Sunday 26 January 2020

Jangan lupa buat sunnah ni sebelum tidur!

Jangan lupa buat sunnah ni sebelum tidur!

Nak tanya, dah baca surah al Mulk?

Kalau tidur sekadar tidur, haiwan dihutan juga tidur!

Dari sahabat Abu Hurairah ra , Bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda;

مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ، لَا يَسْتَيْقِظُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا

“Barangsiapa tidur malam dalam keadaan suci, maka satu malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Tidaklah ia bangun pada satu malam, kecuali malaikat tersebut akan mendoakan:

‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana ia tidur dalam keadaan suci.'”_

[ HR. Ibnul Mubarak di kitab Az-Zuhd no.1244 (1/441), Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman no.2526 (4/283),  dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah  dalam kitab “Ash-Sahihhah” no.2539

Kalau Allah tidak bantu, wudhuk sebelum tidur pun kita tidak akan mampu! Hanya kepada Allah Ta’ala kita meminta pertolongan agar boleh beramal ibadah sesuai dengan cara yang diredhai-Nya.

Jangan lupa buat sunnah sunnah sebelum tidur!

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat.

Kredit #UstazAhmadHasyimi

No comments:

Post a Comment