Saturday 7 November 2020

Bagaimana Baca Buku Bukan Fiksyen Sebagai Pemula?

 

Bagaimana ingin memulakan membaca bahan bacaan BUKAN FIKSYEN sebagai pemula ? 
.
Apabila anda memikirkan bukan fiksyen, apa pendapat anda? Adakah fikiran anda akan membayangkan sebuah buku 500 halaman yang mungkin ditulis oleh profesor dan pasti ianya membosankan?  Mungkin anda  mempunyai beberapa tanggapan yang tidak menyeronokkan tentang BUKAN FIKSYEN. Post saya sebelum ini ada menyebutkan kebaikkan BUKAN FIKSYEN 
.
https://m.facebook.com/photo.php?fbid=2831079460458130&id=100006683108413&set=a.2557609834471762
.
Genre ini sebenarnya sangat menarik. Ia tidak menakutkan atau merasa suspen dengan pelbagai plot seperti fiksyen. Apa yang anda perlukan hanyalah meletakkan permulaan basic yang baik dan tahu bagaimana untuk memulakan.
.
Jadi, sy akan berikan beberapa panduan yang mungkin relevan dan boleh diguna pakai oleh pembaca yang ingin menjinakkan diri dengan bahan bacaan BUKAN FIKSYEN.
.
💛BUAT NOTA sambil membaca. 
.
Jika kita membaca sahaja, fokus kita makin lama makin 
membosankan malah apa yang dibaca akan hilang begitu shj.  Jadi, bila anda membaca sambil buat nota anda akan rasa seronok kerana ada aktiviti lain selain membaca dan fokus iaitu menulis. Sediakan sticky note yg kecil simple itu pun sudah memadai.
.
💛PILIH BUKU yang ingin dikaji dengan bijak.
.
Sekiranya anda mempunyai topik tertentu yang anda minati, pilih buku mengenai perkara itu. Sekiranya anda menyukai sejarah, baca bahagian sejarah dan pastikan pecahan sejarah yang bagaimana anda gemari dengan betul.  Adakah anda ingin belajar mengenai sejarah sosial, sejarah penempatan, sains sejarah dll . Walau apa pun, kemungkinan besar ada buku bukan fiksyen yang sesuai untuk anda baca.
.
💛Mulakan dengan buku yang ringan.
.
Jangan mulakan dengan buku tebal seperti 500 halaman ke atas jika anda baru sahaja ingin membaca bukan fiksyen. Jika anda terbiasa membaca fiksyen dengan halaman setebal itu, maka anda akan terkejut apabila mengetahui anda memerlukan masa lebih lama berbanding dengan yang biasa anda baca.  Ini kerana terdapat lebih banyak maklumat untuk diproses.
Saya cadangkan dengan memulakan buku yang 300 halaman dulu atau bahkan mungkin 250. Ini akan membantu memastikan anda tidak akan bosan dan berhenti separuh jalan. 
.
💛Cari Persamaan Antara Genre
.
Sekiranya anda biasa membaca buku sejarah fiksyen seperti Bukit Kepong, cuba juga cari yang bukan fiksyen pula mengenai sejarah Bukit Kepong berdasarkan fakta. Hal ini kerana teknik penceritaan yg disampaikan oleh kedua² buah genre tersebut berbeza. Kebiasaannya saya akan guna cara ini untuk mendapatkan lebih byk maklumat. Bermula dengan fiksyen kemudian bukan fiksyen tetapi cerita tersebut mempunyai kaitan.
.
💛Ketahui Bilakah Untuk DNF.
Hidup ini terlalu singkat untuk membuang masa pada buku yang tidak anda sukai.  Sekiranya anda mendapati diri anda tertidur semasa membaca atau susah fokus, letakkannya dan pilih yang lain. Bukan ke membaca itu semestinya aktiviti menyeronokkan ?
.
Kredit 
#SueOshin
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
.
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment