Sunday 18 February 2018

Membaca Buku: Habit Seorang Jutawan

Dalam bukunya yang bertajuk Habits : The Daily Success Habits of Wealthy Individuals, Thomas Corley cuba mengkaji tabiat para jutawan yang menyebabkan mereka menjadi kaya-raya. Jutawan  dalam kajian ini ialah mereka yang berpendapatan 160 000 pound sterling dan kekayaan sekurang-kurangnya 3.2 juta pound sterling.

Antara dapatan beliau ialah, para jutawan ini hanya menonton televisyen kurang daripada 1 jam sehari. Hanya 6 % di kalangan orang kaya ini gemar menonton realiti televisyen. Mereka lebih suka membaca buku berbanding dengan menonton televisyen.

Sebanyak 88 % daripada golongan ini menghabiskan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membaca buku.

Kesimpulannya, kalau mahu menjadi kaya, kita kenalah banyak membaca muka buku kan?

Ke macam mana?

~ Mohd Izwanuddin Abd Rahim ~


No comments:

Post a Comment