Pulau Pinang
Sarawak
Kedah
Melaka
Wahdatul Wujud
Komentar Ustaz Hassan :
Terakhir
daripada ana untuk perkongsian kita semua. Mudah mudahan Allah Taala
sentiasa memelihara kita semua daripada kesesatan, kesyirikan dan
kekufuran..
□Tarekat ini pada asalnya, hanyalah satu madrasah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bermujahadah melawan nafsu SECARA BERKELOMPOK dengan dibimbing oleh seorang guru yang mursyid. Ada tarekat yang bermanhajkan solat, ada baca quran, ada puasa dan yang paling banyak ialah manhaj zikir. Namun, ianya tidak boleh MERUBAH dasar dasar ataupun kaedah kaedah pengibadatan yang sudah ada ketetapannya dalam syariat islam. Dikatakan, aliran mazhab sufi terawal, iaitu Mazhab Junaid dan Mazhab Aathausi serta Madrasah tarekat sufi terawal seperti Madrasah tarekat Qadiriah (Syeikh Abdul Qadir Jailani) dan tarekat Syaziliah (Abul Hasan Assyazili) adalah yang paling tulen kerana mereka amat berpegang kepada nas yang diriwayatkan. Selain ilmu syariat, zuhud dan warak adalah keutamaan mereka.
□Setelah zaman berlalu, tarekat sudah berubah wajah. Ada guru tarekat yang baca quran pun tidak mahir. Ini berlaku di kuang, selangor. Ada pula golongan yang berzikir di dalam semak atau hutan untuk mencari kyusuk. Menantu bos ana salah seorang pengikutnya. Susah payah dia minta ana doakan menantunya. Bila diselidik, ketuanya bukanlah ahli agama. Cuma orang panggil ustaz je. Nak menipu dalam tarekat lebih senang sebab tak perlu baca hadis. Hurai sikit sikit dan memandai sikit sikit, janji bagi orang yakin. Ada pula yang ilmu feqah pun tak lepas. Baca hadis merapu rapu. Bila ana suruh dia jadi imam, beliau cakap tak boleh jadi imam sebab takut lupa rakaat bila khusyuk. Hal tersebut berlaku di surau ana sendiri. Gurunya datang dari kelantan dan dia mendakwa dari keluarga tok kenali. Ana nak uji beliau, ana tanya apakah pendapatnya tentang perbuatan sesetengah orang yang membalingkan penyapu ke atas bumbung rumah ketika kenduri kahwin untuk elak daripada hujan turun. Beliau jawab, TAKPE. Kita bukan minta dengan penyapu, kita minta dengan Allah. Baling penyapu tu cuma ikhtiar je. Masya Allah, jahilnya...Guru guru tarekat lebih suka BERSEMBUNYI di kalangan pengikut pengikut mereka yang dada mereka kosong dari ilmu. Macam macam karenah golongan ini.
□Zikir rasulullah pula DIABAIKAN. Yang diamalkan adalah zikir zikir wali dan hizib hizib yang sesetengahnya adalah KABUR maknanya. Selawat selawat yang tidak diriwayatkan dari rasulullah SAW juga dijadikan keutamaan golongan ini. Ada selawat yang sekali dibaca menyamai 10 kali khatam Al Quran. Ini berlaku disubang disebuah surau tempat ana mengajar. Ahli tarekat itu cuba hentam ana. Ana cakap, ana mengajar di sini sebulan sekali. Tuan ambiklah waktu ana itu, biar ana pula jadi pendengar. Tapi tak mahu pula. Katanya, Guru tarekatnya mengambil ilmu dengan bersemuka (yaqozoh) dengan rasulullah SAW.
□Ada tarekat yang mengharuskan MENINGGALKAN solat jumaat ketika bersuluk. Ini berlaku di sungai buloh. Seorang lawyer adalah ahlinya. Ana tanya kenapa begitu, dia jawab, jika sakit zahir maka tak wajib solat jumaat. Orang bersuluk ni pula sakit bathin atau sakit rohani, maka lebih lebih lagi tak wajib jumaat. Kalau agama main pakai AKAL dan qiyas, rosaklah agama. Qiyas bukan hak individu dan boleh digunakan sesuka hati. Golongan ini banyak menggunakan qiyas berbanding WAHYU..
□Jika diikutkan, mengasing MENGASINGKAN antara syariat dan hakikat adalah perkara yang tidak wajar dan Al Imam Assayuti membida'hkan perbuatan tersebut. Ini ditegaskan oleh beliau dalam fatwanya, Al Hawi Al Kabir. Wahyu itulah syariat dan hakikat. Ana rasa, perkataan ulama hadis lebih layak untuk DIIKUTI kerana merekalah yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah dengan periwayatan dan perbahasan mereka. Malah, perkataan Ahlusunnah amat sinonim dengan gelaran Ahlul Hadis. Al Imam Abul Hasan Al Asyarie umpamanya, memanggil ahlusunnah dengan gelaran ahlul hadis dalam bukunya, Maqoolatul Islamiyyin.
Perkataan hakikat itu sendiri telah diperluasguna dan dikormesialkan oleh golongan tarekat, padahal dalam kitab Allah dan hadis hadis nabiNya yang sahih, teramat sedikit perkataan itu disebut dan biasanya ia merujuk kepada KEKUATAN IMAN dan KESUNGGUHAN BERAMAL saleh dengan penuh yakin dan ikhlas. Contohnya, satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzak Dalam musnadnya daripada sahabat yang bernama Saleh Bin Mismar. Ada huraian tentang hakikat dalam hadis berkenaan. Perkataan SANAD, IJAZAH dan BAIAH juga telah diperluaskan penggunaannya dalam mengembangkan ajaran tarekat. Tak mampu ana ingin coretkan semuanya di sini kerana perbahasannya amat panjang.
□Sesungguhnya, keseluruhan agama terkandung dalam Al Quran selaku kitab Allah dan hadis hadis selaku sunnah rasulullah SAW. Berpeganglah dan GIGITLAH kedua duanya dengan geraham kita walau apa yang berlaku sekalipun. Ini pesan rasulullah SAW pada kita semua. Siapakah yang lebih BESAR daripada baginda sesudah Allah dalam perihal agama? Perkara baru sentiasa timbul untuk mengelirukan manusia dan menjauhkan mereka daripada agama yang tulen. Hanya orang yang diberikan hidayah sahaja yang akan selamat. Hidayah tersebut ialah quran dan sunnah..
☆Wallahua'lam.

Biarlah
ilmu kita sedikit, asalkan prinsip dan konsepnya betul, iaitu
mendahulukan Allah dan rasulNya setiap masa. Dalam urusan agama, Apa apa
yang tidak diriwayatkan daripada baginda, meninggalkannya lebih baik
daripada mengikuti/mengamalkannya. Tambahan
pula, sebahagian besar kita ni orang awam yang amat cetek ilmu
dalilnya. Amat mudah untuk diperdayakan oleh golongan yang berjubah
besar dan berserban tebal tetapi menyalahi pula syariat yang lahir,
waliyaazubillah...
Tarekat....tarekat.....ada
ahli tarekat yang bertahun tahun ikut tarekat, ana tanya dia cara mandi
wajib cara rasulullah SAW pun dia tak boleh jawab...soalan yang perlu
kita jawab, kenapa kebiasaannya tarekat ini hanya diminati oleh orang
orang awam yang
betul betul cetek ilmu agamanya, tapi tidak diminati oleh ilmuan ilmuan
seperti mufti, pensyarah dan tokoh tokoh agama?? Jawapannya, mungkin
kerana mereka nak dapatkan jalan shortcut kepada Allah dan syurga tanpa
susah susah belajar ilmu islam. Bagi mereka itu semua ilmu syariat. Yang
mereka inginkan ialah ilmu hakikat yang boleh bawa mereka terus kepada
Allah....
Ana
bukan bermusuhan dengan puak puak tarekat. Mana mungkin kita mencari
permusuhan dengan golongan yang ingin mendekatkan diri kepada Allah.
Tetapi, mereka sudah TERSASAR dan wajib diperbetulkan. Ada ahli tarekat
jumpa ana dan memperkecilkan zikir zikir
dalam kitab Al Azkar imam Nawawi. Sebabnya, ana mengajar kitab itu
disuraunya. Di surau yang lain di subang, 3 orang pengikut Tijani
memarahi ana sebab ana ada sebut tentang kesesatan dalam tasawuf.
Padahal, ana baca tulisan syeikh Abdul qadir Jailani. Macam macam dunia
hari ini. Diaorang Ada pengikut pulak tu yang ana heran.
Banyak
perkara baru telah diada adakan dalam perihal agama, terutama pada
zaman mutakhir yang penuh dengan fitnah ini. Sebab itu, beberapa hari
sebelum rasulullah SAW wafat, baginda tak putus putus berpesan kepada
sahabat sahabat baginda agar BERPEGANG
TEGUH dengan kitab Allah (quran) dan sunnah (hadis hadis) yang
ditinggalkannya. Ia merupakan satu mesej daripada baginda kepada umatnya
agar tidak terkeluar dari landasan kedua duanya agar mereka tidak
terjerumus ke dalam kancah kesesatan. Sesiapapun boleh mendakwa bermacam
macam atau berkata itu dan ini dalam soal agama. Namun, segala galanya
mestilah bersumberkan nas nas agama yang sudah ada ketetapannya menerusi
keterangan keterangan ulamak yang muktabar, khususnya ulamak hadis yang
telah diakui keilmuan mereka dalam islam. Ingatlah bahawa, agama
mestilah bersumberkan WAHYU, manakala wahyu pula hanyalah dua perkara,
iaitu kitab Allah dan hadis hadis baginda. Gigitlah kedua duanya dengan
geraham kita dan jangan sesekali melepaskannya atau terpedaya dengan
lain lain perkara yang tidak terkandung oleh kedua duanya. Insya Allah
kita akan selamat...wallahualam.
No comments:
Post a Comment