Wednesday 18 January 2017

Pesanan Buat Lelaki Yang Kehilangan Kekasih Hatinya

Kesian dan sedih bila baca nukilan saudara Mohd Azizi yg ditinggalkan tunang dan berkahwin dgn lelaki lain. Remuk hati ni walaupun saya sendiri seorang perempuan.

Selaku seorang perempuan, saya nak pesan pada adik2 laki saya, sahabat2 laki saya, kenalan2 laki saya..

Pilih perempuan janganlah semata-mata kerana rupa. Banyak benda awak kena pertimbangkan kalau nak pilih pasangan hidup. Paling mudah, awak fikir balik bagaimana Rasulullah SAW memilih isteri baginda? Kenapa Nabi Muhammad SAW sayang dan cinta sgt pada isteri baginda, Saidatina Khadijah? Apa ada pada Saidatina Khadijah? Apa ciri-ciri istimewanya?

Menurut pengetahuan saya yg cetek lagi terbatas ni, Saidatina Khadijah adalah seorang wanita yg matang, bijaksana, keperibadian dihormati, berjiwa dan berpemikiran usahawan, berfikiran jauh, tabah dan tidak takut utk hidup susah. Banyak lagi ciri2 yg saya tak sebutkan di sini.

Saudara lelakiku..

Sayang orang tidak bermakna awak perlu taburkan wang ringgit utk tambat hatinya. Kalau buahati awak asyik merajuk kalau awak tak belikan apa yg dia nak, tolonglah TINGGALKAN perempuan sebegitu. Dalam kes saudara Mohd Azizi, saya rasa Allah SWT sayangkan awak. Bayangkan kalau sebelum kahwin dah minta itu ini, kalau tak dapat terus bergaduh dan merajuk. Bagaimana pula kalau lepas dah berkahwin? Kurus keding awak nanti nak melayan permintaan isteri awak.

Tak perlu habiskan wang ringgit utk wanita yg belum sah jadi milik awak. Pasir pantai pun berubah, inikan pula hati manusia. Beringatlah. Hati awak mungkin sama selepas bertahun-tahun. Tapi hati dia? Masihkah sama? Bukan saya nak ajar awak jadi kedekut. Jadi lelaki jangan kedekut. Cuma pemurah perlulah pada tempatnya.

Cuba awak renung kembali. Awak belanja ribuan ringgit utk kekasih awak, tak lokek langsung. Tapi dalam masa yg sama, awak tunaikan tak tanggungjawab awak kepada ibu bapa dan saudara darah daging awak? Sentiasa.. please.. SENTIASA jaga hak keluarga awak sebelum awak nak manjakan buah hati awak tu.

Awak belanja kekasih makan di tempat best2, mak ayah awak makan apa di rumah? Awak support kekasih awak. Adik-adik awak cukup tak duit belanja makan? Keperluan kekasih awak penuhi. Keluarga awak dah cukup ke serba-serbi? Renung balik.. Awak sayang keluarga awak, itu bukan perkara sia-sia. Bagi saya, lelaki sejati adalah lelaki yg mampu jaga keluarganya, bukannya jaga awek. Seorang lelaki yg dah menggalas tanggungjawab utk jaga keluarga sendiri nescaya mampu jadi ketua keluarga di kemudian hari.

Carilah wanita yg matang dan sanggup susah-senang bersama awak. Jangan cari perempuan yg meletakkan tanggungjawab 100% utk menjaga keluarga pada awak. Lihat Saidatina Khadijah dan Rasulullah. Bagaimana mereka berdua jadi ikon keluarga Islam. Usahawan terkenal, bekerjasama dalam urusan perniagaan dan harta yg mereka dapat disalurkan utk menyebarkan dakwah. Di Malaysia pun saya lihat beberapa tokoh suami isteri yg dihormati dan merupakan usahawan berjaya. Cari wanita yg lepas berkahwin, dia menambahkan harta dan bukannya membotakkan kepala awak di kemudian hari.

Cari wanita kerana agama dan hati budinya. Kalau kekasih awak jenis maki-maki tinggikan suara bila bergaduh dgn awak, tolonglah TINGGALKAN dia. Dan kalau awak pun dari spesies yg sama, you deserve each other..haha! Kalau sebelum kahwin pun dah tiada rasa hormat, macam mana selepas kahwin nanti ya? Saya selalu cakap benda ni. Tuturkata dan bahasa melambangkan keperibadian kita. Cari wanita yg bahasanya lembut dan menenangkan jiwa. Elok lusa, wanita sebegitulah yg awak harapkan jadi penawar saat awak gundah-gulana.

Panjang pulak saya bebel hari ni. Kesian la. Saya taknak kawan laki, adik laki saya kecewa dimainkan perempuan. Awak kajilah pemikiran dan pendirian seorang wanita sebelum awak jadikan pasangan. Tengok serasi ke tidak. Jangan cari yg macam kanak-kanak. Moga berpanjangan ke jinjang pelamin..

-Naz Ahmad


No comments:

Post a Comment