Thursday 24 November 2016

Punca Amalan Kebaikan Ditolak

Punca Amalan Kebaikan Ditolak

Diriwayatkan bahawa Imam Bilal bin Saad rahimahullah (meninggal pada 120 Hijrah) pernah menyebut;

ﺛﻼﺙ ﻻ ﻳﻘﺒﻞ ﻣﻌﻬﻦ ﻋﻤﻞ , ﺍﻟﺸﺮﻙ ﻭﺍﻟﻜﻔﺮ ﻭﺍﻟﺮﺃﻱ ، ﻗﻴﻞ ﻭﻣﺎ ﺍﻟﺮﺃﻱ . ﻗﺎﻝ : ﻳﺘﺮﻙ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺳﻨﺔ ﺭﺳﻮﻟﻪ ﻭﻳﻌﻤﻞ ﺑﺮﺃﻳﻪ

“Tiga hal yang menyebabkan amalan tidak akan diterima apabila disertai bersamanya, iaitu; syirik, kufur, dan al-ra’yu.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan al-ra’yu.”

Beliau menjawab ; 'Ia adalah perbuatan meninggalkan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya dan beramal dengan pendapatnya sendiri.
'
[Hilyah Al-Awliya', Abu Nuaym]

# Beliau ialah salah seorang tabien besar yang belajar daripada Abu Darda RA, Ibn Umar RA, Jabir RA dan Muawiyah RA.

October 26 at 10:41am

- Ust Emran Ahmad


Jangan ugut! Tips berguna Jinakkan Anak yang Degil

"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
.
.
"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
.
"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
.
.
"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
.
"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."
.
"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"
.
"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
.
.
"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
.
.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
.
.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
.
.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
.
.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
.
.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.

Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

#SHARE

- Muhammad Zukermi Bin Edi-

- Meremajakan Wanita


Wednesday 23 November 2016

Klinik Rawatan Darul Syifa' sesuai untuk Pesakit Wanita di Tumpat Kelantan

Difahamkan Mak Su Na ni mengamalkan rawatan Darul Syifa' menurut syariat Islam.

Beliau membaca zikir-zikir sunnah dengan suara yang jelas,tidak ada amalan yang meragukan dan tiada jumlah bayaran khusus ditetapkan.

Amat sesuai untuk pesakit wanita berjumpa beliau untuk dapatkan rawatan.

Lokasi: Belakang Pejabat Penggawa Pengkalan Kubor,Tumpat.

- Abu Ihsan Ilahi


Teguran buat Ibu Bapa yang ingin Hantar Anak ke Pusat Tahfiz

Sedikit teguran buat Ibu Bapa yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke Maahad Tahfiz pada sesi persekolahan akan datang.

Hadam & share !

1. Jika anak tidak berminat utk menjadi penghafaz al-Quran, usahlah dia dipaksa utk melakukannya. Beri peluang untuk anak memilih bidang pengajian yg disukai dan serasi dgn kebolehan dan kecenderungannya.

2. Jika anak berminat utk menghafaz al-Quran, pastikan pusat tahfiz yg dipilih turut menawarkan pengajian bahasa Arab, tafsir dan hadis kerana hafazan al-Quran tanpa penguasaan bahasa dan ilmu yg berkaitan dengannya, hafazan menjadi hambar.

3. Pastikan pusat tahfiz yg dipilih menyediakan peluang utk menyambung pengajian dlm bidang pengajian Islam ke peringkat yg lebih tinggi sehingga anak itu berupaya lahir sebagai ulama pewaris nabi. Bukan sekadar hafaz al-Quran dan boleh jadi imam solat saja.

4. Syurga Allah yang seluas langit dan bumi boleh dimasuki oleh sesiapa saja dgn rahmat pemilik syurga itu walaupun seseorang bukan penghafaz al-Quran.

5. Ada ibubapa berkata, biarlah anak saya hafaz al-Quran, Tuhan menjamin rezekinya. Saya katakan, Tuhan bukan sekadar menjamin rezeki penghafaz al-Quran bahkan Tuhan menjamin rezeki sesiapa saja termasuk orang gila dan orang kafir.

- Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, Perlis.

Gambar: Hari Ini, Ustaz Zol menerima Tauliah Mengajar Agama Islam daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Tahniah ustaz !

- Hikam Abu Bakar


Wednesday 16 November 2016

Penyelesaian isu nama " Damia"

Sebenarnya isu nama Damia tu tak ada masalah pun sebab perkataan tu telah dimelayukan ejaannya. Kalau nak strict maka semua nama bermasalah sebab bahasa Melayu tak tally dengan bahasa Arab, dari segi sebutan dan ejaan. Banyak huruf arab tak ada dalam huruf melayu.

Malah perkataan Allah pun tak tepat ejaannya sebab kalau dibaca secara harfiah melayu akan jadi AL..LAH. Tak ada cara yang tepat untuk eja ﺍﻟﻠﻪ dalam bahasa kita.

Semua nama pun ada masalah yang sama, bukan Damia sahaja. 'Aa-isyah, Hawwaa', Saaroh, Hauro', Khairo, Dhiyaa', 'Abdur Rohmaan. Ni pun masih tak tepat, tak tahu huruf h mewakili ﺡ atau ﻩ .

Ejaan asal Damia adalah ﺩﺍﻣﻴﺎﺀ
Maksudnya ialah kebaikan dan barakah.
Yang mana ejaan paling dekat bunyinya adalah DAAMIYAA'.

Kalau tulis daamiyaa' pun masih tak tepat sebab a' kadang2 jadi ﻉ kadang2 jadi ﺀ.

Tapi oleh sebab kebetulan sebutan damia ada bunyi yg sama dalam bahasa arab yakni ﺩﻣﻲ yang bermaksud luka berdarah. Tapi tak ape, niat kita damia tu adalah ﺩﺍﻣﻴﺎﺀ yang dimelayukan.

Ataupun bagitahu je damia ialah sebutan melayu yang tak ada makna. Nama orang bukan wajib bahasa arab. Dan tak wajib ada makna.

Dulu pernah ada isu tak boleh tulis nama Mohd, yang kononnya jika dibaca Moh..d. bermaksud anjing. Siapa suruh baca moh..d, bacalah muhammad.

Jadi, kena ingat tulisan arab tak akan boleh ditulis dengan tepat dalam bahasa Melayu maka terimalah seadanya, tak perlu tukar nama.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ

- Mohd Yazid Ismail


Internet : Istilah Umum dan Bagaimana ia Berfungsi

Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.


IP – Internet Protocol

IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).

Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.

Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.
Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.

Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.

Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.


DNS

DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak Amanz, maka saya akan mencari Amanz di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.

Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.

Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).

DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.

DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.
Packet

Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.


Ping Time

Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.

Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.

Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.
….
Diharapkan istilah-istilah yang dikongsikan ini memberikan idea bagaimana ia berfungsi di arena internet dan teknologi pada hari ini.

Artikel dikongsi oleh Pradeesh, khas untuk pembaca Amanz. Beliau boleh dihubungi
melalui Twitter di @Prasys ataupun anda turut boleh mengikuti perkongsian peribadi beliau di laman blog Prasys.info

- Amanz.my


Friday 4 November 2016

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khutbah Jumaat

Mengangkat tangan didalam bacaan doa sewaktu khutbah jumaat tidak disyariatkan kepada khatib kerana perkara ini TIDAK sesekali dicontohkan oleh Rasullullah sallallahualaihiwasallam sewaktu bBaginda saw berdoa didalam khutbah jumaat dan khutbah EID (Khutbah hari raya).

Maka Para sahabat2 juga tidak mengangkat tangan mereka ketika itu(Sewaktu Nabi berdoa ketika khutbah) SEBALIKNYA yang disyariatkan adalah diam mendengarkan khatib berkhutbah dan mengaminkan doa nya dalam hati, dengan tanpa mengeraskan suara.

Diriwayatkan didalam sebuah hadis:

ﻋَﻦْ ﺣُﺼَﻴْﻦٍ ﻋَﻦْ ﻋُﻤَﺎﺭَﺓَ ﺑْﻦِ ﺭُﺅَﻳْﺒَﺔَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺃَﻯ ﺑِﺸْﺮَ ﺑْﻦَ ﻣَﺮْﻭَﺍﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤِﻨْﺒَﺮِ ﺭَﺍﻓِﻌًﺎ ﻳَﺪَﻳْﻪِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻗَﺒَّﺢَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻫَﺎﺗَﻴْﻦِ ﺍﻟْﻴَﺪَﻳْﻦِ ﻟَﻘَﺪْ ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ﻣَﺎ ﻳَﺰِﻳﺪُ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻥْ ﻳَﻘُﻮﻝَ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﻫَﻜَﺬَﺍ . ﻭَﺃَﺷَﺎﺭَ ﺑِﺈِﺻْﺒَﻌِﻪِ ﺍﻟْﻤُﺴَﺒِّﺤَﺔِ .
Dari Hushain (bin ’Abdirrahman) dari ‘Umaarah bin Ruaibah ia berkata bahawasannya ia melihat Bisyr bin Marwan di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya ketika berdoa (pada hari Jumaat). Maka ‘Umaarah pun berkata : “Semoga ALLAH memburukkan kedua tangan ini. Sungguh aku telah melihat Rasulullah shallallaahualaihiwasallam ketika berada di atas mimbar (Baginda)tidak menambahkan sesuatu lebih dari hal seperti ini”. Maka ia mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”

-HR Muslim no. 874

Adapun Dalil Baginda sallallahualaihiwasallam mengangkat tangan nya dan diikuti oleh para sahabat2 KETIKA apabila datang seorang Badwi meminta kepada Nabi saw agar mendoakan supaya diturunkan hujan,maka itu BUKANLAH dalil MUTLAK untuk MEMADAMKAN amalan yang LEBIH jelas dimana Nabi saw dan para sahabat baginda TIDAK pernah mengangkat tangan nya didalam doa2 sewaktu berkhutbah selainnya disepanjang hayat baginda.

Sahabat Anas bin Malik Radhiallahuanhu berkata:

ﻛﺎﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻻ ﻳﺮﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﻓﻲ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺩﻋﺎﺋﻪ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺍﻻﺳﺘﺴﻘﺎﺀ ، ﻭﺇﻧﻪ ﻳﺮﻓﻊ ﺣﺘﻰ ﻳﺮﻯ ﺑﻴﺎﺽ ﺇﺑﻄﻴﻪ
“Biasanya Nabi ShallallahualaihiWasallam tidak mengangkat kedua tangannya ketika berdoa, kecuali ketika istisqa. Beliau mengangkat kedua tangannya hingga terlihat ketiaknya yang putih”
-HR Bukhari no.1031dan Muslim no.895
Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata: “maksudnya, dalam PERKARA YANG BIASA apabila berkhutbah Nabi tidak pernah mengangkat kedua tangannya kecuali (jika dalam khutbah tersebut) baginda berdoa memohon hujan (istisqa)” (Syarhul Mumthi’, 5/215). Ini Menunjukkan bahawa mengangkat tangan HANYA dilakukan ketika istisqa sahaja.

Maka jelas, hal inilah yang menjadikan bahawa TIDAK mengangkat tangan sewaktu doa PADA khutbah jumaat yang biasa adalah LEBIH bertepatan dengan sunnah sepertimana pandangan imam an Nawawi rahimahullah yang menjelaskan kandungan hadis di atas: "Di dalamnya terdapat sunnah agar TIDAK mengangkat tangan sewaktu khutbah, ini adalah pendapat Malik, para sahabat kami dan selain mereka." (Syarh Muslim: 6/162)
dan Beliau berkata dalam al Iqna' dan Syarahnya, "Imam dimakruhkan mengangkat kedua tangannya sewaktu berdoa dalam khutbah.

Telah berkata Al-Majd tentang mengangkat tangan ketika khutbah, "Itu bid'ah, sesuai dengan pendapat ulama Malikiyah, Syafi'iyah, dan selain mereka." (Kasyaful Qana' 'an Matni al-Iqna', 2/37)
Fatwa Syaikh Ibnu Bazz

TIDAK disyariatkan mengangkat tangan didalam khutbah Jumaat mahupun didalam khutbah eid (khutbah hari raya) bagi imam MAHUPUN makmum. Apa yang disyariatkan adalah diam mendengarkan khatib (berkhutbah dan berdoa) dan mengaminkan didalam hati tanpa mengeraskan suara. ini adalah kerana Nabi shallallahualaihiwasallam tidak pernah mengangkat kedua tangannya semasa berkhutbah jumaat (termasuk berdoa didalam khutbah itu) dan sewaktu khutbah eid (khutbah hari raya). DAN Perkara ini berdasarkan tindakkan para sahabat yang melihat penguasa yang mengangkat tangan nya semasa berkhutbah dan sahabat mengingkari hal itu lalu berkata "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengangkat kedua tangannya (Sepertimana hadis riwayat muslim)"

TIDAK disyariatkan mengangkat tangan didalam doa ini dikhususkan HANYA sewaktu khutbah (Jumaat dan khutbah hari raya) kerana menghormati dan mencontohkan Nabi Muhammad saw yang tidak melakukannya ketika khutbah sepanjang hayat nya.

ADAPUN berdoa diwaktu yang lain TIDAK dilarang dari mengangkat tangan kerana mengangkat tangan sewaktu berdoa (pada doa2 SELAIN khutbah jumaat) juga ada disyariatkan.
Rasullullah saw bersabda:

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺣَﻴِﻲٌّ ﻛَﺮِﻳﻢٌ ﻳَﺴْﺘَﺤْﻴِﻲ ﺇِﺫَﺍ ﺭَﻓَﻊَ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﻳَﺪَﻳْﻪِ ﺃَﻥْ ﻳَﺮُﺩَّﻫُﻤَﺎ ﺻِﻔْﺮًﺍ ﺧَﺎﺋِﺒَﺘَﻴْﻦِ
“Sesungguhnya ALLAH itu sangat pemalu dan Maha Pemurah. Ia malu jika seorang lelaki mengangkat kedua tangannya untuk berdoa kepada-Nya, lalu DIA mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa”

-HR Abu Daud 1488, At Tirmidzi 3556, (Di shahihkan oleh Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ 2070) 

Akhir sekali dijelaskan TIDAK mengangkat tangan sewaktu berdoa ini HANYA LAH sewaktu didalam khutbah jumaat dan eid(khutbah raya). ADAPUN didalam doa2 selain itu DIGALAKKAN mengangkat tangan SEKIRANYA tidak ada sebarang kesulitan untuk mengangkat nya.

Moga bermanfaat.
Wallahualam..

- Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu


Wednesday 2 November 2016

Kesilapan Samakan Kafir dan Ahli Maksiat dengan Ahli Bid'ah

Agak terkilan dgn sikap sesetengah masyarakat pd hari ini yg semakin tak faham keutamaan menangani kumpulan2 sesat @ bid’ah. Adalah satu kesilapan apabila mereka menyamaratakan golongan kafir dan pelaku maksiat (spt penzina, peminum arak dll) dgn ahli bid’ah. Fahamilah kalam para ulama di bawah:

Imam al-Syaukani berkata, “Dan kadang-kadang kebinasaan mengikut hawa nafsu golongan bid’ah lebih bahaya ke atas agama ini (Islam) berbanding mengikut hawa nafsu agama lain. Ini kerana gol. bid’ah mereka bersandar kepada Islam, menzahirkan kpd manusia bahawa mereka memenangkan agama dan mengikutinya dgn baik. Padahal mereka adalah sebaliknya & bertentangan dgn apa yg sebenarnya, mereka berterusan membawa org yg cenderung kpd hawa nafsu mereka daripada satu bid’ah ke satu bid’ah, mendorongnya dari satu penyelewengan ke satu penyelewengan, sehingga mengeluarkannya drpd agama, sedangkan dia menyangka bhw dia berada dalam kebenaran dan jalan yg dilaluinya adalah jalan yg lurus..” (Fath al-Qadir: 1/154)

Berkata Abu Ali al-Mufadhdhal al-Bajli, aku telah menemui Imam Ahmad bin Hanbal, lalu telah datang kepadanya pesuruh khalifah bertanya tentang hukum meminta bantuan dengan gol. bid’ah. Imam Ahmad menjawab: Tidak boleh meminta pertolongan mereka. Lalu ditanya: Boleh minta pertolongan Yahudi dan Nasrani, tapi tidak boleh meminta pertolongan mereka (ahli bid’ah)? Jawab Imam Ahmad: Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak menyeru kpd agama mereka, sedangkan gol. bid’ah menyeru (kpd ajaran mereka)..” (al-Adab al-Syar’iyyah: 1/275)

Imam al-Lalika’i menukilkan bhw Abi al-Jauza’ berkata, “Sungguh kera dan khinzir berjiran denganku lebih aku sukai daripada aku berjiran dengan salah seorang daripada mereka – ahli bid’ah” (Syarh Usul al-I’tiqad: 1/131)

Imam Sufyan al-Thauri berkata, “Bid’ah lebih disukai oleh iblis berbanding maksiat kerana maksiat akan dipohon taubat daripadanya sedangkan bid’ah tidak dipohon taubat daripadanya (kerana pelakunya menyangkakan ia benar)”. (Musnad Ibn al-Ja’d: 272)

Ketahuilah! Kita menolak Yahudi, Nasrani, Hindu, Buddha kerana kekafiran mereka jelas. Kita juga menolak zina, arak, judi dll kerana maksiat itu jelas. Tapi berapa ramai masyarakat yg tertipu dgn “bid’ah” krn pelakunya yg mungkin berkopiah, berjubah, berjenama agama dll? Ketahuilah, membiarkan mereka bermakna kita mengiyakan kesesatan mereka. Sedarlah, kita tidak perlu mengaku “Ahli Sunnah” kalau kita sendiri tidak menentang lawannya iaitu “Ahli BID’AH”…

pada 31hb Mac 2013 jam 12.16 ptg · Kuala Lumpur

- Ustaz Aizam Mas'ud


Tuesday 1 November 2016

Fadhilat Pakai Kopiah logo CAPAL Nabi S.A.W

FADHILAT KOPIAH BERLOGO CAPAL NABI S.A.W

* kopiah al habib ************* : kopiah bergambar bentuk sandal rasulullah saw

-"membawa gambar bentuk sandal rasulullah saw atau meletakkannya diatas kopiah memiliki beberapa faidah diantaranya:terkabulkannya semua hajat,mempermudah berziarah ke makam rasulullah saw dan bermimpi bertemu rasulullah saw,menyembuhkan sakit,menghilan
gkan kesusahan,dan faidah faidah lainnya,itu semua jika didasari dgn keyakinan yg teguh dan rasa cinta yg kuat kpd baginda rasulullah saw"(as syekh yusuf an nabhani dalam sa'adah ad darain)

- jika allah swt memerintahkan nabi musa untuk melepaskan sandalnya ketika ia menginjakkan kakinya di wadi muqoddas:"lepas kedua sandalmu wahai musa,kau berada di lembah yg suci"(Qs thoha 12),tapi tdk dgn bagida rasul saw,sandal beliau tetap menjadi saksi ketika beliau menghadap allah swt di sidrotul muntaha

- betapa mulianya sebuah sandal yg bergantung pada rasulullah saw, bagaimana dgn hati yg selalu bergantung dan mengingat rasulullah saw ?
- sholluu alaa habiibikum muhammad ...

* tarim, hadhramaut, yaman
Sohih ke ni? Ade dlm hadis?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

1- Tidak wujudnya hadis berkaitan hal ini.
2- Ini adalah kepercayaan karut yang boleh membawa kepada syirik. Apa bezanya dengan tangkal?

ﻋَﻦْ ﻋَﺒَّﺎﺩِ ﺑْﻦِ ﺗَﻤِﻴﻢٍ ﺃَﻥَّ ﺃَﺑَﺎ ﺑَﺸِﻴﺮٍ ﺍﻟْﺄَﻧْﺼَﺎﺭِﻱَّ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ، ﺃَﺧْﺒَﺮَﻩُ ﺃَﻧَّﻪُ ﻛَﺎﻥَ ﻣَﻊَ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓِﻲ ﺑَﻌْﺾِ ﺃَﺳْﻔَﺎﺭِﻩِ ، ﻗَﺎﻝَ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ : ﺣَﺴِﺒْﺖُ ﺃَﻧَّﻪُ ، ﻗَﺎﻝَ : ﻭَﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻓِﻲ ﻣَﺒِﻴﺘِﻬِﻢْ ، ﻓَﺄَﺭْﺳَﻞَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺭَﺳُﻮﻟًﺎ " ﺃَﻥْ ﻟَﺎ ﻳَﺒْﻘَﻴَﻦَّ ﻓِﻲ ﺭَﻗَﺒَﺔِ ﺑَﻌِﻴﺮٍ ﻗِﻠَﺎﺩَﺓٌ ﻣِﻦْ ﻭَﺗَﺮٍ ﺃَﻭْ ﻗِﻠَﺎﺩَﺓٌ ﺇِﻟَّﺎ ﻗُﻄِﻌَﺖْ " .
Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis) berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menghantar utusan untuk memastikan tiada sebarang kalung di leher unta melainkan ia mesti dipotong. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]

ﻋَﻦْ ﻋِﻴﺴَﻰ ﺃَﺧِﻴﻪِ ، ﻗَﺎﻝَ : ﺩَﺧَﻠْﺖُ ﻋَﻠَﻰ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﻋُﻜَﻴْﻢٍ ﺃَﺑِﻲ ﻣَﻌْﺒَﺪِ ﺍﻟْﺠُﻬَﻨِﻲِّ ﺃَﻋُﻮﺩُﻩُ ﻭَﺑِﻪِ ﺣُﻤْﺮَﺓٌ ، ﻓَﻘُﻠْﻨَﺎ : ﺃَﻟَﺎ ﺗُﻌَﻠِّﻖُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ، ﻗَﺎﻝَ : ﺍﻟْﻤَﻮْﺕُ ﺃَﻗْﺮَﺏُ ﻣِﻦْ ﺫَﻟِﻚَ ، ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : " ﻣَﻦْ ﺗَﻌَﻠَّﻖَ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭُﻛِﻞَ ﺇِﻟَﻴْﻪِ "
Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui ‘Abdullah bin ‘Ukaim Abu Ma’bad al-Juhaniy untuk menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau menggantungkan sesuatu? ‘Abdullah bin ‘Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan kepadanya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin ‘Ukaim, hadis no: 18401. Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam]

ﻋَﻦْ ﺯَﻳْﻨَﺐَ ، ﺍﻣْﺮَﺃَﺓِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ، ﻗَﺎﻝَ : ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳَﻘُﻮﻝُ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮُّﻗَﻰ ، ﻭَﺍﻟﺘَّﻤَﺎﺋِﻢَ ، ﻭَﺍﻟﺘِّﻮَﻟَﺔَ ﺷِﺮْﻙٌ
Zainab radiallahu ‘anha, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tamaim (sejenis tangkal), dan tiwalah (sejenis tangkal) adalah syirik.

[Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883].
-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith


Monday 31 October 2016

Senarai Facebook yang saya follow dan baca posting mereka

Senarai FB yang saya follow dan baca posting mereka :

Puan Ainon Mohd - Tentang bisnes, psikologi, konten dan perkembangan bisnes tanah air.

Dato' Roslan Ab Hamid - Public Speaking, Storytelling, kisah bapa dan anak-anak beliau serta hal ehwal bisnes.

ProfAbdullah Hassan - Seorang cendekiawan dan pejuang Bahasa dan Budaya Melayu. Terselit kisah kehidupan dan kematian.

Zamri Mohamad - Jurulatih Penulisan khususnya non fiksyen. Penulis 25 buah buku.

Azzah Abdul Rahman - Jurulatih Penulisan Fiksyen, novelis dan backpakers tegar. Sudah tentu peminat K-Drama. Banyak info tentang penulisan, bahasa persuasif, budaya Melayu dan sebagainya. Cari hashtag di FB beliau.

Khairul Hakimin Muhammad - Storyteller hebat, follower lebih 80k (selepas post ini bertambah lagi), tulisan beliau merata dalam web media seperti The Vocket dan lain-lain.

Nasaie Hanaffie - Seorang sarjana hadith yang banyak pengalaman belajar dan musafir di luar negara. Masih muda dan bujang.

Kamilin Jamilin - Seorang pakar hadith. Sekarang di peringkat akhir untuk PhD beliau. Tuan boleh follow, faham sahajalah FB ustaz ini bersepah orang tag di wall beliau. Sudah lama tiada post, masih dalam 'gua' agaknya. PhD ini bukan senang. Beliau aktif menulis di page beliau Kamilin Jamilin - Seni Hadith.

Syed Shahridzan - Seorang sarjana fiqh dan selebriti TV Al Hijrah. Tulisan beliau merungkai permasalahan fiqah semasa dalam mazhab Syafie.

Fathi Al-Sakandary - Seorang yang hebat dalam bidang hadith bersama ijazah doktor perubatan. Sekarang bertugas di salah sebuah hospital tempatan. Ini sudah berkahwin.

Anwaruddin Wahab - Seorang sarjana bidang hadith dan biblioholis tegar. Posting beliau banyak berkisar dalam bidang hadith, kebanyakannya dalam Bahasa Arab. Beliau bertugas di BERNAMA.

Aqif Azizan - Jurulatih bisnes yang genius. Website beliau writetowealth.net itu membuatkan otak kita menyala-nyala membacanya.

Izwan Robotys - Ini orang genius yang sukar diteka apa kepakarannya. Beliau seorang programmer yang genius dan penulis buku-buku bisnes. Sekarang beliau fokus di notabisnes.net

Wan Yusof Wan Jeffery - Tuan Yusof ini saya baharu kenal setahun dua ini. Posting beliau saya ikut rapat-rapat. Banyak maklumat baru tentang SEO dan website. Ia boleh buat saya gila membacanya.

Shahrul Bear Gpc - Ini otai bisnes yang banyak pengalaman dalam sepak terajang dunia bisnes. FB beliau jarang sekali posting tentang bisnes, lebih banyak tentang kehidupan. Untuk bisnes, kena ajak ngeteh dulu baru puas.

Dr Wan Mazwati - Beliau guru saya dan pakar rujuk saya. FB beliau banyak tentang kegiatan kebajikan yang beliau dan tim laksanakan. Baru-baru ini di benua Afrika, lupa pula saya.

Iskandar Syah Ismail - Ini orang sangat baik. Beliau Dr Clown yang menghiburkan kanak-kanak di hospital. Panggilan untuk beliau adalah Dr Bubbles. Follow beliau rapat-rapat. Bagi hati tisu, kena sediakan tisu bila baca tulisan beliau.

Zahiruddin Zabidi - Ini sahabat subahat saya. Seorang penulis yang prolifik. Hebat dalam pembacaan dan meluas. Rakan bual yang membuatkan kita tidak tengok jam apabila bercakap. Saya tanya berapa buah buku beliau tulis, beliau cakap lupa. Teruk betul. Hahaha!

Ali Imran Basikal Oren - Seorang wartawan BERNAMA. Perspektif wartawan ini sangat berbeza. Tekan sahaja follow. Bukan susah pun.

Wan Ahmad Fayhsal - Tulisan beliau banyak berkisar tentang isu-isu besar negara dan kajian serta analisis yang jelas. Orang stres tidak boleh follow FB beliau. Mahu happy-happy kena follow FB orang lain.

Syaizul Amal - Beliau menjalankan bisnes dalam pelbagai industri. Beliau terkenal dengan Blink Books. Posting beliau banyak tentang bisnes, Aryan dan Broker Akhirat.

Selebihnya masih ramai, saya tidak dapat friend dengan mereka dan kebanyakan dapat follow sahaja. Senarai ini pun buat cukup senak kepala membacanya.

Nota :
Ada dua orang saya tidak dapat tag. Lihat komen.

pada 30hb September jam 11.08 pagi

- Ahmad Saifuddin Yusof


Wednesday 21 September 2016

Perlis Negeri Wahabi? Mari Kita Berdialog

PERLIS PALING HARMONI, MARI KITA BERDIALOG

(Respon Kepada Pertubuhan Tarekat AMIN)

1. Ada yang cuba mempertikaikan pegangan Perlis dalam beragama. Di sini dijelaskan bahawa Perlis sejak tahun 30an sebelum Merdeka, Perlis melalui gerakan pembaharuan Kaum Muda yang dipengaruhi oleh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha telah memilih jalan menjadikan segala perbezaan pendapat dikembalikan kepada nas al-Quran dan as-Sunnah. Pegangan para sahabat dijadikan rujukan. Di samping itu, penggunaan akal yang waras dan rasional yang kuat juga dijadikan panduan dalam beragama.

2. Justeru, pada tahun 1948, Perlis merupakan antara yang terawal memasukkan Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai pegangan rasmi negeri. Di samping, atas dasar pemikiran yang luas, Perlis tidak mengikat diri dengan hanya satu mazhab , bahkan menerima kesemua mazhab-mazhab fekah yang berada dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah; Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafii, Mazhab Hanbali dan semua pandangan fekah lain yang ditarjih oleh Jawatan kuasa Fatwa rasmi Negeri Perlis. Ini menunjukkan Perlis paling menerima keluasan Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

3. Hendaklah diketahui bahawa fatwa rasmi Negeri Perlis tidak akan dikeluarkan melainkan setelah mendapat perkenaan DYMM Raja Perlis. Pilihan Istana Perlis ialah pegangan yang tidak mengikat diri dengan mazhab fekah tertentu sebaliknya menerima kesarjanaan kesemua mazhab-mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

4. Buat masa ini, hampir kesemua ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis memliki Ph.D dalam bidang pengajian Islam pelbagai cabang. Ada yang bermazhab tertentu khususnya Mazhab Syafii dan ada yang cenderung kepada tarjih. Sebahagian besar mereka bukan orang asal Perlis. Inilah keterbukaan Perlis.

5. Atas dasar tarjih yang dipilih oleh Fatwa Perlis, maka amalan rasmi Negeri Perlis kadang-kala ada perbezaan dengan amalan dalam Mazhab Syafii, pun begitu amalan itu tidak lari nas-nas yang dipegang oleh mazhab-mazhab lain dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah. Antaranya;

-Fatwa Perlis membenarkan membayar zakat fitrah dengan wang (akhirnya diikuti oleh negeri-negeri lain). Ini pandangan asal dari Mazhab Hanafi.

-Fatwa Perlis merupakan yang terawal membenarkan wanita menjadi hakim mahkamah. Ini setelah ditimbang dari pandangan pelbagai ulama. Dahulu fatwa ini dianggap satu dosa, hari ini sudah ada negeri lain yang mengikutinya.

-Fatwa Perlis mewajibkan zakat tanaman selain makanan asasi iaitu zakat Harum Manis. Ini selaras dengan pandangan Mazhab Hanafi.

- Fatwa Perlis tentang ASB dianggap paling menyeluruh dan dipuji oleh pelbagai pihak. Ini kerana mengambil kira ketegasan hukum, keluasan fekah dan situasi semasa.

-Fatwa Perlis bahawa seseorang yang baru menganut Islam hendaklah tidak mengubah nama bapanya. Ini seperti diamalkan di seluruh dunia sejak zaman Nabi s.a.w. (kecuali Malaysia dan Brunei). Hal ini lebih adil untuk keluarganya kerana Islam itu adil untuk semua sekalipun kepada bukan muslim.

-Amalan rasmi Perlis tidak berqunut subuh. Ini selaras dengan majoriti ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah.

-Mahkamah Syariah Perlis memegang pandangan talak tiga sekaligus jatuh satu talak seperti yang diterima pakai di kebanyakan Negara Arab khususnya negara-negara Teluk.

-Amalan rasmi Perlis tidak menjaharkan basmalah semasa solat jahar. Ini perkara khilaf yang muktabar dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Perlis memilih tarjih yang demikian.

-Perlis menolak amalan tidak ada asas yang kukuh dari segi al-Quran dan as-Sunnah seperti perbomohan yang berunsur khurafat, kenduri arwah yang dibantah oleh semua mazhab termasuk Mazhab Syafii, amalan menjual bahan-bahan komersial atas nama agama dan lain-lain.

6. Pun begitu, tiada fatwa rasmi Perlis yang pernah membid’ahkan khilaf yang muktabar seperti qunut subuh, basmalah jahar, solat tarawih 8 ataupun 20. Jika ada yang terdengar hal ini, adalah FITNAH semata.

7. Walaupun ada amalan rasmi Negeri Perlis, pun begitu seseorang tidak diambil tindakan undang-undang hanya kerana khilaf yang muktabar. Seseorang awam tidak diambil tindakan kerana dia berqunut subuh ataupun menjaharkan basmalah ketika solat di masjid. Bahkan, masih banyak masjid yang imamnya berqunut dan menjaharkan basmalah, mereka tidak diambil tindakan undang-undang.  Jika sesiapa menyatakan imam-imam di Perlis semua dipecat kerana tidak berqunut, mereka adalah PENDUSTA yang akan menjawab di hadapan Allah nanti. Soalan kita, apakah nasib imam-imam di negeri selain Perlis jika tidak berqunut?! Di manakah kesederhanaan yang dikatakan itu?

8. Walaupun ada perbezaan pandangan dalam Perlis disebabkan pegangannya yang tidak fanatik kepada hanya satu mazhab, kita tidak pernah mendengar adanya perselisihan pendapat sehingga membawa kepada solat DUA imam, tidak makan sembelihan sesama muslim, bercerai suami isteri kerana berbeza aliran pendapat dan seumpamanya seperti yang berlaku di negeri-negeri lain.

9. Sekalipun Perlis memakai fatwa dari pelbagai tokoh termasuk Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan al-Imam Ibn Qayyim, pun begitu tidak pernah berlaku peristiwa keganasan seperti Peristiwa Memali dan Lubuk Merbau di Kedah, kejadian serangan Kuil Kerling dan seumpamanya. Bahkan ramai yang terlibat ISIS dari pondok Kedah yang berjiran dengan Perlis, juga dari negeri-negeri lain. Alhamdulillah, setakat ini belum ada dari Perlis.

10. Pandangan agama dari Perlis juga sederhana. Saya masih ingat apabila bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib membaca fatwa Perlis tentang hak penjagaan anak, kata beliau kepada saya ‘jika semasa saya menggubal undang-undang dahulu ada fatwa yang seperti ini, mungkin kekecohan sekarang tidak sampai sebegini’.

11. Fatwa-fatwa seperti mengkafirkan sesama muslim,  mengkafir harbikan orang lain yang boleh membawa kepada menumpahkan darah sesama rakyat seperti baru-baru ini, tidak kedengaran dari Perlis, alhamdulillah. Juga Perlis tidak akan membenarkan penceramah yang suka mengkafir dan memaki orang lain seperti menyebut: ‘mu lah kafir’, ‘hang nak masuk neraka ka’, ‘mufti anjing’ dan yang seumpamanya seperti semua maklum yang berbau pengganas dan ektrimis.

12. Buku-buku Muhammad bin Abd al-Wahhab yang dikatakan sebagai pengasas wahabi, tidak pernah dijadikan rujukan rasmi di Perlis. Pernah ada seminar tentang Muhammad Abd Wahhab anjuran bersama pihak yang lain di Perlis. Pun begitu, kesimpulannya pandangan beliau tidak dijadikan rujukan di Perlis. Maka, tiada istilah Wahabi dalam fatwa Perlis. Pun begitu Perlis tidak menyesatkan aliran Muhammad bin Abd al-Wahhab bahkan menyanggap beliau -seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr Wahbah al-Zuhaili- mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

13. Justeru itu, Perlis mempunyai hubungan baik dengan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Arab Saudi. Maka, Perlis menolak golongan ektrimis Syiah dan Tarekat yang menyatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabi s.a.w itu tidak sah kerana imam-imam kedua masjid tersebut wahabi. Perlis menolak aliran ektrimis pelampau seperti itu. Perlis menyatakan, mereka itu dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Perlis sering menerima kedatangan imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi s.a.w dengan penuh ukhuwwah. Maka, al-Syeikh Abdul Rahman as-Sudaisi dan selainnya sering datang ke Perlis atas dasar ini. Maka, golongan fanatik yang cenderung kepada mengkafirkan sesama muslim seperti golongan Ahbash dan murid Syiah Hasan Saqqaf menuduh Perlis pusat wahabi.

14. Jelas, Perlis menerima keluasan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Walaupun ada pendapat yang ditarjihkan, namun Perlis atas dasar wasatiyyah menerima keluasan tanpa mengkafirkan ataupun menyesatkan samada aliran salafi, asyaari ataupun maturidi. Jika ada kritikan ilmiyyah dan bantahan pendapat terhadap pandangan aliran-aliran tersebut itu hanyalah dalam wacana ilmu tanpa pernah ada bukti fatwa Perlis mengkafirkan ataupun menyesatkan.

15. Ya, Syiah memang ditolak di Perlis kerana ia boleh membawa kepada pertumpahan darah, khurafat yang dahsyat dan fitnah sesama muslim. Lihat sahaja ceramah anak murid Hasan Saqqaf yang perkataan ‘kafir, murtad, anjing dan segala perkataan jelek tidak lekang dimulutnya.

16. Tarekat juga tidak diamalkan di Perlis. Ini kerana, ramai golongan tarekat sering terbabit dengan sikap melampau, mengambil kesempatan, khurafat serta merendahkan akal yang waras. Golongan tarekat sering menuduh Perlis wahabi kerana hal ini.

17. Perlis menolak segala kelompok estrimis asyairah, maturidiyyah, salafiyyah dan selain mereka. Ekstrimisme tiada tempat di Perlis. Perlis adalah bumi untuk moderate muslim. Inilah wasatiyyah yang diamalkan di Perlis.

18. Samada hendak dilihat di sudut pro ataupun kontra, parti kerajaan sentiasa menang besar di Perlis. Di masa Kedah jatuh ke tangan pembangkang, Perlis masih kukuh dengan parti kerajaan Pusat. Di Perlis, pusat-pusat PAS sering kali kelihatan tidak selari dengan pandangan fatwa Negeri Perlis dalam amalan. Ertinya, majoriti penyokong kerajaan Pusat adalah dari yang menerima pendekatan Perlis. Hal ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza. Maka, untuk menyatakan aliran Perlis anti kerajaan, mungkin kurang tepat. Jika menyatakan aliran Perlis tegas memberikan pandangan sekalipun berbeza dengan kerajaan pusat, mungkin lebih tepat.

19. Semalam ada pertubuhan yang dianggotai oleh beberapa orang tarekat menyebut tentang ajaran di Perlis. Saya melihat kenyataan pertubuhan yang menamakan mereka AMIN melalui pengerusinya iaitu seorang pengamal tarekat Naqsyabandiah Khalidiyah bernama Abd. Kareem Said Khadaeid tentang Perlis. Saya dengan ini menjemput BELIAU berforum terbuka di Perlis tentang ‘Bahaya Ekstrimisme Agama’ sesuai dengan apa yang beliau sebut. Saya harap beliau akan membuat kenyataan persetujuan dengan kadar segera. Saya pasti beliau ada bahan yang hendak disampaikan. Jika alasan beliau kukuh, kita boleh menerima pakainya. Jika tidak, andai beliau sebagai seorang insan yang ada nilai diri beliau wajar membetulkan kenyataannya.

(Sekadar Perhatian: Pada 15 November 1984 JAKIM telah mengeluarkan keputusan Tarekat Naqsyabandiah Khalidiyyah sebagai sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam).

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saturday 17 September 2016

Nasihat Ustaz Pahrol untuk Pendakwah dalam tulisan

NASIHAT USTAZ PAHROL DARI ATAS BUMBUNG MASJIDIL HARAM

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

27 September 2015/13 Zulhijjah 1436 @ Masjidil Haram.

Saya menolak perkataan "kebetulan" kerana perkataan itu tidak sesuai dengan kehebatan ilmu pengetahuan Allah yang sudah mengatur perjalanan alam jauh sebelum alam ini muncul. Apatah lagi ia tidak seiring dengan ayat ini:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya: Tidak ada sesuatu (perkara atau) kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (al-Hadid [57:22]).

Petang ini sejam sebelum Maghrib, saya bergegas ke Masjidil Haram mahu mengejar solat maghrib berjemaah. Pintu ke laluan Kaabah ditutup kerana sudah penuh berisi. Pihak pengurusan Masjidil Haram mengarahkan kami ke laluan eskalator terus ke bumbung Masjid. Ketika melangkah mencari ruang, saya disapa seseorang.

"Masya Allah! Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, MAHAGURU PENULISAN KREATIF rupanya."

Ustaz Pahrol adalah seorang penulis  lagenda yang bertugas di Syarikat penerbitan Telaga Biru. Tulisannya halus membuai jiwa. Dalam halus ada teguran mesra yang mudah dihadam. Saya boleh katakan beliau memang dianugerahi "HIKMAH/KEBIJAKSANAAN" dalam tutur katanya dan dalam arena penulisan.

Saya yakin sepenuh hati bahawa pertemuan ini bukan kebetulan, tetapi takdir Allah semenjak azali yang mahu saya duduk dan BELAJAR SESUATU dari beliau. Tanpa berlengah saya dan isteri mengambil tempat di sebelahnya. Dengan malu saya meminta teguran dan nasihat dari beliau.

Beliau berkata: "Tak mengapa Ustaz Abdullah, memang kita meminta dari manusia hanya 2. DOA dan NASIHAT."

Antara nasihat emas darinya yang sempat saya kutip adalah:

- Menulis biar dari rasa. Apa yang dirasa kita terus tulis. Bahasa atau ayat? Biar rasa mencari kata bukan kata mencari rasa. Contohnya manusia yang mabuk bercinta, rasa cinta datang dahulu. Bila hati sudah cinta perkataan indah pasti menjengah.

- Ketika mengatur ayat dari rasa, jangan sibuk mencari kesempurnaan tatabahasa. Ia membantutkan rasa. Tulis dahulu, kemudian semaklah tatabahasanya.

- Dalam menulis usah dikejar gelaran BESTSELLER secara angka. Contohilah Dr.  A'idh al-Qarni penulis buku bestseller  "LA TAHZAN", katanya: "Bestseller bagiku adalah cukup dengan para pembaca mendapat hidayah dari tulisanku lalu dia MENDOAKAN AKU."

- Penulis perlu sayangkan sasaran dakwah atau pembaca. Jika mahu menggunakan kaedah "dakwah sentap" sekalipun, sulamilah ia dengan kasih sayang kerana itu adalah arahan Allah kepada Nabi Musa AS ketika beliau dihantar berhadapan dengan FIR'AWN yang paling jahat:

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

"Pergilah kamu berdua (Wahai Musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, DENGAN KATA-KATA YANG LEMAH-LEMBUT, SEMOGA DIA BERINGAT ATAU TAKUT" (Taha [20:43-44]).

- Jangan DIPERSALAHKAN pembaca, sebaliknya susunlah ayat agar pembaca BERASA BERSALAH. Seni ini adalah contoh kasih sayang dalam penulisan.


- Dalam penulisan perlu diterapkan 3 kaedah TAKHALLI  (mengosongkan atau menafikan salah faham), TAHALLI  (menghias kata dengan halus agar pembaca tidak rasa dipersalahkan) dan TAJALLI (menjelaskan fakta yang sebenar). Gabungan ketiga kaedah ini mampu menyedarkan pembaca yang sudah sekian lama berpegang pada fahaman yang salah.

- Perlu sabar dalam penulisan. Bayangkan kesukaran mendidik diri sendiri dalam kesukaran mendidik pembaca. Jika kita perlu masa yang panjang untuk berubah, maka para pembaca juga tak mungkin berubah hanya selepas sekali membaca tulisan kita.

- Penulisan adalah dakwah. Mulai dengan BASMALAH. Jika kita terhenti atau kematian idea, banyakkan istighfar serta sedekah kerana mungkin dosa kita yang membantutkan kelancaran ilham anugerah Allah. Pohon kepada Allah agar dilimpahi idea bernas kerana penulisan kita mungkin menjadi lorong yang membawa kepada perubahan seseorang.

- Antara kerisauan Ustaz Pahrol kepada ramai ustaz muda yang popular atau berstatus selebriti adalah mereka ini disanjung pada usia muda sebelum sempat merasai pahitnya mujahadah dalam perjuangan. Akibatnya ilmu yang disampai belum tentu pembuktiannya atau sukar menusuk hati. Beliau mengimbau banyak kepahitan ketika bermujahadah dalam dakwah bersama jemaah al-Arqam dahulu.

Sebelum berpisah, beliau mengakui banyak merujuk nota Tafsir saya kerana ia agak mudah dihadam oleh orang awam. Beliau menyimpulkan nasihat 20 minit itu dengan kata kunci "SAYANGILAH SASARAN DAKWAH ATAU KELOMPOK PEMBACA KITA."

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah menemui manusia hebat seperti beliau. Nasihat yang beliau kongsi itu sebenarnya bukan berdurasi 20 minit, TETAPI IA ADALAH HIMPUNAN HIKMAH BELIAU YANG BERUSIA 40 TAHUN DALAM DUNIA DAKWAH PENULISAN.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/


Tuesday 6 September 2016

Bantuan Dana Untuk Memperkasakan Dakwah Media Dokumentari Kuliah Sunnah (DKS)

Dokumentari Kuliah Studio (DKS) RAYU DANA RM 15k BAGI MEMPERKASAKAN DAKWAH MEDIA

Satu kerugian besar sekiranya kuliah2 agama yg di sampaikan kini tidak di rekod dan di kongsikan , ia hanya akan di bawa pergi bersama angin yg lalu begitu saja..

Bertitik tolak dari situlah, dgn sedikit dana sendiri juga bantuan sahabat2 , DKS cuba menyusun pelbagai strategi bagi memperkasakan dakwah melalui media..

DKS yg di latari oleh kelompok anak muda yg punyai visi dan misi bagi mengegar lenyapkan kesyirikan serta menegakkan kalimah tauhid dgn idea2 kritis dan sentiasa komited serta responsif dalam memperkasakan jaringan dakwah media spt YouTube , Facebook dll.

Faktor kewangan adalah kekangan bagi DKS utk mempersiapkan kelengkapan peralatan spt set kamera , audio dan komputer sejajar dgn perkembangan teknologi yg ada penyebaran agar wahyu dari langit ini dapat merentasi daerah dakwah yg luas..

Setiap kita punya kewajiban untuk berdakwah. Harus ada di kalangan umat akhir zaman yang menunaikannya di suatu tempat atau negeri.

Kefarduannya x terlepas dari kita semua jika tiada yg menunaikannya bagi mengugurkan kewajibannya kepada yg lain..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS. 3:104)

DKS tiada kaitan dgn mana2 badan politik dan bebas dari sebarang Idealogi songsang. Objektif utama DKS adalah bertujuan merakamkan kuliah2 agama dari seluruh Malaysia dan menyebarkan semua rakaman tersebut ke seluruh ceruk pelusuk utk manafaat pelbagai golongan dan menjadikan channel DKS sebagai sumber rujukan genarasi akan datang..Insha Allah

Untuk tujuan ini , kami (DKS) mempelawa para dermawan dari mana2 syarikat dan org perseorangan di luar sana utk bersama sama bagi menjayakan tujuan murni ini.

Di maklumkan rayuan dana 15k ini akan di gunakan utk perkara spt di bawah:
- 2 unit PC dan kelengkapan
- 1 Set Kamera , audio dan kelengkapannya.

Berinfaklah mengikut kemampuan masing2 dgn niat yg ikhlas kerana bukan nilai yg di utamakan , tapi usha yg kita lakukan utk agama ini lebih penting dgn mengharapkan ganjaran yg baik di sisi-Nya.

Semoga Allah merahmati dan memberikan ganjaran dan balasan yg baik kepada tuan/puan semua..Insha Allah

Sumbangan boleh di salurkan ke:

DOKUMENTARI KULIAH STUDIO
MAYBANK
5629 9100 7355

Sila hubungi Abu Ebrahim 017-2211426 utk sebarang pertanyaan.

Aktiviti DKS , sila layari dokumentarikuliah.com

KOMITED MEMPERKASAKAN DAKWAH

Dengan rendah hati kami ingin memohon sumbangan untuk membeli komputer untuk tujuan dakwah seperti edit video-video kuliah ustaz sunnah di Kelantan dan Johor Bharu, InsyaAllah.

Menjadi aturan hidup, manusia tidak mampu melakukan segala-galanya dengan sendiri, sebaliknya memerlukan pihak lain untuk membantu merealisasikan kehendak.

Oleh yang demikian, berlakulah sikap toleransi dan tolong menolong sesama manusia.
Dalam hal itu, Islam telah memberikan petunjuk terhadap adab-adab apabila di bantu.

Di antara adab-adab tersebut adalah dengan bersyukur atau kata lain berterima kasih terhadap pihak yang telah memberikan bantuan.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Hibban dan lain-lain yang dinilai shahih oleh al-Syeikh al-Albani, Baginda shallallahu'alaihiwasallam bersabda:
"Sesiapa yang dibuat kebaikan kepadanya, lalu dia berkata kepada orang yang melakukan (kebaikan tersebut dengan ucapan): Jazakallahu khaira

(Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia telah memberikan pujian yang terbaik".
Demikian juga di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Daud, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Abi Hurairah radhiallahu'anhu, sabda Baginda shallallahu'alaihiwasallam:

"Tidak (dikira) bersyukur kepada Allah bagi sesiapa yang tidak mahu bersyukur/berterima kasih kepada manusia".

Objektif sumbangan ini ialah membantu memperbanyakkan video-video ustaz sunnah supaya ia menjadi rujukan kepada masyarakat kita yang ketandusan ilmu.

Semoga dengan usaha yang sedikit ini mempu membantu mempertingkatkan paradigma dakwah kita ke persada dunia.

Segala sumbangan hendaklah disalurkan kepada:
Akaun Maybank

Dokumentari Kuliah Studio
5629 9100 7355

📱Untuk Pertanyaan
Sila Hubungi :
017 2211 426
Abu Ebrahim

mohon tulis PC untuk rujukan kami.

[MP3] Kuliah Sunnah (14/08/2016 - 24/08/2016) Sekitar Kota Bharu, Kelantan

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 14/08/16 hingga 24/08/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Muhammadi, Ust Hakimi, Ust Faizal, Ust Hanief, Ust Shakir, Dr Abd Basit.

1. Ust Shakir - 160814 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Beriman dgn Hari Akhirat
http://www.mediafire.com/download/mga0s786w8x9qci/Ust_Shakir_-_160814_Perkara_yg_Mesti_Diketahui_Muslim%3B_Beriman_dgn_Hari_Akhirat.MP3

2. Ust Shamsuddin - 160816 Risalah Tauhid; Ancaman thdp org suka diagungkan
http://www.mediafire.com/download/am3oo5h8f8dawgb/Ust_Shamsuddin_-_160816_Risalah_Tauhid%3B_Ancaman_thdp_org_suka_diagungkan.MP3

3. Ust Shamsuddin - 160818 Faslul Khitob; Perang Jamal
http://www.mediafire.com/download/b1bcl8gkb6rfcf8/Ust_Shamsuddin_-_160818_Faslul_Khitob%3B_Perang_Jamal.MP3

4. Ust Hakimi - 160819 Tafsir surah al-Baqarah ayat 164-182
http://www.mediafire.com/download/k2784uydsgc2c71/Ust_Hakimi_-_160819_Tafsir_surah_al-Baqarah_ayat_164-182.MP3

5. Ust Badrul - 160819 Kitab Tauhid; Penyimpangan aqidah & puncanya
http://www.mediafire.com/download/30vh2kb1wbuhr8a/Ust_Badrul_-_160819_Kitab_Tauhid%3B_Penyimpangan_aqidah_%26_puncanya.MP3

6. Ust Badrul - 160819 Targhib wa Tarhib; Anjuran utk memudahkan org melunaskan hutang
http://www.mediafire.com/download/4ettykzypppyjgk/Ust_Badrul_-_160819_Targhib_wa_Tarhib%3B_Anjuran_utk_memudahkan_org_melunaskan_hutang.MP3

7. Dr Abd Basit - 160820 Bedah Buku Rahmat Disebalik Perbezaan siri 3
http://www.mediafire.com/download/yjssuqgl2gdh4my/Dr_Abd_Basit_-_160820_Bedah_Buku_Rahmat_Disebalik_Perbezaan_siri_3.MP3

8. Ust Hakimi - 160820 Fathul Majid; Termasuk syirik bernazar utk selain Allah
http://www.mediafire.com/download/o66p8p6yzaj4gch/Ust_Hakimi_-_160820_Fathul_Majid%3B_Termasuk_syirik_bernazar_utk_selain_Allah.MP3

9. Ust Qamar - 160821 Perkara yg Mesti Diketahui Muslim; Beriman dgn Hari Kiamat
http://www.mediafire.com/download/mb8y59dunvcb36c/Ust_Qamar_-_160821_Perkara_yg_Mesti_Diketahui_Muslim__Beriman_dgn_Hari_Kiamat.MP3

10. Ust Muhammadi - 1600821 Tafsir surah Muhammad ayat 20-29
http://www.mediafire.com/download/twyrqbma6c2iw89/Ust_Muhammadi_-_1600821_Tafsir_surah_Muhammad_ayat_20-29.MP3

11. Ust Hanief - 160821 al-Lu'lu' wal Marjan; Kitab Tafsir bab beriman dgn Rasul
http://www.mediafire.com/download/rarhvrlcp9hryrk/Ust_Hanief_-_160821_al-Lu%27lu%27_wal_Marjan%3B_Kitab_Tafsir_bab_beriman_dgn_Rasul.MP3

12. Ust Qamar - 160822 Bulughul Maram; hadith 7xx-7xx bab haji (18min kuliah sbb mslh teknikal)
http://www.mediafire.com/download/xhq1xy1ieqtcgda/Ust_Qamar_-_160822_Bulughul_Maram%3B_hadith_7xx-7xx_bab_haji_%2818min_kuliah_sbb_mslh_teknikal%29.MP3

13. Ust Shamsuddin - 160822 Sahih Bukhari; Kitab Iman hadith ke-8 cabang2 iman
http://www.mediafire.com/download/g5fzi8le1mvd7sr/Ust_Shamsuddin_-_160822_Sahih_Bukhari%3B_Kitab_Iman_hadith_ke-8_cabang2_iman.MP3

14. Ust Faizal - 160823 Tafsir surah al-Baqarah ayat 23-25
http://www.mediafire.com/download/pm14417vmxspfe7/Ust_Faizal_-_160823_Tafsir_surah_al-Baqarah_ayat_23-25.MP3

15. Ust Badrul - 160823 Tafsir surah al-Bayyinah ayat 6-8
http://www.mediafire.com/download/8bgvc6rtx0ghef6/Ust_Badrul_-_160823_Tafsir_surah_al-Bayyinah_ayat_6-8.MP3

16. Ust Muhammadi - 160824 Sahih Ibn Hibban; Muqaddimah & Bhgn al-Awaamir hadith 1
http://www.mediafire.com/download/f746s6l1x0b8ajp/Ust_Muhammadi_-_160824_Sahih_Ibn_Hibban%3B_Muqaddimah_%26_Bhgn_al-Awaamir_hadith_1.MP3

Sebarkan, semoga bermanfaat.

[MP3] Kuliah Sunnah (25/07/2016 - 16/08/2016) Sekitar Kota Bharu, Kelantan

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI sekitar Kota Bharu sepanjang minggu (antara 25/07/16 hingga 06/08/16) oleh:

Ust Wan Qamaruzzaman, Ust Badrul Hisham, Ust Shamsuddin, Ust Amin, Ust Muhammadi, Ust Hakimi, Ust Shakir, Dr Abd Basit.

1. Ust Shamsuddin - 160725 Sahih Bukhari; Kitab Iman hadith ke-8
http://www.mediafire.com/download/bat8b18c4mbpaa2/Ust_Shamsuddin_-_160725_Sahih_Bukhari%3B_Kitab_Iman_hadith_ke-8.MP3

2. Ust Amin - 160726 Fiqh Manhaji; Adab2 ketika buang air
http://www.mediafire.com/download/mjflphq251d2tfg/Ust_Amin_-_160726_Fiqh_Manhaji%3B_Adab2_ketika_buang_air.MP3

3. Ust Qamar - 160727 Fiqh Sunnah; Hukum2 Sembelihan
http://www.mediafire.com/download/92xocu8d5wg6y4t/Ust_Qamar_-_160727_Fiqh_Sunnah%3B_Hukum2_Sembelihan.MP3

4. Ust Badrul - 160729 Kompas Umat; Melihat Wajah Allah
http://www.mediafire.com/download/ncb7we676cd97v0/Ust_Badrul_-_160729_Kompas_Umat%3B_Melihat_Wajah_Allah.MP3

5. Ust Muhammadi - 160731 Tafsir surah Muhammad ayat 7-11
http://www.mediafire.com/download/zm9x9ib09splsf6/Ust_Muhammadi_-_160731_Tafsir_surah_Muhammad_ayat_7-11.MP3

6. Ust Qamar - 160801 Bulughul Maram; hadith 7xx-7xx bab haji
http://www.mediafire.com/download/b4c0u9r16988fcc/Ust_Qamar_-_160801_Bulughul_Maram%3B_hadith_7xx-7xx_bab_haji.MP3

7. Ust Shamsuddin - 160801 Sahih Bukhari; Kitab Iman hadith ke-8 Kesimpulan hadith
http://www.mediafire.com/download/cdgeq4moot45r95/Ust_Shamsuddin_-_160801_Sahih_Bukhari%3B_Kitab_Iman_hadith_ke-8_Kesimpulan_hadith.MP3

8. Ust Shamsuddin - 160802 Risalah Tauhid; Kesesatan berkaitan keyakinan pd kelebihan org@ tempat tertentu
http://www.mediafire.com/download/kixugxxizwrgy0k/Ust_Shamsuddin_-_160802_Risalah_Tauhid%3B_Kesesatan_berkaitan_keyakinan_pd_kelebihan_org%40_tempat_tertentu.MP3

9. Ust Amin - 160802 Fiqh Manhaji; Wudhu' dan rukunnya
http://www.mediafire.com/download/mi4uv4x4w6gz355/Ust_Amin_-_160802_Fiqh_Manhaji%3B_Wudhu%27_dan_rukunnya.MP3

10. Ust Shakir - 160803 Ar-Rahiqul Makhtum; Pelbagai tentangan musyrikin Mekah thdp dakwah Nabi
http://www.mediafire.com/download/92sumy0aehh775s/Ust_Syakir_-_160803_Ar-Rahiqul_Makhtum%3B_Pelbagai_tentangan_musyrikin_Mekah_thdp_dakwah_Nabi.MP3

11. Ust Badrul - 160804 Tafsir surah al-Baqarah ayat 127-129
http://www.mediafire.com/download/1uzy8x006l126wr/Ust_Badrul_-_160804_Tafsir_surah_al-Baqarah_ayat_127-129.MP3

12. Ust Badrul - 160805 Targhib wa Tarhib; Samb. Bab kelebihan sedekah
http://www.mediafire.com/download/4twlv17vhifpgjb/Ust_Badrul_-_160805_Targhib_wa_Tarhib%3B_Samb._Bab_kelebihan_sedekah.MP3

13. Ust Badrul - 160805 Kitab Tauhid; Makna aqidah & hujahnya sbg landasan agama
http://www.mediafire.com/download/wc142ib2esld7wy/Ust_Badrul_-_160805_Kitab_Tauhid%3B_Makna_aqidah_%26_hujahnya_sbg_landasan_agama.MP3

14. Ust Hakimi - 160805 Tafsir surah al-Baqarah ayat 152-163
http://www.mediafire.com/download/j6d8dwvq3zxna56/Ust_Hakimi_-_160805_Tafsir_surah_al-Baqarah_ayat_152-163.MP3

15. Dr Abd Basit - 160721 Bedah Buku Rahmat Disebalik Perbezaan siri 1
http://www.mediafire.com/download/l3fsggm48b8c8dv/Dr_Abd_Basit_-_160721_Bedah_Buku_Rahmat_Disebalik_Perbezaan_siri_1.MP3

16. Dr Abd Basit - 160806 Bedah Buku Rahmat Disebalik Perbezaan siri 2
http://www.mediafire.com/download/swg5g66vl4kdims/Dr_Abd_Basit_-_160806_Bedah_Buku_Rahmat_Disebalik_Perbezaan_siri_2.MP3

17. Ust Hakimi - 160806 Fathul Majid; Larangan dari menghampiri syirik
http://www.mediafire.com/download/avzdbpyrhgv3ean/Ust_Hakimi_-_160806_Fathul_Majid%3B_Larangan_dari_menghampiri_syirik.MP3

Sebarkan, semoga bermanfaat.

Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI oleh Ust Syaari Ab Rahman sekitar Kota Bharu (March – Ogos 2016)


Rakaman kuliah2 ilmu TERKINI oleh Ust Syaari Ab Rahman sekitar Kota Bharu (March – Ogos 2016)
– Memahami Kisah2 dlm al-Qur’an, Bengkel Berinteraksi dgn Juz Amma & surah Yasin
1. Ust Syaari Abd Rahman - 160318 Memahami Kisah2 dlm al-Qur'an sesi 1
http://www.mediafire.com/download/s42w6bzd3k7lfki
2. Ust Syaari Abd Rahman - 160318 Memahami Kisah2 dlm al-Qur'an sesi 2
http://www.mediafire.com/download/58189r0jbo779z6
3. Ust Syaari Ab Rahman - 160622 Bengkel Berinteraksi dgn Juz Amma sesi 1; Surah an-Naba'- at-Takwir
http://www.mediafire.com/…/Ust_Syaari_Ab_Rahman_-_160622_Be…
4. Ust Syaari Ab Rahman - 160622 Bengkel Berinteraksi dgn Juz Amma sesi 2; Surah al-Infithar - at-Thariq
http://www.mediafire.com/…/Ust_Syaari_Ab_Rahman_-_160622_Be…
5. Ust Syaari Ab Rahman - 160622 Bengkel Berinteraksi dgn Juz Amma sesi 3; Surah al-A'la - an-Naas
http://www.mediafire.com/…/Ust_Syaari_Ab_Rahman_-_160622_Be…
6. Ust Syaari Ab Rahman - 160819 Bengkel Berinteraksi dgn surah Yasin sesi 1
http://www.mediafire.com/…/Ust_Syaari_Ab_Rahman_-_160819_Be…
7. Ust Syaari Ab Rahman - 160819 Bengkel Berinteraksi dgn surah Yasin sesi 2
http://www.mediafire.com/…/Ust_Syaari_Ab_Rahman_-_160819_Be…
8. Ust Syaari Ab Rahman - 160819 Bengkel Berinteraksi dgn surah Yasin sesi 3
http://www.mediafire.com/…/Ust_Syaari_Ab_Rahman_-_160819_Be…
Tambahan: Slide Show Program di atas boleh dimuat turun dari link di bawah;
1. Ust Syaari - Seminar Ibrah Kisah2 al-Qur'an.pdf
https://drive.google.com/…/0B1bf6uX4jbPbM0FDaHpUSUpRU…/view…
2. Ust Syaari - Seminar Tafsir Juz Amma.pdf
https://drive.google.com/…/0B1bf6uX4jbPbeTZMVGpuXzc1N…/view…
3. Ust Syaari - Seminar Ibrah Surah Yaasin.pdf
https://drive.google.com/…/0B1bf6uX4jbPbbDI1MW5hVTVVb…/view…
Sebarkan, semoga bermanfaat.