Thursday, 3 January 2019

Matlamat 2019 Pergi Ke Tanah Suci?

Azam 2019 Pergi Ke Tanah Suci

Menunaikan haji atau umrah adalah satu pilihan dan panggilan Allah menjadi tetamu Nya.

Bukan kerana seseorang itu ada duit, bukan kerana sihat, bukan kerana berilmu, bukan kerana ada nama atau jawatan tetapi kerana panggilan telah sampai.

Apakah hanya menanti sahaja panggilan itu sehingga diseru sendiri?

Tidak, jawapannya adalah dengan berDOA.

Dah berdoa tetapi masih belum ada peluang. Kenapa?

Tambah doa dengan lebih kerap dan betulkan mind set bahawa Allah akan mudahkan segalanya untuk ke sana walaupun hakikatnya kita tahu bahawa kita banyak kekurangan diri dan harta.

Dalam doa mesti ada rintihan dan hasrat rasa rindu yang tinggi.

Betapa ramai manusia kaya dan sihat masih menangguh ke tanah suci bahkan ada yang tidak ada perasaan pun mengerjakan haji dan umrah.

Allah panggil orang yang benar-benar rindu menjadi tetamu Nya tidak kira betapa miskin pun dia didunia.

Allah maha Kaya. Jangan ada sedikit pun keraguan dengan kuasa Allah mengatur perjalanan rezeki seseorang untuk ke tanah suci.

Ramai yang mengadu masih tidak berkesempatan ke sana sebab tak cukup duit. Bukan salah alasan tu tapi kurang tepat, kerana bila berjaya kumpul duit sekalipun ada yang berubah niat dan plan buat kerja lain yang lebih penting al hasil masih menangguh perancangan.

Betulkan mind set, tambahkan doa, tambahkan rindu, tambahkan tekad, percaya dan yakin in shaa Allah pasti dimudahkan jalan ke sana nanti.

Azam dan Rindu Kita Semua pada Baitullah al Haram pasti didengari Allah. Allah mustajabkan nanti. Masanya pasti tiba dengan kerinduan yang masih basah dalam doa-doa kita. Amin.

- Danial Madani


No comments:

Post a Comment