Friday 9 March 2018

Panama Dance: Fitnah Dajjal Bagi Wanita?

PANAMA DANCE

Saya ingin mengajak semua khususnya para wanita untuk menghayati sebuah hadis Nabi SAW:

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِي هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّقَنَاةَ، فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ، حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لَيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ، فَيُوثِقُهَا رِبَاطًا مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

“Dajjal akan turun di daerah dataran bergaram yang bernama Marriqanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya (untuk melihat atau menjaga) isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal (dan menjadi pengikutnya)” [riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh syeikh Ahmad Syakir].

Di zaman ini terlampau banyak fitnah yang menimpa umat Islam khususnya para wanita muslimah.
Terlampau banyak “trending” luar yang menerjah masuk ke setiap rumah, malah setiap poket kita, sehingga satu persatu "sarang biawak" tersebut kita masuki.

Saya terbayangkan peringatan baginda SAW dalam hadis di atas bahawa kaum wanita-lah yang paling mudah dan ramai yang terjebak dalam fitnah Dajjal sehingga wujud segelintir kaum lelaki yang begitu khuatir fitnah tersebut menimpa isteri, anak perempuan dan kaum keluarga wanita mereka sehingga menghalang mereka keluar rumah.

Adakah ini petandanya??

Jika “Dajjal kecil” sebegini pun sudah disahuti serta menarik begitu ramai wanita menjadi “pengikut”nya, bagaimanalah keadaannya ketika kedatangan “Dajjal besar” nanti??

#Nasihat & Tazkirah: Dr. Kamilin Jamilin.
09/03/2018.


Tuesday 6 March 2018

Berhati-Hati dengan Harta Awam, Apa Nabi Kata?

Berhati-hati dengan harta awam

Dalam hadis, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh dalam peperangan. Orang ramai mengucapkan pujian kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:

كلا إني رأيتُه في النارِ . في بُردَةٍ غلَّها

“Tidak! Sesungguhnya aku melihat dia dalam neraka disebabkan sehelai selendang yang dia ambil secara khianat".(Riwayat Muslim)

Lihatlah, betapa, seorang yang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum neraka kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah padahal hanya sehelai selendang. Bagaimanakah jika yang diambil itu jauh lebih besar? Bagaimanakah jika pengkhianatan harta awam itu sehingga membebankan negara dan rakyat?

Jika khianat mengambil sehelai selendang milik awam membawa seseorang ke neraka, bagaimanakah dengan nilai yang lebih atau jauh lebih besar?

Bagaimana pula dosa pihak yang membantu ataupun membenarkan hal itu berlaku?

Marilah kita semua berhati-hati dengan hal ini. Dosa zina, arak dan maksiat peribadi boleh kita bertaubat langsung kepada Allah. Juga amalan amalan kebaikan boleh menghapuskan dosa-dosa itu. Adapun dosa yang membabitkan harta awam tidak terhapus sekali pun mati syahid dalam peperangan bersama Nabi s.a.w selagi tidak mendapat kemaafan awam.

Kredit: Dr Maza


Friday 2 March 2018

Cirit-cirit? Apa perlu buat di rumah. Bila kena jumpa doktor?

Cirit-cirit? Apa yang anda boleh lakukan di rumah. Bila nak pergi jumpa doktor?

Ikuti bebenang #MedTweetMY

Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Nak MC

Makanan yang perlu dielak jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas
3. Berempah
4. Susu
5. Alkohol
6. Kopi
7. Makanan dengan serat tak larut, cth: barli, kekacang, dsb.

Makanan ini boleh menyebabkan cirit-birit semakin parah, namun setiap orang lain sedikit reaksinya.

Makanan elok dimakan jika cirit-birit:
1. Bubur nasi
2. Pisang
3. Biskut kering
4. Roti bakar
5. Air kelapa
6. Sup ayam (tak pedas/berempah)
7. *Yogurt

Makanan ini sesuai bila baru mula kena cirit-birit. *Bagi sesetengah orang, yogurt boleh sebabkan cirit-birit makin teruk.

Ubat cirit-birit yang boleh beli di farmasi:
1. Antispasm: buscopan
2. Activated carbon (arang)
3. Anti-diarrhea: lomotil/loperamide
4. Bulking agent: pectin
5. mucosa protector: smecta
6. Anti-muntah: metoclopromide

Jika tak tahu nak pilih, tanya jurufarmasi atau pergi klinik.

Jika cirit-birit, bila kena jumpa doktor?
1. Najis berdarah
2. Najis berlendir
3. Najis hitam legam
4. Lesu teruk
5. Cirit-birit lebih 2 hari
6. Demam tinggi
7. Sakit perut kuat
8. Berulang-ulang

Kenapa perlu jumpa doktor?
Bimbang kalian kena:
1. Appendicitis
2. Rotavirus/Salmonella
3. Kanser
4. Irritable bowel
5. Macam-macamlah lagi. Biar doktor yang kenal pasti.

Ada apa-apa soalan berkenaan cirit birit, boleh tanya doktor berikut:
@zainaladwin Pakar Bedah
@DrRadzi Doktor Bedah
@fiezanizmohamed Doktor Perubatan

Atau tanya saya pun boleh.  #MedTweetMY

Kredit: Dr Kamarul Ariffin