Friday, 12 February 2016

Takut dengan Budaya Debat

Sebiji telur burung telah tercicir dari ibu burung. Telur itu telah dijumpai oleh seekor ayam.

Ayam itu telah mengeram telur burung tersebut sehingga menetas. Maka, anak burung itu membesar bersama dengan ibu ayam.

Semakin membesar, anak burung itu merasakan dirinya berbeza dari ayam, berdasarkan kepada warna, bentuk rupa dan bentuknya, walaupun ada beberapa kesamaan.

Apabila dia melihat burung terbang, dia berkata kepada ibu ayam yang membesarkannya bahawa dia berhasrat mahu terbang seperti burung, tp ibu ayam itu menyatakan, jangan berangan2 nak menandingi burung.

Kesan dari dogma yang ditanam oleh ibu ayam, menyebabkan kemampuan anak burung untuk terbang termandom sehingga dia mati, walhal dari sudut asal kejadiannya adalah berkemampuan untuk terbang.

Maka begitu juga orang yang takut dengan budaya debat dengan alasan tahap orang awam tak faham, orang awam tak ada kemampuan dll.

- Ust Wanji


Ilmu Kewangan Syarikat

ILMU KEWANGAN SYARIKAT

Banyak peniaga kecil-kecilan tidak ambil kisah berkenaan gaji mereka sendiri apabila meletakkan harga jualan. Mereka hanya kira kos bahan-bahan mentah sahaja.

Towkay-towkay tidak mengambil gaji, sebaliknya mereka main ambil sahaja wang syarikat. Bila-bila masa di perlukan duit, dia ambil sahaja duit bisnes. Duit yang diambil itu tidak direkodkan.
.
Gaji adalah gaji. Gaji wajib dibayar dan dimasukkan dalam kiraan kewangan syarikat.

Apakah risikonya kita main ambil sahaja duit syarikat?
.
Inilah risiko tidak membayar gaji sendiri:

+ Gaji adalah kos. Apabila kita tidak membayar gaji sendiri, kita tidak tahu dengan tepat berapa sebenarnya kos yang ditanggung dalam bisnes kita.

+ Akibat kita tidak tahu kos yang tepat, jadi, kita pun tidak tahu berapa sebenarnya keuntungan bersih dari hasil jualan.

+ Kita tidak mampu hendak mengambil pekerja bagi mengembangkan bisnes. Kalau diambil pekerja, harga barang kena dinaikkan. Kita tidak sanggup menaikkan harga barang.

+ Tanpa mengambil pekerja, kita tidak dapat hendak membesarkan bisnes.

+ Bisnes kita jadi melekat pada batang tubuh kita. Jika kita demam, bisnes kita pun demam. Selama kita demam, duit tak masuk.

- Puan Ainon


Tersentap dengan ucapan para salafussoleh

Tersentap dengan beberapa ucapan para salafussoleh dan ulama' terdahulu tentang betapa pentingnya hal ini.

Antara yang disebutnya ialah banyaknya kerosakan dan maksiat pada hari ini kerana diamya orang yang mengetahui kebenaran daripada mengatakan kebenaran.

Kata Abu Abdurrahman Al-'Umari sebagaimana yang disebutkan dalam Hilyah Al-Auliya':

Sesiapa yang tidak mencegah kemungkaran yang dilihatnya kerana takutkan makhluk, maka Allah akan mencabut rasa takutnya terhadap Allah. Maka bagaimana doanya akan dimakbulkan bila dia meminta kepada Allah tanpa ada rasa takut kepadanya?

Di dalam hadith disebutkan orang yang melihat kemungkaran dan tidak mengubahnya sedangkan dia mampu, maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka semua (yang baik mahupun yang jahat.)

Lemahnya diri ini, bukannya senang nak menegur dan mengatakan kebenaran bila melihat kemungkaran depan mata.. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita. Sungguh ucapan ini menyentap hati saya..

ﻓﺈﻥ ﺍﻟﺴﺎﻛﺖ ﻋﻦ ﺍﻟﺤﻖ ﺷﻴﻄﺎﻥ ﺃﺧﺮﺱ

Sesungguhnya diam daripada kebenaran itu ialah syaitan yang bisu!

Sentap

Oleh ustaz Ad-dien Abdul kader

9feb2015

- Redzuan Siraj


Amalan Sunnah Menerima Kelahiran Baru

- Dr Rozaimi Ramle


Amalan Sunnah untuk Pengantin

Amalan-amalan Sunnah Untuk Pengantin

1⃣ Elok berkahwin pada bulan Syawal berdasarkan hadith Riwayat Muslim, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majjah.

2⃣ Digalakkan kepada pengantin perempuan untuk berhias diri untuk suami, termasuklah mencukur bulu kemaluan berdasarkan hadith Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain.

3⃣ Pengantin lelaki memberikan salam kepada isteri sewaktu masuk menemui isteri berdasarkan hadith Ummu Salamah dikeluarkan oleh Ibn Hayyan dalam Akhlaq al-Nabiy dengan sanad yang hasan.

4⃣ Pengantin lelaki menyediakan minuman untuk isteri berdasarkan hadith Riwayat Ahmad dengan sanad yang Hasan.

5⃣ Pengantin lelaki bersama pengantin perempuan Solat sunat 2 rakaat sebelum melakukan persetubuhan berdasarkan riwayat mauquf daripada Ibn Mas'ud diriwayatkan oleh 'Abd al-Razzaq dengan sanad yang Sahih.

6⃣ Pengantin lelaki berdoa dengan doa:

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻲ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺧﻴﺮﻫﺎ ﻭﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺃﻋﻮﺫ ﺑﻚ ﻣﻦ ﺷﺮﻫﺎ ﻭﺷﺮ ﻣﺎ ﺟﺒﻠﺘﻬﺎ ﻋﻠﻴﻪ .
"Ya Allah! Aku meminta kebaikannya kepadaMu dan kebaikan yang Engkau ciptakan dia padanya dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukanya dan keburukan sesuatu yang Engkau ciptakan dia padanya."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasai dengan sanad yang hasan.

7⃣ Bersugi bagi menghilangkan bau mulut sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Huwaini berdasarkan hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, Ibn Majjah, dan Ahmad.

- Dr Rozaimi Ramle