Sunday, 21 June 2015

ADWCleaner : Membuang Toolbar Yang Menggangu Pada Komputer Dengan Mudah

Kadang-kala, sering kali ketika memasang sesuatu perisian, ia turut hadir dengan toolbar yang dipasang secara automatik. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai dan sering menganggu pengalaman pelayaran web anda.
Setiap toolbar yang terpasang ini boleh dibuang melalui Control Panel, tetapi mungkin bagi pengguna baru, mereka tidak menyukai akan kaedah ini.
Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian yang membantu adalah ADWCleaner. ADWCleaner merupakan salah satu perisian percuma untuk Windows yang membolehkan pengguna untuk membuang toolbar, adware, dan pelbagai perisian yang tidak diingini dengan mudah.
AdwCleaner
ADWCleaner ini tidak dipasang pada komputer, dan beroperasi lebih kurang menyerupai portable-apps, dimana ia boleh dijalankan selepas ia dimuat-turun tanpa melalui proses pemasangan.
Sebaik sahaja menjalankannya, pengguna boleh memulakan proses pengimbasan, dan seterusnya membuang pelbagai toolbar dan perisian yang tidak diingini dengan klik pada “Clean”.
Apa pun, sebelum membuat proses “Clean”, sila pastikan apakah perisian yang akan terkesan dengan klik pada setiap tab dan melihat apakah yang akan dibuang.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ADWCleaner hari ini dan memastikan komputer anda terus bebas daripada perisian yang tidak diingini ini.

Bagaimana Merakam Desktop Menggunakan VLC Media Player?

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk pengguna merakamkan desktop – terutamanya untuk anda merakamkan tutorial dan sebagainya. Kebanyakkannya hadir dengan penawaran tersendiri, dan terdapat juga beberapa perisian yang berbayar. Tetapi, sekiranya anda inginkan sesuatu perisian yang percuma dan sedia terdapat pada kebanyakkan komputer hari ini, ia adalah VLC Media Player.
VLC Media Player merupakan salah satu pemain media sumber terbuka dan sedia menyokong pelbagai jenis format video untuk dimainkan. Ia juga turut hadir dengan pelbagai fungsi tersembunyi yang tidak diketahui ramai, dan salah satunya adalah kebolehan untuk merakamkan skrin desktop dalam bentuk video.
Untuk mula merakamkan video menggunakan VLC, anda terlebih dahulu perlu membuka perisian tersebut pada komputer anda, dan klik pada menu “Media“, seterusnya pilih “Open Capture Device“.
VLC Capture Media
Seterusnya, pada menu pilihandrop-down di bahagian Capture Media, pilih pilihan untuk “Desktop“.

SARDU : USB Multiboot, Satu Flash Disk Untuk Banyak Fungsi

Memformat komputer adalah salah satu perkara yang sering kita dengar apabila PC bermasalah. Kadang-kala perkara yang remeh dan dapat diatasi dengan senang, namun ramai yang masih memilih untuk memformat komputer. Salah satu cara mudah untuk memulihkan komputer yang bermasalah adalah dengan menggunakan aplikasi Sardu (Shardana Antivirus Rescue Disk Utility).
Secara ringkasnya, Sardu membolehkan para pengguna membangunkan peranti multiboot mereka tersendiri samada menggunakan peranti USB, cakera CD, DVD ataupun sebagainya. Ketika membinanya, Sardu memberikan pilihan berkaitan aplikasi apa yang ingin disertakan, termasuk antivirus dan ratusan aplikasi lain.
Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk membaik-pulih dan mengembalikan sistem operasi Windows dengan pantas, terus melalui skrin boot dengan menggunakan Sardu ini. Pada masa yang sama, Sardu turut menyediakan aplikasi untuk para pengguna mendapatkan kembali dokumen atau gambar yang hilang, serta menguji perkakasan mereka seperti cakera keras, RAM, grafik dan sebagainya.
Sardu ditawarkan secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun hari ini, dan menyertakannya kepada aplikasi wajib yang dipunyai oleh anda, andai kata komputer atau sistem operasi anda mempunyai sebarang masalah.

Sumber

Shiela USB Shield Melindungi PC Anda Daripada Ancaman Malware Daripada Pemacu USB Lain

Menjadi igauan ramai pengguna komputer adalah apabila menghubungkan sebarang pemacu USB daripada pengguna lain dan risau akan ia dijangkiti sebarang malware dan sebagainya. Terdapat beberapa perisian yang menawarkan perlindungan daripada ancaraman malware yang hadir dariapda pemacu USB, dan salah satu yang percuma adalah Shiela USB Shield.
Shiela USB Shield ditawarkan dalam bentuk perisian yang bersaiz kecil, tetapi memerlukan ia dipasang pada komputer. Sebaik sahaja ia selesai dipasang, perisian tersebut akan berjalan padaTaskbar komputer anda, dan boleh ditetapkan supaya turut dijalankan ketika komputer dimulakan.

Shiela USB Shield
Perisian ini juga mengelakkan daripada fail autorun.inf berjalan dan pada masa yang sama mengelak sebarang fail berbentuk malware dijalankan. Fail yang terjejas disebabkan oleh virus juga boleh dikembalikan ke bentuk yang asal, selain turut hadir dengan kebolehan untuk memaparkan sebarang fail dan folder yang tersembunyi.

Perbanyakkan Bacaan Al Quran Ustaz Hasyimie Che Pa



Keutamaan Mengkhatamkan Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan banyak berkahnya. Setiap muslim pasti sering mendengar bahwa bulan Ramadhan adalah bulannya Al-Quran. Karena memang sangat banyak sekali dalil yang menunjukkan hal ini. Allah Ta’ala berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)” QS. (Al Baqarah : 185)
Sedangkan keutamaan membaca Al-Quran sangat banyak dijelaskan, salah satunya adalah Sabda Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa salam,
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
“Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan “alif lam mim” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf” ( HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)

Saturday, 20 June 2015

Siapa Bilang Bidah Itu Sesat!!....(full)

Islam adalah agama wahyu dan bukan agama ciptaan manusia. Perbuatan menokok tambah (bid‘ah) dalam agama boleh menghilangkan ketule-nannya, sehingga menyebabkan orang ramai tidak akan dapat membezakan antara ajaran asal yang bersumber daripada Allah dengan yang ditokok tambah oleh manusia.


Hadits 1 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
Hadits 2  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Muslim no. 1718)

(Funny) Looking for the fastest Taraweeh? - Mufti Menk



Use Ramadan as a time to connect with Quran. Do not choose the Masjid with the fastest Taraweeh just to get over with it.