Sunday 22 March 2020

Masa Cuti Musibah Digunakan Untuk Membuat Maksiat

*Masa Cuti Musibah Digunakan Untuk Membuat Maksiat*

Masa musibah begini sepatutnya membawa kita kepada Allah. Menyedarkan manusia daripada dosa, dan kembali kepada Allah.

Malanglah kita jika musibah ini tidak menimbulkan keinsafan, bahkan digunakan pula untuk membuat maksiat. Masa cuti ini gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan membuat maksiat seperti menonton benda lucah dan lain-lain.

‎وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar [daripada kesalahan-kesalahanmu]. [Al-Syura:30]

‎ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-Anfal: 53]

Nabi s.a.w bersabda:

‎لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا، إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا
Tidaklah fahisyah (perbuatan keji) tersebar pada satu kaum sehingga mereka melakukannya dengan terang-terangan, kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka wabak penyakit taun dan berbagai penyakit yang belum pernah terjadi kepada manusia sebelum mereka. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fitan, Bab al-'Uqubat, no: 4019, Al-Arna'ut berkata: Hasan Lighairihi].

Dr. Salman al-Audah berkata:

‎المصيبة إذا لم تقربك إلى الله فهي مصيبتان..
Apabila satu musibah itu tidak mendekatkan engkau kepada Allah, maka ia adalah dua musibah.

#MMMR

Kredit #Masri Ramli

No comments:

Post a Comment