'Menang Tanpa Perang' Taktik Seni Peperangan Sun Tzu
Bukan biasa-biasa!
Seni Peperangan Sun Tzu merupakan buku strategi ketenteraan terpenting dan teragung dalam sejarah China. Ia merupakan salah satu daripada tujuh kitab klasik ketenteraan. Pegawai-pegawai ketenteraan China zaman imperial wajib membaca buku tersebut.
Maknanya, seni peperangan Sun Tzu sangat berpengaruh.
Taktik seni perang Sun Tzu menekankan aspek 'menang tanpa perang' itu sangat mengagumkan ramai pemikir strategi ketenteraan di Eropah. Penekanannya kepada penggunaan kekuatan yang minima tersebut membezakan dengan pemikir strategi ketenteraan di Eropah.
Sun Tzu sentiasa menganggap kemenangan terbaik adalah kemenangan yang dicapai tanpa perang. Sekiranya berperang, Sun Tzu ingin memastikan perang itu tidak berlarutan lama.
Dalam buku ni, penulis menceritakan kenapa Sun Tzu berpemikiran sedemikian. Mesti ada alasan tertentu dan itu yang kita nak tahu supaya boleh kita kaitkan dengan kehidupan harian kita.
Antara alasannya:
1. Jika perang berlanjutan, maka sumber negara tidak lagi mampu menampung.
2. Tidak ada negara dalam sejarah yang memperoleh manfaat dalam peperangan yang berlanjutan.
Sun Tzu pernah berkata, " dalam sebuah peperangan, puncak keunggulan tertinggi adalah menawan keseluruhan negara tanpa merosakkannya dan menghancurkan negara musuh yang ditawan bukanlah suatu hal yang terpuji.
Ha! Menarik 'kan?
Secara keseluruhannya, buku berbentuk fakta ini menarik untuk dibaca kerana ia tidak seperti penulisan fakta yang berbentuk karangan panjang dan sukar difahami. Penulisan yang sederhana dan mempunyai 'point' lebih meningkatkan kefahaman dalam kalangan pembaca. 'Font text' yang digunakan jelas dan tidak terlalu kecil.
Dari segi gaya bahasa pula, bahasa yang digunakan mudah difahami dan kurang terdapatnya istilah-istilah ketenteraan yang mengelirukan pemahaman dalam kalangan pembaca baru. Pelajar-pelajar sangat digalakkan untuk memiliki buku ini.
Walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam peperangan, atau bahasa lain, kita bukan lah tentera.
Sebenarnya, banyak pengisian yang boleh diambil daripada buku ini seperti kita seharusnya menjadi manusia yang cinta akan keamanaan, manusia yang menyelesaikan masalah dengan
menggunakan kebijaksaan bukan tergantung kepada emosi semata-mata.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ambil tahu tentang Seni Peperangan Sun Tzu ni.
😊
.
.
.
Buku : Seni Dalam Peperangan Sun Tzu
Terjemahan: Fahami Mustaffa & Lee Zi Yang
Ulasan/Ringkasan : Cikgu Wanny
Kredit
#JejakTarbiah
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment