Monday, 16 January 2017

Poligami Tidak Lagi Relevan??

POLIGAMI TIDAK LAGI RELEVAN??

Isu ini cukup sensitif pada insan yang bergelar wanita dan isteri…Sehingga seringkali emosi diri mengatasi naqli…Pelbagai tohmahan dilemparkan pada sang suami…Kerana berpoligami tanpa kerelaan diri…Lalu disangka Islam itu tidak memberi keadilan buat isteri…

1.     Fahamilah, bahawa Islam tidak mewajibkan sang suami berpoligami, bahkan sekadar memberikan kelonggaran untuk melakukannya dengan kriteria tertentu…Ia hanyalah JALAN KELUAR, PENAWAR dan PENYELESAI MASALAH bagi sesetengah situasi…

2.     Poligami telah wujud sejak sekian lama sebelum kedatangan Islam lagi di seluruh dunia, bahkan dalam agama Kristian dan Yahudi itu sendiri tidak wujud larangan untuk berpoligami yang memungkinkan untuk seseorang itu berkahwin dengan seramai mana wanita yang diingininya tanpa sebarang panduan!
Lalu datang Islam menghadkan kadar poligami dalam satu-satu masa kepada 4 isteri sahaja dengan syarat-syarat yang bukan mudah dipenuhi ramai lelaki walau sekaya mana pun dia…Maka di mana kebobrokan Islam yang dirasakan berbanding  agama-agama dan tradisi lain?? Seolah-olah Islam yang “mencipta” amalan poligami ini??

3.     Islam tidak menjadikan amalan berpoligami semberono mengikut hawa nafsu serta keinginan sang lelaki, bahkan syaratnya ketat…Ancamannya dahsyat…Bagi mereka yang mengabaikan hak para isteri dan tidak berlaku adil terhadap mereka…
Bukankah Allah berfirman: “Kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian sekalipun kalian bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)…” [al-Nisa’]??

4.    Nas-nas agama seperti ini bukan hanya dipetik sana-sini mengikut hawa nafsu diri, tetapi perlu dipelajari dari mereka yang ahli…Kemampuan yang dinafikan dalam ayat ini bukan kemampuan fizikal material, bahkan kemampuan hati…
Yang bermaksud: Walaupun kalian sememangnya telah cuba berlaku adil secara zahir yang membabitkan nafkah, masa, pemberian, interaksi, dan seumpamanya, namun jauh dalam lubuk hati kalian barangkali ada perbezaan dalam kasih sayang walau sedikit…
Disebabkan itu Nabi SAW sebagai panduanmukmin yang berpoligami sering berdoa: "Ya Allah, inilah usaha pembahagianku dalam apa yang aku miliki (mampu), maka janganlah Engkau cela aku dalam apa yang Engkau miliki sedangkan aku tidak memilikinya” [Riwayat al-Tirimidziy dan lain-lain].
Iaitu seorang suami itu barangkali boleh berlaku adil dalam apa yang termampu dilakukan olehnya secara fizikal, namun hati itu suatu yang sukar dikawal oleh empunya badan yang terkadang tidak sekata dengan perilakunya...

5.    Justeru Allah menuntut suami supaya tetap berlaku adil secara luaran demi memenuhi hak rumah tangga sekalipun andainya kasihnya terhadap para isteri berbeza-beza...
Sebagai contoh: Si isteri barangkali lebih menyayangi ibunya dari suaminya dan dia tidak dipersalahkan dalam hal itu, kerana kasih sayang itu urusan hati...Namun muamalah luaran serta hak-hak suaminya tetap perlu dia tunaikan dan utamakan dari ibunya...
Itulah maksud ayat surah al-Nisa’ tersebut yang perlu dibaca penuh..! “Kalian tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian sekalipun kalian bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); Oleh itu janganlah kalian cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kalian sayangi) sehingga kalian biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kalian memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Janganlah anda mentohmah rata-rata lelaki ini berpoligami atas dasar nafsu, sedangkan anda “berfatwa” memilih-milih nas mengikut nafsu anda! Anda telah telah menjadikan akal anda “hakim” bagi nas-nas tersebut yang diputuskan hukumnya mengikut selera dan perasaan anda! Jika anda rasakan tidak sesuai mengikut nafsu akal anda, anda tolak, jika ianya memenuhi keinginan anda, maka halallah natijahnya..!

Janganlah kerana kelemahan segelintir suami, anda letak musibahnya di pundak syariat! Seakan anda mengharamkan syariat Jihad yang kekal hingga hari kiamat semata-semata kerana kesilapan segelintir umat Islam yang gagal memahami konsep Jihad atau gagal menunaikan hak Jihad..!

Ya, Islam tidak gah dengan poligami, tetapi kita umat Islam gah dengan Islam...Tetapi hari ini umat Islam hilang gahnya kerana “membuang” Islam...Kerana umat Islam hari ini gemar menyerasikan Islam mengikut acuan dan tekanan musuh Islam...

Saya katakan: Jika umat Islam mampu berpoligami mengikut syariat Islam, ya, itulah kemegahan kita! Jika tidak, carilah “lebah” yang patuh syariah dalam poligami rumah tangga..Pasti ada...Saya ada ramai calon sahabat sebegitu.. ;)

- Ustaz Kamilin Jamilin

Betul.

1. Bilangan ibu tunggal & andalusia yg lebih ramai berbanding dulu.

2. Makin ramai wanita yg berpendapatan sendiri dan boleh (bukan mesti) menjaga diri tanpa mengharap suami. Boleh nikah misyar + poligami jika semua pihak setuju.

3. Amalan zina melalui pelacuran & perempuan simpanan berleluasa, poligami salah satu mitigasi. Di negara2 yg mengharamkan poligami, kebejatan seksual amat berleluasa.

4. Majoriti wanita memang anti-poligami, tapi ada minoriti wanita yg pro-poligami dan PERLU poligami. Islam agama utk semua, bukan utk golongan majoriti sahaja. Sebab itu ada poligami. Dan majoriti lelaki memang tak layak & tak mampu poligami pun.

5. Poligami boleh beri kebebasan kepada isteri di luar waktu giliran. Dia boleh 'cuti' daripada tugas2 isteri sepanjang giliran suami dgn madunya. Nak cuti panjang2 pun boleh, asalkan dirunding dgn cara baik dgn suami & madu/madu2. Masa cuti tu bolehlah plan nak shopping lama2, travel dgn kawan2, business trip etc suami pun tak komplen. Sangat sesuai utk wanita2 yg outgoing dan punyai social circle yg luas di luar rumahtangganya. Nak buat master dgn PhD pun senang, boleh buat perjanjian win-win dgn suami & madu/madu2. Yg penting tahu menjaga batas sepanjang di luar tempoh giliran.

Sayangnya, ramai yg nampak negatif saja pasal poligami.- Ya Seam

Salam.. Manusia x mampu berlaku adil dlm kasih syg... Syg manusia pada anak pn berbeza2.. Tp dlm nafkah kita beri berdasarkan prinsip adil.. -Azfeez Ezry

Sbg wanita, kalau boleh saya pun x nak berkongsi suami dgn org lain. Tp bila al-Quran n al-hadith benarkan dgn SYARAT2 tertentu, maka kita para isteri akur diam2 ajelah.. sambil doa minta tdk diuji dgn ujian yg kita x sanggup pikul. Berani nak pertikai itu ini takut hilang suami, tp x takut hilang agama n akidah? -Nurr Awang

Sbnrnya ramai wanita yg dulunya bermati-matian menolak poligami adalah kerana dia isteri pertama.
Tp bila dia sendiri diuji dgn perceraian, x malu plk dia mahu kahwin dgn suami org...
Kalau dia insaf n tarik balik kata2 dia dulu ok laa jgk. Tp kalau yg jenis x sedar diri, skrg dia plk beria2 mengangkat slogan "suami bukan hak milik" laa... "Tiada beza isteri pertama dgn kedua" laa.. -Nuur Awang

Dipetik dari Page FB Ustaz Kamilin Jamilin


No comments:

Post a Comment