatan bid’ah yang diada-adakan oleh mereka di dalam urusan agama. Perhatikan hadis di bawah ini:

ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ : ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻣﻦ ﻏﺸﺚ ﺃﻣﺘﻲ ﻓﻌﻠﻴﻪ ﻟﻌﻨﺖ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ ﻭﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﺟﻤﻌﻴﻦ، ﻗﻴﻞ : ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﻣﺎ ﺍﻟﻐﺶ؟ ﻗﺎﻝ : ﺃﻥ ﻳﺒﺘﺪﻉ ﻟﻬﻢ ﺑﺪﻋﺔ ﻓﻴﻌﻤﻞ ﺑﻬﺎ .
Daripada Anas radhiallahu’anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: Barangsiapa yang memporak perandakan umatku, maka Allah akan murka kepadanya dan murkalah malaikat dan murkalah segenap manusia. Baginda ditanya (oleh para sahabat): Wahai Rasulullah, apakah yang dinamakan dengan memporak perandakan itu? Baginda menjawab: Bahawa ia berbuat bid’ah kepada mereka suatu bid’ah lalu dikerjakan.
(Hadis riwayat al-Daruquthni bersumberkan daripada Anas bin Malik radhiallahu’anh) [3]

KEDUA: Keengganan pihak yang saling berselisih untuk kembali kepada petunjuk al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih.

Ikhtilaf atau perselisihan pendapat adalah merupakan satu fenomena biasa dan lumrah berlaku ke atas umat manusia. Tidak terkecuali dalam menghadapi fenomena ini ialah umat Islam sendiri. Hakikatnya tiada siapa jua di dunia ini yang dapat mengelakkan diri daripada menghadapi fenomena tersebut. Ini adalah kerana perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan manusia adalah merupakan salah satu sunnatullah yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas para hamba-Nya. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya menerusi ayat berikut (maksudnya):

Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan manusia umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisih. Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu, dan kerana itulah Dia menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu. Sesungguhnya Aku memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia. [Surah al-Hud: 118-119]

Sungguh pun fenomena perselisihan pendapat ini adalah suatu perkara yang lumrah berlaku ke atas umat manusia (dalam konteks perbincangan ini ialah umat Islam), namun ia tidak harus dijadikan alasan oleh umat manusia – khususnya umat Islam – untuk pasrah kepada ketentuan tersebut, lalu membiarkan sahaja perselisihan dan perpecahan berlaku dalam kalangan mereka. Sikap seperti ini amat menjauhi perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menggesa mereka agar sentiasa bersatu padu sebagai satu jamaah.

Atas dasar inilah Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan mereka supaya segera kembali kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah Rasul-Nya tatkala tercetusnya perselisihan antara mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut menjadi rujukan (maksudnya):

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (al-Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Amat dukacita kerana terdapat dalam kalangan sebahagian umat Islam yang apabila tercetus perselisihan antara mereka maka akan ada salah satu pihak daripadanya yang enggan untuk kembali kepada seruan ayat di atas. Mereka tidak sudi menjadikan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih sebagai penamat perselisihan yang timbul di antara mereka.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah, mereka lebih cenderung mengambil sesuatu selain daripada kedua-dua sumber wahyu tersebut sama ada berupa kebiasaan-kebiasaan (adat) masyarakat, ajaran mazhab mahupun pandangan tokoh tertentu yang jelas menyelisihi petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih. Inilah sebabnya mengapa perselisihan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sentiasa berlaku dan terus berpanjangan.
[Langkah penyelesaian kepada masalah perpecahan umat Islam]

Mengakhiri perbincangan kita yang serba ringkas ini, berikut akan penulis kemukakan tiga langkah penting sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi penyakit perpecahan yang kian kronik melanda umat Islam ketika ini. Diharapkan dengan adanya komitmen kita semua dalam mengambil langkah-langkah tersebut akan dapat menjadikan kita semua, umat Islam, sebagai satu umat yang bersatu padu dan saling berkasih sayang antara satu sama lain. Adapun tiga langkah yang penulis maksudkan adalah seperti berikut:
[PERTAMA]: Berpegang teguh kepada tali (agama) Allah.

Hendaklah umat Islam seluruhnya berjamaah iaitu bersatu padu dengan berpegang teguh kepada tali (agama) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini sebagaimana firman-Nya dalam surah ali-Imran, ayat 103 yang bermaksud:

... Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai ...

Hendaklah kita fahami bersama bahawa yang dimaksudkan dengan tali Allah di dalam ayat ini adalah merujuk kepada ajaran Islam yang bersumberkan kepada petunjuk al-Quran al-Karim dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Perintah untuk berpegang kepada tali Allah di dalam ayat ini bukanlah bererti kita diperintahkan untuk berpegang kepada manhaj jamaah atau parti sekian-sekian, kebiasaan-kebiasaan masyarakat tertentu, mazhab-mazhab tertentu, ajaran syeikh-syeikh tertentu atau apa jua selain daripada ajaran yang dibawa oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih kerana semua itu tidak akan berupaya menyatupadukan umat Islam untuk menjadi satu jamaah sebagaimana yang dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu’anh ketika menjelaskan maksud tali Allah dalam ayat di atas menyebut:

ﺇﻥ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺼﺮﺍﻁ ﻣﺤﺘﻀﺮ، ﺗﺤﻀﺮﻩ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ، ﻳﻨﺎﺩﻭﻥ : ﻳﺎ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻫﻠﻢ ! ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺼﺮﺍﻁ، ﻟﻴﺼﺪﻭﺍ ﻋﻦ ﺳﺒﻴﻞ ﺍﻟﻠﻪ ! ﻓﺎﻋﺘﺼﻤﻮﺍ ﺑﺤﺒﻞ ﺍﻟﻠﻪ، ﻓﺈﻥ ﺣﺒﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻫﻮ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ .
Sesungguhnya jalan ini dihadiri oleh para syaitan, mereka berseru: Wahai hamba Allah, kemarilah! Ini adalah jalan (yang benar)”, mereka lakukan itu untuk menghalang-halangi manusia dari jalan Allah . Maka, berpegang teguhlah kamu dengan “tali Allah” (kerana) sesungguhnya (yang dimaksudkan dengan) “tali Allah” itu adalah (berpegang teguh kepada) Kitabullah (al-Qur’an al-Karim). [4]
Apa yang diterangkan oleh ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu’anh di atas adalah tidak bercanggah dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana dalam hadisnya berikut:

ﺗﺮﻛﺖ ﻓﻴﻜﻢ ﻣﺎ ﺇﻥ ﺗﻤﺴﻜﺘﻢ ﺑﻪ ﻟﻦ ﺗﻀﻠﻮﺍ ﺑﻌﺪﻱ ﺃﺑﺪﺍ : ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﻭ ﺳﻨﺘﻲ .
Aku tinggalkan kamu dua perkara (yang) jika kamu berpegang teguh kepada keduanya (maka) kamu tidak akan tersesat selama-lamanya (iaitu) Kitabullah (al-Qur’an) dan Sunnahku. [5]

Oleh yang demikian, umat islam hendaklah sentiasa mengunggulkan kedua-dua petunjuk wahyu tersebut di atas segala sesuatu yang lain serta menolak apa-apa yang bercanggah dengannya baik berupa pandangan peribadi, kebiasaan-kebiasaan (adat) tertentu, ajaran tok guru mahupun pandangan mazhab-mazhab tertentu.

KEDUA: Saling bertoleransi.

Hendaklah umat Islam saling bertoleransi dalam menghadapi suasana perbezaan pandangan yang berlaku sesama mereka. Sekali lagi ditegaskan bahawa perbezaan pandangan adalah suatu yang lumrah ke atas umat manusia. Oleh itu, sekiranya wujud perselisihan pendapat, maka hendaklah perselisihan itu segera dikembalikan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih untuk dinilai manakah pandangan yang mendekati petunjuk kedua-dua sumber wahyu tersebut.

Sekiranya masing-masing pihak memiliki dalil yang kukuh maka hendaklah mereka saling berlapang dada antara satu dengan yang lain. Tidak dibolehkan saling menghukum dalam perkara yang wujud padanya perselisihan yang dibenarkan syarak (ikhtilaf muktabar).

Hanya dengan sikap saling bertoleransi ini sahaja umat Islam akan sentiasa berada dalam satu jamaah. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

ﻣَﺎﺿَﻞَّ ﻗَﻮْﻡٌ ﺑَﻌْﺪَ ﻫُﺪًﻯ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺃُﻭﺗُﻮﺍ ﺍﻟْﺠَﺪَﻝَ .
Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana melakukan perdebatan.[6]

KETIGA: Bersedia untuk kembali kepada kebenaran.

Umat Islam seluruhnya hendaklah sentiasa bersiap sedia dan berlapang dada dalam menerima sesuatu kebenaran yang bersumberkan daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ini sekalipun kebenaran tersebut adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang menjadi prinsip atau pegangan mereka selama ini.

Pada masa yang sama juga hendaklah umat Islam dengan penuh rela hati bersegera meninggalkan apa jua pandangan atau kebiasaan sedia ada yang jelas bercanggah dengan kebenaran tersebut. Sesungguhnya, kedegilan dan keegoan untuk tunduk dan kembali kepada kebenaran setelah ia tertegak di hadapan mata adalah di antara faktor terpenting yang menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam terus berlaku tanpa berkesudahan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. [Surah Ali ‘Imran: 105]

Nota kaki:
[1] Hadis riwayat Ahmad, al-Darimi, al-Thabrani, Ibn Majah, al-Tirmidzi, Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain. Hadis ini disahihkan oleh al-Tirmidzi, al-Hakim, al-Dzahabi dan al-Juzani dalam kitab al-Abathil, jld. 1, ms. 302, al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, jld. 1, ms. 213, al-Syathibi dalam al-I’tisham, jld. 2, ms. 698 (tahqiq Salim al-Hilali), Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa, jld. 3, ms. 345, Ibn Hibban Shahih Ibn Hibban, jld. 8, ms. 48, Ibn Katsir dalam Tafsir Ibn Katsir, jld. 1, ms. 390, Ibn Hajar dalam Takhrij al-Kasysyaf, ms. 63, al-Hafiz al-‘Iraqi dalam al-Mughni ‘an Hamli al-Asfar (no. 3240), al-Bushairi dalam Mishbah az-Zujajah, jld. 4, ms. 180, Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Shahihah (no. 203) dan lain-lain yang sangat banyak jumlahnya.
[2] Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud (no. 4607). Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah ash-Shahihah, jld. 6, ms. 526 (no. 2735).
[3] Hadis riwayat al-Daruquthni bersumberkan daripada Anas bin Malik radhiallahu’anh.
[4] Diriwayatkan oleh Abu’Ubaid dalam Fadhaail al-Qur’an, ms. 75, al-Darimi, jld. 2, ms. 433, Ibn Nashr dalam as-Sunnah (no. 22), Ibn Dhurais dalam Fadhaail al-Qur’an, ms. 74, Ibn Jarir dalam Tafsirnya (no. 7566) (tahqiq Ahmad Syakir), al-Thabrani, jld. 9, ms. 9031, al-Ajurri dalam asy-Syarii’ah, ms. 16 dan Ibn Baththah dalam al-Ibaanah (no. 135) dan riwayat ini sahih. Lihat keterangan ini dalam, Sittu Durar min Ushuuli Ahlil Atsar karya ‘Abdul Malik bin Ahmad Ramadhani; dalam edisi terjemahan di bawah judul 6 Pilar Utama Dakwah Salafiyyah oleh Mubarak B.M Bamuallim Lc (Pustaka Imam asy-Syafi’i, Jakarta, 2005), ms. 112. Rujukan ini selanjutnya akan diringkaskan kepada Sittu Durar min Ushuuli Ahlil Atsar sahaja.

[5] Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Mawaththa’, jld. 2, ms. 899. Hadis ini dinilai hasan (baik) oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam al-Misykat (no. 186).

[6] Hadis riwayat Ahmad, al-Tirmidzi dan lain-lain. Hadis ini adalah hasan (baik). Lihat Shahih al-Jami’ (no. 5633).

- Ghuraba Media