Wednesday 21 February 2018

Konflik Apa Yang Berlaku Sebenarnya Di Syria?

Konflik Syria 6 Perkara Untuk Difahami ,Apa Yang Berlaku Sebenarnya Di Syria? 
.
.
*SYRIA* kini semakin menjadi perhatian *DUNIA*. Pertumpahan darah berlaku setiap hari, nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan. Dalam pada kita cuba mencari jalan penyelesaian kepada konflik ini, ada baiknya juga untuk kita memahami sedikit sebanyak apa sebenarnya yang terjadi di negara *SYRIA.*
.
1) https://youtu.be/lx2k1mW3HuE
*Kenali Syiah Di Yaman & Kepimpinan Raja Salman*
.
2) https://youtu.be/dUwQEbDxa8U
*Kebangkitan Islam Di Turkey & Tumpahan Berdarah D Syria*
.
3) https://youtu.be/Vyn069VmAMw
*Jangan Percaya Mereka!!*
.
4) https://youtu.be/f0qzcOvuvyo
*Isu Syria Fasa Baru *
.
5) https://youtu.be/vnV4gFiKnZ0
*Isu Terkini Sebab Rusia Ke Syria*
.
6) https://youtu.be/X1Zug8o_ZJM
*Panggilan SYRIA Di Mana Kita ??*
.
KETIKA laporan media tempatan terarah kepada perkembangan isu antarabangsa mengenai ujian senjata nuklear Korea Utara dan penindasan etnik Rohingya di Arakan, perkembangan yang berlaku di Syria, seolah-olah terlepas pandang.
.
Sumber: DKS


Sunday 18 February 2018

Tips Berjaya Dalam Bisnes: Fokus Seperti Kura-Kura

JADI SEPERTI KURA-KURA

1. Kisah perlumbaan antara kura-kura melawan arnab menjadi satu teladan yang sangat baik untuk dicontohi.

.
2. Dalam bisnes, kita perlu memegang watak sebagai kura-kura dan jangan sesekali menjadi arnab.

.
3. Kura-kura fokus kepada destinasi.

.
4. Biarpun lambat, kura-kura tetap teruskan perlumbaan tanpa henti.

.
5. Jangan jadi seperti arnab, memiliki semua kemampuan untuk menang, tapi hilang fokus.

.
6. Ada duit & ilmu tak menjamin kejayaan.

.
7. Fokus menjadi kunci utama untuk berjaya.

.
8. Biarkan apa orang nak kata. Yang penting kita tahu destinasi kita.

.
.
Sifu Wan
18 Februari 2018

Membaca Buku: Habit Seorang Jutawan

Dalam bukunya yang bertajuk Habits : The Daily Success Habits of Wealthy Individuals, Thomas Corley cuba mengkaji tabiat para jutawan yang menyebabkan mereka menjadi kaya-raya. Jutawan  dalam kajian ini ialah mereka yang berpendapatan 160 000 pound sterling dan kekayaan sekurang-kurangnya 3.2 juta pound sterling.

Antara dapatan beliau ialah, para jutawan ini hanya menonton televisyen kurang daripada 1 jam sehari. Hanya 6 % di kalangan orang kaya ini gemar menonton realiti televisyen. Mereka lebih suka membaca buku berbanding dengan menonton televisyen.

Sebanyak 88 % daripada golongan ini menghabiskan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membaca buku.

Kesimpulannya, kalau mahu menjadi kaya, kita kenalah banyak membaca muka buku kan?

Ke macam mana?

~ Mohd Izwanuddin Abd Rahim ~