Tuesday 30 July 2019

Bersabarlah Atas Apa Yang Mereka Katakan Padamu

1. Kita pergi ke bank untuk check duit. Tiba-tiba tanpa disangka duit yang entah datang dari mana masuk ke dalam akaun kita dengan jumlah yang banyak. Hati siapa yang tidak gembira.

2. Perkara sedemikian mungkin akan terjadi pada diri kita di akhirat sana. Bagaimana? Sekiranya kita bersabar di atas kejian, tuduhan dan umpatan orang di dunia, kita akan mendapat pahala ibadah dan amalan mereka di akhirat sana.

3. Adakalanya kita tidak lakukan sesuatu perkara itu, tetapi masyarakat berbicara dan menuduh kita melakukannya. Ia hal yang sangat berat untuk dihadapi. Ataupun kita melakukan kesalahan, kita telah kesal dan ingin berubah. Akan tetapi masyarakat masih lagi berbicara berkenaan ia tanpa henti seolah-olah pintu taubat sudah tertutup rapat selamanya.

4. Sekiranya kita bersabar atas celaan dan makian orang, maka pahala ibadah amalan orang yang cela dan maki kita tersebut, akan masuk ke akaun kita. Rasulullah bersabda dalam hadith riwayat muslim, فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ maka akan diberikan daripada kebaikannya kepada orang yang dia zalimi.

5. Ataupun dosa yang kita lakukan akan hilang terbang pergi kepada orang yang zalimi kita tersebut di dunia. Hendak tahan telinga dari dicerca bukan mudah. Ia perkara yang susah dan payah.

Ketika Rasulullah ditohmah oleh kafir quraisy, Allah Swt berfirman فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ:

"Bersabarlah atas apa yang mereka katakan padamu"

-Ustaz Amir Farhan

Setiap Insan Pasti Diuji

1. Setiap insan pasti akan diuji dan ditimpa musibah. Ujian yang akan ditimpa oleh manusia sering berbeza antara kita. Adakalanya manusia menghadapi tekanan untuk keluar daripada derita yang dihadapi.

2. Dalam kitab سير أعلام النبلاء pada jilid 8, m/s 408, seorang lelaki bernanah bisul keluar banyak dari lututnya. Telah 7 tahun dia menderita sakitnya akan hal itu. Bermacam-macam doktor telah ditemuinya. Namun tetap buntu. Akhirnya beliau meminta nasihat daripada ulamak hadith Abdullah bin Mubarak. Kemudian Ibn Mubarak menasihati orang itu agar buat satu perigi ataupun saluran air, infakkan untuk kegunaan orang ramai.

Setelah buat perkara itu, alhamdulillah dengan izin Allah sembuh penyakit yang beliau lama menderita disebabkan ia. Ketahuilah, sedekah sangatlah ajaib. Urusan akan dipermudah, jalan kehidupan yang sempit menjadi luas, masalah yang gelap akan berubah menjadi cerah. Banyak kisah ajaib salafussoleh berkenaan kehidupan mereka setelah bersedekah.

3. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah bersabda:

فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَ مَالِهِ وَ نَفْسِهِ وَ وَلَدِهِ وَ جَارِهِ يُكَفِّرُهَا الصِّيَامُ وَالصَّلاَةُ وَالصَّدَقَةُ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ

“Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya dapat dihapus dengan puasa, solat, sedekah, dan amar makruf nahi munkar.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Bersedekahlah, maka Allah akan membantu kita. Biarpun dengan nilai yang sedikit, tetapi jika ia datang dari hati yang ikhlas, akan diterima di sisi Allah. Selalunya duit syiling kita biar saja tidak hiraukan. Siapa tahu jika kita sedekah mungkin dapat mengeluarkan kita dari ditimpa musibah.

-Amir Farhan

Sunday 21 July 2019

Kenapa RESPECT, BONDING dan ENERGY Sangat Penting?

RESPECT, BONDING dan ENERGY a.k.a RBE

Apa kaitan perkataan di atas dengan business insurance/takaful?…

3 element yang mungkin biasa kita dengar…tapi apa kaitannya antara satu sama lain. Dan apa kaitannya secara langsung dengan business insurance/takaful?

Sepanjang saya buat business insurance bersama dengan Prudential, semenjak 2003, ada beberapa perkara yang bebetul mengajar saya…mengenai ENERGY (semangat)…

Business insurance nie penuh dengan semangat, penuh dengan kekuatan mental. Jadi, kita lihat pulak, macam mana nak dapatkan semangat nie….terutama kita dah tahu bahawa Business Insurance nie adalah REJECTION BUSINESS. Business yang sentiasa kena reject..(tapi tak semua reject)….cuma ramai yang reject…jadi, apa ubat yang terbaik utk merawat rejection nie?…ubatnya adalah semangat kita atau positive energy yang ada dalam diri kita.

Persoalannya…macam mana nak dapatkan semangat nie?…Pada saya simple je…

Cuba kita renungkan, kenapa Allah suruh kita solat berjemaah?…kalau kita solat Zohor seorang diri, berapa rakaat kita perlu solat?…4 rakaat bukan?…kalau solat Jemaaah Zohor?…berapa rakaat kita kena perlu solat?…4 rakaat atau lebih?…sudah tentu 4 rakaat jugak…tetapi pahala dan keberkatan yang kita peroleh?…adakah sama dengan kita solat sendirian?…
Jadi, kita renung dalam business insurance pulak. Ramai yang mengetahui, dan mengakui bahawa buat insurance nie tak boleh buat seorang diri. Kena buat berkumpulan, buat secara berjemaah….dan istilah yang biasa kita guna “TEAMWORKING”…

Apa prinsip asas kerja berkumpulan nie?…pada saya ialah RESPECT….kita perlu respect kepada orang lain dalam kumpulan kita. Respect ini sangat luas, saya berikan contoh yang paling mudah…Apabila jalankan sesebuah project, sudah tentu ada pembahagian tugas dan setiap tugas tersebut perlu diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan dan dengan sempurna. Jadi, cuba bayangkan, ada salah seorang team member yang selfish..mementingkan diri sendiri, apa akan jadi dengan project tersebut?..sudah tentu ada masalah, dan mungkin menyebabkan team member lain terpaksa membuat kerja lebih…Apabila ada yang buat kerja sikit, ada yang buat kerja lebih, tetapi hasilnya semua dapat. Sebagai manusia biasa, akan ada perasaan tak puas hati dikalangan team member….akhirnya…apa jadi dengan group tersebut..akan jadi berpecah belah, tiada sifat saling mempercayai…

Sebaliknya, sekiranya setiap team member tahu tanggungjawab masing2 dan RESPECT kepada team member lain…hati kita akan happy dan dari situ lah terbentuknya UKHWAH sesama ahli…atau BONDING….dan apabila BONDING antara satu sama lain semakin kukuh, dari situ datangnya ENERGY. Dari energy yang luar biasa itulah terhasilnya performance kerja hebat. Dan akhirnya ia akan mewujudkan satu persekitaran yang sangat positive. Persekitaran yang positive ini membolehkan kumpulan tersebut berkembang dan terus berkembang.

Mungkin ada yang memandang remeh perkara ini, akan tetapi kepada leader2 atau manager2 yang pernah ada pengalaman membangunkan agency sendiri, tentu anda faham apa yang cuba saya sampaikan…
Sekian


-Uzma Group

2 Jenis Mindset Close Sales Syarikat Bilion Dolar

SYARIKAT BILION DOLAR GUNA 2 JENIS MINDSET CLOSE SALES INI.

Benda ini pun saya belajar dengan orang lain.

Salah seorangnya adalah Tuan Bukhari Ramli. Beliau banyak tekankan tentang mindset atau cara kita berfikir.

Cara kita berfikir akan menterjemahkan cara kita bertindak.

Begitu juga close sales.

Kalau kita ada mentaliti yang salah, maka sepanjang proses close sales, kita akan buat prospek benci dan malas layan kita.

-

Jadi, apakah mindset close sales yang boleh kita amalkan?

Dalam kelas Tony Robbins, beliau berulang-ulang kali cakap betapa pentingnya untuk ada dua jenis mindset:

1) Serving (Berkhidmat untuk pelanggan).

2) Hungry (Sentiasa dahagakan maklumat daripada pelanggan supaya kita dapat ambil berat tentang mereka).

Dua jenis mindset ini dapat membantu kita mempunyai strategi close sales yang menekankan kepentingan hubungan dengan pelanggan untuk jangka masa panjang.

-
1) SERVING.
-

Close sales adalah satu perkataan yang mempunyai lebih banyak persepsi negatif berbanding positif.

Contoh?

Majoriti peniaga anggap close sales ini hanya ambil duit pelanggan. Manipulasi emosi sampai dia membeli. Dan segala macam persepsi negatif yang bermain dalam minda.

Apa yang kita fikir, itu yang kita akan buat.

Mempunyai mindset serving atau 'mahu berikan khidmat terbaik' kepada bakal pelanggan adalah pendekatan yang sangat berbeza.

Tony Robbins gunakan contoh Zappos.

Zappos bukan syarikat kecil. Ia adalah syarikat bernilai bilion dolar dan bermula dengan menjual kasut saja di laman web.

Jenama ini sangat terkenal dengan cara mereka melayan pelanggan.

Bahagian sales mereka tidak akan biarkan pelanggan tertanya-tanya.

Ada 1 kes di mana produk yang pelanggan nak sudah tak ada stok.

Apa yang Zappos buat?

Mereka tolong carikan produk itu untuk mereka menerusi pesaing-pesaing lain. Apabila sudah dapat produk itu, mereka akan beritahu pelanggan cara untuk dapatkan, di mana kedai terdekat dan sebagainya.

Bagi Zappos, tanggungjawab mereka pula adalah berikan khidmat dan bantuan sampai pelanggan dapat apa yang mereka nak.

-
2) HUNGRY.
-

Apabila kita lapar, kita akan cari jalan untuk dapatkan makanan.

Kita akan cuba macam-macam cara. Kita tak mudah buat keputusan untuk angkat bendera putih a.k.a mengaku kalah.

Mindset HUNGRY dari sudut close sales adalah:

+ Kita mahu ambil berat tentang prospek.

+ Kita mahu kenal mereka sedalam yang boleh. Semaksimum yang mungkin.

+ Kita mahu prospek yakin bahawa kita adalah individu yang bukan saja boleh dipercayai. Bahkan cuba membantu mereka buat keputusan pembelian supaya mereka puas hati.

Secara tak langsung, ia berkait semula pada mindset pertama.

-
MASALAH CLOSE SALES BERLAKU KERANA MINDSET DAN...
-

Sikap kita.

Tapi apabila kita betulkan mindset, kebarangkalian besar sikap kita pun akan turut berubah rentaknya.

Close sales bukan saja melibatkan strategi atau taktik. Walaupun kita sudah gunakan skrip close sales terbaik di dunia, tapi jika mindset atau cara berfikir kita tak betul, maka tak guna juga skrip itu.


- Write To Wealth

Tabiat Berkesan Bina Tabiat Baru

Buat 7 kaedah simple dan powerful ini selama 21 hari:

Simple dan powerful!! Kaedah ini terbukti berkesan untuk membina tabiat/kebiasaan baru dalam hidup sahabat. 

Sedia dah?

.
.

1-    Ambil keputusan dan bertindak

Pertama dan terpenting, ambil keputusan. Bagitahu diri kita yang kita nak start belajar tabiat/kebiasaan baru dan beri tumpuan 100% pada keputusan itu.

2-    Jangan tangguh

Kedua, jangan sesekali tangguh kebiasaan baru yang korang tengah belajar. Jangan bagi alasan, jangan biarkan malas kuasai fikiran.

3-    Bagitahu orang lain yang korang tengah berlatih tabiat/kebiasaan baru

Bagitahu keluarga atau kawan yang kita sedang belajar nak biasakan tabiat baru.

4-    Rasakan impian tabiat baru tu, realize

Rasa dan feel betul² yang sahabat dah berjaya biasakan diri dengan tabiat baru, dan bayangkan yang kita hidup dengan rutin tabiat baru tu dan enjoy it. Feelings are Prayes. 

5-    Ulang, ulang dan ulang

Ulang banyak kali latihan yang korang buat. Repetitions ni macam latihan. Lama² boleh perfect. 

6-    Buat berterusan

Pantau dengan buat sampai nampak hasil. Istiqamah, niatkan dan doa Allah bantu mudahkan tabiat baru kita.

7-    Bagi hadiah pada diri sendiri

Hadiah yang paling nikmat sekali adalah apabila kita Berjaya masukkan tabiat baru itu ke dalam diri bawah sedar.

Dapat sesuatu tak?
Jom bina tabiat Capai KPI adalah Tabiat Kami.


Sir Dharma Syamim

Pandangan Berbeza Terhadap Rezeki

Kalau rezeki itu datang kerana kerja keras, pasti orang paling kaya adalah si kuli banggunan.

Kalau lah rezeki itu datang kerana kepandaian berniaga dan ada PHD dalam perniagaan. Pastinya para pensyarah menjadi orang paling kaya dalam perniagaan.

Dan jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para perdana menteri, presiden & Raja di urutan paling terdepan paling kaya dari 10 orang paling kaya didunia!

Itu lah rezeki, manusia ramai yang tertipu. Disangkanya rezeki lebih baik jika pangkat lebih besar. Lalu terjadilah cantas mencantas, bodek membodek, rasuah dan sebagainya.

Rezeki sebenar tidak mampu dilihat oleh manusia yang tertipu.

Ada orang sangka berkereta besar itu rezeki. Ada pula orang yang anggap solat berjemaah 5 waktu itu rezeki.

Ada orang sangka mempunyai anak berjawatan besar adalah rezeki. Ada pula orang anggap mempunyai anak yang tidak meninggalkan solat berjemaah atau pun hafiz al Quran merupakan satu rezeki.

Ada orang sangka berumah mewah itu rezeki. Ada orang yang anggap tidak mempunyai hutang dan terlibat dengan riba itu rezeki.

Ada orang sangka tidur diatas tilam empuk dalam runah yang besar berhawa dingin itu rezeki. Tetapi ada orang anggap todur dalam keadaan berwudhuk itu rezeki walaupun tidurnya di bawah jambatan.

Itu lah manusia. Rezeki selalu menipu kita.

Selamat mencari rezeki. Jangan guna harta majikan untuk urusan peribadi walaupun sebatang pen atau sehelai kertas. Kita cari keberkatan bukan duit yang banyak!

Dah zikir pagi?

Semoga Allah memudahkan urusan kita hari ini.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!


-Ustaz Ahmad Hasyimi

Apa Tanda Kita Cinta Pada Allah?

KADAR KECINTAAN KITA PADA ALLAH

Semua orang boleh mendakwa bahawa dia mencintai Allah dan rasul-Nya, namun setiap dakwaan mestilah didatangkan pembuktian, maka apa bukti dan tanda cinta kita kepada Allah? 

Berikut adalah jawapan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:

محبة كلام الله فانه من علامة حب الله 

Cinta pada Al-Qur’an (kalamullah) adalah tanda cinta pada Allah.

وإذا أردت أن تعلم ما عندك وعند غيرك من محبة الله فانظر محبة القرآن من قلبك 

Jika engkau ingin mengetahui kadar cintamu, dan sekitarmu kepada Allah, maka lihatlah kadar kecintaan terhadap al-Quran dalam hatimu.

وإلتذاذك سماعه أعظم من إلتذاذ أصحاب الملاهي والغناء المطرب بسماعهم 

Kelazatanmu (kegembiraanmu) mendengar firman-Nya semestinya jauh lebih besar dari kelazatan yang dirasakan oleh orang yang mencintai musik dan nyanyi-nyanyian. 

فإنه من المعلوم أن من أحب حبيبا كان كلامه وحديثه احب شيئا اليه 

Termasuk perkara yang diketahui oleh semua orang, bahawa sesiapa yang mencintai seseorang pasti mencintai ucapan dan perkataannya juga.

كما قيل

ان كنت تزعم حبي فلم هجرت كتابي … 
أما تأملت ما فيه من لذيذ خطابي

Seperti ucapan seorang penyair:

Jika engkau menyatakan cinta kepadaKu
Lalu mengapa engkau jauhi kitab-Ku

Tidakkah engkau perhatikan apa yang didalamnya
Yang merupakan kelazatan seruan-Ku

وقال عثمان ابن عفان رضي الله عنه لو طهرت قلوبنا لما شبعت من كلام الله وكيف يشبع المحب من كلام من هو غاية مطلوبه

‘Utsman bin ‘Affan radiyallahu anhu pernah berkata:

“Sekiranya hati kita bersih, tentu kita tidak akan pernah puas bersama Al-Quran (kalamullah)”

Bagaimana mungkin seorang pencinta boleh merasa puas mendengar ucapan dari yang di cintainya, sedangkan itulah puncak tujuannya.

-Tamat nukilan dari buku Ad Da’ Wad Dawa’ oleh Ibnu Qayyim-


-Abu Sofiyyah Al Bahari

Hargai Sekecil Nikmat Kerana Ia Akan Hilang

Sewaktu kelas dauratul hadith dulu, ketika MMAY mensyarahkan satu hadith di dalam kitab makanan ( كتاب الأطعمة ). Kata beliau : 

Dekat dunia ni walau sudah dapat yang paling nikmat sekalipun, pada akhirnya nikmat itu tetap akan hilang. Selagi kita hidup di dunia ni, nikmat itu tidak akan berkekalan. 

Contohnya : 

Kita pernah rasa lapar, kemudian kita teringin sangat mahu merasa makanan yang paling mahal seumpama ‘ lobster ‘ ( udang karang ), lalu ketika kita sedang menikmatinya, tiba-tiba perut sudah pun kenyang. Maka terhentilah kenikmatan kerana perut. 

Begitu juga kita sedang asyik membaca dan menelaah kitab. Seronok dengan penemuan-penemuan baru. Kemudian kita mula menyampaikan ilmu kepada masyarakat, nikmatnya terasa sekali bila mampu memberi. Tetapi nikmat itu tidak kekal lama, kerana ilmu itu masih terlalu luas untuk diteroka. Masih terlalu banyak persoalan yang timbul yang perlu dibahas. 

Sungguh ! Ketika kita sedang asyik dibuai kenikmatan. Maut datang tanpa diduga. Segala kenikmatan hanya tinggal nikmat. 

Kerana itulah, selagi kita hidup, nikmatilah hidup semahunya, agar hadir dalam fikiran kita, ‘ Jika di dunia sudah sesedap dan senikmat ini, lalu bagaimanakah pula kenikmatan di syurga yang Allah sediakan ‘. 

Hari itu, kalam MMAY begitu berbekas dalam sanubari ini. Moga Allah menjaga MMAY selalu. 

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita


-Amir Fathy

Produk Kosmetik Berasaskan Siput Bernilai US$314 juta?

Petani-petani di Thailand kini berlumba-lumba ternak siput.

Bukan siput sedut tapi tapi siput babi.

Seribu siput bawa pulangan bulanan antara UD$320 hingga US$650.

Siapa pembelinya?

Syarikat-syarikat kosmetik. Mukus atau lendir siput dikatakan ada kandungan kolagen yang tinggi.

Dan nilai pasaran produk kosmetik berasaskan siput sekarang adalah US$314 juta.


-Mazlan Mohamad

Ramai Usaha Selamatkan Penyakit Luaran, Tapi Penyakit Hati?

Kata as-Syeikh Abdullah al-Awadhi di dalam kitab Raudhah al-A’bidin ( روضة العابدين ) : 

Ramai orang berusaha untuk menyelamatkan hati mereka dari penyakit luaran. Namun sedikit sahaja yang cuba menjaga hati dari penyakit hati yang sebenar. Padahal penyakit hati itu jauh lebih merbahaya dari penyakit hati luaran. Kerana apa ? 

Kerana penyakit hati jika tidak diubati dengan baik akan membawa kepada matinya ruh dan keimanan. Dan apabila matinya keimanan, maka neraka akan menjadi tempat tinggalnya buat selama-lamanya. 

Penyakit hati berupa kufur, nifaq, riya’, ujub, syahwat, syubhat, jahil, sedih, duka, sangka buruk, hasad dengki atau seumpamanya. Semua ini akan merosakkan ruh dan keimanan manusia tanpa mereka sedari. 

Penyakit-penyakit ini tidak mampu diubati atau dirawat oleh doktor-doktor kesihatan. Tetapi ia mampu diubati dengan wahyu. Yang Maha Mencipta hati itulah juga yang Maha Mengubatinya. 

Al-Quran banyak menceritakan jalan mengubati hati yang sakit. Dan dengan al-Quran juga Allah merezekikan kefahaman kepada mereka yang menginginkannya. 

- الشيخ عبد الله بن عبده العواضي، روضة العابدين، ص. ١٧٤، الجيل الجديد ناشرون صنعاء


-Amir Fathy

Feeling Are Prayers?

Dulu sebelum achieved my 1st Million ringgit,
Saya selalu terbayangkan saya ada that 1st million ringgit.

.
Saya selalu bayangkan saya naik sports car untuk hadir ke event di hotel mewah.

.
Bila tengok rumah mewah,
Saya bayangkan yang saya beli rumah tu suatu hari nanti.

.
Saya bayangkan family saya ada dalam rumah tu.

.
Saya bayangkan kereta mewah saya parking dalam garage rumah mewah tu.

.
Tak lama lepas tu,
I really achived that 1st million ringgit.

.
Masa tu saya tak tahu apa-apa pasal feeling are prayers.

.
Lepas dapat tahu pasal feeling are prayers baru-baru ni,
Barulah saya terfikir, rupanya imaginasi saya dulu itu merupakan doa saya.

.
Allah makbulkan apa yang saya imagine.

.
Sampai sekarang saya selalu bayangkan apa yang saya nak. Ore klate panggil “duk ngoya sore”.

.
InsyaAllah kalau usaha betul-betul kita akan achieved apa yang kita nak.


-Sifu Wan

Janji Allah Bersama Orang Sabar

:: JANJI ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR :: 

Siapa yang menempuh jalan kesabaran, maka dia sebenarnya telah mengikut jejak kesabaran para anbiya’. 

Lihat bagaimana kesabaran nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya. Lihat kesabaran nabi Ibrahim menghadapi raja yang zalim yang mahu melemparnya ke dalam api. Lihat kesabaran nabi Yaakob apabila kehilangan seorang anak yang sangat disayanginya . Lihat bagaimana kesabaran Yusuf yang dikhianati oleh adik-beradik kemudian dipenjarakan oleh penguasa. 

Lihat kesabaran nabi Musa dengan Bani Israil yang degil. Dan lihatlah kesabaran nabi Muhammad SAW disepanjang perjalanan dakwah. 

Mereka semua telah menghadapi liku-liku perjuangan yang perit pedih. Namun janji Allah telah mengubati hati-hati mereka. Dia SWT akan bersama orang-orang yang sabar. 

إن الله مع الصٰبرين 

“ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar “ 

Sabarlah dengan hidup ini. Bersabarlah dengan karenah orang disekelilingmu. Teruskan bersabar sehingga ke akhir hayatmu. Demi janji Allah yang pasti. 

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita


-Amir Fathy

Wanita Paling Ramai Dineraka Kerana Kufur Pada Suami?

Koleksi Hadis #Sahih

Wanita adalah penduduk terbesar neraka, kerana mereka tidak bersyukur kepada suami!

Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda:

أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أكْثَرُ أهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ قيلَ: أيَكْفُرْنَ باللَّهِ؟ قالَ: يَكْفُرْنَ العَشِيرَ، ويَكْفُرْنَ الإحْسَانَ، لو أحْسَنْتَ إلى إحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شيئًا، قالَتْ: ما رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

“Diperlihatkan kepadaku neraka, dan aku melihat kebanyakan penduduknya adalah wanita”. Para wanita bertanya: “apakah kerana mereka kufur kepada Allah?”. 

Nabi menjawab: “Kerana mereka kufur kepada suami mereka dan kufur kepada kebaikan suami mereka. Jika engkau para suami, berlaku baik kepada isteri kalian sepanjang waktu, kemudian sang istri melihat satu keburukan dari dirimu, maka sang isteri akan mengatakan: aku tidak pernah melihat kebaikan dari dirimu” (HR. Bukhari no. 29, Muslim no. 907).

Sudahkah kita bersyukur kepada suami kita?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

#silsilahsahihah


-Ustaz Ahmad Hasyimi

Basic Setiap Leader Yang Wajib Tahu

"Team saya dah diajar,tapi tak boleh buat!"

"Saya dah hantar team ke kelas, balik sama je."

 "Saya dah bagi skrip,  tapi tak boleh buat"

Tugas cari jalan adalah tugas leader.

Mungkin kita buat sales 3 tahun lepas,menjadi.

Teknik tu mungkin tak pakai dah sekarang.

Bila tak menjadi, leader orang pertama perlu turun dan cari jalan.

Lalu jalan itu berkali-kali. Sampai dapat keluarkan formula.

Skripkan.SOP kan formula tu.

Formula tu kita akan ajar kepada team. Kemudian check samada berkesan tak.

Kalau tak berkesan, leader kene check dan test lagi sampai formula tu proven.

Sebagai kesimpulan,4 tugas basic leader adalah:-

1- Tahu jalan. Kalau tak tahu, cari jalan.
2- Lalui jalan itu
3- Create formula proven
4- Ajar formula itu kepada followers


-Amiru Mat Rawi

Tanggungjawab Berdakwah

:: TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH :: 

Kita selalu mengambil sesuatu ilmu kerana mahukan kemuliaan diri, tidak mahu diri terus dalam kejahilan, tetapi kita lupa bahawa ilmu itu juga adalah satu tanggungjawab. 

Tanggungjawab besar kita para pendakwah untuk menyampaikan ilmu kepada insan-insan lain. Tiada gunanya menguasai pelbagai ilmu agama, tetapi hanya untuk manfaat diri sendiri sahaja. 

Sedangkan ramai lagi insan lain terkapai-kapai dalam kejahilan. Bukan kerana mereka tidak cerdik, bukan kerana mereka sendiri memilih untuk berada dalam kejahilan, tetapi kerana kita para pendakwah tidak sanggup turun berdakwah. 

Kemampuan manusia itu berbeza-beza. Bukan semua  mampu berceramah dengan baik, bukan semua orang mampu menulis dengan baik dan bukan semua orang mampu membaca kitab-kitab Arab yang tebal itu. Kita para pendakwah yang mahir inilah yang harus turun memberi khidmat semampunya. 

Para sahabat nabi SAW r.a makan berlaukkan ranting-ranting kayu disepanjang perjalanan dakwah mereka. Sehingga najis-najis yang keluar dari mereka itu seumpama najis binatang ( tahi kambing ). 

Moga Allah merahmati kita dan para sahabat r.a. 

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita


-Amir Fathy

Product Knowledge! Gaya Hidup Eskayvie

Untuk kita sama2 ulangkaji produk knowledge yer. Semu dah sedar, produk knowledge sangat penting. Mesti menguasai produk knowledge utk kita kuasai skill closing customer.

VIDEO PRODUCT KNOWLEDGE:
1) AMARAWHITE https://youtu.be/0_kKe_cUBvw
2) NUTRELLE https://youtu.be/vefOg9X1Oy0

VIDEO PRODUCT KNOWLEDGE DR. SYID AYOB
1. GAYA HIDUP ESKAYVIE ( PHYTAX ) - https://youtu.be/N1nrd8wWeek
2. GAYA HIDUP ESKAYVIE - https://youtu.be/bWaLxPe8pXg
3. BENGKEL REVERSE ULTRA - https://youtu.be/-76vYguaDS0
4. BENGKEL REDIANZE PLATINUM - https://youtu.be/9LpRVqu0Dp0

5. MASALAH KEBAS & SAKIT SENDI (REDIANZE PLATINUM) - https://youtu.be/fCZdKv-5AEk

Hidup Susah Kerana Kurang Bersyukur?

Dulu saya selalu tanya kenapa aku susah, kenapa aku belum ada anak, kenapa aku banyak hutang

Kenapa orang lain bahagia?
Kenapa orang lain mudahnya rezeki dia?

Saya pun ikut orang berjaya. Baca dan fahami diri dia.

Banyak saya belajar.

Dia rupanya serba kekurangan juga. Dia sangat bahagia kerana dia bersyukur apa dia ada.

Dia bekerja keras capai apa dia mahu. Mahu habis hutang dia bekerja keras bayar hutang. Bukan mengelak dari hutang.

Saya pun mula tulis apa saya ada. 

Saya ada rumah berteduh walaupun menyewa. (Masa saya ubah diri ni belum ada rumah beli)

Saya ada suami yang baik. 

Saya ada adik beradik yang menyayangi.

Saya ada keluarga mertua.

Saya ada adik beradik ipar.

Saya ada anak anak saudara.

Saya ada kesihatan yang baik untuk bekerja.

Saya ada keluarga besar ada sepupu sedara mara.

Saya ada kawan kawan yang baik budi.

Saya ada banyak nikmat yang sudah Allah berikan.

Saya kurang bersyukur rupanya.

Saya kena mula melihat apa saya ada, sebelum mengira apa yang tiada.

Saya kena menghargai apa yang ada sebelum mengeluh apa yang tiada.

Bukan rezeki mereka banyak rezeki saya sedikit. Rupanya saya yang tak pandai menghargai rezeki sendiri.

Allahuakbar 😭😭😭😭

Saya ubah dulu cara saya melihat rezeki. Saya ubah dulu diri menilai apa yang ada. Saya ubah diri belajar bersyukur. 

Kemudian makin banyak rezeki lain masuk sana sini apa yang saya tiada Allah berikan kemudian.

#tipspuanzarini


-Zarini Jaafar