Monday 12 November 2018

Mak Tak Bagi Kahwin

"Cerita dia macam ni. Saya nak kahwin tapi mak saya tak bagi kahwin. So nak tanya perlu ke saya dapat keberkatan mak tu untuk kahwin ni?"

Jika ibu menolak calon isteri maka pasti ada sebabnya kerana orang tua lebih banyak makan garam. Restu ibu juga penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga.

Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai guru di Sabah dan lambat kahwin kerana ibunya mahukan dia berkahwin dengan orang kelantan dan bekerja sebagai cikgu. Dia pula bekerja di kawasan pendalaman Sabah.

Dia ada berjumpa gadis yang dia berkenan tetapi semuanya ditolak oleh ibunya kerana bukan orang Kelantan atau tidak bekerja sebagai guru. Agak sukar dia mahu mencari calon isteri sebagaimana hasrat ibunya.

Akhirnya selepas bertahun-tahun dia berjumpa dengan calon isterinya. Kebetulan ada seorang guru wanita dari Kelantan baru dihantar bertugas berdekatan kawasannya di Sabah. Kawan saya jatuh hati dengannya.

Dia merisik khabar dan mendapati guru wanita itu masih belum berpunya. Maka kawan saya berkahwin dengan guru wanita tersebut. Kini mereka hidup bahagia dengan anak-anak yang comel di Sabah.

Kadang-kadang ada hasrat orang tua kita yang agak berat untuk kita terima dan laksanakan tetapi percayalah ada seribu hikmah di sebaliknya.

Dr. Abdél Rahmanov
12 November 2018


No comments:

Post a Comment