5 keseronokan berniaga:
1. Kita mengawal aktiviti kita tanpa arahan majikan.
2. Kita tentukan pendapatan dengan selarikan usaha berniaga.
3. Dapat bertemu ramai orang dan banyak ragam yang membuka mata kita tentang 'dunia sebenar'
4. Terasa diri semakin dekat dengan Tuhan apabila kita bergantung harap rezeki milikNya.
5. Nilai kredibiliti diri akan naik dan dapat melakukan sesuatu yang tak pernah kita sangka.
- Azam Tuan
Monday, 12 November 2018
5 Keseronokan Berniaga
Mak Tak Bagi Kahwin
"Cerita dia macam ni. Saya nak kahwin tapi mak saya tak bagi kahwin. So nak tanya perlu ke saya dapat keberkatan mak tu untuk kahwin ni?"
Jika ibu menolak calon isteri maka pasti ada sebabnya kerana orang tua lebih banyak makan garam. Restu ibu juga penting dalam sesuatu ikatan rumah tangga.
Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai guru di Sabah dan lambat kahwin kerana ibunya mahukan dia berkahwin dengan orang kelantan dan bekerja sebagai cikgu. Dia pula bekerja di kawasan pendalaman Sabah.
Dia ada berjumpa gadis yang dia berkenan tetapi semuanya ditolak oleh ibunya kerana bukan orang Kelantan atau tidak bekerja sebagai guru. Agak sukar dia mahu mencari calon isteri sebagaimana hasrat ibunya.
Akhirnya selepas bertahun-tahun dia berjumpa dengan calon isterinya. Kebetulan ada seorang guru wanita dari Kelantan baru dihantar bertugas berdekatan kawasannya di Sabah. Kawan saya jatuh hati dengannya.
Dia merisik khabar dan mendapati guru wanita itu masih belum berpunya. Maka kawan saya berkahwin dengan guru wanita tersebut. Kini mereka hidup bahagia dengan anak-anak yang comel di Sabah.
Kadang-kadang ada hasrat orang tua kita yang agak berat untuk kita terima dan laksanakan tetapi percayalah ada seribu hikmah di sebaliknya.
Dr. Abdél Rahmanov
12 November 2018
5 Golongan Manusia Membaca
5 golongan manusia
1. Tidak suka membaca
2. Membaca tetapi tidak faham
3. Golongan membaca dan faham tetapi faham sahaja, tiada kekuatan untuk mengamalkannya dengan istiqamah.
4. Golongan yang membaca dan faham serta beramal tetapi tiada keikhlasan. Mereka berasaa ujub dengan kehebatan mereka. Manusia menggelar mereka cendekiawan. Merek merasakan kehebatan mereka itu adalah hasil mereka.
5. Golongan yang membaca dan beramal dengan ilmunya demi mencari redha Allah.
#BeraniUBAH
#RoadtoJannah
- Zul Fikarullah
Monday, 18 June 2018
Sebar Ilmu Agama/Hadis Di Facebook/FB Media Sosial
[Sebar Ilmu Agama/Hadis Di FB]
1) Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi ada laman web sendiri mengumpulkan fatwa beliau dalam permasalahan dalam agama, begitu juga As Syeikh Solah Abdul Fatah Al Kholidi. Tetapi apabila di Malaysia ada orang berkongsi ilmu agama di FB dan laman sosial terus diperli sebegini:
'Ulamak dahulu bahas ilmu agama di madrasah, bukan di FB'
'Orang sekarang ini belajar dengan google dan YouTube sahaja'
2) Cuba kita berfikir secara positif, Youtube dan FB merupakan medan untuk menyampaikan ilmu. Orang yang membaca di FB dan YouTube bukanlah mereka 24 jam di depan laptop, mereka juga bertalaqqi kitab tertentu dengan guru mereka.Cuba kita fikir sejenak, dari mana kita mula mengenal ustaz-ustaz yang terkenal dalam masyarakat kita seperti UAI dan lain-lain. Melalui YouTube, FB dan sebagainya.
3) Manfaatkanlah laman sosial ini dengan perkara yang baik. Apabila kita berkongsi sesuatu maklumat di laman sosial, tidak bermakna kita mengajak manusia hanya duduk 24 jam di hadapan Facebook.
4) Berkaitan hadis. Ilmu hadis ialah ilmu yang perlukan sifat berhati-hati. Erti berhati-hati ialah jangan disebarkan tanpa mengetahui statusnya. Demikian yang disebutkan oleh Ibn Hibban dalam muqaddimah Kitabnya al-Majruhin.
5) Jika ulama dulu menulis dan mengumpulkan hadis-hadis masyhur atas lidah masyarakat dan menyatakan statusnya supaya masyarakat tahu, mengapa tidak kita sebar luaskan status yang ulama dah letak itu di dalam FB? Adakah kita nak jadikan FB ini tempat maksiat sahaja?
6) Jangan jadikan ilmu agama ini keseluruhannya eksklusif. Jika ada perkara yang masyarakat perlu tahu bagilah peluang untuk mereka belajar walaupun melalui internet. Kenapa ingin susahkan manusia sedangkan kemudahan dah ada?
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
Dunia Penjara Orang Mukmin
Menjadi Muslim yang baik tidak sebahagia kisah ustaz dalam novel-novel cinta. Menjadi Muslimah yang baik tidak seceria model-model hijabista.
Mengamalkan agama dalam dunia pancaroba menuntut kita menyelisihi manusia. Dilihat pelik, dipandang jelek itu lumrah. Terkadang dalam dada dihasut rasa mahu hidup seperti biasa, tenang bersama dosa.
Duhai hati, pujuklah diri, sesungguhnya "dunia penjara Mukmin" dan "akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi".
-Izzat Al-kutawi
Saturday, 12 May 2018
Dr. MAZA untuk Jawatan Menteri Hal Ehal Agama
*Dr. MAZA untuk Jawatan Menteri Hal Ehal Agama*
.
Melihat kepada situasi dakwah sunnah hari ini, mungkin Allah sudah mentakdirkan bahawa Jawatan Menteri Hal Ehwal Agama disandang oleh seseorang yang bermanhaj dan berakidah Salaf.
Hubungan yang rapat dan baik diantara Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan SS Mufti Dr. MAZA adalah satu kelebihan kepada dakwah Sunnah di Malaysia. Oleh kerana itu, peluang ini jangan kita sia-siakan.
.
Kita sudah lama mendambakan jawatan ulil amri Menteri Agama disandang oleh mereka yang ahli dan memperjuangkan akidah dan manhaj Salaf, hari ini Allah memberikan kekuasaan memerintah kepada kerajaan Pakatan Harapan, maka peluang ini kita ambil sebaiknya demi dakwah.
.
Atas sebab-sebab tersebut, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sunnah semua supaya kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga jawatan Menteri Hal Ehwal Agama diberikan kepada Dr. MAZA hafizahullah.
- Chia seng kiat
Monday, 23 April 2018
Buatlah Kebaikan dan Carilah Keberkatan
Boleh jadi, saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seseorang yang sedih yang telah engkau bahagiakan, atau dari seseorang yang berselisih denganmu yang engkau berikan senyuman, atau dari seseorang yang dihimpit kesulitan dan telah engkau lapangkan. Maka, janganlah engkau sekali-kali meremehkan sebuah kebaikan.
Membuat kebaikan secara terang-terangan memberi teladan. Membuat kebaikan secara tersembunyi membina keikhlasan. Buatlah baik dalam keadaan apa sahaja, kerana manfaatnya sentiasa ada untuk diri mu dan orang lain.
Innallaha katabal ihsaana alaa kulli syay in...Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan dalam segala hal.
Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir...Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir.
Sedikit yg banyak.
Dalam hidup ni ada benda yg kita tak boleh atau tak mampu bersaing dgn orang di sudut kemampuan orang lain lebih dari kita diri segi metarial atau fizikal.
Umpamanya harta orang lain lebih dari kita. Ada orang anak lebih dari kita. Ada orang tanah luas dari kita. Ada orang jawatan dia lebih dari kita. Kita nak pulun pun banyak ni ja la yg nak ada. Ada benda yg kita nak bersaing tu mcm tak larat. Tak mcm orang lain, kita tengok diri kita mcm terbelakang.
Tapi dalam hidup ini ada benda yg kita buat dan dapat sekalipun pada zahir disudut kebendaan kita tak mampu tetapi di sudut hubungan kita dgn Tuhan kita akan dapat sesuatu yg lebih besar dan baik, iaitu mencari kebaikan keberkatan.
Duit RM10 tak sama dengan RM100, dari segi bilangan atau jumlahnya. Tapi duit RM10 yg Allah berkati akan lebih dari RM100 dari segi kurnian. Dengan RM10 itu barangkali kita lebih bahagia. Barangkali yg kita makan tu bagi banyak kebaikan walau tak banyak yg kita dapat makan. Keluarga yg diberkati, rumah yg diberkati. Bila Allah berkat, Allah turunkan dari berbagai bagai cara, bukan masalah jumlah. Kebahagian, ketenangan, kenikmatan, jumpa jalan nak cari Allah.
Kebaikan (al khair)
Keberkatan (al barakah)