Sampai bila?
Kita sering melakukan dosa, kemudian apabila muncul kesedaran maka kita pun bertaubat. Namun tidak lama selepas itu kita pun mengulanginya semula.
Muncul pertanyaan dalam hati, sampai bila harus begini?
Diriwayatkan bahawa Ali bin Abi Thalib RA berkata ;
خياركم كل مفتن تواب
Sebaik-baik kamu ialah mereka yang ditimpa fitnah lalu bertaubat. (Maksudnya mereka yang berbuat dosa lalu segera bertaubat).
Maka ditanyakan kepada Ali RA, bagaimana jika dia kembali berdosa kembali?
Beliau pun menjawab ;
يستغفر الله ويتوب
Hendaklah dia beristighfar kepada Allah dan bertaubat.
Lalu ditanyakan lagi. Bagaimana jika dia mengulanginya lagi? Beliau tetap menjawab hendaklah dia beristighfar kepada Allah dan bertaubat.
Lalu ditanya kepada Ali RA ;
حتى متى ؟
Sampai bila ?
Maka dijawab oleh Ali RA ;
حتى يكون الشيطان هو المحسور
Sehingga syaitan itu menjadi pihak yang kalah.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya]
# Kata Al-Hasan al-Basri rahimahullah ;
فلا تملوا من الاستغفار
Janganlah kamu merasa letih atau putus asa daripada memohon istighfar.
Biarkan mereka yang merasa diri mereka tidak pernah berdosa itu terus mencerca dan memburukkan orang lain. Tetapi kita terus perbaiki kesilapan lalu menjadi lebih baik di dalam pandangan Allah walaupun manusia terus membenci !
- Ust Emran Ahmad
Tuesday, 21 June 2016
Taubat dan buat Dosa lagi, sampai bila?
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment