Wednesday 9 October 2019

Jangan Sangka Buruk! Kenapa?

Jangan sangka buruk. 

Kalau orang ditimpa kesusahan hidup, kita menuduhnya pemalas. Padahal dia telah berusaha bersungguh-sungguh, cuma rezekinya setakat itu sahaja. Jangan kata begitu. 

Kalau suami balik ke rumah, rumah pula tidak bersapu, dapurnya kotor, jangan pula menuduh isteri hanya goyang kaki di rumah. Boleh jadi dia sudah kepenatan menguruskan anak-anak. Suamilah yang harus membantu. Jangan kata begitu. 

Kalau kita rajin ke masjid, setiap hari mampu menunaikan solat berjemaah di masjid, jangan menuduh orang yang tidak ke masjid itu tiada hidayah, mungkin dia punya urusan yang lebih utama. Jangan kata begitu. 

Kalau orang lain belajar tidak setinggi kita, hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. Jangan sesekali membodohkan orang, mungkin Allah SWT memberi kemampuan setakat itu sahaja untuknya. Jangan kata begitu. 

Kalau orang tidak memiliki zuriat, jangan kita memandulkan dia, Allah Maha Tahu tentang urusan hamba-hambaNya. Boleh jadi mereka yang memiliki zuriat itulah ujian yang telah membawanya ke neraka. 

Jangan sangka buruk pada orang. Kita tak tahu bagaimana pengakhiran perjalanan hidup kita nanti. Tahu kadar diri kita. 

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita


Kredit #Amir Fathy 

Masa Modal Paling Bernilai Untuk Bertemu Allah

Masa Modal Paling Bernilai Untuk Bertemu Allah

Bila berbicara soal menjaga masa, aku pasti akan ingat pesanan Maulana Asri Yusoff hafizahullah ( MMAY ), entah kenapa hati terlalu dekat dengan nasihat-nasihat beliau, katanya : 

Masa adalah modal kita di dunia ini. Itu sajalah modal yang kita ada untuk melakukan apapun di dunia ini. Kerana jika sudah tiada lagi masa atau sudah kesuntukan masa, maka banyak perkara dalam hidup ini tidak dapat dilakukan. Hatta amal kebaikan yang mahu dibawa bertemu Allah SWT pun tidak dapat disempurnakan “ 

Masa yang paling berharga bagi seorang mukmin adalah apabila dia mampu menjaga masanya dengan sujud kepada Allah SWT. Menjaga masanya untuk solat dan mengadap Tuhan Semesta Alam ini. “ 

Kerana itulah, mereka yang mampu menjaga solatnya, bererti dia telah menggunakan masanya dengan baik. Dan apabila masanya untuk solat dijaga, maka perkara-perkara lain akan lebih terjaga. Kerana dia tahu erti bersyukur yang sebenar “

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita


Kredit : #Amir Fathy 

Sunday 6 October 2019

Dalam Hidup Ini, Ingatlah Jalan Pulang!


Dalam Hidup Ini, Ingatlah Jalan Pulang 

1. Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang. Dalam permusafiran pasti akan kita tempuhi jalan yang penuh onak dan duri serta dipenuhi kaca dijalanan. Adakalanya kita terluka dan cedera, akan tetapi itu bukan tanda tuhan murka, ia kafarah penyucian dosa oleh tuhan terhadap hamba.

2. Setelah  kita terpijak kaca, kita akan lebih berhati-hati agar tidak lagi terpijak dan tercedera pada tempat yang sama. Demikian lah insan yang sentiasa belajar dan belajar tiap detik dan masa tanpa mengenal usia.

3. Dalam kehidupan ini jangan terlalu banyak makan hati. Ada insan yang disebabkan perkara remeh dan kecil, menyebabkan mood sehariannya berubah menjadi buruk. Jiwa pejuang perlu kental, tidak mudah rapuh dan terasa hanya kerana perkara biasa.

4. Ada manusia yang orang tidak respon postnya di group WhatsApp, merajuk membawa diri. Ada insan apabila rakannya tidak 'like" status Facebooknya, terus overthinking:
"Kenapa si fulan tak nak kawan aku lagi"
Jiwa pendekar bukanlah jiwa yang lemah.

5. Adakalanya manusia menentang dan berlawan dengan jiwanya sendiri. Sesekali terdetik dalam jiwa insan:
'sampai bila aku harus begini, bangun pagi pergi kerja, bangun pagi pergi kelas belajar'

6. Bersabarlah, hakikatnya hidup ini sebuah perjalanan yang akan kita temui jalan pulang dan pengakhiran. Setiap pekerjaan yang kita lakukan ada pahalanya di sisi tuhan. Rasulullah pernah menyebutkan أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِى أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ antara pahala yang besar adalah kita memberikan nafkah atau membantu keluarga. Setiap kali kita bekerja, biarpun perit, ada ganjaran di sisi Allah.

7. Semua insan ada peranan masing-masing, si isteri menguruskan rumah, anak belajar dan mencari nafkah untuk keluarga. Kesemua apa yang manusia lakukan ini, akan ada ganjarannya di sisi Allah ketika kita di kembalikan pada hari kebangkitan di alam sana. Bersabarlah.

Kredit : #Ustaz Amir Farhan

Sunday 18 August 2019

Doa Apa Nabi Ajar Bila Banyak Hutang?

Doa Apa Nabi Ajar Bila Banyak Hutang?

Banyak hutang?

Apa doa yang Nabi s.a.w ajarkan kita?

Koleksi Hadis #Sahih

Doa bayar hutang umpama memiliki hutang sebesar Gunung Shir.

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”

Riwayat al-Tirmizi, no. 3563,
Status Hadis: Hasan Sahih.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

-Ustaz Ahmad Hasyimi

4 Perkara Nabi Ajar Minta Tiap Kali Solat

4 Perkara Nabi Ajar Minta Tiap Kali Solat

4 perkara!

Dalam hadith riwayat al-Bukhari ada 4 perkara yang Nabi ajar dan suruh kita minta perlindungan kepada Allah setiap kali solat.

1. Azab neraka jahannam.
2. Azab kubur.
3. Fitnah kehidupan & kematian.
4. Fitnah Dajjal.

Semua ini Nabi sendiri amalkan selepas selesai membaca tasyahud, sebelum beri salam.

Bila Nabi amalkan dan Nabi pesan supaya kita buat, ia petunjuk bahawa perkara itu amat penting dan perlu diambil perhatian. Berikut doanya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ

Mari kita cuba amalkan, moga kita selamat daripada keempat-empat bencana itu.

Hafal, cetak dan tampal di dalam rumah. Ajarkan anak anak, isteri dan suami kita.
Wajibkan mereka menghafalnya.

Sekali lagi! Nabi s.a.w memohon doa perlindungan ini pada salah satu waktu mustajabnya doa iaitu selepas tasyahud akhir sebelum memberi salam.

Jika Nabi sendiri memohon perlindungan dari 4 perkara diatas, apatah lagi kita?

Belum pernah? Jom mulakan.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.

-Ustaz Ahmad Hasyimi

Keluar Darah Jerawat, Dikira Najis Batal Solat?

Keluar Darah Jerawat, Dikira Najis Batal Solat?

1. Sekiranya jerawat yang ada keluar darah nya yakni pecah, adakah dikira najis dan membatalkan solat? Di dalam mazhab syafie ada perbahasan berkenaan perkara ini.

2. Ada ulamak syafieyah yang membezakan antara jerawat itu pecah sendiri ataupun ia dipicit. Ada juga ulamak syafieyah yang membezakan antara darah jerawat yang keluar banyak ataupun sedikit.

3. Ulamak mazhab syafie iaitu Imam Mahali ketika mensyarahkan matan Minhaj oleh Imam Nawawi, Imam Mahali berkata dalam Kanzul Raghibin:

دم البثرات بفتح المثلثة جمع بثرة بسكونها وهي خراج صغير كالبراغيث إي كدمها فيعفى عن قليله فقط على تصحيح المحرر سواء أخراج بنفسها ام عصره

"Darah jerawat iaitu yang merupakan bisul kecil hukumnya sama seperti darah kutu. Ia di maafkan jika dengan kadar yang sedikit seperti yang ditashihkan dalam muharrar. Sama ada darah itu keluar sendiri ataupun dengan dipicit"

Maksud ibarat ini adalah hukum darah jerawat ini merupakan najis yang di maafkan yang bererti ia tidak mencacatkan solat atau wuduk kita ketika sedang melakukan solat. Sah solat kita.

4. Ada juga pandangan mengatakan وقيل ان عصره فلا jika sengaja dipicit jerawat itu maka tidak di maafkan. Walaubagaimanapun, Imam Mahali menukilkan pandangan Imam Nawawi yang mengatakan ia di maafkan jika dipicit jerawat itu ataupun keluar sendiri.

Imam Mahali berkata:

وصحح في أصل الروضة العفو عن كثير وعن المعصور

"Imam Nawawi mengsahihkan dalam Raudhah di maafkan pada kadar darah yang keluar banyak ataupun dipicit"

(Imam Jalaludin Mahali, Kitab Kanzul Raghibin Syarah Minhaj Imam Nawawi)

5. Kesimpulannya, ia termasuk dalam najis yang di maafkan dan tidak mencacatkan solat kita menurut Imam Nawawi walaupun jerawat itu dipicit atau sebaliknya.

Tambahan:

- Untuk lebih selamat, sekiranya kita sengaja picit jerawat dan darah keluar banyak sehingga meleleh, maka solat batal seperti dalam dalam kitab tuhfah al-Muhtaj. Jika sengaja picit kemudian keluar sedikit tidak mengapa dan teruskan solat.

- Berapakah kadar banyak atau sedikit pula ulamak berbeza pandangan dalam menentukannya.

- Kebiasaan darah jerawat tidak banyak.

P/s: Esok insyaallah kuliah subuh Kitab Bulughul Maram. Ini tulisan pertama tentang fiqh setelah dihack. Tulisan di fb lama tak dapat diselamatkan.

-Ustaz Amir Farhan

Kata-Kata Magis Tentang Buku

KATA-KATA MAGIS TENTANG BUKU

1. Henry Ward Beecher: Buku ialah jendela sukma dan kita melihat dunia luar melalui jendela itu. Rumah tanpa buku bagaikan ruangan tanpa jendela.

2. Rene Descartes: Membaca buku adalah baik seperti bercakap-cakap dengan orang yang hebat beberapa abad.

3. Sydney Smith: Tidak ada perhiasan rumah seindah buku.

4. Aldours Huxley: Sekiranya hendak belajar tentang manusia, baca sebanyak mungkin buku.

5. Harry Golden: Para diktator itu takut pada buku seperti mereka takut pada meriam.

6. Taufiq Ismail: Buku yang paling hebat di dunia merupakan buku yang mukadimahnya ialah iqra.

7. Voltaire: Orang yang memegang kekuasaan tidak ada waktu untuk membaca buku, orang yang tidak membaca buku, tidak layak memegang kekuasaan.

8. Vincent Strarret: Kalau ada wang sedikit, saya membeli buku. Kalau ada sisanya, baru saya membeli makanan dan pakaian.

9. Franois Mitterand: Seseorang akan kehilangan hubungan dengan kenyataan ketika tidak dikelilingi buku. Saya tidak boleh hidup tanpa buku.

10. Oliver Wendel: Buku harus menjadi kapak yang memecahkan lautan beku dalam diri kita.

11. Jasni Matlani: Buku yang baik bukan sahaja menguasai minda, tetapi menguasai dunia.

12. Jasni Matlani: Biar saya jadi orang miskin, tinggal di rumah buruk tetapi kaya buku daripada menjadi seorang raja yang kaya tetapi miskin buku.

13. Jasni Matlani: Ramai orang yang memerlukan buku seperti mereka memerlukan oksigen. Ramai juga yang mati, kerana ketiadaan oksigen itu.

Petikan kata-kata ini dipetik daripada buku Angin Perubahan: Memperkasakan Sastera Melayu di Sabah, Jasni Matlani, DBP 2019.


#MalaysiaMembaca #CatatanBibliofil

-Helmi Ahmad

Allah Mengampunkan Dosa Setiap Malam

Allah mengampunkan dosa setiap malam

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA (wafat 57 H), bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر يقول: من يدعوني فأستجيب له؟ من يسألني فأعطيه؟ من يستغفرني فأغفر له

“Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia saat tersisa sepertiga malam terakhir. Dia berfirman, “Sesiapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku akan
mengabulkannya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya. Sesiapa yang memohon ampunan kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya.”

[HR Al-Bukhari dan Muslim]

📜Waktu 1/3 malam yang akhir sebelum subuh ialah merupakan harapan bagi setiap hamba yang berhajat dan peluang bagi pendosa yang ingin bertaubat!

-Ustaz Emran Ahmad

Kesungguhan Para Salaf Menuntut Ilmu

Kesungguhan Para Salaf Menuntut Ilmu

Perihal kesungguhan para salaf menuntut ilmu tidak dapat dinafikan memang tersangatlah jauh dari kita penuntut ilmu di zaman ini. Sangatlah jauh.

Namun kita ini hanya mampu berdoa dan bersangka baik, moga-moga Allah SWT menerima kita sebagai penuntut ilmu yang sejati. Ameen.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menceritakan didalam karyanya قيمة الزمن عند العلماء :

Al-Allamah Abu al-Ma’aliy al-Alusiy al-Baghdadi r.h, meninggal dunia tahun 1342 H, seorang yang sangat menjaga waktunya. Beliau tidak akan meninggalkan kelas pengajiannya walau dibakar oleh kepanasan musim panas mahupun kesejukan musim sejuk.

Anak muridnya Al-Allamah Bahjah al-Athariy menceritakan perihal gurunya itu :

“ Dulu aku pernah ponteng kelas pengajian guruku kerana cuaca yang sangat getir, anginnya kencang, hujannya sangat lebat serta jalan pula berselut. Aku menyangka guruku itu tidak hadir kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Rupanya pada keesokan hari, guruku menyindir. Katanya :

" Tidak ada kebaikan bagi orang yang dilenakan oleh musim panas dan musim sejuk “

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

-Amir Fathy

Skrip Sama, Teknik Sama, Guru Sama, Kenapa Hasil Berbeza?

Skrip Sama, Teknik Sama, Guru Sama, Kenapa Hasil Berbeza?

Skrip yg sama, teknik yg sama, guru yg sama, tapi tak semua dapat hasil yg sama

Ada banyak sebab

Sifu2 sahabat2 alumni Profit Team boleh bantu sy lengkapkan sebab jadi mcm ni;

1. Vibration tak sama
2. 2. Keberkatan tak sama
3. 3. Keyakinan tak sama
4. 4. Vision/Mission tak sama
5. 5. Product Knowledge
6. 6. Passion
7. 7. Mindset.
8. 8. Skill.
9. 9. Leadership.
10. 10.LOVE
11. 11. Check hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia
12. ....
13.

1. buat zero mind proses skmo2 pah bayangkn gapo kito nok..bygkan sguh2 gapo kito nok(big why)..buat dlm keadaan plg rilek..buat secara istiqomah

2. bykkan bersedekah terutama pd org sekeliling dulu kemudian baru org2 jauh..amalan jgn tinggal..

3. tgk org2 di sekeliling kita sdh berjaya tp kenapa kita masih lg x yakin?

4. diri kita sendiri yg menentukan apa misi dan visi kita..dan sejauh mana usaha dan tanggungjawab kita utk capai ke arah itu..

5. belajar balik..usaha kita sendiri

6. tahu apa itu passion? passion sgt penting sb menunjukkan keghairahan kita utk mengejar matlamat kita..

7. hampir dgn vibration..kena buat space repetation skmo..

8. latihan untuk diri sendiri

9. bkn semua org ada..tapi leadership boleh dilatih..cuma kita kena berani menonjolkan diri kita dpn khalayak ramai..

10 dan

11. Check balik diri kita adakah kita disayangi oleh orang di sekeliling kita? atau org di sekeliling kita mengutuk kita dari blkg..kalau ada yg mengutuk kita dari blkg mmg susah kita nk grow lebih bsr..

plg penting adalah hubungan dgn Allah..sentiasa berdoa dan bertaubat pd Allah kerana Dia yang memberikan kita rezeki..

pesanan untuk awk semua dan diri saya sendiri😊

wallahualam

Sumber: Penulis Asal

5 Formula untuk TOP SALES

5 Formula untuk TOP SALES
Yang di share oleh En Khairul👍

1. Mental fitness kuat- Bina confident yg sgt perlu tinggi. Prasangka. Allah bersama dgn sangkaannya.

Contoh:- Terdetik dlm mind, produk kita mahal.
automatik org yg berurusan dgn kita pn akan kata mahal.

BAK KATA SIFU AZMAN AZIZ IT'S VIBRATION.

TIADA ISTILAH TAK NAK. YANG ADA BELUM BERSEDIA UNTUK MEMBELI. DAN BESOK AKAN BELI.

2. Bekerja atau closing atas sebab diri dia. Dlam minda kita terdetik, untuk MENGKAYAKAN AKU SENDIRI. Bukan mengkayakan company atau bos kita.

3. Meletakkan company dia bekerja adalah company dia sendiri. Tanam dlm minda. PRODUK SY, AKAUN SY DLL. INI BISNES SY SENDIRI.

4. Meletakkan diri dia sebagai BOSS dlm diri dia.

Peranan bos, boleh mengubah sesuatu apabila sesuatu yg tak kena. Kalau sales slow, kita bertanggungjwb untuk ubah sesuatu supaya sales naik. Bertanggujawab terhadap 100% result yg dikeluarkan.

Kesalahan apabila memjadi diri kita kuli. Ubah diri as a boss.

5. Feel success before success. The law of attraction.

5 Elemen ni semua ada pada top sales. Skrip yg sama, lead yg sama,ayat follow up SAMA,
cuma result yg berbeza.

Teknikal hanya menyumbang pada 10%-20% shj.

SHARING MCM MANA NK SETTLE ISU BLUETICK?
1. Ketika closing, minda PROSPEK mengalami BETA. Titik fokus dia byk. sebb dia tgh fokus byk. suasana sekeliling.

Nabi keluarkan formula pd kita apabila kita marah, ambil wudhuk.

2 perkara besar kt situ. MARAH & WUDHUK.

Marah titik fokus kita byk.
Wudhuk satu fokus.

CONTOH isu bluetick.
Bila kita lps closing harga, kita kena LARI TAJUK. Jgn sentuh hal produk atau masalah dia.

#SharingIsCaring

Apa Faktor Orang Melayu Anuti Fahaman Syiah?

Apa Faktor Orang Melayu Anuti Fahaman Syiah?

Antara faktor penyebab mengapa ada orang-orang Melayu yang menganuti fahaman Syiah ialah:

1) Kurang kefahaman dan kesedaran tentang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Salafussoleh.

- Walaupun kefahaman tentang Islam yang sebenar belum mantap lagi dalam diri tetapi mereka dah mula mengkaji tentang fahaman lain yang diluar dari mazhab Ahli Sunnah. Hal itu menyebabkan mereka terpengaruh dengan ajaran Syiah ini. Admin sendiri pernah dimaklumkan oleh seorang syiah bahawa sebelum mengikuti Syiah mereka seorang yang malas bersolat dan leka dengan hal keduniaan tetapi setelah mendalami ajaran "ahlul bait" (baca: Syiah Sesat), kini mereka rajin menunaikan solat dan mendalami ajaran Islam (baca: Syiah Sesat).

2) Tawaran-tawaran yang menyeronokkan dan memudahkan dalam ajaran Syiah menyebabkan orang Melayu tertarik.

- Adanya Nikah Mutaah (kahwin kontrak) dalam ajaran Syiah yang mana menyebabkan orang lelaki dan perempuan boleh melakukan seks tanpa perlu bernikah dalam tempoh yang lama, telah menarik minat orang Melayu Islam lebih-lebih lagi golongan belia. Selain itu orang Melayu yang jahil juga tertarik dengan ajaran Syiah yang mengharuskan untuk menjamakkan solat setiap hari walaupun tanpa dalam keadaan Musafir atau hujan lebat.

3) Terpengaruh dengan revolusi Iran

Pada tahun 1979, Iran mengalami rovolusi dengan penukaran sistem monarki kepada republik Islam (baca: Republik Syiah). Orang-orang Melayu sekitar 80-an merasa kagum dengan revolusi tersebut dan menyangka ianya adalah satu revolusi Islam. Akhirnya mereka menghantar anak-anak untuk mengaji di Iran, maka jadilah pelajar-pelajar Melayu di sana bermazhabkan Syiah.

Apa yang admin ingin simpulkan ialah kejahilan masyarakat tentang Syiah dan manhaj Ahlussunnah wal jamaah yang menyebabkan adanya orang Melayu yang mengikuti fahaman Syiah ini. Oleh itu hendaklah setiap masyarakat Islam mendalami kefahaman Islam yang sebenar dan mengingatkan kepada orang-orang disekeliling kita tentang kesesatan Syiah. Wallahu a'lam,

-Bongkar Ajaran Sesat

Nikmat Iman, Islam, Tauhid Dan Sunnah

Nikmat Iman, Islam, Tauhid Dan Sunnah

Antara kelebihan kita memeluk agama Islam yang mulia ini, sekiranya kita diuji dengan resah hati, gelisah atau ditimpa penyakit. Dosa kita diampun jika kita sabar terhadap musibah itu. Walaupun hanya شوكة yakni sekadar duri/benda tajam yang tercucuk sedikit tangan kita, tetap akan di ampunkan dosa. Dalam riwayat Bukhari disebutkan walaupun حزن ditimpa kesedihan, akan di gugurkan dosa hamba.

Demikianlah sayang nya Allah pada hamba-Nya. Nikmat besar yang kita tidak sedari adalah nikmat Iman, Islam, tauhid dan sunnah. Orang kafir apabila ditimpa musibah tidak dapat  perkara di atas, tetapi kita apabila ditimpa musibah akan mendapat saham di akhirat sana. Bersabarlah apabila diuji. Musibah ini akan akan terhenti apabila mata telah pejam daripada kepenatan dunia untuk menuju ke destinasi akhirat yang abadi. Amin.

-Amir Farhan

Duri Dan Manis Dalam Berdakwah

Duri Dan Manis Dalam Berdakwah

Dalam dakwah jika tiada duri maka hilanglah nikmat dan manis berdakwah. Jika tiada langsung cabaran melalui jalan-jalan susah pasti ada yang tidak kena dengan dakwah itu. Dakwah dan islah manusia perlukan pengorbanan tinggi dan itulah yang kita baca dari sirah perjuangan Nabi saw.

Semoga Allah menjaga Dr. Zakir Naik dan membantunya dalam perjuangan dakwahnya. Amin.

-Danial Madani

Punca Amal Kebaikan Didunia Sia-Sia Di Akhirat?

Punca Amal Kebaikan Didunia Sia-Sia Di Akhirat?

Antara perkara yang ditakuti adalah apabila segala amal kebaikan kita didunia dahulu hilang begitu sahaja di akhirat kelak, segala penat lelah dahulu langsung tidak bererti.

Sepertimana kata Imam Ibnu Qayyim r.h :

من أعظم الحسرات على العبد يوم القيامة أن يرى سعيه ضائعا وقد سعد أهل السعي النافع بسعيهم

" Antara penyesalan terbesar yang menimpa seorang hamba pada hari kiamat kelak adalah dia melihat usahanya menjadi sia-sia sementara orang-orang yang melakukan usaha yang bermanfaat bahagia dengan usaha mereka."

Apa maksud usaha yang sia-sia ?

Iaitu melakukan amalan kerana mengharapkan pujian orang. Kemudian apabila orang tersebut sudah tiada, maka amalan pun hilang pergi.

Apa maksud usaha yang bermanfaat ?

Iaitu melakukan amalan dengan penuh keikhlasan hanya kepada Allah SWT.

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

-Amir Fathy

Cara Kekalkan Semangat Lepas Datang Seminar?

Datang seminar atau kelas, semangat. Seminggu pertama semangat lagi. Masuk minggu seterusnya, semuanya balik kepada asal. Pernah alami keadaan ni? Baca sampai habis.
.

Manusia secara azali, memang suka pada keselesaan. Tengoklah, kalau boleh, semua nak besar. Contohnya, rumah, kereta, jalan raya, bangunan, dapur rumah, taman, dan yang sewaktu dengan nya.
.

Contoh paling dekat yang saya boleh bagi adalah, bayangkan depan kita ada bara api. Kita letak tangan menghadap api sebab tangan sejuk, nak selesa. Bila tangan dah cukup panas, kita alihkan pula tangan tu. Sebab nak selesa, takdelah panas sangat. Kan?
.

Kita akan selalu mencari keselesaan dalam apa jua aktiviti yang kita buat. Bila dalam seminar atau program, kita berada dalam keadaan belajar. Keadaan ni, memaksa kita keluar daripada comfort zone. Kita akan buat aktiviti yang dibuat ketika program. Kita rasa semangat terus.
.

Bila keluar daripada program, kita dah rasa aktiviti dalam program tak sesuai sebab aktiviti tu bukan sesuatu yang dibuat setiap hari. Kita mula mencari keselesaan. Inilah penyebab, pergi mana-mana seminar atau program, rasa semangat sekejap, tapi takda perubahan.
.

Perlu faham 3 perkara. Pertama, kita akan lebih mudah buat perubahan bila kita fokus buat, 1 per 1. Kedua, konsisten terhadap perubahan kecil yang akan menghasilkan perubahan besar. Ketiga, perubahan akan berlaku melalui masa.
.

Saya bagi contoh. Kita nak turun berat badan. Kita tengok 1 video fitness ni sampai habis. Kita rasa semangat nak turun berat badan. Jadi esok nya kita workout, dan jaga makan minum. Selepas seminggu, kita nampak macam takde hasil, jadi apa kita buat? Kita give up. Ini namanya comfort zone. Pernah dengar kisah, orang turun berat badan 10kg - 50kg selepas sehari workout & jaga makan minum? Mestilah tak, kan? Biasa kita dengar, mungkin selepas 6 bulan, atau setahun lebih selepas penjagaan makan minum & workout konsisten.
.

Perlu faham 3 perkara.
1. Kita akan lebih mudah buat perubahan bila kita fokus buat, 1 per 1.
2. Konsisten terhadap perubahan kecil yang akan menghasilkan perubahan besar.
3. Perubahan akan berlaku melalui masa.
.

Macam mana nak buat? Saya bagi contoh untuk bahagian Team Sales, memandangkan saya mengajar bahagian tu. 😎
.

Ikut 1 per 1, langkah dibawah & mula buat.
1. Letakkan target pada team sales. Contohnya capai RM100, 000 sebulan.

2. Berikan aktiviti aktiviti kecil yang perlu dibuat setiap hari. Contohnya, morning booster, positive affirmation, visualisation, sales simulation & review leads. Dari semasa ke semasa, mereka akan mula mahir dan yakin dengan apa yang mereka buat.

3. Ada waktu tertentu, buat aktiviti yang berbeza untuk pastikan team tidak berada di comfort zone & mula mengelak daripada buat aktiviti harian yang wajib buat.

4. Selepas sekian masa & konsistensi, hasil akan mula nampak. Mungkin capai sales RM50k dulu, kemudian naik sedikit demi sedikit & capai RM100k.

5. Ulang langkah 1 hingga 4, berulang kali & letak target yang berbeza.
.

Dapat sesuatu? Tekan SHARE supaya yang lain dapat manfaatnya. Jemput FOLLOW 👉 Afiq Jeman, saya berkongsi tentang Sales, Motivasi & Self Development selalu.
.

Afiq Jeman,
Be the best version of yourself.

Dr Zakir Naik: Bagaimana Sepatutnya Kita?

Dr Zakir Naik: Bagaimana sepatutnya kita?

Sebahagian orang terus menerus mahukan agar Dr. Zakir Naik diusir dari negara ini walau pun Perdana Menteri kita bertegas bahawa dia boleh kekal di sini, dan tidak akan menyerahkannya kepada kerajaan India, antara sebabnya ialah faktor keselamatan Dr Zakir Naik jika dihantar pulang.

Mereka jua menuduh Dr. Zakir Naik sebagai teroris, penyebar ideologi teroris. Alasan paling kelakar mereka beri misalnya, ialah kes pengeboman di Dhaka. Mereka kaitkan Dr. Zakir Naik semata-mata pengebom itu dikatakan suka tonton video Dr. Zakir Naik.

Mereka yang menuduh sedemikian wajar menonton video ini untuk melihat pandangan Dr. Zakir Naik tentang IS dan apa yang mereka lakukan.

https://m.youtube.com/watch?feature=share&v=_1H0XVjH0jo

Pelbagai isu dikenakan ke atas Dr. Zakir Naik. Daripada isu keganasan sehinggalah penggubahan wang haram/money laundering, sehingga ke tahap menggunakan Interpol. Akan tetapi pihak Interpol sendiri telah menolak kerana melihat ia tidak berasas. Boleh lihat dokumennya di sini --> https://www.facebook.com/CikguAzmiAbdHamid/posts/2249288998512886

Bukanlah Dr. Zakir Naik itu maksum. Kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh tentang isu kesetiaan bangsa lain di Malaysia, tentang bangsa Cina di Malaysia adalah sesuatu yang tidak patut beliau lakukan. Kita sebagai seorang Muslim yang jua rakyat Malaysia perlu jelas hal ini. Apa yang kita perlu sokong, dan apa yang kita jangan panaskan lagi keadaan.

Dr. Zakir Naik pun sudah membuat penjelasan tentang kenyataan beliau bahawa Hindu di Malaysia lebih percaya Modi berbanding Tun Mahathir. Boleh baca di sini --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157486684594299&set=a.10150656655394299&type=3

Saya fikir, kita sebagai yang mahukan Dr. Zakir Naik di sini, tidak perlu lagi memanaskan suasana yang memang sudah panas.

Penjelasan beliau sudah cukup, dan kita jangan curah petrol lagi, kerana nak tak nak, perkataan beliau memang telah mengguris hati sebahagian rakyat Malaysia, termasuk mereka yang selama ini mungkin buat tak kisah pun pasal kehadiran beliau di Malaysia.

Saya berharap agar mereka yang rapat dengan Dr. Zakir Naik boleh sampaikan kepada beliau hal ini. Agar berhati-hati dengan kata-kata beliau. Bab Hindraf ke, apa ke, Tun M dah janji beliau boleh duduk sini. Orang Islam Malaysia pun ramai akan lawan Hindraf dan lain-lain yang asyik nak halau beliau. Jadi beliau tak perlu nak ulas hal tersebut.

Dalam masa yang sama, kita tidak perlu menumpang sekaki bersama sebahagian menteri-menteri bukan Muslim yang mendesak. Agak pelik dengan sebahagian umat Islam yang ketika Dr. Zakir Naik difitnah, ditekan, mereka tidak berbunyi. Semua krik, krik, krik je. Tiba-tiba bila Dr. Zakir Naik terlanjur cakap sesuatu yang mengguris hati bangsa Cina dan India yang bukan Islam, ada pula orang Islam, Melayu yang nak jadi hero, tumpang sekaki nak halau Dr. Zakir Naik.

Dr. Zakir Naik adalah pendakwah Islam. Beliau adalah saudara seagama kita. Hendaklah kita bersama-sama mempertahankan beliau daripada tangan-tangan kelompok kafir dan sekutu mereka yang cuba menzaliminya. Kita boleh tidak bersetuju dengan sebahagian pandangan Dr. Zakir Naik. Akan tetapi menyerahkan beliau kepada pihak yang mahu menzaliminya adalah tidak sama sekali. Kesakitan yang cuba ditimpakan oleh pihak musuh kepadanya turut menyakiti kita.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

: " الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ ،
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya, dan tidak menyerahkannya (kepada pihak musuh). [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazholim, no: 2442]

عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ ‏"‏ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ ‏"‏‏.‏
Anas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tolonglah saudara mu yang zalim atau yang dizalimi. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, kami membantu orang yang dizalimi. Bagaimana kami boleh membantu orang yang zalim? Baginda berkata: Dengan menghalangnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazolim, hadis no: 2444]

Daripada An-Nu'man bin Bashir radiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى ‏"‏‏.‏
Engkau akan melihat orang-orang beriman dalam saling berkasih sayang, mencintai, dan berlaku baik antara satu sama lain seperti satu tubuh. Apabila satu bahagian tubuh sakit, maka keseluruhan tubuh akan merasai susahnya tidur dan demam.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, no: 6011].

Saya jua menyeru agar saudara seIslam saya tidak berlebihan sehingga menghina agama-agama lain dalam kuatnya semangat kita mempertahankan Dr. Zakir Naik.

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
108. dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.
[Al-An'am:108].

Semoga kita semua dapat bersama mempertahankan saudara seIslam kita.

#MMMR - Masri Ramli