Saturday 30 April 2016

Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas

JALAN PULANG KE PANGKUAN TUHAN TERLALU LUAS

ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.

Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.

Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Tidak Perlu Pengakuan

Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan.

Demikian perbuatan sesetengah pihak mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan dosa solat atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan dosa, demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.

Keampunan Bukan Jualan

Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu, tentulah semua orang kaya tempatnya di syurga.

Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan membanyakkan ongkos, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian.

Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91).

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.

Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.

Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Luasnya Rahmat

Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya.

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.

Agama ini begitu lunak. Pintu untuk mendekati Tuhan tidak pernah hanya dikhususkan untuk orang tertentu semata. Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah.

Tiada perbezaan antara mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.

Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut “dosa- dosa si polan tidak akan diampunkan Allah.” Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Dapatkan Rahmat Allah

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, di pentas filem, di medan politik atau apa sahaja.

Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.

Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.

Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya “tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.

- Dr Maza


Ujian Setelah Bertaubat

WAQFAH

Ujian Setelah Bertaubat

Syaikh Muhammad bin Muhammad Al-Mukhtar As-Syinqithy -hafizhahullah- mengatakan:

.ماتاب عبد لله إﻻ وامتحن الله صدق توبته بتسهيل السبيل للذنب الذي تاب منه .

"Tidaklah seorang hamba bertaubat kepada Allah Azza wa jalla, melainkan Allah Azza akan kembali menguji kejujuran taubatnya dengan memudahkan jalan baginya menuju dosa yang pernah dia lakukan sebelumnya."

Semoga Allah mengaruniakan pada kita taubat nasuha.

Catatan:

Allah Azza wa jalla berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ. وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(QS: al-'Ankabuut Ayat: 2-3)

Maksudnya dengan ujian tersebut akan tampak siapa yang benar dalam imannya dan siapa yang dusta dalam imannya. Allah mengetahui kedua golongan tersebut. Karena itu jangan tertipu dengan ketaatan kita selama ini, sebelum kita malalui masa-masa pengujian.

Wallahu a'lam.  

_________
Madinah 04-04-1436 7H
ACT El Gharantaly


Apa hukum pacaran / bercinta?

KHULASHOH

Kak.. Apa hukumnya pacaran..?

"Adik adik sekalian..
Sebelum kaka menjawab pertanyaan ini, kaka ingin bilang bahwa cinta itu tak pernah salah.
Yang salah adalah cara kita dalam mengapresiasi cinta.
Islam tidak mengharamkan cinta, mencintai dan dicintai. Namun islam melarang cinta yang salah arah, yaitu syahwat yang selama ini masih kita anggap sebagai cinta.
Seorang pencinta akan selalu menjaga orang yang dicintainya, lalu penjagaan macam apa yang  diberikan orang yang katanya jatuh cinta saat dia menyentuh seseorang yang belum halal untuknya.?
Bila kalian jatuh cinta halalkan cinta itu, bila kalian belum sanggup lepaskan ia dengan ikhlas, tak usah membuang-buang waktu dan materi untuk sebuah hubungan yang semu. Karena boleh jadi yang kalian lakukan selama ini hanyalah menjaga jodoh orang lain.
Apa kalian rela kehilangan waktu dan materi untuk jodoh orang lain..?
Betapa menyakitkan bila pada kenyataannya kita hanya sedang memanjakkan jodoh orang lain.
Bila kalian tetap tak bisa mendustai hati, maka titipkan orang kalian cintai itu kepada Allah, muda-mudahan Allah membawa kalian pada orang yang selalu kalian sebut dalam do'a.

Memang tak ada ayat yang secara langsung mengatakan bahwa pacaran itu haram, tapi Allah berfirman: "

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

Ulama menjelaskan bahwa larangan dalam ayat ini sebenarnya lebih keras daripada perkataan, "Janganlah melakukan zina". Artinya bahwa jika kita mendekati zina saja tidak boleh, apalagi sampai melakukan zina, tentu lebih terlarang.

Adik-adik perlu tahu bahwa saat islam melarang sesuatu, maka islam juga melarang segala hal yang dapat mengantarkan pada sesuatu tersebut. Nah, bukankah pacaran adalah jalan tol menuju zina..? Karena itu ia turut diharamkan. Jangan tertipu dengan ungkapan, "Pacaran yang sehat".
Tidak ada pacaran yang sehat.
Islam mengajarkan kita untuk tidak bersentuhan antara laki-laki dan wanita yang bukan mahrom, mana ada orang pacaran tanpa pegang-pegangan.?
Islam juga mengajarkan kita untuk menjaga pandangan, mana ada orang pacaran saling menundukkan pandangan.?
Jadi mustahil ada pacaran yang islami..
Sebenarnya banyak sekali dalil dan qoidah agama yang menunjukkan tidak bolehnya pacaran. Tapi kaka rasa jawabannya cukup.

Ringkasan Tausiyah Cinta yang kami sampaikan pada ahad 10 Rojab 1437 H yang lalu di tepi sungai Csadane, Bogor.

ACT El-Gharantaly


Besar Dosa Berbohong atas Nama Nabi

Besarnya dosa berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. ataupun Nabi-Nabi yang lain. Ini seperti menyandarkan sesuatu yang bukan hadis yang sabit kepada baginda. Mereka yang membantu menyebarkan hadis-hadis palsu termasuk dalam dosa besar ini.

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang mutawatir:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Ini termasuk mereka pengeluar produk perubatan ataupun makanan tertentu yang mengaitkan nama Nabi s.a.w. Tujuan mereka melariskan jualan, sedangkan hakikat makanan Nabi s.a.w itu tidak seperti yang didakwa, ataupun rekaan semata seperti ‘kayu koka’, buah kismis dan seumpamanya.

Dosa menyebarkan hadis palsu ini terlalu besar dan pada hari ini melibatkan ramai pihak. Ini kerana kemudahan teknologi menyebabkan dengan mudah manusia menghantar ataupun menyebarkan maklumatkan yang diterima. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:

Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya. Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322)

Guna Nama Tokoh Agama

Dosa pendustaan yang berikutnya yang besar ialah berdusta menggunakan nama sahabah, tabi’in, para ulama dan tokoh-tokoh umat yang dipercayai. Ini kerana pendustaan jenis ini mempunyai kesan yang berat terhadap masyarakat. Masyarakat akan mudah terikut apabila sesuatu perkataan ataupun perbuatan yang disandarkan kepada golongan ini. Contohnya dalam masyarakat kita menjelang bulan Ramadan ada yang mencari kesempatan mengumpulkan kekayaan dengan membuat ‘borang pahala’ yang kononnya sesiapa yang membelinya akan dapat mengirimkan pahala kepada si mati. Pahala dijadikan jualan dalam agama. Ini sama seperti amalan gereja yang ditentang oleh golongan pembaharuan seperti Martin Luther pengasas Protestan. Ia hanya kesempatan yang digunakan oleh golongan tertentu mengaut kekayaan atas nama agama. Malangnya, ada yang melakukan hal ini dalam masyarakat dan mendakwa kononnya ini amalan ataupun keizinan yang diberikan oleh al-Imam as-Syafie r.h. Sedangkan imam yang mulia itu hidup dalam penuh kewarakan dan kezuhudan. Sama sekali tidak memakan harta orang lain dengan menggunakan nama pahala Tuhan. Pendustaan seperti ini merupakan dosa yang besar.

- Dr Maza


Wednesday 27 April 2016

Daripada Siapa Kamu Ambil Agama Kamu?

Daripada Siapa Kamu Mengambil Agama Kamu?

Credit to Dr Zaharuddin Abd Rahman

Beberapa displin menerima kandungan ceramah dan tulisan ilmuan itu adalah :-

1)      Semak latar belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu "  ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)

2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya.  Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.

3) Mendengar dan membaca dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar konteksnya. Petikan-petikan di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya. Begitu juga petikan-petikan tulisan seseorang tokoh. Buatlah rujukan dan carilah sumber dan konteks penuh tulisan ilmuan yang berkenaan.

4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh ilmuan kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata.

5)  Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Membaca satu tulisan juga hingga habis. Jika anda mendengar atau membaca sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah dan tulisan tersebut.

6) Sebaiknya, dapatkan penceramah dan penulis yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya.  Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intrepertasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini.

7) Setelah mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah penulisan, janganlah terlalu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza.

8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada ilmuan asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.

#DrZaharuddinAbdRahman
Presiden MURSHID


Monday 25 April 2016

[MP3] Kuliah Sunnah (15/4/2016 - 17/4/2016) Sekitar Kota Bharu

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 15/04/16 hingga 17/04/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Muhammadi, Ust Hakimi, Ust Aizam, Ustzh Ummu Habibah, Ust Solahuddin, Maulana Asri, Maulana Hadi, Dr Abd Basit.

1.  Maulana Hadi - 160415 Tafsir surah an-Nahl ayat 1-9
http://www.mediafire.com/download/v5zd3q9wt67xo81

2.  Maulana Hadi - 160415 Tafsir surah al-Kahfi ayat 60 & seterusnya
http://www.mediafire.com/download/m3acpxala1d3a74

3.  Ust Shamsuddin - 160415 Misykaatul Masobih; Kitab Iman hadith 60
http://www.mediafire.com/download/5g7pxpm990cqnxs

4.  Ust Hakimi - 160415 Tafsir surah al-Baqarah ayat 103-117
http://www.mediafire.com/download/pczrcjinc4bcod7

5.  Ust Badrul - 160415 Kompas Umat; Zikir & pohon syurga
http://www.mediafire.com/download/1m1fwva1jyfag7d

6.  Ustzh Ummu Habibah - 160415 Sentuhan nilai fiqh utk wanita mukmin
http://www.mediafire.com/download/7xt5t6e4ja445xd

7.  Dr Abd Basit - 160415 Penawar mujarab bagi penyakit cinta dunia
http://www.mediafire.com/download/ep8devpix3rb4bx

8.  Dr Abd Basit - 160415 Ktbh 1437H, Bahaya ajaran Syiah & Kejahatan mereka mencerca para Sahabat Nabi
http://www.mediafire.com/download/say1288k92w3737

9.  Ust Aizam - 160415 ISIS & Fiqhul Jihad
http://www.mediafire.com/download/c5an4b0dybf4hka

10.  Ust Aizam - 160416 Daurah; Bedah buku Benteng Iman sesi 1
http://www.mediafire.com/download/51bi7cqi4u4hf0i

11.  Ust Aizam - 160416 Daurah; Bedah buku Benteng Iman sesi 2
http://www.mediafire.com/download/bb8l3r5cyqf2pvp

12.  Maulana Hadi - 160416 Tafsir surah al-Anbiya' ayat 45-57
http://www.mediafire.com/download/ac5fko86n3kibkb

13.  Maulana Hadi - 160416 Hujjatullah al-Balighah; Sifat al-Adalah
http://www.mediafire.com/download/wjbbii6ugfpe96c

14.  Ust Hakimi - 160416 al-Azkar; Hukum membongkokkan diri dan berdiri utk menghormati tetamu
http://www.mediafire.com/download/9xb5q95tloior12

15.  Ust Solahuddin - 160416 Sahih Bukhari; Kitab Azan hadith sesi 1
http://www.mediafire.com/download/cnmjz61nzco7yb1

16.  Ust Solahuddin - 160416 Sahih Bukhari; Kitab Azan hadith sesi 2
http://www.mediafire.com/download/fkspjggu7ux6kvp

17.  Dr Abd Basit - 160417 Tuhfah ar-Raghibin; Perbincangan hakikat Iman antara Ahli Sunnah & Muktazilah
http://www.mediafire.com/download/cqrt4hfo9gtalx7

18.  Dr Abd Basit - 160417 Tafsir surah as-Sajadah ayat 23-30
http://www.mediafire.com/download/1v93kjbl5haksi5

19.  Dr Abd Basit - 160417 Riyadhus Solihin; Haram sambung rambut, cukur bulu kening, buat tatu, tajam gigi dan cabut uban
http://www.mediafire.com/download/yp9fzfq3fp6atxq

20.  Ust Badrul - 160417 Tafsir surah Maryam ayat 27-35
http://www.mediafire.com/download/xwb1yzff6f25e65

21.  Ust Qamar - 160417 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Tauhid al-Asma' was Sifat
http://www.mediafire.com/download/1fb9dt1fn6bhjb9

22.  Ust Muhammadi - 160417 Tafsir surah al-Jathiyah ayat 21-37
http://www.mediafire.com/download/avq1mi8lk1eowoo

23.  Ust Hanief - 160417 Nukhbatul Fikar; Hadith marfu', mauquf, maqtu' & atsar
http://www.mediafire.com/download/91zt4ae7d2sr02q

Sebarkan, semoga bermanfaat.


Saturday 23 April 2016

Membaca buku ada caranya

[MEMBACA BUKU ADA CARANYA]

Berikut merupakan beberapa tips untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap buku yang kita baca. Ada merupakan pengalaman sendiri dan ada yang dikongsi sahabat-sahabat budiman.

1. Kenalpasti jenis bahan bacaan samada yang bersifat kronologi atau bersifat rujukan. Ada buku yang perlu dibaca dari kulit ke kulit mengikut urutan, biasanya buku berkenaan idea. Setiap bab biasanya untuk memperkenalkan idea penulis dan seterusnya membina kefahaman kepada pembaca. Ada buku yang bersifat rujukan, tidak perlu dibaca kulit-kulit, cukup dibelek pada muka yang berkaitan.

2. Apabila hendak mula membaca judul yang baru, 'bedah' dahulu secara cepat struktur buku tersebut. Pergi ke bahagian mukasurat dan kenalpasti bagaimana penulis menyusun bab demi bab dan bagaimana ideanya berkembang. Melalui bahagian mukasurat juga biasanya kita sudah dapat mengenalpasti secara makro kandungan buku itu.

3. Jangan langkau muka kata pengantar penulis. Melalui bahagian inilah kita dapat mengenali latar belakang penulis, tujuannya menulis buku ini, memahami kerangka pemikirannya serta memahami situasi penulis ketika menulis buku ini. Dengan maklumat latar ini, barulah kita lebih mudah 'make sense' hujah penulis.

4. Jangan terus berhenti membaca andai kita dapati buku itu terlalu tinggi dicapai akal kita. Sebaliknya, teruskan membaca walaupun sepintas lalu supaya kita dapat ingat secara kasar kandungan buku itu. Ada kemungkinan kita akan kembali membaca buku yang sama pada masa hadapan. Dengan pengalaman dan ilmu yang bertambah pada masa hadapan, mungkin buku itu lebih difahami pada masa itu.

5. Baca bacaan secara bertahap. Ada jenis buku yang memerlukan pra-syarat bacaan lain sebelum membacanya. Mana mungkin kita boleh mengira tambah dan tolak andai tidak mengenal nombor? Mulakan pembacaan topik pilihan dengan buku yang bersifat umum. Kemudian, jika telah faham, pergi ke muka bibliografi dan cari pula buku yang lebih tinggi tahapnya. Begitulah seterusnya. Jangan sesekali bimbang untuk kembali membaca bacaan asas lain andai ada tahap bacaan lebih tinggi yang kita masih kurang jelas.

6. Jangan berhenti membaca selepas hanya sekali khatam. Sebaliknya selepas beberapa selang masa (mungkin setahun dua), baca kembali buku yang sama. Pengalaman mematangkan dan menajamkan sudut pandangan.

7. Sentiasa meningkatkan tahap bacaan untuk satu-satu topik. Jangan selesa dengan bacaan umum sahaja. Jika telah selesa dengan kefahaman tahap itu, baca buku yang lebih 'susah' dan tahap yang lebih tinggi. Jika rasa akal tercabar itu normal. Otak dicipta untuk berfikir. Andai satu kefahaman baru didapati, maka lebih banyak neuron bersambung. Semakin banyak jaringan neuron terbina, semakin geliga otak.

8. Pelbagaikan genre pembacaan. Pelbagaikan juga antara fiksyen dan bukan fiksyen. Membaca fiksyen menjadikan kita idealis, membaca bukan fiksyen menjadikan kita pesimis, jika diseimbangkan akan menjadikan kita realis. Kita juga akan dapati topik-topik ilmu yang berbeza hakikatnya saling berkaitan dan saling bergantung.

9. Jangan membuta tuli jadikan maklumat daripada buku sebagai kebenaran hakiki. Yang benar hanyalah al-Quran dan Sunnah. Sentiasa cabar idea penulis adalah salah sehingga ada hujah memperkukuhkannya. Boleh jadi dua orang yang membaca buku yang sama mempunyai penafsiran berbeza. Sentiasa berbincang dengan orang yang lebih berilmu supaya kita dapat lihat sudut pandang berbeza dan kefahaman kita dapat diluruskan.

Bacalah. Bacalah Dengan Nama Tuhan yang Menciptakan.

Selamat Menyambut Hari Buku Sedunia

Cadangan bacaan lanjut: How to Read a Book, Mortimer J. Adler

#profesionalistiqamah

Penulis merupakan seorang aktivis PAS graduan United Kingdom yang mengimpikan masyarakat Malaysia yang cintai ilmu dan membaca.


Muslimah Berkain Labuh, Muslimin Berkain Singkat

Muslimah Berkain Labuh, Muslimin Berkain Singkat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ” .

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan Melihat kepadanya pada hari kiamat.

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ ” يُرْخِينَ شِبْرًا ” . فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفَ أَقْدَامُهُنَّ . قَالَ ” فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لاَ يَزِدْنَ عَلَيْهِ ” . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .

Lalu Ummu Salamah radiallahu ‘anhu berkata: Apa yang perlu dilakukan oleh kaum wanita dengan hujung kainnya. Baginda menjawab: Labuhkan sejengkal. Ummu Salamah berkata: Jika begitu, kedua kakinya akan terlihat. Baginda berkata: Lalu labuhkan sehasta, dan jangan ditambah melebihi itu.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Libas, hadis no: 1731, hasan sahih]

Dalam riwayat lain:

عَنْ أُمِّ وَلَدٍ، لإِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَنَّهَا سَأَلَتْ أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ إِنِّي امْرَأَةٌ أُطِيلُ ذَيْلِي وَأَمْشِي فِي الْمَكَانِ الْقَذِرِ . فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” يُطَهِّرُهُ مَا بَعْدَهُ ” .

Ummu Walad kepada Ibrahim bin Abdul Rahman bin ‘Auf bertanya kepada Ummu Salamah isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau berkata: Sesungguhnya aku adalah wanita yang labuh pakaiannya, dan aku berjalan melalui kawasan yang kotor. Lalu Ummu Salamah menjawab: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Apa (iaitu tanah) yang selepasnya akan menyucikannya.

[Sunan Abi Daud, Kitab at-Thaharah, hadis no: 383, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Dalam riwayat lain:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ رَخَّصَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لأُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ فِي الذَّيْلِ شِبْرًا ثُمَّ اسْتَزَدْنَهُ فَزَادَهُنَّ شِبْرًا فَكُنَّ يُرْسِلْنَ إِلَيْنَا فَنَذْرَعُ لَهُنَّ ذِرَاعًا

Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan keringanan kepada Ummahatul Mukminin untuk memanjangkan pakaian mereka sejengkal. Lalu mereka memohon ditambah lagi (ukuran panjang yang dibenarkan), lalu dibenarkan mereka memanjangkan sejengkal lagi. Kemudian mereka akan menghantar pakaian mereka kepada kami lalu kami mengukur dengan ukuran sehasta buat mereka.

[Sunan Abi Daud, Kitab al-Libas, hadis no: 4119, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Dari manakah bermulanya ukuran sejengkal kain wanita itu? Ia bermula daripada kadar pakaian lelaki. Dalam Tuhfatul Ahwazi disebutkan:

( شِبْرًا )

أَيْ مِنْ نِصْفِ السَّاقَيْنِ

Sejengkal: Iaitu bermula daripada separuh betis.

Manakala ada berpendapat ia bermula daripada paras buku lali. Dalam ‘Aunul Ma’bud disebutkan, Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:

إِنَّ لِلرِّجَالِ حَالَيْنِ حَال اِسْتِحْبَاب وَهُوَ أَنْ يَقْتَصِر بِالْإِزَارِ عَلَى نِصْف السَّاق وَحَال جَوَاز وَهُوَ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ،

Untuk kaum lelaki terdapat dua keadaan. (Pertama): Keadaan yang digalakkan iaitu menyingkatkan kain sehingga separuh betis, dan (Kedua): Keadaan yang dibenarkan/harus iaitu sehingga kedua buku lali.

وَكَذَلِكَ لِلنِّسَاءِ حَالَانِ حَال اِسْتِحْبَاب وَهُوَ مَا يَزِيد عَلَى مَا هُوَ جَائِز لِلرِّجَالِ بِقَدْرِ الشِّبْر ، وَحَال جَوَاز بِقَدْرِ ذِرَاع ،

Begitu juga untuk kaum wanita, ada dua keadaan. (Pertama): Keadaan yang digalakkan iaitu ditambah sejengkal daripada keadaan yang harus untuk lelaki (iaitu sejengkal daripada buku lali), (Kedua) keadaan yang harus/boleh iaitu sehasta (daripada buku lali).

وَيُؤَيِّد هَذَا التَّفْصِيل فِي حَقّ النِّسَاء مَا أَخْرَجَهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَط مِنْ طَرِيق مُعْتَمِر عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَس أَنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَبَّرَ لِفَاطِمَة مِنْ عَقِبهَا شِبْرًا وَقَالَ هَذَا ذَيْل الْمَرْأَة .

Perincian untuk kaum wanita ini ditunjukkan oleh sebuah riwayat daripada Imam at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Awshat daripada Anas bin Malik bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengukur sejengkal daripada tumitnya dan berkata: Inilah paras hujung pakaian wanita (riwayat ini dhaif)

Daripada riwayat-riwayat di atas dapat dilihat bahawa antara pembeza pakaian Muslimah dan Muslimin ialah labuhnya.

Muslimin digalakkan memakai pakaian yang singkat sehingga ke separuh betis, dan dibenarkan sehingga ke buku lali.

Manakala Muslimah pula dibenarkan melabuhkan pakaian agar auratnya tertutup.

Amatlah menyedihkan yang kita lihat di zaman kini adalah sesuatu yang terbalik. Kaum Muslimin melabuhkan pakaian, manakala Muslimah menyingkatkan pakaian.

*Baca dan klik 'share' tulisan ini jika anda rasa ia bermanfaat.
*'Like' page ini Mohd Masri Mohd Ramli jika anda rasa ia bermanfaat untuk diri anda.


Saturday 16 April 2016

[MP3] Kuliah Sunnah (4/4/2016 - 7/4/2016) di Sekitar Kota Bharu

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 04/04/16 hingga 07/04/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Hanief, Ust Muhammadi, Ust Faizal, Ust Wan Sharafi, Maulana Asri, Maulana Hadi, Dr Abd Basit.

1.  Ust Muhammadi - 160331 al-Adabul Mufrad; Bab as-Sibab hadith 421-428
http://www.mediafire.com/download/kr28eka4bp3718b

2.  Ust Muhammadi - 160404 Risalah al-Mustarsyidin; Langkah mendekatkan diri kpd Allah
http://www.mediafire.com/download/9ucjtvck3wdr5tx

3.  Ust Hanief - 160404 Jami' al-Tirmidzi; Kitab al-Buyu' Bab al-Musorrof
http://www.mediafire.com/download/itxcn7b5zq9mu59

4.  Ust Faizal - 160405 Risalah Tauhid; Tipudaya syaitan menjauhkan umat dari al-Qur'an
http://www.mediafire.com/download/69sm447sy4vmsbz

5.  Ust Qamar - 160405 Tafsir surah an-Nur ayat 25-31
http://www.mediafire.com/download/cr255s7vdie8fqs

6.  Ust Wan Sharafi - 160405 Zaadul Maad; Bila bermula solat Jumaat
http://www.mediafire.com/download/8xjktaqoynzzm4p

7.  Dr Abd Basit - 160405 Fiqh Manhaji; Cara perlantikan khalifah Islam
http://www.mediafire.com/download/6muhyw8wabs57wh

8.  Maulana Hadi - 2014 Hujjatullah al-Balighah; Juz 1 Bhs 4 Bab 32 as Samahah
http://www.mediafire.com/download/v7k1zzuc249m26j

9.  Maulana Hadi - 2014 Hujjatullah al-Balighah; Juz 1 Bhs 5 Bab 38 siri 1 Hakikat syirik
http://www.mediafire.com/download/yd8m9bda7o0c39a

10.  Maulana Hadi - 2014 Hujjatullah al-Balighah; Juz 1 Bhs 5 Bab 38 siri 2 Hakikat syirik
http://www.mediafire.com/download/yd8m9bda7o0c39a

11.  Maulana Hadi - 2014 Hujjatullah al-Balighah; Juz 1 Bhs 5 Bab 38 siri 3 Hakikat syirik
http://www.mediafire.com/download/3cqeo5otlve5cct

12.  Ust Badrul - 160405 Tafsir surah al-Insyirah ayat 1-8
http://www.mediafire.com/download/okx979si4vod4h5

13.  Ust Shamsuddin - 160405 Risalah Tauhid; Memohon doa terus kps Allah tanpa perantara
http://www.mediafire.com/download/2cm1i85bi6t2pnr

14.  Ust Hanief - 160406 Fauzul Kabir; Hikmah surah2 al-Qur'an
http://www.mediafire.com/download/cqao7aoiob3xyoi

15.  Maulana Asri - 160406 Tafsir; Usul Tafsir ke-8 Surah2 pd peringkat ketiga di Mekah
http://www.mediafire.com/download/bjcwuonu167zdic

16.  Ust Qamar - 160406 Rahiqul Makhtum; Saat wahyu terputus dan peringkat dakwah scr rahsia
http://www.mediafire.com/download/ukt4an2f5zwsa2t

17.  Maulana Hadi - 160406 Hujjatullah al-Balighah; Juz 2 Bah 6 Bab 29 Mencari rezeki
http://www.mediafire.com/download/774dyz010vahnvq

18.  Ust Shamsuddin - 160406 Misykaatul Masobih; Kitab Iman hadith 3
http://www.mediafire.com/download/4fw141oyclodurw

19.  Ust Badrul - 160407 Tafsir surah al-Baqarah ayat 99-102
http://www.mediafire.com/download/1xvprbc79b4ryog

20.  Ust Muhammadi - 160407 al-Adabul Mufrad; Bab as-Sibab hadith 429-438
http://www.mediafire.com/folder/r6x1dvqkqjnxcnv,n2p6iyiimwpttn6

21.  Ust Shamsuddin - 160407 Faslul Khitob; Baiah terhadap Saidina Ali
http://www.mediafire.com/download/5pkpl3huiiicnp8

Sebarkan, semoga bermanfaat.


Peringatan Ibnul Jauzi buat penceramah Agama

Peringatan Buat Para Motivator Islamik, Penceramah,Pengkuliah-kuliah Agama,Pendakwah-Pendakwah

Pesanan Khas daripada Imam Ibnul Jauzi didalam kitabnya "Putarbelit Iblis"

- Berkata Imam Ibnu al-Jauzi : Motivator-motivator,penceramah-penceramah di zaman salaf, mereka terdiri dari golongan ulama' yang faqih,

diceritakan Abdullah bin Umar Radiyallahu anhu selalu menghadiri majlis Ubaid bin Umair (seorang penceramah), begitu juga Umar bin Abd Aziz selalu menghadiri majlis ceramah-ceramah ini.

Kami (Pengarang kitab ini)  telah sebutkan kesilapan-kesilapan mereka didalam kitab "al-Qussas Wal Muzakkirin" dan disini akan menyebutkan secara keseluruhan:

- Para Qussas ini ada yang mereka-reka hadith yang bertujuan untuk memberi targhib (galakan beramal) dan tarhib ( ancaman azab) dan mereka telah tertipu dengan belitan iblis.Mereka menyangka bahawa tujuan utama mereka ialah untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah mereka ( pendengar) dari kejahatan, tetapi pada hakikatnya, mereka telah menokok tambah syariah sehingga menganggap bahawa didalam agama itu terdapat kekurangan lalu mereka menyempurnakannya sedangkan dalam masa yang sama mereka telah terlupa satu hadith Nabi yang Mutawatir :

"Sesiapa yang berdusta keatasku secara sengaja, maka dia telah disediakan untuknya satu tempat didalam neraka"

- Mereka berkeinginan untuk menggetarkan jiwa-jiwa dan menggoncangkan hati-hati pendengar, lantas mereka  melalaikan para pendengar dengan mendendangkan syair-syair atau bait-bait lagu yang menjadikan para pendengar mereka tenggelam dalam lautan keasyikan.Hakikatnya mereka telah ditipu dengan permainan licik Iblis kerana mereka menyangka bahawa tujuan mereka ingin membawa audiens kearah mencintai Allah dan RasulNya dan kebanyakan para audiens mereka terdiri daripada orang awam yang mana didalam hati-hati mereka menyukai nafsu dan syahwat, maka mereka telah disesatkan oleh para Qussas dan juga tersesat.

- Ada kalangan mereka yang mempunyai kemampuan untuk berlakon menangis, mahupun berlakon khusyu' semata-mata bertujuan untuk menarik para audiens dan memukau mereka sehingga mereka (audiens)  turut terpengaruh dengannya. Sesiapa dari kalangan mereka berbuat demikian dengan bertujuan berdusta, maka rugilah dia diakhirat, dan sesiapa dikalangan mereka memang benar- benar ( iaitu tidak berlakon) berbuat sedemikian , dia sama sekali tidak akan terselamat dari panahan riya' terhadap perbuatannya tersebut.

- Dikalangan mereka, ialah para qari yang melagu-lagukan bacaannya secara melampau-lampau yang disebut (لحن) . Lagu-lagu bacaan mereka pada ketika ini lebih menyerupai nyanyian.Tujuannya supaya para audiens tertarik dan menyentap jiwa pendengar, manakala si qari melagu-lagukan bacaan menjadi seumpama nyanyian, para qussas pula mendendangkan syair-syair sambil menepuk-nepuk tangan dan menggerak-gerakkan kedua kakinya umpama seorang yang tenggelam dalam kemabukan, dan mewajibkan para audiens mengikuti gerakan mereka disusuli dengan siulan, jeritan bercampur lelaki dan wanita sambil mengoyak-ngoyakkan baju akibat dirasuk emosi dan setelah itu mereka keluar lalu berkata: program-program seperti ini amat baik sekali.sedangkan yang sebenarnya ianya program yang tidak diharuskan.

- Dikalangan mereka seperti yang diatas tetapi yang versi ini lebih khusus untuk  dendangan syair ratapan buat si mati serta mereka menyifatkan bahawa ianya lebih kepada bala buat mereka, dan mereka menyebut bahawa mereka dalam keterasingan, dan menjadikan tempat mereka umpama tempat berkabung sedangkan apa yang sepatutnya di perintah oleh Allah ialah menyuruh bersabar atas kehilangan yang tersayang dan bukan menjadikannya sebagai dukacita.
Antara mereka, ialah yang membicarakan tentang hakikat-hakikat zuhud, mencintai Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benarnya.Lalu mereka diperdaya oleh Iblis yang berbisik: Engkau termasuk dari kalangan mereka itu ( para zuhhad, para ubbad) kerana engkau tidak sesekali mampu mencapai maqam mereka  sehingga engkau mengenal apa yang engkau sifatkan dan engkau mengikuti jalannya ( jadilah seorang salik), sedangkan "suluk" itu bukan ilmu, dan yang ilmu itu ialah sebenarnya apa yang engkau bicarakan.

- Dikalangan mereka ialah orang-orang yang bercakap pada perkara yang  hebat-hebat, perkara  yang dalam-dalam  serta mengiringi bukti tersebut dengan syair-syair yang mengasyikkan yang sebenarnya tidak ada kepentingan dalam syara' seperti menyelidiki kisah nabi Musa dengan gunung (yang hancur lebur -kisah ketika Musa ingin meminta izin melihat Allah), kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha dll dan tujuan utamanya ialah supaya di majlisnya terdapat banyak perdebatan walaupun disusuli dengan kata-kata yang merosakkan.Dalam masa yang sama memandang sepi dalam membicara tentang ilmu-ilmu syara seperti faraid, ataupun tegahan daripada membuat dosa, penggunaan riba dan yang sewaktu dengannya.

- Dikalangan mereka, ialah mereka yang termotivasi dengan berzuhud, memperbanyakkan ibadah malam, menyendiri di zawiyah-zawiyah ( tempat berkhalwat) dan tidak mempedulikan nasib keluarganya sedikitpun.

- Dikalangan mereka, yang berbicara tentang ar-Raja'( harapan kepada Allah)  dan tamak ( galakan untuk beramal ) tanpa disebut tentang khauf ( kepentingan takut akan Allah) dan ancaman Allah (kepada pelaku maksiat) yang memudahkan  orang awam untuk melakukan maksiat dan kejahatan.Dalam masa yang sama, hatinya cenderung kearah dunia dengan berkenderaan mewah dan memakai pakaian yang mahal-mahal.Maka perkataan yang diucapkannya bertentangan dengan perbuatan yang dilakukan olehnya.

(Dipetik dari Talbis Iblis oleh Ibnul Jauzi (136-138) cetakan Dar al-Minhaj

SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA DARIPADA TIPU DAYA IBLIS INI.

- Ustaz Huzaifah Hadis


Temubual Asatizah berautoriti berkenaan Isu Dr Zakir Naik

Alhamdulillah, pihak Dokumentari Kuliah Studio (DKS) sempat menemubual beberapa asatizah yang berautoriti memberi pandangan berkenaan isu hangat dalam negara kini berkaitan sekatan Syarahan Agama Dr Zakir Naik jelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi tahun 2016. Sila dengar bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

1. Ust Abu Hafiz : Bersama Mempertahankan Bukan Meruntuhkan

https://youtu.be/ffvqINbeAuw

========

2. Bro Firdaus Wong : Jangan Sesekali Menghina Sembahan Orang Lain

https://youtu.be/UrMwYv4vYSE

========

3. Dr Fathul Bari : Dapatkan Penjelasan Bukan Sekadar Persepsi

https://youtu.be/BQ7w6SpLpjo

========

4. Ustaz Abd Razak Muthalib : Kematangan Dalam Mengurus Perbezaan Pandangan

https://youtu.be/SUCeqZ5zWiU

========

5. Ustaz Ahmad Hasyimi : Seruan Kembali Kepada Agama

https://youtu.be/yEXCF4h5lJA

========

6. Dr Abdullah Yassin : Datangkan Bukti Jika Kamu Benar

https://youtu.be/zXAKGoxT3-Y

========

7. Syeikh Hussein Yee : Bersedialah Mendengar Untuk Menilai Kebenaran

https://youtu.be/jHEXQXtNGNg

========

8. Dr Rozaimi Ramle : Carilah Titik Persamaan Bukan Perbalahan

https://youtu.be/RmevLCdZ0Wo

========

9. Ayahanda Rani Kulup : Seruan Ayahanda Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

https://youtu.be/xH9K2mYcBaM

========

Web: dokumentarikuliah.com

"Komited Untuk Memperkasakan Dakwah"


Friday 15 April 2016

Eksploitasi agama demi habuan dunia

Eksploitasi agama demi habuan dunia

DUNIA ini diciptakan untuk manusia. Namun, adakah manusia diciptakan untuk dunia? Tidak! Sama sekali tidak! Manusia diciptakan untuk akhirat. Dunia ini sebagai medan ujian bagi menentukan keputusan dan kedudukan manusia di akhirat.

SEBAGAI PANDUAN

ALLAH SWT berfirman: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya..." (Surah Al-Mulk: 2)

Jelas dinyatakan dalam ayat ini, kehidupan dunia adalah ujian bagi melihat siapakah yang lebih baik amalannya. Bagi menjalani ujian ini dengan berjaya, maka diturunkan agama sebagai pedoman buat manusia. Manusia yang menjadikan Islam sebagai panduan, mereka akan mampu menempuh rintangan, dugaan dan ujian dunia ini.

Apabila disebut ujian, bukan sahaja berbentuk kesusahan dan penderitaan. Kesenangan, keseronokan dan kemewahan juga adalah ujian.

Bahkan ujian kesenangan lebih sukar berbanding ditimpa ujian kesusahan. Lebih sukar lagi, apabila hakikat kehidupan dunia kebanyakannya dilingkari oleh pelbagai bentuk keindahan dan kenikmatan yang menarik jiwa manusia untuk cenderung kepadanya.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak; harta benda yang bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang ternak serta kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi ALLAH ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah Ali Imran: 14)

Wanita, anak pinak, pangkat, harta, jawatan, kedudukan dan semua kesenangan dunia yang digambarkan dalam ayat ini boleh menjadikan manusia cenderung dan alpa untuk mendapatkannya. Kadang-kadang manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi memilikinya walaupun sehingga menggadai dan mengeksploitasi agama.

Seseorang yang meletakkan habuan dunia mengatasi agama, maka syariat agama bukan lagi pengawal bagi dirinya. Misalnya, untuk mendapatkan harta benda dan wang ringgit, tidak kisah jika ia diperoleh dengan cara yang salah sekali pun. Rasuah, menyeleweng harta, mengkhianati amanah, merompak, mencuri dan menipu, ini semua adalah perbuatan yang dilarang agama.

HABUAN SEMENTARA

Namun, larangan agama ini seolah-olah tiada nilai bagi mereka yang matanya dikelabui harta dan wang ringgit. Pemimpin yang menyeleweng harta negara untuk kepentingan peribadi, pegawai kerajaan yang mengkhianati amanah demi mendapat wang lebih, peniaga yang menipu dalam jualan, pihak berkuasa dan keselamatan yang sanggup meminta dan menerima duit rasuah dan sesiapa sahaja yang memperoleh wang ringgit, harta dan jawatan dengan cara yang salah, mereka mungkin tidak mengisytiharkan secara terang mahu melawan larangan agama, tetapi perbuatan tersebut jelas menggambarkan mereka tergamak menggadaikan agama demi habuan dunia.
Habuan dunia yang diidam-idamkan itu disangka akan terus melekat pada diri mereka. Padahal ia hanyalah kesenangan sementara. Sampai waktunya, ia akan binasa.

Nama Islam dan nilai iman yang didakwa berada dalam diri, seakan-akan lenyap dan langsung tidak membekaskan ketakutan dalam diri. Demi mendapat kesenangan yang sementara, bentang agama yang sepatutnya mampu menjadi pendinding dan pengawal buat diri, digadai, diroboh dan dihancurkan.

Rasulullah SAW mengingatkan akan datang suatu masa yang nilai iman dalam diri manusia menjadi begitu murah dan senang ditukar ganti dengan amal kekufuran. Semua itu berlaku kerana manusia tamak akan keuntungan dunia, lalu prinsip agama menjadi mangsa gadaiannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Bergegaslah kalian untuk beramal, (kerana akan datang) ujian ibarat potongan malam yang gelap. (Disebabkan ujian tersebut) di pagi hari seseorang dalam keadaan beriman dan petang harinya dalam keadaan kafir, di petang hari dalam keadaan beriman dan keesokan harinya dalam keadaan kafir. Dia menjual agamanya dengan sesuatu dari (gemerlapnya) dunia ini." (Riwayat Muslim dari sahabat Abu Hurairah RA)
Imam Nawawi menghuraikan hadis ini menyebut: "Hadis ini memberi galakan agar bersegera melakukan amal soleh sebelum ia tidak mampu untuk dilakukan disebabkan ujian yang menyibukkan dan semakin banyak serta bertimbun-timbun seperti kegelapan yang memenuhi waktu malam yang telah sedia gelap tanpa disinari cahaya bulan.

"Rasulullah SAW menyifatkan salah satu jenis daripada suasana fitnah dan ujian yang dahsyat tersebut iaitu seseorang boleh hidup sebagai orang beriman pada waktu petang dan boleh berubah menjadi kufur pada pagi keesokannya atau pun sebaliknya. Hal ini disebabkan betapa besarnya ujian yang berlaku, boleh membolak-balikkan manusia dalam tempoh satu hari." (Al-Minhaj, Syarh Sahih Muslim, Dar al-Ma’rifah, 1/314)

Suasana digambarkan Rasulullah SAW ini adalah ujian yang dahsyat. Ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Bagaimana boleh berlaku? Jawapannya ada di akhir hadis tersebut apabila Rasulullah SAW menyebut "Dia menjual agamanya dengan sesuatu dari (gemerlapnya) dunia ini."

Menjual agama demi kepentingan dunia ini adalah penyakit yang perlu dirawat dan dicegah. Bahkan, penyakit ini lebih parah apabila 'orang agama' sendiri yang mengeksploitasi agama demi kepentingan peribadi.

'Orang agama' apabila mengeksploitasi agama untuk mendapat habuan dunia, maka kesucian agama akan tercemar dengan cara yang kelihatan suci. Ya, kelihatan suci kerana di saat pencemaran itu dilakukan ia dilindungi dengan jubah, serban, tasbih, janggut, beberapa patah kalam Tuhan dan sebaris dua kata-kata Nabi SAW. Semuanya di atas nama agama.
Misalnya, sebotol air mineral yang dijual orang biasa harganya mungkin hanya RM1. Tetapi, air yang sama apabila berada di tangan sebahagian 'orang agama', ia boleh dijual dengan harga RM10. Mengapa? Sebab ada unsur agama yang ditambah seperti dakwaan ia dibacakan 30 puluh juzuk al-Quran, didoakan ustaz pada malam Jumaat, dititiskan dengan zamzam yang telah dibawa bertawaf, direndam bersama rambut Nabi SAW, dicampur air sarang anai-anai yang memakan mushaf al-Quran, dicampur dengan titisan air kolah dari tujuh buah masjid, dititis dengan embun yang terjadi pada malam 27 Ramadan atau pelbagai lagi strategi lain yang boleh dilakukan.

Justeru, hari ini kita sendiri dapat lihat pelbagai produk dijual dengan menggunakan 'unsur' agama sebagai nilai komersial dalam menjalankan pemasaran. Sebahagian dakwaan itu bersandarkan kepada hadis palsu dan perkara yang karut marut.

MEMEWAHKAN 'ORANG AGAMA'

Namun, semua eksploitasi ini kelihatan 'harus' kerana kelihatan Islamik tambahan pula dilakukan oleh 'orang agama'. Itu belum dikira lagi sebahagian 'orang agama' yang mengeksploitasi agama semata-mata ingin mencari pengaruh dan ingin diangkat sebagai syeikh atau tok guru dalam kalangan pengikutnya. Lalu, anak murid dan pengikut diminta 'berkorban dan sumbangkan harta untuk agama' dengan memberi wang dan harta kepada tok gurunya.

Sebab itu, ada sesetengah aliran sufi dan tarekat, tok-tok guru hidup begitu mewah sedangkan para pengikut dipesan supaya jangan gundah jika hidup susah. Lalu dibacalah ayat-ayat berkaitan zuhud, syukur, reda, sabar dan teruskan 'infaq kepada agama' melalui tok guru mereka.
Senjata agama ini bukan sahaja senang digunakan oleh sebahagian orang agama, tetapi kadang-kadang ia juga dimanfaatkan orang politik demi meraih kepentingan peribadi atau mengaburi kejahatan yang dilakukan. Contohnya, jika ada tokoh politik terpalit dengan skandal penyelewengan harta, itu semua dapat dialihkan dengan sekali sekala memakai jubah dan kopiah, hadir ke majlis selawat dan ceramah, luluskan sedikit peruntukan untuk program dakwah, selesailah masalah!

Agama ini akan terus dipergunakan jika habuan dunia dan kepentingan peribadi menjadi keutamaan mengatasi kepentingan agama. Semoga 'jenayah' ini dapat dibendung. Doakan kita dikurniakan keikhlasan dalam mengamalkan cara hidup Islam, ditetapkan pendirian dan tidak hanyut di kala ombak ujian dunia semakin kuat bergelora.

USTAZ ABD RAZAK MUTHALIB
Penulis ialah Jurulatih Kanan di Akademi Magnet Sukses. Graduan Ijazah Sarjana
Muda dan Sarjana, (al-Quran & Sunnah), UIAM


Kenyataan Maulana Asri Berkenaan Isu Dr Zakir Naik

Satu kenyataan yg menyentuh jiwa...sila SHARE

[KENYATAAN MAULANA MUHAMMAD ‘ASRI BIN YUSOFF BERKENAAN ISU DR ZAKIR NAIK]

Cuba fikir, Dr Zakir Naik(DZN) ini tinggal di India yang kerajaannya Hindu dengan jutaan penduduk Hindu. Bagaimana kerajaan Hindu di sana boleh membenarkan DZN membuka stesen TV sendiri, buat pelbagai kerja dakwah di sana, berbincang secara terbuka dengan orang yang beragama Hindu? Tidak pula kerajaannya berasa terancam atau berasa ianya menyentuh sensitiviti masyarakat kaum Hindu.

Masyarakat Hindu atau mereka yang beragama lain juga tidak pula berasa takut pun! Kalau orang masuk Islam pun, mereka pun tak kisah pun. DZN sudah pergi ke merata dunia dan disambut dengan begitu baik sekali termasuk di negara-negara bukan Islam sekalipun. Kenapa kita sendiri di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi pula tidak berani untuk mengadakan program ini kerana hanya tekanan segelintir ahli daripada kumpulan Hindraf. Setakat itu sahajakah kekuatan orang Islam di Negara Islam ini?

Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan tekanan sebegini. Jika ianya benar-benar berlaku, mereka akan terus memberi tekanan pula di kemudian hari. Sampai bila akan dapat berdakwah? Melalui program sebegini, kita bukan nak mengata, nak menghina, sumpah seranah kepada orang Hindu!

Kita orang Islam bebas nak berdakwah sementelah pula kita berada di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi. Berbeza sekali keadaannya dengan Negara India. Kita bukan nak adakan program sebegini selalu, hanya sekali sekala sahaja, itu pun kita berasa takut! Ingat tak kita, setiap kali hari raya kita selalu baca “walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun” (walaupun orang kafir dan orang musyrik tidak menyukai). Kita nak buang ke lafaz arab tersebut? Sebab kalau nak kira, itu pun boleh menyentuh sensitiviti agama juga.

Sepatutnya dibiarkan program baik ini berjalan dengan lancer dan ianya akan menjadi peluang kepada masyarakat kita untuk menyertainya. Kenapa kita nak memenangkan segelintir orang Hindu itu yang akan menyebabkan mereka semakin berani di masa depan

Berkenaan dengan dakwaan bahawa ada fatwa daripada ulama Deobandi tentang kedudukan DZN, saya ingin bertanya kepada mereka yang timbulkan perkara ini; kenapa tidak mahu menggunakan fatwa ulama Deobandi tentang majlis Maulud Nabi SAW, kenduri arwah malam ke 1,3, dan 7, aktiviti seperti zikir menari dan qasidah di kuburan?? Soal ulama itu tak setuju dengan seseorang ini adalah suatu perkara yang biasalah. Kita pun tidak mengatakan yang DZN ini lebih alim daripada Maulana Zakaria Kandhlawi rhm (merujuk kepada ulama Deobandi), cuma mereka berada dalam bidang masing-masing. Kalau betul-betul nak guna fatwa ulama Deobandi, contohnya dalam soal cukur janggut boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq. Betapa ramai orang kita yang cukur janggut termasuk para mufti di sini pun.

Perlu diingat, DZN seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Sepatutnya pihak PDRM memberi kerjasama yang baik dengan menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang program berlangsung.

Saya berharap segala halangan kepada program DZN ditarik balik dengan segera.

Akhukum fil Islam,

Muhammad ‘Asri Bin Yusoff
Kubang Kerian
11 April 2016

(Disalin berdasarkan rakaman perbualan telefon)


Saturday 9 April 2016

Kenapa Bipolar? Kenapa Anxiety? Kenapa Kemurungan?

Kenapa Bipolar? Kenapa Anxiety? Kenapa Kemurungan?

Jumlah anak-anak muda yang menghadapi masalah psikologi dan jiwa semakin meningkat. Ditambah oleh faktor sosial, cara hidup dan kebergantungan kepada alat-alat telekomunikasi seperti 'handphone' dan laptop menyebabkan masalah kejiwaan di kalangan orang muda semakin parah.

Ada anak muda yang mengaku menjadi mujtahid mutlak, ada yang menjadi nabi, ada yang mengaku Imam Mahdi dan tidak kurang ada yang menjadi haluan kiri atau perasan dirinya muhaddith dan ahli fiqih.

Ringkasnya kita akan mendapati satu 'trend' atau cara hidup yang sama bagi semua masalah kejiwaan.

1. Sukar tidur atau gejala tidur lewat malam

Ramai anak-anak muda suka tidur lewat, pelbagai aktiviti mereka (main game, program, bersosial) selalunya memakan waktu sehingga lewat malam.

Hal ini menyalahi fitrah dan sunnah.

وَمِنْ رَحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan kerana rahmatNya, Dia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaNya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur”. (Al Qasos:73)

Berdasarkan hadith daripada Abu Barzah RA :
ولا يحب النوم قبلها والحديث بعدها
"Baginda salallahualaihiwassalam membenci tidur sebelum solat Isya’ dan berbual-bual selepasnya” [HR. Bukhari dan Muslim]

2. Bangun lewat pagi

Memperbaiki waktu tidur dan bangun di awal pagi melakukan ibadah dan mengerjakan solat, membaca al-Quran dapat merawat pelbagai penyakit kejiwaan dan menghilangkan stress serta tekanan.

Daripada Dari Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda :

اللهم بارك لأمتي في بكورها
”Ya Allah, berkatilah bagi umatku pada awal paginya” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah]

3. Tidak sabar dan gopoh

Diriwayatkan bahawa Imam al-Syafi'ie rahimahullah pernah menyebut;
إذا تصدر الحدث فاته علم كثير
'Apabila orang yang baru belajar gopoh mahu kehadapan (hendak menjadi tokoh), maka dia akan terluput ilmu yang sangat banyak.' [Fath al-Bari, Ibn Hajar]

Pakar kemanusiaan dan sains bersetuju bahawa alam ini berjalan menurut proses yang memakan waktu, agama menamakannya sebagai 'sunnatullah'.  Kupu-kupu tidak terus menjadi cantik dan boleh terbang sebelum melalui 'metamorfosis' daripada ulat kepada kepompong.

Malangnya anak-anak muda mahu 'berjaya' dengan segera tanpa mahu susah. Hasilnya mereka menderita pelbagai masalah jiwa, menjadi tokoh mujtahid yang sarat pelbagai ilmu namun memiliki hati 'sesensitif' budak darjah satu.

Pejuang rakyat dan masyarakat namun ketagih gambar 'blue'.

4. Kurang bersosial dengan keluarga dan orang tua

Masyarakat hari ini sedang mengalami masalah yang banyak akibat orang tua dan ibubapa jarang meluangkan masa dengan anak-anak. Pakar memberitahu masalah kejiwaan yang menimpa anak-anak muda dapat berkurangan atau dicegah jika mereka mempunyai hubungan kemesraan dan ikatan yang kukuh dengan orang tua dan keluarga.

Diriwayatkan daripada Al-Aswad bin Yazid katanya yang maksudnya, “Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi lakukan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya (membantu isterinya) membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk sembahyang (ke masjid)." [HR. Al-Bukhari]

Anak-anak muda perlu lebih meluangkan masa di kampung bersama datuk-nenek, pakcik-makcik dan atok-atok serta mempelajari pelbagai ilmu kehidupan dan hikmah pengalaman.

5. Malas beribadah dan sedikit amalan sunat

Ramai anak muda mengaku jarang beribadah sunat seperti melakukan qiyamullai, solat tahajjud, membaca al-Quran dan berpuasa sunat. Sedangkan amalan ini semua sangat membantu membina kekuatan jiwa dan menguasai nafsu diri.

Kata seorang tabien ;

قيام الليل يشرف به الوضيع،ويعز به الذليل،وصيام النهاريقطع به عن صاحبه الشهوات
"Qiyamullai di waktu malam akan menjadikan orang yang rendah kedudukannya sebagai mulia, dan orang yang hina menjadi berwibawa. Sedangkan puasa di waktu siang akan mengekang seseorang daripada dorongan syahwatnya.’ [ al-Tahajjud wa-Qiyam al-Layl, Ibn Abi Dunya]

# Semoga 5 tips ini dapat membantu memperbaiki masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda kita.

اللهم أصلح شباب المسلمين. اللهم أصلحهم وأصلح بهم، واهدهم واهد بهم

- Ust Emran Ahmad


Di sebalik kenyataan media ASWAJA tentang kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia

Di sebalik kenyataan media ASWAJA atau dlm kata lain geng zamihan gua musang ttg kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia.

1. Senang cerita sebenarnya aswaja nak cop Dr Zakir Naik sbg wahabi. Tp guna bahasa yg berlapik supaya follower Dr Zakir Naik yg ramai di Malaysia ni tak sentap dgn aswaja.

2. Inilah kerja Aswaja dari dulu kini dan selamanya iaitu menghalang penyebaran agama yg berdasarkan fahaman Islam yg sebenar...menghalang dakwah dan ceramah di seluruh masjid dan surau di Malaysia. Kini aswaja xde kuasa sbb melibatkan nama besar spt Dr Zakir Naik.

3. Aswaja seolah olah seia dan sekata...senada dan seirama dgn Hindraf iaitu pertubuhan agama Hindu. Org kafir xsuka Dr Zakir kita x pelik krn beliau telah mengislamkan beribu ribu org kafir. Yg pelik aswaja xsuka beliau mesti ada penyakit dlm kalangan aswaja.

4. Sejak bila aswaja pandai pakai fatwa ulamak deobandi. Berapa ramai asatizah deobandi di Malaysia telah disesatkan dan dihalang utk berkuliah di Malaysia ini oleh aswaja.

5. Rakyat Malaysia mesti menolak fahaman dan aliran ekstrim aswaja ni..aswaja bukan mewakili aqidah dan fahaman ahlul sunnah wal jemaah di Malaysia. Aswaja lebih cenderung menyuburkan  budaya label melabel. ..kata mengata. .tuduh menuduh di kalangan pendakwah Malaysia.

6. Ternyata,aswaja sama sekali xkan tidur lena bila melihat pendakwah drpd luar yg berseluar senteng, berjanggut lebat, dan tgn bersedekap atas dada semasa solat dtg menyebarkan ilmu di Malaysia. Mereka sanggup lupa sunnah Nabi demi membenci wahabi.

7. Aswaja juga takut singa yg dia bw dtg dr  Indonesia baru2 ini rupa2nya sekadar singa sarkas...tetapi singa yg dtg kali ini adalah sebenar benar  singa ahlul sunnah wal jamaah.

8. Kenyataan media spt itu diharap dpt membuka mata masyarakat awam utk mengenali wajah aswaja yg sebenarnya...yg penuh kehitaman dan kegelapan. Harap dpt dijauhi dan semoga Allah melindungi kita semua drpd syubhat aswaja.

Wallahua'lam

- Ust Diey Hasan


Rahsia Kekuatan Memori Dr Zakir Naik

{ Rahsia Kekuatan Memori Dr Zakir Naik }

Dr Zakir Naik ialah seorang sarjana dalam ilmu perbandingan agama yang terkenal

Salah seorang gurunya yang terkenal ialah Ahmad Deedat

Dr Zakir Naik bukan sahaja menguasai al-Quran dan al-Hadith, bahkan beliau berkemampuan untuk memetik ayat-ayat yang terdapat dalam kitab-kitab agama lain seperti Bible, Bhagavad Gita, Veda, dan sebagainya, lengkap dengan nombor rujukannya sekali

Apabila ditanya tentang rahsia kekuatan memorinya yang mengagumkan itu, beliau menjawab :

Ada 3 rahsia kekuatan memorinya iaitu :

1. Pertolongan Allah

Beliau memetik ayat 160 Surah Ali Imran [ 3 ] yang berbunyi :

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Ertinya :

Jika Allah membantu kamu, maka tidak ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Allah mengabaikan kamu, maka siapakah yang dapat membantu kamu? Dan kepada Allahlah bertawakkalnya orang-orang yang beriman

Berdasarkan ayat ini, beliau menjelaskan bahawa segala yang berlaku adalah atas pertolongan dari Allah, dan bukannya kehebatan diri beliau sendiri

Sekiranya Allah tidak membantu beliau, nescaya beliau tidak akan memiliki kekuatan memori tersebut, meskipun beliau mempelajari semua jenis teknik mengingat yang ada di dunia

2. Usaha yang bersungguh-sungguh

Beliau memetik ayat 69 Surah al-Ankabut [ 29 ] yang berbunyi :

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya :

Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh terhadap Kami, Kami akan tunjukkankan kepadanya jalan Kami, dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang melakukan kebaikan

Berdasarkan ayat ini, beliau menjelaskan bahawa memorinya menjadi kuat kerana dilatih secara bersungguh-sungguh, dan bukannya datang secara tiba-tiba atau usaha secara sambil lewa saja

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya

3. Teknik

Beliau memetik ayat 7 Surah al-Anbiya' [ 21 ]  dan ayat 43 Surah al-Nahl [ 16 ] yang berbunyi :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Ertinya :

Bertanyalah kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui

Untuk memiliki memori memori yang kuat, maka kita berhajat kepada teknik yang betul

Dan teknik ini perlu dipelajari

Namun teknik bukanlah perkara yang paling utama

Perkara yang paling utama, adalah keizinan Allah yang membolehkan semuanya terjadi

Semuanya, kembali kepada kehebatan Allah Subhanahu Wa Taala

~ MIAR ~

:)

- Mohd Izwanuddin Abd Rahim


Takut kepada Allah menimbulkan ketenangan. Takut kerana dunia akan meresahkan

Takut kepada Allah menimbulkan ketenangan. Takut kerana dunia akan meresahkan.

Apabila timbul dilema dan konflik yang besar dalam diri carilah penyelesaian dengan:

1. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat, Al Quran, puasa, istighfar dan selawat.

2. Akrablah dan selalunya berada di masjid dengan solat jemaah, majlis pengajian dan iktikaf.

3. Carilah orang-orang soleh dengan bergaullah dengan mereka selalu.

- Ust Pahrol Mohamad Juoi


Bersyukur di atas Musibah, Peringkat Yang Sukar Dicapai

BERSYUKUR DI ATAS MUSIBAH?

Kita biasa mendengar tentang sabar apabila ditimpa musibah. Bagaimana pula dengan orang yang bersyukur bila ditimpa musibah?

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ” . وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ”

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat perkara yang dia sukai, baginda akan berkata:  Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah di atas segala keadaan. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Adab, hadis no: 3803, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]

Dalam hadis di atas, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menzahirkan kesyukuran di atas ujian yang menimpa baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia sesuatu yang pelik, akan tetapi ia hanya dapat difahami oleh insan-insan yang memahami hakikat dan realiti di sebalik ujian yang menimpa.

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika membahaskan bab sabar menyatakan bahawa terdapat empat keadaan manusia dalam menghadapi ujian atau musibah daripada Allah.

1-     Enggan menerima

2-     Sabar

3-     Redha

4-     Syukur

Peringkat paling rendah ialah yang pertama. Ia merujuk kepada hati yang mula bersangka buruk dengan apa yang Allah takdirkan. Mula berfikir yang bukan-bukan tentang Allah. Hatinya mula mempersoalkan keadilan Allah. Lisannya pula mula mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan ketidak redhaan kepada apa yang Allah putuskan. Manakala tubuh badannya pula melakukan perbuatan-perbuatan yang mula merosakkan diri seperti enggan makan berhari-hari, memukul-mukul dan meronta-ronta.

Peringkat kedua daripada bawah ialah sabar. Hatinya masih membenci musibah yang menimpa, dia berasa sedih, kecewa, dan sakit di atas musibah yang menimpa. Tetapi hatinya tidak pernah menyalahkan Allah. Tidak pula hatinya berbisik bahawa Allah tidak adil. Lisan dan anggota tubuhnya terkawal daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan syara’ disebabkan musibah itu. Seorang mukmin, sewajarnya memastikan, inilah tahap paling rendah yang dia berada padanya. Jangan sehingga sampai terdetik sedikit di dalam hati prasangka buruk kepada Allah.

Peringkat kedua terbaik ialah redha. Ini merupakan satu peringkat yang sangat sukar dilakukan, tetapi ia menzahirkan sifat keimanan kepada qadha dan qadar Allah. Redha sehingga hatinya terbuka menerima ujian Allah. Seolah-olah tiada apa-apa yang buruk yang telah berlaku. Akan tetapi ini bukanlah peringkat yang terbaik.

Peringkat yang terbaik ialah syukur. Ini merupakan satu kedudukan yang sangat sukar dicapai. Di mana seorang insan, berasa gembira dan bersyukur apabila diuji, sehingga ucapan yang keluar daripada mulutnya ialah ucapan manusia yang menerima nikmat iaitu Alhamdulillah.

Peringkat terbaik ini bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai. Seorang insan yang memahami bahawa setiap ujian itu mendatangkan pahala, dan menghapuskan dosa, mereka akan bersyukur dan mengucapkan tahmid tatkala diuji. Apakah nikmat yang lebih besar daripada pahala dan penghapusan dosa, yang mana penghujungnya ialah syurga dan dijauhkan daripada neraka. Pasti, untuk mencapai tahap ini, memerlukan satu keimanan dan penghayatan yang kuat kepada maksud-maksud ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga Allah menjadikan kita manusia bersyukur tatkala ujian menimpa diri kita.

Baca lagi di sini --> http://alkahfi.com.my/syukur-atas-musibah/

Sumber Al-Kahfi

Jika anda rasakan post ini bermanfaat, klik 'like' dan 'share'.

'Like' page Mohd Masri Mohd Ramli jika anda rasakan ia bermanfaat dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.


Riadussolihin : Kitab/Buku Yang Mesti ada dan Dibaca

Riadussolihin. Buku yang sangat kerap saya gunakan. Kulit pun sudah hampir koyak.

Jika ditanya kepada saya buku apa yang mesti ada dan dibaca.

Saya akan jawab Riadussolihin:

~~~~~~~~
:: RIADUSSOLIHIN ::

Dr. Mahir Yasin al-Fahl yang melakukan semakan kepada kitab Riadussolihin menyatakan dalam mukadimahnya:

وأنا أنصح كل مسلم بالاهتمام بهذا الكتاب العظيم كتاب " رياض الصالحين " ، ،
Aku menasihati setiap Muslim untuk mengambil berat kepada kitab yang mulia ini, iaitu kitab 'RIADUSSOLIHIN'.

وأنصح بمداومة قراءته مرة بعد مرة
Aku menasihati agar kalian berterusan membacanya, dan mengulangi membacanyanya.

والاهتمام بحفظ أحاديثه ، .
Aku menasihati kalian agar berusaha menghafaz hadis-hadis yang ada di dalamnya.

وعلى صاحب العائلة أنْ يفقّه عائلته بهذا الكتاب
Aku juga menasihati ketua keluarga agar mengajarkan kitab ini kepada ahli keluarganya.

Al-Imam An-Nawawi dalam mukadimahnya menyatakan tentang kitab Riadussolihin:

  فَرَأَيتُ أَنْ أَجْمَعَ مُخْتَصَراً منَ الأحاديثِ الصَّحيحَةِ ، مشْتَمِلاً عَلَى مَا يكُونُ طَرِيقاً صَاحبهِ إِلى الآخِرَةِ ومُحَصِّلاً لآدَابِهِ البَاطِنَةِ وَالظَاهِرَةِ . ،
Aku mahu mengumpulkan sebahagian hadis-hadis yang sahih yang merangkumi segala aspek yang akan membawa pembacanya ke akhirat, yang akan menghasilkan adab pada batin dan zahir.

جَامِعاً للترغيب والترهيب وسائر أنواع آداب السالكين : من أحاديث الزهد ورياضات النُّفُوسِ ، وتَهْذِيبِ الأَخْلاقِ ، وطَهَارَاتِ القُلوبِ وَعِلاجِهَا ، وصِيانَةِ الجَوَارحِ وَإِزَالَةِ اعْوِجَاجِهَا ، وغَيرِ ذلِكَ مِنْ مَقَاصِدِ الْعارفِينَ .
Ia merangkumi hadis-hadis galakan berbuat kebaikan dan ancaman daripada melakukan maksiat, dan segala jenis adab; daripada hadis-hadis berkaitan zuhud dan pembaikan hati, pembaikan akhlak, penyucian jiwa dan pengubatnya, memelihara anggota badan dan menghilangkan kecacatannya, dan selain daripada itu yang merupakan tujuan orang-orang yang mengetahui.

وَألتَزِمُ فيهِ أَنْ لا أَذْكُرَ إلاّ حَدِيثاً صَحِيحاً مِنَ الْوَاضِحَاتِ ، مُضَافاً إِلى الْكُتُبِ الصَّحِيحَةِ الْمَشْهُوراتِ .
Aku beriltizam untuk tidak menyebutkan kecuali hadis jelas kesahihannya, yang diambil daripada kitab-kitab sahih yang masyhur.

وأُصَدِّر الأَبْوَابَ مِنَ الْقُرْآنِ الْعَزِيزِ بِآياتٍ كَرِيماتٍ ،  .
Aku letakkan bab-bab berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang mulia,

وَأَوشِّحَ مَا يَحْتَاجُ إِلى ضَبْطٍ أَوْ شَرْحِ مَعْنىً خَفِيٍّ بِنَفَائِسَ مِنَ التَّنْبِيهاتِ
Aku tuliskan jua penjelasan mana-mana hadis yang memerlukan huraian kepada makna-maknanya yang kurang jelas yang mana ia perlu diberikan perhatian.

وإِذا قُلْتُ في آخِرِ حَدِيث : مُتَّفَقٌ عَلَيهِ فمعناه : رواه البخاريُّ ومسلمٌ .
Apabila aku berkata di akhir hadis: Muttafaq 'Alaih, maka ia bermaksud: Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.

وَأَرجُو إنْ تَمَّ هذَا الْكِتَابُ أنْ يَكُونَ سَائِقاً للمُعْتَنِي بِهِ إِلى الْخَيْرَاتِ حَاجزاً لَهُ عَنْ أنْواعِ الْقَبَائِحِ والْمُهْلِكَاتِ .
Aku berharap seandainya selesai penulisan kitab ini, ia akan menjadi pemandu bagi mereka yang menekuninya  untuk menuju kebaikan dan mencegahnya daripada pelbagai jenis keburukan dan kecelakaan.

وأَنَا سَائِلٌ أخاً انْتَفعَ بِشيءٍ مِنْهُ أنْ يَدْعُوَ لِي ، وَلِوَالِدَيَّ ، وَمَشَايخي ، وَسَائِرِ أَحْبَابِنَا ، وَالمُسْلِمِينَ أجْمَعِينَ .
Aku memohon kepada saudara yang mengambil apa-apa manfaat daripada kitab ini untuk mendoakan aku, kedua ibu bapa ku, guru-guru ku, dan semua yang aku cintai, juga buat semua umat Islam.

وعَلَى اللهِ الكَريمِ اعْتِمادي ، وَإِلَيْهِ تَفْويضي وَاسْتِنَادي ، وَحَسبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ .
Hanya Allah yang menjadi pergantunganku, kepadaNya aku berserah dan bergantung, cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Hebat lagi Bijaksana.

~~~~~~~
Ini hanyalah sebahagian daripada mukadimah panjang yang disampaikan oleh Al-Imam An-Nawawi, begitu juga mukadimah yang panjang oleh Dr. Mahir Yasin.

Dengan membaca mukadimah ini, kita akan mengetahui betapa pentingnya kitab Riadussolihin sebagai satu sumber bacaan umat Islam untuk memperbaiki diri mereka.

Oleh itu, tidaklah melampau dikatakan bahawa ia merupakan satu bacaan yang perlu dan mesti ada dalam rumah setiap orang Islam. Bukan sekadar dibaca, bahkan diamalkan dan disebarkan.

Semoga Allah memberikan kurniaan pahala yang besar atas khazanah sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang Al-Imam An-Nawawi tinggalkan kepada kita.

#MMMR

- Ust Mohd Masri Mohd Ramli