Dalam Hidup Ini, Ingatlah Jalan Pulang
1. Hidup ini sebuah perjalanan yang panjang. Dalam permusafiran pasti akan kita tempuhi jalan yang penuh onak dan duri serta dipenuhi kaca dijalanan. Adakalanya kita terluka dan cedera, akan tetapi itu bukan tanda tuhan murka, ia kafarah penyucian dosa oleh tuhan terhadap hamba.
2. Setelah kita terpijak kaca, kita akan lebih berhati-hati agar tidak lagi terpijak dan tercedera pada tempat yang sama. Demikian lah insan yang sentiasa belajar dan belajar tiap detik dan masa tanpa mengenal usia.
3. Dalam kehidupan ini jangan terlalu banyak makan hati. Ada insan yang disebabkan perkara remeh dan kecil, menyebabkan mood sehariannya berubah menjadi buruk. Jiwa pejuang perlu kental, tidak mudah rapuh dan terasa hanya kerana perkara biasa.
4. Ada manusia yang orang tidak respon postnya di group WhatsApp, merajuk membawa diri. Ada insan apabila rakannya tidak 'like" status Facebooknya, terus overthinking:
"Kenapa si fulan tak nak kawan aku lagi"
Jiwa pendekar bukanlah jiwa yang lemah.
5. Adakalanya manusia menentang dan berlawan dengan jiwanya sendiri. Sesekali terdetik dalam jiwa insan:
'sampai bila aku harus begini, bangun pagi pergi kerja, bangun pagi pergi kelas belajar'
6. Bersabarlah, hakikatnya hidup ini sebuah perjalanan yang akan kita temui jalan pulang dan pengakhiran. Setiap pekerjaan yang kita lakukan ada pahalanya di sisi tuhan. Rasulullah pernah menyebutkan أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِى أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ antara pahala yang besar adalah kita memberikan nafkah atau membantu keluarga. Setiap kali kita bekerja, biarpun perit, ada ganjaran di sisi Allah.
7. Semua insan ada peranan masing-masing, si isteri menguruskan rumah, anak belajar dan mencari nafkah untuk keluarga. Kesemua apa yang manusia lakukan ini, akan ada ganjarannya di sisi Allah ketika kita di kembalikan pada hari kebangkitan di alam sana. Bersabarlah.
Kredit : #Ustaz Amir Farhan
No comments:
Post a Comment