Tuesday, 6 March 2018

Berhati-Hati dengan Harta Awam, Apa Nabi Kata?

Berhati-hati dengan harta awam

Dalam hadis, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh dalam peperangan. Orang ramai mengucapkan pujian kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:

كلا إني رأيتُه في النارِ . في بُردَةٍ غلَّها

“Tidak! Sesungguhnya aku melihat dia dalam neraka disebabkan sehelai selendang yang dia ambil secara khianat".(Riwayat Muslim)

Lihatlah, betapa, seorang yang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum neraka kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah padahal hanya sehelai selendang. Bagaimanakah jika yang diambil itu jauh lebih besar? Bagaimanakah jika pengkhianatan harta awam itu sehingga membebankan negara dan rakyat?

Jika khianat mengambil sehelai selendang milik awam membawa seseorang ke neraka, bagaimanakah dengan nilai yang lebih atau jauh lebih besar?

Bagaimana pula dosa pihak yang membantu ataupun membenarkan hal itu berlaku?

Marilah kita semua berhati-hati dengan hal ini. Dosa zina, arak dan maksiat peribadi boleh kita bertaubat langsung kepada Allah. Juga amalan amalan kebaikan boleh menghapuskan dosa-dosa itu. Adapun dosa yang membabitkan harta awam tidak terhapus sekali pun mati syahid dalam peperangan bersama Nabi s.a.w selagi tidak mendapat kemaafan awam.

Kredit: Dr Maza


No comments:

Post a Comment