Saturday 20 April 2019

Buku; Tips Bagi Penuntut Ilmu

Tips Bagi Penuntut Ilmu.

Ulama' Madinah iaitu Professor Dr. Shalih bin 'Abdil 'Aziz bin 'Utsman Sindi memberi garis panduan bagi seorang pelajar yang menimba ilmu. Menurutnya, individu tersebut harus melalui beberapa proses.

Tiga langkah yang perlu dilalui oleh seorang pelajar secara bertahap:

1. Al-Hifzh (Menghafal)
2. Al-Akhdzu'anil Masyaikh wa thullabil 'ilmi al-Kibar (mengambil ilmu dari guru dan pelajar senior).
3.Qiro'atul Kutub (Membaca buku-buku ulama').

Syaikh juga berpesan bagi melengkapi ketiga-tiga tahapan diatas, seorang penuntut ilmu harus mengikuti 3 langkah secara bersamaan,

     Pertama. Ilmu itu harus dijaga (dihafalkan).

     Kedua. Mempelajari matan di bawah bimbingan para ulama' atau penuntut ilmu (senior) secara verbal (langsung) jika memungkinkan. Namun jika belum memungkinkan alhamdulillah sudah banyak perantaraan (kajian) audio melalui web internet atau selainnya. Pelajaran-pelajaran dan ceramah para ulama -walillahil Hamd- banyak yang tersimpan (di internet) sehingga memungkinkan bagi anda untuk mengaksesnya [bila saja dan dimana saja] dari ulama' yang anda inginkan.

     Ketiga. Dengan cara membaca dan memilih buku. Hendaknya anda menetapi sebuah buku lalu membacanya dari awal sampai akhir[hingga selesai], kemudian baru pindah ke buku yang lain. Demikian seterusnya. 

Kata Prof Dr. Syaikh Shalih 'Abdil 'Aziz Sindi,

'Buku itu seperti keranjang yang penuh dengan permata. Hendaknya semangat anda ketika membaca buku adalah berupaya memungut permata-permata tersebut, dan jangan sampai ada satu pun yang tercicir hilang. Kerana ilmu itu perhiasan yang paling bernilai'.

Lebih lanjut rujuk 11 Cara Efektif Dalam Menuntut Ilmu, hal.14-16, [Karya Asal : Kayfiyatu Tadwin al-'ilm wa Hifzhil Fawa'id (Cara Mencatat Ilmu dan Menghafal Faidah)], Professor Dr. Syaikh Shalih 'Abdil 'Aziz Sindi.


-Syuhara Suryati

Masalah Jiwa, Tertekan, Stress?...Quran atau Muzik?

Stress...Quran atau Muzik?

Saya baru berforum bersama Datin Seri Dr. Zainah Moktar, seorang pakar neuro sains yang mengkaji tentang gelombang otak serta pernah berpengalaman "short course" di Harvard Medical University.
Terima kasih kepada pihak UiTM yang menjemput kami sebagai panelis forum berkaitan pengurusan stress dari sudut Islam dan sains.

Apa yang menarik ialah banyak fakta yang dikongsikan oleh Dr. Zainah dari sudut saintifik berkenaan pengurusan stress sangat berkait dan bertepatan dengan panduan yang disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Banyak fakta yang disebut beliau terus mengingatkan saya pada ayat atau hadis tertentu yang membuatkan saya terpegun dengan keagungan kalamullah dan kalam Rasul-Nya dalam memberi cahaya kepada manusia.

Antara fakta penting dari Dr. Zainah ialah, beliau pernah menjalankan beberapa uji kaji terhadap mangsa "stress/depression" dengan menggunakan instrumen muzik. Beliau mengkaji perjalanan neuron dari jantung melalui otak hingga ke otot yang menghasilkan tindakan.

Namun pernah hasilnya menjadikan pesakit lebih teruk, bahkan gila, kerana sebahagian elemen muzik hanya memfokus pada 1 gelombang yang mampu merosakkan gelombang otak. 
Hasilnya membuatkan mereka yang dilanda kemurungan atau dalam tekanan boleh menjadi gila atau Skizo.
Sebaliknya bacaan al-Quran mempunyai gelombang yang menenangkan dan membaiki gelombang otak.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia” [al-Ra’d: 28].

Jadi kalau nak tenang, dengarlah al-Quran, jangan dengar muzik!


-Dr. Kamilin Jamilin-

Jagalah Allah, Allah Akan Menjaga Kamu

*Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu*

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فَقَالَ
Daripada Ibn 'Abbas radiallahu 'ahuma, beliau berkata: Aku berada di belakang Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, lalu baginda bersabda:

 ‏ "‏ يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ
Wahai budak lelaki, sesungguhnya aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga engkau. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatiNya di hadapan engkau.

 إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ 
Apabila engkau memohon, pohonlah kepada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah.

وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ 
Ketahuilah, seandainya umat berkumpul untuk memberikan apa-apa manfaat kepada kamu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat kepada kamu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tuliskan untuk mu.

وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ  ‏.
Seandainya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu, mereka tidak akan dapat memudharatkan kamu kecuali dengan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. ‏

رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ ‏"‏
Pen-pen telah diangkat, lembaran-lembaran telah pun kering.

[Jami' At-Tirmizi, Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Raqaiq wa al-Wara', no: 2516. At-Tirmizi berkata hadis ini hasan sahih].

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

تَعَرَّفْ إِلَيْهِ فِي الرَّخَاءِ، يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ
Perkenalkanlah diri kamu kepada Allah ketika kamu senang, nescaya Dia akan mengenali mu ketika kamu susah.

وَاعْلَمْ أنَّ فِي الصَّبْرِ عَلَى مَا تَكْرَهُ خَيْرًا كَثِيرًا، 
Ketahuilah, kesabaran dalam perkara yang kamu tidak suka itu mempunyai banyak kebaikan,

وَأَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، 
pertolongan itu bersama-sama kesabaran,

وَأَنَّ الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، 
jalan keluar itu bersama-sama kesulitan,

وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
dan kesukaran itu bersamanya kemudahan.
[Musnad Ahmad, Musnad Ib 'Abbas, no: 2803]

Faedah hadis:

1- Maksud menjaga Allah ialah menjaga hak-hak Allah dengan mematuhi peraturannya, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
2- Begitu jua maksud memperkenalkan diri kepada Allah ialah melakukan ketaatan kepadanya ketika senang.
3- Ini semua menunjukkan kebersamaan khusus Allah bersama-sama mereka yang mentaatiNya. Kebersamaan umum iaitu pengetahuan Allah tentang manusia, meliputi semua orang. Akan tetapi kebersamaan khusus ini ialah perlindungan daripada Allah, dan bantuan daripada Allah.
4- Hadis ini juga menerangkan kelebihan mentaati Allah ketika kita dalam keadaan senang dan sihat, di mana antara balasannya ialah Allah akan membantu ketika kita memerlukan bantuan.
5- Hadis ini jua menunjukkan bagaimana hanya Allah yang berkuasa mutlak.
6- Apabila kita memahami bahawa Allahlah yang berkuasa mutlak, maka kita akan merasa selamat dibawah penjagaanNya yang kita akan perolehi dengan mentaati perintahNya. Ia jua akan mendorong agar kita berdoa kepada Allah, dan bukan kepada selainNya.
7- Hadis ini juga mengajar agar kita bersikap positif apabila menghadapi kesukaran kerana Allah akan memberikan jalan keluar kepada kita. Jalan keluar itu wujud apabila kita bersabar menghadapi dugaan.

#MMMR


-Ustaz Masri Ramli

Tiada Jalan Keluar Dari Masalah Dunia Kecuali ?

Tiada jalan keluar terbaik untuk berhadapan dengan apa jua masalah di dunia ini melainkan dengan taubat dan istighfar. 

Allah datangkan masalah, Allah jualah yang keluarkan darinya. Jika cari manusia maka kita akan gagal dan terus gagal. 

اللهم بلغنا رمضان


-Danial Madani

Orang Pandai Ramai Tapi Orang Beradab Sangat Kurang

Orang yang pandai sudah ramai, tapi yang beradab sangat kurang.

Orang yang berharta juga ramai, cuma yang pemurah amat jarang ditemui.

Orang yang cantik dan handsome pun berlambak, namun yang baik akhlak dan agamanya itu payah nak jumpa.


-Hairi Nonchi

Definisi Mudah Tangkal

Definisi mudah tangkal;

"Meletakkan sesuatu (alat) sebagai penghalang agar sesuatu perkara tidak berlaku."

Kalau kalian letak Sahih Al-Bukhari dengan niat di atas dan bukannya untuk dipelajari, maka ianya sama seperti menjadikan kitab agung itu sebagai tangkal!

Sekian.


-Ibnu Md Nayen

Cara Menukar Musibah Kepada Anugerah

Cara Menukar Musibah Kepada Anugerah..

Dari Asy-Sya'bi bahawa Syuraih berkata,

"Sesungguhnya ketika aku tertimpa musibah maka aku bersyukur kepada Allah sebanyak 4 kali;

1) Aku bersyukur kerana musibah yang lebih besar tidak menimpaku.

2) Aku bersyukur kerana Allah masih memberiku kesabaran dalam menghadapinya.

3) Aku bersyukur kerana Dia masih memberiku taufik untuk mengucapkan istirja' (inna lillaahi wa inna ilaihi roji’uun) yang bisa kuharapkan pahalanya.

4)  Aku bersyukur kerana musibah itu bukan pada agamaku."

(Siyar A'alamin Nubala', 4/551, dari buku Kita dan Akhlak Salaf m/s 152)

Mulia Dengan Manhaj Salaf


-Amira Humaira

Pekerja Yang Ada Sikap Yang Betul akan Hargai Syarikat?

Pekerja (yang ada sikap yang betul) akan hargai syarikat yang seimbangkan waktu kerja-kehidupan pekerja (work-life balance).
.
Mereka akan lebih produktif, berdedikasi dan komited (susah melompat ke syarikat lain).
.
Ini jimatkan duit (dan masa) syarikat kerana tidak perlu cari dan latih pekerja baru.
.
[ Kajian Universiti Oxford ]


-Mazlan Mohamad

Everything is Impossible Until It’s Done

*Everything is Impossible Until It’s Done*

 For Many Sales People, 100 Cars a Month is the 4-Minute Mile
It seems impossible. No one can sell 100 cars a month. Can they? Well,
yes, they can. And you can, too. All you need are two things.
1. You need to believe it’s possible.
2. You need to decide you want to do it.


-Ali Reda

Tuesday 9 April 2019

Manusia Lebih Memerlukan Ilmu Dari Makan Minum Kenapa?

Manusia lebih memerlukan kepada ilmu berbanding keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Ini kerana, seseorang itu memerlukan kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sahaja sehari. Sedangkan keperluan manusia kepada ilmu adalah sebanyak bilangan nafasnya.

~ Madarij al-Salikin (2/470) ~

-Maulana Asri Yusoff

Sikap Steve Jobs Orang Berjaya Suka Berdebat?

Di dalam biografi Steve Jobs yang ditulis oleh Walter Isaacson ada diceritakan bagaimana Jobs merupakan seorang yang amat obses dan yakin dengan ideanya sendiri.
.
Dia seringkali bertengkar dengan ahli pasukannya jika mereka pertikaikan ideanya. Malah Jobs sanggup berdebat untuk buatkan mereka menerima ideanya.
.
Tetapi jika mereka dapat yakinkan Jobs yang idea mereka lebih bagus, Jobs akan berlapang dada dan bersetuju dengan idea tersebut.
.
Bryson Gardner, salah seorang jurutera yang pernah bekerja dengan pasukan projek  iPod dan iPhone pula  mengatakan,  Jobs galakkan mereka berdebat  setiap kali sebelum buat keputusan supaya produk yang dihasilkan akan jadi lebih baik.
.
* Antara sikap orang berjaya adalah tidak memandang rendah pendapat orang lain.

-Mazlan Mohamad

Wahai Wanita Peliharalah Auratmu

Wahai Wanita Peliharalah Auratmu..

Pernah dengar kisah seorang wanita berkulit hitam Ummu Zufar atau Su’airah al-Asadiyyah? setiap kali penyakit sawannya datang auratnya kerap tersingkap. Dia mendatangi Nabi dan minta didoakan kesembuhannya.

      Baginda sallallahu'alaihi wasallam menjawab, 'Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau. Wanita itu berkata, Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan beliau'. [HR.Bukhari no.5652 dan Muslim no.2576]

Kisah wanita berkulit hitam ini mengajar kepada wanita berpegang kepada hijab kerana ia merupakan mahkota kehormatan. Meski pun ditimpa penyakit namun ia memilih aurat sebagai maruahnya. Namun apa pula alasan wanita-wanita ketika ini memilih membuka aurat?

      Di akhir zaman kita akan dapati, sebahagian perempuannya sudah mulai meninggalkan ilmu, semakin terdedah membuka aurat, perlahan-perlahan menanggalkan tudung, semakin hari semakin membalut tubuh. Yang menutupi tubuh semakin hari semakin minat memperagakan tabarruj. Mereka tahu, tetapi enggan melawan nafsu.

Dibentangkan Doa, setitik pena, sehalus bicara, dakwah berhikmah. Semuanya membantu tetapi tidak memberi penyelesaian menyeluruh. Melainkan perlu ada kesedaran dan mahu melakukan perubahan. Bergegaslah memayungi jasad dengan iman dan takwa. Sebelum kiamat menghampiri dunia, pintu Taubat masih terbuka.

-Syuhara

Benarkah Iman Tidak Dapat Diwarisi?

Iman tidak dapat diwarisi

Ibrahim bin Ismail bin Ulayyah (wafat 218 H) merupakan seorang tokoh Jahmiyyah dan muktazilah yang sesat di Baghdad. Dia mengatakan Al-Quran itu makhluk, menafikan sifat Allah dan berbagai lagi kepercayaan sesat yang menyalahi al-Quran dan Al-Sunnah.

Tetapi bapanya, ialah seorang ahli hadith yang berasal daripada Kufah.

Bapanya pernah menjadi guru kepada Imam Al-Syafi'e rahimahullah (wafat 204 H) dan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H).

Bapanya juga adalah murid kepada Imam Malik bin Anas rahimahullah (wafat 179 H).

Malangnya anaknya yang bernama Ibrahim bin Ismail ini pula disebut oleh para ulama sebagai جهمي شيطان Jahmi (mengikut ajaran Jahmiyyah) dan syaitan kerana kesesatannya.

[Siyar A'lam Al-Nubala, Adz-Zahabi]

-Ustaz Emran Ahmad

Kenapa Membaca Satu Kemestian Bukan Hobi?

Manusia yang mempunyai 'growth mindset' tidak bergantung kepada orang lain untuk memotivasikan dirinya.

.

Salah satu cara memastikan 'passion & desire' dalam diri menyala-nyala adalah dengan membaca. Bagi sesetengah orang, MEMBACA adalah satu kemestian, bukan hobi.

.

Tidur malam ini dengan petikan:

"I'm a capitalist and a businessman. I believe I can drive earnings and make money by working to create clean enery, water, and environmental solutions."

Jeff Immelt, General Electric's CEO
The Future (Eric Lowitt)

-Suhaili Ikhsan

Contoh Ayat Survey Mesin Quantum

Adakah anda biasa membuat Ujian Kesihatan?
Ya.  Tidak


Tahukah anda, kita boleh mengukur Kesihatan Semua Organ dalam tubuh dengan mengukur aktiviti Sel?

Ya. Tidak



Tahukah anda SEL yang Sihat dan Sel Tidak Sihat mengeluarkan gelombang yg berbeza?

Ya. Tidak


Gelombang ini boleh diukur melalui Mesin Quantum. Hanya 1 minit, anda akan dapat scan seluruh tubuh anda.

Mahukah anda mencuba mesin Quantum? - saa

Apa Nasihat Dr Zulkifli Al Bakri Tentang BELAJAR?

BELAJAR

Ucapan Dato' Zulkifli Al Bakri Mufti Wilayah.

1. Masa belajar, belajar. belajar sungguh-sungguh. Masa yang paling seronok adalah masa belajar. Walaupun masa itu kita tak ada duit. Cuma silapnya kita, masa belajar kita tak belajar. Akhirnya,kita tak mampu untuk menyelesailan masalah ummah, maka kita rugi.

2. Bertuah kerana kita belajar dalam negeri. Kelebihannya baik, banyak. Antaranya dekat dengan keluarga, kewangan pun lebih mudah dsb. Tanpa dinafikan luar negara ada kelebihan yang lain.

3. Kena cabar diri kita. Kita anggap orang belajar dalam negara ini pelajar kelas kedua. Kita anggap orang belajar luar negara hebat. Hakikatnya ramai tokoh² hebat di dunia ini belajar di dalam negeri. Antaranya Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Beliau belajar di India. Namun bahasa Arabnya lebih arab dari orang Arab. Sheikh Al Allamah Muhammad Al Amin Al Shanqiti, hanya belajar di Shanqit, Mauritania. Hafazannya luar biasa hebat. Dikagumi oleh ulama'2 Arab. Ketiga, Hamka. Luar biasa hebatnya. Mengarang tafsir Al-Azhar yang luar biasa. Maknanya tidak semestinya belajar di Al-Azhar baru jadi hebat. Sejarah ulama' terdahulu juga bukan dari kalangan orang Arab. Semua ni nak cerita bahawa kita duduk di sini, kita kena cuba untuk jadi hebat.

4. Bila kita berada dalam gelanggang ilmu, perkara yg paling bahaya ialah rendah semangat. Kita tak sangkut cita-cita kita tinggi. Bila kita sangkut rendah, kita dapat separuh daripada itu. Sheikh Dr. Qaradhawi menceritakan di dalam kitabnya, ketika beliau kecil guru sekolahnya pernah meminta beliau menulis karangan tentang cita-cita. Beliau menulis, cita-citaku adalah ingin menjadi Sheikhul Azhar. Terkejut gurunya. Namun ternyata hari ini beliau tidak pernah menjadi sheikhul Azhar. Namun anak-anak muridnya pula menggelar beliau dengan gelaran sheikhul ummah.

Kita perlu mencabar diri kita. Jangan merasa rendah diri dengan orang yang belajar di luar negara. Kita juga hendaklah bercita-cita tinggi. Jangan rendah semangat. Biar kita jadi pandai walaupun kita belajar di dalam negara lebih pandai dari orang yang belajar di luar negara. Bagaimana mahu jadi pandai?

i) Kita kena kuat membaca. Berjalan, kena ada buku. Jangan kita berjalan tanpa buku. Sarjana-sarjana hebat di dunia sangat kuat membaca. Mereka mengkhususkan sebahagian besar masa seharian mereka untuk membaca.

ii) Minat yang sangat tinggi untuk belajar, bertalaqqi. Jangan kita jadi orang yang memandai-mandai, syok sendiri, faham sendiri, Google.

iii) Kita kena banyakkan diskusi, bermuzakarah. Orang-orang hebat zaman dulu, mereka sentiasa bermuzakarah. Duduk dalam majlis muzakarah ini sangat penting.

iv) Dalam belajar, kadang-kadang kita lupa satu benda yang penting, iaitu adab. Jarang kita belajar tentang adab. Imam-imam terdahulu mengarang banyak kitab tentang adab menuntut ilmu. Adab ni penting. Adab ni banyak. Adab dengan buku, adab dengan Quran, adab dengan guru, adab dengan kawan, dengan orang tua. Keberkatan guru yang senang dengan kelakuan muridnya menjadi doa yang menjadikan kehidupan diselubungi ketenangan. Binalah adab, tinggikanlah adab, jagalah adab.

Dewan Kuliah Utama APIUM
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

C/P. - Abeju

Apa Maksud Allah Bersama Sangkaan Hambanya?

APA MAKSUD 'ALLAH BERSAMA SANGKAAN HAMBA-NYA'?

#NotaBroSyarief

Ia berdasarkan hadits Qudsi di mana Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam menyebutkan bahawa Allah berkata:

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

Aku adalah pada sangkaan hambaKu padaKu

[HR al-Bukhari & Muslim]

Ibn Hajar al-Asqalaniy (w.852H) menyebutkan,

  أَيْ قَادِرٌ عَلَى أَنْ أَعْمَلَ بِهِ مَا ظَنَّ أَنِّي عَامِلٌ بِهِ

(Maksud hadits di atas:) Allah mampu berbuat sesuatu (merealisasikan suatu perbuatan) atas dasar persangkaan hambaNya bahwa Allah akan berbuat demikian.

[Fathul-Bari]

Syaikh al-Mubarakfuri (w.1353H) menukilkan kata-kata al-Qurtubi (w.656H) di dalam al-Mufhim, di mana dia menyebutkan:

ظن الإجابة عند الدعاء، وظن القبول عند التوبة، وظن المغفرة عند الاستغفار، وظن المجازاة عند فعل العبادة بشروطها تمسكاً بصادق وعده،

(Maksud hadits di atas:) Seseorang hamba itu bersangkaan (kepada Tuhannya) bahawa doanya akan dijawab. Dia bersangkaan bahawa taubatnya akan diterima. Dia bersangkaan bahawa dosanya akan diampunkan. Dia bersangkaan bahawa akan diganjari segala amal ibadah yang dilaksanakan dengan memenuhi pra-syaratnya, sambil berpegang pada kebenaran janjiNya

[Tuhfatul-Ahwazi]

___
@BroSyariefShares « KLIK & SERTAI
#Sebarkan

Ayah! Sayangmu Dalam Diam

"Ayah tak mintak banyak dari kamu, ayah nak anak ayah belajar rajin rajin, jaga maruah dan hidup dengan penuh kasih sayang, ayah tak mintak dibalas jasa pun, cukup sekadar ingatan untuk ayah lepaskan rindu, ayah penat tak apa janji anak ayah tak lapar disekolah, ayah letih tak apa janji anak ayah rajin mengaji al-Quran, ayah busuk tak apa janji anak ayah wangi..

Ingat pesan ayah, biar orang hina ayah sekarang, ayah tak nak besar nanti kamu juga dihina, belajar rajin  ya nak... jadi insan berguna, disanjung kerana sifat mulia". - Ayah

Bila kali terakhir kita mendoakan ayah kita?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

-Ustaz Ahmad Hasyimi

Mak Ayah Dah Meninggal, Tak Perlu Baca Al Fatihah?

Shbt yg dikasihi...

Untuk mak ayah kita yang telah meninggal, bukan caranya untuk kita hantar Al-Fatihah setiap hari, dan bukan caranya untuk kita jamu makan orang masjid untuk mereka bacakan tahlilan arwah untuk kedua orang tua kita, dan bukan juga caranya untuk kita bentang tikar di kubur lalu kita ratib untuk mereka..semua ini TIDAK PERNAH diajar /dicontohkan Oleh Nabi saw utk umat..

Apa yang AGAMA ajarkan adalah kita hantar 2 doa ini setiap hari baik semasa solat mahupun diluar solat, kerana dengan doa yg SOHEH ini, ia akan  diangkat Sepantas kilat ke langit kerana ia DOA DARI SEORANG ANAK UTK ORANGTUANYA , ia akan memberi syafaat untuk mereka di alam kubur serta di akhirat kelak.

DOA YG PERTAMA.

  "Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu "
(Utk lelaki dn hujung perkataan 'hu' di tukar kpda 'ha' utk wanita)

Ertinya "Ya Allah, Kau ampunikanlah dosanya, berilah RahmatMu, sejahtera dan maafkanlah ia"

DOA YANG KEDUA.

 "Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghira...."
Ertinya : "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku  sewaktu aku masih kecil"

-semoga kalian dn orgtua kalian dirahmati Allah dengan istiqomah mengamalkan 2 Doa ini..

Dan istiqomah la juga utk melaksanakan zikir pagi..ia adlh SUNNAH YG SOHEH

-Jasmie

Ujian Yang Menerpa Wanita, Apa Nak Buat?

Ujian Yang Menerpa Wanita.

Ujian selalu datang tanpa dipinta. Lenyap tanpa diduga. Sebagai hamba yang lemah, hati sering dibolak-balikkan. Kemana lagi manusia hendak lari, pasti ujian datang mengejar sendiri. Dalam kealpaan selalu mengabaikan perintah Tuhan, kita memohon agar diberi keampunan. Memohon supaya hati diketuk pintu hidayah. Terbuka luas rahmat dari yang Esa.

Firman Allah ta'ala,

قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Nabi Musa berdoa, 'Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah Menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku'. Maka Allah mengampuninya, Sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'. [Surah Al-Qashash:16]

Seruan Nabi Nuh mentadbir urusan dunia, dikekang oleh umatnya sehingga menjadi golongan yang tidak beriman. Nabi Nuh alaihissalam menegur kaumnya,

يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ}

'Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagi kalian selain-Nya. Sesungguhnya (kalau kalian tidak menyembah Allah), aku takut kalian akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)'. [Surah Al-A'raf: 59]

       Kalam suci Al-Qur'an membentang luas seribu ayat kemaafan. Dihadirkan kisah para Nabi diuji kaum yang banyak melakukan durjana. Diberi ayat penenang sebagai ubat penawar duka lara. Begitulah Al-Qur'an banyak mengisahkan peristiwa, ibrah yang perlu diambil kira oleh manusia.

Kita pasti melakukan kesilapan. Cuma manusia perlu tampil mengoreksi diri. Syaitan selalu menumpang tubuh muslimah menyeru menanam keburukan. Bermegah-megah pada harta, mendabik dada pada pangkat. Mencemar imej islam dengan berhijab mengekori trend semasa. Usahlah selalu berangan-angan. Hidup manusia hanya sebentar saja.

       Wanita, perlu mengasihani dirinya. Jangan dibiar racun-racun itu membius hingga tidak sedarkan diri. Lama-kelamaan menghakis iman seperti tanah runtuh dihakis air hujan yang dingin. Derhaka jangan dihembus pada agama, suami, ibu ayah yang melahirkan. Jikalau tidak jadilah wanita yang bukan mukminah.

Baiknya perempuan bila ia selalu membersihkan jiwanya. Ia membuka luas hatinya untuk Agama yang Syumul. Tampil menegakkan tiang ugama yang hampir bengkok dan patah. Berhempas pulas memberi peringatan. Jalan keluar pinta taubat kepada Rabb yang maha berkuasa. Moga cekal terus membasahi jasad seorang manusia.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Daripada Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda, 'Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.' [HR. Muslim no. 2392]

-Syuhara

Berdoalah Penuh Yakin Harap Doa Dimakbulkan

Berdoalah dgn penuh keyakinan dan pengharapan. Jgn sambil lewa dan lebih2 kurang. Sabda Nabi saw:

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai" (HR at-Tirmizi. Hasan)

Ingatlah bahawa doa adalah sebab utama agar seseorang berjaya meraih impian dan harapannya. Janganlah sekalipun merasa putus asa dalam berdoa dan bermunajat. Yakinlah bhw Allah sentiasa mendengar doa hamba2Nya yg soleh

Mulia Dengan Manhaj Salaf

-Amira Humaira

Imam Syafie Hidup Untuk Islam Tetap Bimbang Pada Neraka

Imam Syafie ketika sakit sebelum wafatnya, diziarahi muridnya Al-Muzani yang bertanya khabar kepadanya, lalu Al-Syafie menjawab:

"Aku berpagi-pagi dalam keadaan aku akan berkelana daripada dunia, berpisah daripada sahabat-sahabat, bertemu dengan amalan-amalanku, meminum daripada gelas kematian, mendatangi kepada Tuhanku. Aku tidak tahu adakah rohku akan pergi ke syurga lantas aku mengucapkan tahniah kepadanya, atau rohku akan pergi ke neraka lantas aku mengucapkan takziah kepadanya".

Jika Imam agong seperti Al-Syafie yang seluruh hidupnya adalah khidmat kepada Islam, tetap merasa bimbang dan takut kepada Neraka, masih tidak merasakan dirinya berada dalam zon selesa di akhirat, apatah lagi kita yang entah berapa kelumit sahaja amalan dan khidmat untuk Islam.

-Lokmanulhakim

Kenapa Pemuda Kena Kahwin? Apa Kata Nabi?

“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”. [HR Al-Bukhari]

  Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:
 “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi” [HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

Dan doa yang di ajar oleh Abdullah Bin Mas ‘ud ra kepada para syabab:

أللهم أرزقني امراة إذا نظرتُ إليها سرَّتني، وإذا أمرتُها طاعتني،
وإذاغِبت عنها حفظت غيبي في نفسها ومالي.

Maksudnya: “Wahai Tuhan, rezekilah kepadaku isteri yang apabila aku memandang kepadanya akan menggembirakanku, apabila aku menyuruhnya (melakukan sesuatu) dia akan taat kepadaku, apabila aku tidak ada dia akan menjaga kehormatan dirinya dan hartaku”.

-Dr Basit

Pilihlah Isteri Kerana Agamanya, Kenapa?


“Artinya : Wanita dikawini karena empat hal : Karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka hendaklah kamu pilih karena agamanya (ke-Islamannya), sebab kalau tidak demikian, niscaya kamu akan celaka”. [Hadits Shahi Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175]

[b]. Memilih Yang Shalihah

Orang yang mau nikah harus memilih wanita yang shalihan dan wanita harus memilih laki-laki yang shalih. Menurut Al-Qur’an wanita yang shalihah ialah :

“Artinya : Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. [An-Nisaa : 34]

Menurut Al-Qur’an dan Al-Hadits yang Shahih di antara ciri-ciri wanita yang shalihah ialah :

“Ta’at kepada Allah, Ta’at kepada Rasul, Memakai jilbab yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk pamer kecantikan (tabarruj) seperti wanita jahiliyah (Al-Ahzab : 32), Tidak berdua-duaan dengan laki-laki yang bukan mahram, Ta’at kepada kedua Orang Tua dalam kebaikan, Ta’at kepada suami dan baik kepada tetangganya dan lain sebagainya”.
Bila kriteria ini dipenuhi Insya Allah rumah tangga yang Islami akan terwujud. Sebagai tambahan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan untuk memilih wanita yang peranak (banyak keturunannya) dan penyayang agar dapat melahirkan generasi penerus umat.

Kenapa Buang Masa Lebih Berat Daripada Kematian?

Lebih Berat Daripada Kematian

Abu Barzah al-Aslami radiallahu 'anhu berkata : Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

" لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ
Kaki seseorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sehinggalah dia disoal;

عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ،
tentang umurnya, bagaimanakah dia mengisi kehidupannya?

وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ ،
tentang ilmunya, apakah yang dia lakukan dengan ilmu itu?

وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ ،
tentang hartanya, apakah sumbernya dan bagaimana dia membelanjakannya?

وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ " ,
dan tentang tubuh badannya, bagaimana dia menggunakannya.

[Jami' at-Tirmizi, Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Raqaiq wa al-Wara', no: 2602, hasan sahih].

~~~~~~~~

Imam Ibn al-Qayyim berkata dalam Al-Fawaid:

اِضَاعَةُ الوَقْتِ اَشَدُّ مِنَ الموْتِ
Membuang masa itu lebih berat daripada kematian.

لِاَنَّ اِضَاعَةَ الوَقْتِ تَقْطَعُكَ عَنِ اللهِ وَالدَّارِ الآخِرَةِ
Ini kerana membuang masa itu memutuskan engkau daripada (mengingati) Allah dan akhirat.

وَالموْتِ يَقْطَعُكَ عَنِ الدُّنْيَا وَاَهْلِهَا
Sedangkan kematian hanya memutuskan engkau daripada dunia dan penghuninya. [Al-Fawaid, m/s 31].

#alkahficenter
#MMMR

Apa Tips Faham Ilmu Dan Melekat Dalam Kepala?

Baca Berulang Kali Muka Surat Yang Sama

1. Antara tips bagaimana untuk kita memahami sesuatu bahan bacaan. Kita hendaklah menelaah dan membacanya berulang kali. Misalnya kita berulang kali membaca muka surat yang sama. Ulamak silam ada yang membaca satu kitab itu selama 50 tahun lamanya.

2. Hal ini terjadi kepada Imam Muzani yang merupakan murid Imam Syafie. Imam Muzani berkata:

قرأت الرسالة خمسمائة مرة ما من مرة الا واستفدت منها فائدة جديدة

"Aku telah membaca kitab al-Risalah karangan Imam Syafie sebanyak 500 kali, tidaklah  tiap kali membacanya melainkan aku akan mendapat faedah yang baru daripadanya"

3.  Sebab itulah, yang kita pentingkan daripada pembacaan kita adalah manfaat dan input yang akan kita peroleh daripadanya. Bukanlah sekadar menghabiskan pembacaan sahaja. Imam Muzani berkata:

أنا انظر في الرسالة خمسين سنة

"Aku meneliti kitab al-Risalah karangan Imam Syafie selama 50 tahun"

4. Untuk mendapatkan sesuatu perkara itu, ia berhajat kepada penelitian dan kesabaran yang tinggi. Ada insan yang mana dalam satu muka surat, dia dapat menemui 10 input yang baru. Ada pula orang yang baca muka surat yang sama, tetapi tidak mampu mendapat apa-apa.  Bacaannya tidak melekat di jiwa dan minda.

5. Selain itu, setiap input yang kita dapat, perlu dicatat dan disalin. Jika tidak, ia akan berlalu pergi begitu sahaja diibaratkan layang-layang yang terputus talinya di udara.

Imam Syafie berkata:

الْعلْم صيْد والْكتابة قيْده قيّدْ صيوْدك بالجبال الْواثقه

"Ilmu itu seperti binatang buruan, dan tulisan adalah diibaratkan seperti pengikatnya (penambatnya), ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat"

(Diwan al-Syafie, 103)

Sebab itu pen sangat penting. Ia merupakan teman buat pencinta ilmu. Hal ini kerana ia adalah jalan kepada pengikat sesuatu ilmu.

6. Selain pembacaan yang berkualiti, kita berhajat kepada guru faqeh yang membimbing kita. Alexender The Great, seorang yang mahsyur dan terkenal dalam sejarah peradaban dunia, siapa kah gurunya sebelum beliau terkenal? Beliau berguru dengan Aristotle.

Demikian Imam Ghazali, beliau berguru dengan Imam Haramain. Imam Ibnu Qayyim berguru dengan Syaikh Islam Ibn Taimiyah.

Guru yang faqeh dan teknik pembacaan yang berkesan, akan melahirkan individu yang hebat.

-Ustaz Amir Farhan

Kawal Diri Ucap Dan Buat Baik Sahaja, Kenapa?

Kita tak boleh kawal ucapan dan perbuatan orang lain, tapi kita boleh kawal diri sendiri. Ucapkan hanya yang baik. Pikirkan hanya yang baik. Walaupun orang lain mengucapkan kata-kata jahat dan melakukan perkara yang tak baik. Insya Allah akibat yang baik akan menjadi milik kita.

Rasululullah bersabda:

 لا تكُوْنُوْا اِمَّعَةً تَقُوْلُوْنَ إِنْ اَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَاِنْ ظَلَمُوْا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوْا اَنْفُسَكُمْ إِنْ اَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوْا وَاِنْ اَسَاَءُوْا فَلاَ تُظْلِمُوْا (روه الترمدى)

“Janganlah menjadi suka ikut-ikutan. Kamu berkata: Jika orang lain berbuat baik, akupun berbuat baik, dan jika orang lain berbuat zalim, aku pun berbuat zalim. akan tetapi teguhkanlah pendirian. Jika orang lain berbuat baik, kamu mesti berbuat baik, dan jika orang lain berbuat jahat, janganlah ikut berbuat jahat.” (al-Tirmizi)

-Dr Umar Mohd Noor

Kita Akan Bersama Dengan Orang Yang Kita Cintai!

Kita Akan Bersama Dengan Orang Yang Kita Cintai!

عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنِ السَّاعَةِ،
Daripada Anas radiallahu 'anhu, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam tentang hari kiamat.

فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ ‏"‏ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا ‏"‌‏.‏
Lelaki itu bertanya: Bilakah berlakunya hari kiamat? Baginda menjawab: Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?

قَالَ لاَ شَىْءَ إِلاَّ أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صلى الله عليه وسلم‏.‏
Lelaki itu menjawab: Aku tiada apa-apa persediaan melainkan aku mencintai Allah dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

فَقَالَ ‏"‏ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏"‌‏.‏
Baginda menjawab: Engkau akan bersama dengan sesiapa yang engkau cintai.

قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَىْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏"‌‏.‏
Anas berkata: Tidak pernah kami berasa gembira dengan sesuatu sebagaimana gembiranya kami dengan kata-kata baginda: Engkau akan bersama dengan sesiapa yang engkau cintai.

 قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ‏.

Anas berkata: Aku mencintai Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, Abu Bakar, dan Umar. Aku berharap agar aku dapat bersama mereka disebabkan cinta ku kepada mereka, walau amal aku tidak seperti mereka. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, no: 3688].

#alkahficenter‏

Kesan Buruk Maksiat Menurut Ibn Qayyim


[Kesan Buruk Maksiat]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:

- Terhalang dari mendapat ilmu.
- - Terhalang dari rezeki yang murah.
- Merasa jauh dari rahmat Allah.
- - Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
- Segala urusan menjadi sukar dan sulit.
- - Hati menjadi gelap.
- Terhalang dari melakukan ketaatan.
- - Boleh memendekkan umur seseorang.
- Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
- - Melemahkan rangsangan ketaatan.
- Merasa bangga dengan maksiat.
- - Mendapat penghinaan dari Allah SWT.
- Menganggap kecil maksiat yang dilakukan.
- - Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
- Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia.
- - Boleh melemahkan akal fikiran.
- Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
- - Boleh mengundang banyak laknat.
- Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
- - Melemahkan perjalanan hati kepada Allah SWT.
- Boleh menghilangkan banyak nikmat.
- - Boleh mengabaikan diri sendiri.
- Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berusaha membuang segala jahiliyah yang kita masih lakukan dan terus berusaha untuk mencapai redha Ilahi dalam apa jua perkara yang kita lakukan...
@IRijalOfficial

Kisah Terkenal Anak Penjual Susu Zaman Umar

[Anak Penjual Susu]

Anda mungkin pernah mendengar kisah Saidina Umar al-Khattab dgn seorg anak penjual susu. Seorg anak perempuan yg membantah dan menegur ibunya krn cuba mencampurkan air ke dlm susu. Kata²-nya mendiamkan bondanya.

Tahukah anda siapakah dari keturunan si anak ini merupakan seorang khalifah yg hebat?

Khalifah tersebut ialah Umar bin Abdul Aziz yg tersohor itu. Iaitu cucu kpd wanita tersebut, cicit kpd Saidina Umar al-Khattab.

Kisahnya begini. Pada satu malam Saidina Umar al-Khattab bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sbgimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin yg prihatin.

Pada ketika itu Umar telah mengistiharkan larangan mencampurkan air ke dlm susu krn ia merupakan satu jenis penipuan dlm jualan.

Akhirnya Umar duduk berehat dgn bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba² beliau terdengar dua beranak sdg berdialog:

Berkata seorg perempuan penjual susu kpd anak gadisnya, "Campurlah susu ini dgn air supaya kita peroleh keuntungan berganda hasil jualannya nanti !", katanya.

Serta-merta si anak memprotes : "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab?
"Umar tidak akan tahu", jwb ibunya spontan.

Dgn penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, "Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yg menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”.

Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dgn kata² anaknya.

Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu sambil memberikan arahan kpd pembantunya, "Tandalah rumah ini !".

Keesokan harinya ia segera memanggil Ashim, salah seorg anak lelakinya dan bertanya: "Mahukah kamu aku nikahkan dgn seseorg yg sgt baik agamanya?".

Tanpa fikir panjang lagi Ashim pun menjawab dgn penuh keyakinan, "Ya"

[Sirah wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz, karya Ibnu al-Jauzi]

Begitulah kisah seorg anak yg solehah telah memikat hati Amirul Mukminin utk dijadikan menantu.

Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yg bernama Laila.

Laila telah berkahwin dgn Abdul Aziz bin Marwan, seorg Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yg kelima seorg khalifah yg bertakwa, wara’ dan adil.

Namun persoalan yg bermain di fikiran ini ialah masih ada lagikah manusia seperti si anak penjual susu pada hari ini? Berapa ramaikah yg masih wujud ketakwaan seperti wanita tersebut....

@IRijalOfficial

Ubat Riya' Adalah Istiqomah, Bagaimana?

[Ubat Riya' Adalah Istiqomah]

Imam Hasan Al Bashri berkata: Ada seorang laki-laki yang berkata : ‘Demi Allah aku akan beribadah agar aku dipuji dan disebut-sebut kerananya’.

Maka tidaklah dia dilihat kecuali pasti dia sedang sibuk bersolat, dia adalah orang yang paling pertama masuk masjid dan yang paling terakhir keluar darinya. Dia pun melakukan hal tersebut sampai tujuh bulan lamanya.

Namun, dia tidak mendapat kemuliaan dan pujian dari manusia seperti yang diharapkan. Tidaklah dia melalui sekelompok orang kecuali mereka akan berkata: ‘lihatlah orang yang riya ini’. Dia pun menyedari hal ini dan berkata: tidaklah aku disebut-sebut kecuali hanya dengan sebutan kehinaan, ‘sungguh setelah hari ini aku akan melakukan amalan hanya kerana Allah’.

Dia pun tidak menambah amalan kecuali amalan yang dulu dia telah kerjakan. Setelah itu, apabila dia melalui sekelompok orang mereka berkata dengan sebutan yang baik: ‘semoga Allah merahmatinya sekarang’.

Kemudian Hasan al Bashri pun membaca ayat: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.” (Tafsir Ibnu Katsir)

Kisah ini menunjukkan bahawa cara merawat penyakit riya bukanlah dengan meninggalkan amalan. Bahkan terus melakukan amalan sambil memperbaiki niat dari masa ke semasa. Sesuatu amalan yang dilakukan dengan istiqamah walau pada asalnya tidak ikhlas namun berkat istiqamah tersebut boleh menukarkannya kepada ikhlas. Semoga Allah mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam setiap amalan.

@IRijalOfficial

Telefon Pintar Musibah Akhir Zaman?

[Musibah Akhir Zaman]

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim ketika membaca khutbah Juma’at beliau berkata:

"Adakah kita tidak melihat perubahan dlm hidup kini setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain²nya dlm kehidupan kita?

Hal ini merupakan Ghazwul fikri (perang pemikiran) yg menyerang akal, namun sgt syg kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yg lurus dan dari zikir kpd Allah Ta'ala.

Kita telah menjadi penyembah² dan penagih WhatsApp, Twitter, Facebook, youtube, Instagram & seangkatan dgn-nya.

Knp hati kita menjadi keras?
Itu akibat seringnya kita melihat video yg mengasyik dan melalaikan & juga kejadian² yg dishare di WhatsApp.

Byk perkara pelik² dan hiburan di sana sini yg melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yg tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Knp kita berpecah belah & kita putus tali persaudaraan?

Krn kini silaturrahim kita hanya melalui WhatsApp saja, se-akan² kita bertemu di alam maya shj setiap hari.

Namun, bukan begini tata cara bersilaturrahim dlm agama Islam. Kita bongkak dgn diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Knp kita sangat sering mengumpat, padahal kita tdk sedang duduk dgn seorg pun.

Itu krn saat kita mendptkan satu message yg berisi ghibah (umpatan) terhdp seseorg atau suatu kelompok, dgn cepat kita sebar ke group² lain.

Dgn begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sgg kita tdk sedar brp byk dosa yang kita dptkan dari hal itu setiap hari.

Syg sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.
Kita duduk bersama teman², HP ada di genggaman.

Suami-isteri tdk bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.Terlalu sibuk dgn handphone di tangan.

Berbicara dgn ayah & ibu yg wajib kita hormati, akan tetapi handphone ada di tangan pula.

Sdg memandu, HP juga di tangan.
Hinggakan anak² kita pun telah kehilangan kasih syg dari kita, krn kita telah berpaling dari mereka & lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorg yg memberi pembelaan pada teknologi ini. Krn skrg, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sgt kehilangannya.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Qur'an???

Adakah kita yg meng-ingkari hal ini?
Dan siapakah yg tdk mendptkan perubahan negatif dlm kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorg muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yg akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama² kembali kpd Allah, jgn sampai ada hal² yg menyibukkan kita dari tanggungjawab & agama kita.

Kita tdk tahu brpkah sisa² umur kita.

Semoga handphone yg kita miliki adlh wasilah (alat) utk kebaikan & bukan wasilah dlm keburukan...

@IRijalOfficial

Silap Faham Makna Rezeki?

[Makna Rezeki]

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dpt apa yg kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yg Tuhan beri.

Kita belajar ttg sirah mengenai Mariam (AS) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adlh rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Saidatina Aishah RA. Beliau berkahwin namun tk dpt anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa AS ke rumah Firaun sbgi anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yg memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh AS utk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah² seperti itu. Sungguh. Rezeki masing² tak sama. Semua ada jalan ceritanya yg tersendiri! Semuanya utk menceritakan kehebatan Allah dlm mengatur se-gala²-nya dgn indah.

Org yg ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjwb yg dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dpt dosa.

Yg tak bertemu jodoh, yg tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjwb dan risiko nk menjwb depan Allah SWT kelak di akhirat.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh ttg itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dpt apa kamu nk, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dpt apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah SWT ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dlm perbuatan-Nya. Entah² airmata redha yg kamu titiskan dlm mengharung kecewa itulah yg menghanyutkanmu ke syurga.

Jadi...

"Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yg Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya. Kalau sudah itu takdirmu, itulah yg sebaik-baiknya. Yakinlah.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

@IRijalOfficial

Bagaimana Keluar Dari Masalah Bisnes? WAJIB BACA!

BAGAIMANA KELUAR DARI
MASALAH BISNES? 😭😭😭
===

Jika anda buat bisnes...

tapi x jumpa jalan,
tapi x nampak tune,
Tapi suam2 kuku,
Tapi makin lama duit makin kurang,
Tapi makin hari makin tertekan,

Ini nasihat buat anda.Perkara sama berlaku dalam hidup saya dan ini yang saya lakukan.

1- TAUBAT-Taubat sungguh2. Ada dosa kita yang menyebabkan Dia uji kita. Dia tahu dengan keadaan sekarang kalau Dia bagi kita kaya,kita makin jauh dariNya.

Dalam sepotong ayat quran,Allah suruh kita beristighfar.Kerana dengannya,Dia akan bg rezeki melimpah ruah.

2- TALK TO ALLAH- Mengadu pada Allah ,minta jalan keluar.Keluarkan air mata. Setiap masa bercakap dengan Allah.Seperti anak bercakap dengan ayah.

3- EGO- Buang ego.Minta nasihat orang lama dlm niche sama.Minta pandangan ramai org lama.Jangan sorang je.

Hebat bagaimana pun kita, terkadang banyak yang kita terlepas pandang.Mungkin kita tahu,tapi kita terlupa.

4- LAW OF ATTRACTION- Cakap pada diri sendiri,kata2 posotif.Sentiasa happy.Banyak senyum.Kita akan tarik banyak kegembiraan dlm hidup

"aku boleh buat"
"senang je"
"sikit lg nak berjaya"

5- NIAT-Baiki niat. Ingat,apa yg kita buat adalah ibadah.

"Dan tidak Aku(Allah) ciptakan manusia dan jin kecuali utk beribadah kpd Ku"

Ini niat kita paling besar bekerja,berbisnes.Utk beribadah.

Dengan bisnes,dpt selesaikan masalah cust.Dapat tolong baiki tahap ekonomi ummah. Sbg fardhu kifayah.
.
.
Baca sampai habis & dapat sesuatu?
wow, anda org luar biasa.
Jadi komen, "DAPAT"

SHARE supaya rakan2 anda yang sedang DOWN dapat manfaat.Setiap share anda,Allah akan balas dengan pahala besar.Kerana bantu sebarkan kebaikan untuk ummah.

-Amiru

Hidup Dan Mati Kita, Kita Yang Corak kan?

Kita tak kan mampu kawal kesuluruhan persekitaran kita, tapi apa yang kita mampu kawal ialah diri kita.

Kita boleh kawal MINDSET kita,
Kita boleh kawal ENERGY kita,
Kita boleh kawal TINDAKAN kita.

Jangan biar dunia luar kita yang control diri kita,

malah buat keputusan untuk diri kita.

Hidup kita, kita yang corakkan.

Mati kita, kita yang corakkan.

Semuanya bermula dengan diri kita.

Kawan kita takkan bertanggungjawab pun dengan masa depan kita, apatah lagi di dalam kubur kita nanti.

Jom kuatkan inner dalaman diri kita sehingga persekitaran yang tidak baik tak best tak kan mampu menyebabkan kita goyah walau sedikit.

-Faiz

5 Perkara Penting Untuk Berjaya


semalam sembang dengan kawan2 yang sama2 berniaga.
Saya nak share 5 perkara penting apa kami sama2 belajar sesama kami adalah :-

1-DALAMAN- Dalam apa2 tindakan,Allah adalah no 1.
Sesuatu yang mustahil bagi kita, sangat mudah bagi Allah.
Jadi, kuatkan dalaman dengan bangun awal pagi,sedekah dhuha dan tahajjud.Ini asas peniaga berjaya yang ramai saya jumpa.

2-SIKAP-90% orang berjaya atas muka bumi ni mempunyai sikap dan disiplin yg tinggi.So untuk naikkan bisnes,ubah dulu sikap kita.

3-BELAJAR- Jangan berhenti belajar.Belajar bukan hanya dengan kelas.Kita boleh belajar dengan membaca.Banyak gila buku yang x mahal,tapi ilmu dalam tu bernilai jutaan ringgit.

4-SUPERMAN-Kita tak perlu tahu semua benda untuk jadi kaya raya.Cukup tahu asas,kemudian cari orang yg layak untuk siapkan. Saya tak pandai pun buat website.Tapi saya faham asas.Apa itu domain,apa itu hosting. Saya hanya cari pembuat website dan cari team marketing dan gabung kepakaran mereka.Maka terhasillah 1 projek yang bawa income.

5- KAWAN-Dengan siapa kita berkawan hari ini, akan menentukan siapa kita 5 tahun lagi. Tak yah pergi jauh la,tengok tahun depan apa jadi .Kalau tak ubah kawan tahun ni ,tahun depan still sama.

-Amiru

Kaki Novel Diangkat Sebagai Ulat Buku?

Dewasa ini, kaki novel diangkat sebagai ulat buku, penggemar buku, pencinta buku sehingga ramai yang tanpa segan silu menunjuk-nunjuk novel yang dibeli kepada umum.

Saudara dan saudari, hakikatnya, membaca novel adalah sama dengan menonton filem atau drama. Bezanya, filem ditonton dan novel dibaca. Ya, mungkin benar lebih baik membaca novel daripada menonton filem, tetapi bukan itu "budaya membaca" yang kita mahukan.

Tidak dinafikan manfaat daripada novel dan karya-karya sastera lain dari segi menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa selain memahami sosiobudaya masyarakat tertentu, tetapi yang dikesalkan hanyalah apabila buku yang sebenar iaitu buku yang membina pemikiran ummah yang cemerlang seperti buku-buku ilmiah dan kitab-kitab agama diketepikan.

Selain itu, novel yang diminati ramai berupa novel picisan atau popular lebih-lebih lagi novel-novel dari Barat - yang sebahagiannya berbaur lucah - mampu mempengaruhi minda dan sahsiah pembaca tanpa disedari.

Hati-hati.

-Izzat Kutawi

Big WHY Duit? Sandaran Yang Rapuh

Ada orang big WHY nya duit.

Ada orang big WHY bukan duit.

.

Saya lihat.  Saya perhati.

Mereka yang mempunyai BIG WHY yang tidak bersandarkan DUIT semata-mata,

Semangatnya jitu.
Tabahnya keras.
Perginya tanpa berhenti.

Jika pun berhenti,  cuma melepas lelah.
.

Duit itu sandaran yang rapuh.
The moment kita tidak dapat capai duit yang kita mahu,

Itu lah momen BIG WHY kita hilang jika kita lakukan bisnes semata-mata kerana DUIT.

-Reni Rahmat

Tips Supaya Senang Hijrah Dan Konsisten

[Tips Hijrah #1]

1. Hati kena kuat. Niat kena betul.

- Segala amal bermula daripada niat. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, nescaya hijrah itu takkan lama. Hijrah kerana Allah pasti 'automatik' hati jadi kuat. Biasalah tu, bila tahap awal berubah, dimaki dikutuk disisihkan, kita akan menggelabah. Tapi lama-kelamaan kita akan tenang. Sebab apa? Sebab kita buat kerana Allah.

2. Doa senjata orang mukmin.

- Dalam Al-quran, Allah ada sebut, berdoalah kepada-Ku, akan Ku perkenankan bagimu. Bukti Allah itu Maha Baik. Dia suruh kita berdoa dan meminta apa saja kepada-Nya. Bukti Allah itu Maha kaya, Maha Pemurah. Jadi banyak-banyak lah berdoa. Setakat ini tiada lagi masuk buletin utama, atau terpampang di dada-dada akhbar orang yang berdoa orang yang gagal dalam hidup.

3. Sahabat yang soleh.

- Bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh sahabat kita. Saya cakap bukan saja-saja main hentam. Tapi ini berdasarkan pengalaman sendiri. Contoh bila saya duduk pondok, saya terpengaruh sahabat sekeliling untuk selalu lafaz, Subhanallah! Masya Allah Tabarakallah! Allahu! Tapi bila saya duk lepak dengan kawan Uni, saya kadang terpengaruh dengan ucapan kurang manis seperti kuajaqqqqqqq!! Bo*oh. Etc.. Sebab apa yang telinga kita dengar, akan ada satu 'record' yang terus disampaikan naik ke saraf otak.

4. Tidak berkira atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

- Memang kita pun selalu sibuk dan ada limit masa. Student kena study, pekerja kena kerja, yang bisness kena meniaga. Tapi kalau selama 30 tahun tempoh hayat kita buat benda sama tang mana kita nak persembahkan kat Allah nanti ? Apa salahnya kita 'korbankan' masa untuk mengisi jiwa. Orang yang semangat nak hijrah selalunya sentiasa 'teruja' dengan setiap peluang. Excited nak cari majlis ilmu. Kita angan-angan nak ke syurga tapi taman-taman syurga kat dunia pun kita tak pandang. Ingatlah, majlis ilmu itu umpama taman-taman syurga, ada ramai malaikat mendoakan kita kat situ.

5. Cari suasana tarbiyah

- Kalau dulu suka simpan dan kumpul lagu korea, cuba tukar kepada zikrullah dan bacaan tilawah. Kalau dulu kat facebook, instagram, wechat, twitter asyik cakap pasal makan KFC, pastu update hari ini aku pi keyellll, hari ini aku pi Keyellll, bubuh gambar guna camera 360 berserta dengan caption " kita tak comey ", buka laman web yang asyik nak troll orang apa kata ubah perlahan-lahan. Lihat page Ulamak, Ustaz dan Ustazah yang boleh kita ikuti dakwah mereka, subsribe banyak-banyak, so home kita tidaklah penuh dengan benda-benda mengarut. Cari suasana tarbiyah ni bukan setakat di media sosial tapi juga di alam realiti.

@IRijalOfficial

Segera Buat Kebaikan (Taufik) Setelah Dapat Petunjuk (Hidayah)

✊ BERSEGERA DALAM KEBAIKAN SEBELUM HILANG KESEMPATAN

💬 Kholid bin Ma'dan  rahimahullah berkata,

"Apabila salah seorang diantara kalian telah membuka pintu kebaikan maka bersegeralah menuju kepadanya, kerana dia tidak tahu bila pintu itu akan ditutup untuknya."


📚 Siyar A'lamin Nubala: 4/540.

==========

‏قال خالد بن معدان رحمه الله :

إذا فتح أحدكم باب خير فليسرع إليه ، فإنه لا يدري متى يُغلق عنه

- سير أعلام النبلاء (٥٤٠/٤) -

Kadang² kita perasan orang sekeliling kita cuba tegur kita, cuba ajak kita pegi masjid, pegi usrah/halaqah dan sebagainya yang baik²... Untung kita kerana masih 'diajak' ke arah kebaikan... Usahalah untuk capai kebaikan yang diajak tersebut, sebab kita xtahu sampai satu tahap dia mungkin sudah tiada untuk mengajak kita atau dia mungkin sudah mengalah untuk mengajak kita, kerana kene ingat, yang mengajak itu pun manusia biasa yang mempunyai perasaan 😅

Maka usahalah untuk sahut kebaikan tersebut ! 💪

@IRijalOfficial

Bagaimana Cara Bangunkan Sikap Tawakal?

[Tawakkal ?]

🌷Hatim Al Ashim rahimahullah ditanya,

✅ "Di atas perkara apa engkau membangun sikap tawakkalmu?"

🌄 Beliau menjawab,

🛣 "Di atas empat perkara, yaitu:

1⃣ Aku mengetahui bahawasanya rezekiku tidak akan dimakan oleh orang lain, sehingga jiwaku menjadi tenang.

2⃣ Aku mengetahui bahwasanya amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Sehingga aku menyibukkan diri dengannya.

3⃣ Aku mengetahui bahwasanya kematian akan datang secara tiba-tiba. Sehingga akupun segera bersiap-siap untuk menghadapinya.

4⃣ Aku mengetahui bahwasanya aku tidak akan lepas dari pengawasan Allah 'azza wajalla. Sehingga akupun merasa malu kepada Allah 'azza wajalla.

@IRijalOfficial

Tips Menginsafi Sifat Al-Mujeeb

Tips Menginsafi Sifat Al-Mujeeb

1- Menjawab panggilan al-Mujeeb
• Allah sentiasa menanti permintaan kita. Maka mintalah apa sahaja.
2- Mengetahui adab meminta yang betul
• Sebelum meminta, mintalah pengampunan terlebih dahulu atas dosa yang dilakukan. Jangan tergesa-gesa meminta.
3- Bersangka baik
• Jika hajat seolah-olah tidak ditunaikan, bukan bererti tidak akan ditunaikan, tetapi belum ditunaikan atau ia ditangguhkan kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik hendak Allah berikan.
4- Membantu insan lain yang meminta
• Kita sepatutnya menjadi hamba yang memberi apabila diminta oleh insan lain yang berada dalam kesusahan. Jika kita sendiri berada di situasi 'yang meminta', kita tahu betapa sukarnya keadaan itu,dan betapa kita juga mendambakan pertolongan Allah. Maka bantulah insan lain yang meminta!
Andainya kita ingin meminta dengan manusia lain, mintalah terlebih dahulu dengan aI-Mujeeb. lnsya-Allah, permintaan itu akan mudah termakbul. Hakikatnya, manusia itu pun mengabulkan permintaan kita dengan pemberian aI-Mujeeb. Subhanallah!

@IRijalOfficial

Apa Istimewanya Taubat? 3 Hadiah Dari Allah

Istimewa Taubat

Sekalipun sudah melakukan dosa, jangan terus berputus asa dengan pengampunan Allah SWT. Kerana, Allah SWT memberikan 3 hadiah istimewa bagi mereka yang bertaubat.

1. Ketenangan Hati.
Taubat akan menenangkan hati. Kerana dosa menjadi penyebab kerungsingan dan kesempitan jiwa.

2. Dosa Berganti Pahala.
Bukan sahaja hati tenang, tetapi segala dosa yang dilakukan akan berganti menjadi pahala.

"Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kejahatan mereka digantikan oleh Allah dengan kebajikan." (Surah al-Furqan : 70)

3. Digandakan Rezeki.
Semakin banyak bertaubat, semakin bertambah rezeki dan keberkatan hidup.

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu. Dan Dia akan memperbanyakkan harta, anak-anak dan mengadakan kebun-kebun bagimu." (Surah Nuh 10-12)

@IRijalOfficial

Apa Ciri-Ciri Zaman Fitnah?

Ciri² Zaman Fitnah

• Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
• • Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada di antaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang.
• Ibadah sangat lemah. Shalat, puasa dan membaca Al-Qur’an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan diamalkan sama sekali.
• • Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.
• Orang kaya sangat kikir sedangkan orang miskin tidak sabar dan hasad dengki.
• • Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan mewabak dalam hati umat Islam.
• Kemungkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.
Beruntunglah mereka yang terasing (baca : https://t.me/IRijalOfficial/1652 ) dari perkara² diatas dan masih berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar...

Ciri² Zaman Fitnah #2

• Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci sesama umat Islam.
• Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga maruah dan kehormatan diri.
• Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan: politik, ekonomi, pendidikan, pengobatan, pertanian dan lain-lain sehingga umat Islam terpaksa bergantung pada sistem kufur.
• Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.
• Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti homoseks, lesbian, dan lain-lain.

Beruntunglah mereka yang terasing (baca : https://t.me/IRijalOfficial/1652 ) dari perkara² diatas dan masih berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar...

@IRijalOfficial

Iman Hancur Kerana Sikap Kita? Jom Baca Sebab Iman Berkurang

Iman Yang Hancur

💔 Tidak ada yang menghancurkan iman kita, kecuali kerana sikap kita sendiri.

⬇ Iman akan mula berkurang dan menghilang ketika kita melakukan lima perkara ini,

🌪 1. Meninggalkan Al Quran
🌪 2. Menunda-nunda solat
🌪 3. Menjauhkan diri dari majlis ilmu
🌪 4. Berlepas diri dari sahabat-sahabat yang soleh
🌪 5. Tidak lagi melakukan amal kebaikan.

⚡Jika kita merasa iman kita menurun, maka pastilah kerana kemalasan diri kita sendiri dan sikap ego kita dengan Tuhan. Sehingga lima perkara di atas tanpa sedar mula kita lakukan.

🤦🏻‍♂ Jangan salahkan orang lain. Tak perlu salahkan syaitan. Memang sudah tugasnya mengganggu manusia. Tapi salahkan diri kita yang malas dan tidak mahu mendengar nasihat kebaikan serta berusaha memperbaiki diri kearah kebaikan.

😔 Semoga kita semua punya iman yg terjaga dan terus meningkat. Aamin

@IRijalOfficial

Sekarang Zaman Keluarga Lalai Dengan Duniawi?

[Keluarga yang Tenggelam dalam Duniawi]

Hari ini ramai lelaki tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, ada suami tidak mengajar isteri dan anak memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah² di seluruh dunia:

1) Suasana Pawagam
TV dan Audio yang besar²... karaoke², video² games... Anak² dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV... Menangis bila tengok drama²... Ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak² terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas²...

2) Suasana Hotel
Rumah yang dihias mewah² seperti Hotel, berhawa dingin, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam² mewah, bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah...

3) Suasana Restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran... Mewah, setiap saat dalam kekenyangan, fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja, fikir untuk penuhkan perut dan peti ais penuh dengan makanan, aiskrim sehingga pembaziran berlaku dengan begitu banyak..

Kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah berubah.

Tidaklah salah untuk meraih keselesaan, Islam juga amat menggalakkannya... Tetapi, menjadi salah jika keselesaan yang dikecapi tidak disertai dengan perasaan untuk meraih kasih dan rahmat Ilahi, malah menjadi lebih jauh dan terus jauh daripadaNya, Nauzubillah...

Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW dan Sahabat² di Madinah tidak wujud lagi iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.

Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadisdi rumah. 

Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH SWT dan suasana Ilmu di rumah.

Hidupkan suasana zikir dan solat² sunat di rumah..

Rumah yang penuh dengan Nur al-Quran-Hadis, ALLAH SWT akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah, seterusnya keluarga akan hidup bahagia... In Shaa Allah...

Lahirkan anak2  Alim-Alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam serta seimbang pengetahuan dunia-akhirat namun amalan ke akhirat mengjangkau amalan dunia, kerana mengejar Akhirat, dunia akan follow... Hanya mengejar dunia akan menyebabkan akhirat tertinggal jauh dari hati... Nauzubillah...

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah² kita. Hari ini anak² kita kurang pandai, susah dengar cakap, degil, suka melawan... Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri kerana membiarkan hati anak² gelap sebab tak ditanamkan dengan cahaya Islam yang sebenar... Dibiarkan mereka terus tenggelam dalam duniawi sehingga mereka tidak lagi solat di masjid, membaca al-quran, mendengar hadis apatah lagi menghayati nilai² yang diajar Islam... Tetapi mereka pakar dalam TikTok, hebat dalam PUBG, mengidolakan oppa² kpop atau brother² barat dan banyak lagi perkara yang tidak dapat dikatakan dahsyatnya ujian di akhir zaman ini akibat kurangnya 'concern' oleh ibubapa itu sendiri...

Semoga kita semua  berazam untuk berusaha kembalikan semula Islam yang sebenar dalam keluarga yang seterusnya akan melahirkan generasi Muslim yang berjaya dan sentiasa 'celik'...

@IRijalOfficial

Apa Tanda Dapat Hidayah?

[Tanda Mendapat Hidayah]

Tiga ciri menurut Imam Ghazali, tanda orang mendapat hidayah Allah :

1. Senang beribadah. Walau sibuk macam mana pun kita masih sempat dan mengutamakan ibadah, contoh solat seawal waktu.
2. Payah melakukan kejahatan. Kalau ada niat hendak melakukan kejahatan, ada sahaja halangan.
3. Sibuk dengan keaiban diri. Maknanya sibuk periksa diri dari segi amalan dengan Allah SWT dan perbuatan dengan sesama manusia, hingga tiada masa hendak melihat keaiban orang.
Jom audit diri, adakah kita memiliki ciri-ciri tersebut?

Adakah sudah cukup usaha kita untuk mendapatkan hidayah² dariNya? Atau masih lena dibuai dengan keindahan duniawi yang sementera?

@IRijalOfficial

Kisah Benar Pemuda Masuk Syurga Dgn Amalan Ni Je?

[Kisah Pemuda Confirm Syurga]

Suatu hari, ketika Rasulullah ‎ﷺ bersama para Sahabatnya berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, tiba² Rasulullah ‎ﷺ bersabda :

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Tidak lama kemudian datang seorang pemuda yang muka dan tangannya basah berwudhu, sambil sebelah tangan yang lagi satu memegang sandal. Penampilannya sangat sederhana. Tiada apa yang terlihat istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah ﷺ bersama beberapa sahabatnya sedang duduk di tempat yang sama, sekali lagi Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

"Sebentar lagi akan datang seorang pemuda Ahli Syurga."

Sebentar kemudian, pemuda yang sama pun sampai. Dengan berpenampilan yang sama. Salah seorang Sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal RA. Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan sebagai Ahli Syurga.

Lalu dia mencari jalan untuk dapat tidur di rumah lelaki itu dengan memberi berbagai alasan. Pemuda itu membenarkan Muaz RA tidur di rumahnya.

Malam itu, ketika Muaz RA bangun untuk bertahajjud, dia mendapati pemuda itu masih lagi nyenyak tidur sehingga ke Subuh.

Apabila Subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka membaca Al-Qur'an, tetapi ternyata yang pemuda tadi membacanya dalam keadaan ter-sangkut², dan masih lagi me-rangkak² untuk lancar membacanya. Tidak seperti Muaz RA yang fasih dan lancar sebutannya.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz RA sudah kelihatan bersedia untuk solat sunat Dhuha. Tetapi anehnya lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yang sama Muaz RA berpuasa sunat, tetapi lelaki itu tidak.

Muaz RA pun menceritakan perihal sabda Rasulullah ‎ﷺ ke atas lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah ‎ﷺ mengatakan dia Ahli Syurga. Lalu pemuda itu berkata :

"Amalan aku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al-Qur'an. Aku masih tidak mampu bangun tahajjud tengah malam. Aku juga tidak mampu lagi solat Dhuha. Apatah lagi berpuasa sunat."

"Tetapi… Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yang baru aku pelajari iaitu :
(1) Aku sangat cuba tidak menyakitkan hati orang lain. Sama ada kaum keluargaku sendiri, jiran²ku, sahabat²ku, mahu pun orang yang tidak aku kenal."

Muaz RA berkata : "Subhanallah. Lagi ?"

(2) Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan memaafkan semua orang yang membuat salah kepadaku."

Muaz RA berkata : "Subhanallah. lagi ?"

(3) Aku cuba menjaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yang mampu aku lakukan.


Semoga kisah ini menjadi iktibar buat diri dan semua... Istiqomah itu penting, kuantiti tidak melambangkan apa² jika kualiti masih di tahap yg menyedihkan... Kualiti yang bernas? Buat sesuatu hanya kerana Allah SWT, berharap hanya kepada Allah SWT, dan cuba sehabis baik berusaha untuk istiqomah... In Shaa Allah 💪

@IRijalOfficial

Apa Tips Mudah Bangun Tahajud?

[Tips Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud]

1. Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah meminta pertolongan kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur.
Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat² bangun.


2. Biasakan tidur siang, 30 minit sebelum Zuhur atau tidur selepas solat zuhur.
Sabda Rasulullah SAW “Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailullah ? Qailullah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailullah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailullah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.


3. Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud.
Se-lewat²-nya jam 11.30 malam dah bersiap untuk tidur, lagi awal lagi bagus kalau tiada perkara yg memerlukan kita untuk tidur lebih lewat,  maka xperlu buang masa, terus tidur!


4. Jika anda di universiti/kolej/asrama, dampingilah mereka² yg alim/nampak acah soleh tu, cuba ajak mereka bertahajjud bersama supaya sama² berjuang berusaha bangun... Kalau dapat tahu mereka² yg memang kaki tahajjud, jangan lepaskan mereka, pegang kuat² tali persahabatan dengan mereka dan cuba minta bantuan mereka untuk mengejutkan kita sekali ❤️.

5. Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya. In Shaa Allah sangat berkesan...

6. Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.

7. Sambil² berusaha untuk bangun tahajjud, pada siang harinya sambil² juga berusahalah untuk meninggalkan dosa²/maksiat², jika sering mengumpat, berhentilah, jika membuka aurat, tutuplah, jika sering melambatkan waktu, maka bermulalah solat diawal waktu... In Shaa Allah akan lebih² dipermudahkan oleh Allah SWT... Cuba kerapkan juga beristighfar masa² free, masa drive otw kelas/tempat kerja, masa memasak ke, atau bila²...
Semoga tips ni berkesan dan membantu, kerana ia sangat berkesan buat diri saya dan sahabat saya yg lain... In Shaa Allah, semoga mujahadah kita semua diterima olehNya... 💪 Jangan pernah give up!

@IRijalOfficial

Monday 8 April 2019

Boleh Witir Boleh Hanya Satu Rakaat?

Solat Witir boleh dikerjakan hanya dengan satu rakaat

Witir bermaksud ganjil, ianya dilakukan selepas solat isyak dan sebelum terbit fajar. Hukum solat witir di sisi jumhur ialah sunat, manakala sebahagian fuqaha pula menganggapnya sebagai wajib. 

Solat witir itu boleh dikerjakan dengan jumlah satu rakaat, namun menurut mazhab Syafie ianya makruh. (Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji) 

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Mulaikah (wafat 171 H) daripada hadith Ibn Abbas RA (wafat 68 H) bahawa sahabat nabi yang bernama Muawiyah RA (wafat 60 H)  pernah solat witir hanya dengan satu rakaat. [HR Al-Bukhari] 

Selain daripada Muawiyah RA, ramai lagi sahabat nabi berpendapat ianya boleh dilakukan walau dengan hanya satu rakaat seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Baghawi (wafat 516 H) dalam Syarh al-Sunnah.


- Ustaz Emran Ahmad

Bumi Mana Yang Tak Ditimpa Hujan

Bumi mana yang tak ditimpa hujan

Dalam hidup ini tidak perlu banyak berteori dan berfalsafah. Cukup tahu apa yang kita perlu tahu dan buat apa yang kita perlu buat.

Umur kita terhad, isikan hidup dengan perkara yang bermanfaat.

Kebahagian adalah berada antara syukur dan sabar, redha dan beriman kepada segala apa yang datang daripada Allah.

Berkata seorang ulama salaf;

ليس أحد إلا وهو يفرح ويحزن، ولكن اجعلوا الفرح شكرا والحزن صبرا

`Tidaklah ada seorang pun melainkan dia pasti akan merasai gembira dan dukacita. Tetapi jadikanlah kegembiraan itu sebagai penyebab kesyukuran dan kesedihan itu dihadapi dengan kesabaran..'

-Ustaz Emran Ahmad