Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk pengguna merakamkan desktop – terutamanya untuk anda merakamkan tutorial dan sebagainya. Kebanyakkannya hadir dengan penawaran tersendiri, dan terdapat juga beberapa perisian yang berbayar. Tetapi, sekiranya anda inginkan sesuatu perisian yang percuma dan sedia terdapat pada kebanyakkan komputer hari ini, ia adalah VLC Media Player.
VLC Media Player merupakan salah satu pemain media sumber terbuka dan sedia menyokong pelbagai jenis format video untuk dimainkan. Ia juga turut hadir dengan pelbagai fungsi tersembunyi yang tidak diketahui ramai, dan salah satunya adalah kebolehan untuk merakamkan skrin desktop dalam bentuk video.
Untuk mula merakamkan video menggunakan VLC, anda terlebih dahulu perlu membuka perisian tersebut pada komputer anda, dan klik pada menu “Media“, seterusnya pilih “Open Capture Device“.
Seterusnya, pada menu pilihandrop-down di bahagian Capture Media, pilih pilihan untuk “Desktop“.