Tuesday, 30 June 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck : Jangan Menagis Ketika Membaca Novel Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ulasan kali ini adalah berkaitan dengan sebuah novel yang agak popular daripada seorang ulamak yang berpengaruh di rantau ini iaitu HAMKA atau nama penuhnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1938 dan yang berada di tangan sekarang adalah cetakan ke 32.

Sebuah novel yang penuh indah dengan bahasa. sungguh halus bahasa melayu sebenarnya…penuh susila dan budi bicaranya tertib. jika berkesempatan, nanti tontonlah filemnya pula…pasti menusuk kalbumu.



Bak kata Ustaz Zahiruddin Zabidi, pada awalnya buku ini ingatkan adalah sebuah buku sejarah. Tapi telahan tersebut nyata sangat-sangat tidak betul. Tema asal sebenarnya buku ini adalah kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati yang mengharungi pelbagai halangan antaranya adalah taksub dengan adab. 

Sinopsis
Cerita ini menceritakan berkenaan Zainuddin yang berlatar belakangkan ibu Bugis-Mengkasar dan bapanya, Minangkabau. Selepas meninggal sahaja kedua ibu bapanya, Zainuddin dibesarkan oleh penjaganya yang dipanggi Mamak.

Cara Berzikir Menggunakan Ruas Jari


Lihat Penjelasan Dr Abdul Basit tentang cara berzikir guna jari di bawah ;)

Ulasan cerita ROH kembali pada Bulan Ramadhan.

ROH TIDAK BOLEH PULANG KE DUNIA
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Menjelang bulan Ramadhan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka.”

Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial menjelang tibanya bulan Ramadhan. Memang segala macam perisian media social seperti “WHAT’S APP, TELEGRAM, FACEBOOK” dan sebagainya sangat berguna untuk memanjangkan ilmu. Ilmu masuk mencurah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Pun begitu, fitnahnya pun tak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan. Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadith dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.



Antara tazkirah media sosial yang sangat popular menjelang Ramadhan adalah “tazkirah ajaib berkaitan kepulangan Roh Manusia pada bulan Ramadhan. Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej “KEPULANGAN ROH PADA BULAN RAMADHAN” tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut. Mungkin ia berpunca dari salah faham terhadap makna perkataan “ROH” dalam ayat ke 4 surah al-Qadar:

Zikir Selepas Solat Fardhu Sahih (Sunnah Nabi)


ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU MENURUT SUNNAH.

Amalan Mazhab Asy-Syafie [Lihat Kitab Mughni Al-Muhtaj 1/393]

Dipetik dari buku: Zikir Waktu Pagi & Petang serta ZIKIR SELEPAS SOLAT.

 Oleh: Abu Anas Madani 

Kerana Latihan 'Biceps' Di Gym, Lelaki Ini Tersedar Impaknya Kepada Solat

Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Mag Malaya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Sem0ga ia turut membawa kebaikan kepada anda.

Aku baru sedar satu perkara.
Minggu lepas aku pergi gym, fokus nak main tangan ( biceps & triceps ). Tengah sedap aku layan lagu sambil angkat-angkat dumbell, ade sorang trainer nih diri depan aku sambil perhatikan ape yang aku buat.


Salah, dia cakap aku buat salah. Dia cakap kadar kelajuan aku angkat dumbelltuh terlalu cepat. Dan aku pon mula pelik, sebab aku tengok tangan aku ngantangan dia takdelah banyak beza, jadah ape kau nak nasihat aku.

Thursday, 25 June 2015

Beberapa Persoalan Tentang Ruh

Saya masih di Malaysia. Pulang sabtu ini insyaAllah. Dalam keadaan mengejar waktu, saya mengambil kesempatan untuk menyemak beberapa rujukan dalam perpustakaan peribadi saya di rumah. Sekali lagi saya merujuk beberapa pandangan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana beberapa isu yang dibahaskan semasa di Oxford membabitkan pandangan beliau. Sering saja nama besar itu menarik perhatian saya dalam kajian.

Sebenarnya, sejak dahulu saya memang berminat dengan tokoh tajdid ini. Sebagai anak murid tokoh reformis yang agung Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), al-Imam Ibn Qayyim telah meneruskan usaha pembaharuan dan sumbangan ilmu selepas kewafatan gurunya itu. Saya sendiri –dengan segala kedaifan yang ada - telah mengasaskan pusat pengajian umum yang saya nama Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di Bukit Mertajam, S. Perai. Alhamdulillah, sekarang bertambah subur dan terus menyumbang dan dikenali sebagai IQ.

Dewan Ibn Qayyim yang penulis asaskan di Bukit Mertajam, S. Perai.

SMADAV : Antivirus Lokal Indonesia

Smadav 2015 Rev. 10.1 dirilis !!

Smadav 2015 Rev. 10.1 : Penambahan database 315 virus dan 3992 varian virus baru, Penambahan fitur keamanan saat browsing Internet, Pembersihan virus Facebook-Share, Autoit, dll.
Smadav 2015 Rev. 10.0 : Perubahan tampilan dan bahasa Smadav 2015, Penambahan database 212 virus baru, Penyempurnaan metode pengebalan USB flashdisk dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.9 : Perbaikan update otomatis Smadav Pro "Installation Not Found", Penambahan database 332 virus baru, Penambahan deteksi virus shortcut pada USB, Penyempurnaan metode blacklist Smadav Pro tidak orisinil dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.8 : Penambahan database 651 virus baru, Penambahan teknik pendeteksian virus shortcut Trasher/Dorkbot dan VBS pada USB, Perbaikan bug program dan kesalahan deteksi, dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.7 : Penambahan database 161 virus baru, Penambahan teknik pendeteksian program berbahaya pada USB, Penyempurnaan proses update Smadav Pro, dsb.
Smadav 2014 Rev. 9.6 : Penambahan database 223 virus baru, Perubahan tampilan utama Smadav 2014, Penyempurnaan proses instalasi Smadav, Penambahan teknik pendeteksian virus pada USB, dsb.
Smadav 2013 Rev. 9.2 : Penambahan database 229 virus baru, Support untuk Windows 8 (Smadav dapat digunakan di Windows XP/Vista/7/8), Perubahan tampilan, dsb.

4 fungsi utama Smadav :