Saturday, 9 January 2021

"Body Shaming" Adalah Jenayah!


 Perhatian kepada mana mana mangsa “Body Shaming”, anda boleh mengambil tindakan undang undang dengan melaporkan kepada SKMM atau aduan di balai polis 

Menurut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Tindakan body shaming bukan sahaja memalukan mangsa malah mampu memberi implikasi jangka masa panjang 

⚠️ Kemurungan

⚠️ Eating disorder

⚠️ Hilang keyakinan

⚠️ Risiko bunuh diri

Kredit

#PublicHealthMalaysia 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Doa... Meminta Atau Memberi Arahan?

 

Doa... Meminta Atau Memberi Arahan?

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ المُعْتَدِينَ وَلاَ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ بَعْدَ إِصْلاَحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفاً وَطَمَعًا إنَّ رَحْمَةَ الله قَرِيبٌ مِنَ المُحْسِنينَ

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (55) [Al-A’raf 7: 55]

Dalam ayat ini Allah menyuruh kita meminta@berdoa kepadanya dengan penuh merendah diri. Ini kerana kita adalah hamba, dan yang sedang kita meminta daripadaNya ialah pencipta kita.

Ini merupakan perkara paling penting daripada segala aspek berkaitan doa. Doa adalah permintaan seorang hamba kepada Tuhannya, dan bukan arahan kita kepada Allah.

Apabila kita menyedari bahawa ia permintaan seorang hamba kepada Penciptanya, maka ia akan melahirkan rasa rendah diri ketika meminta.

Rasa rendah diri ini akan membawa kepada kefahaman yang benar tentang janji Allah bahawa Dia akan menunaikan permintaan hambaNya.

Doa yang lahir tanpa rasa rendah diri akan melahirkan natijah seolah-olah doa itu arahan seorang hamba kepada Penciptanya. Inilah yang akan menyebabkan manusia menyangka bahawa apabila mereka meminta kepada Allah sesuatu, bukti doa itu mustajab ialah mereka mendapat seperti mana yang mereka minta. Minta A, dapat A, minta B, dapat B.

Hilangnya konsep perhambaan dalam doa menyebabkan manusia muncul dengan pelbagai cara kononnya mahu meningkatkan keyakinan dan sangka baik kepada Allah ketika berdoa. Antaranya ialah dengan membayangkan seolah-olah sudah mendapat apa yang mahu diminta, lalu mengucapkan syukur kerana merasakan sudah mendapat apa yang diminta (sedangkan belum pun dan baru nak berdoa), dan lain-lain.

Ini semua sudah terkeluar daripada tanda perhambaan kepada Allah yang mesti dibuktikan dengan sifat rendah diri ketika meminta.

Manusia yang merendah diri kepada Allah, akan meminta apa yang dihajati, dan melepaskan urusan bagaimana doa itu dijawab kepada Allah. Dia mengetahui bahawa dirinya hamba yang sedang meminta kepada Allah dan bukan memberikan arahan.

Dengan keyakinannya dan sangka baiknya kepada Allah, dia akan meyakini bahawa jawapan yang Allah berikan kepada doanya adalah yang terbaik walaupun tidak sama dengan apa yang dipinta. Ini kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah menerangkan bagaimana Allah menunaikan permintaan seorang hamba.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا " ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ .

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara berikut: (1) Akan disegerakan doanya itu, (2) ditangguhkan ke hari Akhirat, (3) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang yang berdoa. Para sahabat bertanya: Oleh kerana itu, kami perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Allah, pemberianNya lebih banyak [Musnad Ahmad, Musnad Abu Sa’id al-Khudri, hadis no: 10921, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya jayyid].

Jika dia merasai kerendahan dirinya ketika berdoa, perasaan mengemis seorang hamba kepada Pencipta, apabila apa yang dia minta tidak ditunaikan, dia akan bersangka baik bahawa Allah telah menunaikan doanya dengan cara yang Allah kehendaki. Dalam masa yang sama dia berusaha memperbaiki cara berdoanya agar selari dengan apa yang diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, dan bukannya mengambil cara-cara berdoa yang tiada asalnya di dalam Islam.

Ketiadaan rasa perhambaan dan merendah diri ketika berdoa, menyebabkan sebahagian manusia sangat celupar sehingga mengungkapkan 'Aku sudah banyak berdoa selama ini tetapi tak pernah mustajab' kerana dia tidak mendapat sebagaimana apa yang dia minta di dalam doanya.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

: " يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ

Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata:

: دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6340]

Oleh kerana sudah hilang rasa perhambaan, sebahagian orang semakin bertindak biadab dengan mengambil cara-cara berdoa yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang dihantar oleh Allah untuk mengajar sekalian manusia, dan mereka mendakwa inilah cara berdoa sebenar, tanpa pernah mereka melihat kepada tindak-tanduk mereka selama ini adalah sudah melakukan semua adab doa yang diajar di dalam wahyu.

Mereka lupa kepada sekian nikmat 24 jam mereka kecapi yang mana boleh jadi sebahagian besarnya tidak pernah diminta pun tetapi tetap diperolehi.

Berdoalah dengan penuh merendah diri kerana ia permintaan kita sebagai hamba kepada Pencipta kita, dan bukannya arahan kepada Allah.

#MMMR

Kredit

#UstazMasriRamli 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Had Tidak Tahu


 HAD TIDAK TAHU

Kebolehcapaian pengetahuan kita ada had, tahap kejahilan pun mesti ada had.

Seperti mana kita tidak boleh mendakwa tahu semua perkara tentang satu-satu isu, kita juga tidak boleh mendakwa tidak tahu tentang asas-asas isu yang mana kita dipertangjawabkan keatasnya. 

Bila berhadapan seseorang yang berotoriti dalam sesuatu bidang sekalipun kita tidak sepatutnya kosongkan cawan sepenuhnya.

Ini antara sebab kita terjebak dalam ajaran-ajaran yang salah, kerana tidak tahu beza "Aku tak tahu" dengan "Aku tak tahu apa-apa", yang pertama itu baik jika digunakan ditempat yang betul, yang kedua pula sebenarnya adalah penghinaan keatas aqal kurniaan Allah s.w.t, bukan tawadhu'.

Bila mengaku tak tahu apa-apa dan diri pula sedia menyerah kepada apa sahaja yang dibawa oleh guru berotoriti tersebut maka apa yang dapat menyelamatkan diri dari menelan juga kesalahannya? Bagaimana jika kesalahan itu besar pula?

Ini berbalik kepada permasalahan epistemologi, bagaimana kita tahu bahawa kita tahu? Tiada jalan lain kecuali dengan berfikir. Namun bagaimana nak tahu cara berfikir kita itu betul? Mula dengan asas peranan aqal itu sendiri, yaitu kemampuan asasi mengenal pasti adanya percanggahan atau tidak, ini antara kemampuan asasi aqal manusia yang waras. 

Namun bagaimana pula jika yang berkata-kata itu menggunakan bahasa yang kabur bagi anda? 

Perlu tahu, apakah had kekaburan itu? Jika ia tidak berhad sehingga boleh melanggar ilmu asasi semua orang tentang isu tersebut maka tinggalkan, kerana cara kekaburan itu sebenarnya sengaja digunakan untuk membawa masuk sesuatu yang batil.

Namun jika ia kabur bagi anda kerana anda tidak mahir akan istilah-istilahnya maka jalannya adalah dengan bertanya hingga faham. Kebanyakan istilah yang rumit sebenarnya boleh dirungkai ke tahap bahasa awam jika guru dan murid itu ada kesabaran dan kejujuran.

Apa sahaja yang kabur dan zahirnya menyanggahi asas kefahaman tadi maka tinggalkanlah, ini jalan yang paling selamat.

Manusia suka untuk tahu, tapi ada jenis manusia pula yang seronok tenggelam dalam lautan ketidakpastian, kejahilan dan misteri, dianggapnya pula itu tawadhu', kenapa? Kerana jika tidak tahu tidak lah perlu berfikir dan memilih, cukup dengan terapung-apung mengikut arah arus.

ﻋﻦ ﺣﺬﻳﻔﺔ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: " ﻻ ﺗﻜﻮﻧﻮا ﺇﻣﻌﺔ، ﺗﻘﻮﻟﻮﻥ: ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ اﻟﻨﺎﺱ ﺃﺣﺴﻨﺎ، ﻭﺇﻥ ﻇﻠﻤﻮا ﻇﻠﻤﻨﺎ، ﻭﻟﻜﻦ ﻭﻃﻨﻮا ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ، ﺇﻥ ﺃﺣﺴﻦ اﻟﻨﺎﺱ ﺃﻥ ﺗﺤﺴﻨﻮا، ﻭﺇﻥ ﺃﺳﺎءﻭا ﻓﻼ ﺗﻈﻠﻤﻮا " رواه الترمذي

Dari Hudzaifah, Nabi bersabda: "Janganlah kamu menjadi pak turut dan berkata 'Kalau manusia baik, maka kita akan berbuat baik, kalau mereka berbuat zalim, maka kita berbuat zalim'. Sebaliknya pasakkan dirimu, jika mereka berbuat baik maka kamu balaslah dengan kebaikan. Jika mereka berbuat buruk, maka kamu jangan berbuat zalim" - Tirmidzi.

Kredit 

#UstazNoorDeros 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Manusia suka dengar cerita.


 Kedit

Puan Ainon Mohd

Beza DOA seperti Ubat dan DOA seperti Air


 DOA seperti Ubat dan DOA seperti Air ?

“Jangan jadikan doa seperti ubat, yang hanya diambil ketika sakit. Tetapi jadikanlah Doa seperti air yang diperlukan setiap hari”

Rajinkanlah berdoa kepada-NYA. .

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Kredit 

#AbuMustaqimKhairulIkhwan

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

9 Tips Membaca Dengan Cepat.

 


Tips Membaca Buku Gaya Datuk Dr. Mohd Daud Bakar


 TIPS MEMBACA BUKU GAYA DATUK DR. MOHD DAUD BAKAR
.
Oleh: Mohd Danial Madani
.
1. LATIHAN MEMBACA INTENSIF - beliau pernah membaca dokumen paling kurang 500 mukasurat seminggu - untuk 20 tahun yang lepas.
.
2. LATIHAN MEMBACA BERTERUSAN - Bruce Lee berlatih tumbukan bukan 100 kali sehari tetapi satu jenis tumbukan 100 kali sehari. Kalau 10 cara tumbukan, maksudnya 1000 kali sehari.
.
3. Umur muda dengan kelapangan masa kena baca paling kurang 500 mukasurat seminggu, cuba amalkan untuk 6 bulan, kemudian akan jadi fast reader, boleh baca 1000 mukasurat seminggu, lepas tu laju lagi in sha Allah.
.
4. Bila baca banyak buku berat dan ringan, jiwa dan minda akan jadi ringan untuk baca lebih banyak, dan ini sebenarnya adalah rahsia yang terbuka. Mula-mula pastinya susah tetapi selepas 6 bulan dah jadi Intel i7..
.
5. Ada jenis buku sekali khatam dah puas, ada yang lain kena baca berulang kali. Contoh oleh beliau ialah Kitab al-Risalah Imam al-Shafie dan Kitab Muwatta' Syarah Shaibani dan Mudawwanah oleh Sahnun.
.
6. Bagi beliau bacalah buku yang berat di masa kita bermotivasi tinggi dan buku ringan di masa kita penat dan letih, contoh di waktu trafik sesak atau menunggu kapal terbang yang lewat. Jadilah fleksibel.
.
7. Kita gagal membaca dengan baik sebab tak dapat hargai buku dan pengarangnya. Perlu selesaikan isu ini dahulu, baru laju dan bermotivasi. Ramai pelajar tak dapat kunci ini, sebab itulah tak baca atau lambat habis bila membaca. Ini punca segala-galanya. Kita perlu ubati ini dahulu.
.
8. Novel itu bagus untuk bahasa dan pengalaman hidup orang lain dan tips kehidupan. Beliau menggemari karya John Grisham.
.
Akhir sekali nasihat beliau, kena motivasi diri selalu untuk baca sebanyak mungkin. Tetapkan target berapa mukasurat seminggu. Kemudian tingkatkan dari semasa ke semasa. In sha Allah. Moga dipermudahkan.
.
.
Kredit 
#DrMohdDaudBakar
#MohdDanialMadani 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme