Sunday, 21 June 2015

Bagaimana Merakam Desktop Menggunakan VLC Media Player?

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk pengguna merakamkan desktop – terutamanya untuk anda merakamkan tutorial dan sebagainya. Kebanyakkannya hadir dengan penawaran tersendiri, dan terdapat juga beberapa perisian yang berbayar. Tetapi, sekiranya anda inginkan sesuatu perisian yang percuma dan sedia terdapat pada kebanyakkan komputer hari ini, ia adalah VLC Media Player.
VLC Media Player merupakan salah satu pemain media sumber terbuka dan sedia menyokong pelbagai jenis format video untuk dimainkan. Ia juga turut hadir dengan pelbagai fungsi tersembunyi yang tidak diketahui ramai, dan salah satunya adalah kebolehan untuk merakamkan skrin desktop dalam bentuk video.
Untuk mula merakamkan video menggunakan VLC, anda terlebih dahulu perlu membuka perisian tersebut pada komputer anda, dan klik pada menu “Media“, seterusnya pilih “Open Capture Device“.
VLC Capture Media
Seterusnya, pada menu pilihandrop-down di bahagian Capture Media, pilih pilihan untuk “Desktop“.
VLC Capture Media
Anda akan diperlihatkan dengan sebuah halaman baru, dimana anda boleh memilih frame-rateuntuk rakaman desktop anda. Biasanya, anda boleh memilih pada kadar 15fps untuk rakaman desktop biasa untuk tujuan tutorial.
Seterusnya, pada menu yang drop-down pada bahagian bawah yang memperlihatkan “Play“, klik padanya, dan buat pilihan “Convert“.
VLC Capture Media
Seterusnya, pada pilihan yang disediakan pada bahagian “Destination File”, anda boleh memilih dimana anda ingin menyimpan fail video yang akan dirakamkan anda itu, dan seterusnya menamakan fail berkenaan.
Selesai semuanya, anda boleh klik pada “Start” dan seterusnya memulakan rakaman desktop anda dengan minimize tetingkap VLC. Untuk menghentikan rakaman, anda hanya perlu membuka tetingkap VLC dan menekan butang “Stop”.
VLC Capture Media
Penggunaan VLC Media Player untuk rakaman desktop mungkin memberikan kemudahan untuk anda, apatah lagi tiada sebarang perisian tambahan lain yang diperlukan, selain memudahkan anda menetapkan kadar frame-rate ketika rakaman.
Muat-Turun VLC untuk desktop

No comments:

Post a Comment