Salah satu ilmu bisnes yang jarang orang bisnes hendak ambil tahu adalah cara membuat S.O.P.
.
Sebabnya, ilmu S.O.P ini tidak seksi.
.
Dibandingkan dengan ilmu copywriting, FB Ads atau teknik marketing dan meroket, S.O.P memang tidak seksi sebab kita tidak nampak ia bawa masuk duit.
.
Tapi realitinya, ilmu tidak seksi inilah yang syarikat-syarikat besar guna untuk kembangkan lagi bisnes mereka.
.
McD tidak akan mampu buka hingga 36 ribu cawangan jika mereka tiada S.O.P. AirAsia tidak akan berani luaskan rangkaian hingga ke Hawaii jika tidak kerana S.O.P yang mereka ada. Begitu juga Apple, kedainya ada di seluruh dunia kerana adanya S.O.P.
.
Contoh yang lebih kecil, food truck Putu Bamboo dapat beroperasi dengan efektif di lebih 40 lokasi berlainan hanya bila adanya S.O.P.
.
Dengan S.O.P, bisnes mereka dapat dikembangkan dan bawa duit masuk lebih banyak.
.
- Mazlan Mohamad
Monday, 12 November 2018
S.O.P: Ilmu Penting Ramai Orang Bisnes Jarang Ambil Tahu
5 Keseronokan Berniaga
5 keseronokan berniaga:
1. Kita mengawal aktiviti kita tanpa arahan majikan.
2. Kita tentukan pendapatan dengan selarikan usaha berniaga.
3. Dapat bertemu ramai orang dan banyak ragam yang membuka mata kita tentang 'dunia sebenar'
4. Terasa diri semakin dekat dengan Tuhan apabila kita bergantung harap rezeki milikNya.
5. Nilai kredibiliti diri akan naik dan dapat melakukan sesuatu yang tak pernah kita sangka.
- Azam Tuan
Mak Tak Bagi Kahwin
"Cerita dia macam ni. Saya nak kahwin tapi mak saya tak bagi kahwin. So nak tanya perlu ke saya dapat keberkatan mak tu untuk kahwin ni?"
Jika ibu menolak calon isteri maka pasti ada sebabnya kerana orang tua lebih banyak makan garam. Restu ibu juga penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga.
Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai guru di Sabah dan lambat kahwin kerana ibunya mahukan dia berkahwin dengan orang kelantan dan bekerja sebagai cikgu. Dia pula bekerja di kawasan pendalaman Sabah.
Dia ada berjumpa gadis yang dia berkenan tetapi semuanya ditolak oleh ibunya kerana bukan orang Kelantan atau tidak bekerja sebagai guru. Agak sukar dia mahu mencari calon isteri sebagaimana hasrat ibunya.
Akhirnya selepas bertahun-tahun dia berjumpa dengan calon isterinya. Kebetulan ada seorang guru wanita dari Kelantan baru dihantar bertugas berdekatan kawasannya di Sabah. Kawan saya jatuh hati dengannya.
Dia merisik khabar dan mendapati guru wanita itu masih belum berpunya. Maka kawan saya berkahwin dengan guru wanita tersebut. Kini mereka hidup bahagia dengan anak-anak yang comel di Sabah.
Kadang-kadang ada hasrat orang tua kita yang agak berat untuk kita terima dan laksanakan tetapi percayalah ada seribu hikmah di sebaliknya.
Dr. Abdél Rahmanov
12 November 2018
5 Golongan Manusia Membaca
5 golongan manusia
1. Tidak suka membaca
2. Membaca tetapi tidak faham
3. Golongan membaca dan faham tetapi faham sahaja, tiada kekuatan untuk mengamalkannya dengan istiqamah.
4. Golongan yang membaca dan faham serta beramal tetapi tiada keikhlasan. Mereka berasaa ujub dengan kehebatan mereka. Manusia menggelar mereka cendekiawan. Merek merasakan kehebatan mereka itu adalah hasil mereka.
5. Golongan yang membaca dan beramal dengan ilmunya demi mencari redha Allah.
#BeraniUBAH
#RoadtoJannah
- Zul Fikarullah
Monday, 18 June 2018
Sebar Ilmu Agama/Hadis Di Facebook/FB Media Sosial
[Sebar Ilmu Agama/Hadis Di FB]
1) Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi ada laman web sendiri mengumpulkan fatwa beliau dalam permasalahan dalam agama, begitu juga As Syeikh Solah Abdul Fatah Al Kholidi. Tetapi apabila di Malaysia ada orang berkongsi ilmu agama di FB dan laman sosial terus diperli sebegini:
'Ulamak dahulu bahas ilmu agama di madrasah, bukan di FB'
'Orang sekarang ini belajar dengan google dan YouTube sahaja'
2) Cuba kita berfikir secara positif, Youtube dan FB merupakan medan untuk menyampaikan ilmu. Orang yang membaca di FB dan YouTube bukanlah mereka 24 jam di depan laptop, mereka juga bertalaqqi kitab tertentu dengan guru mereka.Cuba kita fikir sejenak, dari mana kita mula mengenal ustaz-ustaz yang terkenal dalam masyarakat kita seperti UAI dan lain-lain. Melalui YouTube, FB dan sebagainya.
3) Manfaatkanlah laman sosial ini dengan perkara yang baik. Apabila kita berkongsi sesuatu maklumat di laman sosial, tidak bermakna kita mengajak manusia hanya duduk 24 jam di hadapan Facebook.
4) Berkaitan hadis. Ilmu hadis ialah ilmu yang perlukan sifat berhati-hati. Erti berhati-hati ialah jangan disebarkan tanpa mengetahui statusnya. Demikian yang disebutkan oleh Ibn Hibban dalam muqaddimah Kitabnya al-Majruhin.
5) Jika ulama dulu menulis dan mengumpulkan hadis-hadis masyhur atas lidah masyarakat dan menyatakan statusnya supaya masyarakat tahu, mengapa tidak kita sebar luaskan status yang ulama dah letak itu di dalam FB? Adakah kita nak jadikan FB ini tempat maksiat sahaja?
6) Jangan jadikan ilmu agama ini keseluruhannya eksklusif. Jika ada perkara yang masyarakat perlu tahu bagilah peluang untuk mereka belajar walaupun melalui internet. Kenapa ingin susahkan manusia sedangkan kemudahan dah ada?
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
Dunia Penjara Orang Mukmin
Menjadi Muslim yang baik tidak sebahagia kisah ustaz dalam novel-novel cinta. Menjadi Muslimah yang baik tidak seceria model-model hijabista.
Mengamalkan agama dalam dunia pancaroba menuntut kita menyelisihi manusia. Dilihat pelik, dipandang jelek itu lumrah. Terkadang dalam dada dihasut rasa mahu hidup seperti biasa, tenang bersama dosa.
Duhai hati, pujuklah diri, sesungguhnya "dunia penjara Mukmin" dan "akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi".
-Izzat Al-kutawi
Saturday, 12 May 2018
Dr. MAZA untuk Jawatan Menteri Hal Ehal Agama
*Dr. MAZA untuk Jawatan Menteri Hal Ehal Agama*
.
Melihat kepada situasi dakwah sunnah hari ini, mungkin Allah sudah mentakdirkan bahawa Jawatan Menteri Hal Ehwal Agama disandang oleh seseorang yang bermanhaj dan berakidah Salaf.
Hubungan yang rapat dan baik diantara Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan SS Mufti Dr. MAZA adalah satu kelebihan kepada dakwah Sunnah di Malaysia. Oleh kerana itu, peluang ini jangan kita sia-siakan.
.
Kita sudah lama mendambakan jawatan ulil amri Menteri Agama disandang oleh mereka yang ahli dan memperjuangkan akidah dan manhaj Salaf, hari ini Allah memberikan kekuasaan memerintah kepada kerajaan Pakatan Harapan, maka peluang ini kita ambil sebaiknya demi dakwah.
.
Atas sebab-sebab tersebut, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sunnah semua supaya kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga jawatan Menteri Hal Ehwal Agama diberikan kepada Dr. MAZA hafizahullah.
- Chia seng kiat